Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, June 3, 2010

Harga Padi: Pegawai Perlu Pastikan Janji Menteri Dipenuhi

1. Saya berterima kasih kepada YB Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang sudi turun ke Sungai Besar pada minggu lalu bagi menangani isu pesawah padi. Pesawah di Sekinchan telah membuat satu demontrasi menuntut kerajaan menyelesaikan perbezaan harga padi antara Tanjong Karang dan kawasan lain.

2. Sebelum ini harga padi yang dipersetujui Bernas dan para pemborong ialah RM 1150 per tan bagi padi biasa. Manakala bagi padi benih RM 1300 per tan. Namun saya difahamkan padi di Tanjong Karang telah dibeli dengan RM 100 lebih tinggi dari harga yang ditetapkan.

3. Justeru itu dalam majlis yang diadakan, Datuk Seri Noh dan Bernas bersetuju menetapkan harga padi mengikut butiran berikut:

a. RM 1250 per tan bagi padi biasa
b. RM 1400 per tan bagi padi benih.

4. Alhamdulillah keputusan Datuk Seri Noh menaikkan harga padi sebanyak RM 100 per tan telah memuaskan hati petani di kawasan saya. Boleh dikatakan semua berpuas hati dengan keputusan tersebut.

5. Namun sekarang ini timbul pula cakap-cakap bahawa pemborong-pemborong padi di kawasan tidak mahu membeli dengan harga baru yang ditetapkan oleh kerajaan dan Bernas atas alasan mereka akan mengalami kerugian. Saya difahamkan Bernas pula tidak boleh membeli kesemua padi di Sungai Besar kerana tidak mempunyai tempat menyimpan yang mencukupi.

6. Semalam saya telah berhadapan dengan sekumpulan wakil pesawah yang mahukan perkara ini diatasi segera kerana khuatir padi yang sedang dituai tidak dapat dijual dengan harga yang dijanjikan.

7. Sungguhpun saya memahami dilema pemborong dan Bernas, namun saya berharap para pegawai Kementerian Pertanian dan BERNAS harus mencari jalan memastikan janji YB Menteri kepada para pesawah ini ditunaikan. Saya percaya hasrat baik YB Datuk Seri Noh bagi membantu para pesawah harus dilaksanakan oleh mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan ini.

8 comments:

  1. "tidak mempunyai tempat menyimpan yang mencukupi."

    Bina-lah.... ^_^

    ReplyDelete
  2. DATO' kHIR,
    Macamana nak bagi kerjaan dan Bernas, hal2 yang melibatkan Makro Ekonomi dan kesimbangan perdagangan(Makanan). Selagi Padi tempatan dapat dihasilkan, kena galakkan penghasilannya. Tidak boleh bandingkan harga padi dari Kompuchea, Vietnam yang lebih murah. Apabila Bernas dapat AP import beras, pembayaran wang untuk import akan mengakibatkan aliran wang mengalir keluar dan tidak berpeluang berpatah balik. Kita akan membantutkan usaha penghasilan makanan yang akan memberi kesan kepada keselamatan dalam negara. Payah, nak terangkan menteri2 yang terlibat untuk memahami EKONOMI MAKRO yang melibatkan sistem monetary ini.

    ReplyDelete
  3. Cuma satu saya nak tambah DSKT. Di Malaysia ini mungkin hanya ada satu sahaja kawasan pertanian. Dan pusat pertanian tersebut pada perkiraan DS Noh Omar hanyalah di Tanjung Karang. Sebab itu segala perancangan kementerian Pertanian, baik melibatkan pesawah padi, penanam nenas, koko, perikanan dilakukan di dalam kawasan parlimen Tanjung Karang yang mana DS Noh menterinya.

    Sauya juga ingin menambah dari sudut politik UMNO, cara serta tindakkan yang dibuat oleh Tim. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri seolah-olah tidak mahu memenangi hati rakyat, beliau dilihat berada dalam zon amat selesa. Pada hemat saya mungkin disebabkan negeri yang kalah segala peruntukkan kerajaan persekutuan dikawal selia oleh beliau selaku Tim Pengerusi Badan Perhubungan.

    DS Noh secara luaran tampak tidak begitu cerdik, rupa-rupanya beliau amat bijak dalam menipulasi serta mencari ruang membuat kekayaan.

    ReplyDelete
  4. pemborong HMN yg kat kg ds tu...mogok gak ke....!kesian pekerja2 jika majikan tak nak ambil padi.....susah nak buat keputusan zaman sekarang ye kerana zaman sekarang manusia semua nak menang....jadi sapa yg nak kalah!.....

    harap dgn pengaruh ds khir ni mampu untuk menjinakkan pemborang2 yg dah kaya raya..ni lah masa untuk memberi..jika selama ni kita menerima...rakyat sentiasa melihat.. salam

    ReplyDelete
  5. Salam dato,
    Saya ingin memaklumkan bahawa laman web kami telah berpindah ke alamat yang baru iaitu www.umnobukitampang.com. Saya mewakili Umno Cawangan Bukit Ampang berharap YBhg Dato dapat updatekan alamat web kami ini di laman web pembangkang selangor di bahagian pautan. Semoga perjuangan kita ini diberkati allah s.w.t. Saya doakan YBhg Dato sihat disamping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  6. betul semua....kami tengok kami nilai..........ckp la ape pun

    ReplyDelete