Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, May 17, 2010

Judi Bola: PM Perlu Jamin Tiada Orang Islam Terbabit

1. Saya ditanya oleh ramai orang berhubung dengan keputusan Kerajaan membenarkan Ascot Sports Sdn Bhd menggunakan semula lesen mengambil pertaruhan bagi pertandingan sukan terutamanya bola sepak Piala Dunia nanti. Bagi saya ini adalah keputusan yang kurang baik.

2. Judi merupakan sesuatu yang haram di dalam Islam dan dalam kebanyakan agama di dunia. Sebagai orang Islam saya tetap menegaskan judi ini haram seperti mana arak dan zina. Sebab itu, semasa saya menjadi Menteri Besar Selangor, saya dengan tegas menutup pusat perjudian dan puast pelacuran,malah saya sendiri mengetuai pasukan penguatkuasaan mengambil tindakan.

3. Judi membawa banyak akibat buruk kepada masyarakat. Ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Judi boleh meruntuhkan sistem sosial masyarakat dengan menyebabkan orang miskin bertambah miskin, yang kaya boleh jadi miskin sekelip mata. Apabila kalah judi banyak kegiatan jenayah, keganasan rumah tangga dan masalah hutang dengan ”ah long” akan kedengaran. Saya fikir dalam jangka masa panjang kerajaan akan menanggung kos sosial yang lebih tinggi.

4. Kita sering dihidangkan dengan kejayaan orang tertentu menjadi jutawan sekelip mata kerana menang ”jackpot” dan sebagainya. Namun dalam kemenangan tersebut kita akan dapati berjuta lagi orang mengalami kerugian. Jarang sekali kita dengar syarikat judi yang rugi atau jatuh muflis. Ini adalah satu bentuk perniagaan yang menguntungkan tauke judi dan merugikan sebahagian besar peserta.

5. Saya tidak faham mengapa ada orang terlalu berminat untuk menghabiskan wang hasil keringat mereka dengan mengkayakan tauke judi. Mungkin orang yang kaya berjudi sebagai hiburan tidak mendatangkan masalah sosial. Namun lebih ramai yang tidak kaya berjudi berhabis-habisan dengan harapan ini mengubah nasib mereka. Kumpulan inilah yang akan memberi kesan sosial dan ekonomi yang serius kepada negara.

6. Namun dalam masa yang sama saya juga memahami dilema kerajaan yang berhadapan dengan masalah judi haram dan kecil-kecilan sehingga sukar dikawal. Kewujudan lebih 4000 pusat judi haram di Selangor bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai, tetapi juga menyebabkan lebih banyak ”penagih judi” dan gejala sosial lain tanpa dapat dikawal.

7. Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri ini dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan orang bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.

8. Kebenaran ini juga akan mengawal wang rakyat daripada keluar negara melalui pertaruhan online kepada syarikat-syarikat perjudian luar negara. Saya difahamkan industri pertaruhan bola sepak membabitkan rakyat Malaysia sudah mencecah bilion ringgit setiap tahun.

9. Selain itu, kerajaan juga berhadapan dilema tanpa skim pertaruhan sukan yang dikawal selia, banyak wang telah diraih oleh sindiket-sindiket perjudian haram yang dikuasai oleh kumpulan jenayah terancang atau lebih kita kenali sebagai kongsi gelap dan gangster. Wang yang banyak ini digunakan pula untuk membiayai kegiatan jenayah lain.

10. Hasil judi haram menyebabkan kumpulan jenayah di negara ini semakin kuat, mempunyai peguam-peguam yang hebat dan mampu memberi rasuah yang besar bagi memastikan mereka terlepas dari undang-undang. Malahan saya difahamkan sudah terdapat ahli-ahli politik yang dibiayai oleh sindiket-sindiket jenayah ini melalui kegiatan perjudian haram bagi menjaga kepentingan mereka. Kita juga dapat lihat muncul kumpulan-kumpulan hak asasi tertentu di negara ini yang begitu setia menjaga kepentingan penjenayah dan memburukkan polis. Siapakah yang membiayai mereka?

11. Kerajaan sukar mengambil tindakan kerana permintaan atau demand terhadap pertaruhan sukan seperti bola sepak ini sangat besar. Jika dihalang terus penggemar mereka akan mencari jalan lain untuk meneruskannya. Justeru saya percaya kerajaan telah mempunyai data-data ini dan berpendapat sudah tiba masanya industri judi haram ini disekat dan dikawal melalui saingan yang berada di bawah Undang-undang. Dengan adanya syarikat judi sukan yang berlesen ini kerajaan dapat mengawasi urusan kewangan dan memastikan mereka juga tidak menggunakan dana pertaruhan yang besar ini untuk kegiatan berunsur jenayah lain termasuk merasuah ahli sukan.

12. Sungguhpun saya tidak menyokong keputusan kerajaan ini, saya fikir kerajaan mempunyai sebab yang munasabah untuk membenarkannya.

13. Namun demikian sebagai orang Islam, saya mahu jaminan YAB Perdana Menteri bahawa syarikat ini tidak akan mengambil sebarang pertaruhan dari kalangan orang Islam. Saya fikir semua orang Islam juga mahukan jaminan bahawa lesen syarikat ini akan ditarik balik serta merta jika terdapat bukti mereka mengambil pertaruhan di kalangan orang Islam. Selagi tiada jaminan Perdana Menteri, saya rasa sukar untuk majoriti orang Islam menerima keputusan kerajaan ini. Jangan nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

14. Jaminan ini harus diikuti dengan pengenalan mekanisme bagi mengawasi bahawa syarat yang diletakkan oleh kerajaan dipatuhi oleh syarikat terbabit. Selain itu, kerajaan sewajarnya menggunakan sebahagian cukai dari syarikat perjudian bagi mendidik pelajar dan remaja mengenai keburukan berjudi.

85 comments:

  1. Salam sejahtera,

    saya bukan jenis nak angguk je setuju bila orang kerajaan berbicara,namun memang di dalam bicara Datuk cukup dengan fakta & hikmahnya. Rugi sungguh orang² Melayu di luar sana yg menutup pintu hatinya untuk tidak mendengar serta membaca penjelasan yg sebegini rupa.

    Yang mereka lakukan,hanyalah menggunakan peluang ini untuk ditambah² lagi modal memburukkan apa jua keputusan kerajaan.

    Saya berdoa,artikel & pendapat Datuk ini dapat dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak,terutama yg masih tidak tahu asal usul keputusan kerajaan berkenaan hal ini. Yg lebih sy utamakan,bukakan la pintu hati mereka yg berkenaan,agar tidak terus salah menyalahkan,malah sedia memberi idea & pendapat seperti Datuk untuk menangani protes isu pertaruhan di musim kejohanan piala dunia ni.

    ReplyDelete
  2. Salam buat DS dan semua bloggers...

    Apa yang diutarakan oleh DS itu betul, namun tidak nampak pun jalan bagaimana nak mencegah orang muslim dari terus berjudi. Memang tanggungjawab dari tdk melakukan maksiat itu yg terutama nya adalah individu itu sendiri, namun adakah kerana kerajaan tidak dapat membendung kegiatan ini maka harus kerajaan mengambil bahagian sekali? Jangan jadikan matlamat menghalalkan cara DS...

    Mengapa tidak tindakan yang lebih proaktif atau hukuman yang lebih tegas dikenakan, adalah lebih baik digubal hukuman yang sedia ada kepada lebih keras lagi sehingga peringkat ISA. Dan juga elok lagi diberi insentif kepada anggota penguatkuasa yang dapat membongkar dan membanteras sindiket judi haram ini sekiranya kerajaan benar2 mahu menyekat kegiatan ini paling tidak pun berkurangan.

    Cadangan DS dgn penggunaan hasil yang haram untuk pendidikan rasa nya kurang kena, itu cuma sekadar 'tajuk' sahaja, tapi pengakhirannya hasil itu juga yang akan terguna jadi darah daging kerana hasil arak dan judi sekarang ini pun sudah dikira bercampur, tidak jelas di mana dan ke mana wang itu.

    Apa pun alasan dan sebab, nampaknya kerajaan dan rakyat kita juga terpaksa bersekongkol dengan maksiat disebabkan tidak dapat membendung kegiatan 'haram', terpaksa ditukar status 'ke halalan' nya pula. Pakatan Rakyat pula sekadar membantah adalah seperti menangguk di air keruh, tiada kesungguhan pun. Di mana semangat politik jalanan yang selalu dikobarkan sehingga jatuh nya sistem PPSMI dulu, kalau berkenaan bahasa/pendidikan sanggup turun di jalanan, mengapa tidak yang ini?

    Ini bukan soal politik, tetapi soal hukum agama dan moral kita masyarakat Malaysia.

    Percayalah, apa jaminan PM beri, pasti ada yang membeli. Kerana pada zahir nama nya orang Muslim, hakikatnya adalah jelas, terang dan nyata berjudi itu bukan amalan seorang Muslim. Jadi saya juga mencadangkan kerajaan Malaysia keluar dari OIC, kerana sebuah negara Islam kegiatan maksiat begini tidak perlu di'halal'kan.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. UMNO BUKAN LAGI PARTI MEWAKILI MELAYU. KETUANYA TAK BERANI BERSUARA.
    JANGAN HARAP PEMUDA.PEMUDA DAH HANYUT. MAJLIS TERTINGGI BUAT APA ?

    ReplyDelete
  4. Dato seri...dalam hal judi ni tak ada jamin-jamin. Kita orang Islam. Kita patut cegah bukan jamin...

    ReplyDelete
  5. Y.B.
    Nak tau senang je, sekarang ni seminggu tu ada 3 hari kalo tambah special draw tu ada 4 hari, pada hari bertaruh tu pilah ke tempat ekor tu,tengok berapa banyak orang yang tikam nombor!

    ReplyDelete
  6. Dato Seri,

    Ya..benda2 tak elok bersabitkan JUDI semuanya terjadi di Malaysia,

    1.Sports Toto
    2.Magnum 4D
    3.Kuda 4D
    4.Lumba Kuda
    5.Genting Highlands
    6.Di Sabah/Sarawak jugak ada Super Sweep
    7.Sabah 4D dan macam2 nama lagi....

    Macam2 jenis JUDI semuanya bole jumpa kat Malaysia...

    KLSE pun judi jugak..beli saham tak naik2..semuanya turun...hehehe

    Now Bola pulak...memang SAH negara kita dah jadi Negara Judi....

    ReplyDelete
  7. Umat Islam patut menunjukkan perangai yang baik sejajar dengan ajaran Islam. Apa yang ditegah di dalam agama, tak payah dibuat. Semua yang ditegah itu adalah untuk kebaikan umat Islam juga.

    Don't be insane

    ReplyDelete
  8. Inilah susahnya untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum. Apapun saya tidak menyokong tindakan YAB Perdana menteri menghalalkan perkara tersebut..

    ReplyDelete
  9. Nasi sudah menjadi bubur.. Saya sedang mengumpul angka ahli2 UMNO yang telah keluar dari parti termasuk saya kerana isu ini.

    ReplyDelete
  10. Salam DS,
    Apa yg rakyat tak mahu adalah perkara ni sememangnya dibantah oleh rakyat malah selepas perkara ni dikemukakan oleh menteri berkenaan,seminggu dua selepas tu dinyata kepada akhbar bahawa lesen tersebut telah diberi kepada Berjaya group!!!APA NI....???SPRM PERLU MENYIASAT PERKARA NI KERANA KALO KERJAAN NAK BERI LESEN IA PERLU DI TENDER DAHULU BARULAH UMUMKAN SIAPA YG LAYAK!!!
    Perkara ni juga dikatakan oleh rakyat kronism oleh sekumpulan org dlm kabinet.MENGAPA?MENGAPA? DAN MENGAPA???selepas rakyat memberi signal bahawa mereka TOLAK KROnism dikalangan org politik,tetapi tetap berlaku juga!!!INGAT AMARAN DARI SIBU........PRU13 DAH DEKAT DAN PERUBAHAN PERLU DIJALANKAN SECARA MENDADAK!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  11. Salam Dato Sri dan bloggers,

    1. Dalam Islam, kalau ia tidak baik bagi muslim, ia tidak baik juga bagi yang lain, tiada double standard.
    2. Nordika, betul payah nak tadbir sebuah negara berbilang kaum. Dalam kes Judi ni saya difahamkan, hatta DAP sendiri tidak merestui pemberian lesen ini, (ia munkin pura-pura, tapi, by virtue dia tak suka tu dah oklah tu..). Jangan kita yang muslim ni pula mencari berbagai-bagai dalil untuk mengharuskanya,hanya sebab kerajaan telah meluluskannya.

    3. Jika kita ikuti "lines of arguement" yang cuba mempertahankan keharusan kerajaan meluluskanya, seolah-olah, atau boleh dikiaskan, pelacuran pun patut diberi lesen supaya boleh dikawal, dan kerajaan boleh dapat hasil cukainya. Janganlah kita hanya menggunakan lojik dalam menangai issu hukum.

    4. Kalau kita mahu hujjah yang lebih baik, bacalah comment Dr. Asri (mantan mufti Perlis, mengenai issu judi bola ni.

    5. Oh, ya.. saya pernah singgah di Sungai Besar kerana ingin pergi ke bank disana. Bersebelahan dengan bank ( ada dua bank disitu) ada kedai Spots TOTO ke/ atau 4Digit- tapi kedai judi lah bersebelahan bank tersebut. Ada papan tanda yang mengatakan berjudi itu haram dan orang Islam dilarang berjudi. sAya park dekat kedai judi tersebut dan dalam masa sengkat tersebut saya terserempak beberapa melayu (Saya agak melayulah, sebab kulit sawo matang, hidung tak mancung dan bercakap melayu)yang memakai topi keledar naiki motor kapcai, datang membeli Judi. Saya tak nampak pun pegawai penguatkuasaan, mungkin hari itu pegawai tersebut cuti. Tambahan pula musim bola ni, pegawai penguatkuasa menggantuk,, kerana tengok bla, mana nak tanggkap orang islam beli judi bola.

    P/s dalam membincangkan issu seperti ini, fahaman politik bukan lagi menjadi asas setuju atau tidak.

    Wassalam
    **mypuaad**

    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam Dato Sri dan bloggers,
    Disini saya sertakan rencana oleh
    Dr. Mohd Asri Zainal Abidin,- untuk kita renungi, walaupun kita mungkin tidak setuju .. - saya tak edit - mypuaad

    ""Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

    Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

    1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

    Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

    Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

    Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

    2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

    Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

    Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

    Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

    Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

    Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

    3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

    Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

    Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

    4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

    Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’.

    Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

    Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

    5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

    Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

    Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

    6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

    Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

    Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

    Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini! ""

    ReplyDelete
  13. Quote from previous comment in your previous post

    [Memang betul, lesen judi itu utk orang bukan Islam sahaja.. tetapi persoalan dia hasil judi (revenue) tersebut juga akan digunakan oleh orang Islam, dan kalau digunakan oleh orang Islam maka akan menjadi darah daging.]

    Banyak komen dalam The Star, NST atau The Sun, samaada komen dlm bentuk artikel atau SMS dari orang bukan Islam yang membantah aktiviti 'halal' judi ni.

    Malu saya bila membacanya. Kerajaan akan dapat untung berjuta while rakyat bawahan akan porak peranda dengan aktiviti perjudian...

    ReplyDelete
  14. Memang mudah bila bercakap sebab kita tiada tanggung jawab. Bila diberi amanah maka segala yang dulu haram boleh berubah seperti sesumpah. Menuduh DSN Najib menghalalkan judi merupakan fitnah yang berat, Meluluskan lesen judi tak semestinya ditakrif sebagai menghalalkan judi, meluluskan kepada bukan islam, bukan menghalalkan kepada orang islam.

    ReplyDelete
  15. salam...

    Bagaimana nak UMNO/BN tersungkur dgn cara
    bermaruah....hapuskan segala bentuk yg
    boleh menjengkelkan orang melayu/islam!!!!

    kerana apa pula tersungkur walau buat yg baik??
    kerana kekuatan politik melayu/islam lemah..tetapi
    bagi kaum lain tidak...ditambah pula parti seagama dan sebangsapun tidak bersatu dan
    sanggup pula bersengkongkol dengan mereka...

    Bila pula UMNO/BN kuat?...setelah kegagalan
    kerajaan alternatif itu manfaatkan kuasa yg
    diberi oleh rakyat!!!!

    >>>dari rakyat untuk rakyat<<<

    ReplyDelete
  16. saya tahu niat kerajaan untuk memberi lesen untuk perjudian ini adalah baik,jaminan juga diberikan bahawa tiada orang isla makan terbabit dalam perjudian. adakah jaminan ini dapat menghalang orang islam daripada berjudi.. judi tetap akan berlaku juga dikalangan orang islam samada ia dibenarkan ataupun tidak.. diharap kerajaan telah mengambil tindakan yang betul...

    ReplyDelete
  17. Salam OrangKampung,

    Saya setuju dengan pendapat saudara. Yang haram tetap haram, tidak perlu lah cuba mencari dalil untuk menghalalkan perbuatan tersebut macam maan yang Dato Seri kita ini cuba lakukan.

    Adakah selepas ini kerajaan BN akan menghalalkan lesen2 tempat pelacuran pula, semata2 kerana kegiatan perlacuran tidak dapat dibendung 100% di negara kita ini? Dan adakah kemudian, Dato Seri kita ini akan menyatakan meminta Kerajaan BN memberi jaminan yang orang Islam tidak akan mengunjungi tempat2 terbabit.

    Saya juga amat tertarik dengan kenyataan Dato Seri kita ini yang mana beliau sendiri mengaku bahawa kerajaan BN menghadapi masalah yang sukar untuk menghapuskan judi haram. Jika sudah rasa tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, baik letak jawatan sahaja dan beri peluang kepada parti lain untuk memerintah pula. Ambil contoh macam Dato Seri kita ini. Beri beliau peluang 2-3 penggal sebagai ketua pembangkang. Mungkin satu hari nanti kita akan pilih parti beliau semula untuk menerajui Selangor.

    Jadi sama2 lah kita fikirkan samada relevent atau tidak perjuangan UMNO sekarang ini...

    ReplyDelete
  18. Syabas saya ucapkan kepada Saudara Azwan, kerana telah berjaya mengambil satu tindakan yang tepat. Kita mesti ingat, Alah telah memberikan peringatan yang jelas kepada kita bahawa segala tindak tanduk kita (walau sebesar zarah sekali pun) pasti akan di hisab di kemudian hari. Jadi tanyalah diri kita sendiri, adakah kita mau terus memberi undi kita kepada mereka2 yang terang2 engkar dengan arahan Allah. Perlukah kita tunggu bala menimpa negara kita yang tercinta ini?

    Saya tahu ramai diantara kita (termasuk juga saya) yang dahulu amat sayangkan UMNO tetapi terpaksa meninggalkan parti ini semata2 kerana parti UMNO ini telah jauh terpeesong dari matlamat perjuangan yang asal. UMNO yang ada sekarang bukan lagi sama seperti UMNO yang dahulu, yang di anggotai oleh Tun Razak, Tun Hussiens Onn atau Tun Dr Ismail. UMNO sekarang ialah UMNO Baru yang di cipta oleh Tun Dr Mahatir.

    Kepada para2 bloggers yang masih totok lagi pemikiran mereka dalam menyokong UMNO Baru ini, tanya lah diri anda kenapa para pemimpin utama yang dulunya antara mereka yang terlibat dalam penubuhan UMNO (seperti Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn) keluar dari UMNO dan ada diantaranya mati diluar UMNO? Sama2 lah kita bermuhasabah...

    ReplyDelete
  19. dengan penduduk yang berbilang bangsa dan agama, dengan keluasan Malaysia, aktiviti ni sukar dicegah.. kecuali kalau semua rakyat sama2 menyokong jangan terlibat judi. oleh sebab itu kerajaan mengambil langkah mengawal.

    ReplyDelete
  20. Salam Dato'

    Dalam Islam mengatakan niat tidak meghalalkan cara. Benda yang haram tetap haram. Saya begitu hairan kepada puak2 ahli parti Dato' ketika kerajaan Pakatan ingin membina pusat ternakan khinzir puak2 ini bersemangat menentang perkara tersebut berhabis-habisan sehingga mengelar PKR sebagai Parti Khinzir Rakyat tetapi diam seribu bahasa bila mana JUDI dihalalkan oleh kerajaan BN. Saya memang pasti umat islam walau macammana pun lemah iman tidak akan makan babi tetapi mereka akan suka untuk membeli JUDI ini. Bagi saya JUDI patut diharamkan walaupun ianya hanya untuk orang bukan Islam. JUDI ini merosakkan umat manusia tanpa mengira pegangan agama. Nampak sangat UMNO sangat hipokrit dalam memperjuangkan Agama Islam.

    ReplyDelete
  21. Salam Ds Khir,
    Judi memang haram & tiada judi halal walau apapun alasan...memang dah jelas hukumnya.

    Saya sangat hairan dan keliru kalau DS Khir membaca BERITA HARIAN & HARIAN METRO DS akan dapati setiap hari terdapat 3-4 mukasurat IKLAN JUDI. Perlu diingat pembaca utama kedua akhbar ini adalah orang Melayu beragama Islam.

    Bulan puasa tahun lepas setiap hari ada dimuatkan IKLAN JUDI terutamanya HARIAN METRO, saya sangat hairan dan keliru, kalau disemak lembaga pengarahnya terdiri Melayu Islam.Bulan pusa bulan untuk berjudi?

    Kita juga harus ingat BERITA HARIAN & HARIAN METRO adalah media arus perdana yang menyokong kerajaan amnya dan UMNO khasnya.Jangan nanti rakyat akan mengaitkan UMNO dengan JUDI...fikir-fikirkan lah!

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  22. Kaum Cina terlampau banyak meminta. Mula2 peruntukan sekolah Cina, lepas tu tokong dan sebagainya. Takkan kerajaan nak bagi duit minyak petronas untuk biaya sekolah dan tokong cina. Oleh itu, cukai hiburan dari judi bolasepak ini boleh digunakan untuk melayan kerenah kaum cina yang makin hari mintak yang bukan2. Harap saudara2 paham. Kita tak kata judi itu halal, ia tetap haram. Tapi bila keadaan dah jadi macam ini, eloklah kita ambil duit dari kaki judi untuk buat tokong!!!! Masalah bookies haram pun selesai.

    ReplyDelete
  23. memang sukar menjadi pemimpin dikalangan masyarakt yang berbilang kaum dan agama ini.. dan pemberian lesen judi itu utk orang bukan Islam sahaja.. namum persoalannya, sejauhmakah jaminan bahawa orang islam tidak terlibat dalam perjudian ini akan tercapai? mampukah kerajaan menghalang perjudia dikalangan orang islam? judi-judi yang alain seperti toto, 4D tidak dibenarkan kepada orang islam, namum terdapat juga orang islam yang terlibat dalam perjudian ini.. perkara yang sama juga akan berlaku semasa piala dunia nanti.. saya tahu bahawa niat kerajaan meluluskan judi ini adalah baik namun perkara ini perlu dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan... pendapat dan suara ramai rakyat perlu diambil kira. kerana saya yakin ramai rakyat termasuk yang bukan islam tidak setuju dengan perkara ini.. harap perkara ini akan dipertimbangkan semula..

    ReplyDelete
  24. Permasalah: Hukum dibina mengikut kekuatan minda.
    1. Dalam membina prasarana termasuk kuil dan gereja, duit kerajaan perlu digunakan, sekurang kurangnya kos membuat jalan dan memberi saluran air dan elektrik. Peruntukan keagamaan untuk bukan Islam juga perlu ada. Prasana yang digunakan oleh pelbagai penganut agama perlu di bina dan dijaga. Inilah hakikatnya apabila masyarakat itu majmuk. Sebaliknya, jika semua pendapatan kerajaan itu 'suci', tetapi sebahagian peruntukan itu bukan untuk jalan Allah semata-mata, disebabkan
    kehendak masyarakat majmuk ini, maka pendapatan yang suci itu berkurangan, untuk mendapat keredaan Allah semata-mata. Oleh itu apa pendapat kita jika pendapatan yang 'tidak suci' ini di salurkan untuk membina prasarana dan menjadi peruntukkan yang tidak diguna oleh masyarakat Islam? Saya ada terdengar dalam kuliah di Akedemi Pengajian Islam tidak lama dulu, apabila dibincang berkenaan pendapatan yang suci untuk menunaikan ibadat haji, pensyarah ada mengatakann bahawa pendapatan yang bersifat was-was harus digunakan untuk membina prasarana dan benda-benda yang bukan berkaitan dengan ibadah Islam.
    2. Jika perjudian secara gelap berjalan tanpa diawasi dengan teratur, maka kemungkinan ini akan membawa masalah lebih besar satu hari nanti, termasuk masalah kepada umat Islam. Jika pengawasan dapat dijalan secara teratur, apabila perjudian itu berlesen, maka berkemungkinan masalah dapat dikurangankan.
    3. Timbalan menteri yang mengumumkan cadangan melesenkan judi sukan ini tidak mengumumkannya secara berhemah (tiada alasan yang lebih jelas dan bukan semata-mata kerana kuntungan kepada kerajaan) , atau akhbar-akhbar sengaja memainkan isu sensitif ini.
    Persoalannya, dapatkah kita menerima masalah judi haram dan kesan-kesannya disebabkan kita mengharamkan suatu tindakkan, yang boleh mengurangkan beban yang mungkin lebih besar pada masa depan? Sebagai contoh, dapatkah kita terima ADUN atau MP yang ditaja oleh taukeh-taukeh judi haram ini? Kepentingan siapakah ADUN atau MP ini akan menjaga?
    4. Yang menjaga supaya perbuatan munkar tidak berlaku, adalah dibawah kuasa Majlis Agama Negeri, oleh itu pegawai-pegawai Majlis Agama Negeri yang dipertanggung jawapkan supaya umat Islam tidak berjudi. Ini buka secara menangkap orang sahaja, kaedah lain seperti berdakwah dan memberi kesedaran dengan perintah Allah swt juga perlu dijalankan; inilah yang maksudkan dengan 'amal maaruf'.
    5. Pilihan terbaik ialah mendapat fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini pun saya kira ada yang tidak akan bersetuju dengan apa yang fatwakan.
    Allah swt yang lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  25. Bagi pendapat saya ;

    Sesuatu HUKUM adalah untuk INSAN mengamalkan perbuatan yang baik.

    Memberi lesen/kelulusan judi ini juga baik bagi kerajaaan untuk mengelakkan ianya menjadi tidak terkawal terutama dalam keadaan dunia tanpa sempadan (IT) ini.

    Janganlah kita menjadi hakim untuk menjatuhkan satu hukuman yang melanggar satu2 hukum Islam kerana yang menghukum kita nanti adalah ALLAH.

    Renung2 kan lah...

    ReplyDelete
  26. Semuanya terpulang pada individu itu sendiri. Larang macam mana sekalipun, kalau memang mahu berjudi - apa boleh buat...

    ReplyDelete
  27. Btl life is not a fairy tale dude...
    Kalau umat Islam patuh pada ajaranNYA, saya rasa hal ni takkan jadi isu :)

    ReplyDelete
  28. Ya Kulaan Niring.. hanya yg pikul t/jawab besar ja akan tahu susah/senang membuat sesuatu keputusan..
    Appaun saya harap, hal ni tetap diberi perhatian serius la.

    ReplyDelete
  29. Kerajaan pastinya ada sebab munasabah utk membuat keputusan sedemikian.
    Dari sudut positif, bagi saya PM sangat yakin umat Islam di Malaysi kukuh imannya dan tahu apa yg perlu dibuat (lagipun PM bukannya luluskan utk org Islam pun, hehheehe).
    Tapi dari sudut -ve pula, hhmmmm hal ni konpom jadi isu besar...

    ReplyDelete
  30. DS, bagi saya PM terlalu mengikut rentak kaum Cina. Beliau nampaknya terkinja-kinja menari mengikut gendang yang mereka palu dengan harapan mereka menyokong BN. Sepatutnya sekarang PM sudah jelas bahawa "selera" mereka ini teramat besar. Tidak terdaya BN memenuhinya, akhir-akhirnya yang dibimbangi tergadai negara ini. Setahu saya kebanyakan mereka adalah penyokong tegar DAP. Sudah tiba masanya PM berubah dan menghalakan perhatian terhadap satu-satunya kaum di Malaysia ini yang masih ramai menyokong BN, iaitu Melayu, yang beliau abaikan. Lakukanlah perkara-perkara yang mereka sukai, bukan susah, buat perkara-perkara yang Islamic, tunjukkan UMNO masih mempunyai kerohanian Islam. Perkara judi ni sepatutnya yang paling senang, tetapi mengapa itu yang dilakukan. Senangnya untuk kehilangan sokongan umat Islam dengan melakukan perkara bodoh seperti ini. Perkara yang paling menjijikkan sekarang apabila umat Islam juga mendengar ucapan pemimpin DAP. Tahu-tahulah betapa ceramah boleh membrainwash kan mereka ini. Sungguh kasihan, adakah kita hanya mampu melihat saja tanpa melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka tidak dipinggirkan oleh PM. PM sekarang nampaknya bertindak sembrono, mengagih-agih harta kekayaan kepada kaum Cina seolah-olah ia adalah milik beliau sendiri.

    ReplyDelete
  31. DS, saya lari sikit dari topik. BN telah kalah di Sibu, jadi tidak payahlah PM & TPM melaksanakan janji yang ditaburkan semasa pilihanraya. Ia akan hanya menguntungkan DAP. Ia akan menjadi precedent bagi pilihanraya akan datang. Akan lebih menang DAP di masa akan datang. Sepatutnya mereka dihukum. Jika BN tega menghukum orang Melayu yang tidak mengundi BN, mengapa tidak dihukum juga orang Cina yang tidak mengundi BN? Saya boleh bayangkan gelak ketawa DAP apabila menerima windfall yang bakal diberikan PM & TPM.

    ReplyDelete
  32. Salam semua,

    Saya tabik saudara Paguin punya justification. Sebab iman umat Islam kukuh di Malaysia, maka marilah kita gesa kerajaan BN menghalal dan mengeluarkan lesen pusat-pusat pelacuran pula. Lagipun kerajaan luluskan bukan untuk orang Islam.

    Dan jika ini berlaku, lepas ini saya tidak hairan jika Dato Seri kita ini akan mengeluarkan statement yang dia faham dilema kerajaan kenapa perlu mengeluarkan lesen tersebut. Cuma yang diminta supaya kerajaan BN dapat menjamin umat Islam tidak terbabit. Tidak gitu Dato Seri? :)

    (PS: Ana tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis melihat statement2 bodoh dari orang UMNO untuk memberi justifikasi mereka. Ana juga masih tertunggu2 Mufti kesayangan UMNO kita Ustaz Harussani untuk mengeluarkan dalil beliau menyokong tindakan UMNO ini. Atau masihkah beliau tercari-cari nas-nas Al-Quran untuk menghalalkan tindakan ini?)

    ReplyDelete
  33. 1. saudara Shamsul, Mufti Datuk Harussani telah pun menyatakan pendapatnya bahawa beliau tidak bersetuju dengan lesen tersebut. saya harap saudara banyak membaca sebelum memperkecilkan orang sesuka hati.

    2. saudara tidak perlu membabitkan perkara lain termasuk pelacuran kerana ia bukan topik perbincangan. Sebab itu kita melantik pemerintah agar dapat membuat keputusan mengenai pentadbiran negara yang akhirnya menghasilkan sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

    3. Ada juga kerajaan yang tidak memberikan apa-apa lesen pun tapi negerinya penuh dengan pusat perjudian, rumah urut, pelacuran dan tidak diambil tindakan. apakah ia boleh dianggap memperjuangkan Islam?

    ReplyDelete
  34. saudara Rakyat, saya tidak fikir BN menghukum mana-mana kaum atau pengundi kerana tidak mengundi BN. Saya lihat ramai pemimpin Pas, PKR, dan DAP juga kaya raya. pekerja-pekerja kerajaan juga terdiri dari pelbagai kelompok pandangan dan sokongan politik.

    Kerajaan BN tetap akan membantu dan membangunkan negara ini kerana itu tanggungjawabnya selaku pemerintah.

    ReplyDelete
  35. Judi Bola: PM Perlu Jamin Tiada Orang Islam Terbabit

    hu..hu..hu..kalau pm baca ni tergelak dia....diri kita sendiri pun tak tentu boleh jamin...ni kan pulak pm....apa yg dia boleh jamin?

    bak kata kebanyakan bloger dan rakyat yg saya jumpa la...jamin atau tidak terpulang kepada diri sendiri...sebagai orang islam sepatutnya dia tahu judi tu dia nak atau tidak ..tu je

    dan yg berjuang mempertahankan pun betul juga..kalau kita tak pertahankan sapa lagi...tapi biarlah berpada2..tengok isu

    yg menjadi isu disini adalah MENGAPA KERAJAAN MELULUSKAN LESEN JUDI?...ini yg harus kita fokus dan bincangkan disini...

    saya bersikap terbuka dalam isu ini...contohnya walaupun saya bersetuju dengan ramai yg marah dan menyandarkan hujah2 berlandaskan agama..dan ada pula yg bercakap tentang niat tidak menghalalkan cara...dan macam2 lagi lah!

    bab kes ni bukan main lagi tapi bila lesen rumah urut hidup bak cendawan tumbuh kat negeri selangor yg dikuasai pakatan rakyat yg pas tumpang saham bersekongkol..tak pulak nak emosi dan kepanasan...malah senyappp je..buat2 bodoh...

    najib perlu menawan kembali hati golongan bukan melayu....dan orang islam jgn terlalu emosi dan meletakkan perasaan sentimental yg teramat sangat seolah2 najid meluluskan untuk kamu(orang melayu/islam)....dia bukan nak suruh orang islam berjudi tapi dia adalah PERDANA MENTERI UNTUK RAKYAT(RAKYAT MELAYU/CINA/INDIA/LAIN2) DIA BUKAN PM MELAYU SAHAJA....KORANG FAHAM TAK KAT MALAYSIA NI AGAM DAN BANGSA BUKAN KITA ISLAM SAHAJA...

    jika kita terlalu emosi..apa yg kita dapat...

    1) dapat marah
    2) dapat saKit hati
    3) timbul pula perasaan dendam kesumat yg amat sangat
    4) mula hilang pedoman...melayu jadi tiada arah

    bila semua perasaan ini sebati dan menguasai diri..apa lagi orang islam melayu menjadi lebih meluat dan mula berkira2 untuk menghukum kerajaan dan sudah semestinya nama umno akan diheret sama sehingga pru13 nanti....

    mengapa ini harus kita lakukan?

    mengapa melayu tidak terfikir,najib hanya ingin berlaku adil kepada orang cina,india dan lain2 bangsa yg bukan beragama islam...yg juga adalah rakyat serta pengundi...selain nak jaga hati kamu sahaja ..hati dan perasaan orang bukan melayu sapa nak jaga?...korang ke jaga!sapa korang!pembangkang ke jaga!ds khir serang je ke jaga!atau siapa yg lebih bertanggungjawap dalam negara ini?...mesti lah pm!...saya optimus yg pm terpaksa luluskan tetapi kelulusan ini bukan mengambil kira isu kepentingan orang islam sahaja

    kita perlu lihat..jika negara kita semua beragama islam dan melayu memang patut kita memberontak..saya juga akan ikut serta berdemonstrasi menuntut itu dan ini..tetapi kita sedia maklum negara kita macamana...

    eh...dari marah2 kes ni cuba fikir...dalam negeri selangor ni rumah urut berlambak2 hidup bak cendawan tumbuh ni ....pas buat apa,bukankah pas berkuasa sekarang,pas bukan pembangkang lagi..persoalan saya dan kemusykilan saya mengapa pas boleh dok diam dan tutp mata...ni pun tak mampu bendung...ada hati nak keputrajaya..siap bagi alasan lak tu...semua ini hanya boleh dilaksanakan jika kita keputrajaya...piiiiiiirahhhhhhhh..!nak kencing lagi..

    ReplyDelete
  36. ni macamana cite ni kat satu kawasan pekan kecil dalam jajahan selangor ni tanah dalam kawasan orang melayu rm10 sekaki/segi x 4000 = rm40,000 mak ai,berak sehari 3 kali pun tak mampu nak bayorr….yg bestnye masuk sempadan sebelah yg diduduki orang cina rm1 sekaki/segi x 4000 = rm4,000..wow ini sudah bagus hidup pakatan rakyat..tradisi membela kesama rataan...tak tau aku tang mana yg sama rata tu....makin lama makin sebak aku nengok orang melayu yg memang layu2 kat kampung tu...harap belas ikhsan anak melayu macam korang ni yg lantang2 seolah2 kerajaan /umno ni semua tak betul....mereka pun takut nak bersuara…

    zaman sekarang saya nengok ...jenis mulut celupar..hidup pun dah tak bergantung pada sesapa pun..aku..aku..koo..koo….umno/bn ada ke tak da ke sama je.....tapi aku ingat gak kat orang lain...anak bangsa melayu yg lain macam yg tanah kena bayar sampai rm40,000 tu dan kat sebelah dia bayar rm4,000 je....tapi maklumlah apa dia boleh buat...buat bodoh je la...sembang kedai kopi minta belas ikhsan...sapa2 yg kuat....nak cakap dengan korang kat sini pun tak tau nak bercakap....

    makin lama makin jadi apa ?..cuba fikir sikit!..

    apa pas buat sanggup biar dap dalam diam kaut apa boleh kaut…sampai jadi ahli majlis jaga hal ehwal kelulusan lessen berniaga pun ….dia boleh tambah macam nasi tambah..malu la nak cite!..ahli majlis dari kepimpinan pas..tapi apasal rumah urut banyak lak..

    ReplyDelete
  37. pasir apa cerita...dulu bukan main khalid depan sultan dengan
    bangganya kata perolehan pasir dianggarkan 150juta tahun ni...lebih baik dari zaman bn(khir) hanya dapat 22 juta..zaman khir banyak koraup pasal tu dia dapat 22 juta sahaja…dari perkiraan saya sebagai ahli koporat saya menggangarkan kutipan sebanyak 150 jutaaaaa ,150 juta rupiiah boleh la!masa zaman bn ni banyak korupppp katanya....maka bersoraklah kegembiraan korang kerana pemimpin ini bercakap untuk menegakkan keadilan....dah semestinya benda yg baik kita sokong....terkedu orang umno/bn...tidak mampu berkata2 ketika itu...

    NAH SEKARANG APA DAH JADI..DAPAT 4 JUTA JE.......BARUA..PENGKHIANAT...MANA PEGI 150 JUTA.....KORUPPP....BAPAK SEGALA PERASUAAHHHHH...SAMPAI MP KAPAR YG KORANG SENDIRI PILIH PUN MELUAT.HA NI NAK COVER LINE CAKAP MN KAPAR KENA BELI LA NI…..MODAL BASIIIIIII...

    PAS APA BUAT....?MANA HASIL PASIRRRRR....MASUK POKET SENDIRI...ATAU MASUK POKET DAP....SAYA TAU ORANG PAS ALIM2 ...TAK JAMAH WAPAU SESEN PUN DUIT HARAMMMMMM....CUBA BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YG MAKAN DUIT HARAMMM JEEE.....ADA MANA2 USTAZ PAS YG BOLEH BAGITAU APA HUKUM BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR HARBI...APA PULA MAKNA KAFIR ZIMMI.....TOLONG BAGI TAZKIRAH SIKIT...

    Harapan saya adalah....saya ..umno...pas...kamu semua bukan maksum dan bukan semua pandai pun...jika umno cakap satu....kamu akan cakap satu....jika saya cakap pas bersekongkol dengan dap....kamu akan kata umno juga bersekongkol dengan mca....

    sampai kiamat pun kita sebegini......saya sarankan agar ds khir toyo...sebagai pemimpin yg lebih atas agar melihatlah apa yg berlaku antara kami rakyat jelata...saya akan berperang dan terus mempertahankan nasib bangsa saya walau apa terjadi....dan sudah semestinya puak sebelah sana pun akan berperang seperti saya....kesian kat kami...tolong cari titik temu antara pas/umno..atau setidak2nya sedarkan kawan kepimpinan dalam umno/pas...agar cari jalan yg menguntungkan orang islam melayu...buat masa sekarang kita tidak kuat dan kita lemah sebenarnny....

    pas tak yah sebuk sebab pas hanya sekadar kuda tunggangan dap kafir harbiiiiiii......kafir yg akan menghancur dan mengkucar kacirkan islam...pas buta tentang ini....

    saya tiada masalah dengan orang pas kerana abang ipar dan ramai sahabat saya pun ada bersama pas...tapi saya tidak boleh terima pas DIPERKUDA2KAN OLEH DAP..ITU TIDAK BOLEH TERIMA...!

    HARBIIII VS ZIMMI....MANA NAK KAWAN?

    ReplyDelete
  38. Komen balas Dato'Sri,

    "2. saudara tidak perlu membabitkan perkara lain termasuk pelacuran kerana ia bukan topik perbincangan. "

    >>>>Dato'Sri Betul, tiada siapa yang membincangkan tentang pelacuran. Saya cuma memberikan kenyatan, jika "lines of arguements" yang sama diguna, kes pelacuran pun boleh diberi lesen. Maksud saya, maaf Dato'Sri-- Alasan dan hujjah lemah, dengan izin- ïnsulting to the intelligence of the Muslim mind.

    Satu lagi, dalam hal -- "2. ....Sebab itu kita melantik pemerintah agar dapat membuat keputusan mengenai pentadbiran negara yang akhirnya menghasilkan sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera."

    Sekali lagi saya beg to differ dengan Dato'Sri,- with specific reference to JUDI,(supaya kita tak lari tajuk).. Saya masih tercari-cari ayat, dalil, dan hukum yang menyatakan dengan menghalalkan judi, akhirnya akan menghasilkan negara yang aman, makmur dan sejahtera. Saya mungkin, tidak ketemui dalil dan hujjah tersebut, kerana saya tak pernah menjadi pemerintah, maafkan saya.

    Wassalam

    **mypuaad**


    Sebab itu kita melantik pemerintah agar dapat membuat keputusan mengenai pentadbiran negara yang akhirnya menghasilkan sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

    o Sri,

    ReplyDelete
  39. Salam Dato'Sri,

    It seems the discussion is getting intereting and mind challenging.I hope Dato does not associate the arguement to the political belief, lets focus on this Judi Issu and discuss it honestly and intelectually. To your respond No 3.

    "" 3. Ada juga kerajaan yang tidak memberikan apa-apa lesen pun tapi negerinya penuh dengan pusat perjudian, rumah urut, pelacuran dan tidak diambil tindakan. apakah ia boleh dianggap memperjuangkan Islam? "

    Dua poin disini
    a)tidak memberi apa-apa lesen, tapi maksiat dan judi berleluasa,dan dan tidak ambil tindakkan.
    >>> Dato'Sri.. pada hemat saya,dengan tidak memberi lesen itu, menunjukkan "tak redha", tidak ambil tindakkan itu, adalah selemah-lemah iman.

    >>> Cuba kita nilai pula ayat ini, "Tak redha", boleh tak beri lesen, tapi beri juga lesen bersyarat yang payah nak dilaksana" adakah ini juga selemah-lemah iman?

    WallahuaAlam, Dato Sri, saya cuma cuba memberikan pandangan saya.

    **mypuaad**

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah pada blogger ramai yang menentang akan lesen judi ini malah ada yg mengeluarkan potongan hadis..mmg sy pun tidak setuju akan lesen ini kerana lebih byk keburukan dari kebaikan walaupun ia hanya utk org bukan islam..tapi apa bezanya kalimah Allah yang di halalkan oleh Pas utk digunakan oleh org bukan islam..apa bezanya perkataan "halal" dari pihak bloggers semua...walhal kalimah Allah itu lebih tinggi kedudukannya dari lesen judi ini..adakah jika Pas boleh bagi kalimah Allah ini digunakan oleh pihak kafir dengan alasan tidak di salah guna "halal"...dan pihak kerajaan memberi lesen judi ini" haram"...Dap kata haram judi ini..tapi kalimah Allah menyokong kehalalan Pas?? fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  41. Salam Dato`, Kita orang UMNO begitu kesal dengan tindakan ini, Saya pohon Tarik Balik...Adakah negara kita akan rugi atau bankrap tanpa duit judi ini?? Selama ini kita sedih apabila PR me"nyubur"kan pusat judi, maksiat dan hiburan di Selangor... Setialah pada Fasal 3.3 Penubuhan UMNO, (" Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. ")... Selaluah bawa kepada perbincangan ahli bawahan dan berbincanglah dengan ulama` muktabar dalam sesuatu keputusan..
    Sekali lagi saya minta pengaruh Dato` TARIK BALIK!!!...Semoga Allah memberkati usaha kita..

    Harap Dato` dapat teliti hujah ini..
    http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/

    ReplyDelete
  42. Salam Dato`, Kita orang UMNO begitu kesal dengan tindakan ini, Saya pohon Tarik Balik...Adakah negara kita akan rugi atau bankrap tanpa duit judi ini?? Selama ini kita sedih apabila PR me"nyubur"kan pusat judi, maksiat dan hiburan di Selangor... Setialah pada Fasal 3.3 Penubuhan UMNO, (" Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. ")... Selaluah bawa kepada perbincangan ahli bawahan dan berbincanglah dengan ulama` muktabar dalam sesuatu keputusan..
    Sekali lagi saya minta pengaruh Dato` TARIK BALIK!!!...Semoga Allah memberkati usaha kita..

    Harap Dato` dapat teliti hujah ini..
    http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/

    ReplyDelete
  43. Dato Seri,

    1. Baguslah kalau Datuk Harussani menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan pemberian leen judi tersebut. Tetapi takkan hanya cukup dengan menyatakan pendirian sahaja. Boleh tak jika beliau memberi pendapat sebagai seorang Mufti sama ada kita orang Islam patut terus menyokong dan memberi undi kita kepada pemimpin (yang kononnya berugama Islam) yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen terbabit?

    2. Benar. Pelacuran bukan topic perbincangan di sini. Saya cuma mengetengahkannya bagi menjawab hujjah Dato Seri (dan lain2 bloggers UMNO) yang cuba memberi justifikasi tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi ini perlu, hanya kerana usaha membendung judi haram secara berleluasa, didapati tidak berkesan. Bukankah Dato Seri sendiri ke yang berkata begini "Justeru saya percaya kerajaan telah mempunyai data-data ini dan berpendapat sudah tiba masanya industri judi haram ini disekat dan dikawal melalui saingan yang berada di bawah Undang-undang."?

    Jesteru itu, kalau saya pakai logic yang sama cuba diutarakan oleh Dato Seri, perlu juga kah kita mengikut langkah segelintir negara yang telah menghalalkan industri pelacuran & juga penggunaan dadah (seperti marijuana etc)? Saya yakin kerajaan pasti mempunyai data2 juga. Tidak gitu Dato Seri?

    3. Kerajaan mana yang Dato Seri nyatakan tersebut? Sila berikan butiran lebih terperinci, mana tahu saya mungkin dapat menjawabnya.

    4. Untuk pengetahuan Dato Seri, saya yakin masalah sosial seperti judi, dadah, pelacuran dan sebagainya ada dimana-mana negara (hatta di negeri Kelantan atau negara Saudi Arabia sekali pun). Tetapi masalah pokok disini, yang membezakan UMNO pimpinan Najib dan pemerintah di tempat terbabit ialah, mereka tidak cuba menghalalkan apa yang terang2 di'HARAM'kan oleh Islam.

    5. Saya memang akur, masalah gejala sosial yang berlaku secara haram ini bukannya 100% patut disalahkan kepada kerajaan. Ini kerana masyarakat dan ahli keluarga juga memainkan peranan dalam memastikan gejala ini dapat di bendong. Kita juga boleh meletakkan kesalahan ini di atas bahu mereka yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mencegah kejadian terbabit dari berleluasa (seperti Polis, Kastam & MACC) etc. Cuma jika kerajaan pusat yang sedia ada tidak menggunakan kuasa yang beliau ada (seperti untuk menggantikan ketua jabatan terbabit) jika didapati prestasi beliau tidak memuaskan, maka boleh dikatakan bahawa kerajaan pusat secara tidak langsung dikira sebagai bertanggungjawab dan bersekongkol dalam menyebabkan kejadian social itu terus berleluasa. Contoh yang paling baik ialah, Kerajaan pimpinan UMNO masih terus sehingga ke hari ini menyambung kontrak Ketua Polis Negara kita walaupun kita sedia maklum, beliau telah gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Tahukah Dato Seri bahawa sepanjang masa beliau memegang jawatan IGP, indeks jenayah kita semakin meningkat?

    6. Bagi para pengundi yang berugama Islam pula, perlu kita ingat, bahawa kita juga secara tidak langsung bertanggungjawab jika kita terus memberi mandat kepada ahli-ahli politik seperti ini untuk terus memimpin kita. Kerana mereka mempunyai kuasa tapi tidak cuba menggunakannya untuk 'amal maaruf nahi mungkar'. Ingatlah Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa kita pasti akan di hisab akan perbuatan kita walau sekecil zarah sekalipun.

    Jadi fikir dan renungkan lah saudara bloggers sekelian...



    (PS:/Harap selepas ini Dato Seri, jangan menghilang pula ya. Saya tunggu ulusan dari Dato Seri)

    ReplyDelete
  44. 1. Saya setuju dan sokong penuh jika kerajaan tarik balik lesen judi. Itulah juga harapan saya.
    Tapi saya juga percaya kerajaan mempunyai asas yang kuat untuk melesenkannya.

    2. saya tidak pernah kata judi itu halal dalam Islam atau kepada orang Islam. Cuma dalam negara seperti malaysia maka tolak ansur dan kebijaksanaan memerintah amatlah diperlukan.

    Kita boleh berdebat sehingga berpuluh muka surat pun tapi sebenarnya tidak akan mendatangkan banyak hasil kerana masing-masing berpegang pada hujah yang berbeza sifatnya. janganlah berdebat haram atau tidak judi kepada orang Islam kerana ia telah pun sah haram.

    Judi sama sahaja keburukkannya seperti pelacuran dan arak. Cuma kenapa kita membenarkan arak dan judi kepada bukan Islam adalah atas pertimbangan pemerintah.

    Bagi saya yang kita perlu pejuangkan ialah mendesak kerajaan bertindak tegas memastikan tiada orang Islam terbabit dan mengawal agar judi ini tidak memberi musibah besar kepada negara.

    ReplyDelete
  45. Salam saudara WMU350,

    Saya amat tertarik dengan dakwaan saudara kononnya ada salah laku dalam kontrak pasir di negeri Selangor ini. Saya amat berharap, jika saudara mempunyai bukti yang kuat, sila buatkan laporan kepada pihak Polis atau MACC supaya dapat diambil tindakan keatas mereka2 yang terbabit. Saya sokong tindakan mana-mana pihak memdedahkan salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang politik masing2.

    ReplyDelete
  46. hahaha oii Shamsul... kalau pilih pemimpin yang luluskan lesen judi ni berdosa... kalau pilih pemimpin parti yang kata allah ada anak dan kata Allah dalam konsep trinity tak salah tu aku ingat dah jatuh murtad dah termasuk dengan kau sekali. hahahahaha

    Tak payahlah shamsul nak cakap pasal pemimpin UMNO. Tu pemimpin Pas ke sibu kata tak salah kata Allah ada anak. Aper ko nak cakap? Setakat ni Harun Din saja kata salah. Jadi orang islam buatlah pilihan nak sokong pemimpin Islam yang luluskan lesen judi atau nak sokong pemimpin Islam yang kata Allah ada anak bernama jesus. hahaha

    SATU LAGI SHAMSUL... KALAU BERANI SURUH PAS TARIK BALIK SEMU LESEN KEBENARAN BERNIAGA PREMIS JUDI DI SELANGOR, KELANTAN, PULAU PINANG DAN KEDAH. buatlah... baru cakap pasal lesen judi bola ni. Jangan lupa kerajaan negeri ada kuasa tarik balik lesen perniagaan menerusi PBT.

    ReplyDelete
  47. Salam Selangorian,

    Betul ke PAS kata 'Allah ada anak Jesus'? Saudara dapat dari mana ni? Kalau ada clip video di youtube seperti mana klip video 'Najib nak rasuah pengundi Sibu' boleh tolong forward kan kepada saya?

    Kalau setakat bersetuju membenarkan orang Kristian menggunakan perkataan Allah, saya rasa tidak salah itu. Sebab setahu saya, di negara Arab pun orang Kristian dibenarkan guna nama Allah. Saudara rasa cendikiawan Islam di Al-Azhar itu salah ke kerana membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Suadara menuntut ilmu ugama dari siapa? Harrussani ke? Oh.. patutlah...

    ReplyDelete
  48. Dato Seri,

    Kenyataan Dato bahawa "Judi sama sahaja keburukkannya seperti pelacuran dan arak. Cuma kenapa kita membenarkan arak dan judi kepada bukan Islam adalah atas pertimbangan pemerintah."

    Jadi jika selepas ini ada desakan pihak bukan Islam untuk meminta kerajaan meng'halal'kan perlacuran (dengan memberi alasan bahawa pelacuran tidak salam dalam ugama mereka). Perlukan kerajaan pimpinan UMNO menimbangkannya? Bagaimana pula dengan yang tidak berugama jika mereka mendesak perkara yang sama?

    ReplyDelete
  49. Dato Sri,
    Saya hormat pendirian Dato Sri, Tapi Dato Sri tidak respon tentang counter arguement saya terhadap ulasan Dato Sri,- Dato'Sri suroh kita fokus tajuk perbincangan kita kepada JUDI BOLA, tetapi ramai bloggers yang emotional, dan keluar issu pasir, dan banyaknya rumah urut di Selangor Hatta pengunaan perkatan Allah.
    Kalau kita sudah TAK SETUJU dan TAK REDHA, tak payah lah nak mencari DALIL dan hujjah yang MUNGKIN membolehkannya.

    Tak mungkin bagi sesorang itu, tak setuju di atas perkara yang jelas HARAM, tapi berperasangka baik terhadap orang yang setuju dengan perkara HARAM tersebut, kecuali jika ada diantara ULAMA' kita yang berselisih pendapat tentang pekara HARAM atau tidak nya. Setakat ni, saya belum dengar lagi (mugkin saya tak tau ) ulama' atau ustaz, yang approve tentang lesen bola ni.. Dato'Sri ada rujuk kat ustaz ke?.. kalau ada sama-sama kita boleh berkongsi pandangan dan mengambil ikltibar darinya.
    Maaf Dato'sri, jika gaya saya agak prokatif, saya cuma hendak mencari kebenaran.

    Wassalan

    **mypuaad**

    ReplyDelete
  50. Salam DS dan pada semua..

    Sekadar ingin menambah selepas membaca komen DS.

    Apa yang saya dan juga pembaca lain ingin lihat dari DS adalah satu kenyataan dan idea yg tegas dan bernas sepertimana yg pernah DS berikan dalam isu Dasar Automotif Negara dulu, di mana kepentingan rakyat didahulukan. Tambahan pula dalam isu ini juga melibatkan juga hukum agama Islam.

    Mungkin kita semua terlepas pandang kesan yang akan terjadi apabila lesen judi baru ini diberi. Kita melihat dari segi sosial pasti akan menambahkan lagi kesan -ve kepada masyarakat secara umumnya. Judi yang sedia ada baik yang berlesen atau tidak telah menjadi punca masalah kepada jenayah2 yang lain. Salah satu contoh hingga kini kita sering mendengar kes2 mangsa pinjaman ceti haram, apabila disiasat mangsa kebanyakan terbabit dgn judi.

    Pasti ada yang berkata "lantak la, kebanyakan org cina biarlah nak jadi apa pun".

    Memang cerita yang kita dengar macam tu, tapi dia bukan rakyat Malaysia juga yang sama2 tinggal dengan kita. Pasti akan berlaku kesinambungan tindakan jenayah yang akan dilakukan oleh pemiutang dan penghutang itu nanti.

    Sama juga dengan kegiatan pelacuran, mengapa kita haramkan kegiatannya adalah disebabkan banyak kesan2 -ve akan timbul seperti memperdagangkan manusia dll. Sedangkan tdk dilesenkan sekarang ini pun masalah/jenayah dari kegiatan itu berlaku juga.

    Walaupun tujuan lesen ini diberikan untuk bukan muslim sekalipun, pasti seluruh rakyat terkena tempiasnya.

    Sebagai contoh arak dilesenkan untuk bukan muslim, salah satu bahana yang terjadi dan selalu kita dengar dari dulu lagi kemalangan melibatkan pemandu yang mabuk, pemabuk dilanggar kenderaan. Biarpun yang si pemandu mabuk dan juga pemabuk itu bukan muslim, tetapi yang dilanggar dan yang melanggar itu orang muslim, macamana? Tidak ke seorang muslim itu pula teraniaya.

    Begitu juga dengan judi ini, sekiranya yang main juga bukan muslim tetapi apabila kalah dan menanggung hutang seterusnya melakukan jenayah dan mangsanya adalah orang muslim, bagaimana?

    Kita boleh bercakap panjang lebar tidak habis2 pun seperti yang DS komen sebelum ini, tetapi ingat pada semua, selagi kesan2 -ve disebabkan oleh maksiat judi, arak + pelacuran ini tidak terkena/terjadi pada diri atau keluarga kita selagi itu kita tidak akan sedar betapa bahaya musibah dari hal2 haram ini.

    Saya memohon perlindungan dari ALLAH SWT buat diri, keluarga serta muslimin agar dijauhkan dari fitnah dan musibah oleh maksiat2. Ameeen....

    ReplyDelete
  51. ditempat saya 50% melayu berjudi nombor ekor. 30% minum arak ini anggaran saya saja. diharap ada badan2 yg membuat kajian secara sistematik tentang statistik melayu berjudi dan minum arak. atau mungkinkah kerajaan takut mengeluarkan statistik ini utk pengetahuan umum. di kampung tempat saya, pemuda-pemuda melayu membeli nombor ekor tanpa apa2 masalah, begitu juga semasa mengambil wang kemenangan pertaruhan di kedai nombor ekor. arak pula boleh dibeli dimana2 kedai yg menjual arak. malah dikampung ada 2-3 buah kedai kampung (di punyai oleh bukan melayu) tempat membeli arak dibuka sehingga pukul 4 pagi. minuman arak yg popular di kalangan remaja disini ialah jenis liquor jenama 'royal', dicampur dengan coca-cola dalam jug plastik berisi ais. cara minum dengan satu gelas kecil dikongsi bersama (sadong). saya diam di sebuah bandar di sarawak

    ReplyDelete
  52. Salam Datuk Seri,

    Saya pula sangat yakin bahawa adalah hampir mustahil PM akan beri jaminan bahawa orang islam tak terjebak dalam kegiatan judi yang 'diluluskan' atau dengan kata lain 'dihalalkan' oleh kerajaan UMNO dan BN ini. Bagaimana nak jamin? sedangkan orang islam yang main nombor ekor pun susah nak dikawal. Alasannya ialah jabatan agama tak cukup kakitangan. Sedangkan semasa puasa pun ada orang islam yang makan secara terbuka dan bukan semuanya dapat ditangani oleh Jabatan Agama. Maka Datuk Seri, gunakanlah pemikiran yang logik bagaimana PM nak jamin? barangkali orang UMNO sendiri kena pegi pantau orang islam yang main judi itu (itu pun kalau rajinlah..)

    Lagi satu, sebelum PM beri jaminan bahawa orang islam tak terlibat dalam judi, bagaimana pula kalau saya cadangkan bahawa PM jamin dulu orang UMNO tak main judi?

    Apa kata Datuk Seri? setuju??

    Datuk Seri, sesungguhnya idea Datuk Seri dalam hal ini memang mudah dipertikaikan..

    ReplyDelete
  53. SALAM DS,
    TAK NAMPAK PUN PRESIDENT PERKASA AND TUN M MEMBUAT PENDIRIAN MEREKA MENGENAI ISU INI?????....Si katak tu memang suka bodek ke apa???

    ReplyDelete
  54. heran bin ajaib, lesen judi dibenarkan untuk bukan islam menjadi isu besar kepada umat islam. Sedangkan dosa tersebut masih boleh diampunkan jika bertaubat nasuha. Yang sanggup menyamakan Allah dgn keristian tak bising pulak, sedangkan itu merupakan dosa yang amat besar. menyekutukan Allah.

    Pelik dgn sikap orang yang serban besar tapi otak kecil serta taksub membabi buta

    ReplyDelete
  55. Judi mmg haram tiada siapa mempertikainya, memberi lesen utk berjudi juga jatuhnya haram malah bukan hanya judi, arak juga haram tetapi hanya melaung menyalahkan kerajaan tanpa ada penyelesaian konkrit dipihak sendiri tidak mengubah apa2. Tanyalah kerajaan PR selangor, arak dipulang kembali beserta surat memohon maaf, malah lucunya ketuanya pula digantung, kenapa agaknya penyokong PR tak bersuara dan berdemo ttp apabila kerajaan pusat bersikap begini maka bermcm2 tuduhan dimulut.

    Org Islam kena bersatu, tp perpecahan juga yg dicintai. kalau bersatu kan selesai isu judi dan arak. Tak kira samada UMNO, PAS dan PKR serta umat Islam termasuk saya semuanya bersalah.

    Sebesar2 kesalahan bg saya bukannya berjudi atau minum arak tetapi memutuskan tali persaudaraan sesama islam. Mufti Harussani sekurang2 pernah ingin menyambung.

    ReplyDelete
  56. saudara shamsul,ds khir dan bloggers semua...

    ok lah bab pasir yg saudara shamsul tanya....saya hari ni ada mood baik sikit..saya akan dedahkan disini tapi saya tidak berselera untuk lapor sana lapor sini...saya bukan katagori org yg rajin buat keje ni...

    apa yg saya cite ni adalah biasa halwa telinga kita dengar cuma saya ralat sikit bila pkr/pas/dap selama ni bermati2an membelasah umno korup/rasuah dan saya akur mana yg tak betul kita mesti tegur.....rasa lebih ralat bila pas perpalit sama bersekongkol...dia tak buat tapi saham mungkin dia pun dapat...silap bulan saudara shamsul tumpang toi saham gak....maaf la ye....tapi jika niat kita baik...insyaallah TUHAN itu MAHA ADIL...

    6bulan sudah lebih kurang la...masa mula2 syarikat SEMESTA ni ujud atas dasar konon2 untuk membersihkan org2 bn/umno yg rasuah (maklumlah dapat 22juta sahaja masa tu)...khalid anggarkan 150 juta-22juta=128juta...mana hilang?

    hari ni kutip 4juta(150juta-4juta=146juta)...mesti ada yg tak kena?

    saya tidak berminat mencampuri urusan SELCRAT/SPRM tetapi sebagai blogger kita sampaikan apa yg kita tahu....dan tidak semestinya kita betul....saya serah kepada semua untuk menilai....

    mula2 minta rm3000.kumpulan semesta memang tak minta...tapi ada kaki kat bawah yg buat keje..

    pas tu runding pembahagian kutipan pasir iaitu 60/40...60% syarikat pengendali dan 40% masuk tabung ehem...ehem...kalau tabung kumpulan semesta tak pe gak..boleh la masuk dalam kantung kerajaan negeri,kita pun boleh dapat habuan ramai2...dia bayar air percuma(ki..ki..ki...tu pun guna duit anak syarikat kerajaan...tak lama lagi bankrup la...duit dalam anak syarikat guna bayar air tiap bulan)

    tapi tak de untung kot...syarikat pun malas la nak masuk tender2 ni...mana kan tidak kalau 40% dari pendapatan bersih dikira OK LA JUGA..NI TAK DARI kotor... dan..dan lori bawa je keluar kalau rm100/selori(40 hinggit aku punya)...ki..ki..ki...masuk tabung ehem...ehem..."i know what u do last last 6month".....nah sekarang meletop...pandai2 la sapa2 yg lebih tahu selok belok undang2 dan buatlah mana yg sepatutnya.....

    kepada rakyat marhaen buatlah perkiraan sendiri..adakala bila mendengar kata2 berdentum dentam tidak semestinya betul...berjuang dan menhentam umno sampai terduduk tidak semestinya kita lakukan......saya masih seperti dahulu...terpulang kepada semua termasuk saudara shamsul,dsd khir samada percaya atau tidak......ikutlah gerak hati masing2...adakala hati kata ya...tapi mulut kata lain...ni kerana ego manusia memang sejak azali....

    fikir....cakap...rasa...laksanalah dengan jujur

    jgn fikir lain...cakap lain....

    rasa lain...buat lain.....saya tidak berniat untuk menyakitkan hati mana ahli baik umno/pas/pkr (dap ni saya tak peduli)...tetapi apa yg saya harap kita berbeda dan berhujah akhirnya kita dapat mencari titik temu untuk umat....bukan untuk diri sendiri....salam

    ReplyDelete
  57. Salam DS,
    Sebenarnya isu judi ni dah lama, cuma bila kerajaan umumkan lulus lesen judi maka puak2 pilitikus sibuk menjadi hero.

    atas nama judi, apa pun alasannya ia tetap haram.
    dan judi bola ini sepatutnya tidak diluluskan, pun begitu, di negeri2 pemerintah Pas spt di Kedah juga masih terdapat byk kedai judi (nomber ekor). Sepatutnya ia juga tidak harus dibenarkan beroperasi lagi atas apa jua alasan. Keharamannya bkn kepada umat Islam sahaja,sbb kaum lain pun turut membantah perjudian ini, samaada atas dasar politik atau mmg benar ingin membanteras judi itu saya x pasti.

    Yang pasti, kalau kerajaan x tarik balik lesen judi ini, mana tau kalau2 ada PRK lagi, confirm BN kalah lagi.

    ReplyDelete
  58. Salam... DS Khir..

    Kalau PM tak dapat memberi jaminan, maka pemberian lesen ni sewajarnya di tarik balik..

    Senang cerita... Biarlah apa org nak kata... yang penting Judi tu tetap Haram...

    Kepada pemimpin-pemimpin beragama Islam sepatutnya korang semua cari jalan penyelesaian supaya perkara ni dapat diselesaikan.. bukannya setakat nak menegakan pendirian masing-masing... sampai bila pun takkan selesai...

    ReplyDelete
  59. taman merdeka.

    pandangan dato ini adalah dari pandangan org yang berkenpentingan..siapa dato..? ahli Umno..semua org tahu..Dato beri pendapat bukan berdasarkan pendapat yang ikhlas..Saya dapat bayangkan apa pendapat dato sekiranya lesen ini dikeluarkan oleh kerajaan PR..Datolah orang yang akan mengetuai demo sana-sini buat bantahan..Tapi sekarang mana semua demo2 ini..saya sebagai rakyat malaysia yang tak berparti amat2 mahu melihat org islam tak kira parti politik bersatu atas kapasiti kepentingan umat..Tapi pekara itu sukar menjadi realiti..Kenapa ya..?Mana perkasa..tak dengar suara..Bersuara bila ada isu yang memberi kelebihan pada politik umno sahaja..samalah macam pendapat dato juga..Tolonglah ikhlas dalam perjuangan..gerak geri umat ini sedang di perhatikan oleh Allah s.w.t..

    Sekali lagi saya tegaskan disini bahawa,datolah akan ketuai demo dan tulisan dato ini akan lain bunyinya sekiranya lesen judi diberi oleh PR..

    tak percaya dato...

    taman merdeka.

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum,

    Islam nie dia potong dr awal lg...Jgn kata nk bg lesen judi, bila ada idea nk buat benda berkaitan judi jer Islam dh tak bagi...Sebab kalo dh bg kebenaran utk lesen judi piala dunia, lpas ni ada pulak permintaan nk lesen judi UEFA, pastu Premier LEague, silap2 liga Malaysia plak (dgn alasan nk membenteras rasuah lak)..

    Oleh itu sy mohon YB guna pengaruh & saluran yg ada utk membantah & menggagalkan usaha menjadikan perjudian ini sebagai sebahagian drpd perniagaan & income dlm negara kita..

    wassalam

    ReplyDelete
  61. Datok seri!
    kita berada dizaman apa2 yg di diboleh oleh kerajaan maka itulah dia yg terbaik kpd negara
    dan rakyat, alangkah angkoh nya justifikasi itu
    seolah2 agama dn kebenaran nya sudah tidak bole
    h di guna pakai lagi,apa lagi moral masharakat.
    adakah melesenkan judi tuntutan penganut2 agam
    a lain , saya rasa tidak ada kumpolan bangsa mana2 di malaysia bersatu menuntot judi di lesenkan selain dari tokeh2 judi dan kuncu2 nya
    kalau judi boleh di cari hujah utk di lesenkan
    maka jangan terkejut jika ,pelacoran,kelab dadah
    casino,dll perkara mungkar akan di beri lesen.

    ReplyDelete
  62. Dato Sri,

    Musuh negara No.1 maseh lagi anasir sabversif dalam bentuk 'organize crime'. Kalau dahulu Parti Komunis Malaya tapi hari ini organisasi kongsi gelap cuba membangun sebagai kuasa kedua selepas kerajaan. Diperingkat awal kita sering dikejutkan dengan 'gang war'yg bermaksud peperangan antara kumpulan ganster yg bersaing merebut kawasan. Hari ini tiada lagi. Mengapa?
    Sebab mereka talah bersetuju dibawah sistem 'collective leadership and profit sharing'.

    Pelaburan dalam bidang peras ugut,penyeludupan, perjudian,rumah pelacuran,perdagangan manusia,
    dadah.produk tiruan dan lain-lain lagi telah membuahkan hasil yg lumayan. Pendapatan mereka boleh diibaratkan seakan sebuah koperat yg tak pernah rugi. Yang membimbangkan,mereka sudah mula berkembang. Ada tanda-tanda mereka telah mula melabur dalam perniagaan yg sah.

    Hasil kekayaan mereka akan mengancam kestabilan politik dan boleh mempengaruhi kepetusan dan dasar kerajaan. Apabila kebangkitan mereka terancam,mereka mula mengubah haluan dengan membantu parti pembangkang. Mereka sudah mula berpolitik....

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum,

    TSDKT dan SEMUA bloggers.

    Dulu ada perniagaan yang di Ali Baba kan. Lepas ni mungkin ada perniagaan yang di Ah Chong kan.

    Bisnes tu buat kat kampong2, kat Felda kat warung2 kopi kampong yang Ah Chong tak boleh penetrate.

    Jangan marah...ini sangka dan andaian burok aje.

    ReplyDelete
  64. Dato Sri,
    Why does the comment stalled at the 59th...
    Wassalam
    **Mypuaad**

    ReplyDelete
  65. Salam DatO' Sri,
    Apa sudah Jadi,
    Jom Sua TV9 sudah ganti Perkampongan Hadhari, Di Kompleks Sukan Tawau Sabah,
    Jom kita tengok "Gelek Gerudi",
    Inul pada 29 Mei,tetap menjadi,
    Walaupun Wanita UMNO Kalabakan kata,
    "Tak usah lah menjadi",
    Tapi, nak kata apa, orang yang diundi tak nampak BUDI, - Gelek Gerudi ni macam JUDI, hehehe,

    Nak release tension... Dato' Sri,

    ***mypuaad****

    ReplyDelete
  66. Itukan baru cadangan, masih boleh dibantah yang korang bising pasal apa,bangunlah bersama-sama buat lah bantahan atau demo.

    ReplyDelete
  67. Sdra Shamsul, mintak tolong komen mana perginya duit tabung anak yatim memali. Sampai sekarang hilang macam tu sahaja. Saya juga hara orang jawa tak lupa, supaya jangan buat-buat lupa, Syaitan suka berzina, syaitan suka minum arak, syaitan suka berjudi, syaitan suka berhala, pas pula suka berkawan dgn syaitan… Syaitan dijanjikan neraka oleh Allah taala..lawan syaitan pula ke mana???? Segala amal kebaikan kita hilang bila kita brkawan dgn syaitan… nik Aziz kwn syaitan…segala amalan nik aziz akn ke neraka.. Siapa ikut nik aziz akn ke neraka. Siapa ikut pas akn ke neraka kerana nik aziz pemimpin pas…syaitan iblis, nik aziz dan pas akn ke neraka jahanammmm… Takbir!!!

    ReplyDelete
  68. saudara mypuad... maaflah tak sempat lepaskan komen sebab hari jumaat, sabtu dan ahad lepas terlampau banyak program di kawasan.

    baru-baru ini saya berkata kepada Utusan bahawa jika Pas benar-benar mahu menolak sebarang bentuk perlesenan judi maka ia harus ebrmula dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan menarik balik lesen premis perjudian di bawah PBT.

    Selain itu sebelum "memberontak" isu lesen judi bola ini, lebih baik pas sendiri melihat premis-premis judi dan kafe siber judi yang tumbuh bagi cendawan lepas hujan termasuk di sungai besar.

    memang baik Pas membuat bantahan lesen judi bola ini. Tapi kenapa hanya membantah yang di dalam kuasa orang lain tetapi tidak melaksanakan kuasa yang ada di tangan sendiri?

    saya dimaklumkan oleh rakan di Kedah bahawa kedai judi seperti magnum tetap wujud dan tdak dengar satu pun lesen premis judi ditarik balik atau tidak disambung semula oleh kerajaan negeri Kedah di bawah Pas. Di selangor apatah lagilah.

    ReplyDelete
  69. Tmn merdeka,

    saya dah nyatakan dengan jelas ketidaksetujuan saya mengenai perkara ini. Harap saudara berlapang dada. Demikian juga presiden Perkasa, dato Ibrahim Ali juga dengan jelas nyatakan Perkasa tidak bersetuju dengan pengembalian semula lesen tersebut.

    ReplyDelete
  70. Dato Seri,

    Seorang politician yang baik selalunya akan meletak jawatan jika beliau dapati apa yang dilakukan oleh parti jauh bertentangan dengan prinsip perjuangan beliau.

    Jadi jika Dato Seri tidak bersetuju, tunjukkan rasa tidak puas hati Dato Seri dengan jelas kepada parti yang dianggotai Dato Seri. Jika masih tidak mendapat perhatian pucuk pimpinan parti. Lakukan lah apa yang perlu seperti meletak jawatan atau keluar sahaja dari parti tersebut. Apatah lagi bila masalah itu melibatkan akidah yang kita pegang.

    Ke Dato Seri takut tindakan Dato seri nanti hanya akan menjejaskan periuk nasi Dato Seri?

    Nasihat ikhlas saya kepada Dato Seri, "Kalau takut menghadapi risiko, usah berbicara pasal perjuangan"

    ReplyDelete
  71. 1. Saya tidak perlu meletak jawatan kerana judi yang dibenarkan oleh kerajaan tidak membabitkan orang Islam.

    2. Kalau mahu dikatakan letak jawatan kerana perkara sebegini saya fikir saudara dan ramai pimpinan Pas perlu meninggalkan parti kerana jelas Pas bukan sahaja meninggalkan perjuangan Islam beliau, malah bersetuju dalam perkara-perkara yang tidak masuk akal termasuk isu kalimah Allah.

    ReplyDelete
  72. saudara mad,

    statistik saudara menunjukkan sebahagian orang Islam di negara ini masih berupa islam warisan yang makin tertinggal dari akar agama sebenar. Soalnya salah kerajaan atau salah kita semua? Bagi saya ini salah kita semua. Dakwah kita, tabligh (menyampaikan) kita dalam membentuk jati diri anak-anak terletak kepada ibui bapa sebagai benteng pertama. hari ini semua urusan pendidikan agama diserahkan kepada kerajaan dan guru agama sehingga sebahagian anak-anak kita hanya menerima ilmu Islam tetapi tidak menghayatinya.

    ReplyDelete
  73. Dato Sri,
    Biasanya saya jarang respond pada comment Dato'Sri begitu banyak dalam blog ni,
    Tapi kali ini, saya nampak banyak sangat,alasan dan hujjah Dato Sri yang lemah dan seperti yang saya kata "insulting to the Muslim mind", maaf ya Dato Sri,
    Saya nak respond kepada kenyataan Dato' Sri yang ni....bukan pasal letak jawatan atau tidak, itu kita boleh debat lain kali...
    >>>>
    1. Saya tidak perlu meletak jawatan kerana judi yang dibenarkan oleh kerajaan tidak membabitkan orang Islam.
    >>>>

    Betul, kenyataan Dato Sri, tu.. tapi ia jadi bahan kelakar...Siapa yang nak jaga kedai judi tu pagi dan malam, supaya orang Islam tak beli. Di Sungai Besar tu, Ada papan kenyataan besar lagi, Dato Tamyis, tentu tahu Sungai Besar, Dato Sri tentu tahu kedai tu....dan saya yakin dalam lesen tupun ada termaktub, yang orang Islam dilarang berjudi TOTO/no ekor, tapi ada juga manusia kulit sawo matang ni belinya, siap pakai topi keledar lagi, takut accident kat kedai judi tu, nanti takut mati dalam suülhatimah.. (mati dalam kedai Judi... Nauzubillah).. ini yang saya kata bahan kelakar tu.

    Wassalam

    **mypuaad**

    ReplyDelete
  74. salam DR,
    Seperti yang kita tahu, judi haram disisi islam. Bahkan jika judi bola nih diluluskan, saya percaya ianya akan diharamkan kepada masyarat islam, maksudnya: orang bukan islam saja yang boleh join. Tapi saya percaya ada individu islam akan join main judi nih, walaupun kerajaan letak sign board di depan permis judi, bahawa individu Islam tak boleh beli, tapi tetap akan ada yang beli punya.

    ReplyDelete
  75. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  76. Mypuad, saya setuju penguatkuasaan sepatutnya lebih ketat. Sebab itu saya cadangkan supaya jika ada kedai judi benarkan orang Islam melakukan pertaruhan, tarik balik lesen premisnya.

    Saudara Musang, saya ada terbaca komen saudara dan telah saya paparkan. Mungkin saudara komen dalam topik yang lagi satu.

    ReplyDelete
  77. Seingat saya Awang Adek semasa membentangkan pekara tersebut menyebut kerajaan mungkin akan mempertimbangkan lesen judi bola sepak. Mengikut kefahaman saya baru diperingkat cadanngan selepas ada permohonan dari pemilik sedia ada sebelum ini. Bukan berbentuk lesen baru dan hanya diperingkat pertimbangangan dan penjelasan juga diberi. Malangnya segelintir orang yang taksub terus menghukum dan ada pulak yang sampai mendesak DSKT meletak jawatan. Kalau DSKT perlu letak jawatan atas isu ini, saya juga cadangkan Nik Aziz yang mempunyai kawan dikalangan syaitan utk turut letak jawatan. Alasan saya ialah, atas hasutan syaitan tadilah sampai Nik Aziz sanggup berkongsi tuhan, Saya juga minta DSAI letak jawatan kerana selera dia amat merbahaya kepada tamaddun manusia.

    ReplyDelete
  78. Doa tidak makbul??


    Rasulullah saw telah bersabda, “Allah swt ialah ZAT yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah mememrintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan kepada rasul-rasulNya. Firmannya dalam al-Quran yang bermaksud,

    “Wahai rasul-rasul,makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”

    (al-Mukminun: 51)


    Di tempat yang lain Allah swt berfirman yang maksudnya,

    “ Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu,” (al-Baqarah: 172)


    Kemudian Rasulullah saw menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh ( doa seorang musafir adalah makbul). Dengan rambut yang kusut masai, pakaian yang berdebu-debu (kerana kesusahan) lalu dia mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata, “ Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,” tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan haram, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” [Jam’ul Fawaid]

    ReplyDelete
  79. POLIGAMI YANG SAH DIHUKUM, JUDI YANG HARAM DIBENAR

    [SN220] Kerajaan 1Malaysia sehingga kini masih memekakkan telinga dan menutup sebelah mata akan bantahan rakyat Malaysia terhadap kebenaran (lesen) judi yang mereka keluarkan kepada Berjaya Group sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung nanti. Di sebalik dakwaan Najib bahawa konsep 1Malaysia-nya selari dengan Islam, namun apa yang kita dapat saksikan adalah pemerintahan Najib semakin hari semakin dipenuhi maksiat. Judi yang Allah sifatkan sebagai rijsun (najis) kini terlihat jelas memenuhi wajah pemimpin Malaysia. Inilah ‘hadiah’ dari sistem demokrasi kepada rakyat Malaysia di mana mengikut demokrasi, pihak yang berkuasa (kerajaan) adalah pihak yang berhak membuat undang-undang. Kerajaan secara kolektif, dan para menteri secara individu memiliki kuasa penuh untuk membuat undang-undang mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada mereka di bawah hukum demokrasi.
    ‘Kuasa’ mereka ini sungguh hebat di mana ia boleh mengatasi kuasa Allah SWT!!! Mereka boleh menghalalkan apa sahaja yang Allah telah haramkan! Dalam perkembangan lain, tetapi berkaitan, rakyat Malaysia telah ‘dihiburkan’ dengan satu lagi drama demokrasi di mana ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar, 51, dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Mei lepas atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Isterinya, pelakon Zizie Izette, 32, mengaku bersalah atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran mahkamah manakala tiga iparnya dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dan kesemua mereka didenda RM1,000, gagal bayar, enam bulan penjara. Di luar mahkamah, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita berkumpul bagi membantah salah laku Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Kumpulan yang terdiri daripada gabungan tujuh NGO itu diketuai Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, Maria Chin Abdullah turut mendesak Bung Mokhtar untuk meletak jawatan [Utusan Online akses 18/05/10].

    Begitulah hakikat demokrasi di mana poligami yang sah di sisi Islam telah dijadikan satu kesalahan dan mesti dihukum jika dilakukan tanpa izin mahkamah. Manakala judi yang jelas-jelas haram di sisi Islam, dibolehkan, dibenarkan dan dihalalkan. Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, kita tidak tahu lagi sejauh mana kes ini akan berlarutan kerana peguam Bung dikatakan sedang menyiapkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Bung Moktar bukanlah calang-calang orang, dia orang kuat UMNO dan seorang ahli Parlimen yang terkenal. Kebiasaannya, orang kuat UMNO mempunyai ‘imuniti’ yang kuat dari undang-undang, jika mereka tidak menjadi kambing hitam. Inilah sketsa dalam panggung demokrasi di mana segala undang-undang dibuat oleh manusia dengan mengetepikan segala undang-undang Allah. Bung kini sedang ‘merasakan’ sedikit penangan undang-undang kufur yang digubal oleh tangan-tangan manusia, termasuklah dirinya sendiri sebagai salah seorang penggubal undang-undang. Kita semua tahu bahawa mengikut undang-undang Islam, poligami langsung tidak memerlukan izin mahkamah, namun mengikut undang-undang demokrasi, izin mahkamah diperlukan, jika tidak, maka akan didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali! NGO wanita yang telah dicemari dengan kebusukan demokrasi tidak berpuas hati dengan Bung Moktar dan menuntut beliau meletak jawatan, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menunjukkan bantahan mereka kepada kerajaan Najib yang telah menghalalkan judi seterusnya menuntut Najib untuk meletak jawatan! Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin terus memperkatakan isu ini, namun ingin memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang poligami yang sering disalahfahami dan dijadikan isu perjuangan yang salah oleh sesetengah golongan.

    http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN219_Judi_Halal.pdf


    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2178-sn220-poligami-yang-sah-dihukum-judi-yang-haram-dibenar

    ReplyDelete
  80. Salam

    "Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya." Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan) "Maha suci Allah, yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan."

    Surah Al Anbia' Ayat 22.


    Bagi mereka yang mengaku berugama slam wajib menerangkan siapa itu Allah kepada orang bukan Islam dan bukan melarang orang bukan Islam mengunakan perkataan Allah.

    Bagi mereka yang mengaku berugama Islam wajib menghalang manusia dari melakukan dosa besar dan kemungkaran seperti zina, arak ,judi dll tetapi kita mengalakan judi, Mengapa di tangkap orang bukan Islam mencuri, biarkan mereka mencuri, biarkan mereka merompak, biarkan mereka melakukan maksiat maka akan musnahlah dunia ini.

    “ Dan orang-orang yg beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (ialah) menjadi penolong sebagian yg lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yg ma’ruf, mencegah dari yg mungkar.” [At-Taubah: 71]

    “ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yg ma’ruf dan mencegah dari yg mungkar.” [Ali Imran: 104]

    “ Kamu ialah umat yg terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kpd yg ma’ruf, dan mencegah dari yg mungkar.” [Ali Imran: 110]

    ReplyDelete
  81. Bagi saya, perjudian patut dijauhi tidak kira umat Islam ataupun orang bukan Islam. Tiada kebaikan terlibat dalam aktiviti perjudian.

    ReplyDelete
  82. semua berbalik kepada pribadi masing masing. tiada yang bisa kita lakukan selain belajar dari pengalaman.

    ReplyDelete