Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, June 1, 2010

Bukan Semua Subsidi Buruk Kepada Negara

1. Pembentangan Makmal Rasinonalisasi Subsidi baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat negara ini. Jika saranan-saranan oleh Makmal tersebut dilaksanakan sepenuhnya saya percaya negara ini akan mengalami inflasi yang serius dan akan menjejaskan kehidupan rakyat.

2. Pada Disember tahun lalu saya mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai.

3. Sebaliknya apa yang diumumkan ialah usaha kerajaan untuk menarik balik semua subsidi bagi menambah kantung negara untuk tujuan projek pembangunan. Mengumumkan kerajaan akan muflis pada 2019 jika kerajaan meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak politik, malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya.

Subsidi dan Monopoli
4. Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula. Namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut. Benarkan sesiapa sahaja mengimpot gula dan bersaing dengan terbuka.

5. Demikian juga beras, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar. Kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan "pemain" industri.

6. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah.

Subsidi Petrol dan Inflasi
7. Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol.

8. Jika harga petrol terlalu tinggi ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli belah, bersiar, mahu pun melancong di dalam negara. Ini sekaligus mengurangkan putaran ekonomi negara. Dalam jangka masa panjang ekonomi negara akan meleset sekaligus akan lebih merugikan kerajaan.

9. Status harga petrol sepatutnya dikekalkan seperti sekarang iaitu, Petrol RON 95 dijual dengan subsidi 30 sen seliter. Manakala Petrol RON 97 dijual mengikut harga pasaran. Ini satu yang telah diterima oleh rakyat dan sewajarnya diteruskan. Malahan saya ingin menyarankan agar harga Ron 97 ditentukan terus oleh syarikat minyak tanpa campur tangan kerajaan.

10. Dalam pada itu, pam bagi petrol RON 97 juga harus diperbanyakkan bagi membolehkan mereka yang ingin menggunakan RON 97 tidak perlu menunggu lama akibat pam yang terhad. Stesen minyak harus menyediakan pam yang sama banyak antara petrol RON 95 dan RON 97. Ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan RON 97.

Jangan Usik Subsidi Pendidikan

11. Saya berharap kerajaan tidak mengambil keputusan "mengacau" peruntukan subsidi dalam bidang pendidikan. Ini kerana ia merupakan masa depan anak-anak kita. Kerajaan sepatutnya mencari jalan memberi lebih banyak pendidikan murah dan percuma kepada rakyat bukannya berusaha menambah beban perbelanjaan pendidikan kepada rakyat.

12. Kita mungkin dapat menjimat perbelanjaan negara dengan menarik subsidi pendidikan namun dalam masa akan datang lebih banyak akan dibelanja oleh kerajaan bagi menangani pelbagi masalah sosial, jenayah dan kemiskinan apabila generasi muda tercicir dalam pendidikan.

Menambah Pendapatan Negara
13. Saya melihat kerajaan lebih ke arah mencari jalan mengurangkan perbelanjaan subsidi berbanding mencari jalan menambah pendapatan. Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Menteri tentu boleh menyelesaikan masalah pendapatan negara jika sekadar mahu mencadangkan penghapusan subsidi.

14. Sebaliknya kita mahu Menteri yang boleh mendapatkan pendapatan negara yang lebih besar bagi membantu rakyat dalam negara. Kita memerlukan menteri yang boleh meningkatkan pendapatan negara tanpa menarik terlalu banyak keitimewaan yang dinikmati rakyat. Apa salah subsidi jika ia mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat? Bukankah tugas kerajaan mensejahterakan kehidupan rakyat?

15. Apa yang perlu kerajaan lakukan hari ini ialah meningkatkan pendapatan negara bagi membolehkan pendapatan negara berkali ganda lebih besar daripada perbelanjaan subsidi.

16. Rakyat mahu melihat kesungguhan kerajaan meningkatkan pendapatan negara bagi membantu mereka bukannya menarik keselesaan rakyat bagi memberi lebih banyak wang kepada kerajaan.

17 comments:

  1. cakap salah tak cakap masalah..tapi saya nak cakap juga.....MENGGONG PUNYA IDEA...

    NI LA TANDA22 AWAL KEPIMPINAN BN DAH LETIH DAN NAK BERSARA AWAL(SEMUA DAH KAYA SAMPAI CUCU CICIT)...DIA TUNGGU PRU13 NANTI SERAH DAN CUCI TANGAN KATA RAKYAT YG NAK PILIH PR....TAPI SEBENARNYA FIKIR? SIAPA YG PUNYA ANGKARA MENYAKITKAN HATI RAKYAT...PIIIIRAHHHH

    PADA SAYA KALAU AGAK2 DAH TAK MINAT PEGANG JAWATAN DAN DAH TAK TAU MACAMANA NAK JANA TAMBAH HARTA RAKYAT....GENTLE LA LETAK JAWATAN TAK PAYAH TUNGGU ORANG PIII HALAU MACAM SAMY VELO...

    SIME DARBY RUGI BUKAN JUTA2 LAGI DAH SEKARANG NI BILLION BEB!....MENGGONG PUNYA ORANG YG PEGANG JAWATAN ...SEKOLAH TINGGI2 TAPI RUGI RIBU JUTA...SAPA YG TAK SAKIT HATI.....

    DARI HORMAT SAMPAI HILANG RASA HORMAT ..SAYA MEMANG TAK BOLEH TERIMA BILA ADA YG BERPENDIDIKAN TINGGI DAN MEMEGANG JAWATAN BESAR TAPI SYARIKAT RUGI MEMANJANG.....TAKANLAH KAMI YG SEKOLAH PONDOK NI BODOH MANJANG DAN BOLEH DIGUNA2KAN.....PANAS DAH NI..TAU!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt,

    Terkejut juga bila mendengar sebanyak RM79 Billion subsidi telah dibelanjakan kerajaan. Pendapat saya, subsidi kerajaan ini tidak diuruskan dengan cekap. Sekiranya penambahbaikan terhadap pengurusan subsidi ini dilakukan dengan mekanisma yang betul nescaya kerajaan dapat mengurankan sedikit kos subsidi itu.

    Adakah betul rakyat marhain yang menikmati subsidi ini atau pihak2 peniaga dan korporat? Seperti contoh gula yang dijual pada harga RM1.45 sekilogram. Yang seronok tauke gula dan penyeludup je. Tetapi gula masih susah didapati di Malaysia.

    Sekiranya seorang pendatang asing menggunakan RM0.50 subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap hari, kalkulator saya pun tak dapat mengira jumlah yg kerajaan belanjakan utk. pendatang asing ini yang berjumlah 2 juta orang untuk setahun.

    Sebenarnya jurang pendapatan dan perbelanjaan antara bandar dan luar bandar terlampau ketara. Mungkin pembangunan kawasan bandar dan luar bandar hendaklah dikaji semula. Cukup2 lah pembangunan dibandar besar, pergilah membangunkan kawasan luar bandar pula.

    Walaupun kerajaan mengeluarkan subsidi yang banyak setiap tahun, ironinya kehidupan saya masih seperti dulu. Tidak banyak berubah.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM DAN MOGA DIRAHMATI ALLAH WAHAI SAUDARAKU..

    1.ALHAMDULILLAH..BERNAS SARANAN SAUDARA KHIR,
    MUDAH2AN HAL INI DIPANJANGKAN KE PIHAK PENGUASA AGAR SATU LANGKAH DRASTIK BAGI MENJAMIN KESELESAAN RAKYAT DIBUAT SEGERA..

    2.KITA MELANTIK PEMIMPIN ADALAH UNTUK MEMBIMBING DAN MEMBANTU KALA DIPERLUKAN. BUKAN UNTUK SEKADAR MELIHAT KEMEWAHAN PERIBADI DICIPTA UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN KELUARGA.

    3.AGAK PELIK SEMASA HAMPIR PILIHANRAYA DI SIBU PENGUMUMAN MENYATAKAN NEGARA INI MENGALAMI KENAIKAN KDNK SEHINGGA 10 PERATUS..JUMLAH HEBAT YANG TIDAK DAPAT DIBUAT PEMERINTAH SEBELUM INI.

    4.NAMUN BARU BEBERAPA KETIKA KITA DIUMUMKAN PULA AKAN MUFLIS HANYA KERANA SUBSIDI YANG DIBERIKAN..RASANYA SUBSIDI INI DIBERI KETIKA PENGUASA SEBELUM INI YANG TIDAK MEMBUAT PENINGKATAN KDNK SEPERTI SEKARANG.

    5.ADAKAH INI BERMAKNA SELAMA LEBIH 50 TAHUN INI KITA HANYA DIPERBODOHKAN OLEH MEREKA YANG TELAH DIBERI KEPERCAYAAN OLEH KITA UNTUK MENGURUSKAN KHAZANAH NEGARA? DAN BAGAIMANAKAH MEREKA INI TERGAMAK MEMAKAN HASIL DAN HIDUP MEWAH DI BUMI ALLAH INI DALAM MASA YANG SAMA MENGKHIANATI AMANAH ALLAH IAITU RAKYAT MARHAEN.

    6.CEO SYARIKAT DILANTIK SEPATUTNYA BAGI MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN UNTUK MENGKAYAKAN SELURUH AHLI SYARIKAT BUKAN SEKADAR MENERIMA GAJI YANG SAMA SEPERTI GAJI UNTUK BERATUS PEKERJA BAWAHAN.

    7.NAMUN BESARLAH HARAPAN AGAR PIHAK PENGUASA PADA KETIKA INI MUHASABAH MEMIKIRKAN CARA MENAIK TARAF HIDUP RAKYAT BERBANDING MEMIKIR UNTUK MENAMBAH BEBAN HASIL PERANCANGAN YANG TIDAK BAIK.

    8.KEMBALILAH KE JALAN ALLAH DALAM URUSAN PENTADBIRAN KITA KERANA SESUATU YANG DIBUAT KERANA ALLAH AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN OLEHNYA..TUKAR NIAT AGAR MEMERINTAH INI BUKAN KERANA MANUSIA, KEMEWAHAN DUNIA ATAU SESUATU SELAINNYA INSYAALLAH NEGARA KITA AKAN MAKMUR SELAMANYA..AMIN. INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RO'JIUN. SEGALA SESUATU ITU MILIK ALLAH DAN PASTI AKAN KEMBALI PADANYA.

    ReplyDelete
  4. senang ceritalah, semua yang diamanahkan mengurus harta dan duit negara tidak cekap, tidak telus dan tidak bertanggungjawab. mereka harus ditukar secara total dengan menukar kerajaan pusat. period.

    ReplyDelete
  5. Salam DS,
    Sebenarnya Kerajaan perlu lakukan perkara ni dari zaman Tun M lagi(Kerana pada masa tu BN sememangnya teguh,letak org tak berpendidikan pun boleh menang)....Tapi sekarang sememangnya satu cabaran utk BN kalo nak hapuskan subsidi!!!
    Tak dapat dinafikan subsidi sememangnya perlu dihapuskan berperingkat,kerana INI SEMEMANGNYA ADALAH SATU BEBAN BESAR UNTUK NEGARA!!!TAPI SEBELUM LAKSANAKAN MISI INI KERAJAAN PERLU MENYAPU BERSIH BUAYA2 BESAR DALAM KERAJAAN MAU DIPERINGKAT MENTERI HINGGALAH PENJAWAT AWAM(Kalo isu ini dilakukan oleh kerajaan pusat dgn AGRESIF)Barulah rakyat terima hakikat yg tinggalnya adalah penghapusan subsidi!KALO ISU2 RASUAH BELUM CAPAI MATLAMAT,APA NAK CITER TENTANG HAPUSKAN SUBSIDI???
    Seluruh Syarikat GLC perlu dirombak sekali gus,JANGAN HANYA INGAT NAK LETAKKAN ORG MELAYU AJE JADI CEO yg mungkin mereka tak mampu ataupun tidak cerdik dalam pengurusan syarikat GLC dgn berjaya!!!apa salahnya pihak org cina,india,singh ataupun iban dan lain2(yg sememangnya layak menjana keuntungan lebih besar lagi untuk syarikat2 tersebut)...Inikan 1MALAYSIA!

    Sekian

    ReplyDelete
  6. TEAM INI BERDIRI ATAS PLATFORM TANPA BENGKEL MOTOR..KAMI RACING DGN BUAT BELAKANG RUMAH SAHAJA SETAKAT INI..SILA LAYARI BLOG KAMI UNTUK TAHU LEBIH TENTANG BACKGROUND KAMI.

    http://www.facebook.com/photo.php?pid=114690&id=100000864173257&ref=mf

    ajakmotor.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Ok lah.. saya mungkin setuju kalau subsidi minyak dihapuskan tetapi dengan syarat harga kereta import atau tempatan perlu ikut pasaran dunia.....

    Cakap berdegar2 nak gunakan penjimatan subsidi untuk rakyat, tapi hampas....

    Contoh klasik masa zaman Pak Lah, penjimatan subisidi minyak di anggarkan RM5b setahun akan digunakan untuk menambah baik pengangkutan awam. Apa yang saya dapat.... guna Komuter since 2004 ulang alik ke tempat kerja servis bertambah buruk dan buruk.... Tiada satu pun koc baru yang dah dibeli untuk menggantikan koc sedia ada yang uzur.... Mana pi duit tu.... takkan beli bas saja... Nasib Jepun nak sumbang train subway dia kat Malaysia at free cost. Pandai betul Jepun jadikan Malaysia sebagai dumping site.. Dgn bangganya kata we only bare the transportation cost.. Takut cost mobilisation lebih mahal dari beli baru.... Beli baru free delivery.. Rasa mcm duduk kat third world country pulak...

    Dato' kata jangan sentuh subsidi pendidikan...??? Bukan since early 2010 subsidi pendidikan dah dipotong/ tarik ke.. Makanan kat asrama dah kena potong. No meal for weekend and student kena balik. Guru besar sekolah anak saya dah announced yang budget penyelenggaraan dah kena potong. Mana item yang rosak tunggu nak menyembah bumi je.... Bill api dan air pun sekolah kena bayar sendiri... no more bantuan.... Makananan tambahan, voucher tusyen, voucher uniform utk pelajar miskin dah takde....

    Yang saya tulis bukan omongan but it's facts. Isu dia bukan pasal nak bagi subsidi atau tidak tetapi bagaimana duit negara (salah satu punca fom tax payers) digunakan... Banyak perbelanjaan yang merapek meraban dalam negara.... nak dihuraikan kat sini kata ada unsur politik pulak... lu pikir la sendiri...

    p/s - Writing in capacity of tax payer...

    ReplyDelete
  8. Salam Dato Seri,

    Dalam masa Dato Seri berbicara berkenaan dengan subsidi in, saya nampak ada satu perkara yang Dato Seri terlupa (atau sengaja buat2 terlupa) untuk menyentuh, iaitu subsidi gas yang Petronas terpaksa berikan setiap tahun kepada syarikat IPP swasta yang menjana bekalan electric kepada Tenaga Nasional Berhad.

    Saya yakin, Dato Seri sedia arif bahawa perjanjian konsesi IPP swasta ini yang berat sebelah (yang mana ianya dimiliki oleh kroni2 yang rapat dengan pemimpin BN atau UMNO sendiri) telah menyebabkan kerajaan, TNB, Petronas dan rakyat jelata berada dipihak yang rugi. Jumlah subsidi yang diterima oleh syarikat IPP ini jauh lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan jumlah subsidi petrol yang dinikmati oleh golongan rakyat jelata. Sila dedahkan kepada rakyat jelata akan mereka yang bertanggungjawab dalam memberikan konsesi yang berat sebelah ini. Jika perlu dan terdapat unsur2 rasuah, mungkin kita perlu meminta MACC untuk turut sama menyiasat sama ada terdapat penyelewengan dalam isu pemberian konsesi terbabit.

    Perkara yang sama juga berlaku dalam konsesi lebuhraya di negara kita ini yang mana saya yakin, Dato Seri sendiri pasti arif tetapi mungkin sengaja tidak mahu menyentuh isu ini kerana ianya hanya akan mengaibkan setengah2 pihak didalam kerajaan BN.

    Justeru itu, jika Dato Seri benar2 ikhlas untuk menyelesaikan masalah rakyat yang berkaitan dengan isu subsidi ini, saya menyarankan apabila kita berbicara berkenaan isu subsidi ini, kita perlu lah juga melihat aspek lain yang telah menyebabkan jumlah subsidi yang melampau yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan dan akhirnya hanya akan membebankan rakyat jelata jua.

    Nasihat saya, kalau mahu mengenggam bara biar sampai menjadi arang. Dayung sudah ditangan dan perahu sudah di air. Terpulang kepada Dato Seri sama ada mahu atau tidak..

    ReplyDelete
  9. Salam, saya setuju mana kelemahan dan ketirisan perlu diatasi. Berkenaan IPP ini juga saya setuju kerajaan perlu kaji semula perjanjian. Namun mungkin terdapat kekangan-kekangan undang-undang yang menyukarkan isu ini diselesaikan dalam keadaan lebih baik.

    Berkenaan Tol, bagi saya sebahagian besar wang subsidi tol sebenarnya kembali kepada kerajaan dan rakyat kerana sesetengah kosensi Tol seperti PLUS dimiliki oleh Khazanah Nasional, EPF dan beberapa GLC kerajaan.

    Berkenaan dengan bil air dan elektrik, sebenarnya Kementerian telah pun menarik balik arahan sebelum ini. Tidak silap saya sejak bulan februari atau mac lalu ia telah dikembalikan kepada sistem yang sedia ada.

    Benarlah bajet penyelenggaraan dipotong tapi itu bukan bermakna tiada penyelenggaraan. Insyallah kalau ada bangunan sekolah yang daif dan tidak selamat tetapi tidak dibaiki segera boleh maklumkan kepada saya untuk saya ajukan kepada Tan Sri Muhyiddin. Saya percaya TSMY tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan. Namun jika ia hanya sekadar sedikit kurang cantik maka tunggulah peruntukan. Kerajaan tidak mungkin boleh menyelesaikan semua masalah dalam sekalip mata.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dr

    Mengapakah ahli pilitik diMalaysia ni sangat susah untuk menyedarkan diri mereka bahawa politik tidak akan menjadikan mereka kayaraya.Yang lagi susah bagi mereka adalah, bila sudah berpolitik dan mendapat jawatan tak mahu pula sedar diri bahawa jawatan yang di pegang itu bukan untuk selamanya.Dengan muka tak tahu malu masih juga akan mengatakan bahawa dia masih lagi relevan dulu kini dan selamanya.

    Perdana menteri Jepun mengumumkan perletakkan jawatan nya hanya kerana dia mendapati dia tidak dapat menunaikan janjinya untuk menutup pengkalan tentra Amerika.Alangkah besarnya jiwa PM itu.

    ReplyDelete
  11. Yang bagusnya kerajaan jika semua benda diberi percuma. Walaupun sampai bangkrap negara. Ketirisan berlaku disemua peringkat, masalahnya kebanyakkan yang terlibat adalah orang melayu yang beragama islam. Kenapa ini berlaku?

    Yang dibawah selalu melihat diatas sampai terlupa diri sendiri juga turut terlibat dalam ketirisan projek kerajaan. Yang besar makan besar, yang kecil makan kecil tetapi jika dicampur yang kecil punya makan, kadang-kadang tak terfikir begitu besar jumlahnya. Yang menyusun budget mereka, yang mengolah jenis kerja mereka, yang memproses tender mereka, yang mengajukan tender kepada menteri pun mereka, pak menteri hanya meluluskan sahaja. Yang salahnya hanya menteri. Itulah resam dunia, kerana menjadi pemimpin.

    Yang bercakap tentang ketelusan, kebertanggung jawaban dan berbagai lagi kadang-kadang hanya menunggu bila pula peluang mereka?. Jika diberi kuasa, jangankan 50 tahun memerintah. Baru 3 tahun hampir bangkrap negeri digasaknya.

    ReplyDelete
  12. Salam DSKT,
    Saya pun sebenarnya tidak berapa cerdik untuk memperkatakan tentang makmal-makmal yg DSKT nyatakan itu. Walaubagaimanapun saya tidak la bodoh sangat untuk ditipu dengan fakta-fakta yang mungkin betul dan mungkin tidak betul. Pada saya selagi ianya benar2 digunakan untuk membantu rakyat tidak salah negara mengeluarkan subsidi. Mungkin cara pemberiannya perlu diperkemaskan lagi. Tetapi dengan menarik subsidi, pada saya ia akan menambahkan lagi "PENDERITAAN" rakyat yang dah sememangnya tersepit. Kalau nak ikut Menteri di JPM tu memanglah sebab dia memang seseorang yang tiada masalah kewangan tetapi dia kena faham rakyat bawahan nie...Benarkan "Rakyat Didahulukan" itu...jangan sekadar retorik politik sahaja.Dengarkan sebenar-benarnya denyut nadi rakyat...Yang penting jangan dilupa semua pemimpin akan ditanya kelak akan pimpinannya oleh ALLAH kelak...Semoga DSKT akan terus sejahtera untuk terus benar2 membela nasib rakyat. Janji ALLAH itu benar ...kebaikan pasti berbalas kebaikan dan begitulah sebaliknya...Wallaualam.

    ReplyDelete
  13. Betul tu Ricky. Gantikan saja semua CEO GLC dengan orang bukan Melayu. Gantikan saja semua menteri dengan bukan Melayu. Kekalkan orang Melayu sebagai kuli sahaja supaya hanya bukan melayu saja yang dapat duduk di rumah mewah, naik kereta mewah, dan last-last halau semua orang Melayu. Awak tahu tak jika bukan Melayu memegang tampuk kuasa di sesebuah syarikat, tak usah haraplah orang Melayu dapat menjawat jawatan tinggi di syarikat tersebut. Begitu diskriminasinya sikap ketua bukan Melayu terhadap kaum Melayu. Saya bercakap melalui pengalaman. Janganlah terasa kaum bukan Melayu ni hebat sangat. Adalah penting untuk mengekalkan orang Melayu sebagai CEO, etc untuk memastikan kami tidak tenggelam disebalik keghairahan kaum bukan Melayu membolot semua harta kemewahan negara ini.

    ReplyDelete
  14. Salam DS,
    Kepada saudara Rakyat,saya bukan tekankan yg bukan Melayu hebat sangat akan tetapi golongan CEO dari GLC company sebahagiannya result telah terbukti TIDAK CEKAP dlm perniagaan!!!Kalo senario sebegini terus merana bukan saja GLC company aje bankrupt....NEGARA MALAYSIA PUN BANKRUPT!!!Pada masa tu dah terlambat utk memulakan balik selain meminjam dari IMF!!!TENGOK TU YG SEMUA AHLI POLITIK SETELAH BERSARA,SEMUANYA DPT JAWATAN TINGGI DI GLC COMPANY(APA TAK RUGI,NAK BAYAR DIRECTOR FEES UTK ORG MACAM NI YG SEMEMANGNYA TAK TAU BERNIAGA BAGAIKAN MENYARA KERA DIKANDANG LEMBU)tersalah tempat letaknya!!!Nak naikkan martabat org Melayu bukan sebegini caranya...banyak cara lain lagi!!!Bangsa lain tak sehebat apa yg saudara katakan,akan tetapi bangsa lain berusaha menggunakan otak dan kerajinan mereka,maka semangkin majulah mereka ini....Kita perlu mencermin dulu apa kelemahan diri kita daripada memikir kemajuan bangsa lain...ITU HAL MEREKA!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  15. salam......

    munasabahkah kerajaan menghapuskan subsidi dan
    terbelakah pihak yg dapat subsidi sebelum ini
    mendapat kembali dalam bentuk rebat dan
    berbaloikah kerajaan dapat menjimatkan@lebihan
    wang untuk pembangunan?

    bertindak serempang empat mata

    1-hapus subsidi->sektor terpilih
    2-tingkatkan pendapatan kerajaan->penjimatan
    subsidi
    3-beri rebat->separuh dari jumlah subsidi
    4-pendapatan tinggi rakyat->gaji minima

    masuk akalkah ini?

    ReplyDelete
  16. maaf lari banyak...ds khir tolong2 mana yg patut....

    Saya bersetuju dgn pandanagn saudara khairy dan menyokong tindakan ds Najib dgn tidak memberikan sebarang jawatan kabinet kepada ketua pemuda yg ada sekarang....dan mengharapkan tiada mana2 lagi kepimpinan pemuda peringkat atasan memberi ulASAN KEKECEWAAN INI...kerana jika ada yg mula ...akan adalah yg bertindak sebaliknya...contohnya saya..!

    jadi kepada sebilangan kecil atau kumpulan 306 jgnlah masih tidak tidak sedar jawatan dalam parti bukanlah satu alasan untuk anda berada dalam kabinet.....kemenangan 1 undi pun adalah kemenangan tetapi bagaimana cara kita ingin dihormati ,itu yg terpenting..bro!..hanya yg benar2 mampu memenuhi atau tidak mengundang kemarahan majoriti sahaja akan layak dipertimbangangkan...
    situasi sekarang pada saya akan membuat majoriti tenang berkaitan kepimpiann pemuda hari ini...jgn sampai ada yg terus mengungkit kisah2 pemuda hari ini dalam parti kita...

    apa pun diharap kj bersabar dan jgn mudah berkecil hati..anda sepatutnya bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk berada diatas..dan jgn terikut2 rentak segelintiran yg akan mencemar imej anda untuk jangkamasa akan datang..itu yg penting pada saya...buat masa sekarang lebih baik anda jangan menyemarakkan keadaan...anda masih muda....tindakan anda dulu yg kurang disenangi memyebabkan harga yg patut anda terima sekarang...sabar ada rezeki tak kemana...fokus dgn tangjawab anda sebagai kepimpinan utama pemuda dan jgn jadikan alasan dgn ketiadaan jawatan kabinet penyebab pemuda akan lesu...mungkin yg lesu yg tiada matlamat yg benar dalam parti....yg ada matlamat imbuhan,tulah sebab lesu

    kepada segelintiran kepimpinan pemuda,apa guna jawatan yg diberi kepada tim ketua pemuda kalau itu pun tak nampak imbuhan untuk pemuda ada salurannya...kita bukan selama2nya perlu disogokkan dengan cerita kelesuan oleh kerana ketua pemuda tidak diberi jawatan dalam kabinet.....tiada apa yg mutlak dalam dunia ini..ini undang2 dunia...boleh diubah2 mengikut keadaan semasa...

    rakyat atau golongan muda hari ini jika tidak bersama bn bukanlah kerana kj tiada jawatan dalam kabinet pun....banyak lagi hal2 lain yg masih bermain tarik tali...kita tengok sapa yg akan memenangi hati kumpulan muda ini...

    jika ada masalah jumpa dgn dato razali la..!jangan ungkit pasal jawatan..nampak sangat nak jawatan dari amanah memegang jawatan..!

    KATA2 SAYA JANGAN ADA YG BERKECIL HATI..JIKA ANDA BENAR2 INGIN MEMERTABATKAN KEMBALI PEMUDA HARI INI....CUKUP SEKALI SAYA KENA!

    ReplyDelete
  17. Ricky said: "Bangsa lain tak sehebat apa yg saudara katakan,akan tetapi bangsa lain berusaha menggunakan otak dan kerajinan mereka,maka semangkin majulah mereka ini...." Whoa...beginilah mentaliti bukan Melayu terhadap Melayu. Beliau secara tidak langsung mengatakan bangsa Melayu tidak menggunakan otak, dan tidak rajin. Bayangkan jika ketua sesebuah syarikat adalah orang yang mempunyai mentaliti holier than thou seperti ini. Memang sahlah orang Melayu yang kerja dengan dia kena diskriminasi.

    ReplyDelete