Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, May 12, 2010

UMNO Harus Kembali Sebagai Parti Siasah

1. Semalam kita menyambut ulang tahun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)ke 64 dengan penuh tanda tanya mengenai masa depan parti. Sungguhpun beberapa pilihan raya kecil selepas 2008 menyaksikan sokongan orang Melayu terhadap BN dan UMNO kembali meningkat namun ia bukan alasan untuk UMNO berasa selesa.

2. Malahan sudah ada cakap-cakap bahawa peralihan sokongan ini banyak berkisar kepada soal polisi pemerintahan dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bukannya kerana perubahan dalaman UMNO itu sendiri.

3. Memang benar kelangsungan UMNO sebagai parti politik pemerintah bergantung kepada kekuatan kepimpinan dan kejayaan kerajaan memakmurkan rakyat. Namun UMNO untuk kekal relevan sepanjang masa harus memikirkan semula hala tuju dan gerakan organisasinya.

4. UMNO hari ini sudah menjadi sebuah parti politik dalam acuan demokrasi moden. Pengurusan, pentadbiran dan perancangan yang dilakukan berasaskan sebuah parti politik. Parti politik tidak boleh kekal selamanya kerana pentadbiran negara tidak mungkin cemerlang setiap masa. Ada masa-masanya, ekonomi negara dan dunia akan mengalami kemelesetan dan krisis. Jika UMNO dan BN hanya bergerak sebagai parti politik nescaya akan ada masanya ia akan ditukar dengan parti lain seperti mana terjadi kepada parti Konservatif (UK), Buruh (UK), LDP (Jepun) Kongres (India) dan Golkar (Indonesia).

5. Untuk kekal relevan dan mewujudkan perasaan sayang ahli kepada parti, UMNO harus kembali seperti ke zaman awal penubuhannya. Perasaan inilah yang akan membantu UMNO dan BN ketika menghadapi krisis. Namun, apabila disebut kembali seperti zaman awal penubuhannya, bukanlah bermakna pemimpin UMNO harus bersongkok dan mengayuh basikal atau melaungkan laungan "Hidup Melayu" dan "Merdeka". Wajah dan cara harus seiring zaman, namun "roh" dan "matlamat" yang kita mahu terus kekalkan seperti zaman penubuhan awal parti iaitu untuk membantu orang Melayu.

6. Sebab itu, UMNO harus kembali menjadi sebuah parti siasah yang mementingkan keakraban dan semangat kekitaan di kalangan ahlinya. UMNO harus mendepani isu-isu kemiskinan, kesihatan, belia dan warga emas di kalangan ahli-ahlinya bukannya membiarkan kerajaan menyelesaikan segala-galanya.

7. Hari ini semuanya diserahkan kepada kerajaan hingga sebahagian ahli UMNO tidak lagi merasakan perasaan kasih sayang terhadap parti dan ramai pula anak-anak ahli UMNO tidak lagi melihat UMNO sebagai satu wadah kepada mereka. Ini menyebabkan wujud jurang antara orang muda dan UMNO.

8. Bagi saya, setelah 64 tahun wujud, UMNO harus mempunyai mekanisme dalaman parti sendiri untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Antara yang boleh dipertimbangkan ialah mewujudkan skim khairat kematian untuk ahli UMNO. Kaedah ini telah pun saya praktikkan untuk UMNO Bahagian Sungai Besar. Saya juga mengetahui ada beberapa UMNO Bahagian turut melaksanakan kaedah yang serupa.

9. Namun untuk menjaga kebajikan ahli UMNO sejumlah 3 juta orang di seluruh negara ia memerlukan perancangan yang tersusun. UMNO harus mempunyai satu entiti yang dipertanggungjawabkan secara khusus untuk memikir dan melaksanakan program dan tindakan bagi membantu ahli UMNO keseluruhannya. Kebajikan bukanlah bermaksud sekadar memberi bantuan ketika kematian atau sakit sahaja, namun harus merangkumi usaha meningkatkan modal insan di kalangan golongan belia agar mereka mampu memajukan diri sendiri. Saya melihat kebajikan kepada ahli UMNO ialah lebih ke dalam konteks "memberi pancing atau kail bukannya memberi ikan".


10. Mungkin boleh dipertimbangkan penubuhan sebuah Yayasan atau Koperasi bagi tujuan khusus menjaga kebajikan ahli UMNO. Namun penubuhan dan matlamatnya hendaklah jelas agar ia tidak menjadi seperti beberapa entiti sebelum ini yang akhirnya berkubur tanpa nisan atau menjadi seperti hidup segan mati tak mahu.

11. Dana yang akan digunakan pula hendaklah datang dari ahli UMNO sendiri bukannya membabitkan dana kerajaan. Kita tidak mahu UMNO dianggap menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan politik. Saya percaya di negara ini telah wujud ramai jutawan Melayu yang bersedia memberi sumbangan jika matlamat dan pelaksanaan kebajikannya dilakukan secara telus. Malahan ahli biasa pun ramai yang sanggup menyumbang bagi membantu ahli yang lain jika mereka yakin dengan perancangan yang akan dibuat.

12. Jika ini dapat dilaksanakan insyallah lebih ramai ahli yang sayangkan parti dan bersedia berkorban untuk parti apabila diperlukan. Jika pohon yang ditanam dan dibaja itu jenis yang baik, pastilah buahnya juga akan manis untuk dihidangkan.

46 comments:

  1. akm dato...
    elok di berikan pukat sebab pukat boleh dapat banyak ikan, kalau bagi pancing dapat sekor dua jerr nak makan tak cukup nak jual pon tak boleh..

    kalau bagi pukat jual pon boleh makan pon boleh

    pancing ibarat mintak sedekah, kalau pukat ni ibarat merompak la..:)

    ReplyDelete
  2. Datuk Seri,

    Bagi saya penghalang utama dan kelemahan utama UMNO ialah ia gagal menjawab persoalan islam dan masyarakat islam. Dalam keadaan negara kita kini, pada hemat saya kepartian berasaskan perkauman adalah tidak lagi releven. Sebagai contoh, katakan seorang itu cina tapi dia beragama islam, dia tidak akan ada tempat dalam UMNO sedangkan menurut islam, dia adalah saudara kita seagama. Dulu mungkin politik perkauman adalah relevan tapi kini masyarakat sudah sedar bahawa perjuangan perkauman ini sudah lapuk. Itulah sebabnya kita gagal dalam menarik kembali cerdik pandai kita di luar negara untuk pulang kembali ke tanahair dan membangunkan negara. Say No To Racsim

    ReplyDelete
  3. Bagus juga rhetorik Dato Seri kita ini. Seorang yang pandai berkata-kata.

    Hari ini, sewaktu ana membalik surat khabar, ada berita Dato Seri Najib (pemimpin UMNO no 1) telah memberikan lesen judi yang baru kepada sekutu kuat beliau Vincent Tan. Ini bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia semua dapat berjudi dan menghabiskan wang mereka dengan cara yang UMNO 'HALAL'kan sewaktu musim World Cup nanti.

    (Geleng kepala ana membacanya. Apa pendapat Dato Seri kita ini?)....

    ReplyDelete
  4. salam...

    seringkali UMNO/BN di kaitkan dengan kerajaan
    yg memerintah bila bab yg rakyat tak suka polisi
    kerajaan buat/laksanakan...pembangkang akan spin
    sehingga rakyat membenci UMNO/BN....

    Jika kerajaan laksanakan apa rakyat suka...pembangkang akan membisu atau mungkin
    spin juga dengan mengimpakkan persepsi negatif..

    Jika satu perkara yg rakyat/pembangkang tidak suka, di pihak kerajaan cuba dan laksanaan
    contohnya hapuskan segala bentuk judi haram
    walaupun sah@berlesen...kita lihat nanti
    impaknya yg baik..pasti rakyat mengkagumi keberanian yg kerajaan lakukan!

    Menghapuskan sesuatu yg di tegah dan dibenci rakyat..inipun satu pelaburan jangka panjang UMNO/BN jugak!

    Bagi ahli parti pula...UMNO perlu diperkasakan
    sebagai wadah perjuangan,kebajikkan dan pengharapan...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    DSKT dan lelain, saya songkong sdr Nazri Hamdan.
    Kalau cina tu dah kira jauh, bangsa jawa, banjar, boyan tu kira melayu ke kira bangsa mereka sendiri?
    Tempat saya ada pasar jawa, kampong jawa, padang jawa selain dari makanan mee jawa tapi kami semua sekolah di sekolah melayu.
    Sepatutnya bangsa jawa kena bersatu dan menubohkan sekolah jawa dan parti kena ada Parti Jawa Semenanjung.

    ReplyDelete
  6. Dskt, Ini jawapan untuk shamsul. Hari ini ana lagi pening kepala memikirkan Negeri Kelantan yang bergelar Serambi Mekah. Kononnya diperintah oleh Ulama tersohor dan mempunyai pengikut yang amat taksub dan taklid buta.

    Setelah memerintah kelantan lebih dari 20 tahun, lihat lah apa yang telah dibawanya. Tiada pembangunan yang boleh menyokong ekonomi umat islam, sehinggakan masih lagi ada keluarga yang terpaksa tinggal di kandang lembu.

    Kekayaan negeri dgn hasil hutannya amat banyak serta cerdik pandai memang ramai. Malangnya tak dapat dijana untuk kebahagian rakyat. Rakyat terpaksa merempat ke negeri yang sekular.

    kalau adapun balak yang banyak habis dilahap oleh pemimpin PAS. Konon tiada judi, tetapi kerajaan negeri seolah pejam sebelah mata bila rakyat berjudi menyabung ayam baik dibumi kelantan maupun di siam. Penyeludup beras, petrol seolah menjadi rezeki halal bila mana ekonomi negeri tidak dirasai rakyat dibawah.

    Maksiat seolah berlumba-lumba, dari kes sumbang mahram, liwat haiwan mahupun rogol.
    Belum lagi dikisahkan bila bersukan jika kalah habis diamuk dan dirosakkan segala harta awam, bahkan memukul penyokong mahupun pemain pihak lawan.

    Pening saya memikirkan kisah shamsul, yang hanya tahu menyindir dan membutakan mata atas jasa serta kebaikan pihak lain. PAS selama 50 tahun lebih hanyalah layak melalak serta menjadi munafik. Mereka bolehlah diumpamakan pencuri / perasuah yang berselindung disebalik jubah dan janggut.

    ReplyDelete
  7. UMNO tak perlu berubah, yang wajib berubah adalah ahlinya. Dari ahli dibawah sampailah keatas.

    Kadang2 ramai tak faham, selalu melihat pemimpin atasan yang kena buat itu dan ini. Tetapi dalam mengharap perubahan diatas, setiap ahli dan pemimpin diperingkat akar umbi sendiri yang mesti menjadi juara rakyat, juara masyarakat sekitar. Jika ini mampu dilaksanakan, rakyat diluar umno akan kembali mempercayai umno. imarahkan surau, ziarah kematian kariah, ringan tulang semasa kenduri kendara. Insyaallah, umno akan terus dijulang dan dimertabatkan ketempat yang selayaknya.

    Selamat Hari ulangtahun UMNO.

    ReplyDelete
  8. Dalam usia 64 tahun, umno pernah disayangi dan dibenci segelintir orang melayu. Tak mengapa, kerana selama 64 tahun itu jugalah jasa serta perjuangan umno dirasai seluruh rakyat jelata.

    Memang perlu pembaikan dalam tubuh badan umno, biarlah ianya dilakukan tanpa mengorbankan dasar serta prinsip perjuangan.

    Berbangga menjadi sebahagian warga umno yang amat berjasa pada semua rakyat.

    Hidup umno

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno-BN kerana memilih kerajaan Umno - BN dalam pilihan raya umum yang lalu. Tahniah juga kepada pengundi khususnya Melayu Umno di Bagan Pinang dan Hulu Selangor kerana memberi kemenangan kepada Umno-BN dalam pilihan raya kecil berkenaan.

    Sebagai tanda sokongan padu tak berbelah bahagi dulu kini dan selamanya kepada Umno-BN maka kerajaan 1Malaysia yang anda pilih telah pun meluluskan atau dalam erti kata lain menghalalkan perjudian baru di negara ini.

    Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, Menteri Kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi bola sepak kepada Kumpulan BERJAYA.

    Sehubungan itu rakyat Malaysia boleh berjudi sepuas-puasnya dan semahu yang boleh sempena Piala Dunia bermula 11 Jun ini.

    Maka setiap kali orang berjudi dan bertaruh sempenan Piala Dunia ini maka penyokong dan pengundi Umno akan turut mendapat saham dan 'pahalanya'nya.

    Mana pergi suara Mufti Perak? Adakah beliau sudah jumpa ayat dan hujah yang menghalalkan judi? Silap hari bulan, tok mufti pun tumpang saham sama.

    ReplyDelete
  10. cakap senang la......kalau betul sangat nak hapus segala bentuk perjudian,maksiat,rumag urut.....aku nak cabar pas dan umno bubar dan bergabung la.....perintah negara ni tanpa cina dan india dan lain2 kaum......ada berani...cakap berdekah2....macam hebat sangat....nak buat itu ini...bagi jawatan terkebil2 biji mata diam dan lidah kelu seribu bahasa....masa membangkang macam harimau..bila jadi pemerintah macam tikus senyap.....

    apa jaminan jika lesen judi kerajaan tak bagi...judi haram tak berlaku?.....apa kesan kepada sokongan orang cina dan bukan islam kepada kerajaan.....oranmg islam sepatutnya harus tahu membataskan apa yg boleh dan tidak....anggap ini adaql;ah kepentingan negara dan raklyat yg bukan beragama islam...berlaku adil kepada kerajaan pemerintah.....

    rokok naikan sampai berpuluh ringgit pun ...atau haramkan sekali pun...aku nengok penyeludup rokok lagi berpesta macam beruk dapat bunga...dan kawan2 aku sendiri pun isap je roko walaupun mengeluh.....jadikan iktibar..adakah dengan tidak memberi lesen akan menghapuskan kegiatan tersebut atau kegiatan haram lagi berleluasa......cukai apa yg kerajaan dapat?.........

    apa pun aku tumpang sakit hati dengan dato najib kerana memberi kelulusan ini.....itu tanda beliau pun takut gak kalah bila cina makin tak suka dengan BN.......isu ini amat melukakan hati kita tetapi nasihat saya kita pun belajar2lah memahami negara kita punya warna sendiri...yg adakalanya kita pun sendiri masih belum faham betul2 apa yg sepatutnya kita buat untuk negara kita yg berbilang kaum ini....inilah unik nya negara kita...kekalkan keamanan dan kekalkan kekuatan umat kita dan bersatu....dan terus maju fokus dalam dunia yg semakin mencabar dimasa2 akan datang......

    kepada ds khir....apabila kita telah melangkah kehadapan dan janganlah kita teragak dengan provokasi2 sebilangan kecil para sahabat disini... teruslah menjadi nakhoda demi kebaikan umat akan datang....ramai orang melayu yg mengharapkan pemimpin mereka menjaga nasib anak2 mereka dimasa akan datang..salam

    ReplyDelete
  11. Salam Dato' Sri..

    Saya berpendapat UMNO harus membersihkan dahulu dalaman parti dengan lebih serius & berani. banyak perkara yang semakin mengelirukan ahli & rakyat terutama masalah rasuah.Seperti contoh pada pemilihan UMNO yg dahulu.

    ReplyDelete
  12. Salam kpd DS dan semua bloggers..

    Dato' Seri, apa yang diperkatakan oleh bloggers di atas ada kebenaran nya. Bukan niat nak memperlekehkan UMNO yang alhamdulillah sudah bertahan sampai 64 tahun. Apa pun sekiranya inginkan kelangsungan hayatnya perlu lah ada tindakan yang betul2 membuktikan ianya menjadi platform memperjuangkan Islam dan anak bangsa melayu, bukan sekadar menyogok/menyuap ahli2 nya dengan faedah semata. Konsisten dalam setiap perkara dan tindakan demi kepentingan masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya dapat memberi keyakinan kepada bukan sahaja anak muda malah golongan dewasa yang ramai sekarang berperasaan 'benci tapi rindu' terhadap UMNO. Biarpun komen nampak seperti terkeluar tajuk, apa pun ada kaitannya dgn isu lesen judi yang baru diluluskan. Di mana ketegasan dalam mencegahnya diperlukan, tetapi nampaknya semacam galakan yang diberikan. Janganlah ditambah beban lagi kepada Jabatan Agama untuk menguatkuasakan undang2 syariah terhadap pelaku maksiat yang sedia ada kini pun sudah seakan tidak dapat dibendung.

    Salam

    ReplyDelete
  13. SALAM DATO...
    SAYA RASA DATO INGIN MELIHAT UMNO DALAM KEADAAN YG BAIK..
    JD SAYA SYORKAN DATO MENJADI PANGLIMA BG MEMBANTAH LESEN JUDI BOLA YG DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN KITA. SELAGI TAK DI BANTAH KITA SEBAGAI AHLI UMNO MEMPUNYAI SAHAM DI AKHIRAT NANTI. MUNGKIN INI MASANYA DATO MENDAPAT KEPRCAYAAN ORG MELAYU DI SELANGOR. WALAUPUN MENONGKAH ARUS... KITA KENA BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT...

    ReplyDelete
  14. Turun padang....Saya puji pemimpin UMNO yg rajin bersama rakyat....Tempat sya Ahli Parlimen Dato` Abdul Rahman Bakri..beliau saya salute kerana sanggup meluangkan masa hampir setiap minggu di kawasannya..Dalam pada masa yg sama saya mohon Dato` selaku pemimpin UMNO selangor dapat menasihati ADUN paling utara di SEL agar turun padang...(Sekadar makluman DS)..Semoga UMNO terus istiqamah dalam perjuangan memartabat agama, nusa dan perpaduan sesama kaum..

    ReplyDelete
  15. Sorry Dato'... Off topic lagi... but still relevant to UMNO and BN...

    As reported by The Sun, Vincent Tan kata "I am glad the current government under the PM DSN is economically-sound like TDM who understands that the revenue is important to the government."

    "Why should the government forego this revenue and benefit the illegal bookies so much?"

    Dengan itu, ia juga sebagai satu kemenangan moral buat Dep Finance Minister kita yang beragama Islam. Nasib baik dia tak jadi MB Kelantan...

    Macam tak percaya pulak.... Lepas ni apa pulak... Halalkan lesen pelacuran...???

    The above is free from any political mileage....

    ReplyDelete
  16. Saudara jiwakita,

    Sebelum anda bercakap lebih baiklah berfikir dahulu. Macam manakah BN / UMNO nak hapuskan judi kalau kegiatan itu diberikan lesen? Sekurangnya pemimpim pakatan rakyat yang bukan islam juga telah menyatakan pendirian mereka bahawa judi itu haram dan tak patut diberi lesen. Mana pula keislaman dalam negara kita, yang kononnya didakwa islam tapi menghalalkan judi. Bagaimanakah kita akan dihormati jika kita yang digelar muslim ini pun menghalalkan judi? apa nak jadi agaknya negara kita ini??

    ReplyDelete
  17. apa pendapat ds khir tentang kelulusan lesen judi kepada berjaya group sempena pesta bolasepak piala dunia nanti. saya rasa lesen ini bukan saja akan digunakan utk piala dunia malah mana2 kejohanan bolasepak seterusnya yg kerap diadakan. majulah judi sukan untuk negara

    ReplyDelete
  18. salam Mohammad Khir

    Disini saya suka mengambil contoh diri anda sendiri..anda sebelum menjadi MB dan selepas menjadi MB....dari kaca mata rakyat....anda sebagai MB UMNO...tak dinafikan banyak sumbangan dan perubahan yg anda rasa anda telah lakukan demi rakyat..walaupon sesetengahnya sekadar melepaskan batuk ditangga...ader ler jugak kemajuan...tetapi berbanding kemewahan yang dikumpul semenjak anda menjadi MB...SUBHANALLAH...anda tak takut ALLAH swt ka??

    Tentang dana..dan jutawan tuhh..kerajaan Be End tuh AM NO..duit kerajaan duit AM NO lah ..itu merupakan persepsi masyarakat tentang kerajaan Be End..malahan jutawan yg ada pon datang dari golongan elite AM NO.

    Bagi saya untuk AM NO kembali ...terlebih dahulu kenalah merayu dan meminta maaf kepada rakyat..akuilah setiap kesalahan yang telah dibuat..MINTA MAAF BANYAK-BANYAK...dan berjanji agar tidak mengulangi nya...Korporat-korporat dan MB AM NO yg kaya raya..pulangkan kembali HAK RAKYAT...HIDUP LAH DENGAN KESEDERHAAN...SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN ILLAHI DAN RAKYAT AMNYA

    ReplyDelete
  19. Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

    Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

    Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.

    Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

    Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

    Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

    PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

    Abdul Hadi Awang,
    Presiden PAS

    ReplyDelete
  20. Salam Saudara Yeop Perak,

    Memang saya tidak nafikan bahawa di Kelantan tiada langsung masalah judi, zina atau lain-lain masalah sosial seperti yang disebutkan oleh saudara itu. Sama juga dengan di Saudi Arabia sekali pun. Saya yakin masalah yang saudara sebutkan itu tetap ada di sana. Yang beza antara Kerajaan PAS dan UMNO ialah, kerajaan UMNO telah menghalalkan (saya repeat perkataan ini sekali lagi 'MENGHALALKAN' Judi & Arak, supaya perkataan ini dapat memasuki minda saudara), sementara kerajaan PAS tidak pernah menghalalkan perkara tersebut. Lagi satu, perlu di ingatkan bahawa bidang kuasa ahli Parlimen/Ahli DUN didalam sesuatu kerajaan negeri atau pusat hanyalah dalam mengeluarkan usul yang dibahas atau diluluskan oleh Parlimen atau DUN. Bidah kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu arahan itu terletak kepada badan2 kerajaan, seperti Polis, Kastam etc. Jadi janganlah disalahkan PAS pula, jika kejadian seperti judi haram sambung ayam atau seludup berleluasa, kerana Polis & Kastam ini adalah dibawah bidang kuasa kerajaan, yang mana suadara sendiri sedia maklum siapa yang menerajuinya.

    Kepada saudara WMU350, saya amat tertarik dengan komen saudara diatas. Hanya kerana usaha kita tidak dapat menyekat judi haram secara 100%, maka kita perlu meng'HALAL'kan apa yang terang2 ugama kita haramkan? Saudara menuntut ilmu ugama ini dari Harussani (Mufti Perak) tu ke? Apakah selepas ini saudara akan cuba mencadangkan pula kepada kerajaan Malaysia pimpinan UMNO untuk memberi lesen pelacuran pula, semata-mata kerana kerajaan telah gagal untuk menghapuskan 100% activity pelacuran di negara kita? Bagaimana pula dengan meng'HALAL'kan penyalahgunaan Dadah? Perlukah kita 'HALAL'kan juga kerana alasan yang sama? Saya yakin saudara tidak mahu negara kita kehilangan peluang untuk mengutip cukai bagi industri tersebut. Bukan?

    Saudara2 penyokong UMNO sekelian sepatutnya mengikut cara pemimpin saudara seperti Dato Seri Khir Toyo. Apabila tidak dapat menjawab atau mencari alasan yang munasabah (seperti dalam isu yang saya timbulkan ini), beliau akan hanya mendiamkan diri. Bukan kah diam itu lebih baik dari berkata2, jika dengan cara berkata2 itu akan hanya menampakkan lagi kebodohan kita? Tidak gitu Dato Seri?

    ReplyDelete
  21. Salam DSKT, betul ke UMNO berusia 64 tahun?? bukan UMNO yang ada sekarang ni UMNO yg ditubuhkan oleh Tun M yang mn dulu no keahlian beliau ialah No. 1??? so di sini pn dah nampak kecelaruan kerana UMNO 1946 telah pn diharamkan oleh mahkamah???

    ReplyDelete
  22. Memang betul, lesen judi itu utk orang bukan Islam sahaja.. tetapi persoalan dia hasil judi (revenue) tersebut juga akan digunakan oleh orang Islam, dan kalau digunakan oleh orang Islam maka akan menjadi darah daging.

    Tadi sewaktu khutbah Jumaat di Masjid Tengku Kelana Putra, Kelana Jaya, Imam (khutbah) sebak dan hampir menangis mengulas isu judi ini. Saya yang mengantuk pun boleh terjaga dan sebak juga mendengarnya. Katanya tangan kanan buat kebaikan dan kebajikan manakala tangan kiri memusnahkan semuanya...

    Adakah Imam di atas berpolitik di dalam masjid bila ada perkataan kesal kerajaan meluluskan lesen judi...???

    Habis kalau tak sentuh masa khutbah Jumaat sewaktu jemaah ramai, nak tunggu masa kuliah Marghrib atau kuliah Subuh yang hanya jemaah beberapa kerat baru nak ulas or beri nasihat..???

    Tak boleh cegah dgn tangan, benci dalam hati pun dah dikira selemah iman... tak begitu En WMU350..

    Lu pikir lah sendiri.....

    ReplyDelete
  23. Salam DSKT,
    Semoga waras selalu...Apa yg DSKT ketengahkan itu memang ada benarnya...Masalahnya sekarang sudah berbuih DSN mengingatkan supaya pemimpin UMNO terutamanya untuk berubah sebelum rebah tetapi apa yang saya perhatikan tidak banyak perubahan yng berlaku.Ada la 2-3 kerat yng benar2 mahu berubah tetapi yang lainnya masih juga seperti dahulu. Memang benar seolah-olah terlihat ada kecenderungan kembali kepada UMNO dalam PRK tetapi ia bukanlah satu ukuran yang tepat. Sekarang ini pulak timbul pula isu lesen judi bola...memanglah ia bukan keputusan mutlak UMNO tetapi sebagai parti yg dominan sesuatu perlu dilakukan...Tidak manis pula rasanya yg announce tu pula adalah DS Awang Adek yang pastinya adalah pemimpin UMNO....1Malaysia bukan bermaksud segala kemahuan perlu dituruti..Fikir2kanlah. Semoga terus berusaha untuk benar2 merasai denyut nadi rakyat yang semakin "menyempit" ini....Wassalam.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum dr

    Kematangan berpolitik akan terserlah jua satu hari nanti,akan ade parti yang akan menjadi saingan hebat UMNO,oleh itu UMNO mesti bersedia menyiapkan parti ini untuk kekal relevan dari semasa ke semasa,dengan menyediakan pelapis yang betul betul dapat sebati dihati rakyat.dan mereka adelah faham dan bersedia untuk untuk mempertahankan nya walaupun dicabar.Dan bukannya berpolitik untuk mengejar glamor.

    Saya sangat tidak bersetuju dengan situasi sekarang yang mana pemimpin sentiasa lompat melompat,dan mengapa pula UMNO begitu mudah menerima dan menyanjung mereka dengan memberikan tempat istimewa untuk mereka.tak mengapa mereka ingin menyertai UMNO setelah tersalah langkah, tapi mereka mesti bermula dari bawah bergaul dan membuktikan bahawa mereka memang dapat membuktikan diri diterima.Bukan dengan diberikan segala kemudahan dan rakyat perlu menerima mereka.

    ReplyDelete
  25. Tiada kelulusan lesen judi baru termasuk untuk pertaruhan kejohanan Bola Sepak Piala Dunia kali ini. Menurut sumber Kementerian Kewangan, lesen pertaruhan untuk sukan yang diperkatakan ketika ini ialah lesen yang diluluskan sejak 1987 lagi kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

    Bagaimanapun lesen tersebut dikembalikan kepada kerajaan pada 1990 dan Ascort akan diberi hak menjadi syarikat pertama mendapatkannya semula jika perlu. Pada tahun 2003, ASCOT mendapat kembali lesennya tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah baru-baru ini dikatakan akan beroperasi untuk kejohanan Piala Dunia.

    Tujuan melesenkan kegiatan pertaruhan atau perjudian bukanlah untuk menggalakkan masyarakat berjudi tetapi bertujuan untuk mengawal kegiatan ini. Sejak tahun 2000 kegiatan pertaruhan haram ke atas keputusan bola sepak dan sukan lain di Malaysia dikatakan mencecah RM 8 bilion setahun dan semua ini dilakukan secara haram.



    Apabila kegiatan ini dilakukan secara haram, kerajaan tidak dapat memantau dan mengawal industri ini. Lebih serius keuntungan daripada industri ini telah digunakan untuk membiayai kegiatan jenayah atau underworld yang lain.

    Menurut penganalisis keselematan, wang dari industri pertaruhan sukan ini, selain mesin kuda, pelacuran dan dadah, banyak digunakan untuk membiayai ahli-ahli politik tertentu dan gerakan mengehadkan kuasa pihak berkuasa terutamanya Polis.

    Sebab itu kita lihat banyak gerakan untuk mewirakan penjenayah dan mereka yang melanggar undang-undang sudah menjadi satu gerakan yang besar dan mendapat sokongan peguam-peguam yang terkenal dengan bayaran yang tinggi sebelum ini.

    Sumber tidak terhad kumpulan pertaruhan haram ini juga telah menyumbang dana yang besar kepada sebuah parti politik yang dilihat jelas melindungi kumpulan judi haram ini terutamanya di Selangor.

    Mereka juga sebelum ini menyumbang banyak wang kepada parti politik tertentu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional terutama di Selangor setelah kerajaan mengambil tindakan tegas menutup banyak pusat perjudian mesin kuda, pusat pelacuran dan hiburan sejak tahun 2000.


    Dengan membenarkan pertaruhan secara sah kerajaan bukan sahaja menutup sumber kewangan kongsi gelap atau kumpulan "underworld" malah membolehkan kerajaan memastikan sistem pertaruhan yang terjamin dan mengawal orang Islam daripada terbabit dengan kegiatan ini.

    Perjudian tidak mungkin dikawal dalam dunia internet hari ini. Jika kerajaan tidak melesenkan maka banyak perjudian tidak berlesen dan syarikat pertaruhan luar negara akan mendapat keuntungan dan kerajaan tidak mendapat apa-apa hasil.

    Apa yang kita mahu daripada kerajaan ialah memberi amaran jelas kepada syarikat ini agar tidak menerima sebarang pertaruhan daripada orang Islam atau lesen akan ditarik balik.

    mykmu.net

    ReplyDelete
  26. 1. Razak, kalau imam nak bantah kerajaan luluskan lesen judi tak apalah asalkan dia tak kata UMNO tu kapir macam yang pas buat dulu. yang Tuanku larang ialah menyalah guna masjid untuk politik kepartian. Kenapa nak kecoh sangat bab larang tuanku tu. Dah tak cukup tempat lagi nak mengumpat, mengata sampai masjid pun nak digunakan juga? Orangislam kat Malaysia ni bercakap banyak soal yang nampak besar tapi lupa amaran allah agar menjaga mulut bila bercaka. Yang beserban, berjubah pun cakap berbuih ayat alquran dan nama allah tapi dok mengata, mengumpat dan memfitnah juga.

    2. Pas tak payah cakap banyakla. kalau kena kat batang hidung sendiri macam isu arak kat Shah alam tu cepat saja cari dalih. Kalau dah nama Allah pun Pas boleh "jual" dengan undi Cina dan India kristian, apa masalah BN bagi lesen judi?

    ReplyDelete
  27. azzarwqawi... kalau pakai teori ko tu lepas ni setiap kali ada orang Islam minum arak di Shah alam kenalah pas tanggung dosanya. Kemudiannya kalau ada orang islam yang telah berkahwin di selangor ada hubungan sulit dengan perempuan cina, maka ahli pas tanggung jugalah dosanya sebab Pas mempertahankan elizabeth Wong yang ada hubungan sulit dengan seorang lelaki islam yang telah berumah tangga.

    mana ko belajar agama ni azarqawi. kalau kau sendiri pergi main judi jangan nak salah kerajaan pula. salah diri sendiri la mangkuk. kalau Islam ikut mak bapa pun, belajarlah sama.

    ReplyDelete
  28. Salam blogger
    Pertama saya ingin mengulas pendapat Yeop Perak.. kalau nak katakan kelantan mundur dan takda kemajuan, memang saya setuju, kerana kelantan di bawah pembangkang. Yang heran tu kerajaan UMNO-BN yang berkuasa diperingkat negeri pun apa kurangnya. Negeri perak tempat aku dilahirkan tu maju ke? Tak ramai ke rakyat perak (khusus Melayu) yang kais pagi makan pagi. Atau semua rakyat Perak tu hartawan semua kerana program-program yang dijalankan oleh UMNO-BN. Jangan nak mengarut laa Yeop.. Komer tengok sendiri laa.. jalan2 la ke area kg gajah.. tempat Ramli Ngah Talib berpengal-penggal jadi MB. apa yang ada. Komplek Bersajarah Pasir Salak ada le. Nak kata maju jauh sekali..teman heran jugak bila wakil rakyat sesuatu kawasan tu jadi MB, dia lupe nak majukan kawasan sendiri.
    Teman rase le.. deme tu ikat kaki pengundi masa pilihanraye je. Bila musim pilihanraye barulah deme tabur pembangunan.. jalan tar pun sampe ghomah teman. lepeh tu hampeh.. tak pedulinye pengundi deme.
    Ni le perangai UMNO-BN, mase nak undi bukan main lagi.. yg herannya pengundi yang berkarat tu tak lari.. demi perjuangan (Melayu) la katakan.. porah.. Sedangkan deme tu hidup segan mati tak mahu. kais pagi makan pagi. Ni yang berlaku kat kampung teman di kampung gajah.
    Berbalik pada kemiskinan tadi.. kat perak atau negeri yang diperintah UMNO-BN, Nak tanya dengan Yeop. sape yang kaya tu? Melayu ke? Yang senang-senang tu orang melayu yang banyak tanah. kroni2, dan pencacai politik je. kalau setakat peon kat pejabat atau buruh majlis, buruh sekolah, tak kemana Yeop. Kome tengok le bila datang ambik duit KWAPM di sekolah2 di perak ni? Sapa deme tu.. C*n* ke? I*di* ke? Tak lain tak bukan orang sebangsa dengan Yeop le. Kesian teman.
    Ni satu lagi pasal judi bola sepak ni.. teman bingung.. tengok galagat mufti perak.. mana keberanian dia. takde le kot.. Teman yg bute kayu ni pun tau judi tu haram (fullstop). tapi UMNO-BN tercari-cari juga nas2 agar benda tu di bolehkan.. aiiii pelik betul ni. Benda dah haram... haram lee apa nak komen lagi.. Kalau aku jadi Yeop Perak laa. Tobat teman tak sokong dah UMNO ni.. dah jelas depan mata.. Saya rasa Yeop Perak ni ada udang disebalik batu ni. Mati-matian mempertahankan benda yang jelas Allah larang ni..
    Tobat le Yeop Perak! Tobat la bloger2 yang menyokong langkah menghalalkan judi.. Tak payah la cari alasan.. patutnya kita bersatu menentang pemberian lesan judi tu. Tak payah cari alasan lagi. NI saya nak tanya dengan Dato' Khir, apa pendirian anda?? Saya tunggu jawapan

    ReplyDelete
  29. sadara ab razak hj ahmad....

    ya ! memang betul...bab kelulusan lesen ni saya tahap no3 kali ni
    tegur perbuatan mungkar pun ada 3 kaedah 1.bagi penampar je
    2.dengan kata2
    3.dengan hati.....
    saya punya power...bab kerajaan lulus lesen judi adalah tahap 3 (tahap dalam hati)...kerana saya sayang umno lebih dari parti yg dicanang islam for all yg sanggup BERSEKONGKOL dengan DAP..(TEGURAN UNTUK PAS NI TAHAP NO 1...SEBAB BERSEKONGKOL DENGAN DAP....KALAU PAS BERSEKONGKOL DENGAN PARTI ISLAM LAIN SAYA TAK RALAT SANGAT..)

    saya harap satu hari kita akan bersatu...saya tidak berminat jika ada blogger yg berbeza pendapat disini berhujah sehingga dendam dan mencari permusuhan.....dan bukannya berhujah demi untuk lebih menghormati pendirian dan pandangan yg perlu kita fikirkan bersama....kita kena bantu semua...melayu,cina.india dan lain2....bukan memecahkan semua.....umno mesti dijadikan nakhoda kapal.....

    ReplyDelete
  30. shamsul

    kalau nak ikutkan saya pun tidak setuju berkaitan pemberian lesen ini

    tapi ia telah diluluskan oleh kerajaan..dan saya anggap kelulusan ini bukan mengambil kira kepentingan umat islam tetapi ia mengambil kira tuntutan dan kepentingan bukan islam dinegara ini....

    jika bn ingin dilihat sebagai parti yg benar2 berjuang untuk rakyat ...sepatutnya orang islam harus bersabar dan anggap dalam negara berbilangan agama dan bangsa mereka juga adalah rakyat...hati dan perasaan mereka selama ini sapa nak jaga...

    kepimpinan najib juga harus membuktikan yg bn adalah parti untuk semua rakyat dengan tindakan bukan hanya kata2 sahaja....jadi dalam umat islam berkecil hati saya sarankan agar dalam satu2 perkara kita perlu bersabar dan berprasangka baik...kerana ini ada perlunya untuk memenuhi kehendak masyarakat bukan islam.....jangan kita umat islam mencalarkan lagi hati dan perasaaan bukan islam yg seolah2 mereka bukan rakyat negara ini......

    pakatan rakyat dalam statement menolak isu ini bersama adalah...ahak...geli saya nak cakap...dalam kain sendiri..sendiri la tau telo masing2....RIOTORIK BETUL....

    selangor hadiah pertama ..apa dapattttttt!...sendiri mau ingat...

    ds ni diam
    1)dia malas nak layan ko
    2)diam juga adalah nasihat...dia ikut nik ajis
    3)dia diam sayang umno/bn....berkorban!
    4)dia sibuk jaga kawasan sekarang mesyuarat agong

    ds khir....budak sekarang dia tak tau apasal dia jadi ahli kerana kita yg beriaya2 minta i/c dan pegi photostatkan....bila tanya dia tak tau......jadi ketika waktu mensyuarat ini saya sarankan agar pemuda terutamanya sampaikan mesej yg utama tujuan mereka perlu bersama umno adalah untuk apa?.....bukannya sibuk buat usul komplain dia dapat projek...yg tu tak dapat projek......meluat aku nengok..aku pun boleh naik minyak..la..tak payah bagi puak pas pun nak marah!......kasi nasihat sikit!

    p/s:saya kadang2 terfikir parti pas buat mesyuarat agung dia macam mana hah!....pemuda dia bila mesyuarat berapa orang datang...dan mereka buat mensuarat ada tak macam umno buat.....atau mereka tonyoh dekat kedai kopi bawah pokok ketapang je..!..puak pas boleh bagi tau sikit..he.he..tanya je!

    ReplyDelete
  31. Orang Melayu harus melihat trend ini.
    Kaum Cina akan mengundi DAP. Sebab mereka sudah sedar bahawa tidak bermakna menguasai 70% dpd ekonomi Malaysia sahaja. Kaum Cina mahu memerintah Malaysia spt yg berlaku di Singapura. Kaum Cina tidak boleh 100% memerintah Malaysia melalui parti2 MCA dan Gerakan dlm BN. Kaum Cina hanya boleh melalui DAP. Sebab DAP ada kaldai PAS utk mendapatkan undi orang2 Melayu. PAS akan hanya menganggukkan kepala dgn apa2 sahaja tindakan DAP. Tengoklah apa yg sedang berlaku di Penang dan Selangor sekarang.
    Pakatan Rakyat dgn hanya DAP dan PAS akan menang besar di PRU13 nanti! Pada masa itu, Malaysia akan jadi sebuah republik spt Singapura. Kaum Bumiputera akan mengemis di negara sendiri spt apa yg berlaku di Singapura sekarang. DAP akan mengubah perlembagaan utk mencapai cita2 kaum Cina. Pada masa itu nanti orang Melayu akan menangis! Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur!
    Tahniahlah UMNO dan PAS yg bodoh.

    ReplyDelete
  32. ALHAMDULILLAH AMLG...RAHMAT ALLAH KE ATASMU. Dosa tertanggung bukan shj atas pelakunya..ttp juga pada yang menggalakkannya dengan menghalalkan benda yang sahih haramnya. x kisahla dia pas ke umno atau siapapun. Yang haram itu jelas..yang halal itu jelas..antara keduanya itu syubhah..pilihlah yang baik kerana setiap apa yang kita lakukan didunia akan dipertanggungjawabkan di SANA.

    ReplyDelete
  33. Salam Datuk Seri,

    Saya cadangakan supaya UMNO dan BN hentikanlah politik murahan dengan cuba menggunakan wang setiap kali adanya pilihanraya kecil. Ada saja bajet ad hoc daripada PM setiap kali nak pilihanraya. Baru2 ni PM cakap nak buat projek kawalan banjir sekiranya BN menang di Sibu. Habis tu, sebelum ni yang BN ada kat Sibu tu hang buat pe? Tahniah UMNO dan BN kerana menggunakan taktik lapuk ini yang seterusnya menyebabkan kekalahan BN. Tahniah!!

    ReplyDelete
  34. Terdapat banyak kelemahan yang sedia ada.
    1- Yang jadi ketua dalam UMNO kebanyakkan nya ialah waris dari ketua yang lama (ini ialah persepsi saya). Untuk maju UMNO mesti guna pakai Meritokrasi, bukan dinasti lagi. Dengan ini ramai cerdik pandai akan beserta dan berjuang untuk bangsa. Sifat 'inclusif' perlu diperincikan lagi.
    2- Untuk meraih undi UMNO mesti guna kekuatan sedia ada, di mana majoriti bumiputra berunding kuasa sebelum mengundi. Tidak perlu lagi undi berbuta tuli, hanya kerana BN. Ethnik lain harus berbudi untuk mendapat undi. Jadikan undi bumiputra 'mahal'.Pengkhianat bangsa dan agama mesti di "lawan' habis-nabisan.
    3- Ezam mendapat jadi Senator kerana sanggup berjuang mati-matian. Mungkin pada dia,'there is nothing to lose'. Kepada mereka yng takut hilang kuasa atau pangkat, apa guna kuasa dan pangkat, pada hal kuasa memerintah di ambil alih oleh orang lain. JIka mahu maju dalam politik mesti sanggup berjuang dan berkorban. Dalam pengorbanan ada yang jatuh, dan ini adalah fitrah. Tanpa perjuangan dan pengorbanan, bermakna tanpa usaha,maka dari mana datangnya keredaan Allah swt dan rahmatnya?
    4- Terdapt ada kebebasan bersuara yang jelik dalam media utama. Astro Awani, Bernama TV, The New Straits Times dan kadang-kadang terselit juga Utusan. Jika Media Prima di kuasai oleh kita, kenapa kita tidak menggunakan kuasa itu? Adakah Khazanah mempunyai agenda yang bertentangan dengan UMNO. Di mana pergi kuasa Johan Jaafar? Kini TV1 pun mula macam media-media lain, dimana yang disebut lain, tetapi yang ditayang lain. Jika kebebasan telah di beri kepada media-media cetak yang lain,seperti The Star, akhbar berbahasa cina dan tamil dan lain-lain, kenapa media yang kita dikuasai juga 'bebas' dari matlamat pemegang sahamnya. Perlu diingat media adalah alat membentuk persepsi, jika ianya di gunakan untuk sesuatu agenda, maka agenda kita akan hanyut.
    5- Terdapat banyak lagi perkara-peerkara yang songsang, seperti seolah-olah mereka dari Kelantan sahaja mempunyai cerdik-pandai yang boleh berkhidmat dalam perkhidmatan awam, sehingga seolah-olah hanya orang Kelantan sahaja berkelayakan dalam hal agama. Pegawai Daerah di luar negeri Kelantan diterajui oleh orang Kelantan. Perlu ingat, selalunya pegawai daerahlah yang menjadi pagawai yang mengawasi kiraan undi. Ada yang berkata, 'those who count the votes are more powerful than the voters'. Pengurusan hak milik tanah dikuasai oleh bukan penduduk setempat. Ini agak menakutkan.
    Harap dapat komen.

    ReplyDelete
  35. Sdr Mohd dan rakan rakan bloggers yang lain,

    Kita banyak membuat kesimpulann atas perkara yang kita tidak selidiki,yang lebih menyedihkan kita akan simpulkannya dgn samaada takut atau tidak dgn Allah,sudahkah sdr pastikan saya memiliki harta diluar kemampuan,sdr hanya dengar tuduhan dari musuh politik saya,dan sdr sedar mereka itu puak DAP,orang bukan islam malah terdiri kafir arbhi,ditambah lagi YB Sekhincan yang menuduh itu tidak ada kelayakan dalam menilai hartanah,saya difahamkan beliau gagal dalam matematik di peringkat SPM lagi,bagaimana sdr boleh terima bulat bulat pandangan YB ini,saya yakin saya tak terlibat dgn perbuatan salah,dan saya tahu semua yang saya lakukan akan dapat ganjaran Allah .

    Saya ingin bertanya sdr adakah sdr tidak takut dgn Allah membuat tuduhan dan membuat kesimpulan tanpa membuat sebarang penelitian,kenapa sdr tak pernah cuba mendengar penjelasan dari saya atau pihak pihak lain,kalau sdr benar benar orang yang berakhlak jumpalah saya agar dapat kita selesaikan perbedaan ini didunia agar ia tak tertunggak di mahsyar kelak.

    ReplyDelete
  36. Salam DS,
    Saya bersetuju dgn pendapat saudara Paktam yg mengemukakan perkara no.4...tengok apa dah jadi pada Sibu yg dimenangi oleh DAP...Apakah tajuk Utusan melayu dan berita harian....???langsung tak sebar luas seperti result hulu selangor!Tengok semlm melalui perkembangan di TV1,2 and KAHSNYA TV3(MAT Bodek dari Dato Farid)...langsung berita terkini mengenai kemenangan parti apa dan dari mana pun tak ada!...hairan betul apa dah jadi dgn Malaysia ni!
    BAHAYA MENANTI YG SARAWAK MERUPAKAN KUBU KUAT BN,TAPI BOLEH KALAH...!!!Sepatutnya TS TAID MAHMUD PERLU SEGERA LETAK JAWATAN KERANA KEKALAHAN TU...BAYANGKAN STELAH SEKIAN LAMA MEMERINTHAN DI SARAWAK...KEBANYAKKAN KAWASAN SIBU DI PENDALAMAN BELUM ADA AIR BERSIH DAN ELEKTRIK....!!!Dah lama tu,sampai bila nak pasang??Terlalu banyak lagi kawasan di Sabah dan Sarawak masih kekurangan kemudahan asas......SIAPA TAK BUAT KERJA NI???!!!

    Sekian!

    ReplyDelete
  37. azzarqawi alias Haji Hadi
    tulisan saudara mengundang persoalan saya
    1.wajah Islam yang dibawa oleh UMNO menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, Apakah wajah Islam yang dibawa oleh PAS juga bukan sekadar topeng dan hiasan kosmetik juga?
    2. Perbezaan di antara Islam dengan bangsa, Apakah saudara FIKIR Melayu lain selain PAS begitu jahil untuk membezakannya? mengapa tidak berontak minta dibuang sahaja perkataan Melayu dalam apa apa jua dokumen agar orang kenal sdr sebagai Islam yang tak punya bangsa? Apakah saudara pernah membantah apabila mendapat habuan atas nama melayu? Apakah saudara fikir Cina khasnya penganut DAP memperjuangkan agamanya dan bukan bangsanya?
    3.Adakah saudara fikir saudara telah berjaya menarik rakan rakan DAP dan PKR ke dalam PAS dan bukannya DAP dan PKR yang telah berjaya memperlekehkan PAS sehingga melutut kepada mereka? Siapa kudakan siapa? atau saudara mau orang lain beritau saudara?
    4. Sebelum PAS merayu kepada orang orang UMNO bermuhasabah, seelok-eloknya saudara minta dahulu orang orang PAS bermuhasabah atas perilaku PAS selama ini yang tak perlu dihuraikan lagi.

    SARANAN AKU LEBIH BAIK PAS DAN UMNO DUDUK SEMEJA CARI TITIK PERSAMAAN DAN BUKAN PERBEZAAN UNTUK KELANGSUNGAN AGAMA DAN JUGA BANGSA. INI NEGARA DEMOKRASI TAPI KITA JANGANH DIBEBALKAN DENGANNYA, KITA BOLEH BERBEZA PENDAPAT, KITA BOLEH BERBEZA PARTI, TETAPI KITA TETAP BERKONGSI AGAMA DAN TUHAN YANG SAMA, TIDAK ADA SATU PUAK MELEBIHI PUAK YANG LAIN. YANG MEMBEZAKAN ADALAH TAQWA, DAN MENJADI HAK MUTLAK ALLAH MENGHUKUMNYA

    ReplyDelete
  38. Salam DS,
    Saya ingin mengulas sedikit tentang penubuhan sebuah negara,komen pada saya jikalo saya silap.
    NEGARA--Adalah ditubuhkan setelah rakyat bersetuju dgn cara demokrasi utk memilih wakil rakyat masing2 ditempatnya.Selepas tu jadilah sebuah kerajaan yg DIPERUNTUKKAN HASIL PEMBAYARAN CUKAI DARI RAKYAT UTK MENGURUSKAN DANA TERSEBUT DGN SEBAIK2NYA DI PEMBANGUNAN DAN SEBAGAINYA.
    TIDAK KENANG BUDI--Ramai Bloggers khasnya dari penyokong UMNO dan Kerajaan BN selalu menyatakan rakyat ni dan rakyat tu tak kenang budi...DIMANAKAH ISUNYA TAK KENANG BUDI INI????PARA PEMIMPIN HARUS BERTERIMA KASIH DGN APA YG MEREKA DAPAT PADA HARI INI KERANA GAJI DAN KEMEWAHAN INI DIBERI OLEH RAKYAT!!!SIAPA YG SEPATUTNYA MENGENANG BUDI YG SEPATUTNYA???PIKIR2 SENDIRI...!!
    PENTADBIRAN--JIKALO SESEBUAH KERAJAAN YG DIPILIH OLEH RAKYAT DAN TAK DAPAT MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT ATAUPUN DALAM ERTI KATA TAK MAMPU MENTADBIR ATAPUN BERLAKU PENYELEWENGAN ATAUPUN SISTEM TERTENTU TELAH DIKUCAR-KACIRKAN(SEPERTI SISTEM KEHAKIMAN DAN SEBAGAINYA),MAKA RAKYAT BOLEH ATAUPUN BERKUASA UTK MENOLAK PENTADBIRAN TERSEBUT!!!
    PERLU INGAT SESEBUAH PARTI POLITIK JIKALO MEREKA DAPAT MENGUASAI PENTADBIRAN PUSAT(YG MEMILIKI DANA YG BESAR HASIL DARI CUKAI RAKYAT),MAKA MEREKALAH MAMPU MENJANJIKAN SESUATU KEPADA RAKYAT DGN CARA MENYALURKAN DANA TERSEBUT UTK TUJUAN KEPERLUAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT....AKAN TETAPI RAKYAT MERASAKAN BAHAA KERAJAN YG DIPILIHNYA TAK MAMPU MENTADBIR DANA TERSEBUT DGN BAIKNYA,MAKA MEREKA BOLEH ATAUPUN BERKUASA MENUKAR KERJAAN DGN MELALUI SISTEM DEMOKRASI YG BETUL!!!
    Oleh itu jgn salahkan bangsa ni dan bangsa tu kerana tak memilih mereka !!!!!WAKE UP DUDE!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  39. Dato Khir & Commentators,

    Pada pendapat saya UMNO itu sudah cukup baik namanya. Yang penting ahlinya patut berubah. Lebih mesra rakyat, dan buangkanlah sifat dengki khianat dan tamak haloba. Itu sahaja caranya untuk menjadi kan UMNO relevan kepada masyarakat melayu dan kaum² yang lain.

    Mungkin sudah tiba masanya Barisan Nasional membantu rakyat secara keseluruhan melalui pelan² Rancangan Malaysia. Masyarakat Cina dan India cuma minta kelonggaran dalam pendidikan dan permohonan bantuan pinjaman kerajaan. Yang lain tu saya rasa mereka tak kisah sangat.

    Untuk orang melayu pula, saya rasa memberi penjelasan mengenai pentingnya berusaha untuk berjaya merupakan satu kampen yang harus UMNO lakukan dengan kerap. Janganlah bantu orang Melayu dengan memberi sogokkan wang ringgit. Tapi bantulah orang melayu itu berusaha dengan lebih gigih supaya mereka tidak mengharap.

    Mungkin dengan cara sedemikian- insya-ALLAH Melayu akan lebih berjaya dan independent. Berilah peluang pekerjaan, dari buruh sehinggalah peringkat professional. Barulah masyarakat melayu boleh bersaing dengan yang lain.

    ReplyDelete
  40. umno adalah parti keliru dan juga parti berfahaman kapitalisme. parti ini dihiasi pelbagai slogan untuk terus memancing sokongan akhir kita tersiksa dan terperangkap. umno parti keliru turut mengelirukan rakyat kerana tidak dapat membezakan antara batas sebagai badan politik dan kenegaraan. apapun sebagai orang islam wajib lah kita menyokong diantara calon ini yang mana lebih aulia...tidak kira mana parti politik ..orang islam mesti tahu syarat2 memilih pemimpin...kalau calon tu orang pas tapi tikam ekor dengan calon umno yang tidak meninggal solat jadi lebih baik pilih calon umno..lihat masalah diselangor apabila dap turut dipilih oleh orang islam akhir pemimpin pas diselangor turut disalotape mulut nya oleh pemimpin dap yang jelas musuh Islam...cuba lihat sejarah nabi...nabi tetap bebaik dengan orang munafik jadi kenapa kita orang islam berpecah atas fahaman politik sempit.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum semua yang dirahmati ALLAH..

    Sekali lagi diperjelaskan di sini..

    1. Yang haram itu telah jelas..yang halal jua jelas.
    2. Di antara kedua-dua itu syubhah..jadi pilihlah yang terbaik.
    3. PAS atau UMNO atau sesiapa pun tidak akan mewakili kita bila sampai waktu kita ke SANA..
    4. Saya juga tidak mewakili sesiapa, sekadar memperingatkan diri sendiri, keluarga dan teman2 agar beringat..setiap jiwa kita adalah milik pencipta dan akan tetap dikembalikan pada NYA. Jangan cari keredhoan manusia dengan cuba menghalalkan sesuatu yang jelas haram.
    4. Sesungguhnya hanya amal soleh, doa anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan dapat dibawa bila tiba saatnya sebagai bekalan..INGATLAH diriku dan sekalian teman2 yang dirahmati ALLAH.

    ReplyDelete
  42. Salam blogger
    Jom kita berjudi.. jom. Sambil tengok piala dunia moh kita berjudi yeop.
    Apa nak takut!!! Pantang anak cucu datok maharaja lela takut berjudi. pantang undur!! Nak takut apa. Dah ada lesen.. jom la puak UMNO jom. Ketua hangpa dah bagi lesen apa nak takut lagi.
    Mana anak cucu maharaja lela, tok bahaman, dol said, mat kilau, mana dia? Jom ramai-ramai kita berjudi. Anak cucu datok2 yang ada keris tak bersarung tu dah takda telor, datok2. Anak cucu datok2 dari bulan saja nampaknya berani menyanggah ketua2 dari anakcucu keris takda sarung tu.. Anakcucu yang PERKASA pun tak nampak perkasanya, semua nye dok tekop teloq, macam ayam berak kapor. Sat lagi bila ketua keris tak persarung batalkan lesen kerana bantahan anakcucu datok yang berani2 dari aliran bulan tu. barulah ankcucu keris tak bersarung menyalak. ong!ong!ong! Inilah kerajaan perihatin. Inilah kerajaan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. porahh.. lembu punya susu sapi dapat nama. Anakcucu dari keris tak bersarung bukan beranai menyanggah arus, langsung kecut. Tak mau bersuara. Perkasa yang dikatakan perkasa hilang kejantanannya, macam pondan chaw kit. Inilah nasib orang melayu anakcucu datok2. Meraka bukan macam datok2 dulu, lunyai org inggeris dihambat kalau pasal perkara agama dibuat main-main. Tunggu jawapan Ketua Budak-budak muda keris bersilang jawab atau datok seri sendiri jawab atas kapasiti sebagai mantan calon budak-budak keris tak bersarung.. jawab datok. Wong Jowo ngak wani. Ojok jadi wong jowo, urang banjar kalau kadak wani usah jadi urang bajar.. mayupanik hajak

    ReplyDelete
  43. asalamualaikum. hentikan perbalahan dan kembali kepada quran dan hadis.

    ReplyDelete
  44. Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan. (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

    “Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu”.

    Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudarat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukan melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah.”

    “Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [Hadith]

    Seorang anak Adam sebelum menggerakkan kakinya pada hari kiamat akan ditanya tentang lima perkara: Tentang umurnya utk apa dihabiskannya; Tentang masa mudanya apa yg telah dilakukannya; Tentang hartanya dari sumber mana dia peroleh dan dalam hal apa dia membelanjakannya; dan tentang ilmunya mana yg dia amalkan.

    ReplyDelete
  45. Dato Seri, UMNO perlu melihat satu undi sebagai satu jiwa. Memenangi satu jiwa perlu membawa semula UMNO ke asalnya sebuah NGO yang memperjuangkan segala-galanya baik dari segi keagamaan, sosial mahupun ekonomi. Menjuarai rakyat bermaksud kemampuan UMNO menyelesaikan permasaalahan rakyat setempat. Sistem pemilihan UMNO baru bertepatan dengan sistem ini tetapi adakan jentera setempat sudah cukup kemas untuk memukul tugasan baru ini. Peminpin persekutuan mungkin hanya mampu memberi gambaran kesungguhan gerakkerja, kerja sebenar bermula dari satu jiwa ke satu jiwa.

    Salam.

    ReplyDelete
  46. apa2pun yang dipekatakan, yang dibahaskan dan fahaman politik yg dianuti..semuanya ditanya di akhirat nanti..melaburlah untuk masa depan diakhirat...

    ReplyDelete