Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, June 29, 2010

Menteri Besar Yang Tidak Berkuasa


                        " Anwar Ibrahim = ekonomi
                          Khalid Ibrahim = Pentadbiran
                          Azmin Ali = Politik "
1. Perlantikan YB Azmin Ali sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Selangor tidak akan menyelesaikan isu pergolakan politik di Selangor. Sebaliknya ia hanya memburukkan keadaan lagi.

2. Hari ini Selangor mempunyai tiga nahkoda yang berlainan matlamat dan hala tuju. Ekonomi dikawal oleh datuk Seri Anwar Ibrahim, Pentadbiran dikawal oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan Politik ditentukan oleh Yb Azmin Ali.

Nahkoda Ekonomi

3. Ia bermula dengan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Perlantikan ini memberi implikasi yang serius terhadap keupayaan Tan Sri Khalid Ibrahim merancang pembangunan ekonomi negeri.

4. Jika sebelum ini ada sinis apabila kami, pembangkang Selangor, mengkritik prestasi Khalid yang gagal membangunkan di negeri, perlantikan Anwar jelas menunjukkan bahawa PKR sendiri mengakui kegagalan Khalid. Jika tidak apa perlu Anwar yang begitu sibuk mengukuhkan struktur politik Pakatan Rakyat terpaksa menjadi penasihat ekonomi negeri. Malahan saya dimaklumkan Anwar kini turut menghadiri mesyuarat Syarikat Bekalan air Selangor (Syabas) yang sepatutnya dihadiri oleh Khalid. Jika benar ini bermakna Khalid tidak lagi menguasai keputusan-keputusan membabitkan ekonomi negeri.

5. Apa yang rakyat baca adalah apa yang dipaparkan oleh media massa. Apa yang dipaparkan oleh media massa pula apa yang Khalid atau kerajaan negeri canangkan bukannya apa yang berlaku dalam pentadbiran sebenar.

6. Namun bagi yang mengetahui data-data sebenar mengenai prestasi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri, mereka tahu bahawa Selangor sedang melangkah ke belakang dan tidak mustahil beberapa anak syarikat kerajaan negeri akan mula ditutup atau berada dalam keadaan rugi dalam setahun dua akan datang.

Nahkoda Politik

7. Setelah "dirampas" kuasa pengurusan polisi ekonomi negeri, Khalid juga kehilangan kuasa politik negeri apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor.

8. Sungguhpun mendapat sokongan kuat parti DAP, Khalid tidak mempunyai penyokong yang kuat dari parti sendiri. Musuh-musuh politik Khalid dalam PKR berjaya merencanakan kejatuhan Khalid dengan sangat dahsyat sehingga mengikut laporan media lebih separuh Ahli Jawatankuasa PKR Kuala Selangor, yakni bahagian Khalid sendiri, meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan khalid.

9. Mahu tidak mahu kita harus mengakui kerajaan negeri harus memmpunyai polisi yang selari dengan kehendak politik parti pemerintah. Kerana parti ini yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah. Justeru apabila Azmin mengambil alih PKR negeri maka Khalid perlu mendengar dan menerima arahan Azmin dalam banyak hal terutama membabitkan polisi politik negeri.

Nahkoda Pentadbiran

10. Melihat senario ini, tidak mustahil tugas Khalid Ibrahim sekarang ini tidak lebih sebagai Menteri Besar yang menguruskan hal ehwal pentadbiran semata-mata. Khalid diperlukan untuk menandatangani surat-surat, mempengerusi mesyuarat EXCO dan melaksanakan keputusan serta polisi yang ditentukan oleh pihak lain.

11. Namun kuasa ini juga tidak dimiliki sepenuhnya oleh Khalid berikutan perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Puan Faekah Husin. Faekah juga merupakan Setiausaha Politik isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah.

Kesimpulan

12. Realiti politik menunjukkan Khalid tidak lagi dipercayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat. Anwar secara tidak langsung telah menarik kuasa-kuasa tidak rasmi seorang Menteri Besar dan juga meletak "orangnya" dalam pentadbiran pejabat menteri Besar sebagai "mata dan telinganya".

13. Namun Anwar tidak dapat menyingkirkan Khalid dan menggantikan dengan Azmin kerana ia memerlukan sokongan Adun-Adun DAP dan Pas serta perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor.

14. Menurut cakap-cakap politik, DAP tidak akan membenarkan Khalid ditukar kerana mereka lebih selesa dengan Khalid berbanding Azmin. Pas juga dilihat tidak begitu selesa dengan Azmin berbandung Khalid. Sebab itu jika kita lihat dalam media massa sekarang ini ramai Adun DAP yang tampil mempertahankan Khalid sebagai menteri Besar. Ia merupakan isyarat jelas kepada Anwar agar tidak sewenang-wenangnya menukar Khalid.

15. Apakah erti menjadi seorang Menteri Besar yang tidak dipercayai oleh parti sendiri dan tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan hala tuju negeri?

16. Dalam keadaan ini, yang rugi adalah rakyat dan negeri. Keadaan negeri Selangor tidak akan bertambah baik dengan kedudukan Menteri Besar yang mempunyai kuasa tetapi tidak dapat berkuasa. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah.

17. Kita juga tertanya-tanya apakah semua ini berlaku hanya kerana kelemahan Khalid dalam pentadbiran atau kerana beliau gagal memenuhi nafsu serakah orang-orang politik dalam PKR?

35 comments:

  1. Terbukti bahawa pemimpin segera tidak mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat. UMNO Selangor seharusnya mengambil peluang sedia terhidang ini untuk kembali merampas Selangor.

    Kekalahan adalah pengajaran yang bermakna dalam mencapai kembali kemenangan. PKR yang bergelut dengan krisis kepimpinan pun tidak dapat ditumbangkan maka persepsinya BN Selangor lagi besar krisis yang ada.

    ReplyDelete
  2. Khalid dan prestasi beliau

    1-Masa PNB bolehlah mendapat pujian kerana PNB dapat membeli saham IPO dengan harga keluaran dan bukan harga pasaran. Ini bermakna saham yang dibeli beroleh keuntungan sebelum disenaraikan lagi. Jadi ini tidak mencerminkan prestasi sebenar PNB dan Khalid.

    2-Masa di Guthrie kita tertungu-tunggu perubahan yang ketara dan peningkatan Guthrie yang meningkat, tetapi semuanya tidak berlaku.

    3-Saya heran mengapa Khalid dianggap sebagai ahli corporat yang disegani, walhal tidak menunjukkan apa-apa peninggalan yang berkesan.

    4-DAP sukakan Khalid kerana beliau senantiasa menurut kemahuan peniaga besar beretnik Cina, walaupun polisi ini merugikan bumiputra.

    5-Saya tidak faham apa strategi PAS selain memecah belah bumiputra dan umat Islam.

    ReplyDelete
  3. Bukan MB yang tidak berkuasa. Ini ialah MB yang tidak terlebih kuasa sampai menyalahgunakan kuasa macam YB mantan MB Selangor sebelum ini. Ada perbezaan tu, Datuk Seri Khir.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu ditumbangkan serta merta oleh kita. Biarlah mereka runtuh dengan sendirinya tanpa sentuhan dari kita. Nanti akan jadi isu Perak pula. Tugas kita kuatkan jentera parti agar Selangor kembali kepangkuan. Jangan asyik bergaduh sama sendiri. Tambah pengundi terutama yang menyokong kita lepas itu baru pergi berjuang.

    ReplyDelete
  5. Mana lebih buruk, tidak berkuasa atau 'kehilangan' kuasa?

    Macam Hj. Kedekut dengan Hj. Bakhil, sama aje tu!

    ReplyDelete
  6. DS, yang pastinya TSKI tidak mampu memenuhi tembolok ahli parti PR. Maklumlah harta rampasan perang, tak perlu bersusah payah kerana semmua sudah tersedia hasil dari usaha keras BN. Pada saya bukan sahaja kehendak ahli PR sahaja yang perlu dilayan bahkan tekanan dari kaum keluarga beliau juga amat kuat.

    ReplyDelete
  7. Mungkinkah Khalid Ibrahim akan sedar akhirnya siapa Anuwar Ibrahim. Memalukan apabila untuk menjadi MB terpaksa bergantung nasib dengan DAP.

    ReplyDelete
  8. Dr Khir, saya tertunggu-tunggu komen dari Sangtula yang sebelum ini puji melambung kepimpinan Khalid Ibrahim dibawah PR. Tidakkah sekarang terbukti benar PR telah gagal dalam mengurus negeri. Segala kemajuan dan kejayaan negeri adalah hasil usaha serta perancangan BN. Mereka baru diamanahkan untuk mengurus negeri sudah menjadi cacamarba serta berebut kuasa sesama sendiri. Jika ditakdirkan Allah selepas ini BN kembali menerajui negeri Selangor, saya amat berharap agar setiap sen wang rakyaat dalam urusan kerajaan maupun urusan GLC milik kerajaan hendaklah diaudit dan dipastikan. Kita mahu tahu betapa lahapnya PR.

    ReplyDelete
  9. UMNO pun serupa jugak,

    Di Terengganu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Dato Seri Hishamuddin, MB Dato Seri Mad Said. So BN pun 2 x 5 dengan PR.

    Dah tu, di Terengganu, MB Mat Said gagal ler dlm pentadbiran dia..? Sebab apa Mat Said tak bole jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri..? BN tak nak Mat Said berkuasa ker dalam hal politik..?

    ReplyDelete
  10. salam.

    dah nama pun politik..

    itulah yang berlaku ada BN dulu..

    apa nak jadi dengan malaysia nie..

    harap UMNO bangkit dan sedar atas kesilapan lama dahulu

    ReplyDelete
  11. ini baru dinamakan rampasan kuasa dari pihak sendiri...nzasib baik rampasan ni dalam parti sendiri kalu dari parti lawan dah tentu dieorg buat demo lagi...sembahyang hajat pecah perut...

    ReplyDelete
  12. posting encik Lee membuatkan aku tersenyum sendiri....

    ReplyDelete
  13. saya setuju dengan pandang lee, cuba DSKT komen sikit pasal terengganu. Jgn kuman diseberang laut kita nampak tapi gajah didepan mata kita tak nampak....azli

    ReplyDelete
  14. Saya setuju dengan lee....saya rasa DSKT patut membuat komen mengenai Trengganu juga..jangan cakap hal orang aje.

    Bagi saya...UMNO telah gagal setelah puluhan tahun memerintah.

    ReplyDelete
  15. Salam DS,
    Dalam politik masa kini yg telah berubah ekoran paksaan dari segi Ekonomi,punca pendapatan,kenaikan harga brg2 yg memaksa Rakyat dibelenggu masalah income mereka....kerajaan seharusnya mengambil satu langkah utk meringankan beban rakyat yg semakin terhempit.....langkah2 drastik harus diambil oleh kerajaan utk memangkinkan ekonomi negara kita.....apa y tertera pada kadar pertumbuhan ekonomi negara hanyalah satu gambaran yg tak memberi apa2 maksud kepada rakyat khasnya utk golongan sederhana dan rendah......Kerajaan perlu membuat sesuatu pada sekarang!!!
    Mengenai isu politik diselangor pada pendapat saya itu tak menjadi masalah jikalo MB tak memenggang jawatan pengerusi di peringkat negeri....Itu bukannya satu kemestian.....Dunia dah berubah!!!Tak semestinya pengerusi BN mesti dijawat oleh PM sendiri!!!Mungkin boleh keluar satu jawatan di BN seperti CCEO BN!!!
    Tapi saya tetap memuji DS kerana komen DS perlu utk memperbaiki kelemahan yg ada pada kerajaan di selangor sekarang!!!



    Sekian

    ReplyDelete
  16. Mami Jarum boleh senaraikan apa penyalahgunaan kuasa oleh Mantan Mb Besar Selangor tu..?

    ReplyDelete
  17. Tidak perlulah mana-mana pihak untuk mengadili prestasi kerajaan negeri Selangor pada masa ini bagi pihak rakyat Selangor. Rakyat Selangor sememangnya memahami apa yg berlaku di bawah pentadbiran TS Khalid dan pastinya akan membuat keputusan yg bijak dalam PRU 13 akan datang.

    ReplyDelete
  18. Yang kat T'ganu... MB lain, pengerusi BN pun bukan MB... Perlis pun sama, MB orang lain while Pengerusi BN orang lain... So, what's the big deal when Selangor also follow BN foot step...???

    ReplyDelete
  19. PKR memang bukan wadah yang akan dapat membela nasib rakyat seandainya parti ini hanya mengutamakan kepentingan politik Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa Khalid Ibrahim sudah kena main oleh Anwar Ibrahim demi kepentingan politik Anwar, Azmin Ali dan konco-konconya. Kepada Khalid Ibrahim andaikata terpaksa melepaskan jawatan MB anda ada dua pilihan--pertama: Masuk balik UMNO/BN kedua: bersara sahaja daripada dunia politik , tumpukan perhatian pada dunia perniagaan/korporat. Nasib yang menimpa Khalid Ibrahim ini menguatkan lagi kepercayaan saya selama ini bahawa PKR bukanlah alternatif yang baik untuk rakyat Malaysia sama ada sebagai pembangkang atau parti pemerintah. PKR adalah sebuah parti yang memperjuangkan survival politik Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutu rapatnya tetapi bertopengkan perjuangan demi kepentingan rakyat. Ia bukan parti yang diasaskan atas sesuatu ideologi atau kepentingan umum seperti UMNO,PAS,DAP atau parti-parti politik yang lain tetapi asas perjuangannya adalah Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  20. Saudara Lee;

    Kes UMNO Trengganu dan PKR Selangor adalah sama tapi tak serupa.

    Jangan tak tau , Selangor adalah talian hayat kepada survival politik Anwar Ibrahim.

    Sebab:

    - Impian jadi PM Malaysia pada 16 Sept 2008 tidak kesampaian.
    - Nak harapkan jawatan Ketua Pembangkang, makin hari makin ramai MP PKR jadi bebas/keluar parti.
    Yang dok kekal ketua pembangkang ni pun atas ihsan DAP dengan PAS sahaja.
    -Nak tunjuk kuasa di Penang tak boleh , Guan Eng KM kat sana nanti DAP marah.
    -Nak tunjuk kuasa kat Kelantan dan Kedah nanti orang PAS marah dan meluat pulak. Kat Perak lagilah tak boleh sebab dah bukan kerajaan PR lagi.
    -Jadi nak tunjuk yang Anwar ni masih ada kuasa dan pengaruh politik tu yang nak letak orang kepercayaannya Azmin Ali mula-mula jadi Ketua PKR Selangor lepas tu jadi pulak MB Selangor.
    -Sekurang-kurangnya kalau ada sedikit kejayaan Anwar dan Azmin di Selangor dalam tempoh terdekat ini maka orang - orang yang keliru fikiran dan minda mereka akan kagum dengan Anwar. Bolehlah jadi modal PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  21. Mami jarum dan guru pencen, tidakkah sebelum ini berbagai tomahan serta fitnah ditabur bagi menjatuhkan kerajaan BN oleh PR berjaya meracun fikiran rakyaat. Nah, sekarang PR telah berkuasa dan buktikan yang PR lebih baik dari BN. Baru 2 tahun memerintah sudah berbagai salah laku, dari exco yang gemar telanjang, isu pasir, rasuah, kroni sampailah isu terbaru pertelagahan sesama sendiri. Tidakkah ini merugikan akyat selangor. Sepatutnya segala usaha ditumpukan bagi memenuhi janji pilihanraya demi kesejahteraan rakyat. Setakat membuat perbandingan dan menyindir pemerintah sebelum ini tidak akan memperbaiki imej PR yang semakin berlendir dan mengeluarkan pekung busuk. Buat PR, Lain kali sebelum memfitnah pihak lain, cerminlah diri dulu. Untuk makluman Guru pencen dan mami jarum, isu pemecatan Khalid sebagai pengurusi PKR Negeri adalah gerak kerja Azmin Ali. Beliau kecewa disebabkan kertas cadangan untuk projek DETUM Jelatik ditolak oleh Khalid Ibrahim kerana Khald Ibrahim lebih mengutamakan Kroni beliau semasa di Guthrie

    ReplyDelete
  22. Salam saudara/i sekalian,

    Di Terengganu yang menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri ialah orang yang tidak berkepentingan di Terengganu iaitu DS Hishamuddin Tun Hussien. Beliau bukan menjadi ADUN Terengganu. Jadi tidak timbul soal perebutan kuasa dsbnya. Demikian juga Datuk Seri Md said tidak mempunyai penmasihat ekonomi yang menghadiri pelbagi mesyuarat anak syarikat kerajaan negeri. Tidak pula kita dengar Setiausaha Politik Md said merupakan setiausaha politik kepada pemimpin UMNO yang lain.

    Yang menunjukkan ada perebutan kuasa ini bukanlah sekadar soal pengagihan tugas tetapi tindak-tanduk para penguasa dan juga rentetan peristiwa sebelum dan selepasnya. Ramai yang tahu bahawa Azmin mahukan kerusi MB Selangor tersebut dan penyerahan jawatan pengerusi PKR ini merupakan satu tolak ansur awal. Tidak mustahil dalam beberapa bulan akan datang usaha menjatuhkan Khalid akan berterusan. Anehnya ia bukan dilakukan oleh UMNO twetapi oleh PKR sendiri.

    ReplyDelete
  23. Untuk Wong Pin Ter..

    Anda bijak! Satu pukulan TKO kpd penyokong PR. Satu harapan kpd penyokong PR, berfikir dulu sebelum berkata-kata....jgn pakai hentam saja mcm pemimpin PR yg korang agungkan itu..

    Bravo Selangor ku sayang...

    ReplyDelete
  24. kunyiit khalid gagap sudah tidak seharum azmin punyya..

    kunyiit azmin tetap menjadi pujaan Nuar

    ReplyDelete
  25. Mami jarum jika anda tidak dapat menyenaraikan penyelewengan Mantan Menteri Besar Selangor itu sebaiknya anda memohon maaf kepadanya..

    ReplyDelete
  26. itu maknanya kerajaan selangr tidak berlebih kuasa macam kerajaan dulu...

    ReplyDelete
  27. Sdra Bahardin, jangan diimpikan mami jarum serta sekutu beliau mampu bentangkan hujan salah laku mantan MB. Yang beliau percaya hanyalah dari ceramah pinggir jalan tanpa bukti. Puak ini mana tahu dosa dan hukum bila menabur fitnah kepada pihak lain. Jika kena batang hidung sendiri tahu pula mereka merayu, menjaja benang basah asalkan diri selamat. Inilah jenis manusia hipokrik yang hanya tahu mencari salah pihak lain atas rasa dendam. Pada mereka segala kebaikkan pihak lawan tiada nilai. Itulah tahap mereka, ibarat air diisi kedalam cawan, tambah tak lebih, buang tak kurang.

    ReplyDelete
  28. Salam blogger

    Melayu mudah lupa.. memang betul dan tepat.. Melayu UMNO memang mudah lupa. Apa yg dibuat oleh PR terutama PKR telah dibuatpun oleh UMNO/BN. Biasalah kalau dah lupa tu memang banyaklah yg tak kena. Baiklah apa yg melayu UMNO lupa tu? Cubalah pergi ke Kedah, Perak, Selangor sendiri, Terangganu dan Pulau Pinang. Agaknya siapa yg jadi Pengerusi Perhubungannya. Siapa pula yang jadi MB (tidak termasuk negeri di bawah pembangkang. Saya cukup tak berkenan kalau anda sendiri tak berfikir. Kalau betullah perbuatan PR/PKR tu tidak betul.UMNO kena perbetulkan sendiri. Di Selangor pun ketua pembangkang siapa??? Pengerusi perhubungannya siapa?? Jadi jika ini dijadikan isu, UMNO seperti meludah ke langit, tapi bertaburan di muka sendiri. Saya tak mahu nak letakkan atau tuliskan nama-nama besar UMNO tu.. Anda jawab sendirilah..
    Gagal? Saya tak nampak lagi kegagalannya. Sebab kalau gagal tentulah Khalid Ibrahim digantikan terus. Memanglah UMNO melihatnya sebagai kegagalan. Sedangkan strategi dan tektikal memerintah semacam bermain bola.. Sehebat manapun permainannya kalau kalah tak ada ertinya. Di negeri2 yg UMNO berkuasa dan dari segi organisasi parti di pengerusikan oleh MB pun dia tidak melangkahi kuasa Perdana Menteri yg menjadi Presiden parti.. ini fakta yg org UMNO kena faham.. atau memangnya anda tak faham2. Begitulah juga yg berlaku di Selangor. Soal Pengerusi perhubungan bukan ada impian untuk berkuasa sebagaimana Datok Khir Toya katakan tu.. saya ada pro dan kontra.. Dari segi perebutan di peringkat negeri memanglah tiada, tetapi untuk menduduki MKT UMNO.. tentunya ada impak besar. Seperti Datok Khir sendiri sudah tiada kuasa di peringkat perhubungan negeri.. adakah anda selamat apabila UMNO membuat pemilihan nanti.. sendiri jawablah Datok. Noh Omar tentulah ada klik2nya sendiri.. benarkan datok? Begitu juga dengan Hishamuddin.. tentulah dia dapat melebarkan kuasa di Terangganu, Shafie Apdal di Kedah dan Zahid Hamidi di P.Pinang. Yang pasti Noh Omar akan berkuasa pada heiraki politik UMNO di Selangor. Datok macamana? Lainlah kalau blogger yang mati-matian menyokong datok yg ada di dalam blog ini menjadi perwakilan di peringkat grassroot. Tetapi kalau diamati dan dianalisis memamg semuanya anti Noh Omar.. Tidak tahu apa sebab.. (bagi saya MUNGKIN datok diketepikan menjadi sebahagian organisasi parti peringkat negeri)
    Datok juga membuat andaian Azmin (Naib Presiden PKR)tu kepingin jadi MB. Tanyalah diri sendiri, siapa tidak mengidamkan kerusi tersebut? Kalau takda cita2 tersebut takpayah lah masuk politik. Tetapi kalau setakat berpolitik nak dapatkan kain pelekat atau beras sekampit, duduk diam2 di kampung dan tanam sayur belakang rumahpun sudah memadai..
    Saudara Kulaan Niring.. andika ni banjar hajak.. tatapik kadak suah membacak sajarah urang banjar. urang banjar kuat agamaknyak.. amar makruf nahi munkar, yang kadak bujur, padahik kadak bujur, yang bujur sambati bujur, ampih lah menyukung UMNO yg mungkar.

    ReplyDelete
  29. Baharuddin,
    Adakah anda tak membaca akhbar elektonik atau hanya menonton tv sahaja sepanjang masa? Kalau anda tak pernah dengar tentang tomahan penyelewengan terhadap DSKT saya rasa anda ketinggalan zaman.
    Mami jarum tak perlu layan specimen macam ni.

    ReplyDelete
  30. Pendapat peribadi saya. 3 different portfolio by different person akn menjadikan selangor sukar dirampas semula.
    Khalid = Corporat. dia x pandai sgt politics
    Anwar = Economi. dia terror serba serbi.
    Azmin = Politics dia terror. in learning of corporat/economi.
    equivalent = Kubu kuat nak merpertahankan selangor next gen elections.

    ReplyDelete
  31. Ala umno ini sentiasa mencari alasan sahaja nak teropong kesilapan orang lain kat kampong aku puteri umno di gunakan untuk menabur beras subur yang dah tak subur serta berangkai dengan mee hoon tertera perkataan ikhlas dari umno SUBUR awal2 dah bagi rasuah....Bila menag ambil rasuah pula biasa la umno..perangai tak akan berubah dulu kini dan selama nya macam itu juga...

    ReplyDelete
  32. Bagi saya kerajaan Selangor sekarang lebih mesra dan mudah untuk didekati rakyat. Contoh kita boleh tgk di UNISEL. Kerajaan negeri yg bijak menguruskan kekayaan negeri telah mengsubsidi sebahagian kos operasi UNISEL.Sehingga yuran yang dikenakan oleh UNISEL kepada pelajar hampir separuh lebih rendah daripada IPTS-IPTS yg lain. kenapa kerajaan DS dulu tak boleh buat camni.tak cukup ke duit kerajaan dulu.Tapi yang menjadi maslah di UNISEL skrg adalah berkaitan perkhidmatan Asrama dan maintenance prasarana yg ada..dengar cerita, masa kerajaan sebelum ni..perkara ni telah diserah kepada satu syarikat dengan nilai kontrak yang tak munasabah dan tempoh tak berpenhujung...betulker..sykt sape yg dapat tu????

    ReplyDelete
  33. sdr dalasriaonline,

    1. saya tidak pasti bilakah Unisel mengurangkan Yurannya. Setahu saya pada Jan 2010 terdapat usaha kerajaan negeri untuk menaikkan kadar Yuran sehingga mendapat bantahan Majlis Perwakilan pelajarnya.

    http://mppunisel.blogspot.com/2010/01/isu-kenaikan-yuran-pendaftaran.html

    Khabarnya ia kemudiannya dibatalkan dan mengikut kadar asal.

    Persoalan yang sdr tidak terangkan di sini ialah betapa Unisel sekarang mengalamai kemerosotan pelajar yang serius. Mengapa?

    ReplyDelete
  34. En YES..,
    Adakah apabila saya tidak mendengar segala "TOMAHAN" penyelewengan DSKT saya dianggap ketinggalan zaman! Adakah saudara yang mendengar segala "TOMAHAN" tersebut dan mempercayainya seorang yang mulia.. maju ke depan. Apakah apabila saya meminta bukti kepada tomahan itu dianggap sebagai bodoh.. buta maklumat. Apakah apabila saya memberi nasihat saya tidak perlu dilayan. Jika begitu lah nilai orang kita sekarang tunggulah kehancuran yang akan mendatang...

    ReplyDelete
  35. apa pun yg perintah pr mandat rakyat selangor, jd apa nak kecohkan sbb pengalaman lalu rakyat selangor lebih arif yg pasti beberapa negeri pun berubah juga tunggu dan lihat pru akan datang tulah penentunya kita renungkan bersama.....yg berkuasa tahniah bg yang kalah usaha dan perbaikilah diri sama...huhuhuhu hujung2 kena juga jangan lupa hadiah mengajar kita ....

    ReplyDelete