Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, August 14, 2010

Menteri Besar Cakap Merapu Seumpama Orang Nyanyuk

1. YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.com, "Whatever I do, I know I'll be better than Khir" mendakwa saya tidak berbuat apa-apa kebaikan pun kepada Selangor dan tidak layak menjadi Menteri Besar.

2. Lucunya Khalid dan konco-konconya dalam EXCO ke sana ke mari mendakwa Selangor negeri maju. Apakah Selangor menjadi negeri maju dalam tempoh 3 tahun pentadbiran beliau? Inilah yang dikatakan dalam pepatah Melayu, lembu punya susu, Sapi dapat nama.

3. Saya kasihan kepada Tan Sri Khalid yang telah lanjut usia tetapi terpaksa berhadapan dengan bebanan dan tekanan kerja sebagai Menteri Besar sama ada dari segi pengurusan pentadbiran mahu pun pengurusan partinya. Kemunculan Datuk Seri Anwar sebagai penasihat Ekonomi dan Azmin Ali sebagai pengawal politik negeri telah menambah tekanan ini.
Mungkin inilah menyebabkan beliau menjadi terlalu emosional dan tidak boleh berhujah secara bijaksana mempertahankan pentadbirannya.

3. Menurut Malaysiakini,

Despite these setbacks, Khalid said his government "is better (than the BN government) by any imagination", even after less than three years in office. Likewise, he was less than kind about his predecessor Dr Khir Toyo, saying that the Umno man did "not deserve to be an MB" and "won't even reach senior manager level" at Guthrie, where Khalid was once CEO.

4. Inilah yang dikatakan sebagai masuk bakul angkat sendiri. Malangnya puji-pujian ke atas dirinya tidak pula disertakan bukti dan fakta yang jelas.

5. Saya akui pentadbiran tidak sempurna. Namun saya meninggalkan pentadbiran dengan kedudukan kewangan negeri jauh lebih tinggi dari semasa saya mengambil alih, pencapaian anak syarikat kerajaan negeri yang hampir kesemuanya mencatatkan keuntungan berbanding sebelumnya, kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan juga telah dipertingkatkan. Demikian juga kecekapan Pejabat Tanah dan Galian juga jauh lebih baik.

6. Ini semua dapat dilakukan kerana saya juga mewarisi kerajaan yang baik dari pimpinan sebelumnya dan hanya perlu melakukan pembetulan dan perubahan seiring dengan kehendak dan keperluan semasa.

7. Pencapaian-pencapaian ini diakui sendiri oleh fakta-fakta yang didapati melalui Kajian Daya Saing Negeri Selangor oleh Perbadanan Produktiviti Negara dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kajian ini menggunakan model seperti dalam "The World Competitiveness Report" yang dibangunkan oleh The International Institute for Managment Development (IMD) Switzerland. NPC merupakan "partner Institute" kepada IMD.

8. Mungkin Khalid perlu bertanya siapakah yang mewujudkan Science Park 2 yang telah menghasilkan berbilion riggit pelaburan. Di bawah pentadbiran siapa Selangor mencapai kemajuan pesat dari 2001 - 2007? Mungkin Khalid perlu ambil sedikit masa melihat fakta-fakta pencapaian negeri sejak 2001-2007 sebelum bercakap merapu seperti orang tua nyanyuk.

9. Jika Khalid ada keberanian beliau juga perlu menggunakan model yang sama untuk membuat kajian semula melihat perbandingan antara 2007 dengan keadaan sekarang. Barulah kita boleh berhujah adakah kerajaan Khalid lebih baik dari keraaan BN sebelum ini.

10. Malaysiakini juga melaporkan,
The MB's dim view of Khir extends to the "exposes" that the latter claimed to have made on sand-mining in a bid to discredit the Selangor administration.

"I cannot imagine why they are saying this. (Khir's government) was doing it illegally so they should keep quiet at least! Not saying that we're digging bigger holes than they were.

"But once these people get addicted to certain things, and we withdraw them, then the withdrawal syndrome kicks in, and they act irrationally," he said, shrugging, as if to show how little he thought of the past administration.

11. Sekali lagi Khalid bercakap merapu dan merepek. Saya cabar beliau tunjukkan bukti kerajaan pimpinan saya melakukan perlombongan pasir secara haram. Yang pasti secara jelas hari ini ialah Kumpulan Semesta Sdn Bhd merompak wang rakyat dengan menjadi orang tengah dalam industri perlombongan pasir.

12. Pasir dilombong atas tanah kerajaan, tetapi royalti yang diterima oleh pejabat tanah hanyalah RM 3 satu tan sama seperti royalti pasir atas tanah persendirian.KSSB ambil lagi RM 4 tanpa perlu melakukan apa-apa kerja kecuali menyediakan draf perjanjian dan mencari kontraktor.

13. Kerajaan sebagai tuan tanah hanya mendapat RM 3 bagi setiap tan metrik pasir dikeluarkan, manakala KSSB sebagai broker mendapat RM 4. Apakah ini bukan perompak wang rakyat?

14. Mari pula kita bertanya apa yang telah Khalid buat sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor selain memberi air percuma menggunakan wang yang diwarisi dari kerajaan sebelum ini?

15. Seingat saya sudah hampir RM 70 bilion jumlah projek yang diumumkan oleh Khalid sejak beliau menjadi Menteri Besar. Namun yang masuk ke Selangor sejak Khalid menjadi Menteri Besar hnayalah RM 6 Bilion.

16. Saya tidak mahu menyerang peribadi Tan Sri Khalid, tapi hanya Menteri Besar yang "gila" sahaja boleh mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Selangor bernilai RM 50 bilion sedangkan Kerajaan Persekutuan hanya mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM 67 Bilion.

17. Di mana pakej rangsangan RM 50 bilion kerajaan negeri tersebut? Satu apa pun tiada. Yang kita tahu telah tiga tahun kerajaan negeri mengalami bajet defisit. Kemudian umum lagi RM 10 bilion pakej pembangunan Sungai Klang. Sampai sekarang belum nampak apa-apa juga. Inilah yang dikatakan kehebatan tokoh korporat terkemuka.

18. Saya mungkin tidak layak menduduki pengurusan Guthrie pun seperti yang dikatakan oleh Khalid, namun semasa menjadi Menteri Besar saya tidaklah gila menyebut angka berbilion ini setiap masa tanpa asas. Jangan nanti Menteri Besar Selangor dipanggil orang Khalid Laksa (bilion)sahaja nanti.

19. Khalid usahlah berbangga dengan kedudukan beliau sebagai CEO Guthrie kerana ramai orang dalam tahu kenapa Khalid "disingkir" dari Guthrie. Mengapa agaknya sehingga hari ini kita tidak pernah mendengar sebarang kejayaan Khalid dalam dunia korporat selain daripada kedudukan beliau dalam PNB dan Guthrie?

20. Janganlah jadi ayam yang bertelur sebiji tapi riuh sekampung.

54 comments:

  1. DS Khir, KAPAK amat bersetuju dgn fakta2 yg DS kemukakan dan nyata ia adalah satu fakta yg tidak boleh disanggah.

    Kapak merasakan si Khalid ini suruh duduk dan ambik nafas biar lega mamai yg dihadapinya. Khalid ni dah mamai gaban tunggu gila sawan jer. Elok lar teruskan perangai sasau die tu, dan mudah untuk rakyat ketawakan dan campak die keluar dari kerusi MB Selangor.

    Pada BN Selangor, kuatkan tekad dan semangat utk rampas kembali Negeri Selangor dan makmurkan semula rakyat selangor. Pada kesilapan yg lepas2 perlu lar diperbaiki, mungkin itu dugaan yg Allah beri agar kita insaf terhadap sesuatu yg salah kita lakukan sebelum ni. Apapun adalah menjadi tanggungjawab dan amanha pada kita untuk mendapatkan kembali Kerajaan Selangor demi Agama, Bangsa & Tanahair. - Amien.

    ReplyDelete
  2. Kang ojo pasrah semanget lor terus jokok meneh Selangor. Kui maruah kita lor wong Melayu & Jowo. Aku boten geram wae delok opo neng dino cerito pasal Selangor. Ojo riso Wong Tapah terus nyokong riko.. teruskan....

    ReplyDelete
  3. Salam Dato Seri...

    Tahniah kerana berjaya mengeluarkan hujah menepis dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim. Fakta2 yg disertakan dlm tulisan Dato Seri di atas mungkin dapat menyedarkan mereka yg masih dlm kegelapan terhadap Khalid Ibrahim yg saya ibaratkan "tong kosong yg memerintah" - diketuk, berbunyilah dia... Ditolak, berjalan lah dia...

    Tahniah juga atas kempen SSDE yg saya yakin akan memberi kesan. Insya'allah bumi Selangor akan kembali di bawah naungan BN dan secara tidak langsung kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu terus terpelihara.

    Zukhairi Arif - Perth, Australia.

    ReplyDelete
  4. DS, saya pernah bekerja dibawah beliau semasa di PNB. Tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan dengan pencapaian beliau sebagai CEO PNB. Beliau duduk disitu kerana adanya Anuwar sebagai Menteri Kewangan dan jika dibandingkan kelayakkan lebih ramai lagi orang yang layak berbanding beliau. Guthrie dibawah beliau mengalami kerugian yang besar dan terpaksa diselamatkan. Ramai orang dalam yang boleh menceritakkan perihal kepimpinan beliau yang terlalu berkira.

    Selama beliau menjadi MB, hanya satu pencapaian yang boleh beliau banggakan. Kurangnya aktiviti mat rempit disekitar shah alam. Bukan kerana program mendekati remaja atau mat rempit yang dijalankan, tetapi kerana keadaan jalanraya yang amat teruk, berlubang dan tiada penyelenggaran. Mujurlah kerajaan pusat bermurah hati memberi dana bagi membaikpulih jalan, jika tidak mat rempit bukan sahaja beralih tempat untuk berlumba, lembu pun tak sanggup tidur diatas jalanraya.

    Zaman PR mengambilalih kerajaan negeri Selangor sehingga sekarang, kita lihat tiada satu pun pencapaian yang boleh dibanggakan selain menghabis dana rakyat dengan memberi rasuah air secara percuma sebanyak RM11.00, itupun hasil wang peninggalan kerajaan BN.

    Selain dari itu yang ada hanyalah kuil-kuil hindu serta pusat judi, kedai vcd lucah serta rumah urut yang bertabah makmur terutamanya disekitar Kota Damansara, Puchong dan Kelang. Jika dahulu Kelang dikenali sebagai Bandar Diraja, tapi hari ini lihatlah di Bandar Baru Klang dengan barisan rumah urut bertopengkan urut tradisional tapi menjalankan urut nikmat.

    Lihat juga disekitar pulau ketam yang amat meriah dengan aktiviti pelacuran warga cina. Mereka ini dihantar ke kapal-kapal yang berlabuh disekitar Port Kelang untuk perniagaan menguntungkan. Inilah kejayaan khalid serta barisan EXCOnya hasil nasihat pakar ekonomi bernilai RM 1.00. Kejayaan khalid juga selain dari diatas, adalah berjaya meletakkan isteri Muda beliau Rahimah sebagai Ketua Kordinasi Pejabat Menteri Besar tanpa disedari oleh isteri tua yang sudah putus darah.

    ReplyDelete
  5. kalau guthrie dan PNB bukan kerajaan pusat yang punya...dah lama khalid tak layak jadi ceo...

    ReplyDelete
  6. we are watching both sides now.

    we know your history. we know theirs too.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  7. Ya la khalid puppet menteri besar terbaik memusnahkan harapan rakyat selangor.Jalanraya main tampal-tampal saje macam jalan tahun 60an.Jalan kampung berlobang sana berlobang sini macam lobang yang diminati punahsihat selangor.tepi jalan berserabut tak pernah bertebas macam serabut elli punya.Sebab e2 dia mengaku meteri besar terbaik.Biar dia angkat bumper sendiri tapi bekas banduan tu tak minat pun sebabnya adinda ajmin nanti marah. muehehehehehe

    ReplyDelete
  8. salam....

    zaman penyapu dato berbeza dengan zaman penyapu Ts khalid...'sapu' selagi boleh!!!

    kalau dulu pemberian penyapu kepada seseorang
    sebagai simbolik supaya lebih rajin dan jangan tertinggal sedikitpun kekotoran/kesilapan...

    kini penyapu bagi khalid sapu selagi boleh disapu...akhirnya jangan sampai kena hambat dek penyapu sudah khalid yekkk!!

    ReplyDelete
  9. Dr Khir

    Kedudukan KSSB jika dikaji dari sudut kontrak pembinaan konvensioanl boleh dianggap membawa peranan sebagai management contractor yang menerima bayaran upah dalam bentuk fe dengan kiraan RM 4 satu tan metrik pasir. Bukan peranan broker seperti yang Dr dakwa itu.

    ReplyDelete
  10. well done kt.u reason using empirical evidence.cheers..

    ReplyDelete
  11. Datuk... biarlah rakyat yang tentukan report card YAB Khalid dalam pilihanraya kelak.... report card Datuk sudah ditentukan oleh rakyat dalam Pilihanraya lepas.... selepas 7 tahun pemerintahan. Saya rasa jika BN berkuasa semula di Selangor pun, mungkin orang lain akan jadi MB...

    ReplyDelete
  12. ds khir,

    kata orang tua-tua kalau kita layan sgt org gila nanti dgn kita pun akan jadi gila dibuatnya.

    oleh itu saya harap ds jgnlah layan sgt khalid tu. wayar dia telah putus sebaik shj azmin dilantik sbg peng pkr selangor.

    ds tak perlu susah2 nak berlawan dgn khalid, biar kami (blogger2) uruskan dia.

    org mcm dia bukan level ds. biar kami2 ja melayannya. tahap iq politik khalid ni hanya separas kepala lutut saya ja.

    ReplyDelete
  13. Hehehe...rupanya org Selangor bodoh sebab dapat menteri besar yg hebat mcm Dato'ni pun BN tetap kalah pilihanraya 2008. Heran jugak mcm mana seorng menteri besar tugasnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat mampu membina mahligai bernilai jutaa ringgit tapi ada rakyat yg masih tidak mampu miliki rumah pun.

    ReplyDelete
  14. selangor itu sebenarnya telah dimajukan dan dibangunkan ketika zaman datuk harun dan tan sri muhammad taib menjadi menteri besar. itu sepatutnya yg tan sri khalid patut katakan!

    ReplyDelete
  15. Waah.. marah nampak Dato Seri. Jangan sampai batal puasa sudah lah :)

    Dato Seri asyik cerita pasal isu pasir aje, sebagai alasan kelemahan kerajaan PR Selangor. Zaman Dato Seri dulu habis hutan semua kena tarah, tak kira lah hutan simpan ke tak. Bagaimana pula dengan isu bagi kontrak yang terang berat sebelah dan tidak menguntungkan rakyat kepada Syabas?

    Sila jawab Dato Seri..

    ReplyDelete
  16. salam dkht

    kerja duit buat duit lebih senang dari kerja cari duit.PNB kerjanya duit buat duit yang cari duit pelaburnya yang kebanyakannya orang melayu yang miskin.

    ReplyDelete
  17. Salam Datuk Sri,

    Saya rasa kerana gagap dia silap sebut kenyataan ini kot:
    Khalid said his government "is better by any imagination"

    Yang sepatutnya berbunyi begini:
    Khalid said his government "is better by imagination"

    Tanya dia budak-budak yang tak pass SPM tu nak pegi mana selepas IKYS ditutup. Sambung belajar "by imagination" juga ke?

    Teruskan perjuangan Datuk Sri bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang lain sementara masih ada sisa usia saya untuk menyokong.

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  18. YBDS,
    Salam ramadhan,

    I reserve my comments unti Shawal (next month). It does't mean I agree with KG.

    KG adalah KG .

    ReplyDelete
  19. khalid mungkin dah meroyan..kuasa politik dah kena kebas, suku sakat pulak sibuk berebut harta rompakan, tuan penasihat seringgit pulak asyik nak selamatkan diri..ntah-ntah kamera intipan yang dia jumpa kat pejabat tu dia punya..saja je nak buat gempak..nak alih perhatian..ohh..mungkin orang UMNO punya kamera tu..kot la..

    ReplyDelete
  20. saudara anak perelih,
    saya belum gila. Seingat saya Belum ada dalam sejarah politik negara orang jadi menteri besar dua kali. Saya tidak berminat untuk menjadi menteri besar lagi. Apa yang saya lakukan ialah memastikan kepentingan rakyat selangor terjaga dan pembohongan parti dokongan saudara didedahkan.

    Saudara shamsul
    perjanjian air dirangka oleh kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan akan membiayai perbelanjaan hampiir 10 bilion bagi memastikan lembah klang mempunyai bekalan air bersih mencukupi pada masa akan datang.

    Bagaimanapun saya ada satu syarat mengenai isu ini bagi menjaga kepentingan rakyat. Buat masa ini saya tidak akan dedahkan lagi krn nak lihat sejauh mana kepintaran khalid ceo terkemuka kononnya.

    ReplyDelete
  21. saudara phen, saya buat rumah saya dengan pendapatan saya yang halal dan sah, apa masalahnya? Memang benar masih ada orang miskin di selangor, tapi apakah itu bermakna saya perlu tinggal di flat?

    Memang benar sebahagian rakyat telah menolak bn di selangor. Sama ada krn kesilapan saya atau isu nasional masih boleh dibahaskan. Saya ada kelemahan tapi saya tak fikir pentadbiran saya lemah sehingga mendorong rakyat megundi pakatan. Pola kekalahan di kawasan bandar menunjukkan isu kos sara hidup, harga petrol, tol dan beberapa isu nasional memainkan peranan besar. Saya percaya jika saya bukan mb ketikamitu pun selangor akan kalah krn isu nasional terlalu besar. Saya tak nafikan pentadbiran saya juga ada isu yang menyebakan ada rakyat tidak berpuashati. Tapi tidak mungkin akan jatuh selangor. Namun saya ambil tjawab kekalahan ini, ini tidak bermakna saya akan diam melihat kemusnahan negeri ini ditangan manusia-manusia yang bernafsu serakah dalam pakatan sekarang.

    ReplyDelete
  22. Saudara Phen,

    Kamu kerja la bersungguh-sungguh supaya boleh beli rumah. Orang Cina dan India boleh jer beli rumah berjuta-juta takde masalah pun. Siap beli hasil usaha diantara kaum mereka sahaja..ko tak kisah pun. Ni bila ada orang melayu beli umah bejuta-juta ko terus jer cakap org tu rasuah la, perompak la, penyamun la, penipu la..

    Cuba la ko usaha sendiri Phen jgn asyik dok nak becakap pasal orang lain..apa daaa

    ReplyDelete
  23. Salam DSKT,
    Selamat berpuasa. Saya bersetuju dengan hujah DSKT. Cuma saya berharap jika BN diberi peluang sekali lagi untuk memerintah Selangor khasnya...diharapkan janganlah diulangi lagi kesilapan yang lalu terutamyanya sikap sesetengah pemimpin BN . Memang semua orang ada kelemahan ....tp janganlah sampai rakyat sanggup menukar kerajaan ...So fikir2kanlah..Ingat!!! kalau tak kerana "sesuatu" tak mungkin Selangor boleh jatuh ke tangan PR. Apapun selagi ia demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA...apa jua tindakan DSKT, insyaAllah akan saya sokong. Wassalam.

    ReplyDelete
  24. Para Penyokong PR;

    Cuba baca betul-betul tulisan Dr. Khir, adakah dia kata semua pembangunan di Selangor hasil pencapaiannya? Bukankah dia ada mengatakan pencapaiannya memajukan negeri Selangor semasa menjadi MB adalah kerana mewarisi pentadbiran kerajaan yang baik dari MB-MB sebelum beliau. Ini bermakna Dr. Khir bagi kredit bagi MB-MB sebelumnya termasuklah Dato Abu Hassan, Tan Sri Mat Taib, Dato Ahmad Razali, Dato Hormat Rafie, Dato Haron dan lain-lain lagi. Apa yang Dr. Khir lakukakan hanya menambahbaik lagi pencapaian MB-MB sebelumnya. Berbeza dengan TS Khalid yang bukan sahaja tidak memberi kredit terhadap sumbangan MB-MB sebelumnya malah memperlekehkan pula mereka walhal pencapaiannya semasa dia menjadi MB pun bukanlah sehebat mana. Sudahlah begitu asyik jadi tukang angguk DAP semata-mata. Apa DAP cakap dan cadang semua setuju.

    Dr. Khir pun manusia biasa ada kelemahan dan kesilapan. Apakah pemimpin-pemimpin yang lain khususnya para pemimpin PR seperti Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan lain-lain sangat sempurna dan tiada buat sebarang silap? Kesilapan dan kelemahan Dr. Khir sebagai MB telah pun dihukum semasa PRU 12 yang lalu. Soal Dr. Khir jadi MB Selangor semula atau tidak bukan isu penting. Yang pentingnya sejak PR memerintah beberapa negeri dan menang banyak kerusi di dalam PRU 12 yang lalu kita perhatikan hak-hak Melayu dan Islam semakin terhakis sedikit demi sedikit sama ada disebabkan kerenah pemimpin Melayu/Islam PR yang ghairah mencari sokongan undi bukan Melayu/Islam atau usaha pemimpin Melayu/Islam BN mengekalkan sokongan undi bukan Melayu/Islam. Adakah orang Melayu/Islam di dalam PR dan BN tidak menyedari ini semua?

    Mungkinkah serangan TS Khalid terhadap Dr. Khir adalah tanda-tanda awal Azmin Ali menjadi MB menggantikan beliau?
    Mumetlah aku delokne MB Selangor seng iki...

    ReplyDelete
  25. Kepada Saudara Roggon...Org Cina dan India dapat beli rumah jutaan ringgit sebab diorg berniaga berpuluh2 tahun. Aku pun x kisah kalau org melayu yg berniaga mampu memiliki rumah jutaan ringgit sebab mereka berusaha atas titik peluh sendiri. Aku kisah bila pemimpin yg diberi amanah menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri. Kalau ikut gaji yg diterima oleh kakitangan kerajaan termasuk MB x mungkin dengan hanya 8 tahun mampu membeli mahligai jutaan ringgit......

    Kepada Dato Seri...Hebat sangat ke status seorang MB sampai perlu memiliki rumah jutaan ringgit? Kenapa pemimpin2 Islam besar dahulu boleh hidup sederhana...Pada mereka kebajikan rakyat lebih penting daripada diri dan keluarga mereka sendiri.

    ReplyDelete
  26. Salam Dato' Sri, moga Dato Sri' dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    Akibat terasa diri terlalu bagus, tu yang ada orang taruk kamera kat belakang langsir. Tah nak tengok apa agaknya. Siap kamera guna bateri pulak tu. Macam cerita kartun pulak.

    Biarlah dia memuji-muji dirinya sendiri kerana rasanya dah tak ada orang nak puji dia. Bagi DS, serang balik tu perlu biar dia bertambah gelabah jangan masih hendak bersikap defensive. Serang habis-habisan.

    TSKI ni bak kata orang tua-tua, bila seseorang tu dah semacam je merapu macam orang buang tebiatla tu. Orang tua dulu-dulula kata. Agaknya kerajaan PR dah nak meninggal kot...

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  27. en Phen

    Aduhai Phen, apalah yang anda sakit hati sangat kalau DSKT dapat beli rumah harga mahal pun, tadi cakap tak kisah pun nak beli rumah besar ke rumah kecil..setiap manusia ada keinginan masing-masing..kalau seseorang itu nak pilih hidup sederhana atau mewah itu kan pilihan mereka. En Phen kena ingat, DSKT kan dah keje lama, jadi MB mmg la baru 8 tahun..abis yang DSKT keje dah 20 tahun lebih tu anda tak kira ke?Takkan la DSKT tak simpan duit nak beli rumah, bersangka baik lah bro..

    SPRM pun tak ada point nak dakwa DSKT sebab mmg semuanya berasaskan kepada kemampuan, sedangkan budak lepasan universiti yang baru keje 3 bulan pun dah boleh beli kereta, ni kan pula DSKT yang dah keje berpuluh-puluh tahun. Kalau DSKT mampu,adakah dia meminta untuk bayarkan rumah itu dari anda?

    ReplyDelete
  28. Sdra Phean, betui ka cina dan india beli rumah berjuta-juta hasil usaha mereka kerja puluh tahun.

    Nik Aziz tak ada ka rumah juta-juta, jangan la pejam mata. Pada saya tak salah kalau mereka duduk rumah besar, bayangkan DS 8 tahun jadi MB negeri paling maju, Kelantan yang daif pun rumah MB kat sebelah belakang jauh lebih besar, cuma Nik Aziz pandai berlakon dengan menerima tetamu kat rumah papan. Dia tak jemput sdra kerumah baru di sebelah belakang.

    Saya melihat komen sdra lebih kepada rasa sakit hati serta tidak dapat menerima kenyataan bahawa parti dokongan sdra semakin celaru. Banyak perkara yang sebelum ini tidak dibuat oleh BN tetapi seolah menjadi tabii PR melakukannya sesuka hati. Kalau sdra rajin dan buka mata jalanlah sekitar Shah Alam, banyak banner ucapan menyambut ramadhan digantung. Cuba lihat banner milik PR, ibadah puasa baru masuk hari ke dua, sudah digantung banner mengalu-alukan hari raya aidilfitri, bayangkan jika pemimpin BN yang melakukannya, saya percaya dengan hati sdra busuk serta rakan PR akan menghentam, menghukum dengan seberat-berat hukuman kepada pemimpin BN. Janganlah sdra menjadi hipokrik, pejam sebelah mata melihat kemungkaran dipihak sdra. Ini belum lagi cerita pub serta rumah urut, kedai vcd lucah, judi gelap, gangster. Kenapa semasa BN memerintah perkara ini boleh dibendung, dikawal. Kenapa sekarang seolah menjadi halal bila PR berkuasa. Janganlah sdra terlalu taksub dan bangga kerana selepas ini rakyat akan kembali menghukum PR dengan pukulan tko.

    selangor tumbang bukan hanya disebabkan oleh DSKT seorang, jika sdra buka mata dan rajin membuat analisa pada PRU12 yang lalu, BN banyak hilang kerusi dibandar-bandar. UMNo masih lagi mendapat sokongan majoriti orang melayu, cuma nasib tidak menyebelahi rakan parti komponen Bn. Itupun UMNO masih lagi menguasi kerusi paling banyak dalam PRU12 berbanding dengan PAS atau PKR.

    Yang sdra phean banggakan pun bukannya parti PKR atau PAS yang memerintah Selangor, tetapi pemimpin melayu dalam PAS serta PKR hanyalah sekadar menjadi pak angguk anjing belaan kepada DAP. MB memang orang melayu tapi dimana kekuatan serta komitment MB membantu dan menolong kaum melayu.

    saya harap sedara janganlah terlalu menjadi pendendam. DSKT bertanggung jawab sebagai Ketua pembangkang untuk menegur kesilapan kerajaan TSKI. Beliau menegur demi kepentingan rakyat, kenapa diperlecehkan peranan yang dibuat oleh DSKT. Bertahun parti sdra menjadi pembangkang diselangor sebelum ini, parti sdra hanya tahu berjanji, menuduh tanpa bukti. Nah sekarang bila DSKT menunjukkan tugas sebagai ketua pembangkang dan mendedahkan kelemahan serta keburukkan PR, janganlah sdra melatah, melolong serta meroyan seperti TSKI. Bersiaplah utk menjadi pembangkang yang berkualiti di masa hadapan. Sementara berpeluang menjadi kerajaan, janganlah parti sdra merosakkan segala kebaikan yang telah dibangunkan. Buatlah sesuatu yang baik demi rakyat. Kepada sdra, tegurlah parti sdra agar jangan hanya tahu berceramah, tetapi tiada pencapaian yang boleh diingati oleh anak bangsa.

    Zaman gerhana yang melanda BN semakin beransur pergi, harapan baru rakyat kepada PR tak ubah harapan kepada pakatan rosak yang menunggu karam. Selangor akan diingati bukan sebagai Darul Ehsan, tetapi sebagai Darul Lubang sepertimana lubang Eli yang sedia dikorek..korek...korek olah sesiapa sahaja samada secara curi atau secara gangbank.

    ReplyDelete
  29. kpa saudara/i phen

    mgkn la gaji sbg MB selama 8 thn xckp utk bina mahligai berjuta-juta tu.tp ko igt DSKT xpenah keje ke sblm jd MB??mn ko tau duit utk bt mahligai tu dikumpul dlm ms 8 thn je??guna la otak tu sikit,jgn letak kat kepala lutut.jgn asyik nak dgr fitnah org je.

    pemimpin islam dulu nak hidup secara sederhana tu pilihan mereka.tp jgn ko lupe plak yg pemimpin islam di turki dulu siap bina istana lagi.mgkn ko xtau sbb selama ni hidup di bawah tempurung.xtau ape yg berlaku dlm dunia ni.kalo ade pemimpin nak ddk umah harga berjuta-juta skali pun,itu die punyer psal la.yg penting sumber duitnya halal.

    mmg la jd tggjwb pemimpin utk tlg rakyat yg hidup ssh tp rakyat sendiri pun kne la usaha utk ubah nasib mereka.jgn asyik nak tggu bantuan org je.

    ko igt di bawah pentadbiran PR skrg ni dah xde org miskin????kalo xde pun, adalah mustahil tu sumer disebabkan usaha PR yg br memerintah 2 thn.

    ReplyDelete
  30. Saudara Phen...

    tinggal di rumah sebesar mana/semewah mana sekalipun, adakah ia mengganggu kehidupan saudara?
    adakah saudara hidup di bawah jambatan sungai klang sekarang?hebat sungguh bawah jambatan ada kemudahan internet..

    Dr Khir punya kewangan yang kukuh sebelum beliau menjadi menteri besar, kalau ditakdirkan tidak menjadi menteri besar pon beliau mampu tinggal di kediaman mewah..

    peranan sebagai Ketua Pembangkang Selangor penting dlm memastikan kepentingan rakyatnya sentiasa terpelihara dan dijamin kesejhteraannya..Dr Khir telah melakukan tugas beliau sehabis baik tambahan pula menggalas tanggungjawab atas kekalahan PRU 12 yang disebabkan majoritinya isu nasional..saya tidak terfikir YB Dr Khir gila kuasa untuk menjadi MB lagi jika BN menang akan datang dan seingat saya beliau sendiri menyatakan tidak mahu menjadi MB...

    apapun DSKT akan tetap kami sokong selagi berada di landasan yang benar..

    ReplyDelete
  31. Phen..

    pangkal nama Dato' KT tu apa? bukan ke Doktor? at least hebatlah dari ko... hahahaha

    ReplyDelete
  32. salam sahabat semua,

    sekali lagi saya ulang penjelasan sebelum ini, saya beli rumah dengan pinjaman dari bank HSBC. Jika pendapatan saya sebagai MB tidak cukup untuk membeli rumah, apakah sebuah bak antarabangsa seperti HSBC akan memberi pinjaman kepada saya?

    ReplyDelete
  33. beli melalui pinjaman?.
    wayang cina atau wayang india?.
    scrip yang telah disiapkan.
    macam taukeh jalang,bertopeng perniagaan sah untuk menunjukkan tiada kang kalikong berlaku.

    ReplyDelete
  34. biarlah DS mereka nak kata ape...bagi mereka semuanya betul belaka, orang lain salah sepanjang masa...

    yang penting, DS dah jalankan tanggungjawab DS sebagai MB dulu...biarlah ALLAH sahaja yang menilai...

    bukan mudah nak memuaskan hati semua orang terutamanya dalam mentadbir sebuah negeri berstatus maju di Malaysia...

    ape pun, saya amat berpuas hati dengan kempen & ceramah yang DS hadiri...penuh dengan fakta dan bernas...terpulanglah kepada Penyokong PAKATAN nak menilainya...

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum,

    Salam DSKT,

    saya ada dengar orang selalu cakap "you cannot please everybody". BN ke atau PR ke kenalah ubah ungkapan tersebut kepada "you cannot please everybody but please 90% of the people is good enough."

    To win, you just need to please 51% of the people.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  36. benggap yg aysik pertikaikan pembelian rumah ds khir tu....dia beli hutang la woi....gaji mb sebulan tu pun hsbc boleh bagi pinjaman la...apa barang takat hutang rumah 3 juta bukan hutang rumah 30 juta ngok..!

    biar seribu yg tanya benda ni..ds khir mesti jawab...sampai mereka muak nak soal...jgn diam....

    tun pun tak tau kira ka....!

    ReplyDelete
  37. Amboi. ramai yang belasah DSKT kat sini. "Hanya orang yang hebat mendapat cabaran yang hebat." cuma ada segelintir yang tak hebat merasakan dirinya hebat sampai bila orang lain tak kata dia hebat maka dia menghebahkan kehebatan dirinya.

    HEBAT, BUKAN?

    Tapi, dalam keadaan apa sekali pun teruskan perjuangan kerana selagi ada pemimpin Melayu yang tidak mahu mengaku kalah walaupun sebagai PEMBANGKANG selagi itulah pemimpin yang memerintah perlu berhati-hati. Check and Balance.

    Aku yang Bingai
    Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  38. Memang DSKT berhak nak memiliki rumah jutaan ringgit kalau hawa nafsu DSKT berkeinginan demikian. Tetapi sebagai pemimpin beliau mempunyai tanggungjawab moral yg tinggi untuk mengelak salah tanggapan rakyat terhadap MB. Rakyat sekarang telah mempunyai anggapan yg negatif terhadap pemimpin2 UMNO yg hanya memperlihatkan kemewahan hidup masing2 setelah dipilih menjadi pemimpin rakyat. Menegur bukan bererti kita iri hati. Tapi ia adalah satu teladan supaya pemimpin lebin bertanggungjawab kepada rakyat daripada diri sendiri. UMNO adalah parti yg baik dan mempunyai perjuangan yg suci dan bersih. Malangnya ramai pemimpin2 UMNO seperti DSKT ini yg mementingkan kemewahan hidup sendiri sehingga rakyat menganggap bahawa pemimpin ini hanya menjaga kepentingan diri daripada kepentingan rakyat. Ramai lagi rakyat hidup susah tetapi pemimpin UMNO mampu memiliki kemewahan hanya disebabkan mereka memilih UMNO untuk memerintah negara. Kalau UMNO masih tidak sedar diri yang pemimpin2nya hanya suka kepada kemewahan maka janganlah anda sesal bahawa UMNO akan ditolak oleh rakyat nanti. Rakyat sekarang tidak buta lagi macam dulu dan boleh membuat pertimbangan sendiri. Lihatlah dikampung2 rumah siapa yg hebat dan mewah kalau tidak majoritinya adalah pemimpin politik UMNO. Semua org sedar tentang perkara ini. Pemimpin bukan sahaja perlu bersih tapi juga perlu nampak bersih. Politik adalah suatu persepsi. Tapi kalau pemimpin UMNO tidak mampu untuk bersederhana di dalam kehidupan maka jangan menyalahkan rakyat jika mereka ditolak. Jangan jadi pemimpin kalau tidak sanggup berkorban untuk hidup di dalam keserderhanaan.

    ReplyDelete
  39. Tahniah kerana tidak menapis komen (atau sebahagian?)ramai pemimpin politik kita harus belajar dr Dr Khir..

    Kenapa pendapatan pasir Selagor jauh berbeza dr zaman Dr Khir dengan zaman Khalid?

    ReplyDelete
  40. Phen,

    Rumah Dato Seri Anwar harga RM 4 Juta, Azmin Ali ada dua buah rumah yang setiap satu harga berjuta ringgit. Khalid Ibrahim kerja dengan GLC pun rumah berjuta ringgit. apasal ko tak pertikaikan?

    Hentikanlah retorik bodoh ko tu. Jangan letak diri setaraf Ng Sue Lim yang tak pas spm tu.

    p/s: berapa juta ko dapat dari RM 15 juta peruntukan khalid tu?

    ReplyDelete
  41. saudara Diskopi,

    Pendapatan Pasir kurang sebab permit mengeluarkan lesen dikawal dan tiada perlombongan pasir atas tanah kerajaan.

    ReplyDelete
  42. Phen, bab hidup bersederhana ini saudara boleh tanya rakan-rakan yang mengenali saya, di mana tempat saya minum dan bertemu kawan-kawan sama ada di Shah alam atau di kawasan saya.

    Saudara bercakap saya hidup mewah hanya bersandarkan fakta yang saudara sendiri tidak pasti benar atau salah. Jika rumah berharga RM 3.5 juta dianggap mewah dan terlalu mahal di Malaysia sekarang ini saya anggap saudara tidak bersandarkan realiti semasa.

    Dari menuduh saya rasuah saudara mengubah pula kepada saya tidak memahami rakyat bawahan. Bolehlah saudara turun secara senyap-senyap di sungai besar dan membuat survey sendiri pandangan pengundi kawasan saya mengenai saya. jangan hanya mendengar pandangan dari musuh politik saya sahaja.
    Itupun jika saudara ingin mencari kebenaran bukannya ada agenda tertentu.

    ReplyDelete
  43. Salam abdul raheem,

    lebih kurang saya bersetuju dengan saudara. Kalau tak 90%, 70% pun kira okay dah dalam keadaan ramai yang suka menjadi anti establishment dan berprasangka buruk terhadap BN.

    ReplyDelete
  44. Malas nak cakap panjang2 la DSKT, sitik waey....
    1. Orang berani debat layak jadi pemimpin....
    2. Orang melayu kuat iri hati dengan kaum sendiri....
    3. Orang melayu suka sangka buruk....
    4. Orang cina suka baca cerita orang melayu bergaduh......

    ReplyDelete
  45. saya setuju dgn ajab..en phen ni selalu tgk web pro-pembangkang je..tu yang cakap merapu2..tan sri khalid ibrahim mempunyai rumah yang besar gila babas..yang bina dengan kayu yang mahal2..anwar ibrahim pula toksah cakaplah..rumah pun besar2 gak..azmin ali pun rumah besar gak..siap beli katil harga RM 24,000 tau..ko ada?

    ReplyDelete
  46. Dato Seri

    Pada mereka setakat minum kopi kedai mamak atau selalu ada di pasar malam belum cukup sederhana dan zuhud..mungkin mereka mahukan pemimpin yang serba serbi dhaif..yang duduk di rumah pangsa dan memandu kereta kancil 2nd hand..agaknya lah..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum,

    Salam DSKT,

    Ini sambungan cerita hari tu, maaf kalau tersyok.

    I think you can please people regardless of their party or belief, simply by:

    attending the jemaah prayer - 5%
    attending their kenduri kendara - 5%
    giving them true news - 5%
    helping them to get some jobs - 5%
    showing to them that you are still the kampong boy that they knew - 5%
    show them that you care - 5%
    ignore the people that's against you - 5%
    always tell them that you do things for the people, the selangor people - 5%
    be responsible for what you have done - 5%
    apologize if you have made mistakes - 5%
    tell them that you are a human being - 5%

    ......... saya mengingatkan diri saya aje.

    Ikhlas.

    ReplyDelete
  48. Berita tergempar ‘Hero pasir’ di Selangor tidak berani berkokok lagi” ini adala kerena setelah kerajaan negeri mengambil langkah serius untuk membanteras rasuah yang melibatkan perlombongan pasir.
    Sebagai rakyat yang meyokong ketelusan, non kronisme, nepotisme dan ampuisme saya mengucap tahniah atas kesungguhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam pentadbirannya.
    Berikutan tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor. Satu kerjasama antara kerajaan negeri dan agenda kerajaan pusat (UMNO/BN)
    Tujuan penubuhan pasukan petugas khas, supaya SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.
    Betapa seriusnya kerajaan PR hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum. Selama inipun industri pasir adalah merupakan lubuk emas untuk kroni Umno di mana kesannya yang kaya ialah kroni, manakala negeri dan rakyat ibarat memakan lumpur. Apabila industri pasir yang distruktur semula selepas Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU 12, maka suasana telah berubah. Buktiknya dengan kutipan royalti semasa Pakatan Rakyat memerintah antara tahun 2008-2009 sebanyak RM12.93 juta, jauh mengatasi zaman UMNO/BN daripada tahun 2006-2007 hanya RM8.66 juta sahaja.
    `Hero Pasir’, Datuk Noh Omar dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo nampaknya mati akal akan keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan.
    Diharapkan kalau boleh SPRM membuka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah sebenarnya perompak pasir di Selangor.
    Nampaknya, Noh dan Datok Khir tidak berani berkokok lagi, terutama selepas Tan Sri Khalid Ibrahim meminta secara rasmi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishammuddin Husein Onn, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya menangkap siapa yang mencuri pasir dan melanggar undang-undang. Ditambah pula dengan tindakan terbaru yang berani untuk menempatkan menubuhkan petugas khas di pejabat KSSB.
    Sekarang apa lagi Datuk Noh dan Datuk Seri Khir Toyo mahu

    ReplyDelete
  49. Sdr Phen, sdr bermula dgn tuduhan melulu, kemudian baking balik tuduhan itu dgn cara yg agak slow & akhir sekali dah jadi slow. Adakah itu melambangkan sifat muhasabah sdr? Saya rasa tidak. Sdr belum muhasabah diripun. Sdr x pernah pertikai langsung pemerolehan harta benda para pemimpin PR. Knp? Sebab itu pukulan maut ke kepala sdr. Sebenarnya sdr jadi slow sebab dah kekurangan hujah. So, sdr kena baca lg & lg & lg akhbar serta blog pro PR. Semoga bertambah kolot & kuno...

    ReplyDelete
  50. 1. saudara Sangkatula, dulu ada pegawai BPR dalam jawatankuasa tender negeri pun pihak saudara masih menuduh kerajaan BN rasuah.

    2. Yang lantik baru hari ini, yang dah lepas ni macam mana? Lagi pun hendak siasat kes penyelewengan KSSB ni bukan senang kerana lori-lori keluar waktu malam, yang hampir pasti tidak dicatatkan jumlah pengeluarannya.

    3. Berkenaan dengan jumlah hasil yang diterima pada masa PR. Jumlah tersebut sebenarnya sangat kecil berbanding jumlah pasir dikeluarkan. Adalah tidak masuk akal saudara tidak mangambil kira jumlah pasir dikeluarkan tetapi hanya menunjukkan angka pendapatan sahaja. Sebagai contoh, Jika pengeluaran pasir 30 kali ganda lebih banyak dari zaman BN tetapi pendapatan hanya meningkat sekali ganda, apakah itu menunjukkan kecekapan kerajaan hari ini?

    ReplyDelete
  51. tulah sangkatula, kalau dah selalu kena kencing, bau hancing pun tak boleh bezakan dengan wangi....

    dulu BN pegang, tanah hanya di teroka dalam kawasan persendirian je, sebab tu hasil berbeza berbanding sekarang...

    kalau kerajaan kencingan PAKATAN memerintah, tanah kerajaan kena teroka sampai tinggal lubang, dalam lak tu, kenapa beza sikit sangat berbanding zaman BN dulu...cakap berapi-rapi konon 100 juta lebih, tapi hasilnya???

    kerajaan PAKATAN suka lubang kot, sebab tu kena tarah sampai tingal batu je...
    setakat nak cakap staff SPRM duduk pun, tu hanya nak DIVERT isu yang dah terbongkar.....

    dah kantoi, menafikan tak henti-henti, macam bos "KY jelly" hang tu...menafikan & bertangguh tu mainan untuk divert isu...

    MB dulu pun, kalau ada isu, takdalah sampai nak divert isu sampai letak kamera kat opis sendiri, lepas tu kata ada orang intip...

    orang taraf otak lembu @ keldai je yang buat macam tu...kat Chaw Kit melambak kamera pengintip kecik-kecik, ni kamera besar macam tu, buat lawak bodoh dalam sejarah...baik terjun je dari SUK tu, habis cerita, lepas tu salahkan BN @ UMNO yang buat...

    kalau dah ada skandal tu, kalau berani laporlah pada pihak berkuasa...jangan nak belok-belok macam ular kena palu....

    ReplyDelete
  52. sangkatula. tolong selesaikan buku kerja matematik budak tahun 1. bila dah siap barulah komen pasal hasil pasir zaman BN dan PR. BN jual selori dapat RM5, PR jual 30 lori dapat RM9 kecoh mcm bagus. tu kan menampakkan kebodohan awk. elok awk naik kapalterbang pusing area dekat KLIA, cantik sgt. kat bawah banyak sgt tasik2 yg menghijau airnya. tu semua hasil KSSB rembat pasir la. tak pernah terpikir aku, tengok tasik yg amat cantik tu hati aku jadi panas. zaman PR ni penuh dengan pencuri, perompak & penyamun harta rakyat. kalau awk masih tak percaya bermakna awk memang totok tak nak pikir. anak s'gor.

    ReplyDelete