Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, May 6, 2010

Titah Tuanku Dalam Pentadbiran Islam Adalah Arahan

1. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim menganggap titah Tuanku Sultan Selangor agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sebagai pandangan peribadi bukannya arahan yang perlu dipatuhi merupakan satu penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi kesultanan Selangor.

2. Walau apapun hujahan undang-undang, tindakan mempertikaikan titah Tuanku secara terbuka merupakan satu tindakan biadap. Mungkin perkataan yang lebih tepat ialah kurang ajar kerana Zaid bukan pun anak negeri Selangor. Sebagai rakyat Malaysia yang bukan anak negeri Selangor, Zaid sepatutnya lebih menghormati Sultan Selangor, negeri yang beliau duduki hari ini. Inilah negeri tempat beliau mendapat kemewahan dan juga hampir diberi peluang menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya kecil lalu. Apakah madu yang diberi oleh Selangor, tuba yang dibalas Zaid?

3. Apa pun prosedur yang dipertikaikan oleh Zaid, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor secara jelas menyatakan Tuanku Sultan ialah Ketua Agama Islam Negeri yang berhak membuat sebarang titah (arahan) yang wajar dipatuhi.

4. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal XLVIII.(1)
The Head of the religion of the state shall be His Royal Highness dan His Royal Highness may cause laws to be enacted for the purpose of regulating religious affairs and for the Constitution of a Majlis Agama Islam, to be called in English "Council of Religion of Islam", to aid and advise His Royal Highness in all matters relating to the religion of the State.

5. Titah Tuanku hanya menjadi nasihat jika ia sesuatu di luar bidang kuasa baginda. Itu pun perlu diberi pertimbangan yang serius oleh kerajaan negeri kerana Tuanku masih merupakan Ketua Negeri yang memberi kuasa pemerintahan Eksekutifnya kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

6. Sebaliknya dalam hal ehwal agama Islam, titah Tuanku adalah arahan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS hanya bertanggungjawab menasihati dan menjalankan titah Tuanku.

7. Saya menghormati Zaid sebagai seorang peguam terkenal. Namun rakyat perlu ingat bahawa kenyataan peguam bukanlah bermakna ia undang-undang. Ini kerana peguam selalunya mentafsir undang-undang mengikut kepentingan anak guamnya.

8. Saya juga tertanya-tanya apakah tindakan Zaid menghina Tuanku Sultan Selangor adalah agenda kerajaan negeri Selangor kerana mereka datang dari parti yang sama. Mengapa Zaid memilih untuk "membelasah" DYMM Tuanku Sultan secara terbuka? Tidak mustahil kerajaan negeri yang dipimpin oleh orang kuat PKR menggunakan Zaid sebagai alat untuk membelasah Tuanku Sultan seperti dalam pepatah melayu, "telunjuk lurus kelingking berkait".

9. Terdapat banyak sebab untuk mempercayai teori ini. Apakah kerana "dendam" kerajaan negeri kepada DYMM Tuanku yang tidak membenarkan kerajaan negeri menggunakan wang zakat untuk perbelanjaan negeri seperti yang dicadangkan oleh Menteri Besar beberapa bulan lalu? Apakah kerana dedam kerajaan negeri terhadap Titah Tuanku yang tidak membenarkan orang lain, kecuali Baginda, Mufti dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, membuat kenyataan mengenai pentadbiran Islam negeri? Atau apakah kerana beberapa teguran Tuanku baru-baru ini yang mengingatkan kerajaan negeri agar menumpukan lebih kepada usaha membangunkan negeri dan jangan berpolitik sepanjang masa?

10. Memang benar kita bukan hidup di zaman feudal. Tapi kita ada adab dan budaya yang kalau tidak mahu dijunjung atau dikelek pun, janganlah dipijak-pijak.

11. Selebihnya saya merasa khuatir jika Zaid sekadar menjadi alat kepada agenda pihak tertentu dalam Pakatan untuk menjadikan negara ini negara republik.

54 comments:

  1. memang benar ini semua adalah agenda yg terancang untuk tempoh kurang lebih 10 tahun dri sekarang...kita sedia maklum kes pemecatan ds anwar pada 1998 berlanjutan dan meletop sehingga sekarang.....

    jadi agenda membangkitkan isu pertembungan antara pemimpin pakatan rakyat dengan sultan-sultan dinegara kita ini adalah sebenarnya demi untuk membina rasa sifat dendam yg ditanam dalam hati rakyat....malah saya yakin ini dilakukan supaya apabila perancangan pakatan rakyat untuk menguasai negara pada pru13 akan menjadikan mereka lebih mudah untuk mengubal apa2 undang2 yg melibatkan perlembagaan di parlimen terutamanya untuk mengurangkan kuasa sultan yg ada hari ini.....ini semua akan berlaku paling tidak pru14 ~ pru15

    ini adalah agenda yg dinanti2kan oleh DAP yg tidak dilihat oleh pas dan pkr yg leka menjadi kuda tunggangan DAP...memang tak sedar diri dan jika ini benar2 berlaku saya tidak akan maafkan dan semua yg masih terus2 menyokong parti yg bersekongkol dengan DAP INI dalah pengkhianat....

    maka benarlah ketika itu negara kita akan menjadi republik...tak pakai sultan tapi pakai presiden...yg dipilih oleh rakyat(mungkin kita berpresidenkan kaum cina/india atau melayu)...inilah keadilan dan kesamarataan yg dituntut.....piiirah melayu yg bersekongkol dan terus bercakap perjuqangan demi agama...tapi tak nampak awak mempercepatkan lagi usaha DAP INI untuk membelasah sultan....

    yg digunakan untuk berseteru dengan sultan adalah puak2 melayu sendiri dalam pas(nik ajis) dalam pkr (zaid)...yg untung DAP...

    punya la bodoh sombong punya melayu...!

    tak nampak lagi ke...!

    ReplyDelete
  2. Hi Datuk

    Kenapa pulak Perkasa, UMNO dan semua NGO Melayu lain duduk diam je pasal “penghinaan” kerabat Sultan Kelantan????

    Tak konsisten !!!!!

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya di Malaysia ini hanya satu parti sahaja boleh buat, parti-parti lain tak boleh. Parti tersebut adalah UMNO. Sebab UMNO merasa dirinya besar dan berkuasa maka dia sedekahkan 2 wilayah laut negara kepada Brunei. Semua rakyat Malaysia maklum bahawa dalam Perlembagaan Negara yang kononnya UMNO berpegang teguh mengatakan sesiapa yang menyerahkan wilayah negara kepada negara asing tanpa melalui parlimen adalah PENDERHAKA dan PENGKHIANAT. Bahkan kelulusan parlimen hanya melibatkan persempadanan negara bukan menyerah wilayah. Secara jelas dan nyata saya ingin katakan kepada penyokong UMNO, adalah lebih baik anda insaf dan kembali ke pangkal jalan sebelum anda kembali ke liang lahat. Ingat penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara merupakan satu dosa dan sebagai rakyat saya berhak mendoakan mereka-mereka ini dilaknat oleh Allah swt. Insaflah wahai orang-orang UMNO. Kenapa berlindung di bawah parti PENDERHAKA dan PENGKHIANAT? UMNO adalah parti busuk dan kebusukannya lebih teruk dari bangkai babi. Saya marah sangat kepada UMNO kerana dialah pengadai wilayah negara. Saya tunggu jawapan orang besar UMNO tetapi mereka semua senyap. Kenapa senyap? Jawab atas alasan apa yang UMNO serahkan wilayah laut ke Brunei? Sedangkan kita sanggup ke ICJ untuk pulau yang tidak seberapa. Jawab Khir. Ingat semua kalau UMNO terus memerintah negara, rasa-rasa semua wilayah negara negara ini disedekahkan secara senyap. Tidak terkecuali Selangor sebab Khir akan balik Indonesia. UMNO hina orang melayu dan bangsa lain selaku warga negara ini secara terang dan nyata. UMNO harus dinyahkan dari mukabumi Malaysia.

    ReplyDelete
  4. MB merupakan bendahara moden la. Dah bendahara kelantan tak reti nak jaga sultan dia yg banyak masalah rumahtangga, tu dok merayau ke selangor. Ngapa MB selangor tak defend sultan dia?

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula pendapat Dato Seri berkenaan isu memanggil Yang Dipertuan Agong "Menatang"? Adakah kerana ianya dilakukan oleh ahli-ahli UMNO maka ianya bukan suatu tindakan biadap?

    ReplyDelete
  6. bodoh pandai..
    Siapa kata Perkasa duk diam?Sila lawat blog kami perkasahululangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. bodoh.pandai,
    Memang kene ngan nama ko tu!
    Apesal ko nak samakan kes kat selangor ngan kelantan. Kat Selangor. satu makhluk tuhan yg kurang ajar dgn Tuanku Sultan...Kat K'tan, kemelut antara sultan dgn pemangku raja. Yg sama mungkin orang-orang dibelakang kemelut itu.

    ReplyDelete
  8. Memang tepat ulasan DS, ini dibuktikan dgn penubuhan PR itu sendiri adalah disebabkan kecewa serta alat utk membalas dendam. DS, kami pun tak lari kalau grombolan ini sanggup bertentang mata, Sama-sama anak jantan.

    Zaid Ibrahim bolehlah diandaikan sebagai pemabuk tegar yang bersuara bila kepala sudah pening.

    ReplyDelete
  9. salam....

    Semacam ada satu gerakkan subversif dan ekstrim
    yg terancang untuk menimbulkan persepsi negatif
    atau serong terhadap kerajaan,raja,sultan,pemimpin
    dan agensi kerajaan serta perundangan negara yg
    sah dari segelintir manusia kononnya
    diri dari golongan ilmuan dan bijak pandai!

    walhal mereka ini...bodoh takleh di ajar,bijak
    takleh di ikut@ bodoh sombong!

    atau lebih dasyat lagi?

    apa akan jadi..melayu itu sendiri pertikaikan bangsa melayu,raja-raja melayu dan hak-hak melayu?

    ReplyDelete
  10. tindakan zaid ini juga harus kita lihat dan fikir:-

    1)menambah parahkan lagi umat melayu untuk berpecah dan mengharapkan sokongan melayu sekurang2nya 50% sehingga pru13

    2)tindakan zaid ini sebenarnya lebih kepada mengukuhkan lagi sokongan kaum cina kepada pakatan rakyat atau lebih membuatkan mereka berani untuk mengundi pakatan rakyat disebabkan orang melayu macam zaid ada bersama mereka.

    kesimpulannya jika orang melayu tidak benar2 insaf dan muhasabah tentang apa agenda mereka ini sebenarnya....habis kita kerana saya melihat tindakan orang2 seperti ds khir atau perkara tampak seperti ultra kemelayuan sangat dan dilabel rasis TETAPI YG SEBENARNYA MEREKA DAN KUMPULAN PERKASA INI ADALAH GOLONGAN YG BENAR2 CINTAKAN TANAHAIR DAN INGIN MELETAKKAN MERTABAT ANAK BANGSA DITEMPAT YG SEBENARNYA....BUKANLAH MATLAMAT MEREKA INI UNTUK MELETAKKAN INDIVIDU2 TERTENTU MELAYU...kerana meletakkan individu2 tertentu melayu tidak sama dengan perjuangan meletakkan maruah anak bangsa dilandasan yg sebenarnya..

    individu melayu ni ada macam2 perangai...ada yg berperangai macam zaid ibrahim,ada melayu macam nik ajis,ada melayu yg diam dulu lantang macam hj hadi,melayu tun mahathir...dan ada melayu macai macam kita.....semua ini warna2 melayu dalam bumi malaya hari ini.....

    kita perlu kembali bersedia menerima yg melayu dibumi ini ada pelbagai ragam dan warna perwatakan...begitu juga melayu didalam umno....

    ada melayu yg berjuang sanggup ketitisan darah terakhir mempertahankan umno....dan mungkin ada melayu yg hanya suka2 meng gedik menempel yg kadang2 kita sendiri keliru dengan perjuangan ini......INILAH WARNA DIDALAM PERJUANGAN...MARILAH KEMBALI MEMPERTAHANKAN UMNO WALAU APA WARNA YG ADA DIDALAM KUMPULAN MELAYU INI...INILAH SAHAJA SATU PELUANG YG ADA UMTUK TERUS MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN YG ADA SELAMA INI UNTUK ENTAH BEBERAPA TAHUN KEHADAPAN YG MAMPU DIPERTAHANKAN..... DAN PADA MASA YG SAMA KITA TERUS BERUSAHA AGAR KAUM BUKAN MELAYU AGAR FAHAM ERTI BERTOLAK ANSUR DEMI SEJARAH BERMULANYA ASSAL USUL BUMI INI YG SANGGUP DIKONGSIKAN OLEH GENERASI TERDAHULU...ITU SAJAHA..SALAM

    ReplyDelete
  11. Di Perak Nizar ( = Melayu) durhaka.
    Di Kedah ADUN PAS ( = Melayu ) durhaka.
    Di Selangor seorang Kelantan ( = Melayu?) durhaka.
    Di Kelantan che' Nik dan kawannya ( = 2 orang Melayu) durhaka.
    Persoalannya, mengapa Melayu? Adakah Melayu buta dengan sogokan duit? Adakah Melayu-Melayu ini ahli Freemason, yang akhirnya menyembah Iblis? Adakah Melayu-Melayu ini terlalu 'bongok' hingga tidak boleh berfikir dengan waras? Sesiapa sila cuba jelaskan!!! Saya keliru.
    RASIS: Sekarang kita patut guankan pendekatan yang sama.
    MAC cadang kerajaan ambil alih semua konsesi tol, adalah perbuatan RASIS, kerana hampir kesemua konsesi-konsesi di pegangi oleh orang Melayu.
    MCA dan GERAKAN adalah RASIS kerana menyalahkan PERKASA.
    Mulai sekarang kesemua pandangan yang merugikan Melayu dan Bumiputra adalah RASIS.
    Apa kata tuan-tuan dan puan-puan?

    ReplyDelete
  12. masjid merupakan tempat kita melakukan ibadah. ia bukan tempat untuk kita berpolitik. sultan telah membuat titah dilarang berpolitik di masjid adalah berdasarkan perlembagaaan islam. titah sultan haruslah dipatuhi. kini kuasa sultan dilihat semakin berkurang. sultan merupakan peminpin kita dan kita perlu menghormati institusi diraja ini.

    ReplyDelete
  13. kita sebagai orang melayu merupakan bangsa yang mempunyai adab. kit haruslah taat dan setia kepada sultan kita.

    ReplyDelete
  14. kita sebagai orang melayu merupakan bangsa yang mempunyai adab. kit haruslah taat dan setia kepada sultan kita. sultan merupakan pemimpin kepada hal ehwal agama islam. dalam hal ehwal agama Islam, titah Tuanku adalah arahan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

    ReplyDelete
  15. Sorry Dato' off topic sikit..

    Sebab dah tersebut masjid... nak tanya berapa banyak masjid or surau yang ada solat jemaah 5 waktu..??? Berapa banyak masjid/ surau yang solat Subuh dia penuh dan macam solat Jumaat.

    Kita marah bila institusi agama seperti masjid tidak dihormati... tetapi pada masa yang sama kita gagal mendidik diri sendiri, keluarga (lelaki yang baligh) untuk mengimarahkan masjid... Itu terjadi bila ada bayi yang ditinggalkan di surau di Jenderam Hulu hanya disedari jam 7 pagi oleh rumah terdekat dan bukan ahli jemaah subuh.. Sebabnya tiada solat subuh berjemaah pagi tu....!!!

    Selagi kita tidak mengimarahkan masjid selagi itulah masjid akan dihina dan kini Allah dah jadikan asbab kehinaan melalui politik dan gila kuasa... lepas ni asbab haiwan pula masjid akan dihinakan...(haiwan akan berkeliaran di masjid....) (dah berlaku di sesetengah tempat).......

    Sama juga kita marah orang kafir bakar Al-Qur'an dan pernah tak kita tanya berapa kerap kita baca Al-Qur'an dan ajar anak2 baca..

    Sorry Dato'.. terpanjang pulak.... sekadar tazkirah utk diri sendiri.. Maaf ada yang terasa...

    ReplyDelete
  16. Senang cerita agak-agaklah juga dalam setiap tindak tanduk kita. hehhehe

    ReplyDelete
  17. Asalamualaikum DS Khir,

    Kenyataan oleh Zaid lebih kearah menebus dosa lampaunya kpd PAS. Niat membela Nik Aziz dengan harapan ahli2 PAS akan memberi sanjungan kepadanya sepertimana sanjungan mereka terhadap Anwar. Siapa Zaid untuk merumuskan titah Tuanku adalah pandangan peribadi. Orang yg dikatakan bijak tentang perundangan gagal membezakan yangmana titah dan ygmana peribadi.

    Nampaknya Zaid tidak sabar2 lagi untuk menggantikan Anwar sebagai Mursyidul Am Pakatan Rakyat. Usaha untuk menolak institusi kesultanan melayu telah bermula. DAP akan berdiam diri sebab kerja mereka diambil alih oleh orang melayu PR.

    ReplyDelete
  18. salam....

    apa tindakan kita..jika melayu itu di label
    racist...relevankah kerajaan membenteras
    segala apa yg tidak molek di negara ini
    seperti perniagaan berunsur maksiat,perjudian
    dan hiburan melekakan...jika tidak, melayu
    semakin terhimpit dan tersepit luar dan dalam,
    fizikal dan mental!....pihak berkuasa ada berani ke!!?

    ReplyDelete
  19. Salam Dato'..Saya hairan mengapa Sultan hanya menitahkan supaya politik tidak di bawa ke masjid. Saya amat berharap Sultan dapat menitah supaya semua org Islam berjemaah di masjid setiap waktu solat atau paling kurang setiap subuh, maghrib dan isyak. Jika itu adalah suatu arahan saya amat gembira kerana semua umat islam dpt mengimarahkan masjid setiap waktu dan masjid2 diseluruh negeri Selangor akan penuh setiap waktu. Semoga dengan ini umat islam akan lebih bersatu padu.Itulah harapan saya pada Ketua Majlis Agama Negeri...semoga umat islam mendapat rahmat dari Allah taala. Sekian.

    ReplyDelete
  20. hallo saudarta phen.....sedangkan kita sudah ada alquran yg terang2 lebih cukup ingatan kepada umat.....apakah semua surau dan masjid penuh sentiasa?...

    apakah dengan saranan saudara suruh sultan arahkan umat kemasjid setiap suatau pandangan yg ikhlas atau sekadar politiking?

    apakah arahan sultan agar puak2 yg suka menjarum penitikan ketika berpesan kearah kebaikan 1 ~ 2 jam..tetapi 5 minit selit gak hentam pihak satu lagi itu bukan menjarum penitikan bontot setiap yg mendengar....?ini lagi teruk dan itulah juga salah satu punca mungkin umat tak bersatu dalam masjid..

    nak cakap tu biarlah fikir....boleh ke sultan bagi arahan untuk sesuatu yg sepatutnya datang dari hati nurani sendiri......sultan pun tau mana yg patut di beri arahan atau yg patut sendiri mau sedar dan insaf....?

    berpolitik sebenarnya tak salah jika demi untuk perpaduan umah...tapi kalau jarum peniti berjalan baik tak payah la...piiirahhh..dah lama dah aku pertahikan benda ni..tapi diam je..melihat tokoh2 politiking berpolitik tak kira tempat.....salam..dan selamat hari ibu...

    ReplyDelete
  21. Zaid Ibrahim nama je peguam hebat,tapi tak pernah masuk mahkamah pun..tak mcm karpal singh..hmm..oh ye Zaid Ibrahim hebat dalam bab mengaut projek2 kerajaan dulu..hmm..

    ReplyDelete
  22. Dato Seri,

    Adakah Dato Seri terlupa bahawa usaha2 untuk menjadikan negara kita Republik ini sememangnya telah di pelopori oleh UMNO sewaktu krisis perlembagaan pada tahun 1983 dan 1990?

    Siapakah yang telah mengurangkan kuasa Agong yang kini tidak ubah sebagai rubberstamp kepada Parlimen? Tahukah semua ahli-ahli UMNO sekelian, bahawa sebarang usul yang diluluskan oleh Parlimen akan tetap diwartakan walaupun tanpa persetujuan Agong hasil tindakan UMNO ini? Jadi bayangkan apa yang akan terjadi jika suatu hari nanti Parlimen bersetuju untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu? Inilah bahana yang menanti kita hasil tindakan UMNO.

    Jadi janganlah kita cepat melatah kerana yang jelas, UMNO lah yang telah mengurangkan kuasa Agong seperti mana yang sedia ada sekarang.

    Jika UMNO mengembalikan semula kuasa Agong, hari ini juga saya akan isi dan menyerahkan secara peribadi kepada Dato Seri, borang untuk menjadi ahli UMNO seumur hidup.

    Jadi apa tunggu lagi Dato seri? Jangan hanya pandai bercakap sahaja untuk mengelirukan orang ramai dan penyokong2 UMNO di luar bandar. 'You know Talk is cheap'

    ReplyDelete
  23. Pelik saya memikirkan arah pemikiran penyokong PAS, seolah hanya mereka yang terbaik dan maha suci. segala keburukan dan kelemahan hanyalah pihak lawan. Inilah akibatnya pendidikan PASTI yang merupakan kader PAS. Contoh produk PAS seperti phen, ab razak hj ahmad

    ReplyDelete
  24. Sdr bodoh pandai dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Masalah yang menimpa kerabat sultan kelantan adalah masaalah keluarga istana tersebut,tiada kaitan dgn penghinaan intitusi beraja,soal siapa yang berhak menjadi sultan kelantan merupakan masaalah dalam kerabat dan pelantikan pemangku sultan perlu dilakukan bilamana sultan yang ada tidak mampu utk jalankan tugasnya.
    Sdr harus faham masalah penghinaan kepada raja adalah berbeza dgn penghinaan institusi beraja,yang kita pertahankan adalah institusi beraja kerana intstitusi beraja ini adalah bertanggongjawab secara langsung dalam pemtadbiran agama islam dan adat istiadat
    orang melayu spt mana termaktub dalam perlembagaan negara dan undang undang tubuh negeri negeri dalam negara kita.
    Orang yang paling layak memberi nasihat kepada kemelut istana kelantan adalah YAB Dato Nik Aziz sendiri,spt mana dijelaskan dalam undang undang tubuh negeri Kelantan,yang hairannya kenapa Nik Aziz mengambil jalan mudah dgn mendiamkan diri,sedang beliau bertanggongjawab keatas perkara tersebut.Beliau sanggup mempertikaikan arahan Raja di negeri lain tetapi tak berani buka mulut utk selesaikan masalah dalam negeri sendiri.

    ReplyDelete
  25. Sdr othman 4738 dan sahabat sahabatb bloggers lainnya,

    Sdr tidak pernah pula bertanya sebagai imbal balik apa yg kerajaan malaysia dapat dgn menyerahkan dua lok tersebut,sanggupkah sdrn dan rakyat malaysia kehilangan limbang sebagaimana kita kehilangan Batu putih.
    Limbang lebih bernilai dari dua blok tersebut,bukan sahaja ia merupakan tanah yang subur tetapi terdapat rakyat malaysia yg tinggaal disana.Pemimpin tak akan buat keputusan yang bodoh menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunai tanpa mengkaji secara teliti kesan nya kemungkinan akan kehilangan Limbang.
    Mudah Sdr menuduh UMNO parti busuk tetapi sedarkah sdr umno juga telah bawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara,memang kita jarang menghargai apa yang kita nikmati sekarang kerana kita menganggap ia merupakan hak kita,tetapi apa yang kita anggap hak tersebut hilang dari kita baru kita menyedari kesilapan kita. Bagi saya tindakan PAS dan PKR bersengkongkol dgn DAP adalah perbuatan kianat kepada agama bangsa,kerana DAP adalah parti perkauman yang berfikiran komunis,dalam perlembagaan DAP tak ada satu klausa pun utk memperjuangkan agama islam sebagai agama persekutuan dan menjaga kepentingan orang melayu.NYata perjuangan DAP bercanggah dgn perjuangan PAS,mengapa PAS maseh sanggup bersama sama mereka.

    ReplyDelete
  26. Sdr Shamsul dan sahabat bloggers lainnya,

    Saya konsisten menghina seseorang samaada berjawatan atau tidak adalah perbuatan tak bermoral jauh dari berakhlak mulia.mereka ini adalah manusia yang tak berfikiran matang dan kebudak budakkan.

    ReplyDelete
  27. Sdr Hj Abd Razak AHmad dan sahabat sahabta bloggers lainnya,

    Sebenarnya kita beruntung ,kerana di malaysia kemudahan beribadat utk agama islam disediakan oleh kerajaan,ini kerana agama islam adalah agama persekutuan spt termaktub dalam perlembagaan fasal 3,tidak di negara negara lain,rakyat kena cari sumber kewangan sendiri utk bina masjid dan surau waima sekolah agama sbg contoh negara indonesia walaupun ia merupakan negara islam terbesar dunia tetapi rakyatnya terpaksa mencari sendiri utk bina kemudahan tersebut.
    Sebagai orang yang beragama islam kita bertanggongjawab terhadap keluarga masing masing,dan masyarakat sekeliling.Masalah masjid surau tidak penuh kita tidak boleh salahkan kerajaan sepenuhnya,kita harus bertanya diri kita apa peranan kita utk mengajak mereka kemasjid dan adakah ada halangan kerajaan utk kita melakukannya,saya yakin tidak ada larangan kerajaan utk kita mengajak orang ke masjid malah kerajaan menggalakkannya.
    Dulu kita terbuai dgn janji PAS jika mereka jadi kerajaan masjid dan surau akan penuh dgn jemaah,akan sifarlah masalah sosial di negeri tersebut,ini mainan mereka, tetapi kita lihat tiada bezanya sekarang.

    Sultan melarang masjid di jadikan medan politik kerana bimbang akan berlaku pergaduhan caci maki dalam masjid dan akan menjauhkan lagi jemaah dari masjid,keadaan ini telah berlaku dikawasan saya,bila ada ceramah menghina, mengutuk, mencaci dan fitnah ramai jemaah yang keluar meninggalkan malis ilmu tersebut.

    ReplyDelete
  28. Saya confused. Pilih JK masjid boleh ke? sebab politik. Cerita pembangunan dalam khutbah boleh ke? sebab politik. Solat hajat doakan calon di masjid boleh ke? sebab politik. Politi, politik, politik, apa dia politik ??? menghentam orang berbeza pandangabn politik boleh ke? sebab itu politik. Kadang-kadang kita lihat seorang lelaki yang sedang menjerit, menyebut .... aku tak menjerit... manusia lain yang menilai.

    ReplyDelete
  29. Sdr Phen dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Arahan sembahyang berjemaah di masjid dan surau adalah arahan Allah Swt.Bagi saya tidak ada arahan yang lebih lagi maha hebat selain dari arahan rubbuljalil. Perlukah kita arahan lain selain dari arahan Allah Swt?.

    ReplyDelete
  30. Salam pada semua...

    Orang kita Melayu atau Muslim nie kebanyakannya sekarang dok 'menari' sesama sendiri, x sedar 'gendang perang' dipalu org lain yg bertepuk tangan menggelakkan kita semua...

    Susah bebenor gaya nya orang kita nie nak bersatu padu, kononnya matlamat mendapat keredhaan ALLAH, tp cara pelaksanaan mengalahkan syaitan lg..

    Sudah2 la..

    Maaf, dah terkeluar tajuk nie..
    Cuma nak minta pandangan berkenaan isu lesen judi pertandingan bolasepak yang dikatakan oleh Menteri Kewangan kedua akan diluluskan.

    Harap boleh jadi tajuk dalam blog DS.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Titah sultan bukan arahan selagi ia belum dijadikan enakmen dalam undang-undang. Serupa juga kalau Sultan nak berbelanja untuk keperluan istana, kan perlu diluluskan bajet oleh Dewan Undangan Negeri. Setakat bertitah saja, tak cukup. Di zaman feudal, lainlah. Sultan boleh suruh isteri laksamana dipotong perutnya kerana memakan nangka sultan. Isteri laksamana tidak perlu melalui proses pendakwaan, terus saja balaci Sultan menjalankan hukuman. Sekarang lainlah DSKT. Kalau perkara asas ini pun DSKT kurang arif, tak terdaya saya nak buat apa apa. Biarlah bercakap atas landasan kebenaran sentiasa. Ikutlah nasihat ikhlas saya ini, insyaAllah DSKT akan selamat dunia dan akhirat. dan lagi satu, hiduplah berpada pada, jangan melebih-lebih dan menunujuk-nunjuk dalam kemewahan seperti sesetengah pemimpin politik Islam kita.

    ReplyDelete
  32. Politik yang PAS bawa hari ini samakah dengan politik yg dibawa oleh Rasulullah.

    Kononnya ramai sangat dah meluat dengan politik, jadi salahkah DYMM Tuanku bertitah agar tempat ibadat umat islam jangan dijadikan gelanggan politik menghina, menyindir, menghukum pihak lawan.

    Pelik dgn perangai manusia yang hanya tahu membangkang tanpa berfikir, ada otak letak di kepala lutut, selalu sangat minum air ketum dan dengar ceramah caci maki orang, maka taksub membuta tuli.

    Suruh sembahyang hajat untuk kemenangan calun, BN terima teguran DYMM Tuanku dan tidak membantah. Yang dok heran puak semutar tebal buat sembahyang hajat untuk kesusahan / musibah pihak lain, boleh ka?. Biadap pulak tu.

    ReplyDelete
  33. Dato Seri,

    Saya cabar Dato Seri mennyatakan pendirian Dato Seri didalam blog ini (supaya semua orang tahu) sama ada Dato Seri bersetuju atau tidak dengan tindakan biadap yang telah UMNO (Tun Mahathir) lakukan semasa krisis perlembagaan suatu masa dahulu yang mana ianya telah menyebabkan Agong dan Sultan-Sultan kita telah kehilangan kuasa.

    Sila beri pendapat Dato Seri supaya kita semua tahu, sebab saya tidak pernah mendengar mana2 ahli UMNO yang berkokok menentang tindakan presiden UMNO ketika itu. Adakan kerana semuanya hanya pandai menjaga periuk nasi mereka sendiri sahaja?

    ReplyDelete
  34. Salam Dato Seri dan wmu350, Apakah salah seorang yang diangkat menjadi Ketua Agama Negeri memperingatkan dan menyeru rakyatnya melaksanakan perintah Allah swt? Nabi Muhamad saw adalah ketua kepada kaum umat islam yang diberikan amanah oleh Allah swt untuk memperingatkan dan menyeru manusia ke jalan yang lurus dan diredhai Allah swt iaitu dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketua Agama adalah seseorang yang diberikan amanah bukan saja untuk menjaga kesucian agama Islam bahkan untuk memastikan segala suruhan agama dilaksanakan.

    ReplyDelete
  35. larangan menjadikan masjib sebagai tempat berpolitik ini adalah supaya tidak berlaku perkara yang diingini di masjid, masjid adalah tempat untuk melakukan ibadat. kita sebagai orang melayu dan orang islam haruslah dapat membezakan antara yang baik dan buruk. saya tak ingin melihat masjid menjadi tempat untuk kita menghina antra satu sama lain. kita seharusnya menjadikan masjid tempat untuk kita bermuafakat dan mengeratkan hubungan sesama kita.

    ReplyDelete
  36. Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno-BN kerana memilih kerajaan Umno - BN dalam pilihan raya umum yang lalu. Tahniah juga kepada pengundi khususnya Melayu Umno di Bagan Pinang dan Hulu Selangor kerana memberi kemenangan kepada Umno-BN dalam pilihan raya kecil berkenaan.

    Sebagai tanda sokongan padu tak berbelah bahagi dulu kini dan selamanya kepada Umno-BN maka kerajaan 1Malaysia yang anda pilih telah pun meluluskan atau dalam erti kata lain menghalalkan perjudian baru di negara ini.

    Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, Menteri Kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi bola sepak kepada Kumpulan BERJAYA.

    Sehubungan itu rakyat Malaysia boleh berjudi sepuas-puasnya dan semahu yang boleh sempena Piala Dunia bermula 11 Jun ini.

    Maka setiap kali orang berjudi dan bertaruh sempenan Piala Dunia ini maka penyokong dan pengundi Umno akan turut mendapat saham dan 'pahalanya'nya.

    Mana pergi suara Mufti Perak? Adakah beliau sudah jumpa ayat dan hujah yang menghalalkan judi? Silap hari bulan, tok mufti pun tumpang saham sama.

    ReplyDelete
  37. saudara phen......saya setuju jika saudara menulis dan faham beza antara ARAHAN dan MENYERU/MENASIHAT.....

    tulisan awal saudara membandingkan arahan sultan tentang arahan berkaitan puak yg menggunakan masjid untuk berpolitik dan saudara cuba untuk bertanya mengapa sultan tidak mengarahkan supaya umat pergi kemasjid....inilah bezanya dan harus kita fahami bila kita berbeda pandangan dan pendapat..

    saya tidak percaya dengan permusuhan antara umat melayu dalam pas dan umno.....saya tahu semua umat ini sama sahaja tetapi masalah yg berlaku antara kita adalah kerana pemahaman dan kadangkala niat kita sama cuma percakapan yg kita sendiri cakap adakala kita sendiri tidak faham......

    harap saudara setuju...ARAHAN UNTUK UMAT MELAKUKAN KERJA IBADAT INI TIDAK PERLU SEPATUTNYA TETAPI JIKA NASIHAT DAN SERUAN KEARAH ITU ...DAH DARI DULU TOK2 GURU/ALIM ULAMA/USTAZ...DAN KITA SEMUA LAKUKAN TANPA JEMU2......BEGITULAH JUGA KITA TIDAK JEMU2 MENYATUKAN UMAT YG TAK FAHAM2 TENTANG BERSATU DAN JGN MUDAH BERKECIL HATI BILA BERBEDA PENDAPAT.....KERANA YG UNTUNGNYA ADALAH UMAT LAIN....SALAM

    ReplyDelete
  38. hallo shamsul

    tindakan biadap pada orang macam ko tapi orang melayu yg faham adakalanya kes TUN dulu antara sultan adalah perkara yg berbeza..dan masih boleh diterima...

    apakah jaminan saudara yg jika TUN mahathir dulu tidak berani bertindak demi kebaikan rakyat jelata....AKAN DATANG PENGUBALAN PERLEMBAGAAN TIDAK AKAN BERANI DILAKUKAN OLEH PUAK2 DAP DIMASA AKAN DATANG JIKA MEREKA BERKUASA?....DAN INI TIDAK MUSTAHIL AKAN DIMILIKI KERANA IA AKAN BERLAKU OLEH KERANA PAS SANGGUP MENJADI KUDA TUNGGANGAN DAP....

    bak kata nik ajis kesayangan ko.....hambo diam bukan bermakna tak nasihat.....dalam kes sultan kelantan ada tak tok guru buka mulut....

    BEGITU JUGA ORANG MELAYU DALAM UMNO YG DIAM ...DIAM BUKAN BERMAKNA TAK DE TELO...DIAM KERANA KITA TAHU ISU...ISU YG SENSITIF UNTUK DIPERKATAKAN OLEH ORANG RAMAI KETIKA ITU...ZAMAN SEKARANG BERBEZA...NAH CAKAP JE SEMUA...KERANA INI ZAMAN KITA ..KITA TENTUKAN KITA MAHU HIDUP CARA APA!!!!!!

    POLITIK SEMUA SAMA...ADAKAH SEKARANG ORANG MELAYU /ISLAM UNTUNG? DALAM PAKATAN RAKYAT?.....

    ReplyDelete
  39. bab kelulusan judi bola ni memang hampehhhh betul la yg meluluskan.....

    tapi kita kena ingat kerajaan pakatan dinegeri selangor pun anugerah pertama bila memerintah selangor adalah...KANDANG/TANAH BABI 100JUTA.....ha ni kandang babi untuk sapa....umat islam atau untuk bukan islam.....

    anggap je la bab lesen judi ni sebetulnya untuk kepentingan bukan islam yg mahu......

    alah...kalau pakatan rakyat berjaya memerintah kerajaan persekutuan pun......aku yakin pas..melalui tok guru nik ajis....pun akan luluskan lesen macam ni tapi ada la statement dia nak cover line...demi untuk kepentingan orang bukan islam...atas alasan mereka bukan penganut agama islam....piiiirahhhh...korang tak yah ambil swerius sangat sampai sanggup undi pada pilihanraya bagi kat kuda tunggangan DAP....jangan kecik hati la....lingkup melayu!!!

    ReplyDelete
  40. DATO,
    nampak nya kita melayu islam semua tampa kecuali
    telah kehilangan arah yg tepat dlm hidop ini,perbizaan2 pendapat dan pendirian2 ini di harap akan berkurangan jika
    setiap dari kita kembalikan kpd ajaran islam, yg saya maksudkan islam sejati,islam tampa kepartian, islam shumul ianya asas pemikiran islam yg sederhana ,kembalikpd ajaran basic yg indah2 mudah2, semua ini kalau di laksanakan pemimpim tertinggi negara dari agong sampai kpd siapa saja akan berlaku apa yg di katakan negara yg di redai allah dan di rahmati selalu,
    oleh itu kpd yg bertitah laksanakan hukum islam kpd diri sendiri sebagai cuntoh kpd yg dititah ,kalau ini berlaku, maka titah2 kita akan di hormati semua rakyat,titah2 melalui tauladan adalah ajaran yg di peraktik oleh rasul karim dan pemimpim islam agong yg lain.

    ReplyDelete
  41. Datuk Seri,

    Sumpah laknat Saiful dulu dibuat di mana? bukan dalam masjid ke?? tu bukan ada motif politik ke? lain kali sbelum cakap tu pikir dulu ye Datuk Seri..

    ReplyDelete
  42. Salam saudara Nazri,

    Tak perlu pergi jauh sampai ke kes Saiful. Kes Dato Seri Najib bersumpah di Masjid yang beliau tidak kenal dengan Altantuya tu bukan menyalahgunakan Masjid ke? :)

    ReplyDelete
  43. Saya orang kedua yang mencabar Dato Seri mennyatakan pendirian Dato Seri didalam blog ini (supaya semua orang tahu) sama ada Dato Seri bersetuju atau tidak dengan tindakan biadap yang telah UMNO (Tun Mahathir) lakukan semasa krisis perlembagaan suatu masa dahulu yang mana ianya telah menyebabkan Agong dan Sultan-Sultan kita telah kehilangan kuasa. Saya cabar datok tentang UMNO beri lesen judi bola sepak dan Penyerahan 2 blog wilayah cari gali kepada Brunai dan Datin Seri Rosmah Mansor (isteri PM) menjadi wanita pertama (first lady) di luar negara.. Nayatakan pendirian datok.. kalau tak Datok takda telooo.... Hanya jaga periuk nasi yang dah tinggal separuh

    Sila beri pendapat Dato Seri supaya kita semua tahu, sebab saya tidak pernah mendengar mana2 ahli UMNO yang berkokok menentang tindakan presiden UMNO ketika itu. Adakan kerana semuanya hanya pandai menjaga periuk nasi mereka sendiri sahaja? Saya ulang sekali lagi SAYA CABAR DATO!!!

    ReplyDelete
  44. Apa lah bodohnya mengaitkan sumpah Saiful dengan politik ... Kalau itu pandangan saudara bermakna saudara tidak suka kepada kebenaran.. Saiful mencari kebenaranya, terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Hanya pihak saudara saja yang menjadikan sumpah tersebut motif politik.. apa pihak saudara buat dengan iman masjid yang terlibat dengan majlis itu..

    ReplyDelete
  45. Salam Saudara Sangkatula,

    Nak tau orang macam WMU350, Dato Seri & pemimpin UMNO yang lain ni betul2 sokong institusi beraja kita atau kata2 beliau hanya lah untuk mencari publisiti politik murahan, kita tengok sahaja nanti, kalau pihak Pembangkang PR buat usul untuk mengembalikan immunity kuasa Agong dalam melaksanakan tugas beliau, adakah dia orang akan sokong? Kuasa Agong untuk memperkenan atau tidak sebarang usul yang telah diluluskan oleh parlimen juga harus dikembalikan. Ini untuk menjamin institusi beraja kita berupaya menjadi 'check & balance' kepada institusi lain dalam negara kita, demi menjamin kestabilan politik.

    Kepada saudara WMU350, cuba bagi pendirian anda, adakah anda akan sokong jika pihak pembangkang (PR) mengemukakan usul ini di parlimen? (Dato Seri tak perlu jawab. Saya sudah sedia maklum, Dato Seri pasti seperti lazimnya, akan mengambil sikap berdiam diri jika tidak dapat menjawab)

    (P/S: Immunity kuasa Agong ini sepatutnya hanya dalam melaksanakan tugas2 resmi beliau dan tidak sepatutnya merangkumi kes-kes peribadi yang melibatkan kes civil & jenayah)

    ReplyDelete
  46. shamsul...

    kita bukan berada dalam parlimen atau ahli parlimen...apa yg ada dalam menetukan kuasa imuniti ini.....

    kadang2 niat kita baik cuma pemahaman kita kurang jelas contohnya seperti saudara phen diatas dalam pemahaman ARAHAN DAN BEZA SERUAN....dua ni nampak serupa tapi sebenarnya tak sama.....

    walaubagaimanapun pada saya jika usul itu demi untuk menambah baik kuasa agong sudah semestinya saya bersetuju....tetapi kita juga harus faham dalam politik jika saya sebagai ahli parlimen BN..atau saudara sebaqgai ahli parlimen pas..sudah semestinya kepentingan parti harus diambil kira juga dalam menntu sokongan berbentuk undi dan beza sokongan berbentu peribadi.....

    apakah saudara dapat bezakan antara kepentingan peribadi dan kepentingan parti....

    apakah semua rakyat tahu membezakan kepentingan paribadi dengan tujuan utama kita berparti dan mengapa kita menyokong sesebuah parti itu....

    saya menyokong umno kerana saya hanya percaya buat masa ini umno sahaja yg mampu menjaga kepentingan dan PENGEKALAN KUASA ORANG MELAYU/ISLAM....

    PAS TIDAK MAMPU..MAAF CAKAP..PAS HANYA MAMPU BERKATA2 TETAPI PAS SENDIRI TIDAK MAMPU BERKUASA ATAU MENJADI KUASA UTAMA DALAM PAKATAN RAKYAT...BAGAIMANA SAYA BOLEH MENERIMA PAS?DIA BERSEKONGKOL DENGAN DAP DALAM PERJUANGAN YG MENJURUS MENHANCURKAN KUASA / MARUAH ORANMG MELAYU/ISLAM....

    SUDAH 50 TAHUN BERLALU...YA ....KITA ADALAH MACAI..MEMANG MUDAH MEYUARAKAN PANDANAGN DAN PENDAPAT..TETAPI KITA JUGA SEPATUTNYA TAHU YG DS KHIR DAN PEMIMPIN UTAMA PERLU JUGA BERBINCANG SECARA TERTUTUP ATAU MENYAMPAIKAN SUARA MEREKA DALAM KELAMBU MEREKA SAHAJA...TIDAK BERMAKNA DS KHIR TIDAK MENYATAKAN PENDIRIANNYA DISINI BERMAKNA BELIAU TAKUT....

    MUNGKIN BELIUA CUBA UNTUK BERSATU DAN MENYERU AGAR UMNO DAN PAS BERSATU.....TAPI KITA SENDIRI SEDIA MAKLUM NIK AJIS EGO TAHAP GABANNNNNNN....TAU TAK....TOK GURU IGO SERUPA MACAM TUN MAHATHIR DULU...DIA DULU KUTUK MAHATIR NAK MEMIMPIN SAMPAI MATI...SEKARANG SIA YG TAK LETAK JAWATAN SAMPAI MATI...SENDIRI FIKIR.....NANTI CAKAP MARAH PULAK....!

    PANDANGAN SAYA ADALAH 50 TAHUN UMNO/PAS BERSETERU DALAM POLITIK SUDAH BERLALU...SEKARANG ADALAH MASANYA UMNO/PAS MULA BERBINCANG DAN BERFIKIR UNTUK LEBIH MEMPUNYAI TITIK TEMU DALAM BERJUAN DEMI AGAMA BANGSA DAN KUASA PADA BANGSA.....

    DAN IA JUGA TIDAKLAH MENJAMIN YG TIADA PUAK MEMBERONTAK WALAUPUN UMNO/PAS BERSATU..TETAPI IA BOLEH MENGURANGKAN KEMBALI PUAK2 MEMBERONTAK ATAU TIDAK SEPENDAPAT INI.....

    SETAKAT KITA MACAI BERSETUJU DALAM SATU2 PERKARA PUN TIDAK MEMBERI KUDIS PADA PEMIMPIN UTAMA...YG PENTING ADALAH PEMIM PIN UTAMA PAS/UMNO YG CARI PERSEFAHAMAN...BUKAN HANYA WMU350 DAN SHAMSUL BERSETUJU......LAIN LA KO TU NIK AJIS/HJ HADI....SAYA PULA PRESIDEN UMNO.....KALAU NI SENANG KITA PAKAT ....

    AKU JADI PRESIDEN...KO JADI TIMBALAN PRESIDEN....MENTERI PENDIDIKAN BAGI KAT PAS...MENTERI PERTAHANAN BAGI KAT UMNO.....BOLEH LA.....

    JADI SAYA TIADA MASALAH MALAH MENYOKONG USUL ITU DAN BERI UNDI PADA PAKATAN RAKYAT DENGAN SYARAT JIKA SAYA JADI MP BEBAS (SENANG TAK PAYAH JAGA HATI DUA2 PIHAK..SENANG BUAT EPUTUSAN)....LAIN PULA JIKA SAYA MP UMNO SAYA MENYATAKAN PENDIRIAN SAYA MENYOKONG PR TAPI UNDI MAAF....SAMPAI MATI TAK DAPETTTNYO KERANA KEPENTINHGANNPARTI MENGATASI KEPENTINGAN PERIBADI,......ADA FAHAM KE BROOOO....!

    ReplyDelete
  47. Saudara WMU350,

    Pandangan orang macam saudara yang menyokong parti membabi buta (tidak kira sama ada pendirian parti itu salah atau tidak) ialah antara punca UMNO mempunyai ramai ahli MP yang tidak berkualiti dan mempunyai masalah. Kebanyakan pemimpin UMNO tidak hormat dengan kehendak pengundi dan rakyat kerana masih dapat penyokong totok seperti saudara yang akan memberi undi 100% kepada mereka walaupun teruk bagaimana mereka sekali pun. Alhamdulillah, species golongan seperti saudara sudah semakin berkurangan dan semakin pupus dan hanya terhad kepada saluran 1 dan 2 pengundi sahaja.

    Bagi orang macam saya, kami akan hanya memberi undi jika kami yakin dengan calun tersebut. Sebab bagi saya, apa2 keputusan yang saya buat, saya sebagai individu akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak.

    ReplyDelete
  48. saya tau apa niat dan tujuan saya sokong umno...begitu juga saudara.....tak perlulah persoalkan pasal tanggungjawap diakhirat siapa lebih sempurna......hanya allah yg tahu mengapa kita menegakkan sesuatu pendapat....pada saya jika niat kita betul..tak kiralah dimana kita berada baik pas..umno...atau dimana sekalipun...

    jangan nak mandai2 cakap ibarat a ~ z kita tahu semua.....berpada2 bila nak cakap bab dipersoal diakhirat.....belum tentu kita punya diterima...atau sebaliknye...

    cukup kita berhujah disini..yg lain serah pada rakyat..pada saya,apa saja keputusan tiada masalah kerana saya percaya kepada demokrasi...cuma tak payah la ko nak cakap pasal tanggungjawap diakhirat ..seolah2 ko je yg betul semua..salam

    ReplyDelete
  49. YG KO MANDAI2 BAGI STATEMENT AKU sokong mem-ayam buta apa hal...ko tau ke..kita menyokong atas dasar apa....

    jgn pandai baling batu je tapi tak tau meresapi niat dan matlamat orang lain menyokong sesuatu perkara....

    kalau aku kata ko menyokong kafir harbii...dap laknat apa ko nak cakap....pas bab agama nampak baik..tapi bersekongkol dengan dap yg terang2 melingkup agama islam akan datang....baik kawan dengan kafir zimmi....

    ha..amacam marah la tu....!kalau marah jgn lama2 sangat...fikir dan cari titik temu agar umno/pas bersatu....

    ReplyDelete
  50. saudara, saya sokong PAS..cuba saudara tengok kepada perlembagaan parti umno dan bezakan dengan parti pas ..itu yang pertama? setreusnya..saudara tengok berapa ramai peminpin umno tak setuju dengan hukum hudud yang dibuat oleh pas bahkan siap mengatakan itu hudud pas la...dan sebagainya...saya tak nak kata siapa betul..tapi fikirlah adakah hudud itu lahir dari pihak PAS atau dari Allah swt..kita siapa nak pertikaikan hak Allah...Al quran dan As sunnah itu adalah perundangan Allah kepada uMMah nya..di akhirat kita tak pakai demokrasi...kita tak pakai fikiran ..yang kita guna adalah al quran..politik bukan hanya itu ini saja...bahkan dalam islam itu ada politik...kita jangan hanya ambil dalam al quran itu hanya yang kita suka dan apa yang secucuk dengan jiwa kita .Islam itu mengajar kita dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara...

    ReplyDelete
  51. mohd asri

    boleh tlong tunjukan kepada kami,bagaimana pas ingin melaksanakan hukum yg saudara perkatakan tersebut....saya tidak berani untuk memandai2 tetapi saya cuma nak tahu apa cara pas ingin laksanakan hukum ini ..bila?..bagaimana? dengan siapa?...

    apakah jika saya memberi undi dan bersedia bersama2 saudara...menyokong pakatan rakyat...yg disekongkolkan oleh pas kepada dap.....hukum hudud ini akan dilaksanakan..?tolong kongsi sikit?..ikhlas saya nak tahu...

    ReplyDelete
  52. Salam Saudara WMU350,

    Saya tidak sekali2 marah bila anda berkata begitu. Malahan apa yang saudara katakan itu hanya lebih menampakkan kelemahan diri yang bertutur itu sendiri. Tidak perlu lah kita saling caci mencaci. Jika itu yang saudra mahu, teruskan lah. Insyallah, saya tidak akan terikut-ikut dengan perangai saudara.

    Untuk pengetahuan saudara. Saya menyokong PAS. Jika semua umat Islam di Malaysia sama-sama menyokong PAS, sudah tentulah PAS akan menjadi lebih kuat dan mampu untuk menekankan dasar2 yang diperjuangkan oleh parti tersebut. Jika perkara semudah ini pun Saudara WMU350, masih tidak faham, saya rasa baik pergi jumpa Ustaz Harussani dan menuntut balik dengan dia betul2 :)

    ReplyDelete
  53. Selamat memperjuangkan pentadbiran Islam.

    ReplyDelete