Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, October 18, 2010

Cabaran Bajet 2011: Menterjemah Perancangan Kepada Realiti

1. Bajet yang dibentangkan minggu lalu menampakkan kesungguhan Kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan juga menyediakan jalan pantas mencapai Wawasan 2020.

2. Saya fikir antara perkara yang paling baik ialah peruntukan hampir RM 1.3 bilion untuk program-program meningkatkan kemahiran rakyat. Sebanyak RM 500 juta bagi proses peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru di bawah Program Latihan 1 Malaysia. Peruntukan ini penting dalam melatih semula golongan pekerja sedia ada terutamanya yang berpendapatan rendah meningkatkan kemahiran tertentu seterusnya membolehkan mereka meningkatkan taraf pekerjaan dan pendapatan mereka.

3. Selain itu, seperti mana yang harapkan oleh blog ini minggu lalu, kerajaan turut memperuntukkan hampir setengah bilion ringgit (RM)untuk mereka yang tidak dapat ke institusi pengajian tinggi mendapatkan peluang pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.

4. Adalah menjadi harapan agar anak-anak muda yang berada di luar sana dapat meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah dan mengambil peluang ini bagi meningkatkan kebolehan dan kemampuan diri. Saya percaya jika peruntukan sedia ada habis digunakan, kerajaan boleh memberi peruntukan tambahan dengan syarat ia dibelanjakan dengan baik dan menampakkan hasil yang baik.

Belanja Pengurusan Yang Tinggi
5. Selain itu, apa yang meriasaukan saya ialah dalam Bajet 2011 ialah peruntukan pengurusan yang begitu tinggi berbanding peruntukan pembangunan. daripada RM 212 bilion Bajet 2011, sebanyak RM 162.8 bilion ringgit digunakan sebagai bajet pengurusan. Hanya RM 49.2 bilion digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

6. Adalah penting pada masa hadapan kerajaan dapat meningkatkan perbelanjaan pembangunan dan mengurangkan perbelanjaan pengurusan bagi membolehkan ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat.

7. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan perbelanjaan untuk subsidi terutamanya membabitkan subsidi dalam bidang pertanian dan subsidi petrol sebagai perbelanjaan untuk pembangunan bukannya pengurusan. Ini kerana subsidi seperti ini bertujuan merancakkan pembangunan ekonomi negara.

8. Secara keseluruhannya Bajet 2011 merupakan satu janji yang sangat cantik dan menarik untuk rakyat. Cuma kekhuatiran ramai orang ialah apakah ia akan dilaksanakan secantik dibentangkan.

9. Ini semua memerlukan sokongan dan iltizam bukan sahaja kabinet tetapi juga pelaksana utama agenda Bajet ini, yakni kakitangan kerajaan. Tanpa kesungguhan, komitmen dan kejujuran kakitangan kerajaan dari Ketua Setiausaha Negara sehingga ke pekerja am, maka Bajet 2011 ini sekadar cantik di Parlimen tetapi tidak memberi impak besar kepada rakyat.

10. Amatlah malang jika apa yang dirancang ini dan sepatutnya menjadi pemangkin kemajuan negara gagal menjadi kenyataan kerana sikap "tidak apa" dan "business as usual" di kalangan pegawai tertinggi kerajaan.

11. Saya bukan mahu menyalahkan pegawai kerajaan 100 peratus atau mencari musuh di kalangan pelaksana polisi. Namun adalah penting untuk para pegawai kerajaan memahami aspirasi dan kehendak kerajaan kerana Menteri sahaja tidak mungkin mampu menjayakan setiap polisi yang dirangka jika tidak mendapat komitmen kumpulan pelaksana.

12. Kerajaan mungkin tidak memberi bonus kepada kakitangan kerajaan kali ini. Namun pemberian bantuan kewangan sebanyak RM 500 bagi pegawai gred 54 dan ke bawah merupakan satu usaha kerajaan mengurangkan beban kakitangan awam terutamanya yang bergaji rendah.

13. Memang benar kakitangan kerajaan tidak mendapat bonus sebulan gaji seperti yang dituntut oleh Ceupacs. Namun dengan perbelanjaan pengurusan yang telah membesar sedemikian rupa kakitangan kerajaan tidaklah boleh mengharap bonus setiap tahun.

14. Berbanding majoriti rakyat Malaysia, mereka yang memasuki jawatan kerajaan merupakan kumpulan yang paling bertuah. Di luar perkhidmatan kerajaan mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan tanpa faedah kesihatan, pendidikan dan jaminan jawatan seperti mana yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan. Pada bila-bila masa mereka boleh kehilangan jawatan biarpun bertungkus lumus bekerja. Sebaliknya dalam kerajaan jarang sekali kehilangan jawatan kecuali jika melakukan jenayah.

15. Justeru saya berharap kakitangan kerajaan dapat melupakan isu bonus ini dan memberi perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan pendapatan negara. Insyallah, jika ada kemajuan lebih baik mungkin pada masa akan datang kerajaan akan memberi bonus mengikut kemampuan.

16. Apa yang penting melaksanakan Bajet 2011 dengan jayanya.

26 comments:

  1. Dato Seri,

    Apa perkembangan SAMAN EKOR?

    Saya petik tulisan MENARA BABIL sedikit di sini:-

    Cukup tak kalau kerajaan (yang katanya akan bankrap itu - Idris Jala) ambil 0.1% di atas untuk settle-kan dengan PDRM semua saman-saman ekor tertunggak yang membebankan ramai rakyat? Lepas settle, betulkan apa-apa yang tidak betul mengenai kaedah menyaman ekor "once for all", barulah start menyaman all over again (dengan kaedah menyaman yang betul la!). As goodwill settlekan semua saman-saman ekor yang sedang tertunggak ini yang menjadi punca tak pasal-pasal rakyat bertekak dengan JPJ bila nak renew roadtax.

    Saya juga menyebut tentang PROJEK AIRMATA rakyat dlm tulisan di atas. Ini berkaitan dgn komen saya yang terdahulu mengenai projek Alam Perdana yang terbengkalai sehingga kini.

    Harap ianya mendapat perhatian Dato Seri dan Kerajaaan.

    ReplyDelete
  2. Saudara Ken,

    1. Projek Menara Warisan Merdeka tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya ia menggunakan wang Permodalan Nasional Berhad (PNB). Saya percaya ia menggunakan wang pelabur yang mengharapkan keuntungan. Difahamkan pembinaan menara ini akan menjadi ibu pejabat PNB yang menempatkan ke semua anak syarikatnya. Ini dalam jangka masa panjang akan memberi pulangan yang lebih baik kepada PNB.

    2. Kawasan tersebut juga dikatakan akan menempatkan pusat perniagaan komersial yang baru dan akan turut menyediakan ruang perniagaan yang lebih baik kepada peniaga bumiputera seiring dengan agenda PNB sendiri.

    3. Saya percaya PNB mempunyai wang untuk membina dan telah membuat kiraan ekonomi agar ia mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada pelaburnya. Kita tidak boleh menyekat PNB melabur untuk membayar dividen kepada penyimpan.

    ReplyDelete
  3. salam....

    1-berapakah pendapatan negara tahun lepas?
    2-adakah bajet 2011..bajet defisit?
    3-berapa baki bajet tahun sudah?
    4-bagaimana hendak mengurangkan perbelanjaan
    mengurus?
    5-setiap kali bajet nampak impak segera kepada
    golongan tertentu tetapi tidak kepada
    sektor swasta walaupun golongan majoriti?
    6-setiap bajet..yang jelas keadaan jalan-jalan
    kampong ditakuk lama..tampal semata..bukan
    turap baru?
    7-mana lebih penting atau membantu..bajet negara atau bajet negeri kepada rakyat?

    ***rakyat biasa ingin tahu...tak pernah yb-yb bercakap seperti orang kampong...

    ReplyDelete
  4. Saya berpendapat wang RM5billion itu lebih baik dibelanjakan untuk membina Universit kpd anak2 Malaysia bagi melahirkan penduduk yg berpelajaran tinggi. Apa gunanya dibelanjakan RM5billion tapi pulangannya hanya untuk golongan yg minoriti. Berapa % penduduk Malaysia yg melabur di dlm PNB? Kalau PNB sebagai Institusi yg dibangunkan untuk menambah pendapatan Masyarat Malaysia terutamanya Melayu adalah lebih baik ianya melabur untuk meningkatkan taraf pendidikan Melayu. Lebih baik memberi ilmu daripada memberi pulangan wang ringgit yg akan habis dibelanjakan dlm sekelip mata daripada memberi ilmu yg berguna sepanjang hayat..

    ReplyDelete
  5. bajet yg menarik.....
    lepas ni bole la mak ngah kesawah dgn handbag prada, gucci, LV segala ye tak?
    pak ngah plak bole menoreh dgn cap branded
    bila lagi nak rasa kan????

    ReplyDelete
  6. Ana rasa inilah baget paling hampeh!! Dr Khir tak payahlah mengajar kakitangan kerajaan berjalan betul, InsyaAllah kalau yang di atas tu jujur dan berhemah, pastinya yang di bawahnya juga akan berhemah. Ambil contoh staf kerajaan Negeri Kelantan, cubalah siasat dan bandingkan dengan tempat lain..

    ReplyDelete
  7. Dato Seri,

    Kalau Menara Warisan itu tiada kena mengena dengan "duit rakyat" yakni "private investment" kenapa pula DS Najib menyebutnya dalam belanjawan?

    Bolehkah kita anggap PNB itu benar-benar "private" macam private sejati? Contohnya, projek Sg Besi walaupun dikatakan "private", kenapa pula kerajaan bagi government guarantee? Guarantee dgn "duit rakyat"?

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/10/2011-budget.html

    Anyway, saya berharap agar isu SAMAN EKOR ini dapat diselesaikan. Ramai rakyat teraniaya.

    1. Akibat saman yg salah (yg tidak bersalah kena saman, saman yang diragui kesahihannya)

    2. Niat saman itu juga diragukan dan rata-ratanya akan bersetuju bahawan saman itu memang untuk "memerangkap orang" bukannya untuk "keselamatan jalanraya" senang kata, org akan menuduh kerajaan nak buat duit dari rakyat.

    Maaflah, tapi inilah yang kami dibawah ini dok bercakap-cakap.

    ReplyDelete
  8. Dato Seri dan pengunjung sekelian,

    Dipersilakan membaca makna "SAMAN EKOR" dari kacamata mereka-mereka yang teraniaya.

    Disertakan juga di dalam kamus terbabit, perkataan-perkataan sepeti "UMNO", "PAS", "Pemuda", "PKR" etc.

    Dipersilakan klik di sini untuk membacanya:-

    KaBel In My Mind

    hidup kena senyum-senyum sambil UMNO sedang bersidang ni Dato..he..he..he..

    ReplyDelete
  9. Salam DS,
    Saya rasa dgn kesempitan wang dalam kerajaan kita ni sekarang sepatutnya Kerajaan pusat meneliti apakah puncanya dari penerima tax yg rendah ATAUPUN SYARIKAT2 GLC yg financial resultnya semakin menurun!!!:)....Pendapatan Dah kurang,maka perlulah kerajaan mengambil langkah Drastik dgn control pembelian brg2 yg mahal!!!
    1)Projek angkasawan YG TIDAK BERMAKNA dan tak menguntungkan rakyat....KENA BATAL!!!JGN KERANA NAKKAN LOGO 1MALAYSIA TAMPIL DI ANGKASA...MAKA BUTA2 BUANG DUIT MACAM TU!!!
    2)Sifat tutup kelemahan seperti penghanpusan kenaikan tol selama 5 tahun,akan tetapi kerajaan kena bayar pampasan 5 billion...tapi kata tak ada duit untuk bayar bonus utk penjawat awam!!???sack the bloody negotiator on the project of WHO signing the bloody contract in between PLUS n Govt!!!USELESS!!!
    3)APAKAH PERKEMBANGAN PROJEK SG BESI YG LAPANGAN TERBANG TU???DAH SETTLE SECARA SENYAP??
    4)YG PALING PENTING ADALAH...PROJEK MEGA2 DILAUNCH...APAKAH RESULT PENCAPAIAN BUDGET 2010 ATAUPUN 2009 ATAUPUN 2008...BERAPA YG TERGENDALA???

    ReplyDelete
  10. salam

    jangan lah putar alam dato seri..

    dah nama pun belanjawan takkan x guna duit rakyat..

    jangan lah bila dah umum cari macam-macam alasan..
    teruskan lah..dah buat berani laaa tanggung..

    macam tun mahathir..dia berani mengaku projek-projek yang dia buat...

    ReplyDelete
  11. saudara ken dan faizal, sila baca dengan teliti pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri yang jelas menyebut projek tersebut merupakan menerusi pembiayaan PNB. PM juga ada menyebut pembiayaan swasta lain seperti KL Greater.

    Dalam bajet bukan sekadar menyatakan apa yang akan kerajaan belanja dan dapat tetapi juga membentangkan perancangan ekonomi negara.

    Sebagai jalan mudah, saudara boleh baca Bajet negeri selangor pada tahun lalu turut menyebut PFI bernilai RM 50 bilion untuk sungai Klang dan RM 5 bilion untuk perumahan terbengkalai sedangkan bajet kerajaan negeri hanya RM 1.3 B.

    Jadi jangan cepat membuat kesimpulan yang tidak munasabah hanya kerana kita benci kerajaan BN atau pemimpin tertentu.

    Bagi saya PNB sebagai sebuah syarikat pelaburan perlu memaksimumkan pendapatan atas hartanahnya bagi membayar dividen kepada pencarum. Jadi adalah wajar mereka dibenarkan membuat pelaburan yang difikirkan berdaya maju dan boleh mendatangkan keuntungan seperti pembinaan menara warisan 100 tingkat.

    ReplyDelete
  12. http://dun.selangor.gov.my/v2/sites/default/files/02.HANSARD.101109.pdf

    ReplyDelete
  13. 'banyak kerja kontraktor boleh diagih' itu kata najib..patut laa Dato' seri sokong....

    ooo..jadi PNB tak guna duit rakyat laaa...hehehehe

    ReplyDelete
  14. DS, sebaik mana pun perancangan budget yang diumumkan oleh kerajaann tidak akan mencapai tahap maksima selagi badan perlaksanaan tidak bersungguh menjayakannya. Saya setuju saranan yang dibuat oleh DS. Saya juga kadang2 termenggu memikirkan segelintir rakyat yang hanya menjalankan tugas setiap 5 tahun sekali tetapi terlalu prejudis bila kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat merencana agenda pembangunan negara. Sebagai contoh kita lihat pengomen diatas. Memanglah mudah memberi idea, tetapi mengurus tadbir sebuah negara yang berbagai ragam manusia. Jikalah malaysia mempunyai pembangkang kelas dunia dan tahu membezakan antara bangkangan melulu dengan bangkangan untuk memantau serta mengawal urus tadbir negara saya percaya ketirisan setiap projek yang diumumkan akan dapat dibendung. Tapi malangnya dipihak rakyat terutama sekali yang membangkang dasar kerajaan hanya berharap sesuatu tanpa menyumbang buah fikiran untuk sama-sama membantu membangun negara. Untuk 2 tahun ini sahaja janji serta belanjawan negeri selangor hanyalah muluk dan indah diatas kertas, pembaziran tetap juga berlaku dan taksub melampau sesetengah pihak telah melupakannya begitu saja.

    ReplyDelete
  15. Selamat bersidang DSKT. mohon dipanjangkan rasa denyut nadi rakyat dibawah kepada pimpinan parti

    ReplyDelete
  16. salam

    maaf..jika begitu tidak perlu lah adanya Lembaga Pemegang Amanah YPB yaa dato' seri...

    ReplyDelete
  17. salam....


    nape saman ekor jadi polemik??..kerna tak nak
    ngaku kesalahan...biasalah jika pergi bayar
    prinsipnya diri salah lah tu....serupalah
    dengan berhutang...liat nak bayarrrr...hehehe

    masuk akal ker...nilai saman jutaan RM..atau ratusan ribu pesalah...tak lakukan kesalahan?

    yg benar-benar bersalah 1/1000 sahaja??

    hebat pemandu kita ya...

    akhirkata dipolemikkan atau dipolitikkan???

    ReplyDelete
  18. saya rasa betul kerajaan tak perlu bayar bonus kepada kakitangan buat masa ini kerana kerajaan telah pun berbelanja besar untuk menaikkan gaji mereka sebelum ini.

    apa yang perlu dilakukan ialah kakitangan haruslah membuat simpanan dan tidak berbelanja sesuka hati sehingga terjebak ke kancah hutang.

    mereka perlu banyak-banyak bersyukur..

    ReplyDelete
  19. Salam Dato' Seri,

    Terima kasih atas komen dato seri yang membuka minda saya. cuma saya rasa komen tu tak cukup perasa. patut kena luaskan lagi.

    ReplyDelete
  20. menara guna duit PNB.. duit PNB tu duit siapa? Duit lembaga pengarah ke? Duit BN ke? atau duit Najib dan yang sewaktu dengan nya.. aduhh.. kenaplah bodohnya pemimpin ni.. PNB tu wujud untuk apa? Dimana dapat duit nak tubuhkan PNB tu.. pening2 dibuat UMNO ni.. Permata pun dapat lebih 100 Juta.. Kenyanglah Rosmah Busana Muslim dan kuncu-kucunya melagan duit. Aktiviti pendidikan sudah terbahagi kepada dua. satu dipegang oleh MOE satu lagi dipegang oleh Rosmah Busana Muslim. Harap datok seri berlapang dada dan fikirkan sedalam2nya perkara ni.. jangan asyik jadi pengampu saja.

    ReplyDelete
  21. usahlah menegakkan benang yang basah...

    ReplyDelete
  22. Saudara Isu semasa,

    Jika lembaga pengarah PNB tidak dibenarkan membuat keputusan perniagaan siapa yang boleh buat keputusan untuk PNB? Kerajaan hanya umumkan keputusan PNB yang dibuat oleh Lembaga Pengarahnya.

    Ukuran prestasi PNB harus dilihat berdasarkan pembayaran dividennnya setiap tahun bukannya neraca politik kepartian dan kebencian

    ReplyDelete
  23. salam...

    kalau duit yg kerajaan dan PNB ada tu duit rakyat...susahlah nak buat pelaburan untuk
    menambah tabungan/keuntungan masa pendek dan
    panjang...serupa juga jika duit gaji kita
    dianggap duit orang..sesenpun tak dpt dibelanja
    untuk diri dan keluarga...takut kepada sdr Isu
    dan semasa!!!

    ReplyDelete
  24. Ini bukan pasal saman, tapi pasal pengurusan saman yang tongong oleh PDRM/ JPJ. Saya ada kereta MYvi BKE**** yang guna nama saya tapi adik saya yang bayar dan guna. Kena saman kat highway ELITE (memang dia ngaku yang bawa) fine, tapi bila saya nak renew road tax kereta saya WTF**** yang saya guna sendiri tak boleh sebab katanya ada saman utk kereta BKE.... Sepatutnya blaclistlah kereta BKE bukan kereta WTF coz kereta atau subject yang bersalah ialah BKE... Biar padan muka adik saya walau kereta nama saya.. Itu yang saya dok bertekak dgn JPJ... JPJ kata dia blacklist IC instead of vehicle... waduh... double bangang.....

    Yang kedua pasal abang saya kena saman and ada court case pada van dia.. Masa bayar kompaun dia lupa nak update and erase kat PDRM Klang.. Yang kelakarnya masa saya nak renew road tax motor saya (motor nama abang) tapi tak boleh sebab ada blacklist van (nama abang)... Patut blacklist la van tu... Pening saya dibuatnya...

    Balik pada budget 2011, saya yang kerja swasta tak terasa walau sekelumit pun benefit yang saya akan dapat... Malu dan geli geleman bila PM kita bentang ada diskaun beli seluar dalam, baju dalam, baju tidur & etc kat Parlimen...... Memang lawak.... errr.... saya pun lawak gak coz tak suka pakai seluar dalam.... time kat rumah and tidur la... ha ha ha ha....

    ReplyDelete
  25. Saudara Jiwakita,

    Ini bukan soal liat nak bayar....cuba saudara fikir kan soalan saya ini... katakan ada pencuri kereta yang mengunakan nombor pendaftran sama dengan kereta anda dan model serta warna kenderaan tersebut sama, apabila kenderaan tersebut disaman, saman tersebut akan sampai kepada siapa?

    ReplyDelete
  26. kalau duit syarikat itu sendiri kenapa projek hotel bawah tanah
    Le China Doll oleh Cheng Ah Seng di bukit bintang
    tidak dibentangkan dalam belanjawan ?

    kenapa mek dogal yang akan buka 700 lagi kedai bangkai
    tak disebut dalam belanjawan?

    ini macam nak tipu orang melayu saje bunyinya kah kah kah

    ReplyDelete