Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, August 30, 2010

Merdekakah Umat Islam Di Selangor?

1. Selamat menyambut hari Merdeka ke 53. Sambutan kemerdekaan kali ini yang berada dalam bulan Ramadhan sudah tentu memberi makna yang lebih besar kepada seluruh umat Islam di negara ini. Semoga kemerdekaan negara ini akan terus kekal sehingga kiamat.

2. Di kala kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh bermakna sebagai umat Islam, umat Islam di Selangor perlu bermuhasabah diri melihat apa yang berlaku sejak dua tahun lalu. Apakah ia merupakan apa yang diharapkan apabila berlaku perubahan pentadbiran negeri ini?

3. Apabila Parti Islam seMalaysia (PAS) menjadi sebahagian pentadbiran negeri Selangor, kita tentulah beranggapan isu-isu agama Islam akan lebih baik daripada ketika berada di bawah Barisan Nasional. Ramai yang berharap Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam yang jauh lebih baik daripada UMNO seperti mana yang mereka laung-laungkan dalam ceramah mereka.

4. Justeru apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP dijemput menyampaikan ucapan dan bantuan dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang ketika solat terawih, ia menimbulkan seribu satu tanda tanya. Bukankah sepatutnya imam tersebut yang menyampaikan tazkirah kepada Teo?

5. Ramai yang cuba mempertahankan tindakan ini kerana politik kepartian bukannya kerana mahu mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di negara ini. Mereka hanya memetik pandangan pelbagai ulama terdahulu seputar isu sama ada boleh atau tidak bukan Islam masuk ke dalam masjid. Tidak pula diperbahaskan boleh atau tidak bukan Islam dipanggil memberi ceramah dan ucapan serta menyampaikan bantuan ketika umat Islam mengadakan solat terawih berjemaah.

6. Saya tidak akan bercakap soal hukum hakam dan adab bukan Islam masuk ke dalam masjid kerana ia telah diperbahaskan oleh imam-imam besar terdahulu yang jauh lebih hebat dan berilmu berbanding ulama-ulama Pas hari ini. Cuma sepengetahuan saya tiada dalam perbahasan tersebut dibincangkan tindakan bukan Islam masuk menyampaikan ucapan dan bantuan ketika waktu solat berjamaah. Ini bermakna orang Islam dahulu yang sesetengahnya jauh lebih miskin dari orang Islam di negara ini pun tidak sanggup menggadai maruah mereka sedemikian rupa.

7. Seterusnya, apakah di bawah pentadbiran baru ini Masjid dan surau menjadi begitu daif dan miskin sehingga kerana bantuan dan sumbangan yang tidak seberapa mereka sanggup membenarkan pemimpin bukan Islam dari parti DAP masuk ke dewan solat dan menyampaikan ucapan dan bantuan waktu solat terawih.

8. Saya melihat dari sudut maruah, moral dan integeriti masjid dan surau di Selangor hari ini. Di mana maruah kita sebagai umat Islam apabila terpaksa membenarkan bukan Islam masuk ke dalam dewan solat menyampaikan ucapan ketika solat terawih hanya semata-mata untuk mendapat bantuan dan sumbangan?

9. Ramai umat Islam boleh menerima jika majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid dan surau dan diadakan di luar waktu kita menyempurnakan ibadat. Saya percaya ramai juga boleh menerima jika wakil rakyat bukan Islam ingin melawat masjid dan surau serta meninjau ke dalam dewan solat atau mahu mendengar tazkirah oleh imam.

10. Namun bagi bukan Islam menyampaikan bantuan dan ucapan ketika solat terawih di dalam dewan solat adalah sesuatu yang sangat luar biasa dan "luar tabie". Ahli Parlimen tersebut boleh sahaja menyampaikan sumbangan tersebut ketika berbuka puasa atau sebelumnya. Namun beliau memilih waktu solat terawih kerana ingin menunjukkan sikap angkuh dan biadap DAP. DAP seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa hari ini orang Islam sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk menerima bantuan daripada mereka.

11. Alangkah anehnya pada awal Ramadhan yang lalu ada Masjid di Selangor yang enggan membenarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan majlis berbuka dan solat terawih bersama mereka. Mereka menghalang saudara segama mereka hanya kerana berlainan parti. Namun sanggup membenarkan bukan Islam dari parti yang dilihat banyak menentang isu-isu agama Islam berucap ketika tazkirah solat terawih.

12. Inikah erti kemerdekaan baru kepada kita umat Islam di Selangor?

13. Mungkin ini makna sebenar kemerdekaan kepada Pas. Merdeka dari sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara "keras", hingga sanggup mengkafirkan saudara segama kerana berbeza parti, kepada sebuah parti Islam yang sangat liberal dan terbuka. Keterbukaan Pas sangat menakjubkan sehingga sanggup membenarkan pemimpin bukan Islam dari sebuah parti jelas menentang kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam memberi ceramah dan bantuan dalam dewan solat.

14. Mungkin inilah erti kemerdekaan kepada Pas Selangor. Namun ramai umat Islam muslim di Selangor berasa sangat terhina kerana ada saudara segama sanggup merendahkan martabat Islam sehingga sedemikian rupa kerana ganjaran dunia yang tidak seberapa. Jika mahu menerima sumbangan dari bukan Islam pun buatlah di perkarangan masjid dan surau sahaja.

33 comments:

  1. cayalah ds, ulasan yg mantap.

    kerana RM 1000 sanggup gadai kesucian Rumah Allah. kalau diberi RM 100000.00 saya rasa surau pun mereka sanggup tukar jadi gereja. kemudian mereka pergi bina surau baru di tempat lain.

    puak2 pas memang tak tahan godaan , harapkan kopiah putih saja atas kepala tapi iman tipis, nafus kuat.

    ReplyDelete
  2. UMNO (baru) dan PAS sama saje. Rakyat tak de ape. Dua-dua sama.Dua-dua penipu.

    ReplyDelete
  3. Sdra Pondok Hati, janganlah menidakkan kebaikkan yang pernah anda rasai hasil dari usaha kerajaan UMNO/BN selama 53 tahun. Walaupun anda cuba mengatakan UMNO ( Baru ) tetapi wujudnya adalah kesinambungan sebelum itu. Anda merupakan manusia yang tidak tahu bersyukur serta kufur akan nikmat yang Allah berikan. Segala keselesaan untuk anda beribadat, kesenangan, keselamatan yang ada rasai adalah dari kerajaan yang anda tuduh penipu. Kerajaan inilah yang menyediakan semuanya atas usaha mereka dengan izin Allah. Janganlah jadi manusia yang munafik.

    ReplyDelete
  4. Dato',

    Ulasan Dato' amat menarik.Persoalan orang bukan Islam masuk ke masjid memang telah dibincangkan secara mendalam.Hanya yang saya sedih pihak wartawan yang menimbulkan berita ini.Pada pandangan saya , tindakan mereka memaparkan di muka hadapan kurang wajar. Apabila Islam sesama Islam caci mencaci maka hilanglah pandangan rahmat Ilahi.Seelok-eloknya pihak wartawan memuatkan di bahagian hadapan dengan berita-berita yang mengutamakan kesejahteraan bukan memecahbelahkan orang Islam dan masyarakat majmuk di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Sdr Kulaan Niring,

    Saya kata UMNO (baru) dan Pas. Bukan kerajaan. Tentu ada beza antara pertubuhan politik dengan kerajaan, bukan begitu ?

    ReplyDelete
  6. dan juga kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan sistem pendidikan negara ini dari elemen-elemen anti-nasional, demi anak bangsa.

    MERDEKA!

    ReplyDelete
  7. Nampaknya agama islam dilacurkan dengan harga yang murah..kerana RM1,000 sanggup membawa wanita yang tak menutup aurat ke tempat imam mengimamkan sembahyang. Baik lagi pelancong asing yang tau peraturan..nak masuk Masjid Negara dan Masjid Putrajaya pun mereka pandai pakai tudung dan jubah yang disediakan. Nampaknya rakyat Malaysia (DAP dan PAS and sekutunya) sendiri tidak tau peraturan masuk ke masjid atau membawa bukan islam ke dalam rumah ibadat.

    Tahniah lah rakyat selangor (yang memilih PR)kerana berjaya mencipta era baru semoga kita sama-sama menanti balasan Illahi.

    Tahniah juga lah kepada yang berkopiah putih dan berjubah (ahli2 PAS) yang membawa masuk kafirun yang tak berwuduk masuk ke dalam masjid & surau anda.

    Anda sebenarnya tidak layak untuk menjadi AJK jika ilmu ahanya sekadar laungan dan slapstik..dalami lah ilmu..bukan dengan memangkah bulan masa pilihanraya jaminan untuk anda masuk syurga..juga jangan lah berguru dengan Tok Nik Aziz...kerana semua ajarannya sesat lagi menyesatkan..juga jangan lah mendalami ilmu dengan TN Hj Hadi Awang, Mat Sabu dan Mafuz..kerana mereka adalah kaki pencaci..pemaki..maka kembalilah pada Al-Quran...

    ReplyDelete
  8. sebenarnya pemikiran kita telah dijajah barat dan ditarbiah salah oleh pemimpin2 kita... itulah kesilapannya... sebelum tulis atau cakap fikir dulu, sila rujuk dan buat kajian, betul atau salah, boleh atau tak boleh... jangan kita cuba pesongkan pemikiran dan pendirian hanya kerana peribadi atau menunjukkan kebodohan kita... sebenarnya hidup kita masih belum merdeka kerana sistem negara kita masih mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar... merdekakan pemikiran... jangan semata-mata berkiblatkan kepada material... nilai rohani dan agama ke mana kita letak?... Transfomasi atau refomasi!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    sebenarnya saya masih keliru.

    perkara apakah yang menjadi masalah sehingga benda ini dibesar-besarkan???

    adakah demi kepentingan politik?

    atau

    kerana agama Islam..kerana ingin memelihara kesucian masjid..?

    (jawapannya ada di padang masyar kelak..wallahualam)

    entah laa..Semakin hari semakin parah..

    terima kasih Dato'. Ulasan yang memang menarik

    ReplyDelete
  10. Kesimpulan DAP n kaum lain dah berjaya test market:-

    1) Cuit Bab Agama- berjaya sebab org melayu sendiri yg akan defend mereka habis-habisan

    2) Bab Titah Sultan- Org Melayu sendiri dah mula tak hormat sultan.

    Bijak betul mereka..Nak serang dari luar memang susah,,lebih senang rosak dari dalam. Nampak dah mula berjaya..Awas kpd yg tiada was - was.

    ReplyDelete
  11. Ya memang UMNO telah berjasa pada rakyat, tetapi bukan pemimpin UMNO yang ada sekarang ini. Pemimpin dulu berjuang untuk rakyat, pemimpin sekarang ehem ehem , tau tau sajalah.

    ReplyDelete
  12. Sdra Pondok hati, parti yang membentuk kerajaan. Susah sangatkah untuk anda faham. Pemimpin kerajaan datang dari parti yang mereka wakili. Janganlah terlalu kiasau serta cuba spin

    ReplyDelete
  13. DKSK,
    Siapakah pihak yang menggembar-gemburkan isu non muslim memasuki kawasan masjid ini kalau tidak mereka yang cuba memprovokasi situasi tersebut. Inilah dia pihak yang senantiasa memutar-belitkan keadaan dengan menabur fitnah dan sebagainya. Umpamanya, ucapan dikatakan tazkirah, menyebut nama sesorang dikatakan mengubah doa dalam Khutbah.

    Sebenarnya pihak inilah yang dalam ketakutan menghadapi situasi kehormonian diantara pihak non-muslim dan umat islam melalui program-program yang sedang diaturkan. Umat Islam sengaja ditakut-takutkan dengan kononnya pihak non-muslim tersebut sedang cuba mencemari masjid dan surau kita.

    Dahulu ada pihak yang mengharamkan majlis ilmu yang merupakan sesuatu yang wajib, berbandingkan perkara-perkara lain yang hanya merupakan sunat. Kini tidak ada masjid dan surau di negeri selangor yang khuatir majlis ilmu atau tazkirah yang akan dicemari oleh penahanan atau penangkapan oleh polis dan sebagainya. Umpamanya Masjid dan Surau ditempat saya dipenuhi dengan kedatangan umat islam untuk mendapatkan yang wajib dan yang sunat.

    Saya rasa masjid atau surau lebih tercemar dengan pengharaman majlis ilmu jika dibandingkan dengan lawatan non-muslim untuk kebaikan. Renungkanlah wahaiiiii DSKT...

    ReplyDelete
  14. Saya sokong Yes...para pemimpin UMNO dahulu dan sekarang byk bezanya. Pemimpin dahulu sgt berjasa kpd rakyat berbanding pemimpin UMNO sekarang hanya mahu berjasa kpd diri sendiri dan kroni2 mereka. Walauapapun rakyat Selangor telah merdeka daripada pemerintahan DSKT dan UMNO (baru)........

    ReplyDelete
  15. Tepat sekali, yang berjasa dan berjuang untuk rakyat adalah pemimpin Umno dulu. Pemimpin Umno sekarang banyak yang mementingkan diri sendiri. Atas alasan itulah rakyat memilih PR utk mengajar Umno supaya berubah. Memang diakui Umno lebih sesuai memerintah Selangor tetapi perlu perubahan sikap jika ingin terus mendapat sokongan dan mandat rakyat. No More Penyapu Please!!!

    ReplyDelete
  16. Salam Dato' Sri. Moga Dato' Sri sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    Senang cakap, mana-mana pihak yang membenarkan non muslim masuk ke dalam rumah Allah atas tujuan politik, orang itu memang amat baik hati sekali tetapi tak bertempat.

    Mereka-mereka ini semualah yang pernah mengkafirkan saudara seagama sendiri suatu ketika dulu tetapi sekarang orang kafir dah jadi saudara mereka. Baik sungguh hati mereka.

    Kita memang sedia maklum ketua agung mereka sendiri pun mempertikaikan arahan dan teguran DYMM Tuanku Sultan Selangor. Makanya apa ada hal pada mereka. Yang penting tunjukkan pada Yb Yb Pakatan yang non muslim bahawasanya mereka amat dialu-alukan masuk ke rumah Allah agar suatu hari nanti mereka diberi hidayah memeluk Islam tak pun memijak kepala mereka balik akibat baik sangat yang tak bertempat.

    Ketahuilah, DAP & PKR sedang 'test market' untuk melihat sejauh mana kawan pakatan mereka yang memperjuangkan Islam boleh digula-gulakan.

    Tak hairan satu masa nanti Eli Wong pulak kita tengok masuk masjid. Agaknya nak taubat. Maka ramailah muslimat yang akan peluk dia...Sayang Eli...

    ReplyDelete
  17. Duduk saf depan. Imam pun sampai tunduk. Dahlah perempuan,kafir, kalau masa tu datang bulan camner? kalau pad yang dia pakai bocor keluar darah, camner? kan itu tempat sujud. Kita bercakap tentang masjid sekarang. Bukan temple.

    ReplyDelete
  18. HAk-Hak2, Guli hati aku dengarnya....
    Dengar ni, Para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri. Pikir2kn la DSKT (umat islam diseru berdakwah oleh Allah Swt) ---> tk gitu???

    ReplyDelete
  19. Salam blogger, Minta Datok Seri, Kulaan Niring, Azamie dan yang sewaktu dengannya beri komen dan kalau boleh bertindaklah kepada parti anda...

    Riuh 1 Malaysia tentang pimpinan DAP dan PKR BUKAN ISLAM mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

    Saya tidak hairan jika mereka masuk masjid dan surau dengan tidak menutup aurat kerana mereka BUKAN dan BELUM ISLAM.

    Tetapi yang menghairankan saya ialah isteri-isteri dan anak-anak perempuan UMNO. kononnya parti Islam terbesar yang di luar dan di dalam masjidpun tidak menutup aurat.

    Sesetengahnya, umur dah lebih separuh abad (rumah kata pergi, kubur kata mari)tetapi kewajipan menutup aurat belum di fahami atau sengaja tak mahu faham.

    Apakah mereka ini menghormati kesucian masjid dan surau dengan memasuki rumah Allah itu tanpa menutup aurat. Walaupun mungkin mereka meletakkan selendang di kepala tetapi rambut dan batang leher masih kelihatan.

    Mengapa media dan pimpinan parti politik tersebut tidak pula menegur isteri pimpinan mereka yang jelas masuk masjid dan surau tanpa menutup aurat.

    Itu sebabnya sebelum kita membuat analisis dan ulasan, sebegini kita mestilah melihat diri kita sendiri, apakah kita sudah mentaati perintah Allah atau belum. Kalau tidak UMNO akan meludah ke langit tapi akhirnya ludah jatuh ke muka sendiri

    Bagi wanita hukumnya ialah menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan malah ada yang berpendapat muka juga aurat. Bagaimana dengan wanita yang bertudung tetapi jambul dan rambut terjuntai keluar (sperti Isteri, wanita dan putri UMNO) atau mungkin leher jinjang dan leher pendeknya nampak. (maklumlah nak tunjuk rantai berkilo2 di leher)

    Tidak perlulah saya menamakan siapa antara isteri-isteri pimpinan yang tidak menutup aurat (lu cari sendirilah) kerana apa yang lebih ialah kita semua wajib menutup aurat apatah lagi isteri pimpinan mestilah menunjukkan tauladan supaya dicontohi oleh rakyat.

    Apakah pimpinan dan isterinya yang ingkar akan perintah Allah ini wajar untuk kita ikuti dan kita sendiri mati-matian mendokong perjuangan sebuah jemaah yang enggan dan engkar menutup aurat , kadang-kadang letak kelubung atas kepala (itupun tak tutup aurat), dan di masa lain langsung tidak meletakkan seurat benang di atas kepala.

    Di bulan yang suci ini mari kita muhasabah diri kita, apakah kita ini sedang dipimpin oleh pimpinan yang benar-benar taat kepada Allah.

    Mari kita muhasabah diri kita apa jemaah/parti yang kita dokong selama ini adalah parti yang memang menjunjung segala perintah.

    Kalau perkara asas seperti menutup aurat pun tidak dititikberatkan oleh pimpinan, apakah pimpinan itu boleh kita harapkan untuk memimpin kita dunia dan akhirat?.

    ReplyDelete
  20. Pendapat saya & apa yang saya nampak perkara yg berlaku dalam malaysia ini, masalah media di negara kita memang berat sebelah. Ini hakikat yang kita nampak.

    Sebagai contoh, kes surau @ masjid yg mendoakan Lim Guan Eng. Media menyatakan mengantikan nama yg dipertua...padahal imam masjid menafikan statement tersebut sebaliknya memohon kepada Allah SWT agar Guan Eng di berikan hadiyah.

    Itu 1 perkara. Lain kes kenapa media double standard dalam menyampaikan berita?. Kenapa tak disiarkan berita mengenai majlis solat hajat & bacan yassin utnk calon BN di hulu selangor april 2010 ?..ini bukti ni..sila lihat link...

    http://4.bp.blogspot.com/_SREdd18ROJM/TG87ibDF7jI/AAAAAAAACyA/RZxTsbMRN-c/s1600/umnomasjid.jpg

    Bagi kes YB Teo, adakah benar beliau memberikan tazkirah?. Kenapa tak wartawan tak interview dia supaya beliau dapat menceritakan hal sebenarnya?. Kenapa harus menghentam tanpa usul periksa dahulu?

    Byk benda yg tak betul. Ramai yang berkata org bukan islam tak boleh memasuki surau @ masjid. Cuba lihat terjemahaan dari surah Al-Quran di bawah ini ;

    Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah pada tiap-tiap kali kamu ke masjid. [al-A’raaf 7:31]

    Apa Allah bagitahu?..Wahai anak2 ADAM...ADAM..maknanya Allah khususkan kepada semua anak2 adam tak kiralah sama ada dia islam @ tidak..melainkan kalau Allah SWT bagitahu, Wahai orang2 islam..sudah tentu khusus surau & masjid utk org islam sahaja..nah, kan jelas Al-Quran bagitahu. Ni ada pula yang menafikan bahawa org bukan islam tak boleh masuk surau & masjid..

    Ye mmg tak dinafikan YB teo silap sebab tak menutup aurat. Well, we are human being..manusia mana yang tak melakukan kesilapan..

    Kalau org bukan islam tak boleh masuk surau & masjid..bagaimana dengan binaan surau & masjid tersebut?..yang saya perasan ramainya kontraktor cina yg buat..kalau begitu haram ler kita solat kat surau..sebab semua di buat oleh org bukan islam..

    Jadi kesimpulannya, marilah kita berpegang kepada Al-Quran & sunnah..sebagaimana yang telah di ajar oleh nabi kita Muhammad SAW 1400 tahun yang dahulu..

    That's my opinion.

    ReplyDelete
  21. macam2..Hal macam nie pun Dr Khir nak politikkan..

    sekali serangan ke atas mereka 1000 kali pekung UMNO di buka..dah lihat gambar majlis agama melibatkan orang UMNO..bukan setakat seorang tetapi ramai yg tidak menutup aurat berada surau..

    harap UMNO berubah daripada mengamalkan politik fitnah dan memutar belit..

    malu orang tengok..tengok berita pun orang boleh gelak..

    ReplyDelete
  22. DS,
    Isu MP bukan Islam masuk dalam mesjid atau surau, sebenarnya tidak harus diperbesarkan. Dan tidak harus meyalahkan MP bukan Islam tersebut. Kalau tanpa kebenaran pihak berkuasa mesjid atau surau tersebut, berani kah MP itu masuk???
    Persoalannya ADAKAH SALAH DI SEGI ISLAM BAGI MEREKA YANG BUKAN ISLAM MASUK DALAM MESJID ATAU SURAU???
    Persoalannya ADAKAH HARAM WANG BANTUAN DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR PR ITU HARAM KALAU DIBANDINGKAN BANTUAN BN DULU?????
    Persoalannya KENAPA ISU INI DI POLITIKKAN.
    Persoalannya KENAPA LAWATAN PEMIMPIN LUAR BUKAN ISLAM DIHALALKAN????
    Persoalannya KENAPA TIDAK PULA MENCONTOHI NABI MOHAMMAD, MEMBENARKAN BUKAN ISLAM MASUK DAN BERSEMBAHYANG CARA MEREKA DALAM MESJID?????
    kesimpulannya JANGAN LAH SEMARAK KAN ISU TEREBUT SEOLAH OLAH TINDAKAN MP BUKAN ISLAM ITU AMAT BESAR KESALAHANNYA ATAU MENGHINA ISLAM. ITU ADALAH SALAH BAGI PANDANGAN DS!!
    Saya kerap sekali memasukki mesjid, surau atau madrasah, akan tetapi dengan niat suci dan baik tetapi tidak pernah dihalang atau diusir, walau pun saya BUKAN ISLAM.
    Saya percaya bukan semua RAKYAT ISLAM di SELANGOR bersetuju dengan artikel DS itu. ISLAM YANG MULIA BUKAN BERSIKAP SEDEMIKIAN.

    ReplyDelete
  23. Sekitar awal tahun 90an saya pernah membaca rencana di dalam majalah Dewan Masyarakat berkenaan dengan Shamsiah Fakeh iaitu seorang pemimpin wanita Melayu di dalam PKM. Di dalam rencana itu dinyatakan bahawa Shamsiah Fakeh dan beberapa pemimpin Melayu PKM seperti Musa Ahmad dan lain-lain itu sebenarnya adalah seorang yang berpendidikan tinggi di dalam pengajian Agama Islam. Latar belakang mereka juga adalah daripada keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Pada masa itu saya berfikir bagaimana seseorang yang memiliki ilmu Agama Islam yang tinggi dan berpegang teguh kepada ajaran Islam boleh terjebak menyokong perjuangan komunisme di Malaya (pada ketika itu). Lalu saya membuat kesimpulan antara sebabnya mungkin kerana terlalu taksub kepada perjuangan politik, ego peribadi yang terlalu tinggi dan kebencian yang meluap-luap terhadap penjajah Inggeris sehingga apa sahaja pertolongan yang boleh membantu menghalau penjajah Inggeris akan disokong sekalipun jika sokongan itu akan menimbulkan mudarat terhadap kepentingan bangsa dan agama.

    Melihat pada senario politik pada hari ini saya merasakan seolah-olah perkara yang sama berulang kembali. Hari ini saya melihat segelintir daripada mereka yang digelar ulama Islam bertindak sebegitu liberal semata-mata atas kepentingan politik. Walaupun bukan dengan menyokong komunisme tetapi seolah-olah mereka merestui dan kerap mepertahankan tindakan sekutu politik mereka yang terdiri daripada extrimist ultra kiasu. Apa sebabnya mereka bertindak sedemikian pada hemat saya adalah lebih kurang sama di atas -- ketaksuban terhadap perjuangan politik, ego peribadi yang tinggi dan kebencian yang tidak terhingga bukan lagi pada penjajah Inggeris tetapi kepada UMNO/BN. Oleh itu tidak kira walau apa pun tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh puak ekstrimist ultra kiasu ini
    akan mendapat sokongan tidak berbelah bagi golongan ulama ini asalkan sokongan puak ekstrimist ultra kiasu ini terhadap parti mereka akan berkekalan dan dapat digunakan untuk menumbangkan UMNO/BN di dalam PRU13 yang akan datang. Sekalipun jika tindakan dan kenyataan itu mengguris hati dan menekan orang Melayu dan Islam ia akan disokong atau didiamkan begitu sahaja asalkan matlamat poltik mereka tercapai.

    Berbalik kepada isu Teo Nie Ching ini apakah sudah tidak ada ahli politik Islam di dalam PR yang boleh menyampaikan sumbangan tersebut? Sekalipun jika Teo Nie Ching perlu meyampaikan sumbangan itu apakah perlunya beliau memasuki ruang tempat solat dan memberikan ucapan? Apakah sebelum ini ada ahli politik wanita Islam sama ada daripada UMNO, PAS mahupun PKR yang masuk ke ruangan solat jemaah lelaki semata-mata untuk sampaikan sumbangan derma? Sedangkan tempat solat jemaah lelaki dan wanita pun diasingkan dengan tabir dan tirai.

    ReplyDelete
  24. BG LAH PELUANG PR, MEREKA BARU 2 SETENGAH TAHUN TERAJUI SELANGOR ...

    JANGAN NAK CARI KESALAHAN ORG PR JER, UMNO PERLU BUKAK MATA~!!!


    ~PENDUDUK MUTIARA BANGI~

    ReplyDelete
  25. sdr ahmadsofian, betul ke dakwaan awk? kes bekas mufti perlis kononnya mengajar agama tanpa tauliah tu zaman sapa? BN ke DAP (ada la sikit PAS & PKR). Dlm kutbah jumaatpun cerita pasal parti ni zaman sapa? aduh!!! aku org s'gor la sdr. Buat geli ketiak aku je baca ulasan sdr ni...

    ReplyDelete
  26. Salam...
    Apa nak dikecohkan... Baliklah kepada Mufti Selangor. Beliau yang lebih layak buat ulasan. Kalu dah tak percaya dengan Mufti Negeri susah lah. Sehingga ke hari ini belum lagi kedengaran Mufti negeri ulas perkara ini. ATaupun berbaliklah kepada musyawarah. Kalau tak silap pihak JAKIM pun dah keluarkan fatwa. Kenapa tak nak berbalik kepada pihak mufti? Kalau kita ulas ia selalunya berpihak kepada kita sahaja. Maaf atas pandangan ini.

    ReplyDelete
  27. "Justeru itu kata Faekah Dr Khir sekali lagi membuktikan ketakupayaan dan cetek ilmu pengetahuan beliau apabila tidak tidak mampu membezakan antara bonus yang diberikan organisasi korporat dan kerajaan.

    Faekah berkata kenyataan Dr Khir berhubung bonus dan insentif yang ditolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan dasar urustadbir yang telus dan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Umno-Barisan Nasional.

    "Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (berkhidmat) di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

    "Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.

    "Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan. Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat," jelas beliau."

    ReplyDelete
  28. Salam Dato' Sri,
    Di 10 malam yang terakhir ni kita mencari kebebasan api neraka dari Allah.

    1. Melayu mulia disebabkan Islam
    2. Tanpa Islam, Melayu jahil macam Arab jahiliyah dahulu.. malah lebih Jahil kerana Syed Naquib kata, melayu ada istilah Bebal, dan Bebalism tu lebih teruk dari jahil.
    3. Jahil Arab, tanam anak hidup-hidup.. Bebal Melayu, nak tanam pun tak reti.. pakai buang je tepi tong sampah..
    4. Adakah Merdeka Umat Islam di Selangor ?..
    Biasanya nak tentu merdeka atau tidak, mesti ada "deklarasi kemerdekaan" menjadi "term of reference" (TOR) nya. Kita istihar TOR dan kemudian jerit "MERDEKA!" dan kemudian main bunga Api...

    5. Sekarang umat Islam, tak gaduh dah, nak buat 8 rakaat ke, atau 20 rakaat ke, atau nak baca kunut ke atau tidak ke.. atau nak sembahyang dibelakang imam maliki yang tak baca bismillah ke atau tidak.

    6. Mufti pun tak pula buat fatwa.."umat Islam diSelangor ni dah tak merdeka ".. kalau saya gulongan marahain ni tak tau .. tolong hebah-hebahkan lah..

    7. Di Selangor ni, ketua agama Islam adalah Sultan..Tak pernah pula tuanku bertitah bahawa kita umat Islam di Selngor ni dah "Tak merdeka.. " mungkin patek rakyaat tuanku tidak mengetahuinya.

    8. Sepemahaman saya, semaikn mukmin seseorang tu, semakin merdekalah ia disisi Islam.

    9. Adakah Umat Islam di Selangor kelihatan semakin Jahil/bebal atau semakin lebih bertaqwa. Saya tak ada jawapan kerana saya bukan seorang pemimpin seperti Dato' Sri yang pernah menjadi MB Selangor dan dekat dengan Mufti dan Sultan.

    Wassalam
    mypuaad

    ReplyDelete
  29. salam dato. sebenarnya yb dap yang masuk mimbar tak salah sebab dia mungkin tak tau adab masuk masjid. yang kurang ilmu dan sanggup gadai maruah islam ialah ajk masjid/surau yang terlibat. dalam isu ini yang silapnya ialah wartawan yang siar dalam muka depan akhbar. yang gelak besar ialah orang bukan melayu....nampak sangat melayu berpecah dan lemah dalam mempertahankan kesucian agama.

    ReplyDelete
  30. pada aku, kalau nak sampai bantuan @ ape sekalipun, janganlah sampai masuk saf depan...memang benar ada yang tak tutup aurat,

    persoalan kat sini, apekah mereka itu suci?? kalau minah tu dalam keadaan "MAMNUK" ,ape komen mereka yang menyokong MP tu??

    bagaimana pula dengan anggota badan MP, setakat mereka pegang anjing mereka @ makan "ekor pendek" kat rumah, lepas tu datang masuk ke masjid, macam maner pula??

    sedih lagi mengenangkan, 2 MP tu adalah penyokong kuat "GEREJA", yang ada jawatan dalam organisasi masing-masing...murah sungguh nilai harga diri umat islam sekarang...murah sungguh harga diri AJK masjid yang terlibat...

    moga ALLAH menentukan ganjaran yang anda bakal terima kelak...lepas ni bolehlah bagi mereka bagi khutbah lak kat mimbar...macam dah takda trempat lain nak bagi bantuan...pendek akal...korang spinlah selagi boleh untuk mempertahankan MP ni...

    pada aku tak payahlah nak bela golongan ni sampai nak guna ayat suci Qurran...jangan kelirukan golongan yang kurang bab agama ni...mertua aku pun ustaz & ustazah gak, tapi bab guna ayat-qurran demi nak cari sokongan politik, memang mereka tak setuju...

    tahun 1989, RATU England & putera datang melawat masjid negeri selangor pun ada sempadan yang ditetapkan...siap pakai stokin & pakaian yang sesuai...boleh tengok di halaman blog GAP...nampak sopan & tertib...

    P/S untuk golongan PAKATAN...dulu dok sibuk perjuangkan HUKUM HUDUD..la bila bersama PAKATAN, lain jadinya...kalau bagus sangat, teruskan perjuangan nak buat, bukan bila kena "SERGAH" dengan DAP, kecut teluq...

    jangan dok ceremah kata HUKUM HUDUD masih diperjuangkan, tapi hakikatnya tinggal dalam bakul sampah demi kuasa...jangan berdusta...jangan spin suka hati ayat qurran..jangan ingat maksum atas SEGALANYA...

    ReplyDelete
  31. saudara hanizam dan yg sewaktu dengannya..

    kalau saya katakan anda jahil murakab.. anda marah. Tidak kiralah mertua anda seorang ustaz atau uztazah pun kalau anda memang tidak mahu belajar dan mencari ilmu. Tiada guna juga. Ada yg lulusan PHD, ada title dr dalam bidang agamapun, kalau tak beramal tak guna juga.


    Sepatutnya bila dah tinggi ilmu dunia..maka ilmu akhiratpun kena tinggi juga. Anda tentu tahu bahawa siapakah yang patut meluluskan undang2 hudud tu. Diperingkat negeri Kelantan memang dah luluspun anekmennya.. apa komen anda lagi, (kalau anda tidak tahu boleh tanya Datuk Khir laah) yang jadi masalah di peringkat pusat ni bila lagi??

    tentang hukum masuk masjid tu.. sebenarnya anda hanya tahu hukum sembahyang, puasa, zakat haji sahaja agaknya.. yang lain tu anda kelam dan ikut-ikutan sahaja. Hukum agama tidak bolehlah ikut majoriti, ramai yg menghukum bergini-begitu tentang YB DAP tu masuk masjid. Ikut betul-betul hukum yg telah nabi ajarkan. Bagaimana orang kafir masuk masjid zaman Rasullullah. Lu cari sendirilahh di mana rujukannya.



    pi tanyalah mertua anda tu..

    ReplyDelete
  32. Jika kita selidik balik sejarah Islam ketika Nabi Muhammad (SAW) sedang berdakwah- baginda menyatukan seluruh KAUM arab melalui Islam. Kemudian apabila bangsa Arab bersatu melalui Islam baru lah bangsa² lain dari pelusuk dunia memeluk Islam. Memang benar didalam Islam tidak ada pengisytiharaan bangsa melainkan menyembah dan bertakwa terhadap ALLAH(SWT) sahaja. Sebagai manusia kita kena bersyukur kerana diberi nyawa dibumi ini untuk merasa ciptaan ALLAH(SWT) dan bersyukur keatas segala-gala yang diberiNYA.
    Dibumi ini lah tempat ujian kita sebagai makhluk hidup yang diberi nyawa oleh ALLAH(SWT). Dan kita kena sentiasa bersyukur dan sentiasa berterima kasih dengan ALLAH(SWT) kerana diberi peluang untuk hidup, merasa segala pahit manis dibumi yang bertuah ini. Dan janganlah kita membenci bangsa kita walaupun dia menganut agama lain- kerana setiap umat Islam yang hidup adalah diwajibkan berdakwah dan berkongsi tentang kebenaran Islam yang sebenar. Bukannya untuk membenci sesama sendiri.
    Adalah dilarang sama sekali kita memusuhi manusia² yang seagama dgn kita. Ini akan hanya melemahkan umat Islam itu secara keseluruhan. Sudahlah umat Islam dibenci dan disyakwasangka oleh penganut agama lain diseluruh dunia. Ini kan pula di Malaysia yang tanahnya tak sebesar mana pun.
    Pada firasat saya secara peribadi, sudah tidak lama lagi sahaja orang melayu akan hilang kuasanya dibumi Malaysia ini dan serah kepada bangsa penganut agama lain untuk memerintah. Jadi memang benarlah kata seorang sahabat saya yang berbangsa dan penganut agama lain- bahawa orang Islam tidak boleh memerintah dan akan hanya membawa kehancuran kerana kerakusan duniawi. Saya hanya mampu diam- lihat sajalah keadaan orang melayu islam dinegara ini pun sudah cukup. Takpe lah, ini lah yang PAS dan Keadilan Anwar mahukan, dan ini lah juga ramai orang melayu islam mahukan- biarkan saja DAP memerintah. Mungkin MALAYSIA akan lebih maju dibawah pemerintahan DAP tetapi Melayu akan hanyut dengan ekonomi yang akan dibolot oleh bangsa lain yang lebih competitive. Ini adalah kerana bangsa lain sentiasa tolong sesama sendiri dan sikap kebangsaan mereka lebih tinggi nilainya daripada nilai kebangsaan orang melayu.
    Sedarlah wahai orang melayu- kita akan dijajah semula seperti dahulu kala. Mungkin memang telah ditakdirkan nasib orang melayu berpecah belah dari segi politik, ekonomi, pendidikan, dan kemasyarakatan. Mungkin memang benar sekali bahawa Islam yang diamalkan diMalaysia tidak sebaik mana disangkakan- dan tidak akan ada Islam yang kukuh dari segi politik dan ekonomi di Malaysia mahupun diseluruh pelusuk dunia.
    Negara Iran yang dianggap kuat hanya tunggu masa untuk hancur lebur seperti Iraq. Itulah nasib umat Islam di Asia Barat- manakala di South East Asia, Malaysia merupakan negara Islam yang kuat dari segi ekonominya, tapi hanya tunggu masa sahaja untuk hancur dan serahkan kepada pemilik sebenar untuk memerintah iaitu orang bukan melayu. Jika kita lihat bagaimana pihak pembangkang yang beragama Islam seperti PAS dan segelintir PKR bermain politik- memang ternyata sudah mereka tidak sabar untuk berkuasa dan memerintah!!
    Ini akan membawa kejatuhan mereka dan juga bangsa melayu yang beragama Islam. Jadi adalah nasib tidak baik bagi generasi bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang untuk menyaksikan kejatuhan KERAJAAN EMPAYAR MELAYU YANG BERGAMA ISLAM dan ianya tidak akan dikembalikan selama-lamanya. Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  33. Nak tambah sikit tapi amat relevan iaitu ayat 107 dalam Surah At-Taubah. Allah Taala menyatakan dikalangan orang kafir itu ada yang datang menolong kamu untuk mendirikan masjid. Tetapi Allah memperingati supaya kita waspada kerana niat mereka sebenarnya ialah untuk memecahbelahkan kita. Harap Dato bacakan ayat Quran ini kepada tok guru dan ulama yang mungkin telah terlepas pandang.

    ReplyDelete