Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, July 12, 2010

Tutup KSSB, Kembalikan Kuasa Kepada Pegawai Kerajaan

1. Semalam ADUN BN Selangor menggesa dihentikan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah milik kerajaan negeri dan mahukan penubuhan satu jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan memulihkan lombong-lombong pasir ini dengn segera.

2. Kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional telah membuat keputusan mengharamkan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah kerajaan ini kerana ia akan menjejaskan struktur tanah pada masa hadapan dan menyebabkan implikasi alam sekitar yang serius.

3. Bagaimanapun kerajaan negeri sekarang telah membenarkan semula situasi ini dan menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk memaksimumkan pendapatan negeri Selangor.

4. Hasilnya tanah milik negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Tanah ini hilang nilainya pada masa hadapan dan memerlukan kos yang sangat tinggi bagi memulihkannya. Siapakah yang akan menanggung kos pemulihan ini pada masa akan datang. Bn khuatir kos yang diperlukan untuk memulihkan tanah-tanah ini lebih besar daripada keuntungan hasir pasir ini?

5. Kami juga menggesa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) perlu ditutup dan kuasa pengendalian galian dan mineral di selangor termasuk pasir dikembalikan kepada pegawai kerajaan, iaitu pejabat tanah dan galian (PTG), yang selama ini telah menjalankan tanggung jawab dengan baik.

6. Penubuhan KSSB bertujuan meningkatkan pendapatan negeri dalam perlombongan pasir telah gagal.

7. KSSB bukan sahaja gagal meningkatkan pendapatan hasil pasir negeri malah mengambil sebahagian besar pendapatan pasir untuk syarikat tersebut termasuk membayar gaji, bonus dan kos pentadbiran. Pada tahun 2009 sahaja kos pengurusan kssb ialah sebanyak RM 4.7 juta iaitu separuh daripada pendapatan KSSB sebanyak RM 8.21 juta. Sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah tanpa KSSB sebagai orang tengah.

8. Banyak unsur-unsur rasuah dan kronisme dalam KSSB tidak diambil tindakan. Sebaliknya pendengaran Selcat hanya dijalankan untuk membersihkan imej kerajaan negeri dan menyalahkan KSSB semata-mata.

9. Kerajaan negeri terutamanya YAB Menteri Besar perlu mengambil tanggung jawab kerana KSSB merupakan milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI). Kita tidak menyalahkan MB jika ia mengenai urusan harian KSSB, namun bagaimana MB tidak mengetahui mengenai pemberian bonus yang begitu besar terhadap Lembaga Pengarah dan kakitangan KSSB?

10. Kita juga juga merasa hairan dan aneh mengenai sikap membisu dan mendiam diri sebahagian badan bukan kerajaan (ngo) dan aktivis alam sekitar sedangkan banyak kawasan telah menjalankan perlombongan pasir secara besar-besaran dan membawa implikasi serius kepada rakyat negeri ini pada masa akan datang.

11. Dulu sewaktu BN, kumpulan ini banyak mengadakan bantahan, kenyataan media dan kritikan biarpun perlombongan hanya dijalankan di atas tanah persendirian. Hari ini perlombongan pasir dijalankan secara besar-besaran tetapi tiada sekelumit bantahan keras pun diutarakan. Dulu jika mahu ditebang sebatang pokok pun mereka mengadakan bantahan, hari ini semuanya seperti tikus dalam jelapang padi dan semut dalam gula.

12. Ada individu yang dulunya aktivis alam sekitar, hari ini “memejamkan mata” sahaja terhadap pemerkosaan tanah-tanah negeri untuk perlombongan pasir.

35 comments:

  1. salam..

    apa nak buat dato' seri

    NGO tu kebanyakkannya orang DAP

    ada untung tutup mata laa

    kalau tak dapat projek melalak lerr contohnya isu istana

    ReplyDelete
  2. En Sankatula...
    Encik tak mohon ke Jawatan Pembenteras Pencurian Pasir yang diiklankan oleh Kerajaan Selangor hari tu... Sebelum ni saya lihat encik semangat betul dengan tawaran tu...

    ReplyDelete
  3. untungnya jika kerja di KSSB, kerja 6 bulan dapat bonus 8 bulan. Sdah tentu syarikat ini mendapat keuntungan amat besar sehingga mampu memberi bonus setinggi itu. Bayangkan CEO serta pegawai KSSB, jika gaji mereka sekitar RM8K x 8 bulan, sudah tentu berkereta besar pegawai terlibat. Saya hairan jika dahulu TV3 serta ngo2 beria-ia menghentam dan mencari salah kerajaan BN, kononnya atas nama alam sekitar, hari ini diam menikus. apakah mereka semua telah mendapat habuan lumayan maka segalanya boleh disembunyikan dibawah karpet.

    Begitu juga dengan YB elizebeth wong yang kerap mempersoalkan alam sekitar semasa bergerak dibawah ngo, hari ini habis berlubang tanah milik negeri dikorek.. kenapa diam membisu. Bagi sesetengah orang mungkin mereka faham dengan tabiat beliau kerana tanah kecil beliau sendiripun sedia untuk dikorek oleh berbagai jenis mesin dan pilling konkrit. Biarpun semak samun tapi beliau dan kontraktor tidak kisah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam satu malaysia.
    Syabas DS dapat menghidu kemungkaran penyangak pasir ini yang bertambah rakus di selangor.Saya jadi hairan bin ajaib, tiada satu tindakan yang bersepadu hingga membolehkan oreng yang tidak bertanggung jawab ini dapat hadapkan kemahkamah.
    Setidakanya disita alat jenteranya sabagai barang bukti bahawa pencerobohan haram ujud, siasatan mestilah dari jabatan yang berkecuali.

    ReplyDelete
  5. Ds, apa nak heran dengan MB pasai isu tanah berlubang akibat pasir dicuri. Pasal tanah sekangkang kera pegangan bebas milik eli pun dia kata biasalah...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam 1malaysia,
    DS buat satu pasukan yang berwibawa untuk menyingkap segala kebejatan,kelemahan dan kemungkaran yang di buat semasa pememrintahan pakatan rakyat ini,
    Satidaknya ia dapat memberikan check and balance atau tidak melakukan kerja kerja sesuka hatinya.
    mengubal undang undang mngikut keperluan sesuka hatinya, kadang kadang mengelirukan rakyat dan menyusahkan.
    Ketegasan amat penting dalam membahas isu isu lebih lagi dalam menjaga kepentingan rakyat dan negeri.

    ReplyDelete
  7. karam singh walia dok diam sebab dah dapat upah lumayan

    ReplyDelete
  8. Pernahkah kita mendengar berita-berita seperti ini lagi sekarang?

    Isnin Januari 23, 2006
    Lelaki curi pasir didenda RM3,000

    PUTRAJAYA: Seorang lelaki hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kajang, di sini setelah dia mengaku bersalah mengeluarkan pasir tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri dua tahun lalu.

    Law Kim Hock, 65, mengaku mengeluarkan pasir sungai di Sungai Langat, Selangor, dengan menggunakan jentera jengkaut ke dalam lori tanpa mendapat kebenaran yang sah daripada PBN.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Sungai Tangkas, Jalan Reko, Kajang dekat sini, kira-kira 11 pagi, 26 Jan 2004.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Peguam P. Rajan yang mewakili Law, dalam hujahan meringankan hukuman berkata anak guamnya memiliki permit yang sah daripada PBN untuk melakukan aktiviti pengeluaran pasir tetapi malangnya pada hari kejadian, permit itu telah tamat tempoh selama 26 hari.

    Beliau turut memohon perintah mahkamah untuk melepaskan dua kenderaan jenis Hitachi, sebuah jentera jengkaut dan sebuah lori yang disita Pejabat Tanah dan Galian supaya dikembalikan kepada anak guamnya.

    Pegawai Pendakwa dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor Amalina Abd Rashid pula berhujah tanpa permit yang sah, Law bukan sahaja melanggar peraturan malah menceroboh tanah kerajaan dan mengeluarkan pasir tanpa kebenaran.

    Majistret Harmi kemudian memerintahkan Law membayar denda itu atau penjara tiga hari manakala dua kenderaan miliknya dipulangkan. BERNAMA

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dr

    Betul tindakan yang diambil adun BN.sepatutnya telah lama benda tu dilakukan, ape kerja adun pembangkang?kalau amek duit rakyat tapi tak buat keja? saya pon nak kalau mcm tu.
    Pegi selidik ape yang kerajaan buat, kalau ade salah urus buat bantahan dan kalau tak jalan buat aduan dan saman juta juta.

    Betul kata kata blogger yang pro BN,korang taknak menang ke pilihanraya 13?. mestilah jawapanya nak nak nak, mcm mane kalau KPI 0.
    Janganlah bila dah dekat nak pilihanraya nanti baru nak terhegeh hegeh tunjuk muka kat PM mintak sokongan, kalau saya jaga pintu bilik PM siang siang saya bagitau PM kata boleh blahhhh..hehehehe
    maap ekkk gurau gurau sayangggg

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dr

    Yeop Perak
    Jangan cepat menuduh begitu,adekah tuan tahu bahawa lapuran telah disampaikan kepada beliau? jika ya dan tidak dibuat liputan,tuan bole pergi kesaluran yang lain dan lapurkan juga bahawa karam singh walia telah dimaklumkan.
    Sepatutnya itu adelah kerja adun kawasan terbabit untuk menjuarainya.

    ReplyDelete
  11. Dulu
    Selangor to continue operations against sand theft

    BANTING July 24 - The Selangor Government is to continue with its coordinated effort to eliminate sand theft activities in the state, says Executive Councillor Datuk Abdul Fatah Iskandar.

    "The allegation that we have so far been sleeping and not doing work is simply not true," he told reporters after launching the project to build an additional building for Sekolah Rendah Agama Kampung Sijangkang, here Saturday.

    "If there were such (sand theft) activities please come forward and inform us through two channels we have provided," he said, adding that the public could inform the authorities about sand theft by Short Messaging Service to 012-6840666 or by telephone at 019-2555832.

    Abdul Fatah who chairs the operation called "Ops Mesin" to eliminate sand theft activities which had been rampant since early this year, said the operation would continue without the public being informed of it.

    It was launched with involvement of the Road Transport Department, the Land and Mines Department as well as local authorities' enforcement unit to make it more effective, he said.

    Abdul Fatah disclosed that since the operation was launched, there were certain quarters who wanted to meet him in the office to avoid actions being taken against them "using certain channels".

    His answer was always that "when the case had reached the police, it must be settled in court and they need to settle it there".

    He also told reporters that his wife, Datin Latifah Ismail, was harassed by a lorry driver while she was driving in Klang last month.

    Although the lorry driver, who was carrying sand, later apologised to Latifah before continuing his journey, Abdul Fatah believed the incident was actually a threat. "I believe the driver's action had links with my position as Ops Mesin chairman."

    "But I have not lodged a police report because my wife did not take down the lorry's registration number as she was in shock," he said.

    Due to the incident, security at his residence had been tightened by deploying more security personnel, he added.


    ARKIB : 28/10/2004


    Crime watch: Oct 27
    `Datuk' under investigation for alleged sand theft... In SHAH ALAM, a "Datuk" is being investigated for alleged involvement in stealing sand in Selangor.


    Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo said the involvement of the "Datuk's" company was also being investigated.


    "We do not take into account a person's title. Anyone caught stealing sand will have to face the consequences," he told reporters after the State Exco's weekly meeting here Wednesday.


    He said there would be no leniency regardless of the amount of sand stolen.


    The "Datuk" was believed to have been very active in politics in Selangor some time ago.


    On Monday, State Infrastructure and Public Amenities Committee chairman Datuk Abdul Fatah Iskandar led a team of officers to seize three lorries laden with stolen sand at Kuang, in Petaling district.


    Several workers found at the site were questioned.


    Dr Mohamad Khir said the campaign by the state against sand theft had succeeded into putting most of the sand stealing groups out of business, with only about 10 percent still active especially at night.


    He said the state collected compound fines amounting to RM12 million for offences relating to the sale of sand this year compared to RM3 million last year.


    The collection of sand premiums, on the other hand, totalled RM4 million up to October this year, he added.

    Tuesday, July 13, 2010 11:26:51 AM GMT+08:00

    ReplyDelete
  12. DAP tak kan melalak mengenai isu ni sebab yang untung kaum depa. Sesetengah kita je yang bodoh (bukan saya), apa-apa isu yang DAP lalakkan kita ikut menyibuk, jadi pak turut.

    ReplyDelete
  13. salam dato khir

    disebabkan pasir negeri selangor berlubang.

    disebabkan pasir negeri melaka bertambah luas.

    ReplyDelete
  14. Dato Seri Noh Omar membuat tinjauan dengan menaiki Heli, terima kasih atas usaha beliau biarpun lambat. Contohi DSKT dalam melakukan gerak kerja.

    ReplyDelete
  15. orang kita memang begitu dah terhantuk baru nak terngadah

    ReplyDelete
  16. Dipetik dari Malaysikini.com
    Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim. Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.
    "Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi jenayah ini. Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan. "Saya juga telah sertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya timbalan perdana menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan sewajarnya.

    Untuk berita yang lengkap sila layari
    http://www.malaysiakini.com/news/137329

    Ulasan saya
    1. Sudah terang lagi bersuluh, UMNO/BN sengaja mencari setiap inci kesalahan MB dan seterusnya mendedahkan dan mengulang2 tentang cerita ketidak cekapan MB Tan Seri Khalid. Kalau betul agensi kerajaan pusat seperti polis dan SPRM bukan berpihak - nah bertindaklah. Kalau dahulu ketika UMNO/BN berkuasa kes-kes kecurian pasir bukan tiada, tetapi sengaja ditutup rapat oleh media tali barut UMNO/BN.
    2. Manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allahlah yang terbaik. Sekonyong-konyongnya di Perak pun ada kes seumpama itu (nak dengar komen blogger Yeop). Saya yg selalu lalu lalang di kawasan lombong pasir di kawasan Kuala Bikam, Sungkai, Bidor dan Slim River, menyaksikan kedahsyatan aktiviti tersebut. Seperti juga di Selangor, sudah tentu yg menjadi penaung dan penasihat aktiviti2 lombong ini tentunya ahli politik. Kalau di Selangor tentulah orang menuding jari kepada MB Selangor. Kalau di Perak.. agaknya siapa ye.. takan MB pilihan rakyat dulu kot.. Malang sekali kalau media pro UMNO/BN (TV3) tidak mengulang siar aktiviti ini. Ini kerana berita ini adalah berita sensasi. Saya ucapkan terima kasih kepada TV3, kalau tidak, tobat lahum rakyat di Selangor tidak akan tahu tentang kes di negeri lain. Ini pun saya yakin dan percaya kes ini tidak akan diulang siar oleh media sekerap kes di Selangor.
    3. Bila pula pemimpin UMNO/BN dan para blogger prihatin sangat tentang ekosistem ni.. Satahu saya dan mengikut pengalaman yg saya ada, pemimpin UMNO/BN mempersetankan tentang ekosistem yang musnah.. asalkan pulus masyuk. (kocek kembung). Lihatlah di Cameron Highland.. ada pemimpin UMNO/BN turun padang melihat ke? melihat di TV tidak serupa melihat secara langsung tengtang kemusnahan ekosistem. Macam melihat perlawanan bola sepak. Menonton bola sepak di TV lain dengan menonton di stadium. Bukan begitu datok. Dulu ketika jadi MB, tak pernahpun datok turun padang melihat khazanah pasir di negeri Selangor disapu licin. tetapi setelah hilang kuasa, datok macam cacing kepanasan pula bila melihat kes curi pasir ni.

    ReplyDelete
  17. Salam Dato' Seri, moga Dato' Seri dan keluarga di bawah lindungan Allah swt selalu hendaknya.

    Syabas diucapkan atas pembongkaran besar-besaran isu curi pasir di negeri kelahiran kita. Memang bangsat betul si pencuri-pencuri ni. Habis berlubang- lubang dilanyaknya dengan amat rakus. Inilah kerajaan pilihan rakyat Selangor dlm PRU12 yang lepas. Mana yg fanatik sangat dengan PR tu korang dpt jgk ke pasir free.

    Memang timing cantik untuk Dato' Seri 'belasah' kerajaan negeri di DUN memandangkan tempoh 'cuti' Dato' Seri sudah pun tamat. Nah! Tunggu apalagi. Kita pejuang2 Melayu sudah tentu semangat patriotisme mengalir dalam darah kita tak seperti si pencuri pasir tu.

    Kita mahukan sesuatu yang boleh menggelabahkan PR di Selangor. Tumbangkan sahaja kerajaan negeri yang ada sekarang.MB pun cakap belit-belit.Silap-silap terbelit leher sendiri.Orang yang suka lubang sahaja yang suka tengok lubang...

    ReplyDelete
  18. Sdr Sangkatula,

    1. jangan jadi munafik hanya kerana mahu membela parti saudara. Laporan media semasa saya dahulu jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan ketika itu membanteras pencurian pasir. Malahan beberapa kali jentera milik pencuri pasir disita dan diangkut ke pejabat daerah. pernah suatu ketika di perkarangan pejabat SUK pun ada jentera yang disita. EXCO terlibat ketika itu ialah Datuk Fatah Iskandar yang memerangi habis-habisan pencuri pasir dalam apa yang kita panggil OPS Mesin. Malahan isteri datuk Fatah hampir kemalangan dihimpit oleh tonto pencuri pasir ini. Hari ini ada dengar kesungguhan tersebut?

    2. Tan Sri Khalid hanya menghantar senarai kecurian pasir kepada TPM setelah mendapat publisiti buruk di media dalam 2-3 hari ini. Mengapa tidak hantar dahulu lagi?

    3/. lebih aneh, kalau dah tahu kecurian pasir mengapa negeri tidak bertindak dengan bantuan polis dan rela?

    4. Persoalan lebih besar ialah perlombongan pasir atas tanah kerajaan negeri secara besar-besaran, siapa yang hendak baik pulih pada masa akan datang?

    ReplyDelete
  19. DS, it's time we get these idiots out of our beloved State. Kalau dibiarkan, Selangor akan menjadi padang jarak padang terkukur. Not just environmentally, but also financially. Saya sedih dan amat sayu dengan apa yang telah terjadi dengan tanah kelahiran saya. Saya tak dapat dan tidak mahu bayangkan apa lagi yang boleh mereka lakukan jika dibiarkan 'berleluasa'.

    Get them out of Selangor.

    I may be one voice but you can be the collective voice for all of us who are suffering under the stupid Parti Penipu Rakyat rule.

    ReplyDelete
  20. Selamat berjuang DS Khir. Khalid Gagap makin gagap hari ini. Yang pertama Demostrasi dihadapan SUK tentang isu curi pasir yang didalangi oleh KSSB. Yang kedua beliau terpaksa berhadapan dengan Ketua Pembangkang yang lantang. DS, kami bergantung harap kepada DS untuk mempertahankan hak rakyaat selangor didalam dewan Negeri. Pergunakanlah peluang ini sebaik mungkin

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,

    DSKT dan sdr2 blogger,

    Dulu orang selalu sebut "jangan curah pasir dalam periuk nasi saya" maka dengan berlaku nya kes-kes pasir bernilai seperti emas, maka mungkin orang akan kata "curahlah pasir banyak2 dalam kawah saya".

    Kalau ikut filem P.Ramlee ada jugak cerita pasal pasir ni. Ya-itu cerita negara Pasir Berdengung dan Pasir 3 Butir. Perdana Menteri berpaling tadah dan merampas negara tersebut.

    Mohon juga DS ceritakan cerita pasir kat Perak, dan mungkin pasir kat Johor, kurang-kurang kita dapat iktibar dari cerita pasir negeri mereka.

    Kalau di Kelantan, dah masyhur tentang Pasir Mas, Pasir Tumboh dan Pasir Pekan nya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  22. Sangtula, awat la sdra ni jenis buta perut. Kalau dulu dikatakan BN juga terlibat curi pasir, apakah sekarang matlamat menghalalkan cara. Org lain boleh maka kami pun boleh ka. Patutnya sdra berterima kasih atas pendedahan yang dibuat oleh Dr Khir, Inilah tanggung jawab kita sebagai rakyaat Selangor. Sebelum ini BN dikatakan menjadi pembangkang yang tak pandai, nah sekarang siapa yang kepanasan bila Dr Khir sebagai ketua pembangkang di Selangor mendedahkan kes curi pasir. Apakah PR mahu kita samakan dengan Pakatan Rompak atau Pakat-pakat Rompak. Harap sdra berlapang dada dan berterima kasih atas pendedahan ini dan jadilah seorang yang rasional. Tak salah mempertahankan parti anda, tapi pastikan sokongan tersebut bukan berbentuk meneggakkan benang yang basah

    ReplyDelete
  23. Bagus DSKT kerana membongkarkan isu pasir tu tp kn tanya gak 12 agensi yg mmberi kelulusan @ sokongan utk permit pasir sama ada betui2 mengikut prosedur @ ada unsur2 rasuah?? tp pasir yg dikorek tu khabarnya utk projek LCCT di Sepang..

    ReplyDelete
  24. Lombong pasir yang ditinggalkan boleh lah mereka bela ikan duyung atau buat rumah urut kerana di Selangor dah makin banyak rumah urut mungkin tak cukup!Dulu mereka pandai cakap,sekarang tangkaplah siapa yang salah janganlah berdolak dalik pula dan minta tolong sana sini! Sendiri buat sendirilah tanggung!

    ReplyDelete
  25. Haha..sangkatula..teruskn lah bela MB tersayang kamu tu..Dulu sekurang2nya nampak juga DSKT ikut ops banteras tu la, ni la..cd haram la ape la..dulu xde le banyak rumah urut la,pusat hiburan la ape la..ada memang ada tp terkawal..skarang mcm xtkawal je. Biasa la pemimpin pun ada kelemahan tp jgn la sampai xreti nk cover..DSKT pun ada kelemahan juga masa pemerintahan tetapi ia lebih teratur dn terus terang lebih bagus dari sekarang ni. Penasihat tu la ni la..come on la..susah2 baik TDM je yg perintah balik..kurang2 negara maju jugak walau pun ada kes rasuah..dari apa pun tara..

    ReplyDelete
  26. Sdra anakPaya, Kalau untuk LCCT sekalipun apakah Kerajaan pusat perlu di pertanggung jawabkan. Biasanya kontraktor utama projek akan melantik pembekal-pembekal bahan mentah untuk projek yang mereka jalankan. Tanggung jawab pembekal untuk mencar bekalan pasir, besi serta barang-barang lain. Jadi, untuk menghalalkan kecurian pasir maka dikaitkan sekali projek pembinaan LCCT milik kerajaan pusat, Itukah maksud sedara. Rasional lah sedikit dalam memberi hujah sdra...

    ReplyDelete
  27. Porrraahh!pasal pasir jadi isu dan bertelagah.

    Banyak hal lain yg perlu di ambil perhatian,

    contoh nya kerosakan akhlak anak anak muda sekarang.

    Agama yg.sudah di anggap sebagai adat n budaya,bukan kewajipan dan hukum dari Allah.

    Dan banyak lagi yg.bole menjahanamkan Negara/Agama secara keseluruhan jika tidak di bendong atau di kawal.

    Anggap aje Pasir nie kes terpencil.

    ReplyDelete
  28. Salam blogger,

    Alhamdullilah saya telah labelkan dengan MUNAFIK dari seorang YB UMNO (pemimpin UMNO tersohor negeri Selangor)
    Inilah paradigma pemimpin UMNO yang low class..

    CIRI-CIRI (baru ciri2) Munafik untuk ingat mengingati sesame kita
    i. Apabila bercakap suka berbohong
    ii. Apabila diberi amanah dia khianati
    iii. Apabila berjanji di berbohong

    ISU kecurian pasir di Selangor nampaknya melekakan kita sehingga tidak kita sedari Najib mengumumkan `BONUS' sempena menyambut Ramadhan dan Syawal berupa kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas. Mudah saya katakan, kita kena bersyukur kerana mempunyai PM yang bijak mengurus ekonomi dan rakyat semakin senang sekarang.

    Setelah isu ini diperdebatkan oleh banyak pihak termasuk dari penyokong2 dalam PR sendiri, maka Kerajaan Negeri Selangor pantas bertindak. Di antaranya Kerajaan Negeri menawarkan habuan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang kecurian pasir ini. Di samping itu, aspek kawalan dan pengawasan diperketatkan. Usaha terakhir Kerajaan Negeri Selangor adalah memohon kerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi membenteras pencuri-pencuri pasir berkenaan. Surat rasmi telahpun dimajukan ke pihak berkuasa di Kerajaan Pusat sehingga ke peringkat TPM.

    Ini merupakan satu bukti betapa Kerajaan Negeri Selangor begitu komited untuk membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Paling menyedihkan, apa komen TPM Muhyiddin Yasin tentang permohonan Kerajaan Negeri Selangor tersebut? Beliau menjawab seperti bukan seorang TPM, bahkan jawapannya seperti bersikap dendam dan busuk hati. Katanya, itu bidangkuasa Kerajaan Negeri Selangor dan mengapa pula Kerajaan Pusat mahu ambil alih? Kita mahu tanya pemimpin No. 2 Umno ini, bila pula Tan Sri Khalid minta Kerajaan Pusat ambil alih? Beliau cuma mohon kerjasama, tidak bolehkah untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat?

    Jika Muhyiddin selama ini menganggap isu pasir adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak mahu campur, mengapa Najib dan juga Muhyiddin melalak bercerita pasal pasir di Selangor? Serahkan sahaja kepada Selangor. Tujuan Kerajaan Negeri memohon kerjasama dari Kerajaan Pusat adalah untuk membenteras jenayah curi pasir. Masakan untuk membenteras jenayah pun Kerajaan Pusat mahu lepas tangan? Mengapa begitu sombong TPM kita ini? Inikah rupanya pemimpin yang memekik hari-hari mahu bekerjasama dengan PAS demi perpaduan Melayu kununnya?

    Jika semua rakyat di negara ini atau semua MB/KM di semua negeri di Malaysia ini mempunyai perangai `busuk' seperti Muhyiddin ini, negara ini akan musnah dan hancur. Seandainya kita melihat satu kejadian jenayah, tetapi kita berdiam diri hanya kerana kita menganggap itu tugas pihak keselamatan bukan tugas kita, apa akan jadi pada masyarakat di negara ini? Inilah yang berlaku di Selangor. Muhyiddin tanpa rasa bertanggungjawab sebagai TPM mudah menyebut, itu bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka biarkan mereka selesaikan sendiri.

    Sedangkan, beliau sendiri mengakui belum lagi melihat surat permohonan dari Kerajaan Negeri Selangor itu. Beliau belum tahu apakah bentuk bantuan yang ingin diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor, awal-awal lagi beliau sudah menolak. Ya, niat beliau mungkin tidak mahu isu tersebut selesai kerana mudah baginya untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR tu.

    Mudah-mudahan pemimpin seperti ini tidak kekal lama di negara kita. Sikap beliau itu jangan kita contohi terutamanya oleh budak-budak sekolah walaupun Muhyiddin selaku Menteri mereka. Inilah yang dikatakan `ego, sombong dan takbur'

    ReplyDelete
  29. Salam DS,
    Saya MENYOKONG PENUH TINDAKAN DS memerangi jenayah curi pasir!!!!!SAYA MENCADANGKAN BAHAWA DS MENGAMBIL LANGKAH YG DRASTIK DAN SERTAKAN BUKTI2 KEPADA SPRM DAN PDRM.....Jika pegawai2 atau pentadbir negeri melakukan kesalahan tersebut,TINDAKAN DRASTIK perlu diambil segera!!!....PERLU INGAT RAKYAT MAHU SESIAPA YG TERLIBAT PENUH DIHUKUM MAHU DARI PEGAWAI NEGERI,MENTERI ATAUPUN KONCO2NYA......
    JANGAN CAKAP DISURATKHABAR AJE SEPERTI TPM NYATAKAN INI TERLIBAT ITU TERLIBAT......LAPORKAN!!!!TINDAKAN SEGERA PERLU DIAMBIL SECARA DRASTIK!!!

    ReplyDelete
  30. En. sangkatula..Katanya kerajaan Selangor dah buat pelbagai uasaha untuk mengatasi masalah pasir.. Tapi apa hasilnya.. apakah tindakan-tindakan tersebut hanya melepaskan betuk di tangga sahaja... apa jadi tawaran RM5000 ribu tu.. ada ke yang mohon.. adakah tawaran itu yang tuan kata satu usaha yang baik.. atau hanya gula-gula sahaja... atau idea cetek akal..

    ReplyDelete
  31. 1. En. Baharuddin, mengapa Encik Baharuddin ni kurang cerdik sangat. Kerajaan negeri tak pernah pun menawarkan kerja, tetapi memberi tawaran kepada sesiapa pemberi maklumat, tidak kira siapa, saya, Encik Baharuddin sendiri, para blogger yg ada dalam sini malahan kalau YB Khir sendiri nak beri maklumat.. akan diberi imbuhan RM5000, (tak baca sampai habis kot berita tu)

    2. En hazou.. siapa bela siapa ni.. saya tak membela pun Khalid Ibrahim. Cuma saya buat perbandingan cara pentadbiran dan pemerintahan antara Tan Sri Khlaid dengan Dr. Khir. Masa Khalid jadi MB dan semasa Dr.Khir jadi MB. Bermakna saya membandingkan pemerintahan PR dengan pemerintahan UMNO/BN. Cumanya Dr. Khir bolehlah nafikan macam2 isu yg berlaku ketika jadi MB dulu. Sebabnya, perkara dan berlaku (siaran tertunda) dan orangpun ingat-ingat lupa. Sedangkan pentadbiran Tan Seri Khalid adalah siaran langsung, maka segala kebejatan pentadbirannya secara langsung dinilai rakyat, terutama dibuat oleh seteru Tan Seri Khalid.

    ReplyDelete
  32. Ketelusan hanya pada mata tapi dalamnya membusuk pekung. Anyway saya bukanlah ahli mana2 parti politik tapi pada saya apa yg terjadi hari ni nmpak lebih teruk dari dulu..walau terbuka terlondeh tapi keadaan xjuga baik..lagi banyak takebeer dari takbir..

    ReplyDelete
  33. salam hazou..

    Bukan ahli mana-mana parti politik? Tapi bila saya lihat cara anda menulis dan membuat tinjauan profile dan blog anda yang macam kubur (sunyi-senyap) saya dapati anda seorang yang tidak berapa ingat sejarah2 politik di Malaysia, contohnya. Tentang UMNO, PAS dan PKR, Anda juga adalah seorang melayu mudah lupa (mengambil kata2 Dr. Mahathir)dalam soal imuniti raja-raja melayu, tentang kebobrokan politik tanah air, rasuah dan rampasan luasa politik di negeri Perak (negeri kelahiran anda) dan sebagainya..

    ReplyDelete
  34. salam

    sama je kssb ngan ptg

    ibarat keluar mulut naga masuk mulut buaya..

    tak gitu dato' seri

    ReplyDelete
  35. Isu pasir ni sebenarnya diwar-warkan untuk menenggelamkan isu harga barang naik oopss selaras.

    Tak gitu dato' seri?

    ReplyDelete