Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, June 4, 2010

Bolehkah Kerajaan Negeri Dipercayai Lagi?

1. Saya terkejut apabila YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa beliau baru mengetahui mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor. Isu ini sepatutnya sudah disiasat sejak tahun lalu lagi. Seingat saya dalam blog ini juga telah berkali-kali membangkitkan isu pasir ini. ADUN BN juga telah beberapa kali membangkitkan isu ini dalam sidang DUN sejak awal 2009 lagi.

2. Kita mempertikaikan mengapa begitu banyak tanah kerajaan dan tanah persendirian dibenarkan menjalani kegiatan perlombongan pasir tetapi hasil hanya sekitar RM 4 juta setahun. Ini jauh berbeza dengan zaman BN dahulu di mana kita hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian tetapi mampu mengutip sekitar RM 22 juta setahun.

3. Yang paling saya kesalkan ialah bagaimana ketidakseragaman matlamat kerajaan negeri dalam isu ini. YAB Menteri Besar dalam ucapannya sempena sambutan Hari Keputeraan Tuanku menyatakan kerajaan negeri mensasarkan pendapatan sekitar RM 150 juta setahun dari industri perlombongan pasir ini.

4. Dalam sesi pendengaran SELCAT pula kita mendengar keterangan Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)melalui Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor, yang menyatakan unjuran KKSB ialah sebanyak RM 127 juta setahun. Namun kedua-dua angka ini disanggah oleh Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed yang menyatakan unjuran KKSB hanyalah RM 31 juta setahun.

5. Jika unjuran pegawai bertanggung jawab terhadap industri ini tidak diterima oleh Lembaga Pengarah KKSB dan juga Menteri Besar, maka kita mahu tahu siapa pula yang membantu Menteri Besar membuat unjuran sehingga jumlahnya menjadi berkali berkali ganda.

6. Apakah YAB Menteri Besar dengan sengaja berbohong kepada Tuanku apabila menyatakan sasaran pendapatan bagi perlombongan pasir ialah RM 150 - 200 juta setahun?

7. Satu lagi isu yang sangat serius dibangkitkan ialah Kenyataan YAB Menteri Besar pada 21 April 2010. Tan Sri Khalid antara lain mendakwa KKSB mencatatkan keuntungan kira-kira RM 20 juta sepanjang tahun 2009.

8. Namun dalam sesi pendengaran SELCAT semalam, Ramli memberitahu bahawa keuntungan KSSB sebelum cukai pada 2009 ialah RM10 juta dan setelah ditolak cukai, syarikat itu memperoleh RM8 juta sahaja. Saya tidak fikir seorang pegawai yang membuat kenyataan berdasarkan penyata akaun syarikat akan menipu atau mempunyai sebab untuk menipu.

9. Sebelum ini kita juga dihadapkan oleh satu pembohongan kerajaan negeri mengenai kutipan hutang Talam. Tan Sri Khalid mengumumkan kerajaan negeri mengutip RM 50 juta dari Talam namun langsung tidak bukti jelas berlaku transaksi kewangan dari Talam kepada kerajaan negeri.

10. Kemudiannya Kerajaan negeri menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Talam bagi bayaran hutang kepada kerajaan negeri Selangor sebanyak RM 241.4 juta.

Talam Corp, a Malaysian property developer, said it signed an agreement to repay debts of RM241.4 million owing to the Selangor state government. Talam will sell its properties to help settle the debts, the company said in a statement today. The shares of Talam jumped the most in more than four months after the agreement. The stock surged 17 per cent to 13.5 sen at 2:36 pm local time in Kuala Lumpur trading, set for the steepest gain since November 2. -- Bloomberg 15/03/2010

11. Namun jika saudara/i masih ingat pada November 2009, Tan Sri Khalid mengumumkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang Talam daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 391.7 juta melalui pinjaman bank. Janji semasa round tripping tersebut untuk mengutip hutang dalam tempoh tiga bulan. Namun sehingga hari ini sudah hampir 8 bulan satu sen pun belum nampak lagi.

12. Saya khuatir jika kerajaan negeri terus berbohong kepada umum, maka suatu hari nanti orang ramai dan para peniaga tidak lagi mempercayai sebarang kenyataan YAB Menteri Besar dan para EXCOnya.

13. Lebih membimbangkan ialah kita tertanya-tanya apakah segala jawapan dan laporan yang dikeluarkan dalam Sidang DUN merupakan satu fakta dan angka yang sahih atau direka-reka? Sejauh manakah benarnya kenyataan-kenyataan kerajaan negeri hari ini?

14. Pemalsuan angka-angka ini merupakan satu isu serius kerana ia memberi gambaran palsu mengenai keadaan negeri dan menjejaskan kredebiliti kerajaan negeri Selangor yang sukar dipulihkan dalam masa terdekat terutamanya kepada pelabur asing.

15. Saya juga khuatir akan terjadi seperti mana peribahasa melayu, "siakap senohong, gelama ikan duri, sikap suka berbohong, lama-lama jadi pencuri".

52 comments:

  1. Assalamualaikum saudaraku khir.. mudah2 an anda dan keluarga di bawah rahmat Allah.

    1. Alhamdulillah pada ketika ini makin teserlah sifat pemimpin2 munafik yang menggunakan kekuasaan yang dimiliki untuk mengaburi mata rakyat marhaen seperti kami.
    2. Terkutuklah bagi mereka yang telah diberi amanah namun mengkhianatinya.
    3. Teruskan istiqamah saudara untuk terus mendedahkan kepincangan pemimpin2 ini tidak kira apa fahaman politiknya agar yang hak mendapat hak mereka kembali..buatlah pendedahan ini tada lain demi kerana ALLAH.
    4. Juga di sini mohon saudara dengan kapasiti sebagai wakil kepada rakyat untuk turut mendesak pemimpin menjelaskan halatuju subsidi sepatutnya diterima rakyat yang bakal dikurang atau dihapus kerana dikhuatiri negara muflis kerananya tidak lama lagi.
    5. Bukankah baru sahaja kerajaan mengumumkan kenaikan KDNK yang agak tinggi, tiba2 sahaja kegembiraan kemungkinan pendapatan rakyat meningkat direnggut kerana pengumuman negara bakal muflis akibat subsidi. Apakah sebenarnya yang berlaku di sini? Kerajaankah yang benar atau saudara Idris Jala yang menipu..
    6. Berlaku adillah dalam memberi laporan kepada rakyat..kerana anda ahli-ahli politik dipilih oleh rakyat sebagai wakil untuk membimbing dan memajukan negara bukan sekadar untuk kepentingan peribadi.
    7. Ingat saudaraku..kita semua akan dihisab setiap amal dan perbuatan di Sana..hidup tidak lama takkan tau bila waktunya anda atau saya akan dijemput olehNya..buatlah sesuatu kerana Allah bukan manusia. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.Wassalam.

    ReplyDelete
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Datuk,
    Orang gagap pun boleh cakap menipu jangan percaya sangat.

    Satu lagi Khalid boleh kata, saya tersilap taip angka tue bila wartawan tanya nanti macam Anwar Ibrahim yang terang-terang menipu.

    Yahudi suka menipu datuk

    ReplyDelete
  3. sokong 100 %

    sudah terang lagi bersuluh yang kerajaan negeri selangor sekarang telah menipu demi menghalalkan matlamat mereka

    mereka bukan sahaja menipu rakyat, malah turut sama menipu Tuanku dan menipu dun selangor.

    jgn salahkan kerajaan pusat jika melabur tidak mahu melabur di selangor kerana kerajaan negerinya menipu.

    ReplyDelete
  4. Salam DS, ekonomi selangor jd macam ni sbb penasihat ekonominya iaitu DSAI, yg dibayar RM 1.
    Jadi kerja yg dibayar RM 1, hasilnya pun mcm tu laaa....

    ReplyDelete
  5. rakyat selangor dah tersalah pilih pemimpin.ialah mendengarkan janji-janji manis siapa yang tak terpedaya.

    rupa-rupanya janji manis itu datangnya dari penyangak.

    ReplyDelete
  6. Salam semua

    Kerajaan negeri Selangor boleh dipercayai kerana
    setiap penyelewengan tetap didedahkan.Siapa yg dedahkan? Wakil2 rakyat mereka yang berani dedahkan. Itulah namanya WAKIL RAKYAT.Berlainan dengan Kerajaan BN-UMNo dulu, setiap penyelewengan ditutup rapat-rapat. Sehingga rakyat tidak tahu langsung ada penyelewengan, seperti isu BALKIS (paling nyata). Isu rumah MB bagai istana, dan isu-isu kumpul harta kroni-kroni. Semua tu pembangkang yang dedahkan. Itupun selepas PR menang di Selangor. Kalau lah BN-UMNO dulu macam PR sekarang, dedah dan siasat, sudah tentu UMNO-BN boleh memang lagi. Tapi nasi dah jadi bubur. Bila dah jadi bubur maka berkokok lah YB Khir. Macam ayam, kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi..

    ReplyDelete
  7. kalau masa awak dulu semua tu di tutup saja. wak eeh.
    semua kroni yang ayng dapat awak dapat persent.

    ReplyDelete
  8. salam....

    macam cite p.ramlee lah pulak....
    satu utk aku,satu utk kau,dua utk aku satu utk
    kau,tiga utk aku satu utk kau...akhirnya hasil
    negeri ciput...penyangak aka penyamun rembat berjuta-juta!!

    ReplyDelete
  9. salam azzarqawi dan bloger lain

    Saya kesihan melihat saudara merayu kepada YB Khir supaya membuat teguran samada terbuka atau tertutup kepada pemimpin atasan UMNO-BN. Dr Khir dan pemimpin UMNO tidak akan berani menegur atau mendedahkan apa-apa kepincangan kerajaan UMNO-BN. Sejak dahulu lagi pemimpin2 dari UMNO memang takut untuk menegur pemimpin. Ini kerana sekiranya dilakukan seolah-olah menabur pasir kedalam periuk nasi mereka. Berlainan dengan para pemimpin PR, mereka akan dedahkan segala kepincangan pemimpin mereka jika berlaku penyelewangan. Lihat sahaja di selangor, jika MB tak betul, ada pemimpin akan menegur secara terbuka. Kesannya MB akan bertindak untuk menyiasat. Tapi kalau di zaman YB Khir jadi MB dulu... saya nak tanya ada ke pemimpin lain dalam UMNO-BN berani mendedahkan segala penyelewangan yang dibuat. Banyak kes2 berprofil tinggi didedahkan selepas UMNO-BN hilang kuasa. Tak gitu YB Khir.. ayuh jawab. Kalau ada kes2 dilaporkan semuanya dibuat oleh pembangkang pada masa itu. Pembangkan lapor mana nak dilayan oleh SPRM atau Polis. Tapi sekarang bila UMNO-BN dah jadi pembangkang dan berkuasa diperingkat pusat. SPRM begitu aktif pulak menysiasat kerajaan atau pemimpin2 PR walaupun hanya mendapat laporan daripada media. Tahniah la SPRM!
    Sebenarnya tulisan YB Khir ni mempunya niat untuk menimbulkan keraguan dan kebencian kepada kerajaan Selangor yang sah dipilih oleh rakyat. Memang itulah kerja pembangkang, masa PR jadi pembangkang pun kerja yang sama dbuat. Tetapi pada masa itu PR pertarungan di padang yang tak sama rata. Kini UMNO-BN jadi pembangkan di Selangor, UMNO-BN ada kerajaan Pusat. Apatah lagi UMNO ada pengerusi perhubungan negeri yang hebat (Datok Najib). YB Khir dah tak ada taring lagi peringkat negeri.. nah sekarang bertarung la di gelanggan terbuka. Buat laporan kalau ada MB dan wakil2 rakyat PR yang songlap atau selewang harta benda di Selangor. Jangan jadi seperti LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN, tak berani bersemuka, tapi guna orang lain untuk tunjuk jantan. Itu namanya jantan dayus.. Kami di Sungai Panjang dan Sg Besar tak mahu pemimpin yang kecut teloq

    ReplyDelete
  10. Salam,
    1.Buat Sangtakula....Ya pemimpin PR berani...tapi alih2 syrikat tu tak bersalah...yang bersalah si mike juga..

    2.Intergriti apa yang dpertahankan jika berpuluh2 janji hanya air je yang tertunia...

    ReplyDelete
  11. dah nyata khalid gagap memang dalang curi pasir. ada ke membicarakan kes kumpulan semesta berhad, dua saksi utama tak dipanggil. siasat apa macam tu.

    dalam perancangan khalid gagap, selangor hendak diberi kepada golongan ultra kiasu. sebab itulah banyak pusat perjudia, rumah urut dan kongsi gelap menjadi jadi di selangor.

    ReplyDelete
  12. Salam... Semua..

    1. Jangan sebut pasal janji nanti dorg cakap "PR baru perintah 2 tahun"

    2. Jangan sebut pasal intergriti nanti dorg cakap "PR baru memerintah 2 tahun"

    3. Cuba mengelak dari tuduhan liwat dan enggan bersumpah laknat tu apa? Bukan menimbulkan KERAGUAN ke?

    4. Mengwar-warkan PR bakal ke Putrajaya 16 September tu bukan menimbulkan KERAGUAN ke?

    5. Menyatakan ada bukti besar tapi tak tunjukkan itu bukan KERAGUAN ke?

    6. Menyokong penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam itu bukan MENGELIRUKAN ke?

    7. berdolak-dalik, menutar belit fakta bukan ke MERAGUKAN & MENGELIRUKAN?

    Jadilah Pemimpin yang bertanggungjawab... Berani buat berani tanggung...
    Kalau dah tanggung tu tolonglah jawab...

    Sekian..
    sekadar luahan je...

    ReplyDelete
  13. Sangkatula,

    Dah la,jangan nak buat pusingan u terhadap apa yang telah dibuat oleh Tan Sri Khalid. Sendri dah buat silap, tapi cari kesalahan orang lain untuk menutup kesilapan.Adakah logik Tan Sri Khalid langsung tidak mengetahui kegiatan yang dibuat oleh anak syarikat kerajaan Negeri Selangor itu yang jelas bertentangan prisip ketelusan yang dinyalak-nyalak kan oleh ahli PR? Adakah logik adik Menteri Besar sendiri yang menerajui syarikat berkenaan namun si abang langsung tak ambil pusing apa yang telah adiknya buat. Dan adakah logik perkara ini telah diwar-warkan agak lama dan baru-baru ini sahaja Menteri Besar mengetahuinya. Jawapan saya : TAK LOGIK LANGSUNG..

    ReplyDelete
  14. hahahahah sangkatula mahu menegakkan benang basah. Zaman BN dulu pun ada yang kena dakwa. Seingat aku dulu EXCO Sharif Jajang dan Saidin Tamby dihadapkan ke mahkamah. Tak ada pula BN selangor melompat kata fitnah dsbnya. Baru ni pun MP Sabak pun kena mahkamah.

    Terima hakikat bahawa pemberian bonus yang begitu besar walaupun baru bekerja kepada staff KSSB adalah satu kaedah rasuah untuk menutup mulut mereka oleh Khalid gagap. KSSB berada dibawah MBI secara langsung. apakah Khalid nak bagi tahu beliau tak tahu langsung perjalanan syarikat tersebut?

    Mengapa adik MB hajiman tidak dipanggil memberi kenyataan langsung sedangkan beliau yang dikatakan terbabit secara langsung.

    Selcat ni Cangaroo Court saja. Saksi utama yang nak beri keterangan pun tak boleh masuk. hahahah.

    ReplyDelete
  15. hahaha sangkatula, marah benar pada Dr khir nampak. Relaxla bro apa personal sangat. hehehe pemimpin ko tu yang dah tak ada telur sejak ikut cakap Ronnie Liu dan Thressa Kok.

    ReplyDelete
  16. Salam Datuk Seri,

    Tindakan Dato Seri yang cuba memburuk2kan kerajaan PR tanpa sebarang bukti hanyalah akan menyebabkan kami dikalangan rakyat dapat merasakan tindakan Dato Seri itu tidak ubah hanyalah sebagai satu publisiti politik murahan. Mungkin saudara masih termimpi2 mengidamkan jawatan lama saudara?

    Jika Dato Seri benar2 yakin apa kerajaan PR lakukan selama ini menyalahi undang2, sila laporkan sahaja kepada MACC atau kepada pihak yang bertanggung jawab didalam menangani sesuatu isu terbabit. Biar tindakan undang2 dapat diambil. Saya yakin rakyat pasti akan bersama Dato Seri jika tindakan ini di ambil.

    Jangan lah jadi ibarat anjing menyalak bukit sahaja.

    ReplyDelete
  17. Lupakan segala tuduhan anda terhadap Kepimpinan PR di Selangor, sekarang kami dah senang di bawa kepimpinan PR, Jangan jangan nak di buat lagi macam di Perak, Beli Katak. Menteri besar Katak.

    ReplyDelete
  18. salam.....

    kalau KSSB belum diserbu SPRM...dituntut
    supaya jalankan odit luaran... bukan odit
    dalaman...kalau odit dalaman nasib spt
    keputusan SELCAT...hanya utk menutup
    'sesuatu' semata-mata!!!

    ReplyDelete
  19. ...dah lebih 2 tahun Kerajaan Khalid Ibrahim buat cerita kelakar. Filem pertama, ARAK...teraju utama Hassan dan Ronnie...at last dua-dua berpeluk akrab. Lepas tu filem tepong TALAM... dah 8 bulan, untung tarak, modal pun belum dpt balik. Filem Bukit botak..."still shooting".Byk lagi la...Latest Filem PASIR oh PASIR...pun talak untong. Tapi sutradara and crew member tetap dapat bonus....hahahah.
    BRAVO.. selangor ku sayang..

    ReplyDelete
  20. Saya amat fed up dengan mereka yang beranggapan PR ni bebas dari sikap-sikap yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sama aje UMNO ke, PAS ke, PKR ke. Bila dah memerintah mesti ada melakukan kesilapan. Jadi janganlah terlalu mendabik dada. Alangkah lebih baik jika semua orang melayu bersatu di bawah satu parti sahaja. Bolehla saling nasihat menasihati, tegur menegur, tanpa perlu menjadikan pihak ketiga (bukan Melayu) meraih keuntungan dari kebodohan kita menganggap diri a cut above the rest.

    ReplyDelete
  21. Yang menuduh tanpa hujah ialah mereka yang taksud atau kurang daya pemikiran. Kita boleh berbeza pandangan atau pendapat, tetapi perlu mengeluarkan pandangan dengan hujah. Kalau tidak membuang masa sahaja.

    ReplyDelete
  22. Hairan Adik MB dilantik mengetuai Syarikat Kerajaan Negeri... hai dulu pihak dia juga yang sibuk pasal kroni .. sekarang tak pa pula..

    ReplyDelete
  23. Saudara Baharudin, adalah tidak benar adik MB mengetuai syarikat kerajaan negeri. Apa yang menjadi bualan ramai ialah kononnya keterlibatan adik beliau dengan KSSB tanpa sebarang jawatann. benar atau tidak saya tidak dapat mengesahkannya.

    saudara Shamsul, apa yang saya tulis di atas adalah berasaskan fakta. jika ada fakta yang tidak betul sila nyatakan agar boleh diperbetulkan.

    ReplyDelete
  24. Sala Dato Seri,

    Apa yang ingin saya tekankan disini ialah jika betul Dato Seri mempunyai fakta2 yang boleh membuktikan terdapatnya unsur2 penyelewengan ini, laporkan sahaja kepada pihak MACC. Bukankah ini tindakan setiap orang yang budiman patut lakukan?

    Jika tiada aduan kepada MACC dilakukan dalam masa terdekat ini, maka saya akan menganggap tindakan Dato Seri berkokok disini hanyalah sekadar untuk mencari publisiti murahan. Alang2 berminyak biar sampai licin.

    ReplyDelete
  25. laporan SPRM telah pun dibuat oleh Ahli parlimen Kapar dan sebelum ini beberapa laporan juga dibuat oleh pelbagai pihak. malahan jika sudara mengikuti isu ini beberapa bulan lalu telah ada siasatan oleh SPRM ke atas beberapa pembantu EXCO. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor juga telah membuat laporan SPRM mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  26. Sdr Sangkatula dan sahabat sahabat bloggers lainnya,
    Sebenarnya sukar benar utk membuka fikiran sdr yang telah tertutup,kerana bagi sdr apa yang diperkatakan oleh Pakatan Rakyat adalah benar dan apa yang diperkatakan oleh BN semuanya tidak betul.
    Walaubagaimanapun saya tak putus asa utk menerangkaqn apa yang sebenarnya walaupon pahit bagi sdr menerimanya.Kes Balqis pindahkan duet RM 9 juta ke akaun Bakti yang dipindahkan dari akaun Balqis terus ke akaun Bakti setelah mendapat kelulusan mesyuarat agung,adakah itu menjadi kesalahan dan perkara tersebut telah disiasat oleh PDRM, isteri saya hanya menjalankan amanah ahli,yang jadi persoalannya ialah duet tersebut tidak dapat ketangan kerajaan Pakatan Rakyat,jika dapat pada mereka pasti tak jadi isu.Fitnah sdr ni besar akibatnya.
    Mengenai rumah saya ,saya nak jelaskan rumah tersebut maseh belum jadi milik saya,kerana ia dibeli melalui pinjaman bank,jika saya gagal membayar pinjaman tersebut pasti bank akan merampas rumah tersebut,saya telah dedahklan semuanya dalam blogg ini.Salahkah saya memiliki rumah utk keluarga saya,mengenai harga yang dituduh oleh DAP,itu adalah tuduhan liar sebab itu saya cabar beliau menjual rumah tersebut dgn harga RM 24 juta dan saya akan beri beliau komision sebanyak rm 12 juta,sehingga sekarang beliau tak menghubungi saya,dan saya sedang ambil tindakan undang undang terhadap beliau.
    Apa yang saya perkatakan adalah pembohongan yang saya dengar sendiri samaada di istana dan didalam dewan,jika saya salah saya harap sdr minta pemimpin sdr mengambil tindakan undang undang terhadap saya.Saya bertanggongjawab terhadap apa yang saya tulis,
    Saya sedar dalam politik memang tak dapat lari dari difitnah,saya dapat menerimanya dgn hati terbuka kerana berpandangan rakyat hanya mendengar tuduhan pemimpin yang mereka sanjung tanpa menggunakan akal utk memikir,lebih lebih lagi bila mana sifat benci yang telah ditanamkam dalam hati pengikut,menyebabkan pengikut tak mampu berfikir dan lahir insan seperti sdr,bagi saya sdr telah kehilangan satu nikmat,iaitu nikmat mencari kebenaran.
    Ketika saya menjadi menteri besar,kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan samaada melaporkan kepada SPRM atau PDRM,tanpa membuat hebahan pada umum kerana tidak mahu memalukan mereka,jika benar mereka bersalah mereka mesti bertanggongjawab tapi bila siasatan dibuat dan mereka tak bersalah,kesannya amat besar pada individu terbabit juga keluarganya yang tak boleh dibersihkan dimata umum.Kesan pada anak anak mereka ada yang tak mahu kesekolah dan sebagainya.sebab itulah agama islam menggariskan fitnah lebih kejam dari membunuh.
    Saya juga telah mengambil tindakan disiplin pada pegawai pegawai yang melanggar peraturan kewangan tanpa membuat hebahan umum.Sebagai pemimpin saya bertanggongjawab menjaga maruah pegawai pegawai saya.
    Saya tahu,sdr akan akan menimbulkan semula isu pemberian penyapu,saya jelaskan sebelum sdr bertanya,ia adalah keputusan mesyuarat,cuma silap saya penyapu itu tidak di balut ketika saya sampaikan,kerana saya tidak menyangka perkara tersebut berlaku,selalunya semua cenderamata berupa barangan dibalut sebelum diserahkan.Itupun saya tak pernah menyalahkan sesiapa,pada saya tiada barang yang membawa sial jika kita percaya perkara tahyul spt ini maka kita harus melihat sendiri keimanan kita terhadap rabbuljalil.

    ReplyDelete
  27. Jika benar laporan MACC sudah dibuat. Kita tunggu sahaja keputusan siasatan. Tidak perlulah Dato Seri cuba bertindak seolah2 mereka telah pun bersalah.

    Tidakkah tindakan Dato Seri ini sama seperti apa yang musuh2 politik Dato Seri lakukan? Tong kosong biasanya berbunyi nyaring...

    ReplyDelete
  28. Salam ds,
    Saya ingin komen bahawa apa yg pemuda-pemudi sekarang nakkan adalah keterbukaan dlm semua hal2 yg melibatkan kepentingan Rakyat...APA YG SANGKATULA MENYATAKAN ADALAH KERAJAAN KETERBUKAAN DAN BUKANNYA BILA MASAALAH MEREKA SENDIRI TERJADI SEMUA MAKLUMAT2 DITUTUP BEGITU SAHAJA....INILAH ZAMAN RAKYAT NAKKAN DAN BUKANKAH DS MASIH TAK PAHAM2???Blogger2 yg menentang kerajaan BN bukan semuanya BERPIHAK KEPADA PR,TAPI MEREKA LEBIH BERSIKAP TERBUKA DAN MASIH NEUTRAL DLM HAL2 POLITIK....Jgnlah kerana kritikan kepada DS maka DS mengangap mereka ini berpihak kepada lain dan bukannya untuk kebaikan BN sendiri!!!Kalo tiada kritikan tiada kemajuan dan saya tidak menafikan ada segenlitir blogger yg serong ke pihak tertentu,malah DS juga ada penyokongnya sendiri...bukankah itu sebagai check n balance dlm hal supporter???
    ADAKAH RAKYAT NAKKAN KERAJAAN BERSIKAP KETERBUKAAN(MAKA KENALAH TERIMA APA HAKIKATNYA SEPERTI ISU PASIR DI SELANGOR) ATAUPUN TERIMA SEBUAH KERAJAAN YG BERSIKAP TERTUTUP?????Rakyat...andalah penentunya!!!

    Sekian!

    ReplyDelete
  29. DS, hujah sangtula serta seangkatan dengannya tak ubah seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru. Jangalah kerana taksub serta taklid buta atau terlalu benci maka kebenaran dinafikan. Jika dulu dikatakan zaman BN memerintah, para pemimpin umno tidak berani menegur maka apakah zaman ini lebih baik. Tidak juga kerana PR akan mencari jalan memburuk atau menafikan pendedahan yang dibuat oleh ahlinya sendiri. Hentikanlah polimik tak berkesudahan wahai sangtula, shamsul dan terimalah hakikat bahawa rakyat selangor hari ini semakin tahu tembelang serta bau pekung yang keluar dari tubuh badan PR. DAP tetap menjadi tuan kepada PAS serta PKR dalam mentadbir negeri Selangor. Saya berkeyakinan bahawa sangtula, shamsul serta segelintir lagi penyokong PR yang taksub kepada DAP hanyalah alat atau benteng DAP. Anda tak ubah ibarat anjing yang akan menyalak bila keburukan tuannya semakin terdedah.

    fikir=fikirkanlah wahali sangtula, shamsul serta penyokong taksub PR.

    ReplyDelete
  30. baru 2 tahun lebih memerintah sudah berbagai rupa penipuan yang mereka lakukan. Bayangkan jika lebih lama lagi kuasa diberi kepada mereka ini. Pada masa itu, Selangor tak ubah menjadi negeri kedah atau kelantan. Yang semakin kaya hanyalah pemimpin PR serta kroni mereka. Inilah padahnya bila marahkan nyamuk kelambu dibakar, kepada pengundi yang telah memilih PR dan hari ini anda merasa menyesal maka ajarlah PR pada PRU akan datang

    ReplyDelete
  31. DSKT, rakyat semakin celik dan tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Teruskan usaha DS dalam menegur kepimpinan negeri. Dedahkan keburukan yang mereka lakukan berdasarkan fakta yang DS perolehi. Mereka sekarang semakin tergugat dan cuba menafikan kebenaran. Dahulu berbagai tuduhan dibuat keatas pemimpin BN, tuduhan tanpa bukti dan dibuat atas pentas ceramah. Bayangkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh pihak yang kena tuduh. Maka sekarang sebarang endedahan yang dibuat saya lihat disertakan bukti dan rasionalnya. Terpulanglah kepada pembaca menilai sendiri dan kepada penyokong taksub PR, saya tak mengharapkan lebih daripada anda kerana pada saya hati anda amat hitam dan tidak akan sekali-kali cuba untuk mencari kebenaran. Yang ada hanyalah perasaan dendam yang menutupi segala kebaikan pihak lain.

    ReplyDelete
  32. Salam DSKT,
    Ini out topic sket tp ada kaitannya..Saya cuma nak respon satu benda je...korang samada PKR ke PAS ke UMNO ke...selagi korang buat fitnah dan bertelagah antara satu sama lain..korang tetap berdosa bak kata DSKT sendiri...so muhasabah lah....apa yang korang dapat...seronok ??? Elok la tu...spt kata Tun M, Melayu sekarang dah 20% UMNO, 20% PAS dan 20% PKR... lama2 dah tak jadi mojoriti yang berkuasa...masa tu baru padan muka kite ye..anak cucu menyumpah...

    ReplyDelete
  33. Salam Dato' Seri. Moga Dato' Seri sekeluarga di bawah lindungan Allah swt.Insya-Allah.

    Isu penyelewangan hasil pasir ditimbulkan juga oleh YB Mike. Kita pun tahu apa yang telah terjadi padanya. Tan sri Khalid pun ada berkata bila sesuatu isu ditimbulkan, maka bersedialah untuk menghadapi akibatnya. Lebih kurang macam tu la. Rasanya YB Mike sudah pun terima akibatnya. Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan jadi kelak.

    Saya tertarik dgn SIKAP KETERBUKAAN KERAJAAN. Memang generasi muda sekarang ni suka sikap keterbukaan.Semuanya nak telus.Andai kata Malaysia ada TPM 2 dari bkn Melayu atas dasar sikap terbuka sudah tentu mereka sokong punya. Dalam perlembagaan negara memang takde mesti org melayu jd PM atau TPM.Soalannya: SUDAH BERSEDIAKAH ANDA?

    Kita sendiri sedia maklum di Selangor ni siapa yg berkuasa. Kita bercakaran sesama sendiri, mereka tepuk tangan.Jangan sampai kita menang sorak kampung tergadai.. yang kita sorak maki hamun tu pun bangsa kita sendiri.

    Renung-renungkan dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum dr

    Siakap senohong ikan dalam kuali
    Sedap dimakan bersama kaum kerabat
    Bohong dan mencuri kebiasaan pak menteri
    Supaya kelihatan bergaya dan berdarjat.

    Siapa yang perlu diberi kepercayaan yang menjadi soalan sekarang,rakyat memang keliru.

    ReplyDelete
  35. Saudara RICKY,
    anda sebut "KERAJAAN KETERBUKAAN"?? ni la akibat bila semua nak dibuka kpd umun, Habis semua nak jadi jaguh rakyat!..kononnya la. Bukak isu itu, isu ini..at last rakyat selangor BOSAN..Halo Bro, kalu semua dah terbukak, ape lagi yg tinggal..BOGEL la jawabnye. Maka terserlah la segala panau, kurap dan tokak. Lagi senang rakyat nak kutuk.
    Pakatan Rakyat kat selangor ni takde keje lain ker dari bertelagah sesama sendiri. Pengundi dah bagi peluang memerintah, buat la elok-elok...2 tahun lagi PRU13...
    YANG pasti PKR dan DAP bukan lagi pilihan kami..
    BRAVO Selangor ku sayang.

    ReplyDelete
  36. "Tidakkah tindakan Dato Seri ini sama seperti apa yang musuh2 politik Dato Seri lakukan? Tong kosong biasanya berbunyi nyaring... "

    KO YG TIN KOSONG MAMAT WOIII!..

    orang lain nyaring ada isi dan fakta..!
    pintu hati dah tertutup dan nikmat mencari kebenaran dah tiada..pasal tu la ko jadi macam tu....kah..kah..kah..kelakar nengok orang kita ni...kita org masih tegur tu tanda sayang..jangan sampai orang buat tak tau je bro...takut pintu hati bukan takat tertutup je takut jadi batuu!!

    ReplyDelete
  37. Petikan dari Malaysikini
    (Ni baru betul)

    S'gor tawar RM5,000 sekat pencuri pasir

    Kerajaan Selangor mengumumkan ganjaran RM5,000 pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya melumpuhkan kegiatan mencuri pasir di kawasan mereka.

    Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri bersetuju menawarkan ganjaran itu sebagai insentif ekoran aktiviti mencuri pasir kini telah menguasai 75 peratus pasaran.

    "Mereka yang berjaya menahan jentera-jentera yang digunakan untuk mencuri pasir boleh menuntut ganjaran itu dari kerajaan Negeri.

    "Syarat dan peraturan ganjaran tersebut akan diumukan dalam masa terdekat ini," katanya.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, jika kegiatan mencuri pasir di negeri itu berjaya dilumpuhkan, kerajaan negeri akan memperoleh pendapatan RM75 juta setahun.

    "Setakat ini, penjualan pasir secara halal hanya menguasai 25 peratus daripada pasaran yang bernilai kira-kira RM25 juta," katanya.

    Sementara itu, Khalid juga memberitahu kerajaan negeri telah mengarahkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) - yang didapati berlaku salah urus - membekalkannya senarai gaji dan bayaran bonus kakitangannya untuk "dikaji".

    "Sebagai kerajaan yang mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kami amat terbuka kepada kritikan membina dan cadangan untuk menambah baik pengurusan KSSB," kata Khalid lagi.

    ReplyDelete
  38. Salam Dato' Seri, Syabas kerana terkejut pasal pasir di selangor.....

    ReplyDelete
  39. Dato Seri kalau adik MB tak ada jawatan dalam syarikat kerajaan negeri.. jadi apa peranannya,
    Penasihat 25% ke...?
    Satu lagi dah ada jawatan baru kat Selangor ni... Gaji lumayan RM5000. Nama jawatan belum ada. Bidang Tugas "Bertanggung jawab Melumpuhkan Kegiatan Mencuri Pasir"
    En sangkatula dah mohom belum...

    ReplyDelete
  40. salam..

    Tidak adil sekiranya Penyokong PR menyalahkan Dato' seri khir atas isu yang dibangkitkan..

    Pandangan beliau harus difikir secara positif dan ilmiah bukannya menganggap teguran itu tidak boleh dilontarkan langsung..

    Bukankah itu perjuangan PR sebelum berkuasa,iaitu kebebasan bersuara,takkan apabila berkuasa maka orang lain sudah tidak boleh menegur salah laku PR.

    saya tengah menunggu apa langkah penambah baikan kerajaan PR selangor dalam isu pasir..adakah hanya pandai bercakap atau boleh memperbaiki keadaan..jika tidak..pasti perjuangan menjatuhkan PR menjadi agenda utama..

    sebabnya..kita tidak mahu orang yang pandai mencari kesalahan orang lain tetapi apabila berpeluang mereka-mereka itulah sebenarnya bajingan-bajingan yang menunggu detik dan saat..

    sepatutnya penyokong PR berasa malu kerana gagal menghidu gajah didepan mata tetapi masih nampak kuman diseberang laut..

    ReplyDelete
  41. Dr. Khir;
    Saya rasa macam ada penglibatan kumpulan samseng yang mempengaruhi dan mengawal urusniaga pasir di negeri Selangor ini sama seperti urusniaga rumah urut, pelacuran dan kelab malam. Sebab itu ada pegawai kerajaan atau pemimpin politik macam takut-takut atau terpaksa berlakon seolah-olah tiada apa pun yang tak kena dengan urusniaga pasir ini. Malah kita semua telah tengok macam mana rumah dan kereta YB Manikavasagam disimbah cat merah bila mana dia menimbulkan isu pasir ini. Malah kalau saya tak silap masa Dato' jadi MB dulu pun bekas Exco Fatah Iskandar pun pernah diugut kumpulan samseng ini bila isu pasir timbul pada waktu itu. Kita semua pun telah lihat bila ada temuramah dengan saksi-saksi kegiatan curi pasir ini di dalam Buletin Utama TV3 maka wajah dan identiti saksi-saksi ini akan dilindungi. Mengapa? Kalau betullah agakan saya ini maka malang sungguhlah nasib bangsa kita kerana kita sebenarnya telah dijajah semula bukan oleh British,Jepun, Belanda atau Portugis tetapi oleh kumpulan samseng. Bila saya kata kumpulan samseng kita semua sepatutnya sudah maklum siapa yang saya maksudkan. Namun yang sedihnya masih ramai di kalangan bangsa kita ini yang masih seronok menghentam sesama sendiri dan memejamkan mata terhadap kegiatan kumpulan samseng ini malah lebih dasyhat ada pula yang sanggup bersekongkol dengan mereka......

    ReplyDelete
  42. Tahniah DS, saya pohon Dato` atas kapasiti Ketua Pembangkang dan Ketua Pemikir UMNO Selangor, mengadakan sessi penerangan ke seluruh selangor terutama luar bandar dengan AGRESIF...pelbagai isu yang ada tidak didedah pada rakyat...sesi penerangan sudah mula (Selalu pun Senator Ezam yg bersifat serangan kpd Anwar) namun sangat sedikit berbanding ceramah PR.....Mohon sangat2 Dato`, saya antara generasi muda yg masih mempunyai harapan kpd UMNO demi maslahah Islam dan Melayu selaras Fasal 3.3..

    ReplyDelete
  43. Salam Dato' Sri,
    Saya terbaca komen Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad, i.e. Setiausha Politik MB Selangor, dan saya quote, "beliau" disini merujuk pada Dato' Sri.
    >>>>
    "Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah dan Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu," katanya.

    Di samping itu, Nik Nazmi menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), tiada kuasa mengeluarkan lesen.

    Sebaliknya, kata beliau, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada KSSB yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor kerja melombong mengikut lesen yang dikeluarkan. setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
    "

    Apa komen Dato' Sri, siapa yang betul, Dato Sri ke atau Nik Azmi ?. Saya mrengambil pendirian berkecuali dahulu, sebelum saya puas hati dengan hujah-hujah setiap pehak.
    Jawap Dato Sri jangan tak jawap...mustahak ni.

    Wassalam

    **My puaad**

    ReplyDelete
  44. khalid misses the point.u need to let the masters
    of the game,ie the real sand miners of the place
    contribute.they are then made to pay upfront
    deposit and pay royalty to glc,pejabat tanah and
    kssb.

    then again,this mb is a joke!

    ReplyDelete
  45. Salam.. saudara khir dan kawan2 pengomen semua.. kalau saya nak tulis pun terlalu panjang ni.. saya cuma minta saudara ulas dan nafikan apa yang ada di
    SINI

    Harap2 saudara jadilah anak jantan.. jgn pula saudara tidak kluarkan komen saya ni. saya ni bukan pemimpin parti politik. saya hanya rakyat biasa. saya seperti rakyat biasa lain yang sedar yang mana benar dan yg mana salah. Bagi saya saudara hanya mampu menipu pengikut2 dalam parti saudara sahaja untuk kepentingan kuasa saudara dan teman2 saudara. tidak lebih dari itu.

    wassalam.

    ReplyDelete
  46. http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2010/06/khir-toyo-pucat-lesi-bila-lihat-fakta.html

    apa komen dato tentang fakta ni?

    ReplyDelete
  47. salam....

    kerajaan Selangor dan MB sebenarnya
    retorik dalam isu pasir...

    gagal- kutip lebih hasil pasir
    gagal- sifarkan kecurian pasir
    gagal- elakkan kehilangan dokumen
    gagal- benteras sindiket samseng pasir
    gagal- menyakinkan rakyat

    tetapi lulus-selcatkan isu pasir
    lulus-tutup kesalahan kroni
    lulus-ringankan kesilapan kepada salah
    urus sahaja.
    lulus-ganjaran rm5000.00

    di sebaliknya cerita eloklah jangan terima penyapu..mintak vacuum cleaner...sedut sampai licin!!!

    ReplyDelete
  48. Asslmlkm DSKT.

    Saya menyokong pendapat 'Sidang Redaksi' agar UMNO Selangor mengadakan sesi penerangan dengan lebih agresif terutamanya di Dun Meru(Bahagian Kapar). Kami di sini menunggu dan ingin mendengar penerangan daripada para pejuang UMNO.

    PR di Dun Meru banyak membuat sesi ceramah. Namun isinya mengelirukan dan banyak menghentam dan membangkitkan kebencian kepada pemimpin UMNO dan BN.

    Bangkitlah UMNO Selangor... Jangan tidur....
    Ingat masa depan anak-anak kita....

    ReplyDelete
  49. Paku dulang paku serpih, ngata orang, dulu-dulu tu tak lebih?

    anak rusa nani belum tumbuh ekor, duduk dalam UMNO macam takda telor.

    ayam berkokok atas batang, masa memerintah suka buat hutang.

    tanam pokok serai wangi, masa memerintah dulukan kroni.

    tak tumbuh tak melata, dah hilang kuasa baru nak mengata.

    kokok saja berderai-derai, dulu tutup sekarang dah terburai.

    pasir diangkut dengan lori, haii... dulu tu takda ke pencuri.

    bangkai gajah hendak ditutup, dulu masa memerintah maklumat ditutup.

    ramai blogger penyokong datok, itu tandanya sudah kemaruk.

    orang jawa orang banjar, dah kalah tu cuba-cuba la belajar.

    main bola lesen judi, mahathir dah sokong tu... tak reti-reti lagi.

    vincent tan jutawan judi, hendak ditarik pula subsidi... apalah nak jadi?

    Sg. Besar kawasan bendang, datok... belajar la jadi pembangkang.

    Blogger-blogger si kaki ampu, fikiran anda sebenarnya dah beku.

    Kerajaan Selangor pilihan rakyat, kena sokong dan juga taat.

    Kalau dulu UMNO memerintah, PRU 2008 berakhirlah sudah.

    Kalau rasa tak seronok sekarang,tunngulah pula PRU akan datang.

    Sekian saja gurindam berperi, kalau salah tolong maafi.

    Bukan nak menyinggung dan juga memerli, gunakan akal yang Allah beri

    ReplyDelete
  50. Salam Dato Seri... Teruskan bongkar kgagalan pentadbiran selangor.. Bangkitlah UMNO Selangor dr tidur yg lena..

    ReplyDelete