Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, August 9, 2010

Saman Ekor: Hapuskan Polisi Halang Perbaharui Cukai Jalan

1. Saya berharap kerajaan akan mengkaji semula tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang tidak menjelaskan "saman ekor" sehingga tidak dapat memperbaharui cukai jalan.

2. Sungguhpun mereka ini melakukan kesalahan namun menyenaraihitamkan kereta-kereta ini akan menyebabkan pelanggaran undang-undang lain. Terdapat antara mereka yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar "saman ekor" mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui cukai jalan. Ini akan membawa implikasi yang lebih serius jika berlaku kemalangan.

3. Kerajaan tidak wajar sama sekali mengaitkan kesalahan memandu laju dengan keperluan undang-undang untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans. Apakah yang ada dalam akal fikiran pembuat polisi ini? Kita menghalang mereka yang melanggar satu peraturan dari mematuhi peraturan lain. Janganlah kerana kesalahan saman ekor akan melarat kepada masalah kemalangan jalan raya yang mungkin melibatkan kematian tanpa perlindungan insurans dan cukai jalan. Inilah yang dikatakan lain bengkak, lain pula yang bernanah.

4. Bagi saya, kerajaan harus menarik balik langkah menghalang mereka yang mempunyai tunggakan "saman ekor" dari memperbaharui cukai jalan.

5. Rakyat mempunyai hak untuk mencabar saman ekor ini di mahkamah. Malangnya, ramai yang tidak mengetahui mereka disaman sehinggalah hendak memperbaharui cukai jalan.

6. Justeru peluang untuk mencabar di mahkamah tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa melanggar undang-undang dengan tidak mempunyai cukai jalan dan insurans. Adakah ini adil kepada orang ramai?

7. Pemimpin politik dan pegawai kerajaan tidak boleh saling tunding-menunding dalam isu ini, sedangkan rakyat di bawah berhadapan dilema bebanan disenaraihitamkan. Pisau dan mentimun ditangan mereka jangan sampai diambil alih oleh rakyat.

30 comments:

  1. salam Dato Seri, saya setuju sangat jika saman ekor sepatutnya dikekalkan sepertimana sebelum ini. tak perlu nak senarai hitam mereka yang menerima saman ekor ini memandangkan bukan semua pemilik tahu bila, tarikh dan di mana mereka di saman. adalah menjadi satu kesusahan apabila hendak menghidupkan cukai jalan kelak bila di sekat JPJ kerana mempunyai saman ekor yang pemiliknya pun tidak mengetahuinya.

    sokong gesaan Dato Seri.
    salam perjuangan

    ReplyDelete
  2. Dato,

    Belum tentu semua yang dikirim notis saman ekor itu benar-benar bersalah. Ada juga org lain yang buat salah, orang lain yang dikirim notis.

    You Are Guilty Until Proven Innocent

    Bayangkan kesusahan untuk membuktikan 'innocent' ini, lebih-lebih lagi balai yang mengeluarkan saman itu berada di negeri yang jauh.

    ReplyDelete
  3. betul tu.....saman ekor ni buat rakyat marah je..tak kena caranya

    buat kajian la....apa matlamat sebenar saman ekor di adakan:

    1)untuk memdidik rakyat supaya memandu cermat
    atau
    2) kutip pendapatan melalui saman yg dibayar

    apakah semua yg disaman berdisiplin melangsaikan saman dan akur dengar kesalahan yg dicipta oleh pemerintah..?

    jika saman ekor bertunggak2 lebih baik cari kaedah lain la kerana didikan melalui saman ekor ni tak berkesan malah lebih membuat rakyat sakit hari

    bulan lepas saya kena bayar 3 saman
    rm300 x 3 =rm900 baru boleh hidupkan road tax

    saya dengar ramai yg mengeluh & geleng kepala dgn isu ini.....saya takut dalam mereka diam ada perasaan sakit hati dgn bebanan2an ini....kesannya mestilah pada kertas undi nanti apabila pakatan rakyat mengambil setiap runag dan peluang untuk memancing undi...baik lakukan sesuatu..!

    ReplyDelete
  4. susah bercakap dengan menteri yang anak orang kaya-kaya ni. cakap banyak pun tak guna. merayu pun tak guna. Bila tak pangkah masa election baru dia tau,.

    ReplyDelete
  5. Saya rasa saman ekor sepatutnya dihapuskan sahaja tidak perlu untuk dikaji semula. Kajian kerajaan hanya akan mengurangkan jumlah saman ini bermakna tetap kena bayar tetap membebankan rakyat. Tambahan lagi hari raya hampir tiba, rakyat perlu menyimpan sedikit wang untuk persediaan perayaan. Tapi jika dah kerajaan ambil dengan mengenakan saman macam mana rakyat bergembira sikit. keperihatinan saudara ada maknanya tidak menampakkan iklas untuk membantu rakyat. Bayangkan rakyat dihimpit keperitan pembangunan dengan kenaikkan bahan api dan barangan. Saya rasa menteri menteri, orang orang kaya seperti saudara tak akan merasa tempiasnya. Jika kita lihat kajian kerajaan hanya hanya memberi alasan sahaja. Saya harap saman ekor harus dihapuskan, saman yang bertanda tangan sahaja yang perlu dikekalkan dengan ini rakyat berpuas hati dan mereka tidak rasa tertipu. Rakyat tahu kerajaan perlukan dan untuk pilihanraya akan datang tetapi janganlah rakyat yang kena tanggung. sudah duit tu habis lesap jugak, orang kampung dapat RM 100 sahaja.

    ReplyDelete
  6. Sdra Moderator Jalil, takkan saman ekor sampai nak ajar kerajaan masa election. Kalau sdra berlapang dada lihat sajalah PRU12 yang lepas. Mungkin nak ajar kerajaan punya pasal akhirnya selangor berlubang-lubang. Yang senang bukan orang yang pangkah, tap kroni kerajaan yang mengatakan mereka lebih baik. Ada banyak cara untuk tegur kerajaan, bukan dengan ugutan. Kalau sdra rasa perlu dengan cara itu apa saya peduli, kerajaan tumbang atau jatuh bkan saya ada masalah. Cuma saya harap janganlah kerajaan yang nak ambil alih lebih teruk dari yang sebelumnya. Ada akai ka, kerajaan kalau dibina atas dasar ugutan maka jadilah macam di Iraq atau palestine. Masa itu padan muka semua.

    ReplyDelete
  7. Dato Seri, mmg betul. Saya kena saman ekor di Muar Johor sedangkan saya tak pernah sampai ke Muar & pada hari kejadian, kereta berkenaan berada di rumah saya di Kuala Langat, Selangor.

    Macam mana tu...?

    ReplyDelete
  8. Saudara Cengko,

    1. Setahu saya, semua saman ekor yang dikeluarkan oleh pihak Polis pasti mempunyai bukti (berupa photo kereta yang di ambil menggunakan alat perangkap had laju).

    2. Pada pendapat saya, adalah amat penting sekali bagi pihak Polis untuk dapat menegakkan undang2 jalan raya, kerana umum sedia maklum, negara kita adalah antara negara yang mempunyai statistik kemalangan jalanraya yang tertinggi di dunia. Oleh itu, perangkap had laju dan saman ekor perlu lah dikekalkan bagi mengurangkan kesalahan memandu laju di negara ini.

    3. Apa yang penting ialah kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme untuk membolehkan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan saman ekor ini untuk merujuk masalah mereka. Mungkin dengan cara menghubungi pihak polis dan menyemak rekod mereka ini di mana2 balai polis yang berhampiran dengan mereka. Bagi kes-kes kesalahan traffik pula, mahkamah perlu menyediakan satu kaedah atau cara untuk menyelesaikan kes-kes ini dengan kadar yang segera. Mungkin dengan cara menubuhkan mahkamah khas untuk membicarakan kes kesalahan jalan-raya seperti mananya kerajaan menubuhkan tribunal khas (Tribunal pengguna) untuk mengadili kes2 tuntutan kes kecil pengguna.

    4. Pihak polis/pendakwaraya perlu lah mempunyai bukti2 lengkap (seperti photo yang di ambil menggunakan alat perangkap had laju) dan jika di dapati pihak Polis gagal mengemukan bukti2 ini, maka tuntutan smana itu perlulah di tarik semula dengan serta merta dengan kos mahkamahnya di tanggung oleh pihak kerajaan.

    5. Saya cadangkan supaya jumlah yang dikenakan ke atas saman ekor ini mungkin dapat dikurangkan oleh pihak kerajaan untuk tempoh masa tertentu bagi membolehkan rakyat menyelesaikan bayaran mereka.

    6. Tetapi jika ada diantara pihak pengadu (mereka yang mempunyai saman ekor) tidak berpuas hati, mereka bolehlah mengemukan kes mereka di mahkamah khas ini. Dan jika didapati mereka ini bersalah, maka jumlah kompaun yang perlu mereka bayar tidak boleh di berikan sebarang diskaun lagi. Jadi terpulang kepada pihak pengguna, sama ada mereka mahu membawa kes mereka ke mahkamah ini atau tidak. Jika mereka merasakan mereka tidak bersalah, sila kan.

    ReplyDelete
  9. Salam DSKT,
    Pertamanya selamat berpuasa. Saya amat bersetuju dengan pendapat DSKT dlm isu ini. Entah la saya pun dah muak dan malas nak memikirkannya lagi. Dah banyak gak polisi yg kadang2 begitu menyempitkan rakyat. Di harapkan orang2 bijak pandai dan "berkuasa" di Putrajaya tu akan perihatin dalam kes2 yang sebegini. Buktikanlah 1Malaysia di mana RAKYAT benar2 di dahulukan...Apapun semoga DSKT meneruskan kritikan yg membina...semoga akan ada manafaatnya kepada seluruh rakyat. Wasalam..

    ReplyDelete
  10. Salam DSKT,
    Saman Ekor boleh dikekalkan sekiranya lebih adil dan telus. Kalau Kerajaan boleh buktikan gambar kenderaan dan pemandu serentak pada masa kesalahan dilakukan, jika bukti benar dan sahih, barulah tindakan dilakukan. jika tidak dapat buktikan begitu, saya berpandangan, hapuskan saja Saman Ekor kerana akan menimbulkan kesusahan semua rakyat malah menginaya mereka yang terlibat. Cukuplah dengan saman trafik yang sedia ada yang dilakukan didepan mata PDRM/JPJ. Kerajaan lebih Adil jika boleh menerima apa saja idea dan semua pandangan rakyat tetapi bukan hanya kuasa peminpin seorang. Pemimpin perlu memikirkan kehendak semua rakyat tetapi bukan kepentingan peribadi sahaja. Banyak cara kita boleh mendidik pemandu untuk lebih berhemah. Hukuman boleh dikenakan secara adil dihadapan pemandu tetapi bukan hanya mengambil bukti kenderaan untuk menghukum pemiliknya yang belum tentu ianya bersalah. Sikap pemandu adalah lebih utama. Renung dan fikirkan bersama

    ReplyDelete
  11. salam semua....kalau matlamat saman ekor adalah utk mendidik pemandu supaya memandu secara berhemah, saya rasa ianya gagal mencapai objektifnya. Mana mungkin kita ingin mendidik seseorang tanpa memberitahu apa kesalahan yg dilakukan...pemandu tak akan tahu kesalahan yg dilakukannya sehingga bila tiba masa utk memperbaharui cukai jalan. Adakah ini cara utk mendidik pemandu..kadang2 cara yg dilakukan kerajaan menampakkan seolah2 alasan hanya diberi utk memperbodohkan rakyat..kalau benar2 mahu mendidik, masa tu juga pemandu yg melakukan kesalahan ditahan dan disaman..barulah pesalah akan tersedar yg dia baru melakukan satu kesalahan...ini tidak selepas bertahun2 baru dibagitau...rakyat melihat ini sebagai ketidak jujuran dalam mendidik..dan akhirnya rakyat akan membuat kesimpulan sendiri yg ianya sekadar satu cara menambah pendapatan kerajaan...lagi satu kalau alasan yg diberi, pihak polis tidak cukup kakitangan utk menahan kenderaan yg melakukan kesalahan, ianya tidak sepatutnya ditimbulkan..kalau tak cukup pegawai, jgn buat sekatan....banyak lagi kesalahan yg selalu dilakukan oleh pemandu yg sepatutnya di beri perhatian...melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar, tidak berhenti di laluan pelintas, memasuki laluan sehala dan banyak lagi yg seharusnya diberi didikan...

    ReplyDelete
  12. saman ekor ni xbest la..kdg2 bkn kte yg bwk kenderaan tu..maybe org pki plet palsu..sy xsetuju lgsung..ptt dihapuskn je..nk saman kena face to face la..bru adil..ada bukti yg buat salah je yg disaman..
    klik untuk sedekah www.oneforum.biz/ahfan.htm

    ReplyDelete
  13. SAMAN EKOR - Kalau tak buat kenapa nak takut - boleh cabar dimahkamah apa?

    DSKT tak sebut pun nak mansuhkan - cuma pelaksanaan biar lebih berhemah.

    Gejala memandu lebih hadlaju berleluasa - cth dilebuhraya - langgar hadlaju(lebih 110km/j) boleh tinggikan lampu / rapat di belakang kereta yg memandu ikut peraturan. Jadi kami yg ikut peraturan jadi tertekan/kekok dilorong laju.

    Bila terima SAMAN EKOR - mula berkokok kata tak adil. PRU13 jadi ugutan. Sedarlah undang2 dicipta utk kebaikan. Seronoklah sekarang, buat salah - ugut kerajaan - kerajaan tangguhkan.

    Pada yg ikut peraturan - apa yang kami dapat..? wajarkah kami nanti memandu lebih hadlaju / potong ikut lorong kecemasan / langgar lampu isyarat...
    kena saman pakat ugut kerajaan...
    pasti kerajaan turutkan...
    jadi kita buleh tak perlu ikut peraturan lagi lah..?

    ReplyDelete
  14. Kepada Semua,

    Saman Ekor Ni sebenar bagus utk Keselamatan Semua Pengguna. Semua saya kurang gemar bila saman ekor ni, nak tengok bukti kena bayar RM 10 (rasanya) utk lihat bahan bukti (Gambar)

    Saman kena bayar, gambar pun kena bayar. Double untung tu.
    Sepatutnya, bila hantar notis saman tu, mestilah disertai dgn gambar. Takkan rugi pun kalau hantar sekeping dua gambar berbanding nilai saman yg diterima.

    ReplyDelete
  15. salam dskt

    saya pernah kena saman ekor.ketika itu adek saya yang pandu kereta saya.ialah kita adek beradek nak jaga perasaan dan tak nak kecoh kecoh saya pun bayar sahaja saman tersebut.

    apa yang hendak saya nyatakan disini saya adalah salah seorang yang membayar saman ekor walau pun saya tidak melakukanya.

    harap sama ekor dihapuskan,saman depan depan lagi baik.tak lah saya rasa serba salah lagi.

    ReplyDelete
  16. melayu dan bumiputera tidak perlu lagi bersikap apologetic... dan UMNO sangat perlu secara terang-terangan bersuara sealiran dengan PERKASA.. sama seperti MCA tidak takut senada dengan DAP!!

    ReplyDelete
  17. kita tidak menafikan bahawa undang2 dan peraturan yang perlu dipatuhi olih pengguna jalanraya...tetapi yang menjadi masaalah adalah cara perlaksanaan undang2 seperti saman ekor dan klassifikasi jenis kesalahan...terutamanya tentang had laju yang standard digunapakai mengikut status lebuhraya...pada pandangan saya adalah tidak lojik lebuhraya Persekutuan dihadkan 80km/j[ketika musim perayaan]sedangkan had biasa ditetapkan 90km/j...kita perlu melihat dari segi kesesuaian jalan dan kelajuan yang tidak terlalu rendah untuk keselesaan pemanduan...kompaun yang dikenakan pun terlalu tinggi jika dibanding dengan kemampuan pendapatan rakyat...kerajaan perlu prihatin dalam soal ini jangan mengambil jalan mudah untuk menghukum pengguna atas alasan untuk menyedarkan mereka mengikut peraturan...tiada siapa ingin berlaku kemalangan kita juga tidak bolih menafikan suratan takdir...jangan terlalu takabur menghukum manusia dengan cara kapitalis...macam keputusan kerajaan bagi tempoh hingga 28.2.2011 untuk menjelaskan saman tertunggak...sekarang pun rakyat telah dibebani dengan macam2 kenaikan kos...keperluan hari raya...peruntukan untuk persekolahan anak2 lagi...mana hendak sempat kumpul wang...bayaran kompaun pula tidak bolih dikurangkan...diharapkan kerajaan bolih mencari kaedah yang lebih baik dalam menyelesai bebanan kewangan rakyat ini.

    ReplyDelete
  18. Komenlah berkajang,baru semalam Musa Hasan berkata bahawa saman ekor dengan kompaun maksima aka dimulakan sempena hari raya ni.Yang akan kalah di PRU namti adalah BN bukan Musa Hasan yang akan bersara tu.

    ReplyDelete
  19. Apa kata rakyat....
    Kerajaan nak peras duit rakyat, zalim, & bla.. bla
    reda sekejap apabila penangguhan penguatkuasaan senarai hitam saman ekor ke Feb. 2010. sekarang rakyat 'hot' balik apabila pergi kaunter bayar cukai jalan, JPJ hanya benar untuk 6 bulan saja. Siapa yang cerdik ? siapa yang akan rasa tertipu & tidak terbela. PENGUATKUASAAN SEBEGINI AKAN MEMUNGKINKAN KEPUTUSAN PRU13 BN JADI MINORITI... JGN SESAL KEMUDIAN. Dengar dan ambil cakna pada keluhan rakyat. RM500 duit raya paada kakitangan awam tak bermakna jika ada yang terpaksa bayar RM5100 pada FEB nanti...

    ReplyDelete
  20. SALAM....

    Saya ni rakyat biase je....keje pn biase je....n gaji pun biase je...pkai keta pn biasa je.....
    tp tetap menggunakan jln raya klu nk g mane...ttap kene saman mcm biasa juga....

    Tapi, dengan GAJI ya BIASA ni, sukar untuk jelaskan RM300 tu...ank bini nak mkan ape la nnti. jika tidak bayar...makin bertonggak, silap2 masuk lokap.

    Bila rakyat mencuri, merompak kerana kesepitan hidup untuk makan n saman RM300 kerana saman ekor ni. sape yang susah....RAKYAT JUGAK. JADI, JANGAN LA KITA WUJUDKAN RAKYAT YANG SUSAH...BUKAN SEMUA RAKYAT HIDUP SENANG...MASIH WUJUD YANG SUSAH DAN CUKUP2 UNTUK MENERUSKAN HIDUP.

    ReplyDelete
  21. saya sokong memandu lebih had laju disaman tetapi biar la disaman ditempat kejadian. kalau dgn saman ekor saya tak setuju....org hulu kelang

    ReplyDelete
  22. Salam, saya antara yang terpaksa membayar saman ekor, terpaksa kerana untuk perbaharui cukai jalan sebab dah di blacklist. Saya kerja biasa je, duit gaji cukup-cukup untuk tanggung anak bini..tapi terpaksa berjimat cermat semata-mata nak bayar saman yang entah betul entah tidak tu.

    Amat marah dengan pemerintah sekarang, oleh itu saya istiharkan saya tak akan sokong lagi kerajaan sekarang ini sebab dah menyusahkan saya.

    ReplyDelete
  23. SALAM....SAYA ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG DIZALIMI OLEH KERAJAAN NYA SENDIRI...SAYA PUN MANGSA SAMAN EKOR....RASA NYA DAH SAMPAI MASA NYA MALAYSIA NI BERUBAH PUCUK KEPIMPINAN NYA.......KERANA SAMAN EKOR LAH SAYA LIHAT RAMAI RAKAN2 YANG LAIN TERPAKSA BERSUSAH PAYAH MENCARI WANG UNTUK MENJELASKAN NYA...ADA YANG TERPAKSA BERJUDI EKOR....BENAR LAH SLOGAN 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN POKET DIBERI KEUTAMAAN..... SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGUBAH NASIB MALAYSIA DIMASA AKAN DATANG.....

    ReplyDelete
  24. Salam
    Apakah yang hendak diketengahkan oleh Pemimpin yang kita lantik, adakah apabila kerajaan berbelanja lebih rakyat menanggung beban, kita lihat pemimpin berbelanja tidak mengikut budget jika berlaku PRK dan untuk menanggung perbelanjaan ini satu persatu subsidi barang cuba dikurangkan atau ditarik balik, Gertak rakyat senarai hitam nama mereka yang gagal melunasi saman ekor, yang entah undang-undang mana yang cuba dilaksanakan, rakyat ada yang merintih ada yang mengeloh kepada siapa hendak mengadu... harap pemimpin yang dilantik merekalah yang menjadi dalang... masih releven kah mereka yang duduk disingahsana dimana rakyat menanggungnya.....

    ReplyDelete
  25. KERAJAAN MAKIN MEMBEBANKAN RAKYAT DGN "KETIDAK ADILAN" YG NYATA!! APA MAMPU KITA BUAT? SIAPA KAMU UTK MENENTANG! KITA TIADA KUASA MAHUPUN UPAYA..MOGA ALLAH MENOLONG GOLONGAN YG LEMAH!ITU KUASA YG SEBENAR DAN HARAPAN KAMI YG SEMAKIN DITINDAS! YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...

    ReplyDelete
  26. ini semua kerja giler. menyusahkan rakyat jelata. kalau ikut saman ekor ni memang saper2 pun akan terdedah dengan manipulasi.
    Contohnya aku tampal nombor plate palsu kat kete aku pastu bwa laju2 cecah 210km/j, yang kena saman tuan punyer nombor plate sebenar la. ADIL KER???? walhal yang buat org lain tp yang kena saman orang lain.
    BANGKIT LAH rakyat MALAYSIA. lawan polisi gila babi ni.

    ReplyDelete
  27. Salam Dato Seri,
    Saya amat setuju dengan pandangan supaya kerajaan menarik balik arahan menyenarai hitam pengguna kenderaan yang mempunyai saman ekor.
    Contohnya sekarang ini kenderaan saya tidak dapat diperbaharui cukai jalan sebab setelah disemak nama saya telah disenarai hitam oleh jpj kerana kesalahan mempunyai dua saman ekor trafik yang dikeluarkan di perak, dalam tempoh jarak 2 minit, saya dikenakan 2 saman ekor pada hari yang sama.

    ReplyDelete
  28. 100% sy tak setuju dng saman ekor ni...kalau ikut undang»2 pun dgn saman ekor jpj tak leh black list dan sekat hak rakyat utk renew roadtax...kenapa kerejaan sendiri sewenang2 melanggar undang2????... Sy pernah 3 kali kena saman ekor di km 7.4 jln sg besi sereban (simpang bukit jalil sebelum tol sg besi..had laju maksimum 80 km sejam...sepanjang 10 tahun sy setiap hari menggunakan jln tersebut tak pernah nampak kejadian kemalangan di situ...maksud sy jln tu tak bahaya....bayangkanlah setiap kali balik kerja dari kl melalui jln parlimen melalui depan istana...tudm hingga ke sg besi jalan tu jam teruk...pendek kata hampir sejam di kawasan itu saja...lepas tudm dan pam minyak esso baru jln agak clear...adat la bila lepas jam teruk dan memakan masa berjam kita akan pecut sikit kekadang mencecah 90 - 100 km/jam...sedangkan had laju disitu 80km/jam....tut...tut sampai pulak surat saman....dah la masa terbuang..minyak terbuang...tol kena bayar... ..lepas tu kena saman pula...bengang-bengang....pernah sekali tu saya pandu ikut peraturan bawa 80 km/jam....kena main lampu dengan bas express drivernya marah. .. Blm sempat saya ketepi dia potong dan himpit kereta nasib baik sempat mengelak...sy ambil nombor plat bas tersebut dan call talian aduan lpkm yg terdapat pd belakang bas tersebut konon nak buat aduan... Maklumbalas yg sy terima kenderaan tersebut tiada dlm pendaftaran lpkm...pelik..bengang dan marah...moralnya awak bawa perlahan...jiwa mungkin melayang kena buli ngan kenderaan belakang...awak bawa laju awak kena buli dengan kerajaan....lagi pelik bila org yg kita beri amanah utk menjaga hak kita...org itu lah yang melalak-lalak membuli kita.

    ReplyDelete
  29. kereta saya pernah di saman di hiway jb kulai. dlm masa yg sama saya berkursus di kl. kerana x puas hati saya ke polis trafik kulai. tengok di scren rupa nya kereta lain. kereta saya JEG 2222.kereta dlm camera JFG 2222.jadi saya x kena la...cuba kalau kita x checking mesti dah kena rm 300.

    ReplyDelete