Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, July 20, 2010

Catatan: PAC dan IKYS

1. Adun-adun BN Selangor tidak menolak secara total perlantikan ADUN Sungai Burong, YB Dato' Shamsuddin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC). Yang dipertikaikan ialah komposisi dalam PAC yang tidak memungkinkan Dato Shamsuddin menjalankan tugasnya dengan baik. Dalam PAC yang mempunyai tujuh orang, hanya dua orang (termasuk Dato' Shamsuddin)yang merupakan ADUN BN.

2. Bagi saya, komposisi ini tidak mencerminkan kekuatan Pengerusi PAC dan ia tidak lebih daripada satu lagi perubahan kosmetik yang bermotifkan politik semata-mata.

3. Namun oleh kerana usul ini telah diluluskan dalam sidang Dewan Negeri Selangor, maka saya fikir Dato' Shamsuddin perlu menjalankan tugas beliau sebaik mungkin dalam kekangan-kekangan yang ada. Adalah penting untuk menghormati keputusan Dewan Negeri terutama membabitkan jawatankuasa sebesar ini.

4. Saya percaya sebagai bekas pentadbir yang berpengalaman, Dato' Shamsuddin akan menggunakan pengalaman dan kepakaran beliau sebaik mungkin mengatasi kekangan yang ada bagi membantu memperbaiki kelemahan kerajaan negeri yang sangat ketara sekarang ini.

Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

5. Saya berasa sangat terkilan dan sedih dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk menutup IKYS di Sabak Bernam. Keputusan ini merupakan satu langkah kebelakang kerajaan negeri dalam memajukan belia selangor yang tercicir dalam pelajaran.

6. Sungguhpun pelajar sedia ada akan dipindahkan ke Kolej INPENS di Kuala Selangor, namun pada masa akan datang tentulah jumlah belia Selangor yang boleh mengikuti latihan kemahiran akan berkurangan kerana satu tempat telah ditutup.

7. Adalah tidak benar Kenyataan Akhbar Yayasan Selangor bahawa perkara ini telah dirancang sejak sebelum 2008 lagi. Seingat saya tiada sebarang perbincangan dalam Lembaga Pemegang Amanah Selangor sebelum 2008.

8. Saya juga dimaklumkan oleh bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Tuan Haji Takril Tasuki bahawa tiada sebarang perancangan dan perbincangan di peringkat pengurusan Yayasan sebelum 2008 untuk menutup IKYS.

9. Justeru saya berharap Yayasan Selangor sebagai sebuah badan profesional mengendalikan isu-isu mengenai mereka secara profesional bukannya secara politik. Jangan buat kenyataan seperti ahli politik terutama jika ia bukan sahaja menjejaskan krdebiliti Yayasan tetapi juga kemungkinan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

10. Sesungguhnya penutupan IKYS dan menyerapkan pelajar sedia ada kepada Inpens merupakan satu titik hitam dalam usaha kerajaan negeri membangunkan modal insan di Selangor.

11. Alangkah anehnya, sebuah pusat latihan kemahiran ditutup dan akan diganti dengan pusat latihan kem bina semangat. Saya tidak menafikan keperluan motivasi dan kursus siasah diri. Namun jika dibandingkan keperluan kursus bina insan dengan kursus kemahiran, saya fikir seluruh rakyat akan setuju bahawa kursus kemahiran perlu jadi keutamaan dan kursus modal insan ini hanyalah sebagai tambahan sahaja.

12. Malangnya kita mendapat kerajaan negeri yang suka bercakap perkara-perkara yang indah dan retorikal tetapi tidak realistik dengan kehendak pembangunan.

13. Saya hanya boleh mendedahkan, namun terserahlah kepada rakyat untuk menilainya.

27 comments:

  1. Salam Dato Seri,

    Nampak sangat kerajaan Selangor sekarang makin teruk, makin buruk rupanya. Lepas satu kes, satu kes pula jadi. Berkenaan dengan PAC, ambil sikap telus, jika perlu rakyat tahu, dedahkan kepada rakyat. Biar rakyat yang jadi hakim dalam hal ini.

    ReplyDelete
  2. biar rakyat tahu..saya mengalu2kan usaha berterusan pendedahan ds ini....sekurang2nya rakyat dapat menilai untuk samada ingin memberi mandat atau sebaliknya dimasa akan datang...

    ReplyDelete
  3. Walau apapun alasan DSKT, sekurang-kurangnya Kerajaan Selangor mencipta sejarah melantik pembangkang sebagai pengerusi PAC, klu DSKT mahu komposisi pembangkang ditambah, kenapa tidak diusulkan di parlimen supaya komposisi AJK PAC parlimen memihak kepada pembangkang dan dipengerusikan oleh pembangkang. Cakap serupa bikin baru DSKT dihormati.

    ReplyDelete
  4. salam dr khir

    kerajaan selangor sekarang ini ditadbir seperti organasasi koporat.tiada untung tutup.kelihatan kerajaan selangor macam tiada duit.

    kerajaan yang baik adalah kerajaan yang dapat menjalankan tagungjawab sosial kepada rakyatnya.

    ReplyDelete
  5. Kenapa pula nak tutup IKYS , apakah bajet sudah tidak mencukupi? Nampaknya keadaan di Selangor sekarang semakin bercelaru dan mengelirukan. Seolah-olah macam ada tangan ghaib meminta MB tutup IKYS. Lepas ni apa pula yang nak ditutup ..Unisel? Inspens? Rasanya majoriti pelajar IKYS ini adalah pelajar bumiputera luar bandar. Bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara kebelakangan ini apa-apa sahaja yang berunsur atau ada kepentingan Melayu dan bumiputera akan ditekan, diperlekehkan dan diserang dari segenap penjuru sama ada dari dalam PR atau dari dalam BN. Tekanan dan serangan ini sama ada dibuat secara terang-terangan atau secara tersembunyi dan lebih malang ada pula tokoh-tokoh Melayu sama ada dari PR atau BN yang membantu serangan dan tekanan ini. Kalau tidak membantu sekalipun kebanyakan tokoh-tokoh Melayu ini akan rasa malu-malu kucing untuk mempertahankan kepentingan Melayu takut kena cop sebagai racist kononnya. Walhal tokoh-tokoh bukan Melayu atas nama kebebasan bersuara dan persamaan hak begitu lantang dan tiada pantang larang memperjuangkan kepentingan kaum mereka. Apakah orang-orang Melayu sama ada di dalam UMNO,PAS,PKR dan tidak berparti harus diam sahaja?

    ReplyDelete
  6. Salam Dato',

    Saya setuju pendapat untuk mendedahkan kerenah Kerajaan Negeri supaya rakyat menilai semula dalam PRU ke13 yang mungkin diadaka pada tahun 2013.

    Selamat bertemu lagi tahun 2013.

    ReplyDelete
  7. PR, apa nak babitkan parlimen ke apa. Soalnya ko orang yang cakap nak ketelusan era baru. jadi kalau nak buat telus semuanya buatlah dengan cara yang betul bukan setakat imej kosmetik saja.

    ReplyDelete
  8. Isu pasir: Noh didakwa sasar Khir, bukan Khalid
    Jul 21, 10 4:00pm

    Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

    Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

    "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

    Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

    "Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Shuhaimi.

    "Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

    Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Mohd Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

    Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya.

    Ke
    tika serangan bertubi-tubi kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat sejak minggu lalu, kedua-dua tokoh Umno itu bagaimanapun menyusun tindakan secara berasingan, sekali gus mencetuskan spekulasi berhubung persaingan sesama mereka.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh.

    "Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi.

    "Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."

    SAYA NAK KOMEN DARI YG EMPUNYA DIRI

    ReplyDelete
  9. salam....

    imej dan lagak aneh-aneh@pelik (seng orak-orak)
    lebih haiwan dr insan..atau haiwan lebih bagus?

    ReplyDelete
  10. Saudara sangkatula, elok saudara kaji dahulu siapa yang mulakan timbul isu ini. Saya atau Datuk Seri Noh. Kalau saudara ambil masa sejenal tentu saudara tahu saya yang mula timbulkan isu ini. Jadi adakah ini bermakna saya ingin memburukkan diri saya sendiri.

    lebih aneh lawatan ke Dengkil tersebut diaturkan oleh Dato Marsum.

    ReplyDelete
  11. salam.....

    senang cerita..dalam spinning pasir nie...

    si suhaimi terberak kat tepi jalan...si noh
    cakap ni taik sapa dari seberang jalan sana dan si khir
    pulak cakap nie najis sape dari tepi sini jalan...dan si suhaimi pulak menyebuk kata macama-macam konon
    dua pemimpin Selangor nie tak sehaluan....
    sedang orang ramai tau sape punya taik tu...

    ReplyDelete
  12. Salam datuk dan para bloger.

    Pada hemat saya, pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas. Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

    Muhyiddin, Noh dan datuk seri dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar PR mendahulukan kebajikan rakyat. Dasar kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan dan memeritkan (kempis) poket kroni Umno di Selangor yg telah biasa dengan cara BN dahulu. Kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

    Melalui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen (bukan Ali Baba) sahaja yg boleh mendapatkan lesen tersebut.

    Kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yg diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yg meningkat sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.
    Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yg hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

    Motif yg ditunjukkan pemimpin Umno boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yg memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yg didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

    Orang nombor dua Umno sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air. Perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yg dikaitakan dengan Umno.

    Sahabat blogger.. anda perlu renungkan dengan berlapang dada dan memikirkan hakikat bahawa rakyat di negeri asal timbalan perdana menteri (Johor) itu sendiri, terpaksa tanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu. Wahai para blogger yg setia dengan regim Umno/BN di negeri tanah tumpah darahku Selangor Darul Ehsan ini, mahukah anda membayar harga air sama dengan harga air di Johor? Cubalah renungkan isu-isu ini dan luaskan pemerhatian anda

    ReplyDelete
  13. Sangtula, kenapalah anda membangkitkan pekara remeh temeh. Isunya pasir yang dirompak sebegitu rakus oleh PR. Bukan masalah peribadi seperti tomahan ADUN Seri Muda yang merupakan Timbalan EXCO pasir. Suhaimi cuba mengalihkan isu kepada pertelagahan kononnya, tapi beliau lupa sendiket curi pasir mungkin berkaitan dengan beliau. SPRM telah menjemput beliau 2 x bagi proses mengumpul maklumat

    ReplyDelete
  14. Salam Dato Seri,

    Bercerita pasal kes pasir ini, apa pandangan Dato Seri dengan pendedahan dari MP Tony Pua didalam article 'www.malaysia-today.net'?

    Mengikut laporan beliau, royalti pasir yang di terima oleh kerajaan negeri Selangor adalah lebih baik dari tahun2 sebelum, semasa di bawah pemerintahan mantan menteri besar UMNO yang terdahulu. Sila rujuk fakta seperti dibawah,

    Tahun 2005 Royalti RM3.54 juta
    Tahun 2006 Royalti RM4.37 juta
    Tahun 2007 Royalti RM4.39 juta
    Tahun 2008 Royalti RM8.17 juta
    Tahun 2009 Royalti RM13.76 juta
    Tahun 2010 Royalti RM15.3 juta (setakat Jun)

    Apa pandangan Dato Seri? Kalau apa fakta yang disiarkan ini tidak benar, sila lah saman mereka2 ini. Berani sungguh mereka cuba mempertikaikan kewibawaan Dato Seri meneraju Selangor dulu kan? :)

    Jangan hanya tau baling batu sembunyi tangan aje sambil bersembunyi di dalam mahligai mewah di Shah Alam.

    Kepada penyokong2 UNMO, jangan lah terus menerus di perbodohkan oleh pemimpin-pemimpin anda. Apabila harga barang semua naik, semua duduk diam aje. Panggilah 'penyelarasan harga'atau 'kenaikan harga yang berhikmah'. Hakikat yang pasti, kenaikan ini semua adalah kerana kegagalan pihak kerajaan dalam menguruskan perbendaharaan negara dengan berhikmah. Terlalu banyak rasuah yang berlaku, direct negotiation yang mana akhirnya menyebabkan kos naik berlipat kali ganda. Sendiri mau ingat bro..

    ReplyDelete
  15. Saudara Shamsul,

    1. Untuk kiraan tersebut perlu dijelaskan berapa luas kawasan perlombongan pasir tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Perlu juga dijelaskan berapa juta tan hasil pasir sekarang dengan zaman dahulu. jadi barulah boleh buat perbandingan.

    2. Jangan kata RM 15 juta, 200 juta pun boleh dikutip kalau kita korek sesuka hati untuk keluarkan pasir.

    ReplyDelete
  16. Saudara Yeop Perak,

    Jika benar dakwaan saudara berkenaan dengan isu pasir yg (konon-kononnya di rompak dengan rakus oleh PR), sila lah bawa bukti2 tersbut kepada pihak yang berwajib. Bukankah Polis & MACC berada dibawah telunjuk kerajaan pusat? Janganlah hanya jadi macam mantan menteri besar kita ini sahaja, yang hanya pandai berkokok menabur fitnah didalam blog ini sahaja. Jika ada bukti silalah bawa kepada pihak yang berwajib. Saya sokong 100% tindakan diambil jika mereka benar2 bersalah. Kalau mereka tak bersalah, janganlah pula cuba sedaya upaya untuk memaksa mereka mengaku sampai campak-mencampak orang keluar tingkap cukup lah...

    ReplyDelete
  17. Datuk Seri,

    Saya yakin Dato Seri lebih arif berkenaan perkara ini. Sila berikan fakta berapa luas kawasan untuk melombong pasir yang dikeluarkan dibawah pemerintahan dato seri? Berapa hasil yang Dato Seri dapat kutip per metric ton pasir yang dilombong? Dan kalau boleh, sila berikan juga perbandingan dengan kerajaan PR sekarang.

    Apa yang saya nampak, pemimpin2 UMNO termasuk Dato Seri amat cenderong dalam menyalahkan kerajaan PR dalam menangani isu perlombongan pasir secara haram ini. Tahukah Dato Seri (atau sengaja buat2 tak tahu) bahawa agensi penguatkuasaan seperti Polis, MACC berada di bawah telunjuk kerajaan pusat? Jadi janganlah disalahkan pihak kerajaan negeri jika agensi terbabit yang lembab dalam mengambil tindakan. Rakyat sudah lama meminta kerajaan supaya menukar IGP yang sedia ada, yang mana kita semua sedia maklum telah gagal dalam melaksanakan tugas2 yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau. Buktinya ialah statistik jenayah setiap tahun dibawah teraju beliau semakin teruk. Tetapi yang anihnya, PM terus mempunyai keyakinan beliau terhadap insan2 seperti ini.

    Tengok contoh yang lain, yang membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang. Untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan (yang terang2 mengingkari dan bertindak diluar batas2 sebagai kakitangan kerajaan) pun mereka tidak dapat melakukan kerana kakitangan ini dilindungi oleh Ketua Setiausaha Kerajaan Pusat. Beranikah kakitangan kerajaan di negeri pemerintahan BN untuk memaki hamun dan memanggil seorang ketua menteri didalam sidang akhbar sebagai biadap?

    ReplyDelete
  18. Salam semua,

    Untuk Yeop Perak.. Pi jaga negeri anda sudahla. Cuba tengok lombong pasir di Bikam, Sungkai, Bidor, Batu Gajah, dan Slim River tu.. Tak payah la menyebuk kat negeri kami. Lepas tu tengok pula Zambri bagi kebun sawit kat sekolah2 cina di perak. Lepas tu.. Yeop tengok pula exco baru tidak sampai sepenggal dah ada rumah ratusan ribu di Kg. Attaduri, Langkap (DUN Sg. Manik/Parlimen Pasir Salak). Bukan irihati dan dengki, tetapi itulah hakikat yg kita kena terima, apabila berkuasa disitulah jalan menimbun harta.
    Itulah sebabnya saya sarankan para blogger, banyakkan membaca dan membuat servey, banyakkan berjalan supaya kita tidak seperti katak di bawah tempurung. Tengok la tempat orang sikit.

    ReplyDelete
  19. salam....


    Mungkin pendapatan royalti kerajaan negeri
    bermakna lombong pasir bukan milik kerajaan negeri,perlombongan di tanah persendirianlah..

    ini eloklah bagi menjamin tanah kerajaan tidak
    musnah atau jatuh nilai....

    pendapatan dari tahun 2005 hingga 2009 pasti
    tidak babitkan tanah kerajaan....walaupun nampak
    peningkatan pendapatan...

    Nampaknya sekarang lombong di tanah kerajaan dan lombong haram pula dikorek
    dengan rakus tanpa kawalan sempurna..

    betullah kata dato'...rm200 juta boleh dicapai..
    malangnya habis tanah,habislah pasir,hancurlah
    alam sekitar....kerna mengejar RM tak seberapa,
    kos lain pula lebih tinggi...apa gunanya!!!

    jangan nanti anak cucu menanggung beban...duduk
    ditanah jerlus yg lohong atau tinggal atas rakit bekas lombong!!

    ReplyDelete
  20. salam....

    ku tak rela kerna gula-gula yg manis
    kantung KDEB kempis dek menanggung
    rebat air...adakah ku bijak atau
    apa?...mana kasih sayang pada negeri?

    apakan daya PR punya janji..ku rasai jua!

    kini adakah kau rasa seperti ku rasa...
    kerajaan negeri korek pasir dengan rakus
    di sini,tampung kurang di sana??

    atau kata orang...sambil menabung penuhkan kantung utk hadapi PRU13?

    peningkah aku???

    ReplyDelete
  21. salam....

    dalam isu pasir bukan takat mencari kesalahan
    gov.dulu dan gov.kini tetapi lebih dari itu....
    ini membabitkan terlungkupnya periuk nasi
    pengusaha pasir MELAYU..ape? MELAYU!!!

    sifat diktatoran atau balas dendam?

    terpacul juga...lagu mana "kronimu bukan kroni ku"?

    ReplyDelete
  22. 1.Nak tahu juga daripada sumber mana MP Tony Pua ini memperolehi fakta tentang royalti pasir dari 2005-2010 dan adakah fakta ini boleh disahkan oleh pihak ketiga dan bebas? Atau perlu ditubuhkan satu Suruhan Jaya Bebas Pasir Selangor untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan telus berkenaan urus niaga pasir di Selangor ini? Selain keluasan kawasan dan kuantiti pasir yang dilombong satu lagi fakta yang harus diambilkira ialah harga jualan pasir pada 2005-2010 adakah sama atau ada peningkatan dari segi harga jualan dalam tempoh tersebut dan dengan demikian royalti yang lebih tinggi dapat dikutip?

    2. Kerajaan PR sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat? IKYS yang ditubuhkan untuk menyediakan latihan kemahiran untuk pelajar dari keluarga kurang kemampuan dan luar bandar pun ditutup atas alasan tidak menguntungkan jadi di sini apakah keuntungan atau kebajikan yang menjadi keutamaan? Terbaru di Pulau Pinang ada arahan
    supaya rumah kos rendah dengan keluasan kurang 700 kaki persegi dilarang dibina atas alasan rumah ini kebersihannya tidak terjaga tetapi di dalam masa yang sama banyak rumah-rumah kampung dirobohkan atas nama pembangunan.Kita semua pun sedia maklum orang apa yang hanya mampu membeli rumah kos rendah ini dan apa motif politiknya ( kecuali di kalangan penyokong tegar PR) apakah ini juga dianggap kebajikan?

    3.Kesimpulannya Kerajaan BN Selangor dahulu sebelum 2008 memang ada banyak buat silap dan kecacatan tetapi kerajaan yang ada sekarang lebih banyak kecacatan dan buat silap. Rakyat Selangor mungkin perlukan alternatif kepada BN tetapi alternatif tersebut bukanlah PR seperti yang ada pada hari ini.

    ReplyDelete
  23. Ds, nampaknya ramai yang tak faham atau sengaja buat tak faham kerana fanatik atau dendam melulu samada kepada Bn atau secara peribadi kepada DS. Masih ramai lagi melihat berapa kutipan semasa zaman DS berbanding 2 tahun zaman PR. Zaman DS pasir tidak dibenarkan dikorek atau dilombong atas tanah milik kerajaan negeri, hanya dibenarkan diatas tanah persendirian selepas mendapat kelulusan dari pihak berkaitan. Berbanding zaman PR, pasir dikorek sesuka hati atas tanah kerajaan dan tiada pemantauan boleh dibuat oleh PTG. Kuasa mengeluarkoan doket yang sebelum ini dimiliki oleh PTG telah diambil alih oleh KSSB. Yang dipersoalkan ialah mengapa KSSB ini diberi terlalu besar kuasa. Pengorekkan bukan sahaja berlaku diatas tanah yang diberi kelulusan oleh kerajaan melalui KSSB, tetapi KSSB sendiri seolah merestui kecurian tersebut. Sebagai contoh di HS, terdapat bukti kes kecurian pasir berlaku dibahagian dalam, tetapi di jalan masuk diletakkan papan tanda memaklumkan bahawa KSSB telah diberi kebenaran membersih cucigali sungai. Yang nyatanya sungai tidak dibersihkan, lori keluar setiap hari, lombong pasir atas tanah kerajaan bersebelahan pula yang dirompak. Penduduk tidak dapat berbuat apa-apa kerana menyangka pasir yang diangkut keluar adalah yang diluluskan, malangnya KSSB mengambil kesempatan dan mengabui mata penduduk.

    Kes seperti ini berlaku dibanyak kawasan terutamanya di Dengkil, Bukit Canggang, olak lempit. Namapknya penubuhan KSSB memang dirancang sebegitu baik atas nasihat RM1.00 dan kepada rakyaat selangor inilah akibatnya memberi kuasa kepada mereka yang hanya manis dimulut serta petah berceramah sedangkan kerja yang mereka tahu dan pandai hanyalah mengambil apa yang sedia ada dan Korek..korekk..korek.

    ReplyDelete
  24. En Samsul ... Kalau kita jual satu daerah kat Selangor ni kat tauke pasir lagi banyak kerajaan dapat royalti... maun Bilion RM tu..

    ReplyDelete
  25. DSKT, teruskan usaha pembongkaran dan penyelewengan di Selangor. Nampaknya segala pekung dan bau busuk PR dalam 2 tahun ini terlalu banyak dan seolah-olah dirancang sebegitu lama. Saya percaya ada lebih banyak lagi kes-kes penyelewengan yang mereka lakukan dan saya percaya pengundi atas pagar akan membuat pusingan U selepas ini. PR akan mencipta sejarah meninggalkan kawah-kawah dan lombong-lombong pasir yang banyak di negeri selangor

    ReplyDelete
  26. 1. Isu SDO Nik Ali di Pulau Pinang vs KM Lim Guan Eng. Ada yang bela KM Guan Eng nampaknya. Apakah di negeri-negeri PR yang lain seperti Kedah, Kelantan dan Selangor tiada SDO tetapi mengapa SDO di negeri yang berkenaan tidak bersikap kurang ajar dengan MB dan KM di sana? Semasa Sabah dan Trengganu di bawah pemerintahan pembangkang apakah SDO pada masa itu ada timbulkan masalah dengan MB dan KM pada masa tersebut? Mestilah ada sebab SDO Nik Ali hilang kesabaran sehingga lawan balik kritikan KM Guan Eng. Jangan kerana SDO Nik Ali tidak dapat memenuhi agenda politik DAP maka dia dijadikan sasaran kritikan KM Guan Eng.

    2. Isu beri 1000 hektar tanah sawit pada sekolah Cina Perak. Ada penyokong PR kata YAB Zambri yang beri. Kaji fakta anda semula betul-betul..saya rasa semua pihak sedia maklum bekas MB Nizar yang beri kelulusan ini semasa PR tadbir Perak dari Mac 2008 hingga awal 2009. Oleh kerana bekas MB Nizar dah bagi kelulusan takkan lah YAB Zambri nak tarik balik kelulusan ini nanti dikatakan YAB Zambri ni racist pulak. Mahu tak mahu dan suka tak suka kena jalankan juga kelulusan tersebut. Jadi jangan putar belitkan fakta anda semata-mata nak tutup isu pasir di Selangor ini.

    ReplyDelete
  27. Sdr Samsul,Sangkatula dan lain lain,
    Bila saya mendapat laporan tentang kemusnahan terhadap alam sekitar dan juga tanah bekas lombong pasir tidak mungkin dibaik pulih dan bekas bekas lombong ini tidak boleh digunakan samada utk sunber air minum mahupon utk ternakan ikan kerana kandungan air bekas lombong pasir ini mengandungi bahan kimia beracun yang sukar dibuang,saya telah buat keputusan semua lombong di tanah kerajaan mesti ditutup serta merta dan tidak ada lagi permit pasir dikeluarkan di atas tanah tanah kerajaan,permit keluar
    pasir hanya di keluarkan atas tanah tanah persendirian sahaja.

    Memanglah jumlah pendapatan pasir semakin menurun dan itu sebagai bukti kerajaan dahulu dapat mengawal kegiatan lombong pasir terutamanya di atas tanah kerajaan.Pendapatan pasir sekarang meningkat kerana kerajaan sekarang membuka lebih banyak lombong terutamanya di atas tanah kerajaan.
    Saya ketawa sahaja bila perkara pendapatan pasir ini ditimbulkan oleh mereka nampak benar mereka tak cerdik.
    Isu pasir tak sepatutnya jadi isu politik,kerana isu ini adalah berkait dgn kelemahan pentadbiran kerajaan Khalid Ibrahim dan adanya unsur unsur kegiatan samseng yang melindungi mereka.Saya timbulkan isu ini bukan kerana alasan politik tetapi kerana masa depan rakyat selangor,saya tak mahu negeri selangor jadi negeri berlubang lubang dan sungai sungainya rosak dan menyukarkan utk rakyat mendapat bekalan air minuman suatu hari nanti,malah masa akan datang harga rumah pasti melambung kerana tak banyak tanah kerajaan yang boleh digunakan utk pembangunan perumahan.

    Saya juga kurang memahami mengapa Khalid Ibrahim beria ia mempertahankan KSSB,sehingga menampakkan ada sesuatu hubungan istimewa antara keduanya.Sepatutnya KHalid Ibrahim mengambil pendekatan turun sendiri ke bawah dan melawat sendiri kerosakkan yang telah berlaku sebagaimana yang pernah saya lakukan sendiri,apakah yang beliau risaukan jika itu yang rakyat mahu beliau lakukan.

    ReplyDelete