Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, August 27, 2010

Bantuan Raya Kerajaan: Madu Diberi Janganlah Dibalas Tuba

1. Saya amat mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri memberi bantuan khas kewangan sempenan Hari Raya Aidilfitri ini. Kakitangan dan pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM 500 seorang. Ini bermakna kerajaan perlu mengeluarkan hampir RM 1 bilion bagi melaksanakan pemberian ini.

2. Pemberian bantuan raya ini menunjukkan kerajaan bersedia berbelanja dan mengeluarkan wang untuk rakyat berdasarkan keperluan dan bukannya sekadar suka-suka berbelanja dan bermewah tanpa keperluan.

3.Bagi kakitangan kerajaan, pemberian ini walaupun tidak besar jumlahnya bagi individu, namun sangat besar kepada perbendaharaan negara. Saya percaya sebahagian besar kaitangan kerajaan akan bersyukur dengan bonus ini. Jika ada segelintir yang masih bersikap madu diberi tuba dibalas biarlah Allah sahaja menentukan untung nasib mereka kemudian hari.

4. Adalah menjadi harapan kita agar pemberian bonus raya ini akan menaikkan lagi semangat dan dedikasi kakitangan kerajaan untuk terus bekerja keras bagi memakmurkan negara ini.

5. Saya percaya rakyat tidak merungut kakitangan kerajaan mendapat duit raya dan pelbagai keistimewaan jika mereka terus meningkatkan perkhidmatan awam. Malahan Perdana Menteri mungkin akan mengumumkan bonus kepada kakitangan kerajaan dalam pembentangan Bajet akan datang.

6. Namun biarlah rakyat melihat dedikasi kakitangan kerajaan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan negara. Janganlah pula selepas mendapat bonus raya pun kita akan dapati pejabat kerajaan masih tidak beroperasi biarpun raya telah masuk minggu kedua. Jika ini berlaku rakyat akan mempersoalkan keputusan kerajaan. Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti ialah pemimpin kerajaan.

7. Justeru kepada kakitangan kerajaan balaslah semula budi baik Perdana Menteri ini dengan memberi perkhidmatan yang terbaik. Saya percaya bukan puji-pujian yang dipinta oleh Perdana Menteri tetapi kualiti perkhidmatan yang penting. Namun adab dan budaya Melayu janganlah dilupa sehingga tangan yang memberi hendak digigit kemudian hari.

orang memberi
kita merasa
orang berbudi
kita berbahasa

13 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.

    Semoga ramadhan ini menginsafkan kita.Saya amat bersetuju dengan usaha Dr mengajak anggota perkhidmatam awam mempertingkatkan usaha dan upaya agar khidmat kepada rakyat terbanyak dapat diperbaiki.Dan sepatutnya bonus RM500 ringgit itu sepatutnya dapat menjadi penggilap hati dhamir anggota kerajaan.

    Namun cara Dr mengungkap dan mengungkit telah membatalkan niat dan natijah dari program tersebut.Berhentilah dari "memperhambakan" orang ramai semata-mata kita duduk di tangga kuasa.Sepatutnya kita mengupayakan anggota kerajaan menjadi insan yang berjiwa besar dan menganggap tugas mereka sebagai sebahagian dari "ibadah" kepada Ilahi.
    Sebaliknya kita jadikan sumbangan sebagai umpan dan jebak untuk memerangkap jiwa dan minda mereka.
    Bukankah budaya melayu juga mengungkapkan supaya kita jangan mengungkit pemberian kita.Dan bila itu berlaku,orang yang pada mulanya berterima kasih mulalah memepertikaikan motif pemberian tersebut.
    Orang melayu mempunyai jiwa yang halus dan sekiranya Dr berkasar Dr akan hilang hormat di kalangan mereka.

    ReplyDelete
  2. Dato kata,

    3.Jika ada segelintir yang masih bersikap madu diberi tuba dibalas biarlah Allah sahaja menentukan untung nasib mereka dikemudian hari.

    Apa maksud dato dikemudian hari!
    Didunia atau diakhirat

    Diakhirat bukan mereka sahaja dihitung nasib nya bahkan seluruh umat manusia akan menerima perhitungan dengan seadil adilnya dari Allah, diatas apa yang mereka kerjakan semasa didunia.

    Kita juga akan ditanya dari mana HARTA yang kita perolehi samaada cara HALAL atau cara HARAM?

    Kita juga akan ditanya kemana HARTA itu dibelanjakan?.

    ReplyDelete
  3. sebelum bg bonus raya, kerajaan dah awal2 naikan harga barang dgn penyelasan subsidi..apa maknanya? jgn ingat rakyat bodoh..

    ReplyDelete
  4. Tahniahlah kepada kakitangan Kerajaan kerana dapat RM500.00 seorang sebagai duit raya. Selepas ini janganlah lagi ada kakitangan Kerajaan yang kata Kerajaan kedekut dan membuat tuntutan yang bukan-bukan. Fikirlah sama nasib rakyat lain yang tidak menjadi kakitangan kerajaan.Bagaimanapun saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan isu duit raya ini.

    Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah 2 isu terbaru berkaitan institusi surau dan masjid yang membabitkan PAS dan DAP. Pertama isu mendoakan Khalifah Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat oleh khatib penyokong PAS. Kedua isu ahli parlimen wanita DAP masuk surau selepas sunat terawih. Nampaknya semakin hari semakin liberal perjuagan PAS berbanding dahulu. Tindakan mereka seolah-olah undi bukan Melayu khususnya cina sangat penting manakala undi Melayu tidak penting langsung sehingga banyak tindakan mereka yang mengguris hati dan perasaan orang Melayu. Jika ada yang menegur maka akan dituduh sebagai pengampu UMNO dan lain-lain. Kalau ada tokoh yang tidak sehaluan dengan mereka maka akan teruklah mereka dibelasah dan dikutuk dengan kata-kata kesat dan tidak beradab contohnya Mufti Tan Sri Harussani Zakaria. Semuanya dilakukan demi menjaga hati dan menyukakan hati pihak bukan Melayu khususnya DAP. Jika beginilah pendekatan politik mereka maka bolehkah PAS diharapkan dapat melindungi kepentingan Islam dan Melayu di negara ini?

    ReplyDelete
  5. Dskt, Tak kerja keras dan sering lewat satu hal. Tapi janganlah sabotaj balik usaha kerajaan dalam usaha membantu rakyat. Majoriti masih lagi tahu berterima kasih, cuma segelintir manusia yang tak tahu bersyukur. Beri dia ambik, tapi masih menuduh kerajaan zalim.

    ReplyDelete
  6. saudara Nordin,

    1. Jika saudara masih keliru, saya bukan anggota pentadbiran kerajaan. Jadi tidak timbul saya bagi dan mengungkit pula.

    2. Saya tidak mengungkit apa pun, cuma saya minta janganlah dicemuh kerajaan tidak tentu pasal. Saya tidak tulis pun bahawa kakitangan kerajaan kena sokong BN kerana RM 500 tersebut. Saya cuma minta janganlah diburuk-burukkan orang yang membantu kita mendapat rezeki yang lebih.

    ReplyDelete
  7. Dato'

    Menegur kesilapan atau menasihat memang digalakkan dalam Islam. Khalifah Abu Bakar r.a. bersedia ditegur sewaktu mula memegang jawatannya.Apabila rakyat biasa menegur janganlah pula dianggap mencemuh .Keikhlasan penting dalam segala tindakan. Contohilah pemimpin-pemimpin UMNO dahulu seperti Tenku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang benar-benar mengutamakan rakyat biasa daripada diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. Diantara (i)tanggungjawab, (ii)ikhlas memberi, dan (iii) memberi mengharapkan balasan, yang mana satu agaknya? Yang pasti, (i) dan (ii) tidak sekali...hanya (iii), itulah dia hakikatnya...

    ReplyDelete
  9. saya pun setuju dan senada dgn Khir...kpd semua ktgn awam di Selangor, Penang dan Kedah...jgnlah gigit tgn yg beri duit raya kat anda..taatlah kpd kerajaan...

    cuma bahamkan aja tangan yang bagi PENYAPU sebagai tanda 'kasih sayang' dr khir...

    ReplyDelete
  10. jasa tetap dikenang..










    'Kejutan Besar' Untuk Generasi Muda Sabah Dan Sarawak:-)
    >>>Tolong Klik Di Sini<<< ^_^

    ReplyDelete
  11. Salam DS, sy tak tahu DS sedar atau tidak, DS dan UMNO dburukkan dalam edisi terbaru Selangor Kini yang boleh didapati di masjid-masjid, malah 300 000 SK bakal diedar sempena AidilFitri, mohon lebih tegas.

    Mohon pemipin UMNO mengembil kira kajian terbaru mengenai politik negara http://nobisha.com/home/archives/335

    ReplyDelete
  12. Ada dakwaan dari setiausaha politik MB Selangor bahawa pemberian bonus kepada menteri besar dari PKNS merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu (pentadbiran DR Khir. Sungguh ke?

    Berkenaan dengan bonus kaki tangan kerajaan pula, kelihatannya Dr Khir seakan keliru membezakan antara kerajaan dan parti pemerintah. Dana awam adalah hak rakyat. sokong parti mana pun apa hak mereka. begitu juga apa yang berlaku di Penang. kerajaan Penang tidak boleh menggesa kaki tangan kerajaan negeri menyokong DAP.

    Di Malaysia ini kita sering keliru antara kerajaan, parti pemerintah dan negara.

    sekadar bertanya dan bertukar pandangan

    ReplyDelete
  13. Salam....

    Kakitangan kerajaan dapat rm 500 seorang tapi Menteri Besar Selangor yang dulu pernah dapat bonus tahunan RM135,00 dari PKNS

    http://www.malaysiakini.com/news/141746

    kalau dalam utusan memang tiada berita ini.

    ReplyDelete