Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, July 17, 2010

Pemerkosaan dan Pemusnahan Tanah Negeri

1. Tujuan ADUN-ADUN BN Selangor menimbulkan isu pasir ini membabitkan berasaskan beberapa perkara iaitu  kemusnahan alam sekitar, kemusnahan tanah kerajaan,  curi pasir, pasir haram, dan penyelewengan yang begitu besar dalam pemerolehan hasil industri pasir. Namun intipati utama pendedahan ini ialah betapa kegiatan perlombongan pasir di Selangor dilakukan dengan begitu rakus, tidak terkawal dan seolah-olah tiada hari esok lagi.

2. Di sesetengah tempat kegiatan perlombongan pasir dilakukan tanpa henti siang dan malam. Saya tidak pasti apa yang begitu dikejarkan oleh pelombong pasir ini. Wakil-wakil rakyat BN yang turun begitu terkejut melihat "kawah bumi" yang begitu besar dan dalam di Dengkil. Di Hulu Selangor pula kawasan yang dahulunya berbukit (mengikut makluman orang kampung) kini sudah menjadi tasik. Di  celah-celah pokok di Bukit yang belum ditarah jelas kelihatan jengkaut dan jentolak berada di sebalik pokok-pokok menandakan bukit seterusnya akan menjadi mangsa pelombong pasir ini. Ini berlaku di kawasan yang dianggap sebagai kawasan tadahan air Selangor.

3. Justeru kita lahirkan kebimbangan siapa yang akan memulihkan tanah tersebut dan apa yang akan terjadi kepada kawasan sekelilingnya. Pada mulanya kita beranggapan ia isu kecurian pasir atas tanah milik kerajaan yang tidak dikawal oleh kerajaan negeri. Namun pengakuan kerajaan negeri bahawa kawasan-kawasan tersebut mempunyai permit yang sah dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd menimbulkan isu yang lebih besar. Rupa-rupanya kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini dilakukan oleh kerajaan negeri sendiri.

4. Isu utama di sini ialah siapakah akan bertanggungjawab terhadap pemulihan lombong-lombong pasir atas tanah kerajaan ini pada masa akan datang? Berapakah yang KSSB peruntukkan daripada perolehannya untuk pemulihan kawasan ini? Mengapa pula lombong pasir yang begitu luas di Selangor hanya mendatangkan pendapatan sekitar RM 8 juta kepada KSSB? Dan hanya RM 4 juta masuk ke kantung MBI.

5. Mengikut YB Wong Kun Mun (ADUN Kuala Kubu Bharu), kawasan perlombongan pasir di Bukit Changgang / Olak lempit yang menjadi kontroversi baru-baru ini telah menjana pendapatan tidak kurang RM 100 juta berdasarkan keluasan dan kedalaman kawasan tersebut. Itu baru satu kawasan. Bagaimana yang lainnya? Fikirlah!

6. Sebaliknya segala soalan-soalan yang sangat relevan ini dijawab dengan cara mengubah haluan isu oleh kerajaan negeri. Tan Sri Khalid Ibrahim menulis surat kepada YAB Timbalan Perdana Menteri mengenai senarai pencuri pasir di Selangor. Terkejut beruk rakyat. Jika Menteri Besar sudah ada senarai pencuri pasir mengapa tindakan tidak diambil oleh kerajaan negeri sejak dahulu lagi? Mengapa sesuatu yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri disuruh Timbalan Perdana Menteri mengambil tindakan?

7. Bukankah kerajaan negeri selalu sangat beria-ia untuk mengambil pelbagai tanggungjawab kerajaan pusat seperti isu Akta Rahsia Rasmi, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia dan terbaru isu pembekalan air. Jadi tersangatlah hairannya kita mengapa isu ini ingin diserah kepada Persekutuan sedangkan ia di bawah kerajaan negeri? Menteri Besar dan EXCO boleh pada bila-bila masa mendapatkan pasukan Polis, Rela dan Pegawai Tanah dan Galian bahi menjalankan operasi tersebut.

8. Saya tertanya-tanya bagaimanakah kerajaan negeri yang dipimpin oleh sebahagiannya aktivis alam sekitar yang begitu rigid pandangannya boleh memejam mata dalam isu ini. Dulu sewaktu kerajaan negeri BN hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian ramai antara mereka menjerit dan mendakwa kerajaan memusnahkan alam sekitar. Seingat saya belum ada satu tempat yang menampakkan bentuk rupa bumi sedahsyat di Dengkil semasa pentadbiran saya.

9. Saya tidak menafikan wujudkan kejadian kecurian pasir semasa pentadbiran saya. Sebab itu kerajaan negeri ketika itu melancarakan Ops Mesin di bawah pengawasan EXCO ketika itu, YB Datuk Abdul Fatah Iskandar. Ops Mesin ini hampir melumpuhkan gangster pasir Selangor. Mereka mengalami kerugian besar kerana kerajaan negeri merampas jentera-jentera yang ditinggalkan ketika diserbu pihak berkuasa. Saya dan datuk Fatah sendiri menerima pelbagai ugutan dari gangster pasir ini. Malahan isteri Datuk Fatah hampir maut dihimpit oleh tonto pasir ketika itu.

10. Hari ini kerajaan sendiri terbabit dalam kegiatan perlombongan pasir ini dan memusnahkan tanah-tanah dan hutan milik kerajaan negeri. Kita berharap kerajaan negeri jangan berdolak-dalih kononnya kerajaan negeri dahulu juga banyak melakukan pembangunan yang menjejaskan alam sekitar. Jika dahulu mereka mempertikaikan laporan EIA, hari ini mereka menggunakan laporan yang sama untuk mempertahankan tindakan mereka.

11. Kita akur bahawa pembangunan perlu dijalankan dan setiap pembangunan tersebut ada kos alam sekitarnya. Namun perlombongan pasir yang begitu intensif ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi juga tanah milik negeri. Apa yang boleh dilakukan pada masa akan datang untuk tanah-tanah yang berlubang ini dan bukit yang menjadi kolam?

17 comments:

  1. kerajaan pakatan rakyat ini sebenarnya telah mengambil kesempatan dan saya percaya mereka2 yg berkuasa tidak mempedulikan apa akan jadi pada negeri selangor pada masa hadapan kerana pada mereka2 yg berkuasa ini...sesiapa sahaja yg akan memerintah akan datang akan memikirkan apakah yg perlu dilakukan......dan apa sahaja yg berlaku semuanya perlu ditanggung sendiri oleh poket kerajaan negeri atau yg lebih tepat adalah rakyat negeri yg akan membayar kosnya....

    apa sahaja yg berlaku kita semua harus untuk tidak akan membenarkan lagi kerajaan ini jadi pemerintah.....

    saya cadangkan kerosakan alam ini kita jadikan kolam tadahan hujan untuk negeri selangor mengatasi krisis air pada 2014 nanti......saya bagi cadangan je...logik atau tidak terpulang pada pakar2 cerdik pandai...hehehee

    ReplyDelete
  2. Senarai panjang yang dikeluarkan oleh Kerajaan pimpinan Khalid Gagap menggambarkan bahawa kes kecurian sememangnya mendapat restu dari mereka. Perlombongan tak terkawal bertujuan untuk mencari dana pilihanraya ke 13. Bayangkan dengan duit sebanyak itu, cita-cita Anuwar untuk menakluki putera jaya semakin kukuh. PRU 13 terpulanglah kepada rakyat selangor, apakah kerajaan seperti ini yang mereka mahukan. Jika benar, janganlah disalahkan orang lain lagi kerana rakyat kelak akan dapat bekalan air keruh serta berdaki

    ReplyDelete
  3. DSKT memang sesuai jadi pembangkang. Check & Balance. So, teruslah jadi pembangkang di Selangor. Amin

    ReplyDelete
  4. i cuma nak tanya skali lagi, mana fail2 yang dilesap pada malam 8 mac 2008?

    kenapa fru tolong parti umno baru jaga bangunan semasa kutu2 umno baru masuk dan curi/hapuskan fail2 pentadbiran negeri pada malam tu?

    ada apa yang nak disembunyikan?

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  5. salam....

    mintak bantuan pusat bukan apa...
    mereka seperti telah diikat tangan dan kaki oleh geng kongsi gelap..bertindak
    lebih tu yg tak berani...

    skrip gengster "mau selamat jangan cakap banyak""bertindak lebih-lebih u mati"

    jadi kalau bukan pihak negeri Selangor yg
    benteras... selamatlah mereka.

    jadi...gengster vs pusat....mangsanya agensi2
    dibawah kerajaan pusatlah...

    akhirnya....kerajaan negeri cuci tangan,kerajaan pusat cuci dosa!!

    ReplyDelete
  6. DS, lari tajuk tapi mungkin ada kaitannya. Saya percaya dalam kehangatan kes kecurian pasir yang mungkin didalangi oleh wakil PR cuba ditutup dengan persetujuan Nik Aziz untuk membincangkan masalah umat islam dan kaum melayu bersama BN. Nik Aziz cuba mengalih isu di selangor agar rakyat tidak terus menerus menekan kerajaan pimpinan PR.

    Saya berharap agar seluruh pemimpin BN terus membongkar salah laku yang ada di negeri-negeri tabdiran pembangkang agar rakyaat dan negeri tidak menanggung kerugian hasil negeri. PR mungkin semakin kering kantung bagi menghadapi PRU akan datang. Ini boleh difikirkan secara logik bila Ketua mereka sanggup menyembah yahudi memohon keampunan atas isu APCO. Dana dari luar yang mencurah-curah sebelum ini sudah tidak mengalir masuk dan penyokong mereka semakin menjauhkan diri.

    Terserah kepada BN untuk mengambil peluang ini samada mahu merampas semula negeri selangor atau hanya berserah kepada takdir seperti yang dilakukan oleh DS Noh Omar.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dr

    Pengkhianat namanya tu dr.Rakyat digula gulakan dengan berbagai alasan yang tidak munasabah,mereka tahu dan bersekongkol untuk menjahanam tanah yang bernilai tinggi hanya untuk mengambil pasirnya dan sesudah itu tanah tersebut menjadi tidak bernilai lagi.

    Rakyat negeri Selangor semestinya disedarkan supaya tidak menjadi kerbau dicucuk hidung lagi, menyokong membabi buta atas ape perlakuan kerajaan negeri sekarang.Tetapi pemimpin pembangkang sekarang mesti berkerja kuat untuk menyedarkan rakyat.

    Dr. sebagai ketua pembangkang seharusnya membongkar dan terus membongkar kemungkaran tersebut.

    ReplyDelete
  8. salam....

    KALAU TAK BERSEKONGKOL PASTI BERANI AMBIL TINDAKAN,....MASING-MASING TERJEBAK SAMA
    MAKA TINDAKKAN MENGATASI MASALAH TIDAK
    DILAKUKAN...CONTOH PASUKAN TASK FORCE DI
    MANSUHKAN SUPAYA TIDAK MENJADI PENGACAU...
    SEKARANG PELBAGAI PENGUATKUASA ADA KENAPA
    TIDAK DIGERAKKAN OLEH KERAJAAN NEGERI?

    MULUT,KAKI TANGAN SUDAHKAH
    DIIKAT????

    ATAU BUAT2 BODOH....
    SELAGI "RM" MASUKKK!TIDAK TERSEKAT

    ReplyDelete
  9. Tu la deh, oghang tuo2 kato, siakap senohong gelamo ikan duri, cakap bohong lamo2 mencuri. Apo bondo mb ni, semuo eh tak tau, orang curi pasir tak tau, itu tak tau, semuo eh tak tau. Dio nak lopeh an tolo dio, kato tak tau semuo, dio ingat oghang selangor ni bongok agak eh. Lopeh tu, salah kan bn, memanjang salahkan bn, semuo salah umno, osah eh mb bodoh. Nyalah kan oghang lain tak solosai masalah. Dah la, ngato oghang, samo yo semuo ni.

    ReplyDelete
  10. saudara 4rakyat, fail apa yang hilang? Sistem pentadbiran kerajaan negeri selangor semasa saya mempunyai inventori fail yang cekap. Jika ada fail yang hilang mudah sahaja pihak kerajaan negeri hari ini mengesan kehilangan tersebut. sehingga hari ini tiada satu laporan polis dibuat kononnya ada fail tertentu hilang.

    Jangan suka sangat membuat fitnah takut nanti makan diri.

    ReplyDelete
  11. Wah marah benar nampaknya penyokong-penyokong PR bila isu curi pasir di Selangor ini menjadi hangat. Tapi kena ingat orang-orang PR juga yang dedahkan isu curi pasir di bawah kerajaan PR ( YB Manickavasagam ), maknanya kecurian pasir ini memang benar-benar wujud.

    Memanglah isu curi pasir ni dari Dr. Khir MB dah berlaku, tapi ingatkan di bawah pemerintahan kerajaan PR ia akan dapat diatasi sepenuhnya sebab hasil jualan pasir katanya boleh beri pendapatan RM200 juta setahun kepada kerajaan negeri. Tapi nampaknya keadaannya semakin teruk pula, hasilnya tak seberapa tapi banyak pula lubang dan kawah yang terbina.

    Ni bila dah tak boleh handle isu pasir minta pulak bantuan kerajaan pusat. Baru perintah satu negeri bila tak boleh selesai masalah cari kerajaan pusat walhal selama ini puak - puak PR inilah yang banyak hentam kerajaan pusat (BN) seolah-olah mereka inilah yang sangat pandai, telus, cekap dan lain-lain. Besok kalau dah perintah negara dan jadi PM kalau tak boleh selesai masalah minta bantuan siapa pula? PBB?Amerika Syarikat? Yahudi?

    Ada pula yang nak kaitkan isu curi pasir di Selangor dengan isu curi pasir di negeri-negeri lain seperti di Johor, N. Sembilan, Perak dan Pahang. Perlu diingat Dr Khir nie ketua pembangkang DUN Selangor bukan ketua pembangkang di negeri-negeri yang tersebut di atas. Kalau mahukan isu curi pasir di negeri-negeri di atas disensasikan suruh sahaja ketua pembangkang di negeri berkenaan kecohkan isu curi pasir ini. Media pro-PR pun banyak seperti Harakah, Siasah, The Sun ,Malaysiakini dan lain-lain tentu boleh membantu.

    Yang penting bila sesuatu yang buruk terkena batang hidung sendiri jangan cepat-cepat salahkan orang lain dan membersihkan diri sendiri. Tapi kalau terkena batang hidung orang lain macam tak cukup kertas menghentam orang tersebut

    ReplyDelete
  12. 1.bagus yb...mohon tlg bangkitkan sama kecurian pasir yg menjadi jadi di johor, pahang, dan saya rasa di Selangor sblm ni pun ble tahan jugak masa datuk seri..smpi tv3 buat laporan namun tiada tindakan..kebal juga pencuri pasir ni..
    2. saya yakin kalau di negeri perintahan pakatan tindakan lebih cepat diambil..mudah2an. 3. Saya mohon juga pihak polis, SPRM dan lain2 agensi bertindak secara profesional dalam hal ini. Ingat! gaji yang kita buat mkn ini adalah pemberian Allah dan jangan memihak..kerajaan itu adalah rakyat bukan BN atau PKR. Mereka2 ini hanya dilantik utk menjalankan amanah seperti kita. bukan menjadi penguasa kita.

    4. Untuk ingatan bersama..kita tak tahu nyawa ini akan bertahan smpi bila..dan sentiasa ingat cctv di kiri dan kanan tak akan pernah berhenti merakam amalan kita..ROQIB dan ATHID..Wassalam..

    ReplyDelete
  13. DSKT...sebagai anak jati selangor saya malu bila DSKT boleh membahaskan tajuk diatas...apakah semasa pemerintahan DSKT tiada perogolan ini semua? tiada laporan dan aduan? bagaimana perlu ada jika pihak yg terlibat disuap dgn harta dn kekayaan? malu lah DSKT jika tajuk seperti ini yg perlu DSKT bahaskan seperti mengata dulang paku serpih mengata org dia yg lebih...

    ReplyDelete
  14. tak payah komen lebih2 buat aje taman tema yang baru bolih juge tepat rehat orang yang bermodal.spm85

    ReplyDelete
  15. Tak mengapalah. Aku percaya PR Melayu selangor ramai yang kaya raya. Boleh sendawa satu penggal dah cukup. Yang lain akan sendawa sepanjang hayat. Eloklah tu...

    ReplyDelete
  16. salam blogger.

    BARU-baru ini TV3 (bulletin UMNO) menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.

    Muka-muka inilah yang kaya raya di zaman datok dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi datok selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR.

    Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?

    Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Datok dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.

    Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di Media UMNO betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.

    Kerajaan PR Selangor,sepatutnya mempersetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Datok melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman datok sudah pun berlalu.

    ReplyDelete
  17. PR bermaksud Penyamun Rakyat..sekarang samun pasir..buat banyak lobang (bukan lubang) di negeri selangor...lepas tu samun lak hak diskaun beli rumah untuk bumiputra.. MB sendiri pun sokong.. sudah-sudahlah MB, dah kaya tu.. kayakan lah kiasu2 tu..biarkan orang Melayu merempat di negerinya sendiri..bagus-bagus... semoga kita jumpa di Padang Mahsyar...

    ReplyDelete