Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, September 7, 2010

Bubarkan Makmal Rasionalisasi Subsidi

1. Sempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ini saya berharap kerajaan dapat meneliti semula masalah kesempitan rakyat terutama di bandar-bandar akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi yang tidak setara dengan kenaikan pendapatahn rakyat.

2. Laporan NST Ahad lalu menunjukkan terdapat jurang yang agak besar dalam kenaikan kos sara hidup berbanding pendapatan rakyat. Namun ini tidak dapat difahami oleh sebahagian pembuat polisi kita kerana mereka melihat unjuran berdasarkan pendapatan perkapita rakyat dengan kenaikan harga pengguna (Inflasi).

3. Kedua-dua petunjuk ini sangat palsu sifatnya. Pendapatan Per Kapita Rakyat tidak menjamin kekuatan kuasa beli rakyat apabila jurang pendapatan antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah berbeza terlalu besar. Sungguhpun jurang pendapatan di negara ini tidak seteruk kebanyakan negara membangun dan dunia ketiga, ia menujukkan jurang ini semakin meluas. Indeks Harga Pengguna yang mengukur inflasi negara juga tidak mencerminkan peningkatan inflasi yang dirasai oleh rakyat.

4. Sebenarnya kita tidak memerlukan laporan khas NST pun untuk memahami betapa kita sedang berhadapan dengan masalah kenaikan kos sara hidup yang sangat parah. Kenaikan harga petrol, tol, kadar pinjaman asas dan barangan kegunaan seharian merupakan punca kuasa beli rakyat makin berkurangan.

5. Selain tindakan kerajaan beberapa tahun lalu menaikkan harga petrol dan tol secara mengejut sehingga menjejaskan perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana rendah dan rendah, kewujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi juga telah menjejaskan lagi usaha mengurangkan kos sara hidup.

6. Makmal ini mempunyai tanda aras ukuran pencapaian (Key Performance Index - KPI)tertentu bagi menetukan kejayaannya. KPI makmal ini tentulah sejauh mana dan sehebat mana mereka mampu mengurangkan bebanan subsidi kerajaan. Sebab itu kita dapati Menteri dan pemikir makmal terbabit hanya bekerja mencari idea bagi menurunkan bebanan subsidi kerajaan tanpa mempedulikan masalah rakyat.

7. Sejak kewujudan makmal ini ia memberi masalah besar kepada para wakil rakyat Barisan Nasional kerana terpaksa pula berhujah dan "bergaduh" dengan pasukan makmal ini. Wakil Rakyat BN sama ada di peringkat Parlimen mahu pun DUN terpaksa membuat pelbagai bantahan, komen malahan saya difahamkan dalam beberapa sesi penerangan tertutup berlaku pertikaman lidah yang sangat hebat.

8. Ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang bertanggungjawab terhadap makmal cuba memenuhi KPI mereka. Manakala wakil rakyat yang akan berhadapan dengan rakyat di bawah ingin melihat kehidupan rakyat yang lebih baik dan juga memastikan BN terus mendapat sokongan ramai.

9. Saya khuatir jika Makmal Rasionalissai Subsidi ini terus kekal dan membuat pelbagai syor yang tidak masuk akal kepada rakyat biasa maka akan berlaku krisis yang besar antara kerajaan dan wakil rakyat BN yang tidak memegang jawatan eksekutif.

10. Banyak isu yang diutarakan secara semberono oleh penguasa Makmal ini memberi masalah besar kepada wakil rakyat yang sering turun ke kawasan. Kadang-kadang kerja keras membantu dan berkhidmat kepada rakyat selama enam bulan hancur sekelip mata apabila rakyat marah mengenai kenaikan harga gula, tepung dan petrol.

11. Saya juga hairan kerana kadang-kadang Makmal ini berusaha mengurangkan subsidi kononnya sebagai mengurangkan bebanan kerajaan tetapi kerajaan pula memberi subsidi dalam bentuk lain yang makin meningkat pula perbelanjaan kerajaan. Ada juga mahu dihapuskan subsidi lain tetapi diganti dengan subsidi lain apabila rakyat mula merungut. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

12. Justeru saya berharap kerajaan dapat membubarkan sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi ini kerana ia hanya menguntungkan kerajaan bukannya rakyat dan parti. Kita tidak perlu makmal pun untuk membuat keputusan mengurangkan subsidi seperti mana yang dicadangkan oleh Makmal ini. Malahan jika dilihat dalam isu kenaikan harga Petrol, cadangan Makmal ini seperti pembelian menggunakan mykad dan pemberian subsidi terhad menggunakan sistem tertentu langsung tidak masuk akal.

13. Akhirnya kerajaan menggunakan cadangan orang ramai juga untuk mengurangkan subsidi petrol iaitu dengan memberi pilihan kepada rakyat sama ada mahu petrol subsidi atau petrol harga pasaran. Alhamdulillah mereka yang mampu secara sukarela menggunakan petrol RON 97 yang tidak disubsidikan. Justeru apa perlunya makmal ini jika hanya menambah bebanan politik kepada BN?

14. Adalah lebih masuk akal jika kerajaan menubuhkan Makmal Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau Makmal Mengurangkan Bebanan Hidup Rakyat. Barulah nampak rakyat diutamakan.

11 comments:

  1. Setuju. Kadang2 mereka buat polisi berdasarkan maklumat dari himpunan kertas, bukan rungutan dari himpunan rakyat marhaen..

    ReplyDelete
  2. Moga kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib akan terus menjadi juru bicara rakyat.

    Saya sokong cadangan tubuhkan Makmal Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat atau Makmal Mengurangkan Bebanan Hidup Rakyat.

    ReplyDelete
  3. SALAM RAMADHAN KEPADA DATO SRI ORANG KAMPONG SUNGAI BURONG...Makmal apa pun kalau ia memberi kesan yang kurang menfaat nya kepada RAKYAT bahkan tekanan hidup maka ia nya tidak dapat di terima oleh rakyat.Tetapi pada masa ini PM dan JUAK2 nya suruh faham masaalah yang dihadapi oleh kerajaan tapi adakah faham masaalah yang di hadapi oleh rakyat yang hidup dalam tekanan lebih2 lagi masyarakat civil town seperti saya ini.Harap pihak kerajaan memahami nya baru2 ini saya ada bertanya dengan seorang pekerja yang baru kenapa tak sambung belajar lagi kerana keputusan SPM nya sangat bagus dia cuma mengeluh sahaja nak korek duit di mana? nak masuk ajer yuran dan belanja lain hampir kepada Rm 2500 sekurang-kurang nya maka kerja la kat kilang ini dulu kalau bagus terus kerja kalau tidak tunggu la jawatan kosong kerajaan yang guna SPM...itu la nasib rakyat DATO SRI. Semoga kita semua menginsafi di akhir ramadhan kerana ramdhan adalah tuntutan hidup untuk berubah...SELAMAT HARI RAYA KEPADA DATI SRI DAN KELUARGA SEMOGA KEBERKATAN ALLAH SENTIASA MENYINARI HIDUP KITA SEMUA..WASSALAM..

    ReplyDelete
  4. Salam Takzim DS,
    Sahabat Gunung dan Saudara2,

    Mengharapkan kerajaan sekarang menjadi juru bicara rakyat samalah seperti mengharapkan NETANYAHU menjadi JURU bicara PALASTINE, tidak kah anda mengetahuinya ?

    Semuga timbul kesedaran yang hakiki !!!
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!!

    ReplyDelete
  5. Saya juga sependapat dengan Datuk bahawa MRS itu perlu ditutup segera. Ia bertindih dengan tugas wakil rakyat (BN) malah menyusahkan . Ia juga menjahanamkan kerajaan (BN) dan menambahkan pengeruh pembangkang. Tenguklah macam idea mereka dengan penghapusan subsidi, siapa yg. untung , kerajaan atau pembangkang ? Isu itu isu emosi rakyat . Kerajaan (BN) patut sedar. Sedangkan kos pengurusan makmal itu bukan sedikit, Datuk sendiri tentu tahu. Jadi, buat apa lagi ditunggu lama-lama, buang duit rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  6. kalau lah semua kepimpinan meletakkan keutamaan dalam melaksanakan setiap agenda..rakyat bawahan dahulu difikirkan kesan baik,buruknya semua ni tak lah menjadi masalah sangat....tapi kebanykakan keputusan dibuat tanpa meletakkan keutamaan ini dahulu..yg diletaknya keutamaan periuk sendiri dahulu..tulah masalahnya..

    saya setuju tentang tulisan yg ke-14 tu...tu yg panting...dahulukan rakyat bawahan kemudian baru keatas...!jgn terbalik..!

    ReplyDelete
  7. salam..pembuat polisi menghitung dan merangka polisi berdasarkan taraf hidup mereka..apa yg nak di hairankan..

    kebanyakkan pemimpin negara kita sekarang disokong berdasarkan kemampuan kewangan mereka bukannya kelayakkan dan bijak sana mereka dalam soal mengurus dan mentadbir..

    ini semua berlaku disebabkan wujudnya rasuah dalam pemilihan UMNO..

    ReplyDelete
  8. Buatlah apa sahaja asalkan memenuhi slogan yang dilaungkan. Rakyaat di utamakan.

    DSKT, selamat menyambut aidul fitri.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih DS YB kerana menyuarakan apa yang terbuku di dada kami.
    Dan jangan putus asa dalam usaha YB. Saya sokong dan yakin dengan YB. Saya senang dengan cara YB berfikir ,bertindak dan BERTINDAK BALAS.
    KA Chow

    ReplyDelete
  10. Khalid is sabotaging PKR.DSAI cannot sack him.Only
    vote of no confidence can.

    His freewater deal is costing the state fund at least
    rgt 15 million a mth to pay to Rozali.It is beginning to
    show his stupidity.He will ask in the next seating for more
    money to pay for the free water.

    He will likely ask dsai to rally rakyat to force Federal to
    hand water to Selangor.Khalid knows his days are over
    otherwise.

    Nothing moves in Selangor under Khalid.Khalid clearly
    and deliberately is sabotaging Selangor and will cause
    downfall of Pkr and Pakatan government.

    There are many photos of Tan Sri Khalid and Lim Kim
    Hong of I City in Munich when DSAI was hospitalised
    there.The flight details too.They are partners.

    Khalid wants the Sg Klang cleaning deal to make money
    for Lim Kim Hong.

    What you are doing is right.DSAI and Azmin are helpless
    because Khalid will not act and there is nothing anyone can do.

    .http://rights2write.wordpress.com/2010/09/22/the-unveiling-sunday-3-10-2010-0930-hours/

    ReplyDelete