Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, November 15, 2010

Bahaya Kerajaan Suka Berbohong

1. Antara inti pati ucapan saya dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu ialah mengingatkan kerajaan negeri agar memberi fakta dan angka yang benar dan bukan membuat anggaran tanpa realiti.

2. Setelah saya menerangkan secara panjang lebar mengenai isu-isu dalam industri air dalam sidang Dewan Negeri Selangor, Tan Sri Khalid mengumumkan kesediaan untuk tidak mengambil sesen pun dari aset yang kononya bernilai hampir RM 10 bilion itu. Tan Sri Khalid juga dilaporkan berkata kerajaan negeri berpendapat kenaikan sebanyak 15% memadai bagi membolehkan industri air kekal berdaya saing.

3. Nah, dari tidak setuju naik langsung dan kononnya kenaikan ini agenda Barisan Nasional mengkayakan kroni, tiba-tiba Khalid bersetuju pula kenaikan 15%. Sebab itu kata orang berfikir dulu sebelum bercakap.

4. Mengenai isu air ini juga saya terbaca beberapa kenyataan kerajaan negeri yang kononnya Pakatan Rakyat mencadangkan konsensi air negeri Selangor ini diberikan kepada satu syarikat sahaja bagi menjimatkan kos. Ini merupakan satu lagi pembohongan kerana kajian untuk menstrukturkan semula industri air ini telah dilakukan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)atas permintaan kerajaan negeri sejak 2006 lagi.

5. Jika dibaca dalam artikel saya sebelum ini Sokong Penstrukturan semula air Selangor saya telah membri bukti yang jelas mengenai kewujudan kajian dan juga usaha-usaha menyatukannya (consilidation) telah dijalankan sejak 2007 lagi yakni sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih lagi.

6. Justeru amatlah aneh dan pelik sekali bila dalam risalah-risalah mengenai air yang mereka keluarkan menyatakan bahawa mereka yang mencadangkan usaha penstrukturan semula industri air ini. Malah kerajaan persekutuan juga telah merancang penstrukturan semula air ini sejak 2006 dengan menubuhkan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

7. Kerajaan Negeri juga menyatakan saluran air dari pahang tidak perlu kerana mereka mampu membersihkan Sungai Klang. Saya khuatir jika ini juga menjadi satu lagi kenyataan "tidak boleh pakai" daripada kerajaan Selangor.

8. Membersihkan sungai Klang bukan satu kerja mudah, murah dan dapat dilakukan dalam waktu yang singkat. Sungai Klang bukan sahaja menghadapi masalah pencemaran sampah sarap tetapi juga bahan buangan klinikal, industri dan kumbahan. Ini menjadikan air sungai Klang sangat tidak selamat dan sukar dibersihkan. Sungai Thames London yang dianggap sungai mati pada tahun 50-an mengambil masa lebih 20 tahun untuk dipulihkan. Bolehkah industri bekalan air bersih di Lembah Klang mengambil masa yang sama sedangkan kajian menunjukkan kita akan menghadapi masalah bekalan air bersih pada 2014?

9. Apa akan jadi jika projek ini gagal dan dalam masa yang sama loji air Langat 2 tidak dibina? Jika dilihat banyak kenyataan kerajaan negeri yang berdolak dalik termasuk dalam isu pembersihan sungai Klang yang diuar-uar sejak dua tahun lalu, saya fikir banyak masalah akan timbul dalam beberapa tahun mendatang.

10. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu juga YAB Menteri Besar beberapa kali menyatakan sokongan beliau terhadap KL Greater dan Menara Warisan semasa berucap di dalam Dewan. Anehnya beberapa hari kemudian keluar pula kenyataan akhbar Pejabat Menteri Besar kononnya Tan Sri Khalid tidak bersetuju dengan pembinaan menara warisan 100 tingkat tersebut.

11. Justeru saya tertanya-tanya siapakah yang menentukan pendapat dan pandangan Menteri Besar Selangor sekarang? Tan Sri Khalid atau orang di sekeliling terutamanya Setiausaha Politik beliau.

12. Saya berharap pimpinan kerajaan negeri Selangor hari ini segera sedar bahawa mereka bukan lagi pembangkang tetapi kerajaan yang memerintah. Kenyataan dan pandangan yang dibuat harus mengambil kira fakta dan kebenaran agar kredebiliti kerajaan negeri tidak dipertikaikan.

13. Jika sesiapa yang membaca Sinar Harian hari jumaat lalu (19 November 2010) mengenai kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar bahawa pendapatan Negeri Selangor ialah RM 11 bilion dan hanya RM 600 ribu diperuntukkan kepada belanja pengurusan, ia merupakan kenyataan yang sangat mengelirukan.

14. Mengikut maklumat pendapatan tahun ini hanyalah sekitar RM 1.03 bilion (sehingga September 2010). Manakala anggaran pendapatan tahun hadapan yang dibentangkan oleh Tan Sri Khalid hanyalah RM1.43 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, mankala sebanyak RM600 juta selebihnya diperuntukkan untuk pembangunan negeri.

15. Justeru saya tertanya-tanya pendapatan tahun bila yang dinyatakan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 11 bilion ini dan dari mana pula datang kononnya belanjawan pengurusan hanyalah RM 600 ribu?

16. Adalah Amat berbahaya apabila pelabur dan rakyat terpaksa menunggu beberapa hari untuk melihat sama ada kenyataan awal kerajaan negeri akan berubah atau tidak dalam sekeip mata kemudiannya.

17. Lebih merbahaya jika rakyat tidak lagi boleh mempercayaai kenyataan kerajaan negeri kerana masih terbawa-bawa sikap suka memutar belit fakta dan berbohong sama seperti ketika tidak memegang kuasa dahulu.

18. Teringat saya bidalan orang tua-tua dahulu, "siakap senohong, gelama ikan duri, sikap suka berbohong, lama-lama jadi pencuri."

18 comments:

  1. Assalamualaikum pd DS dan juga semua...

    Beberapa hari lalu saya membawa keluarga mertua dari Pahang melawat sekitar Shah Alam termasuk I-City... Ketika melalui Lebuhraya Persekutuan adik ipar saya menegur 2 kilang arak terbesar di ngr kita, lalu bertanya "mengapa masih ada lg kilang arak sedangkan dulu dgr kalo PAS memerintah xnak lg ada kilang arak...?" terdiam juga saya seketika, x lama lepas tu saya cuma boleh menjwb.. "camne nak pindah atau hilangkan kilang tu, MP Shah Alam pun dah bertukar jd 'Khalid gereja..."hehehe...

    Dah sampai I-City pun ada jg persoalan, mengapa tempat yg masih lg dlm pembinaan dan penuh habuk tu dibuka pada org ramai serta dikenakan bayaran RM10 bg sebuah kereta? Nak ke tempat parking ikut jln yg x diturap lg, msuk tempat parking penuh dgn debu, segan juga bila mertua kata " alahai, hrp dlm gambar je ler nmpk gah lampunya.."

    Saya rs kalo ler ms nie BN yg memerintah, dah pasti menyalak2 'NGO@negro' dok mengutuk cam DS kata dlm sidang tempoh hari.

    Inilah yg dikata org tua jg dulu, "paku dulang, paku serpih, mengata org dia yg terlebih"...

    ReplyDelete
  2. Cakap mmg senang pasal tak kena bayar. Dah dpt baru tahu. Kritik org adalah perkara yg paling mudah. Standard utk kedai kopi boleh lah. Cuma masalahnya ada lagi yang percaya dan masih tutup mata..

    ReplyDelete
  3. SALAM....

    ADA BAIKNYA KERAJAAN BERJANJI DARI BERBOHONG...
    KERNA JIKA BERJANJI KENA DITEPATI...JIKA BERBOHONG???...

    ReplyDelete
  4. salam....

    Siapakah di sebalik MB yg menulis teks ucapan?
    Siapa nak kenakan si khalid atau si khalid tidak
    menyemak segala butiran di dalam teks ucapan beliau?

    ReplyDelete
  5. PR dah jadi merapu... semoga next election BN kembali berkuasa.. Kembalikan semula kepercayaan rakyat... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Salam !!!
    Pada Hari Raya Aidil Adha yg lepas,saya ada meziarahi kenalan/sahabat di Seremban.Sahabat saya itu asalnya dari Perak,berkerja di Kuala Lumpur, berkahwin dan menetap di Seremban.Kalau di lihat dari zahirnya, kelihatan seolah tinggi juga lah jawatan dan juga taraf Akademinya. Selepas PRU12,penderiannya nampak jelas condong kpd Pktn Pmbkg,waktu tu kalau dgnr kepada perbualannya,seolah seronok benar dia kpd kemenangan Pembangkang dpt berkuasa 5 Negeri. Waktu itu saya benar2 hairan dgn sikap dan perubahannya dlm memandang landskap Politik Tanahair.Tidak percaya mcm mana dia boleh percaya dan telan bulat2 apa jua yg dilemparkan tuduhan/fitnah oleh pihak Pmbkg kpd Kerajaan BN. Namun baru2 ini,nampaknya nadanya sudah kendur dan tidak lagi mengecam Kerajaan BN.Malangnya yg dikecamnya lebih kpd Isteri PM,DS Rosmah.
    Apabila saya tanya dia''Apa pandangannya tentang Negeri yg telah dikuasai Pktn Pmbkg ?'' Jawabnya ''Elok saja,lebih2 Selangor berjalan lancar.Ok saja.''Geleng kepala saya ... Nmpaknya masih ada lagi yg buta.

    ReplyDelete
  7. MB Selangor tu sekolah ke tidak ?

    ReplyDelete
  8. Waduh ! Belanja mengurus hanya RM 600,000.00 setahun untuk sebuah negeri ? Memang hebat.

    Semua kerjaan negeri di Malaysia mesti belajar dari kerajaan Negeri Selangor bagaimana nak mengurus.

    ReplyDelete
  9. DS, mereka hari ini bukan lagi ibarat bercakap senohong gelama ikan duri, tapi mereka dah memang hari-hari membohong dan ada yang buta kayu masih percaya pembohongan kerajaan PR, terutama pak lebai yang hanya gah pada pakaian. Maklumlah semasa muda mereka sibuk main nombor ekor dan bila dah masuk senja baru nak cari jalan pintas. Jadi sokong sajalah

    ReplyDelete
  10. bersyukurlah duk kt selangor.. kalo duk kt pahang, kerajaan negeri defisit 10 tahun berturut... hidup selangor!! hidup pakatan rakyat!!

    ReplyDelete
  11. Kalau negeri termaju pun boleh bangkrap bagaimana pula negeri termundur di Malaysia, yakni kelantan. Puak yang membangkang jika diajukan kerajaan BN yg menyediakan segala kemudahan untuk rakyat maka akan dihujah itu memang tugas kerajaan, duit kerajaan duit rakyat. Jika hujah begitu ditanya pada kepimpinan pas kelantan sy percaya akan diputarbelitkan segala macam ayat al-quran demi menutup kegagalan mereka menyediakan kemudahan rakyat. Dari isu air sampailah hulant balak yang bertukar bala kepada pas dalam dun prk galas.
    Semuanya kerana kerajaan yang gagal, pembohong dan tidak bertanggung jawab. Hanya pandai membangkang tapi otak kosong dalam merencana pembangunan negeri.

    Saya berharap, jika selepas PRU 13, Selangor, Kelantan, PP dirampas semula oleh BN, maka menjadi tanggung jawab kerajaan BN untuk audit semula semua urusan yang melibatkan kewangan negeri. Bukan isu balas dendam, tetapi kebenaran serta hak rakyat perlu dijelaskan agar pembohongan mereka selama 5 tahun diketahui rakyat yang tertipu.

    ReplyDelete
  12. I think, most of the comments are non constructive, emotional and non - intellectual.

    ReplyDelete
  13. Tan Sri Khalid dah tau mungkin piliharaya ke 13 ini adalah yang terakhir buatnya sebelum dikafankan oleh rakyat Selangor. Jadi lebih elok rasanya beliau membuat kerosakan semaksimum mungkin dan merompak apa sahaja hasil negeri Selangor. Sekurang-kurangnya nanti bila BN memerintah semula ada lah jugak point PKR nak hentam balik semula..Apa nak buat, orang gagap otaknya memang lembap..

    ReplyDelete
  14. PETISYEN BANTAHAN KEPADA PIHAK PENGANJUR MALAYSIAN SUPER SERIES 2011 & YANG BERKENAAN.
    Merujuk kepada perkara di atas ,tujuan penulisan petisyen ini adalah untuk membantah keputusan pihak penganjur yang ingin memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah iaitu merujuk kepada motosikal berkuasa 150cc ke bawah (2 lejang & 4 lejang).
    Melalui pengumuman yang telah dibuat oleh pihak penganjur bertarikh 27 November 2010,pihak penganjur akan memansuhkan perlumbaan untuk kategori Bikers Cup A & B (Rujuk penerangan) dan akan ditukar ke kategori baru yang memerlukan pasukan atau peserta mempunyai motosikal 250cc ke atas untuk menyertai perlumbaan tahun 2011.
    Untuk makluman pada tahun 2010 penganjuran kategori juga telah diubah format yang berbeza berbanding tahun 2009 iaitu lebih banyak pecahan kategori yang telah dibuat.Pelbagai kategori yang ada sebagai contoh Kips 150 (hanya untuk motosikal berkuasa 150cc) ,Production bike ( Yamaha Rxz 135cc & Yamaha 125z 125cc) dan pelbagai lagi kategori yang boleh diserta berlainan motosikal.Sambutan juga amat mengalakkan (Rujuk senarai nama pelumba tahun 2009 ke bawah pada laman sesawang Sepang Circuit).
    Pada tahun 2010 akibat daripada perubahan kategori perlumbaan serta yuran penyertaan yang meningkat naik.Penyertaan telah berkurangan,serta kurang mendapat sambutan.Akan tetapi perkara pokok yang perlu dilihat adalah perubahan kategori adalah punca utama penyertaan semakin berkurang.
    Oleh kerana keputusan yang telah dibuat oleh pihak penganjur ini telah serta merta memperkecilkan serta membantutkan usaha peserta yang kurang berkemampuan untuk bergiat cergas didalam kategori perlumbaan yang lebih kecil kapasiti enjin.Ini kerana kos modifikasi untuk motosikal berkapasiti lebih rendah adalah lebih murah serta mudah untuk didapati sumbernya.Secara tidak langsung sekiranya kategori ini dikekal akan menarik minat lebih ramai golongan belia yang tidak mempunyai hala tuju berlumba diluar untuk berlumba secara sah dilitar.
    Adalah secara realitinya memiliki motosikal berkuasa lebih tggi dari 250cc yang sedia maklum mahal harganya di pasaran , kos ini pula tidak termasuk kos modifikasi untuk sesebuah motosikal yang mencapai berlipat kali ganda dari harga motosikal itu sendiri.Jika diperhatikan mereka yang menyertai perlumbaan Malaysian Super Series untuk kategori motosikal yang lebih lecil ini dari golongan muda yang berpendapatan rendah yang mempunyai minat yang tinggi untuk berlumba secara sah di litar.
    Jika kategori motosikal lebih kecil dimansuhkan dimanakah hala tuju mereka ini? Cub prix? Tidak semua berkemampuan untuk menyertai Cub prix yang menelan belanja besar tanpa tajaan untuk menjelajah serata Malaysia.Litar lain? Berikan litar yang menganjurkan perlumbaan kapasiti kecil serta sesuai untuk motosikal seperti Yamaha 135 RXZ & Kawasaki 150 Kips & Yamaha 150 TZM & Yamaha LC135 .TIADA!.
    Cukuplah penutupan Litar Batu Tiga Shah Alam yang dahulunya menjadi saksi zaman kegemilangan motosikal berkapasiti rendah berlumba secara sah.Kini timbul pula masalah baru di Litar yang kita banggakan dibina megah dan di kenali Dunia akan tetapi membunuh minat serta belia muda yang ingin berlumba secara sah di LITAR ANTARABANGSA SEPANG.Apakah ini tanggungjawab sosial yang dikatakan ramai untuk mengurangkan gejala MAT REMPIT di luar? Dengan membunuh secara senyap minat serta cita-cita belia kita.
    Kebanyakan peserta tidak kisah pada jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan akan tetapi kepuasan yang dicari oleh peserta yang menyertai perlumbaan yang dianjurkan.Kita dapat lihat walaupun pihak penganjur menaikkan yuran penyertaan untuk tahun 2010 akan tetapi masih ada yang sanggup menyertai kerana minat serta motosikal yang digunakan adalah mampu milik serta tidak membebankan peserta.

    ReplyDelete
  15. SALAM DS LAMA SUDAH SAYA MENYEPI KINI SAYA KEMBALI DENGAN ISU YANG DS SENDIRI BOLEH TOLONG JAWABKAN..APA SUDAH JADI ?? LITAR SEPANG PULA MENYISIHKAN ANAK BELIA KITA?? KEBANYAKANNYA MELAYU..KEMANA HALA TUJU MEREKA SELEPAS INI?? SILA JAWAB DS YANG BIJAKSANA.INI ISU BERAT & LEBIH BESAR..HALA TUJU BELIA KITA YANG DS SERI BAKAL PIMPIN SEKIRANYA BN MENAKLUK SEMULA SELANGOR..TOLONG LAH BANTU KAMI.

    DIMANA LAGI LITAR YANG SESUAI UNTUK MOTOSIKAL 125Z,RXZ & LC135 INI?? ADAKAH DIJALANAN?? APAKAH INI YANG DS MAHU BELIA KITA TUJU?? DIMANAKAH TANGGUNG JAWAB ORANG YANG SPERTI DS YG PERNAH MEMIMPIN PERSATUAN BELIA MALAYSIA INI? HARAP SANGAT DS BANTU KAMI..DAHULU SAYA MARAH KAN DS UNTUK KERNA MEROBOHKAN LITAR BERSEJARAH BATU TIGA & DS MENYURUH GUNAKAN LITAR SEPANG UNTUK BERLUMBA..TETAPI KINI?? LITAR SEPANG MENOLAK KAMI,MENYISIHKAN KAMI SEMATA2 MENAIKKAN STANDARD KEJOHANAN..REALITINYA KATEGORI BARU ITU BUKAN SEMUA PASUKAN BERKEMAMPUAN UNTUK SERTAI..HARGA MODIFIKASI MEMAKAN KOS 4 KALI GANDA DARI HARGA MOTOR ITU (CONTOHNYA KAWASAKI 250CC MEMAKAN KOS RM2OK + KOS MODIFIKASI SUDAH BERAPA?) REALITINYA HARUS KITA LIHAT SECARA TERPERINCI..SAYA TAK TAHU KENAPA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBAYAR CUKAI UNTUK TERBINA NYA LITAR SEPANG AKAN TETAPI DISISIHKAN ,DIJADIKAN LITAR UNTUK ORANG LUAR & BERADA SAHAJA UNTUK BERLUMBA.

    HARAP SANGAT DS SERI BANTU GOLONGAN BELIA KITA INI

    http://ajakmotor.blogspot.com/2010/11/petisyen-bantahan-kepada-pihak.html

    AJAK MUSANG 0123076385

    ReplyDelete
  16. Salam... sedikit Tazkirah
    Kita mungkin boleh memperkatakan kelemahan pentadbiran seseorang, apatah lagi jika seseorang itu orang yang mewakili rakyat..Tetapi "mencela" seseorang itu pada sifat dirinya yang di beri Allah, adalah satu perbuatan hina, atas apa jua alasan. Ia adalah satu gambaran betapa jahilnya orang yang mencela tersebut. Ia nampak "gah", tetapi ia mengali kubornya sendiri..Kata ustaz..kalau kita bersalah dengan Allah kita boleh bertaubat, tapi kalau kita bersalah dengan manusia, kita kena meminta ampun darinya terlebih dahulu.
    Sifat pada diri seseorang tidak ada kena mengena dengan orang lain. Dukacita, kalau kita menulis disini, hanya untuk mencela sifat seseorang....Saya hanya memperingati sahaja.. Wassalam

    ReplyDelete
  17. adakah kami(pembaca) boleh percaya fakta-fakta yang tertera diatas

    ReplyDelete