Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, July 7, 2010

Bola Sepak, Politik dan Primadona

1. Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang ini telah memukau jutaan rakyat Malaysia termasuk pemimpin politik. Saya berharap pasukan Sepanyol akan layak ke perlawanan akhir dan seterusnya akan menjuarai Piala Dunia.

3. Sepanyol dan Holland telah menunjukkan kemampuan mereka mengeskploitasi kebolehan, kemahiran dan kreativiti para "bintang" untuk bergerak sebagai sebuah komponen yang mantap. Di sinilah sedikit kelebihan kedua-dua pasukan ini berbanding Jerman yang dibarisi pemain muda dan bergerak sebagai satu unit tetapi kekurangan pengalaman dan kreativiti pemain.

4. Seharusnya Piala Dunia kali ini sedikit sebanyak memberi iktibar kepada pemimpin politik di negara ini. Beberapa keputusan menyaksikan pasukan yang dianggap pilihan kerana pemain "bintang" atau (seperti kata YAB Perdana Menteri) Primadona tidak menjamin kejayaan sesebuah pasukan. Tersingkirnya pasukan Argentina, Brazil, Itali, Perancis dan England menunjukkan dalam permainan berpasukan, primadona sahaja tidak cukup tanpa strategi, taktikal dan pengurus yang baik.

5. Dalam politik juga demikian rupa. Banyak primadona-primadona dalam Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya 2008 akibat dari kepercayaan bahawa nama besar mereka sudah cukup untuk menjamin kejayaan. Ada pula yang percaya hanya kerana populariti individu tertentu maka parti akan menang mudah namun kemenangan sesuatu parti sebenar memerlukan kerja keras, tersusun dan berstrategi oleh jentera parti.

6. Ia juga tidak terkecuali kepada parti lawan. Pada 1999,ketika diramalkan BN akan mengalami kekalahan teruk, tapi nama-nama besar DAP termasuk YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang tumbang. Demikian juga kerajaan negeri Terengganu pimpinan Pas turut tumbang pada pilihan raya 2004.

7. Pada 2004, BN dikatakan pilihan untuk menang di Kelantan namun kekurangan semangat berpasukan berbanding Pas menyebabkan ia kalah dengan satu kerusi. Kita juga lihat bahawa kekalahan BN di beberapa negeri sungguhpun disebabkan pelbagai faktor negeri dan nasional namun kesan besar berlaku akibat kurangnya semangat berpasukan dan kasih sayang dalam parti sejak kemenangan besar 2004.

8. Kelihatannya dalam politik hampir sama seperti bola sepak, sungguhpun kita memerlukan calon-calon yang popular atau bertaraf bintang, namun tanpa kerjasama berpasukan yang kuat dalam parti, yang popular pun boleh kalah.

9. Barisan Nasional mempunyai ramai pemimpin yang baik dan popular, namun sejauh mana ia mampu bergerak sebagai satu pasukan yang mempunyai strategi dan taktikal yang mantap bagi menghadapi parti lawan akan menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

10. Senario dalam politik juga hampir seperti bola sepak iaitu pasukan yang menyerang selalunya mempunyai kelebihan walaupun bukan satu kepastian. Terlalu banyak bertahan akan mudah dikalahkan seperti yang berlaku kepada pasukan slovakia dalam Piala Dunia kali ini dan BN pada pilihan raya 2008.

11. Terlalu banyak menyerang pula akan mudah diserang balas secara mengejut seperti mana berlaku dalam perlawanan England dan Jerman dan Sepanyol menentang Switzerland dalam piala dunia kali ini.

12. Justeru politik juga memerlukan satu adunan yang terbaik antara kekuatan individu, strategi pasukan dan kepakaran teknikal pemimpin untuk membantu kemenangan parti.

14 comments:

  1. Salam:

    Dalam pada itu seseorang pemain/pemimpin politik mesti gunakan otak dan selalu kena cool. Jangan sesekali bertindak balas secara melulu apabila diprovoke pihak lawan macama Mello yang kena buang padang apabila hatinya panas dan kepala tak dingin.

    Bolasepak adalah permainan sepakterajang politikpun permainan sepak dan terajang jugak...

    ReplyDelete
  2. betul tu DS, tapi perkembangan semasa saya perhatikan UMNO selangor masih tidor...dalam kata lain mimpi basah...memang dalam UMNO selangor ada primadona...kena pada sape yang baca...

    banyak point @ bola tanggung pada UMNO @ Bn untuk membuat serangan kepada PAKATAN, tapi takda ape yang dibuat...

    janganlah masa DS Najib sebagai pengerusi perhubungan UMNO turun padang, barulah masing-masing nak tunjuk kononnya buat kerja...

    cukuplah pengajaran PRU lepas kepada UMNO...dulu kita kalah pun sebab UMNO jugak...bila dapat kuasa, ada yang leka, tak jaga kawasan...sombong...

    kalau macam nilah gaya yang ditunjukkan, walaupun sekarang ni PAKATAN kat selangor kian parah macam nyawa-nyawa ikan, BN @ UMNO takan dapat tawan kembali selangor...sebabnya bekerja tidak sebagai 1 pasukan...

    Blogger yang pro BN & UMNO dah banyak kali menegur kepimpinan UNMO selangor, tapi nampaknya dipandang sebelah mata...dipekakkan telinga...

    maaflah kalau komen saya ni buat YB sakit hati...ape sangatlah komen ikan bilis...

    Blogger BPN sentiasa akan bangunkan UMNO selangor...maner yang tak boleh buat kerja, singkirkan saje...

    ambillah tauladan ape yang terjadi PRU lepas...

    ReplyDelete
  3. salam kepada semua pembaca dan bloggers dan ds khir ,

    saya adalah salah seorang penyokong spain..dari awal sampailah saaat ini...dan pagi ni walaupun spain kalah saya tetap bersama spain....bukannya barua masa menang je sokong bila dah kalah lari mencari dahan berteduh yg baru......ni pun ada ramai gak dalam politik kita.....

    SOTONG KATA SPAIN MENANG.....SAYA TAK CAYA RAMAL2 NI DAN SAYA TAHU GERMANY MEMANG HEBAT CUMA BOLA ITU BULAT SPAIN MENANG 1-0 JE...HAHAHAHAHAHA....

    berkaitan primadona ni....kat selangor ni saya nak tanya apa kepimpinan pemuda umno negeri buat....senyap je...menyerang la...ni strategi apa ni senyap je....sapa punya strategi...kj punya ke....!lingkup macamni....

    ada sahabat dalam pakatan rakyat kata pada saya apasal sekarang umno bising2 sedangkan pr tak kecoh2 pun....sedangkan yg tentukan nanti adalah rakyat jadi srah je pada rakyat....SAYA NAK ULAS DAN BAGITAU SEMU7A TERMASUKLAH PARA2 PENYOKONG PR YG ADA.....BODOH DAN HABISLAH KITA JIKA KITA TIDAK BERSUARA DAN MENYERANG SEGALA KELEMAHAN DAN KEROSAKAN YG AKAN DIBAWA OLEH MUSUH DALAM POLITIK KITA JIKA KITA DIAM DAN SERAH PADA RAKYAT BUTA2 KERANA RAKYAT TIDAK AKAN NAMPAK DAN TAHU....HANYA INSAN2 YG SELALU BERFIKIR DAN SANGGUP BERFIKIR SECARA INSAF DAN IKHLAS SAHAJA YG AKAN NAMPAK KEPINCANGAN....INILAH YG DILAKUKAN OLEH PR KETIKA MEREKA TIADA APA2 DAHULU...DAN SAYA NAK JAWAP PR SENYAP KERANA MEREKA SEKARANG SEDANG KEKENYANGAN MENIKMATI HARTA RAMPASAN RAKYAT.....DAN YG LEBIH BOBROK LAGI ADALAH KEPIMPINAN DALAM PEMUDA UMNO NEGERI TIDAK BERTINDAK AGRASIF...ENTAH APA STRATEGI YG DIPAKAI.....HANCURLAH NEGERI INI KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN YG HANYA INGIN JAWATAN BARU BOLEH BERKERJA......KALAU PAK LAH PM BOLEH DIDESAK JIKA TIDAK SESUAI MENGAPA KEPIMPIANN PEMUDA NEGERI YG TIDAK BERTINDAK TIDAK BOLEH DIDESAK...MANA PEMUDA2 UMNO BAHAGIAN..KORANG PUN KELESUAN KE TAK DAPAT APA YG DIIMPIKAN..ATAU MATLAMAT DALAM JAWATAN YG DIPEGANG DAN TERPESONG......

    SAYA TIDAK LAH MAHU MEMBUKA PEKUNG DIDALAM PARTI SAYA SENDIRI TETAPI DEMI UNTUK BERKATA BENAR DARI BENAK HATI SAYA...KEPIMPINAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR AMAT LESU,LIDAH KELU DAN DIAM SERIBU BAHASA...SAYA HORMATI KEPIMPIANN TETAPI ADA;LH MALANG JIKA KITA MENGHORMATI SESEORANG SEHINGGA KITA LUPA BELIAU MEMEGANG SATU JAWATAN YG PENTING YG SEPATUTNYA DIGERAKKAN SEGALA JENTERA UNTUK MENYERANG BALAS ...INILAH YG DILAKUKAN OLEH PARTI PAS,PKR,DAP KETIKA MEREKA TIADA KUASA...LAKUKAN SERANGAN DEMI SERANGAN SEHINGGA YG TIDAK BENAR MENJADI BENAR PADA MATA KACXA RAKYAT YG KURANG ARIF.....APAKAH STATEGI INI TIDAK DIFAHAMI OLEH KEPIMPIAN NEGARA....ADALAH KJ YG BERLULUSAN TINGGI TIDAK MEMPUNYAI AKSES UNTUK MEMAHAMI INI SEMUA...ATAU ADA KUMPULAN2 DALAMAM YG SENGAJA MEMBIARKAN UMNO LUMPUH DAN KALAH DARI DALAM PARTI SENDIRI...

    MEMANG BENARLAH UMNO REPUT BUKAN DARI KUASA DARI LUAR TETAPI UMNO REPUT HASIL DARI DALAMAMNYA SENDIRI...MAKA BENARLAH PRU13 NANTI BN AKAN KALAH BESAR HASIL DARI BUDAYA MENGUTAMAKAN POPULAR INDIVIDU SAHAJA TANPA MELIHAT KEKUATAN JARINGANNYA DENGAN SEKELILING...

    ADAKAH KEPIMPIANN PEMUDA UMNO MALAYSIA KUAT JARINGANNYA ATAU SEKADAR MENUMPANG POPULAR SESEORANG......ATAU 304 SAHAJA YG BERKERJA....

    PATUTLAH UMNO BUAT DEMO YG DATANG 8 ORANG SAHAJA...SAH2 TAK DE JARINGAN...TU PUN TAK NAMPAK KE.....APSAL DS KHIR DIAM JE...NAK SIMPAN BUAT APA...JAGA NAMA KE..!CAKAP JE LA....SURUH LAKSANAKAN ATAU TUKAR YG MEMPUNYAI JARINGAN UNTUK BERGERAK.......!

    APA PUN BOLA ITU BULAT......SIAPA SANGKA ITALY,ENGLANG,BRAZIL KALAH AWAL.....DOA DAN HARTAPAN SEPANYOL MENJADI JUARA....MAKLUMLAH PASUKAN CAIIIII...DULU ORANG TAK NAMPAK..SEKARANG BARU BUAK MATA...NAHHH...AMBIKK..KOOO !....KAH..KAH..KAH..

    ReplyDelete
  4. go spain go!

    primadona mmg ramai dalam UMNO, kerja tak seberapa...nak glamer sahaja...mementing diri sendiri, bila kalah salahkan orang lain...

    Dato sorang sahaja yang mengakui dan bertanggungjawab kekealahan BN di selangor sedangkan pengerusi badan perhubungan negeri kalah yang lain terhegeh2 nak bertanggungjawab, termasuklah Presiden UMNO pada masa itu.

    saya sokong pendapat hanizan, sekarang banyak isu yang menyebelahi BN dan UMNO tapi ramai pemimpin kita masih lagi berperangai seperti kerajaan mengharapkan akhbar arus perdana untuk berkempen..walhal pengundi muda sudah jelak dan benci dengan akhbar mainstream ini, yang tua pun ada yang tak baca...sampai bila kita harus berlagak seperti kerajaan sdangkan ada negeri yang kita pembangkang?

    Jadilah kelantan sebagai iktibar sekali jatuh ketangan pembangkang sampai LA tak dapat kembali angkara pertelingkahan dalaman UMNO sendiri..kejar projek dan cah keting

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang ada juga keperluan untuk memilik primadona. tetapi primadona yang ada mestilah benar-benar berkebolehan. Dalam politik, primadona sangat perlu agar ianya dapat memberi sunditakkan semangat kepada seluruh ahli. Primadona politik yang ada sekarang ini banyak yang hanya popular semasa hari nak mengundi, bukan popular sebelum mengundi atau sebelum dapat jawatan. Primadona jenis bidan terjun lambat laun akan merosakkan kepercayaan rakyat kepada parti dan sebagai contoh kerana terlalu cepat sangat jadi primadona, maka Kj terbalik menjadi beban politik kepada umno.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong Jerman.Salah kah?.Sememangnya dalam apa jua yang dilakukan kita memerlukan strategi.Dan strategi yang paling baik adalah strategi penyapu.

    ReplyDelete
  7. tolong jangan bising2, pemimpin UMNO sedang tido lagi niiiii

    ReplyDelete
  8. salam chief,

    setuju dgn spain vs holland.bijak dan tepat ramalan dato.

    saya hairan mengapa tidak ada lansung strategi atau action untuk memenangkan kembali
    negeri selangor.

    kehebatan strategi pkr seperti memberi kuasa
    kepada azmin tetapi tidak memberhentikan khalid juga sekali gus menyekat kemaraan dap dan memberi
    keyakinan akan ada 'movement'dan'action'yang lebih positive untuk rakyat selangor.

    penang kepunyaan dap,kedah dan kelantan pas,
    sudah tentulah dsai di beri selangor.sesiapa
    sahaja dari pkr yang di arah menerajui,dia akan
    pasti mendapat sokongan dap dan pas.

    mengapa umno selangor membisu?kemenangan
    umno di selangor sekaligus menunjukkan ketidak
    sokongan rakyat terhadap cara dsai vis a vis
    pkr dan pakatan memerintah.

    umno tidak ada primadona.dsai primadona lagi kuat bekerja serta berpengaruh.di london
    pun tuduhan yang menggegarkan.

    apa nak jadi umno dato?

    ReplyDelete
  9. Salam Dato Seri..

    BN Selangor ada peluang lagi ker dlm PRU13? World Cup dan PRU adalah 2 benda berbeza walaupun tempoh masanya hampir sama...4 thn sekali.
    Kenapa UMNO saja dipersalahkan, MCA, MIC, Gerakan,PPP buat apa??? Tgk bola pandai, komen forward lembab la, m/field tak reti passing, back tak larat lari...cuba jadi coach.. nak buat strategi, hancusss!!
    Itu la yg jadi kat BN selangor ni, nak harap UNMO saja yg berjuang...dah la coach negeri pun jadi coach negara, Assistant coach pulak mcm org sawan..."Ajak org bertumbuk mungkin buleh kot"..sorry la to YB NOH.
    Team work tu penting..mampukah MCA, MIC menang lwn Teresa, Tony ataupun Mano??
    DS pun boleh tgk masa PRU yg lepas, BN/UMNO buleh la menang kat area hujung-hujung negeri (termasuk Sg panjang). Ada DUN yg boleh menang, bagi kat MIC (Bkt Melawati/B. Caves), akhirnya kalah..area majoriti melayu tu. PRU 13, boleh ke Bn menang kat Gombak, ampang, Hulu Langat? Pucong, PJ, S.Kembangan tak yah cerita la. Kalau Cina membentuk lebih 40% pengundi, jgn harapla BN nak menang.
    Rasanya la, UMNO kena buat mcm Suarez (Uruguay), lakukan sesuatu yg mungkin menjadi kebencian,kemarahan org lain..janji team menang! Peduli ape dgn MCA, MIC, diaorang ni mcm melukut tepi gantang jer "Ada tak menambah, takde tak mengurangkan"atau mereka seperti gunting dlm lipatan?. Lakukan la sesuatu DS..MUNGKIN DS ada tangan ajaib itu!

    Bravo Selangor ku sayang.
    Nota kaki: Patutkan permintaan 1 billion utk SRJK Cina dilayan?

    ReplyDelete
  10. Menyegar, dah ambik upah dengan Kj ka. Kalau belum pi jumpa dia kat kawloon hotel. Bagi penyapu prestasi PBT meningkat, GLC berjaya. PR perintah bru 3 tahun hampir bankrap negeri. Kepala penyangak ditaja dan hidup mewah di london.

    ReplyDelete
  11. salam..

    perkara utama adalah persepsi rakyat terhadap kerajaan.

    semakin kerajaan mencengkam rakyat semakin buruk persepsi kerajaan dari kaca mata rakyat.

    primadona seharusnya ditangani dengan bijak.tak boleh buang kita bagi duduk dibangku simpanan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    DSKT dan kawan blogger,

    Takkan kita nak serah nasib pada oktupus (sotong kurita) seperti ramalan bolasepak. Sebelah letak BN dan sebelah lagi BA, kemudian suruh si kurita pileh mana yang patut menang.

    Sekarang si BA memerintah, dia buatlah cara dia. Hari tu BN memerintah, BN buat cara BN. Kalau main foul, kenalah penalti. Begitu kan adil.

    Pengadil nya ialah rakyat.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  13. Salam DSKT,

    Sebagai anak jati Selangor saya bimbang dengan perkembangan politik Selangor skrg. Kemampuan UMNO Selangor utk mengharungi PR ke 13 juga saya nampak kurang jelas.

    Ramai yang memberikan pandangan dan cadangan untuk membantu DS dan UMNO Selangor. Sebagai bekas salah seorang ahli PERMAS saya merayu kepada DS sekali lagi agar mengumpulkan semula bekas ahli PERMAS sejak tahun 1970 an hingga sekarang untuk bergabung bagi membantu memperkukuhkan lagi jentera UMNO Selangor.

    Sekadar menyebut beberapa nama2 yang hebat, YB Sulaiman Razak, Dato Norazman Nurdin ( Lebar Daun), Bahtiar Kasbi, Foad Abdollah, Mustafar Hj Ali ( Pengarah SPRM), Azemi Aziz ( Arkib Negara ) dan ramai lagi, kami semua memang produk BTN yang betul2 anak jati Selangor. Mungkin juga ramai ahli PERMAS yang sudah beralih arah, tapi saya percaya jika diberi peluang dan ruang kami boleh membantu UMNO Selangor.

    ReplyDelete