Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, June 19, 2010

Pasir: Kita Semua Ditipu Oleh Kerajaan Negeri

1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lambat mengemaskini blog ini walaupun ada beberapa isu yang perlu ditulis. Ini kerana saya berada di luar kawasan bercuti bersama anak-anak sempena cuti sekolah.

2. Isu penyelewengan dan salah urus hasil pasir negeri Selangor terus diperkatakan walaupun Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat)telah membuat pendengaran terbuka dan cuba membersihkan pentadbiran kerajaan negeri.

3. Tidak cukup itu, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa menggunakan Setiausaha Politiknya, Saudara Nik Nadzmi Nik Ahmad untuk menukar posisi kerajaan negeri dengan mendakwa saya memberi maklumat yang salah mengenai jumlah kutipan royalti pasir sebelum Kumpulan Semesta Sdn Bhd ditubuhkan. Terdapat juga beberapa bloggers yang "berkhidmat" dengan kepimpinan Selangor menuduh saya pembohong.

4. Untuk kebaikan dan demi perbahasan yang sihat, saya akui ada kekeliruan maklumat yang saya dapat antara hasil royalti pasir dengan hasil semua royalti batuan. Oleh kerana tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan negeri saya telah tersilap nyata hasil batuan dan mineral keseluruhan dengan royalti pasir.

5. Saya tidak mempunyai data setepatnya kerana data 2007 hanya dapat dikira pada 2008 di mana pentadbiran kerajaan negeri telah berubah pada bulan Mac. Justeru saya terpaksa bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa. Rumusan saya mengenai hasil pasir negeri Selangor adalah bersandarkan jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan UsAhawan YB Yaakop Sapari DUN Selangor 2008.

Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkaitan dengan soalan Bangi yang juga dibangkitkan oleh Sungai Panjang.

Setelah saya berada di pejabat EXCO, saya mendapat taklimat daripada pegawai. Saya bertanyakan berapakah pendapatan royalti daripada hasil batuan kerajaan negeri. Pegawai memberitahu bahawa pendapatan sekitar dua puluh satu juta dan hasil daripada royalti pasir sekitar tujuh belas juta. Bila saya bertanya kepada REHDA berapakah demand dengan izin untuk pasir seluruh Selangor setahun. Jawapannya sekitar lima puluh juta metrik tan.

Kalau satu tan dikenakan royalti tiga ringgit sepatutnya kerajaan negeri mengutip seratus lima puluh juta matriks setahun, tetapi kenapa tujuh belas juta. Hasil perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, akhirnya kerajaan negeri memutuskan supaya hasil batuan ini diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri.

Ekoran daripada itu kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah MBI namanya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan syarikat ini akan mengendalikan hasil batuan di kerajaan negeri dengan itu sistem pengurusan hasil batuan negeri akan lebih teratur. Senarai syarikat-syarikat yang lepas yang telah mendapat, ada senarai dalam senarai yang diberikan masih ada enam syarikat lagi yang masih beroperasi sampai bulan dua belas. Saya dapati syarikat-syarikat ini ada yang berkait rapat sebahagian besar dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terdahulu.

Untuk soalan ketiga, berdasarkan jangkaan yang kita ada kita menganggarkan sekurang-kurangnya seratus dua puluh juta yang akan dikutip daripada hasil batuan negeri Selangor dan semua hasil-hasil ini kita akan berikan kepada rakyat sebagai janji kita dalam manifesto menjadikan Selangor sebuah negara maju, bersih dan berkebajikan. Terima kasih.
[Petikan Hansard 23 Oktober 2008]

6. Sekarang kerajaan yang sama menyatakan bahawa hasil royalti pasir semasa BN hanya RM 2.9 juta. Adakah saya yang berbohong atau kerajaan negeri?

7. Tidak cukup dengan itu, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapan pembentangan Bajet Selangor 2010 menyatakan:
(84) Kelima, bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat, iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang telah dijelaskan oleh KSSB kepada Pejabat Tanah dan Galian berjumlah RM 4,678,021.84 berbanding dengan jumlah yang diterima pada tahun yang lalu iaitu RM735,000 pada 2008. Ini tidak termasuk keuntungan yang dihasilkan oleh KSSB sendiri.
[Hansard DUN Selangor, 10 November 2009]

8. Manakala dalam satu Kenyataan Akhbar oleh Sekretariat Akbar, Pejabat Menteri Besar Selangor "KERAJAAN NEGERI AGIH KEUNTUNGAN JUALAN PASIR KEPADA JKKK" bertarikh 9 Mac 2010, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan KSSB telah mencatat keuntungan kira-kira RM 20 juta sepanjang tahun lalu.

9. Sebaliknya menurut Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed dalam pendengaran Selcat baru-baru ini bahawa "keuntungan KSSB sebelum cukai pada 2009 ialah RM10 juta dan setelah ditolak cukai, syarikat itu memperoleh RM8 jutadalam sesi pendengaran SELCAT baru-baru ini kita mendapat maklumat bahawa."

10. Lihat Tan Sri Khalid sendiri memberi pelbagai kenyataan yang mengelirukan dan seolah-olah mahu membohongi rakyat. Kalau saya yang tidak mempunyai kuasa dan sumber tersalah maklumat mungkin masuk akal. Namun apabila mereka yang mempunyai kuasa dan maklumat boleh mengubah statistik hasil pasir sesuka hati tentu menimbulkan tanda tanya kemungkinan ada skandal yang sangat besar dalam industri ini.

11.Jika saya yang di luar pentadbiran dianggap tidak memahami pentadbiran perlombongan pasir, maka apakah kesimpulan yang wajar kita buat kepada mereka yang berkuasa dan mempunyai maklumat tetapi memberi kenyataan yang berbeza dan berbelit-belit?

12. Saya hairan, Nik Nazmi mengambil masa mengulas kenyataan saya tetapi tidak sedikit pun meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan dalam blog saya yang membabitkan kenyataan yang sama.

13. Misalnya mengapa Khalid umum KSSB untung RM 20 juta tahun lalu tetapi kenyataan KSSB hanya RM 10 juta sahaja. Kemana hilang RM 10 juta lagi?

14. Kerajaan negeri juga perlu menjawab mengapa syarikat "untung atas angin" seperti KSSB hanya membayar royalti sebanyak RM 4 juta sedangkan mereka untung RM 10 juta. KSSB hanya menguruskan tender sahaja sedangkan tanah milik kerajaan dan penentuan tanah yang boleh di lombong pasir dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian. Pernahkah sesiapa antara kita berjumpa dengan kaedah perniagaan broker yang mana keuntungan lebih besar daripada keuntungan pelanggan mereka? Inilah kali pertama dalam sejarah syarikat yang hanya menguruskan pemilihan tender untung lebih besar daripada pemilik harta.

15. Kerajaan negeri juga tidak menjelaskan mengapa pemberian bonus kepada pegawai KSSB begitu besar biarpun belum cukup setahun bekerja. Menteri Besar tidak boleh lepas tangan kerana KSSB berada di bawah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI). Apakah Tan Sri Khalid memberitahu kita bahawa pemberian bonus tersebut dilakukan tanpa pengetahuan dan kelulusan beliau?

16. Nik Nazmi juga menyatakan saya tidak memanfaatkan potensi besar industri pasir Selangor. Ini memang benar. Kerajaan negeri semasa BN telah membuat keputusan tidak membenarkan perlombongan pasir atas tanah kerajaan atas faktor alam sekitar dan kestabilan tanah. Perlombongan pasir akan menyebabkan tanah menjadi berlubang dan meningkatkan kos jika mahu menambak semula. Ini mengakibatkan tanah milik kerajaan negeri akan jatuh nilai dan pada masa hadapan mungkin banyak tanah di Selangor tidak boleh dibangunkan.

17. Bacalah kenyataan pengarah KSSB sendiri jika perlombongan pasir dilakukan secara intensif di Selangor seperti mana matlamat kerajaan bijaksana pimpinan Khalid Ibrahim, "jika 66 juta metrik tan pasir digali, akhirnya Selangor akan menjadi sebuah negeri yang memiliki lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk tinggal." [Sesi Pendengaran Selcat, JUN 2010].

18. Dahulu semasa BN, kerajaan negeri hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian. Itu pun mendapat banyak tentangan daripada badan bukan kerajaan NGO) berasaskan alam sekitar. Anehnya sesetengah penggerak NGO ini hari ini berada dalam kerajaan negeri memejam mata sahaja terhadap pemusnahan alam sekitar akibat kegiatan perlombongan pasir secara intensif ini. Siapa yang akan menanggung kos baik pulih tanah kawasan perlombongan pasir ini pada masa akan datang?

19. Oleh kerana Nik Nazmi mendakwa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah curi pasir, saya juga ingin mencabar agar kerajaan negeri Selangor agar mendedahkan statistik operasi membanteras perlombongan pasir secara haram sejak 2006 sehingga 2009 dari segi jumlah tangkapan, dakwaan, penyitaan jentera dan kompaun yang telah dikenakan.

20. Saya juga mendapat maklumat bahawa pengurusan KSSB ada membuat rayuan kepada pihak berkuasa bagi mengurangkan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa syarikat di bawah pengawasannya. Jika benar, apa rasional dan logik KSSB membuat rayuan pengurangan kompaun bagi pihak kontraktor? KSSB menjaga kepentingan rakyat dan negeri atau kepentingan kontraktor?

21. Kita juga tertanya-tanya apakah motif kerajaan negeri mahu menghadiahkan RM 5, 000.00 kepada JKKK dan Ketua Kampung jika mereka berjaya membantu menangkap pencuri pasir. Apakah ia satu usaha mengatasi kecurian pasir atau usaha membaiki imej sahaja di samping mahu memberi wang lebih kepada jentera politik akar umbi Pakatan? Jika benar mahu maklumat mengapa saksi-saksi yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kapar tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Selcat?

22. Sehingga satu penjelasan yang munasabah dibuat oleh kerajaan negeri, isu pasir ini menunjukkan betapa isu salah tadbir, penyalahgunaan kuasa dan yang paling teruk pembohongan telah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

28 comments:

  1. pakatan, pls answer these questions. i want umno dikuburkan, but i also want answers to these questions, if they are valid.

    jawab, jangan tak jawab.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  2. Terkejut bila mendapat tahu Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam menerima ancaman beruapa simbahan cat merah ke atas rumahnya. Siapa dalang kepada ini semua?

    ReplyDelete
  3. Betul ke Dato?Boleh caya cakap hang pa ka?Tak mungkin lah Tok.Juat like the pot calling the kettle blacak

    ReplyDelete
  4. salam....

    bunyi ratusan juta hasil..ingatkan rm..rm...rm
    rupanya ratusan juta metrik tonne batuan...

    buat penyedap orang mendengar kot?

    untuk menampakkan rm...rm...kata BIGBOSS mula puluhan juta,
    kata exco pulak..turun ke belasan juta...terus menjunam ke
    beberapa juta rm ...rm...royalti jer..

    apekbenda nie? meniaga kacang putih ker?

    KSSB UNTUNG atas angin rm...rm.. tak seberapa,
    tanah lombong milik negeri lopong dan lohong..
    yg untung kontraktor umpama penyamun dan merompak pasir dan hasil.....

    akhirnya teraju kerajaan negeri hampiri rabung
    menanti ditolak ke dalam gaung!!!!

    ReplyDelete
  5. Udah-udah la tu... cerita pasir.... kita bukan hidup makan pasir.... nanti lama2 boleh makan pasir.... Yang saya tahu wife dah komplen susah nak beli gula dan harga barang kat pasar naik mencanak.......

    Confirm makan pasir lepas ni.....!!!!!

    ReplyDelete
  6. ini masalah besar ni, pakatan kat selangor ni memang macam ni, dari atas sampai le penyokong bwh2...kalau bab dia yg buat salah, senyap je. Kalau kerajaan silap bisang macam nak perang.

    dah le tu eh, yg melayu tu sedar2 skit. cuba pikir, kalau pakatan memerintah negara, kalau di buatnya azan tak boleh nak kuat, hak bumi 7% beli rumah di tarik balik, camne? terlopong le...nak kata apa lagi.

    cuba renungkan...
    apa yg berlaku di penang? siapa untung siapa rugi?

    kalau nak marah kerajaa skrg pun, cuba pikir2 sikit utk masa depan anak kita, siapa nak bela kita? parti mana yg akan kaum bumi? jawab...jawab.

    ReplyDelete
  7. ab. razak: isu gula tu isu kecik je kalau bandingkan isu masa depan anak ko tu

    ReplyDelete
  8. Berita Hangat untuk blogger

    Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau terpaksa mengambil alih pengurusan tidak bertanggungjawab yang diwariskan bekas Menteri Besar Barisan Nasional Datuk Seri Dr Khir Toyo yang menyaksikan banyak keputusan yang merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

    Kata Khalid, Dr Khir Toyo meletakkan keputusan berisiko tinggi terhadap beberapa projek kerajaan negeri semasa mentadbir Selangor dengan memberi cadangan projek kepada kontraktor tertentu yang akhirnya gagal dilaksanakan.

    "Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri.

    "Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan," katanya pada sidang media di pejabat beliau semalam.

    Tambah Menteri Besar akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa mengambil alih semua projek yang gagal dan perlu membetulkan semula pengurusan dana awam yang kucar kacir di bawah pentadbiran Dr Khir Toyo.

    "Risiko kegagalan projek yang beliau cadangkan adalah tinggi. Selain itu sudah tentu beliau datang dari budaya Umno dan saya fikir beliau dipupuk dari tabiat buruk dalam parti itu," katanya

    Khalid memberi dua contoh projek yang gagal dikawalselia dengan telus dan baik oleh Dr Khir Toyo antaranya pembangunan projek tebatan banjir (Canal City) di mana kerajaan Selangor terpaksa membelanjakan hampir RM5 juta dan kehilangan 2,000 hektar tanah dengan kerugian berjumlah kira-kira RM30 juta.

    Contoh kedu kata Khalid ialah isu penempatan semula penduduk setinggan di Bukit Botak di mana kontraktor terbabit, Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) gagal menyiapkan sepenuhnya projek berkenaan menyebabkan kerajaan negeri BN meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk mengambil alih projek berkenaan.

    "Macam mana PKNS tak rugi, agensi itu diminta membina perumahan pada kos RM90,000 seunit dan menjual pada harga RM50,000," jelas Khalid lagi

    ReplyDelete
  9. jangan berangan nak kan UMNO berkubur yang pasti PKR yang sedang diambang maut

    anwar terhoyong hayang macm lepas togok todi

    DR teruskan serangan mu.... wa caya lu.

    TQ dtg pengerang

    ReplyDelete
  10. Apa dah jadi dengan kerajaan Pakatan. Dah menjadi-jadi dari segi kaki bontot, rumah urut, arak, judi, pasir, rasuah, ugutan dll. Harap kerajaan Pakataan sedarlah jangan cuba nak menengak benang yang basar. Inilah Islam di jual dan di lelong. Cina mula dah menguasai dah besar kepala nanti jadi Melayu di Singapura

    ReplyDelete
  11. Sangkatula...

    Project tebatan adalah projek khidmat masyarakat dan tidak ada untuk dan rugi. Yang untung ialah penduduk di kawasan rendah tidak lagi menghadapi banjir bila tiba musim hujan. Oleh itu mana datangnya kerugian Rm 30 jutan dan mana datangnya tanah seluas 2,000 hektar? Adakah projek khidmat masyarakat di bawah MB khalid ada untung dan rugi berpuluh juta? Kalaupun ada ialah 'cost overrun' dan bukan untung atau rugi! Sebenarnya siapa perlu pergi belajar pengurusan sebenar? Adakah projek tebatan di Selangor mengandungi penggunaan tanah yang luas bukan tanah dipersisir sungai sahaja?

    ReplyDelete
  12. Salam Dato Seri,

    Jika benar apa yang Dato Seri cuba utarakan di sini ada unsur2 rasuah atau penyelewengan di pihak kerajaan PR, saya alu2kan kepada Dato Seri untuk membuat aduan kepada pihak Polis & MACC. Biar tindakan yang tegas dapat diambil kepada mana2 pihak.

    Disamping itu, saya juga berharap supaya Dato Seri bersikap adil dan berani bersuara lantang dalam mengetengahkan isu2 penyelewengan & rasuah yang mana ianya mungkin melibatkan ahli2 atau pemimpin2 UMNO. Atau adakah Dato Seri pura2 tidak nampak akan masalah yang lebih besar menimpa negara kita ini? Bagaimana dengan isu skandal rasuah kapal selam Malaysia? Bagaimana dengan isu pemberian kontrak2 besar yang bernilai berbillion2 ringgit melalui cara rundingan terus (Direct Nego).

    Apakah Dato Seri yakin tiada unsur2 penyelewengan di situ? Bukankah tindakan memberi kontrak melalui perolehan terus itu hanya merugikan pihak rakyat kerana akhirnya rakyatlah yang terpaksa menanggung hutang2 negara yang lebih banyak (hasil dari project kerajaan yang tidak kompetitif tanpa bidaan awam) dan akan dibebani dengan perbagai2 jenis cukai di masa hadapan seperti GST etc. Jadilah seorang anak yang jantan dan jangan lah menikus apabila berhadapan dengan isu2 lain yang lebih mencabar. Janganlah hanya nampak kuman diseberang laut, tetapi Gajah yang besar didepan mata buat2 tak nampak.

    ReplyDelete
  13. Salam Dato' Sri, moga Dato' Sri dan keluarga di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    1. Cadangan saya agar SELCAT ditukarkan ke
    SELFISH disebabkan memang ada elemen tamak dalam pengurusan hasil pasir. Cakap putar belit macam ular mabuk todi. Semua sedia maklum dulu masa BN memerintah Selangor, berkokok bagai nak gila hasil pasir akan berganda-ganda untungnya jika PR memerintah tetapi realitinya hancus. MP PR sendiri tak puas hati.

    2.Diharapkan agar UMNO Selangor lebih agresif dan inilah masanya untuk menyerang pihak PR. Janganlah duduk diam sahaja seakan-akan masih merasakan diri itu masih memerintah.Rakyat ingin melihat apa yang UMNO Selangor respon pada isu-isu ini.Bertindaklah segera!

    3.Kita pun tahu DSAI penasihat ekonomi Selangor dan sudah tentu apa saja kenyataan MB berkenaan ekonomi Selangor pasti dari DSAI. Lebih kepada kepentingan politik.

    Diharapkan agar Dato' Sri dapatlah mengejutkan ADUN2 UMNO kita yang semacam 'tidur' untuk menyerang habis-habisan pentadbiran PR.Jangan tidur...Rakyat melihat..PR buat ceramah kita pn buat jgk. Tapi elakkanla buat di bangunan UMNO.. Renung-renungkan dan selamat berjuang!

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Saya sokong & setuju dengan admin. Bila dia wt salah mula la xmengaku. Pastu cari salah kita, menyalak xsudah2. Yg sya heran tu pengikut dia, langsung xguna akal yg diberi.

    Wahai org melayu terutamanya, fikirlah masa depan anak2. Mau ke negara kita ni seperti Spore? Akhirnya kita menegemis di Negara sendiri.

    Teruskan usaha DS, sya akan tetap sokong.

    ReplyDelete
  15. Sdr Sangkatula dan sahabat sahabat bloggers lainnya,
    Saya tak mahu berpolemik dgn sdr berhubung dgn kehebatan Tan Sri khalid kerana sdr pun tak kenal rapat dgn beliau,ada beberapa persoalan yang saya harap dapat buka minda sdr bagaimana Tan sri yang hebat ini memerentah negeri selangor,
    a)mengapa Tan seri Khalid di buang dari PNB?
    b)mengapa Tan Seri Khalid menghjadapi kes beliau gagal membayar hutang bank islam sebanyak rm 66.67 juta?.
    C)Mengapa PKPS menghadapi masalah kewangan yang meruncing selepas diketuai oleh Khalid?.
    d)mengapa kumpulan perangsang selangor juga menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tokoh koperat hebat ini mengambil alih?.
    e)Mengapa PKNS juga menghadapi keuntungan yang menyusut dengan mendadak selepas 2009?.
    f)Mengapa PNSB yang dahulunya mempunyai kewangan yang stabil hari menghadapi kemungkinan yang sama dgn PKPS?.
    g)Masaalah UNISEL yang semangkin meruncing dgn jumlah kemasukan pelajar baru yang terlalu sedikit sehingga mengalami kerugian hampir rm 20 juta?.
    h)Masaalah yang sedang menimpa KUIS,pihak pengu

    rusan terlalu bimbang camportangan politik yang keterlaluan dan juga sedang hadapi kerugian yang tak mungkin dapat ditampong lagi?.
    g) Jumlah pelaburan yang jatuh secara mendadak daripada rm 11.8 bilion kepada lebihkurang rm 5 bilion,telah mengurangkan jumlah peluang pekerjaan kepada belia belia selangor.
    h) perestasi sukan merosot bila selangor hanya mampu dapat tempat ketiga dalam SUKMA sedangkan dahulu selama 6 kali jadi juara?.
    Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan khalid ibrahim.Saya bukan meninggi diri,saya tahu saya bukan tokoh hebat spt beliau tapi saya menjadi pendengar dan belajar dari mereka yang berpengalaman,dan kami laksanakan pentadburan secara kolektif.

    ReplyDelete
  16. sangkatula,

    Projek bukit botak tu memang bermasalah sejak sebelum Khir Toyo adi MB lagi. Bila Dr. Khir ambil alih pentadbiran dia buat keputusan untuk tolong penduduk bukit botak dengan suruh PKNS jual rumah dengan harga lebih murah.

    Sekarang Khalid Ibrahim batalkan projek bukit botak ni. Sapa yang rugi kalau bukan penduduk di situ.

    Sepanjang aku tahu belum dengar PKNS rugi semasa bawah Khir Toyo. Tapi bawah Khalid Ibrahim dah nak mampus PKNS tu.

    ReplyDelete
  17. PKNS Habiskan RM 500 ribu Untuk Iklan Muka Pengurus Besar?
    Jika sesiapa prihatin dan masih ingat, pada tahun lalu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membeli masa iklan "Selamat Hari Raya" selepas Buletin Utama. Anehnya sebagai sebuah syarikat konglomerat, PKNS tidak pun mengiklankan sebarang produk tetapi hanya mengeluarkan ucapan Selamat Hari Raya daripada Pengurus Besar PKNS yang baru, Othman Omar.

    Selangordaily difahamkan PKNS menghabiskan sebanyak LIMA RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA (RM 500, 000.00) untuk iklan sepanjang minggu tersebut.

    Apakah ini bentuk pengurusan korporat yang dibangga-banggakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim? Mengapa Ran Sri Khalid membenarkan kroninya Othman Omar menghabiskan wang sebanyak itu untuk menunjukkan mukanya di dalam TV3? Apakah Othman Omar salah seorang calon wakil rakyat PKR dalam pilihan raya akan datang?

    Tan Sri Khalid pernah mencemuh Dr. Khir Toyo dengan kenyataan berikut:


    "Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri. Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan"

    Apabila Dr. Khir meninggalkan pentadbiran negeri, PKNS mencatat keuntungan hampir RM 400 juta. Namun pembangkang begitu marah kerana beliau menerima bonus RM 100, 000.00. Hari ini kita mahu tahu berapa PKNS untung tahun lalu sehingga melayakkan PKNS membayar RM 500 ribu untuk siaran iklan TV3 hanya semata-mata untuk membolehkan Pengurus Besarnya membuat ucapan selamat hari raya.

    Jika bukan RM 500 ribu kita juga mahu tahu berapa kos sebenar iklan selamat hari raya Pengurus Besar PKNS di TV3 tahun lalu.

    Agaknya inilah yang Khalid belajar selama berada dalam dunia korporat. Patutlah selepas "dihalau" dari dari Guthrie beliau tidak lagi djemput oleh mana-mana konglomerat terkemuka di negara ini
    www.selangordaily.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. salam..

    Tan Sri Khalid adalah seorang pemimpin yang gagal kerana beliau tidak mempraktikkan amalan perubahan dan penambahbaikan..

    semua pihak yang terlibat dengan beliau tahu bahawa beliau seorang yang payah untuk menerima pendapat orang lain..dan lebih tahu lagi bahawa beliau suka kepada perkara yang menguntungkan beliau sendiri walaupun diperoleh mengikut nas-nas yang menyalahi.

    cukup lah sudah negeri selangor ini dikuasai oleh samseng..biar golongan cerdik pandai yang memerintah.jangan golongan samseng yang memerintah..

    bagi golongan cerdik pandai tersebut hanya satu perkara yang tiada dalam diri iaitu integriti. jika ada integriti pastinya pengaruh itu akan datang dengan sendirinya..

    UMNO perlukan perubahan yang besar dato' seri.. UMNO selangor perlu dirombak dan diperjelas halatuju dan pencapaian berasaskan sahsiah dan integriti..ketua pemuda UMNO samada cawangan,bahagian,negeri atau pusat perlu fokus dan berkorban jika rasa diri itu tidak layak memegang amanah rakyat.

    ReplyDelete
  19. salam....

    kenyataan si khalid MB Selangor bukan
    dari ahli korporat tapi ahli keparat jerr...

    inilah hasilnya jika teraju negeri dari ahli
    buangan@mantan ahli korporat yg gagal...tiada lagi secara
    kolektif tapi sesedap hati sendiri..sape nak bantah?...takat melopong jer kena kelentong!!
    dek kerana ketokohannya..kononnya!!

    ReplyDelete
  20. Salam.....

    Saya rasa kerajaan negeri sekarang dan yg sebelumnya tak banyak beza. Masa kerajaan BN dulu, Umno selalu langgar undang2 tapi tak ambil tindakan sepatutnya dan terdapat dua jenis undang2 i.e. satu untuk rakyat dan satu untuk Umno. PR pulak sekarang tengah sibuk cari habuan masing2. Cuma kerajaan BN, kita tahu Umno sendiri yg akan memerintah dan ugama Islam selamat. Umno negeri mesti sedar akan kebencian rakyat terhadap segala kesalahan semasa memerintah Selangor! Sebagai penyokong BN, saya sarankan supaya ubah sikap sekarang atau akan menolak Umno di PRU13 nanti.

    namza

    ReplyDelete
  21. sangkatula,
    bodoh punya orang...kalau tak tahu fakta pasal bukit botak tak payah cerita laaa....

    Tipu rakyat bukit botak pasal isu wang pampasan...YB Dato Subahan Kamal - ADUN Taman Templer dah bongkar pembohongan Khalid Gagap ni..
    Pakatan Rakyat = Penipu Rakyat

    ReplyDelete
  22. Saya pernah berkerja dibawah Tan Seri Khalid Gagap semasa beliau di PNB dan selepas itu Guthrie. Jika hendak mentadbir GLC pun beliau gagal apa nak diharap dengan mentadbir negeri. Beiau nampak hebat kerana pernah menerajui GLC besar milik kerajaan BN, perlantikan beliau menerajui PNB pun atas sebab kroni Anuwar Ibrahim. Hanya orang yang gagal sahaja akan melompat masuk kedalam PKR.

    ReplyDelete
  23. saya nampak perbahasan anda semua berkisar kepada kejelikan peribadi MB Selnagor. Kejelikan UMNO-BN anda tak nampak langsung. Kejelikan pemimpinnya pun anda langsung tak nampak. Yang anda tahu UMNO-BN sentiasa mulus, cantik gebu dan menghairahkan. Begitu juga para pemimpinnya. Buka sedikit minda anda. Saya berbahas takda pun maki hamun terhadap batang tubuh orang, menggelarkan mereka dengan gelaran yang kalau mereka membaca tentunya menuntut anda meminta maaf kepada mereka. Harap Datok jangan siar, komen yang menyentuh batang tubuh orang. Maksudnya, memberikan gelaran orang gagap lah dan sebagainya.. Kaki bontot la, macam2 lagi lah. (anda nampak ke??) Orang yg berkenaan tak bacapun komen anda semua. Ada tanggungjawab yg lebih penting yg harus mereka buat dari menjawab dan berbahas isu yang kita para bloger bertegang jari (bertegang urat). Yg dapat habuan blogger yang mengumpat tentang batang tubuh individu teretntu. Yang heran datok siarkan pulak tu.. Datuk gembira dengan situasi ni barangkali. Saya sangkatula... kalau saya nak hentam, saya akan buat cara berdepan camni. Bila saya kena hentam balik.. tak kesahpun.. tak rugi satu sen pun. Barang dijauhkan Allah saya mengumpat dan mencaci batang tubuh individu tertentu. Kalau saya nak sebutkan datuk seri pun boleh saya umpat secara fizikal. Saya berharap bloger yang suka menggelarkan orang cermin dulu diri anda. Kalau anda perfact in the world.. bolehlah anda maki hamun, cerca, gelar dan sebagainya orang lain... fikirkan

    ReplyDelete
  24. isu pasir- harus ditangkap talibarut bintang 3.............

    ReplyDelete
  25. tahniah dato' seri...

    teruskan usaha membongkarkan keburukan kerajaan PAKATAN yang kononnya mengaku merekalah yang bagu mentadbir...bagus dalam segala-galanya....

    hakikatnya, mereka lagi teruk dari segalanya...kalau dulu BN ada gak nampak hasil pembangunan kepada rakyat, tapi kerajaan Selangor sekarang, nampak Lubang TAIK je...

    kalau dah kerajaan PAKATAN, lubang adalah sinonim bagi mereka...

    jangan lupa, bangunkan juga ADUN-ADUN selangor yang lena & bermimpi basah...jangan ingat senang-senang nak dapat balik selangor ni kalau dok mimpi basah je...

    kenalah agresif & gunakan sebaik mungkin bola tanggung yang BN dapat untuk serang balik Kerajaan BONTOT PAKATAN...

    tegur skit YB Noh tu, jangan ingat blogger Pro BN semunya musang berbulu ayam...kalau blogger tak jawabkan isu-isu tertentu, masak Kerajaan BN nak tangkis...kalau nak harapkan ADUN yang mimpi basah tu, lambatlah...

    moga usaha murni dato diberkati ALLAH...yang lepas tu jangan diulangi..penyapu-penyapu tak main...KASAR tu...kalau dapat selangor balik, tadbirlah elok-elok...bukan utamakan kroni-kroni je...aku tengok bila datang meeting kat bangunan UMNO pun naik menyampah...sombong...

    ReplyDelete
  26. Syabas DS,Teruskan usaha murni DS demi agama,bangsa dan negara.Kejutkan ADUN ADUN yang lain dari berdiam diri selama ini.rakyat selangor sudah ditipu oleh PR- penipu rakyat, kegagalan yang dibuat oleh mereka, mereka akan kata ini adalah bebanan yang ditinggalkan oleh BN.
    Kesombongan dan tidak bijaknya mareka mentadbir negeri memungkinkan selangor akan bengrap,
    Bangunan yang dulunya aktib digunakan oleh rakyat kini ditutup tidak dibenarkan oleh rakyat mengunakan sebab sewanya tinggi dari dulu,IKYS ditutp pengajianya,Rancangan Penempatan setinggan bukit botak diberhentikan,Bekas penduduknya merana kerana bantuan sewa rumah dibenhentikan,Kalau nak diteruskan rancangan ini Harga rumah dinaikan Dari RM 42,000.00 kini RM 111,000.00,Geran tanah yang sah diwartakan ambil samula tapi pampasan tidak diberi, nak lawan mahkamah penduduk tidak upaya nak bayar peguam dan yuran mahkamah tinggi.
    Saya berharap semua rakyat selangor sedar inilah akibatnya dari mencuba cuba,mengharap kononnya lebih baik rupanya hampeh.
    Saya juga menharap ada insan berhati mulia untuk dapat menyelesaikan rancangan penemptan setinggan bukit botak ini,
    1.mengembalikan mengesahan milik geran saperti asal.
    2.Mengembalikan hak saperti yang dijanjikan kepada penduduk tangung jawap kontraktor.

    ReplyDelete
  27. hai macam-macam....
    dah diberi 50 tahun....xjuda berubah...
    dah dibuang lagi buruk kelakuan....
    berubahlah ke arah kebaikan...
    insyaAllah rakyat akan terima semula...

    ReplyDelete