Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, August 17, 2010

MCA Masih Tidak Memahami Aspirasi Rakyat

1. Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih terus diperkatakan dan dijadikan alat politik perkauman biarpun secara umumnya ia bukan masalah kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

2. Kaum bumiputera sebagai penduduk asal dan majoriti di negara ini yang berjumlah hampir 70% penduduk Malaysia hanya menguasai 19% ekuiti perniagaan dalam negara ini. Selebihnya dikuasai oleh bukan bumi dan orang asing. Kaum bukan Bumi menguasai 44%, bukan warganegara sebanyak 30% dan selebihnya ialah syarikat Nominee.

3. Jadi mengapa dipersoalkan sedikit keistimewaan bumiputera sedangkan ia tidak pun menjejaskan kekuatan ekonomi kaum Cina. Bacalah pandangan Tan Sri Liew Kee Sin yang dalam kongres yang sama. Apakah dengan wujudnya dasar pro bumiputera sejak 1970 hingga sekarang orang Cina menjadi semakin miskin atau semakin kaya?

4. Jawapannya adalah dalam pengetahuan umum sama ada secara statistik mahu pun pandangan kasar. Senarai pemilikan hartanah komersial juga menunjukkan kaum Cina menguasai hampir 70%. Justeru permintaan 30% ekuiti Bumi bukanlah sesuatu yang sangat besar sehingga dianggap menekan dan menindas kaum bukan Bumi.

5. Dalam konteks inilah saya melihat pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa rakyat mempertikaikan penguasaan Bumiputera dalam penerimaan kontrak kerajaan terutama dalam bidang binaan sebagai tidak rasional dan tidak menemui kehendak rakyat yang sebenar.

6. Perbincangan mengenai kontrak dan tender kerajaan serta industri pembinaan merupakan perbincangan yang tidak memberi faedah besar kepada negara. Bidang pembinaan terutamanya membabitkan kontrak kerajaan merupakan industri yang sedang menguncup (shrinking industries).

7. Kenyataan Dr. Chua mengenai kontraktor kelas F bumiputera juga sangat tidak wajar. Berdasarkan pengalaman sebagai Menteri Besar, saya percaya hampir 90% kontraktor kelas F adalah kontraktor tulen. Bukankah aneh untuk Presiden MCA membicara perkara yang sangat kecil iaitu projek-projek kelas F?

8. Selain itu, sungguhpun kebanyakan kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan ialah kaum bumiputera kebanyakan pembekal dan pemborong dikuasai oleh kaum bukan bumi terutamanya kaum Cina. Hampir 1/3 kos projek kerajaan telah pun dikuasai oleh kaum Cina. Jika kaum Cina juga memonopoli kontrak kerajaan bermakna agihan ekonomi yang adil itu sudah tidak berlaku.

9. Kongres Ekonomi Cina sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk membesarkan peluang ekonomi terutamanya dalam sektor perkhidmatan (services industry) dan industri pembuatan yang sekarang ini banyak dikuasai oleh syarikat antarabangsa. Alangkah baiknya jika Kongres Ekonomi Cina turut membincangkan bagaimana mahu membantu kaum bumiputera yang masih tertinggal untuk turut menikmati kemakmuran negara ini terutamanya dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum Cina.

10. Sebenarnya apa yang Presiden MCA nyatakan tersebut ialah isu-isu di kalangan ahli perniagaan Cina bukannya suara rakyat banyak. Justeru MCA harus berfikir sama ada ia mahu terus menjadi parti ahli perniagaan Cina semata-mata atau menjadi parti kaum Cina keseluruhannya.

11. Bagi majoriti rakyat di bawah tanpa mengira kaum, isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan pendapatan yang kebih tinggi merupakan agenda utama sekarang ini. Peningkatan harga barang, pengangkutan, dan gas memasak telah meningkatkan kos sara hidup hari ini sedangkan tiada indikator jelas kenaikan gaji terutamanya di sektor swasta. Memandangkan kebanyakan rakyat membeli rumah secara pinjaman, kenaikan kadar pinjaman asas turut menyempitkan lagi poket mereka.

12. Sejak pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini rungutan semakin banyak mengenai kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk gas untuk memasak. Dan siapakah pemimpin BN yang bercakap secara serius masalah ini?Bagaimanakah Barisan Nasional sebagai parti pemerintah mahu menyelesaikannya?

13. Inilah perkara-perkara asas yang MCA sebagai parti pro perniagaan perlu membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian.

14. Datuk Seri Chua Soi Lek merupakan ahli politik yang berpengalaman dan sangat efisyen dalam membawa perubahan kepada Kementerian Kesihatan ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan. Sebagai seorang yang pernah dalam bidang perkhidmatan kesihatan kerajaan, saya fikir Dr. Chua seorang Menteri Kesihatan terbaik yang pernah dimiliki oleh negara ini.

15. Justeru saya berharap, sebagai seorang Presiden parti komponen BN, Dr. Chua harus memahami aspirasi rakyat bawah seperti mana beliau melihat Kementerian Kesihatan dari kaca mata rakyat bawahan suatu ketika dahulu.

29 comments:

  1. Saya berpendapat bahawa Dr Chua cuba untuk bermain dengan api dengan memainkan sentimen dan isu-isu sebegini untuk 'mendesak dan menekan' UMNO ke satu sudut yang paling sukar.

    Dalam masa yang sama, Tan Sri Benard Dompok, Presiden UPKO juga cuba menyimbah minyak demi kepentingan peribadi yang jelas sama sekali tidak mendatangkan kesan positif kepada BN.

    UMNO sebagai peneraju BN harus mengambil sikap yang lebih berani berhubung isu ini..... Jangan dipijak lagi....

    ReplyDelete
  2. salam.....

    adakah pemimpin kaum cina cuba membakar
    perasaan kaum melayu dan bumiputra?

    ReplyDelete
  3. pelakon porno ini memang dah tahu malu dan segan untuk minta meminta walaupun yang dipinta itu hanya sekelumit dan mengambil bahagian orang lain...

    apa punya dajallah perwakilan MCA memilih dia sebagai presiden , sejak dia jadi presiden sokongan kaum cina tak pernah beralih malah lebih teruk lagi hampir 90% menyokong PR...apa yang dia lakukan untuk memulih MCA dan sokongan rakyat? yang nyata dia merosakkan lagi BN

    ReplyDelete
  4. mca bermain dgn api....mereka tau rpu12 yg sudah sapa yg kalah teruk menyebabkan bn kalah teruk....bukankan parti komponan bukan melayu.....

    sekarang mereka cuba untuk mendesak PM kerana saya percaya mereka berkeyakinan inilah masa untuk menuntut lebih dari apa yg mereka sudah dapat.....

    tidak perlu melayan tuntutan yg tidak sepatutnya...jgnlah umno terperangkap dgn permainan mereka.....biar putih tulang jgn putih mata....

    ReplyDelete
  5. pada pandangan saya, mana2 parti komponen bn yang rasa tidak boleh bersama lagi dgn bn minta mereka keluar dgn segera. saya rela kita kehilangan kuasa secara terang-terangan drp ada musuh dlm selimut yang duduk cucuk kiri-kanan.

    biarkan mereka keluar dari bn dulu, baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah. mereka ingat kita gentar apabila mereka main ugut2 begitu.

    dgn tiadanya mereka dari bn, kaum bumiputra lebih senang lagi untuk melangkah laju. mca jgn mimpi mereka dapat menggapai awan jika mereka berada di luar bn.

    ReplyDelete
  6. Dato,pada pendapat saya.masalah yang sebenarnya lebih kepada keegoan&pemikiran sempit pemimpin cina yang memfokuskan kaum mereka mampu untuk membuat semua kerja tanpa melibatkan kaum lain terutama orang melayu..kaum melayu diibaratkan penyemak malah dianggap lintah kerana mendapat kontrak2 besar berkelas A dan mengsubkan kembali pada kaum cina bersyarat iaitu kontraktor kelas F mestilah bumiputra.. sy tidak nafikan kebanyakkan kontraktor kelas A adalah org politik atau syarikat berkaitan politik.manakala syarikat yg kontraktor bumiputra kelas A yg mempunyai keupayaan menyiapkan kerja A-Z boleh dikira dengan jari. tapi kaum cina harus ingat mereka telah monopoli barang mentah pembinaan. jika bumiputra yg dapat,kaum cina masih lagi untung kerana barang mentah dari mereka..jika mereka(cina) membolot semua, tunggulah pembalasan dari orang melayu. kita tidak mahu aper yg terjadi dahulu dan seperti cina di Indonesia terjadi...awas api2 dalam sekam tgh membara..

    ReplyDelete
  7. kalau mereka main api kita jangan padam kita taruk minyak,begitu juga kalau mereka bakar jambatan perpaduan kita jangan padam kita tolong bakar sekali.
    Wahai anak muda Melayu pergi lah daftar mengundi, kerana sekarang bukan nya seperti zaman datuk nenek kita, bila orang mengugut kita, maka kita memperasap keris, berselendang merah, berpecak silat. Sekarang kita perlu lawan dengan pena. mata pena itu lagi tajam dari mata pedang.
    Ingatlah wahai anak muda Melayu apabila di kawasan kamu yang mejority nya Melayu di letakan calon bukan Melayu oleh BN tau PR maka kamu cari lah jalan mencatasnya.Jangan sesekali memberi undi untuk mereka.

    Majlis Fatwa sila keluarkan fatwa, sebagai orang islam selagi ada kedai orang islam dalam kawasan tersebut kalau anda membeli dari kedai bukan islam maka anda telah melakukan dosa.Anda mesti membeli di kedai org islam. demi meningkatkan ekonomi.

    ReplyDelete
  8. salam datuk. perkara ini seumpama kalau orang Melayu minta sekolah cina dihapuskan. Tidakkah ia membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Cina. tambahan pula ini datangnya dari presiden parti kedua terbesar komponen BN. eloklah semua kita betulkan `rumah sendiri' dulu dari bercakap hal rumah tangga orang lain. Beliau (DR CSL) perlu lebih sensitif dari membuat tuntutan dari hak orang lain.

    ReplyDelete
  9. YBDS,
    Salam takzim,

    Kami inginkan seorang PM yang tegas tapi lembut macam TUN ABD RAZAK dan timbalan nya saperti TUN DR ISMAIL.

    Atau sekurang-kurang nya saperti TUN DR MAHATHIR.

    ReplyDelete
  10. salam Dato, sepatutnya orang melayu dan bumiputera tidak lagi mengharapkan kaum lain dinegara ini dalam merencanakan agenda bumiputra. kerajaan saharusnya secara terang-terangan membantu kaum bumiputera ini untuk menikmati hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan. dan kaum lain yang masih tidak mahu menerima perencanaan ini seharusnya dicantas secara terang-terangan tanpa berselindung kerana tidak menghormati dan memahami perlembagaan negara. UMNO jangan takut untuk sealiran dengan NGO melayu seperti perkasa dalam menyuarakan hak kaum bumiputera seperti MCA yang sealiran dengan suara DAP. apakah kita ini "pendatang" ditanah air kita sendiri?! setelah sekian lama mereka ini masih tidak mahu faham dan sebaliknya secara terang-terangan menentang usaha dan perancangan kerajaan demi kebaikan negara dan semua rakyat? kita tak perlu rasa bersalah meminta apa yg sememangnya hak kita sama seperti mereka meminta apa yang mereka berhak dan termaktub dalam perlembaggan. BANGSA MELAYU TIDAK PERLU BERSIKAP APOLOGETIC andai bangsa lain masih tidak faham malah bersikap kurang ajar!! wasalam

    ReplyDelete
  11. Salam DSKT,
    Saya setuju dengan RBF, diharapkan ada tindakan yg sewajarnya diambil kepada MCA...INGAT ini bukan masalah 1Malaysia...Harap DSKT faham dalam BN cuba menarik kembali rakyat...ada komponennya yang buat hal...Semoga DSKT terus berjuang menegakkan yang sepatutnya walaupun ia adalah rakan komponen...Wassalam.

    ReplyDelete
  12. DSKT dan sahabat ,

    Saya yakin PM akan menghentikan isu ini. Yg pasti MCA akan mendapat sebahagian tuntutan mereka.
    Maaf..walaupun sayang kepada UMNO tetapi rasa hormat kepada pemimpin kanan kini semakin terhakis. UMNO kena bangkit..lupakan saja semangat setiakawan BN kerana UMNO tidak perlukan kawan seperti MCA...

    ReplyDelete
  13. Salam datuk...
    Begitulah sikap mereka ..segala benda dah dikaut.. berbagai permintaan dah diberi masih belum puas.. tak ada bezanya mrk tu dgn DAP..kalau bezapun ialah mereka ini lebih hebat berlakon dan bersandiwara berbanding DAP.
    Selagi hak keistimewaan org melayu tidak dilucut selagi itulah mrk bercakap perkara yg sama.

    ReplyDelete
  14. Biasanya kes-kes begini hanya akan riuh rendah masa tengah panas, bila sudah suam-suam kuku semua orang tak ambil peduli. Bayangkan jika ketua bahagian umno atau pemimpin umno yang bercakap isu sebegitu, seluruh bangsa pariah akan menyokong dan sama-sama mendesak. DS, maklumkan pada semua ahli umno, selama inipun MCA hanyalah menjadi penumpang teksi sahaja, tak lebih dari itu, ada atau tiada sama sahaja.

    ReplyDelete
  15. Cina nak jadi Yahudi. Melayu macam Fatah dan Hamas, bergaduh je keje.

    ReplyDelete
  16. 'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

    ReplyDelete
  17. Salam Dato' Sri. Moga Dato' Sri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    DSCSL kata "zaman dah berubah" tetapi beliau kena ingat sejarah tak berubah dan tak boleh diubah. Bila masyarakat Cina sudah cenderung ke DAP sepatutnya beliau kena berusaha menarik balik sokongan untuk ke BN. Ini tidak. Adakah beliau juga sudah mengikut rentak tari DAP? Untuk apa? Jawapannya untuk menelan semua kek ekonomi Negara Malaysia tercinta yang dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

    Janganlah cuba bermain api kelak terbakar diri. Rasanya merekalah yang beroleh kesenangan dan keuntungan atas DEB yang telah diperkenalkan. Apa lagi mereka mahu? Mereka patut berterima kasih kerana mereka tidak seperti di Indonesia. Kita adalah bangsa yang sukakan keamanan tetapi bak kata orang, kita tak kacau orang lain andainya orang itu tak kacau kita.

    Diharapkan pihak kerajaan kenalah bertindak lebih tegas lagi untuk membendung perkara yang sebegini dari terus berlaku.Nah! Orang-orang melayu harus sedar atas perpecahan yang berlaku makanya kaum lain akan mula tunjuk taringnya.

    BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH..

    ReplyDelete
  18. Salam DS,
    Lama tak blogging kat sini!!!Saya mengucap selamat berpuasa kepada DS dan keluarga DS,semoga keluarga DS bahagia selalu!
    Saya ingin menekankan disini adalah situasi kewangan negara yg SEMAKIN TERUK....Bahaya menanti didepan jalan sebab ekonomi krisis di europe masih belum lagi meletup dan semakin hampir....!!!bersiap sedia la dgn kemelut tekanan ekonomi yg akan datang!!!
    Kenapa saya menyatakan kewangan negara mengalami kerana...
    1)bilangan besar pengaliran pelabur asing keluar dari malaysia sejak dari 2009.
    2)Pendapatan petronas yg semakin berkurangan.
    3)Kelembapan tahap quality pekerja kerajaan
    4)semakin banyak syarikat2 malaysia mengalami kerugian justeru pendapatan negara berkuranagan....
    5)Negara2 jiran seperti Indonesia,singapore yg mempunyai daya saing ekonomi yg cukup mantap dari malaysia

    Pengaruh2 diatas cukup mengurangkan pendapatan negara sebanyak 20~30%....MAKA BANYAK LA LAGI AMANAH SAHAM 1MALAYSIA AKAN DITERBITKAN...:)
    MALAYSIA BOLEH!!!

    Sekian

    ReplyDelete
  19. salam dato

    pilhanraya akan datang jika MCA masih dalam BN pastikan MCA bertanding dalam kawasan majority cina sahaja.semua kawasan majority melayu yang dia bertanding sebelum ini hendaklah diserahkan kepada umno.

    ReplyDelete
  20. Nak sangat hapuskan kouta 30% bumiputera? Kalau memang nak sangat hapuskan boleh tetapi kena ada timbal balas. Contohnya:

    1. Pengambilan pekerja di syarikat swasta tidak boleh ada syarat tidak munasabah seperti boleh bertutur bahasa mandarin atau kenyataan bumiputera diutamakan untuk jawatan-jawatan bertaraf rendah, tidak diminati/dipohon kaum lain atau untuk menarik pasaran melayu.
    2. Hanya bahasa malaysia dan bahasa inggeris boleh menjadi bahasa perdagangan , bahasa-bahasa yang lain tidak dibenarkan. Ini termasuklah dari segi pengiklanan di media dan papan tanda perniagaan.
    3. Hapuskan semua sekolah jenis kebangsaan dan wujudkan sekolah satu aliran sahaja yang menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa antarabangsa. Bahasa-bahasa lain seperti mandarin, tamil, arab, perancis, sepanyol dan lain-lain boleh diajar sebagai subjek pilihan kepada pelajar yang ingin mempelajarinya.
    4. Wujudkan satu badan khas dan bebas untuk memantau pengambilan dan kenaikan pangkat dan gaji di sektor swasta terutama di peringkat eksekutif dan pengurusan kanan supaya ia tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum manakala kaum yang lain didiskriminasikan. Berikan definasi yang jelas dan adil tentang apakah yang dikatakan competency, accountability dan transperency yang sering dijadikan alasan untuk menidakkan peluang pengambilan dan kenaikan pangkat pekerja bumiputera.

    Kalau nak dikira banyak lagi timbal balas yang boleh dibangkitkan tetapi saya serahkan kepada sahabat-sahabat blogger yang lain untuk memikirkan dan menyatakan di dalam blog ini atau medium yang lain.

    ReplyDelete
  21. Apa diharap kepada Dr Chua Soi Lek ni. Setelah skandal seksnya terbongkar, dia mana ada maruah lagi. Memalukan bagi masyarakat China yang memilihnya sebagai ketua.

    ReplyDelete
  22. Salam blogger,

    Saya tak berminat mainan wayang kulit dan wayang tongkol, UMNO dan MCA ni. Semua nak menarik pengundi saja bagi menghadapi PRU13.

    Cuma nak mengulas sikit.. Mengapa datok cuma berani berblog sahaja. Di Blog datok ni kebanyakannya pengampu datok. Bila datok tulis tentang isu-isu racis macam ni.. Hanya blogger yang menyokong datok tu sahaja yg mengulas. Penuh dengan emosi dan jiwa kepahlawanan melayu, kononnya.

    Porah.. kalau datok anak jantan, sebutlah di kalayak umum, panggil press conference ke atau ceramah yang sekarang hebat di Selangor. Macam datok serang kerajaan PR di Selangor. Harap datok macam tu lah menyerang MCA

    Baru tahu apa reaksi orang cina (MCA). Kalau setakat dalam blogger yang audiennya pengampu datok.. memanglah mereka menyiram lagi api perkauman yang ada pada datok tu..

    Dr Chua Soi Lek (si wayang tongkol) memangla dia memperjuangkan bangsa dan parti dia.. apa nak heran

    ReplyDelete
  23. saudara Sangkatula agaknya tak baca akhbar Utusan yang meletak kenyataan saya di muka hadapan berhubung dengan isu ini.

    Kenapa suka menabur fitnah kalau kita tidak tahu?

    ReplyDelete
  24. Sebab saudara sangkatula suka baca surat khabar pembangkang je..otak dah hitam..NOKTAH

    ReplyDelete
  25. Sangtula, bila ada orang melayu yang menyokong pandangan DSKT maka dituduh pengampu. Yang anda pula nak di kategorikan sebagai apa, apakah penjilat dubur DAP?. Jangan malu untuk mempertahankan kenyataan anda, kenyataan DSKT bukan sekadr dalam blog yang boleh di akses oleh seluruh pelusuk dunia. Jika hanya berceramah hanya segelintir yang hadir sahaja yng mendengar. Mana lebih berani, secara hitam putih atau secara lisan. Seperti seorang kathib PAS di PP, bila diasak dari segenap penjuru, mula berubah nada sedangkan semasa membaca khutbah lain pula bunyinya. Janganlah anda terlalu munafik dan menafikan segala kebaikan orang lain

    ReplyDelete
  26. Saya rasa inilah masa nya MCA perlu membuktikan mereka masih lagi releven. Sehubungan itu, Umno perlu mengambil & bertanding kembali disemua kerusi yg majoriti org Melayu. MCA, Gerakan & MIC perlu bertanding dikawasan tiada majoriti org Melayu. Sudah cukup pemberian kerajaan utk kaum Cina & India dan kini, sekarang mereka mesti menunjukkan sokongan pada kerajaan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  27. DS,
    Saya amat setuju dengan komen RICKY dan WONG PIN TER.
    DS CSL membuat kenyataan tempoh hari itu adalah satu pandangan dan cadangan agar 30% itu dimansuhkan dan diberikan kepada RAKYAT tanpa memilih kaum asalkan RAKYAT MALAYSIA.
    Kenapa DS CSL berkata demikian? Pandangannya mendapati hanya segelintir BUMIPUTERA yang mendapat habuan, sebab itu untuk mencapai 30% itu pasti sampai HARI KIAMAT pun tak kesampaian. Cuba kita lihat berapa BUMIPUTERA yang digelar BILIONAIR DAN MILIONAIR dan yang hidup amat mewah. Tetapi adakah 30% itu sampai ke BUMIPUTERA KAMPONG KAMPONG. Sudah lebih 40 tahun. YANG KAYA LEBIH KAYA dan bagaimana dengan BUMIPUTERA KAMPONG??? 30% itu bukan sahaja dikira dengan nilai wang tetapi ilmu pengetahuan harus dikira.
    Persolannya KENAPA JAWATAN JAWATAN KTA TAK JUGA MENAMPAKKAN KESEIMBANGAN. TERUTAMA SEKALI DI ATM, PDRM DAN PEJABAT KERAJAAN TEMPATAN SELURUH MALAYSIA???
    Persolannya DS CSL bukan nak mencabar 30% untuk BUMIPUTERA, tetapi pembahagian yang tidak kesamarataan itu di pertikaikan antara RAKYAT BUMIPUTERA. Adakah BUMIPUTERA MELAYU ATAU YANG LAIN. Nampaknya BUMIPUTERA YANG LAIN JUGA DISISIHKAN.
    Saya bukan hendak menegak benang basah dan memihak DS CSL, Ini adalah kenyataan. DS harus tepuk dada dan tanya................

    ReplyDelete
  28. tergerak hati nak beri pandangan,DEB tu ok, yang tak ok nya sistem yg menguruskannya.
    Saya dah bersara dari ATM hampir 10 tahun dan bekerja di dalam sektor pembinaan, memang kalau projek kerajaan tu yg dapat adalah BUMIPUTRA tetapi siapa BUMIPUTRA tu?
    BUMIPUTRA tu hanya atas nama sebagai Pengerusi ke,MD ke, CEO ke , aau DIRECTOR aje....
    Yg uruskan segala kewangan/lojistik adalah kaum lain..........dan yg pangkat tinggi & gaji tinggi kaum lain, yg rendah gaji/pangkat kaum BUMIPUTRA, kalau ada pun maybe saudara CHAIRMAN/MD/CEO tu.............
    Tercapai kah agihan 30% tu kalau projek hanya diberikan kepada segelintir mereka aje.Ini yang kaum lain & BUMIPUTRA lain pertikaikan,kalau bikin bisnes macam ni tak perlu belajar tinggi2/atau pakai gelaran TAN SRI ATAU DATO SERI...sebab semuanya untung kerana ada syer/saham aje 10-20%.
    Malulah TAN SRI atau DATO SERI yang macam ni, ini lah yg dimanakan pengkianat bangsa MELAYU.Kekayaan hasil daripada DEB tetapi tidak sepenuhnya menguruskan projek yg diperolehi hanya datang hadir mesyuarat tanya bila 'claim' nak dapat.

    nanti sambung lagi

    ReplyDelete
  29. Saya pernah kerja disatu projek kerajaan yang MD nya orang MELAYU bergelar DATO lagi, tapi yang peliknya segala urusan projek,kewangan & lojistik diuruskan oleh KAUM LAIN..........
    Maksudnya polisi kerajaan dah betul, projek KERAJAAN kaum BUMIPUTRA diberi keistimewaan tetapi tu yg peliknya dicontrol oleh KAUM LAIN,
    malahan wakil kerajaan yg MENYELIA projek tu pun tau siapa yg CONTROL, tapi buat2 tak tau......kerana depa pun MASYUKK JUGA

    ini lah delima DEB/MBE..

    ReplyDelete