Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, August 6, 2010

Air, Pasir dan RM 15 Juta

1. Selepas isu pasir timbul pula isu air. YAB Menteri Besar dengan penuh yakin menyanggah kajian bahawa Selangor akan mengalami krisis bekalan air bersih pada 2014 jika tiada usaha menyalurkan bekalan air mentah dari Pahang dilakukan. Sebaliknya MB menyatakan mengikut kajian perunding beliau, krisis tersebut akan berlaku pada 2019.

2. Saya pernah mencabar beliau mendedahkan siapa perunding yang dilantik oleh kerajaan negeri namun sehingga hari ini ia belum didedahkan. Kita mahu tahu siapa perunding tersebut supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku krisis bekalan air bersih pada 2014 nanti.

3. Kenyataan Tan Sri Khalid mengenai isu bekalan air negeri Selangor ini mengingatkan kembali kita kepada isu pasir di Selangor. Apabila mengambil alih tampuk pemerintahan, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penuh bangga mengumumkan kerajaan negeri akan mendapat hasil pasir sebanyak RM 150 juta setahun. Ini beberapa kali diulangnya termasuk dalam ucapan sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor.

4. Selepas dua tahun semua orang tahu bahawa unjuran dan keyakinan tersebut palsu belaka. Apakah kita akan tunggu 2014 untuk mengetahui sama ada benar atau tidak kenyataan Tan Sri Khalid bahawa krisis bekalan air hanya akan berlaku pada 2019 bukannya 2014.

5. Isu yang lebih serius ialah, salah unjuran krisis air akan memberi implikasi buruk yang lebih besar berbanding anggaran tidak tepat mengenai pendapatan pasir. Anggaran yang salah mengenai hasil pasir hanya menyebabkan kerajaan negeri mengalami bajert defisit selama dua tahun berturut-turut. Namun unjuran yang salah mengenai krisis air akan menyusahkan rakyat dan industri di Lembah Klang.

6. Apakah kita akan membenarkan ego sebuah parti atau seorang Menteri Besar mengatasi kepentingan umum?

7. Selebihnya, jika krisis 2014 atau 2019, isu tetap sama iaitu negeri Selangor memerlukan pelan pembekalan air yang mapan bagi mengelakkan sebarang krisis air pada masa akan datang. Penangguhan projek pembinaan terowong dan empangan ini hanya akan meningkatkan kos pada masa akan datang. Kos pembinaan tidak akan semakin murah. Ia akan semakin meninggi dan kos tersebut akan ditanggung oleh pengguna akan datang.

8. Setiausaha Politik baru MB, membuat kenyataan kepada Sinar Harian beberapa hari lalu supaya saya jangan bercakap isu air dan memberi isyarat seolah-olah saya ada buat salah dalam isu air ini.

9. Saya ingat Tan Sri Khalid tidak perlu menggunakan Setiausaha Politik beliau untuk "mengugut atau menggertak" kerana saya tidak akan berdiam diri dan tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan tersebut. Beliau boleh dedahkan apa yang beliau suka dan saya akan bercakap apa apa sahaja demi kepentingan rakyat dan negeri Selangor ini. Saya tidak perlu takut kerana perjanjian tersebut dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. Saya nasihatkan pentadbiran sekarang membaca kesemua dokumen yang ada dan fahami dahulu sebelum membuat kenyataan melulu.

10. Oleh kerana pegawai yang terbabit masih berkhidmat dengan kerajaan hari ini kecuali seorang yang telah berpindah, maka saya fikir eloklah kerajaan negeri bertanya dan mendapat taklimat mereka terlebih dahulu mengenai keseluruhan perjanjian kosensi ini dan peranan yang telah dilakukan oleh saya.
11. Saya akan mendedahkan sedikit demi sedikit isu ini pada masa akan datang bagi menunjukkan kelemahan kerajaan negeri memahami perjanjian tersebut. Saya tidak akan mengulas panjang buat masa ini. Saya akan memberi ruang kepada kerajaan negeri memperbodohkan diri mereka dahulu di khalayak awam. Namun buat permulaan saya ingin mengulas kenyataan Faekah yang mengatakan saya tidak berhak bercakap soal air kerana saya yang menandatangani perjanjian air yang membenarkan Syabas menaikkan tarif air. Sedangkan dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini,  Faekah dipetik mengatakan,

"Kerajaan Negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu."

12. Berdasarkan kenyataan tersebut, Kerajaan Negeri yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Bukankah kenyataan ini menunjukkan kerajaan negeri mempunyai hak dalam perjanjian tersebut?

13. Dalam satu segi, Faekah menyatakan perjanjian tersebut memberi kuasa kepada negeri, manakala dari satu segi lagi faekah mengatakan saya menandatangani perjanjian yang berat sebelah? Bukankah kontradik kedua-dua kenyataan tersebut? Jika baru sehari dua berkhidmat dengan kerajaan negeri bacalah dulu dengan teliti semua dokumen yang ada. Saya percaya ada lagi dokumen yang Faekah tidak baca atau sengaja tidak mahu jelaskan kepada umum kerana tujuan beliau ialah memburukkan saya bukannya mencari penyelesaian.

14. Isu kenaikan tarif air adalah satu isu lain berbanding pembinaan empangan. Kerajaan negeri tidak boleh mencampur aduk isu sehinggakan kepentingan rakyat terjejas.

15. Saya berharap Setiausaha Politik MB yang baru akan membantu memulihkan hubungan politik Tan Sri Khalid dengan kepimpinan dalam Pakatan sendiri bukannya sibuk membuat kenyataan politik. Saya juga berharap beliau tidak akan senasib dengan Setiausaha Politik sebelum ini yang hilang jawatan beberapa minggu selepas saya menjawab kritikan beliau.

RM 15 Juta

16. YAB Menteri Besar mengumumkan peruntukan sebanyak RM 15 juta untuk kerja-kerja propaganda Pakatan di Negeri Selangor. Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat bahagian masing-masing. Jika ada bloggers atau laman web yang sebelum ini begitu marah dengan Tan Sri Khalid tiba-tiba menukar nada, maka faham-faham sahajalah.

17. Orang ramai faham jika perbelanjaan RM 15 juta tersebut untuk menyampaikan polisi dan maklumat mengenai kerajaan negeri Selangor. Yang ramai tidak faham ialah apabila portal rasmi negeri Selangor sendiri banyak menyiarkan berita-berita politik kepartian.

17 comments:

  1. Kenn said...

    Maaf Dato Seri kerana lari tajuk.

    Dulu pernah saya memuatkan komen mengenai nasib pembeli-pembeli rumah dan tanah lot di Alam Perdana.

    Khabar terbaru saya dengar adalah kerajaan Negeri akan merampas semula tanah-tanah di situ ari pihak pemaju yang telah lama meninggalkan projek Alam Perdana itu.

    Apa tindakan yang perlu diambil utk membela nasib malang pembeli-pembeli? Sudahlah menanggung hutang untuk hartanah yang masih belum nampak kelibatnya setelah lebih 7/8 tahun menunggu. Kini harta tersebut hendak dirampas pula. Habis macamana dengan wang yang pihak pembeli telah kerugian selama ini?

    Apa gunanya perjanjian jual beli?

    ReplyDelete
  2. salam dr khir

    jom gali perigi.

    selangor nak jadi macam kelantan.

    ReplyDelete
  3. salam datuk!

    nampak nye blog datuk semakin menurun hits nye dan begitu juga komen2 nye kenapa yek? adek kah isu yg datuk paparkan semakin meloyakan?

    setahu saya sepatutnye wartawan yg mencari berita bukan ditunjukkan berita ape nak siar.ape jenis dan sekolah mane mereka belajar jenis wartawan begitu?

    semua isu yg datuk keluarkan di jawab dalam media lain yg mungkin datukl tak ambik peduli

    salam ramadan!

    ReplyDelete
  4. AMENDA NI AZRIE? hahahahaha dah takleh nak jawab isu persoalkan hits orang pulak. ikut suka la sapa nak masuk atau tidak. apa ko sakit hati? psst... berapa juta dapat dari RM 15 juta tu? :)

    ReplyDelete
  5. azrie..

    dalam mengurus kehidupan bukan bermakna sentiasa perlu berpolitik....sebagai rakyat biasa yg tahu apa yg boleh dilakukan adakalanya mereka memberi komen dan ada kala mereka memerhati...bukannya langsung tak ambil tahu sehingga kerosakan berlaku kepada pemimpin yg ada seperti sebelum2 ini..!......jadi pengajarannya sebagai rakyat semua sepatutnya berperanan....

    sekarang jika ramai yg kurang komen bukan bermakna blog tak popular tetapi salah satu sebab adalah rakyat bukannya ahli politik 24 jam....

    pemimpin dah mula bergerak kearah yg telah diluahkan oleh blogger2 sebelum ini.... kalau pemimpin alpa...akan ramailah blogger2 yg berpaksikan pendirian tidak memihak mana2 pihak pun akan bersuara kembali....tapi yg pasti PKR/PR diselangor memang perosak...

    Nah ! apa lagi..! lauk dah terhidang...belasaa la puak2 pengkhianat ni....pentas dah siap ds khir & ds noh kena sesekali berjiwa anak muda ...baru la semangat hang jebat kembali berapi....!..kalau tak tidooo siioootttt..!naik tocang puak pkr..!

    ReplyDelete
  6. salam datok, Kenn, azhar, azrie

    Saya nak tunggu dulu tulisan dan komen blogger yg mengampu menulis. Saya akan beri komen dan ulas semua sekali, berkenaan tajuk di atas. Saya ada poin-pointnya... tungguuuuuuuuu!!

    ReplyDelete
  7. Dato Seri,

    I think you are trying very hard to stick to the sand issue as much as you want it to stick like a dirty mud on the current Selangor government. However, the crux of the issue brought about by the current government on you was your apparent clear failure in securing a deal which will benefit Selangorians with Syabas several years ago. You have inadvertently signed a deal with Syabas whereby Selangorians will end up paying more for water on a year to year basis. Clearly, you have failed to demonstrate your infamous sloganeering "hak rakyat Selangor diutamakan". The facts are with the current government and they are for you ti dispute when published. But again, I think you are saying things that will benefit you and UMNO. It is time to mature above all these childish acts of yours.

    ReplyDelete
  8. Salam Takzim Dato',

    Saya dengar MB (KG) Selangor dan kuncu-kuncunya tidak bimbang pasal air kerana beliau mempunyai risab air yang banyak. Kalau betul Selangor menghadapi krisis air tindakan beliau ialah:

    MINUM AIR SUSU (macam kanak-kanak),
    MANDI AIR SUSU (macam orang Hindu)
    ISTINJAK AIR PERIGI ASLI
    dan lain-lain lagi.

    Hentam sajalah KG !!!
    Gunakanlah sumber yang ada ...

    Perigi EW masih banyak air !!

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Dedahkan lg Dato' Seri. Biar sume org tahu. biar diorg bukak mata. Apa la nk jd ngan Khalaid gagap tu, ikut ckp DAP je. Macam kambing cucuk idung.
    Yg kecian nye kita la rakyat.

    Inilah dia harga yg perlu dibayar oleh rakyat yg salah memilih pemilih. Bersatulah org Melayu walau apa fahaman politik. Jika kita sayangkan Negara ini, undilah BN kerana ini sahaja lah Kerajaan yang mampu mentadbir dengan baik. Apa shj masalah akan cuba dibantu.

    ReplyDelete
  10. sangkakula.

    ....lu ingat blogger semua kaki ampu ke......!

    cakap jgn sendiri tulis sendiri buat jawapan....!tu tulis tak serupa bikin!

    lu ingat blogger yg ada pendirian pro umno/bn semua pengampu ke.!

    jgn seleweng banyak sangat pemikiran rakyat,berpada2lah dan bukan semua org yg berblog tu go-blog..!

    ReplyDelete
  11. gwynwels, saya menunggu kerajaan negeri menghentam saya dengan lebih kuat dahulu sebelum saya bongkarkan segalanya mengenai perjanjian air yang saya tandatangani. Tanggungjawab saya sebagai Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan rakyat Selangor tetap saya utamakan biarpun perjanjian tersebut disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, JPM. Saya hanya ingin melihat dahulu sejauh mana lenggok tari Pakatan dalam isu ini. Bersabarlah saudara. :)

    apa kata saudara minta dahulu Khalid dedahkan siapa perunding beliau yang kata krisis bekalan air di selangor hanya akan bermula pada 2019.

    ReplyDelete
  12. Dato Seri,

    Samada krisis bekalan air di Selangor akan berlaku pada tahun 2019 atau 2011 tidak begitu penting jika dibandingkan dengan peratusan kenaikan harga air seperti yang dimeterai oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato Seri dengan syarikat Syabas. Syarikat Syabas sekarang dengan begitu angkuh menolak sama sekali jemputan kerajaan Selangor yang ada sekarang untuk berunding. Ini berlaku kerana adanya perjanjian tersebut yang telah memberi perlindungan kepada Syabas di segi undang-undang. Yang akan hampa dan tiris wang saku ialah rakyat Selangor bukannya Dato Seri atau Syabas.

    Satu lagi ialah JPM atau Jabatan Perdana Menteri juga telah merancang bagaimana untuk meraih keuntungan untuk Syabas dari wang saku orang Selangor. Ada baiknya jika kita bincang siapakah pengarah-pengarah di dalam syarikat Syabas.

    ReplyDelete
  13. macam tu la.....walaupun ds baru sambut hari tua tapi lengok org muda kena ikut sama...baru la orang muda boleh masuk dgn kepimpinan ds....

    belasah je kalau dah betul & yakin...pakatan rakyat lebih teruk dari kepimpinan ds dulu...

    khalid "G" dan konco-konco nya sedang memfaraid harta rampasan tanpa segan silu dan buat muka lebih selambeeeeee macam orang tak bersalah.....piiiiiiiiiiraaahhhhhhhh.

    sebagai rakyat selangor sekarang kita terima akibat dari setiap kejadian ini..yg mengundi BN pun tak berguna..padan muka semua!...yg sUdah apa nak dikata tapi sekurang2nya jadikan iktibar.. almaklumlah melayu mudah lupa..!

    ....fikirlah akan datang samada nak bagi lagi pada PAKATAN RAKYAT ATAU NAK BAGI UMNO/BN...pisau dalam tangan dan bila nak undi tu jgn fikir diri sendiri saja...undi sepatutnya difikirkan untuk kepentingan bangsa/agama & kestabilan negara.....

    SELAMAT HARI TUA DS..!KALAU KELAPA MAKIN TUA MAKIN BANYAK MINYAKNYA...HARAP2 PEMIMPIN SEPERTI DS PUN BEGITULAH HENDAKNYA MAKIN BERGUNA PADA RAKYAT ....JGN MAKIN TUA MAKIN TAK BERGUNA....kalau marhaen tak guna tak pe..kesannya pada diri sendiri saja..tapi kalau ds tak guna tempiasnya kena pada umno..tu pa pasalnya nak ingat2kan....

    ReplyDelete
  14. gwynwelsh, baca betul-betul kenyataan saya di atas dan juga kenyataan kerajaan negeri. apakah saudara tidak terfikir terdapat syarat-syarat tertentu yang melindungi kepentingan rakyat Selangor? Saya dan kerajaan hari ini yakin mengenai hak kerajaan negeri untuk menghalang kenaikan tarif air sewenang-wenangnya. Jadi saudara jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Jika kerajaan negeri hari ini berani ke mahkamah tentulah ada sesuatu dalam perjanjian lalu yang boleh dijadikan hujah.

    Sehingga hari ini adakah tarif air saudara telah naik?

    apa pun saudara harus mengakui bahawa pada suatu tahap nanti tarif air pasti akan naik kerana kos memulihkan bekalan air bersih bukan semakin murah.

    ReplyDelete
  15. krisis bekalan air adalah lebih serius dari kenaikan tarif kerana kenaikan tarif saudara masih mempunyai bekalan air yang hanya perlu dibayar dengan harga yang lebih sedikit. Namun krisis bekalan air menyebabkan tiada belakan air biar pun saudara ada wang.

    Mana lebih penting?

    ReplyDelete
  16. Salam DSKT,
    Nampaknya tak abis lg nih...Pening2, apapun tunggu lah PRU 13 nanti PR atau BN...Tuuuungguuuu....

    ReplyDelete
  17. pntadbiran dato khalid taraf 5 bintang. ds khir cuma 2 bintang jee.pasir dulu jual byk tp hasilnya x nampk pn.tgk dato khalid.siap umumkn brape untung jual pasir. cm 2 la pemimpin yg baik.x sembunyikn dr rakyat selangor.Syabass krajaan slngor skrg.Teruskn usaha yg murni ini.Allah nampk pe yg kita buat.Amin33x

    ReplyDelete