Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, November 4, 2010

Laporan Audit Negara: Kerajaan Negeri Menegakkan Benang Basah?


1. Penjelasan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengenai kedudukan kewangan negeri bagi mengawal kerosakan akibat Laporan Audit Negara sangat mengelirukan dan menimbulkan pelbagai tanda tanya lagi.

Pengurusan Kewangan Yang Cemerkap

2. Laporan Audit Negara 2009 dengan jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM 65.96 juta. Ini bukan perkara yang aneh kerana sejak 2008 lagi saya telah mengingatkan kerajaan negeri bahawa pengurusan kerajaan negeri yang yang lemah akan memberi kesan kepada kewangan negeri.

3. Jika dilihat prestasi kerajaan negeri, Selangor berjaya meletakkan satu tanda aras yang sangat baik selepas defisit pada pada 2005. Pada tahun-tahun seterusnya kerajaan negeri telah meningkatkan kewangan Kumpulan Wang Disatukan dan akaun Hasil Disatukan. Ini berikutan kerajaan negeri membuat beberapa pembetulan pengurusan dan hasilnya pada 2006 kumpulan wang disatukan dan akaun hasil disatukan meningkat. Hasil daripada Bajet yang disediakan dengan teliti kerajaan negeri berjaya meningkatkan lebihan dalam kewangan negeri setiap tahun sejak 2006.

4. Terdesak dengan laporan Audit Negara yang menunjukkan kelemahan pentadbiran kewangan kerajaan negeri sejak 2008, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan mendakwa turun naik rezab Akaun Hasil Disatukan ini adalah perkara biasa. Bayangkan jika ia berlaku di bawah pentadbiran Barisan Nasional, sudah tentulah tuduhan rasuah, penyelewengan dan lain-lain lagi dilontarkan.

5. Bagi menunjukkan kehebatan palsu kerajaan negeri, Tan Sri Khalid mendakwa pada tahun 2010, rezab akaun hasil disatukan akan berada dalam kedaaan positif atau lebihan kerana telah berjaya meningkatkan kutipan hasil kepada 876.19 sehingga Jun 2010. Kenyataan ini mungkin benar jika penilaian sekadar dibuat melihat peningkatan jumlah hasil disatukan antara setahun ke setahun. Namun apa yang tidak dijelaskan ialah ukuran utama dalam pengiraan ini ialah lebihan akhir tahun dalam akaun bukannya peningkatan jumlah pendapatan semata.

6. Kenyataan akhbar MB yang mengira konsep lebihan berdasarkan perbandingan kutipan hasil antara tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010 (lihat gambarajah) adalah tidak tepat dan sangat melucukan.
[Sumber:Kenyataan Akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim Pada 27 Okt 2010: Laporan Audit Bukti Kesungguhan Selangor Urus Kewangan Dengan Telus Dan Bertanggungjawab]

7. Sebaliknya, laporan Audit Negara ialah mengenai prestasi kewangan kerajaan negeri secara keseluruhan tidak dijelaskan kepada umum. Laporan Audit menunjukkan kerajaan negeri mempunyai lebihan yang makin berkurangan berasaskan perbelanjaan mengurus (Bajet).

8. Biarpun akan berlaku peningkatan pendapatan hasil kerajaan negeri, namun pengurusan kewangan menunjukkan jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan pada 2009. Hasil kerajaan negeri termasuk wang disatukan dan lain-lain ialah sebanyak RM 1, 763.86 tetapi perbelanjaan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 1, 892.82 juta yakni defisit sebanyak RM 65.96 juta. Kali terakhir kerajaan negeri mengalami defisit sedemikian besar ialah pada 2005.



9. Dalam membela diri beliau, Khalid mendakwa Audit Negara tidak mengambil kira pendapatan hasil disatukan untuk tahun 2010. Sememangnya Audit Negara tidak akan mengambil kira pendapatan tahun 2010 kerana ia adalah laporan audit 2009 dan berdasarkan angka sebenar bukannya angka andaian tahun semasa.

10. Kerajaan negeri dalam menegakkan benang basah mereka mengeluarkan kenyataan menunjukkan peningkatan kutipan hasil kerajaan negeri pada 2010 yang didakwa telah berjaya mengutip RM 876.19 juta sehingga Jun 2010. Namun apa yang Khalid tidak nyatakan ialah perbelanjaan kerajaan negeri juga meningkat dengan lebih besar pada 2010.

11. Saya percaya kerajaan negeri pada 2010 akan mengalami defisit sekitar RM 144 juta biarpun berjaya meningkatkan hasil negeri seperti dakwaan Tan Sri Khalid. Tan Sri Khalid sebagai tokoh korporat sepatutnya faham bahawa yang menjadi ukuran pengurusan kewangan bukan sekadar pendapatan tetapi cara menguruskan kewangan negeri.

12. Jika perbelanjaan sentiasa melebihi pendapatan apakah ia satu yang baik kepada kerajaan negeri? Anehnya, mengapa Khalid hanya menjawab isu kejatuhan akaun Hasil Disatukan Selangor pada 2009 bukannya isu defisit perbelanjaan negeri 2009 yang jauh lebih serius.

Pasir

13. Penjelasan Tan Sri Khalid mengenai hasil pasir negeri juga merupakan satu pembohongan. Mungkin kerana beliau berpendapat tidak ramai yang membaca laporan audit negara, Tan Sri Khalid telah menukar statistik pendapatan hasil pasir.

14. Dalam kenyataan media beliau, Tan Sri Khalid mendakwa hasil pasir Selangor pada 2009 ialah sebanyak RM 13.76 juta sedangkan laporan audit menyatakan hanya RM 5.4 juta dikutip sejak Julai 2008 - Disember 2009.

15. Jika kenyataan Khalid adalah benar, apakah ini bermakna kerajaan negeri menghantar maklumat tidak benar kepada Audit Negara dan sekarang cuba menukar jumlah sebenar bagi menjaga air muka mereka?

16. Alangkah anehnya, ketika beliau membuat kesimpulan bahawa pentadbiran beliau telus dan berazam membetulkan kesilapan-kesilapan pentadbiran lalu, apa yang menjadi realiti ialah pentadbiran beliau bukan sahaja tidak terurus malah cemerkap dan gagal memberi maklumat yang tepat kepada Audit Negara.

17. Hakikatnya peningkatan hasil pasir dari sekitar RM 4 juta lebih semasa BN dahulu kepada sekitar RM 8- 15 juta semasa Pakatan bukanlah kerana kecekapan pentadbiran tetapi lebih kepada pemerkosaan tanah kerajaan negeri.

18. Mungkin Khalid perlu jelaskan berapa banyak permit lombong pasir atas tanah kerajaan negeri yang dikeluarkan pada 2006 dan 2007 berbanding 2008 dan 2009. Barulah boleh dibuat perbandingan yang jelas kecekapan kerajaan negeri. Tanah-tanah milik negeri dilombong sesuka hati sekarang ini sedangkan semasa BN dahulu kita tidak lagi mengeluarkan permit melombong atas tanah kerajaan.

19. Apapun kenyataan Khalid beliau perlu mengakui bahawa beliau gagal menunaikan janji beliau di hadapan Tuanku dan DUN Selangor untuk mendapatkan hasil pasir sekitar RM 150 juta setahun. Beliau boleh terus menunding jari terhadap pentadbiran lama tetapi realitinya ada di depan mata.

20. Satu-satunya kecekapan kerajaan negeri pimpinan Pakatan di Selangor ialah kecekapan jentera perhubungan awam mereka menjawab isu dan memutar belit fakta kepada orang ramai. Ini perlu kita akui dan beri pengiktirafan. Pakatan sangat cekap dalam "menegakkan benang basah."

25 comments:

  1. Di sini agaknya sesuatu situasi yang anek dimana, seperti pepatah, "The pot calling the kettle black"

    Dakwaan Khir Toya terhadap Khalid dalam hal pengurusan pentadbiran kewangan Selangor dari segi ketelusannya adalah sesuatu yang saya benci hendak komen disini.

    Seperti yg dipertikkan dalam perenggan 10 diatas, Khir Toyol mendakwa bahawa Khalid tidak nyatakan perbelanjaan kerajaan negeri juga meningkat dengan lebih besar pada 2010 dan tidak semesti berpandangan hanya terhad
    kepada peningkatan kutipan hasil.

    Apa salahnya? Bukan kah, peningkatan perbelajaan untuk merakyatkan negeri Selangor. Alangkah wajarnya Khalid membuat sesuata yang tidak pernah BN buat sejak 53 tahun yang lalu?

    Adakah Khalid membazirkan wang rakyat seperti kinjungan Disneyland, Morrocco dsbnya?

    Siapa yang lebih kuang pandai menguruskan kewangan untuk kita rakyat Selangor?

    Seorang, bagaikan harapkan pagar, pagar makan padi, atau seorang yang mengawalkan padi dari dimakan?

    Jawapan adalah pada tangan Tuhan yang mahakuasa kerana Tuhan yang akan mengadili sesiapa yang baik atau yang jahat!!

    ReplyDelete
  2. TSKI memang pandai sebagai tokoh koporat. Kepandaian beliau terserlah bila mengambil punahsihat bernilai seringgit. Jika beliau lebih cerdik beliau akan tahu defisit akan menyebabkan negeri selangor ditimpa malapetaka ekonomi. Berbelaja boros tanpa mengambil kira kewangan negeri. Ini bukan kerja tokoh koporat tapi lebih kepada kerja tokoh keparat.

    DS, saya tak heran jika jentera PR negeri begitu berkesan. Berbaloilah dengan duit negeri yang dibazirkan sebanyak RM15 Juta, semata-mata untuk kempen politik PR dan langsung tidak menguntungkan rakyat negeri selangor. Saya percaya oleh kerana cerdik tak pandai-pandai disebabkan kegagapannya maka PR akan diterajang keluar dari negeri selangor pada PRU 13, insyaallah

    ReplyDelete
  3. Keep it up Datuk Dr. Khir. This what we want the positive respond to the Audit report no matter you in the power or opposite. Should BN ever win the Selangor again hope your view still applicable.

    ReplyDelete
  4. Skandal Selangor (1): Yayasan Selangor Dirompak (I)
    Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih mendakwa kerajaannya sebuah kerajaan yang telus, mengamalkan pentadbiran yang terbaik dan tiada salah guna kuasa serta penyelewengan biarpun telah dua kali mengalami Bajet Defisit. Namun di sebalik retorik dan kebijaksanaan perhubungan awam mereka, cerita-cerita di dalam kelambu mula terbongkar dan menunjukkan kerakusan mereka dalam memfaraid harta benda kerajaan negeri.

    Dari isu lembu korban, “tinted” kereta peribadi sehinggalah kepada isu pasir, surat sokongan dan perlindungan eksklusif kepada kumpulan usahawan haram seperti rumah urut, spa, pusat permainan video dan pusat perjudian video.

    Terbaru, Yayasan Selangor yang merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk memajukan pendidikan anak-anak negeri Selangor turut menjadi mangsa perompakan dan salah guna kuasa secara terang-terangan.

    Menurut maklumat yang diterima, Yayasan Selangor telah membayar bonus kepada semua Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya yang merupakan satu kesalahan di bawah memorandum penubuhan Yayasan Selangor. Menurut M&A Yayasan Selangor,

    6.The income and property of the Yayasan whencesoever derived shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Yayasan as set forth in this Memorandum of Association and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly, by way of dividend, bonus, or otherwise howsoever by way of profit, to the members of the Yayasan. PROVIDED that nothing herein shall prevent the payment, in good faith, of remuneration to any officer or servant of the Yayasan or to any member of the Yayasan, in return for any professional services rendered to the Yayasan, nor prevent the payment of interest at the current bank rate on any loan advanced by members of the Yayasan to promote the objects thereof or reasonable and proper rent for premises demised or let by any member to the Yayasan; but that no member of the Yayasan or any office of the Yayasan paid by fees, and that no remuneration or other benefit in money or money’s worth shall be given by the Yayasan to any member of the Board except repayment of out-of-pocket expenses and interest at the rate aforesaid on money lent, or in respect of professional services or reasonable and proper rent for premises demised or let to the Yayasan as foresaid.

    Namun ini tidak diambil peduli oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan konco-konconya dengan memberi bonus sebanyak RM 5000.00 kepada semua Lembaga Pengarah termasuk Tan Sri Khalid Sendiri. Pengurus Besar Yayasan Ilham Marzuki turut menerima bonus tersebut selain menerima bonus sebagai Pengurus Besar sebanyak RM 5, 990.86 biarpun secara kelaziman perkhidmatan kerajaan beliau tidak layak menerima bonus kerana berkhidmat tidak sampai setahun.

    Oleh kerana Yayasan Selangor bukan merupakan organisasi berasaskan keuntungan, Kerajaan Negeri sebelum ini hanya memberi bonus kepada kakitangannya mengikut pemberian bonus kerajaan. Malangnya bagi menganugerahkan konco-konco Pakatan yang baru masuk ke dalam Yayasan, maka semua mereka diberi bonus biarpun belum genap setahun berkhidmat.

    Menurut RESOLUSI No 129/2010, Lembaga Pengarah bersetuju memberi bonus sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih setahun. Mengapa bonus sebanyak dua bulan gaji diberi sedangkan kerajaan sendiri hanya memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada kakitangannya?

    Yayasan menghentikan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), yang ditubuhkan mmebantu anak-anak Selangor, atas alasan kerugian tetapi boleh memberi bonus kepada kakitangan dan Lembaga Pengarahnya.

    Salah guna kuasa berada di mana-mana. Tapi adalah sangat menyedihkan apabila sebuah institusi yang ditubuhkan untuk tujuan kebajikan pendidikan anak-anak Selangor dijadikan mangsa ahli politik bersifat pokka atau chameleon ini.

    Kita tunggu jawapan Menteri Besar De Facto Selangor, Cik Faekah Husin menegakkan benang basahnya.

    ESOK: Pakatan Merompak Yayasan Selangor

    www.mykmu.net

    ReplyDelete
  5. kepada pakatan rakyat..

    apa yg anda lakukan dan apa yg anda katakan hanyalah cerita dongeng ahli keparat yg hanya
    mengejar kekayaan dan kesenangan utk diri sendiri..

    sebelum memenrintah berjanji bermacam2..tapi setelah memerintah apa pun tak ada..inilah diri anda sendiri..ibarat pepatah ..paku sepah paku sepih ...berkata orang pr yg lebih ...

    tahniah kpd adun bukit lanjan..elizabeth wong..
    diatas berjaya mempertahankan kedudukan anda sebagai adun berprofil sgt tggi..buktinya gambar separuh bogel anda yg boleh dilihat oleh semua rakyat malaysia..ke2 tahniah juga kerana berjaya menaik tarap damansara perdana kpd perdana vegas...terdapat 16kedai mesin judi disini..andalah pemimpin berjiwa rakyat ...menggalakkan rakyat berjudi...well done

    ReplyDelete
  6. Dato Khir,
    Saya adalah penduduk dan pengundi di Shah Alam. Saya merupakan penyokong BN dari dulu lagi, cuma selepas terbongkar kisah Dato bawak keluarga ( dgn maid sekali) ke Disneyland, dgn duit hasil Selangor buat saya jadi menyampah, meluat dan menyumpah seranah Dato. Bila timbul isu Dato naik first class, dato jawab sebab taknak sama dgn maid dato, berapi2 jadi nya hati saya . Memang kalau dato mati saya sanggup kencing dikubur dato atas pengkhianatan yg dato buat. Bukan saya seorg yg rasa mcm ni, malah ramai lagi rakyat di selangor ni yg marahkan perbuatan dato pergi bercuti atas nama 'lawatan teknikal' tu. Saya cuma berharap, Dato jgn libatkan diri dgn Umno atau BN lagi sebab Dato pengkhianat yang terbukti. Saya masih sygkan umno dan berharap dato jgnlah pentingkan diri utk parti umno.

    ReplyDelete
  7. anom 11:31,
    Adakah bapa yang bijak sekiranya menghabiskan semua gaji untuk memnuhi keperluan anak2nya! belanja melebihi pendapatan! Bangkraplah bapa itu nanti...semua akan susah!

    secara mudah: kerajaan negeri mesti belanja berhemah! ikut pendapatan... Penasihat kewangan gaji seringgit, idea urus duit pun tahap seringgitlah! patut dah! Khalid pun jadi tak berapa cerdik dah!

    ReplyDelete
  8. Saya rasa tahun 2010 ini pasti Tan Sri Khalid mampu menghasilkan lebihan di dalam perbelanjaan kerajaan negeri dan tidak mengalami defisit seperti tahun 2009. Ini kerana organisasi seperti IKYS yang tidak menguntungkan telah pun ditutup jadi tiada lagi bebanan kewangan kerajaan negeri menguruskan organisasi seperti IKYS ini.

    ReplyDelete
  9. Anon 11.31pm, ko ni tinggal kat selangor ke kelantan? ko baca tak suratkhabar? DSKT kan pakai duit sendiri utk semua perbelanjaan dia.
    Ko ni mcm budak tak pass srp jer..mesti ko ni tok-tok pas atau siluncai-luncai Penipu Rakyat ni.

    ReplyDelete
  10. salam....

    Ini kerajaan Selangor DS Khalid yang punya!!
    hahahaha....bukan cara belanja berhemah
    tapi sangatlah lemahhh>>>>>

    ReplyDelete
  11. TELAH TERBUKTI pr kaki pusing...kpd Anon 11.31pm.. ko ni aku ingat buta hati kot..masa bila kerajaan slangor tlg rakyat, zalimi rakyat adalah...

    ReplyDelete
  12. 11.31PM
    YOU KRITIK THEN YOU SERAHKAN PD ALLAH
    ALLAH PUNTAHU NIAT DAN APAKAH KEBENARAN YG YOU KRITIK ,
    EXCO2 SELANGOR PERGI SANA SINI MELABUR ANDA TAK PANDANG ?
    TAK PA JIKA SELNGOR UNTUNG KE MOROCO KE KE MANA PUN OK TAPI SOALNYA NOW SELANGOR KECUNDANG
    ELLY KESANA KEMARI BUAT APA

    ReplyDelete
  13. Wong Ping Ter. Ya benar IKYS adalah organosasi yg merugikan duit negeri Selangor. Kerana ini adalah bebanan yg harus ditanggung oleh kerajaan negeri untuk mendidik remaja Melayu yg tersisih.

    ReplyDelete
  14. salam

    Tahniah Dato' seri

    memang nak termuntah apabila PR Selangor mengatakan bahawa mereka mengamalkan pentadbiran yang telus..

    Harap-harap pihak BN belajar dari kesilapan yang lalu dan juga kesilapan yang dilakukan oleh PR.

    Susah nak cari pemimpin yang jujur..Betul kan dato' seri ?..

    ReplyDelete
  15. sedih bila mengetahui apartmen yang dimekah tidak pernah disewa kan kepada sesiapa bagi meraih keuntungan, mungkin pihak kerajaan sekarang merancang untuk menjual asset itu sedangkan pada masa ini berjuta orang sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli hartanah di mekah dengan nilai yang tinggi...tindakan mereka tidak mahu menyewa dan menggunakan apartmen itu mungkin berkaitan dengan keegoan mereka kerana tidak mahu memberi kredit kepada pencetus idea yang membeli apartmen tu, mereka seronok mengatakan pembelian itu membazir tetapi mereka tidak mahu mengambil kesempatan untuk mnyewa kepada jemaah dan syarikat pengurusan haji atau umrah..sedangkan setiap masa sepanjang tahun orang berkunjung kesana...

    ReplyDelete
  16. menjawab kenyataan Wong pin ter,

    memanglah ikys tu tak menguntungkan, sebab dia yayasan untuk tolong anak selangor bukannya company. apalah ngok no ko nie.


    shah muar,

    ReplyDelete
  17. defisit maknanya belanja lebih dari pendapatan.

    kira tahun 2009 kalau berniaga dah kira rugi pada tahun semasa tersebut.kalau kad kredit kira dah pakai lebih had.kira tidak bijak menguruskan wang.

    oklah kita tengok lapuran audit tahun 2010 nanti.adakah masih bodoh lagi menguruskan wang rakyat.

    ReplyDelete
  18. saudara Pengundi SA Sect 19, Saya berharap saudara dapat berhenti membuat fitnah. Saya ke luar negara atas urusan rasmi. Keluarga saya dan pembantu rumah saya yang tidak layak mendapat biaya kerajaan dibiayai sendiri oleh saya. Siasatan SPRM juga mengakui saya membayar sendiri bagi anak-anak dan pembantu rumah saya.

    Kadang-kadang saya bawa keluarga keluar negeri bersama saya atas biaya sendiri kerana saya sendiri perlu curi-curi masa untuk bersama anak-anak. Saudara mungkin tidak faham kekangan masa saya. saya bekerbekerja 12 jam sehari itu belum termasuk ada yang menunggu saya di rumah sehingga jam 2-3 pagi untuk berjumpa.

    Jadi apa sahaja kesempatan untuk bersama keluarga akan saya gunakan. Saya tidak takut saudara hendak kencing atas kubur saya atau sebagainya kerana yang menentukan kehidupan seseorang selepas mati ialah Allah s.w.t atas amal perbuatan kita atas dunia bukannya berdasarkan pertimbangan sempit saudara dan bersandarkan air kecing saudara.

    Saya tidak pernah berkata saya tidak mahu duduk kelas ekonomi kerana tidak mahu duduk bersama pembantu rumah saya. saya hanya kata tiket kelas pertama adalam mengikut protokol dan prosedur kerajaan. Jika saya duduk kelas ekonomi apa pula perasaan pegawai tinggi kerajaan yang layak duduk kelas perniagaan?

    janganlah suka buat fitnah. takut nanti walaupun kubur saudara ditanam pohon mawar sekalipun belum tentu nasib saudara serupa itu di hadapan Allah.

    ReplyDelete
  19. anon 11.30pm & wong pin ter, nak buat ulasan kena buat rujukan & ilmiah sedikit. awk berdua buat ulasan pakai emosi. laporan audit negara adalah hasil dari apa dilaporkan oleh kerajaan s'gor. memang dah defisit, nk mengelak apa lg. org kaya bila dh miskin pyh nk mengaku miskin. belagak mcm masih kaya. siap bg bonus lg pd puak2nya. tutup institusi utk anak melayu konon tidak menguntungkan. pakai penasihat RM1, konon penasihat termurah dunia. gaji singgit, tentulah kerja nilai singgit. hancus mukabumi negeri tumpah darah aku. janji dgn tuanku nk bg hasil pasir 150 juta setahun. dasar penipu, kalau adapun 150 juta bukan masuk keakaun kerajaan negeri, ttp masyuk ke akaun sendiri. perompak!!! dulu aku bengang dgn bn, sekarang aku benci tahap gila pd pakatan. Melayu Gila Kuasa!!!!

    ReplyDelete
  20. pengundi SA sect 19, dgn angkuh awk nk kencing atas kubur org. awk tuduh org rasuah & salah guna kuasa atas dasar sakit hati x tentu arah. ginilah, kalau awk rasa kencing atas kubur khir toyo tu perbuatan betul atas dakwaan awak yg betul, buatlah. tp ingat, perbuatan busuk awk hasil dari hati busuk awk, akan terserlah busuknya nnt bia awk mati, walaupun kubur awk ditanam 1000 pokok cempaka.

    ReplyDelete
  21. Daudeen kajang,
    padan muka SA sect 19, Lain kali kalu nak tulis guna otak,jangan guna air kencing.

    ReplyDelete
  22. Ajaran agama baru ke kencing atas kubur saudara seagama. Dasyhat juga fahaman PR nie. Marahkan org sampai kubur pun nak dikencing. Kenapa perlu tunggu org yang dimusuhi mati baru berani nak bertindak. Nama sahaja tinggal di seksyen 9, memalukan jemaah sahaja layaknya anda.

    ReplyDelete
  23. Perbelanjaan defisit tu biasalah. BN perintah malaysia pun belanja defisit juga. Kalau khalid bodoh tak pandai mengurus, najib tu bapa bodoh lagi tak reti mengurus.
    UMNO Haprak

    ReplyDelete
  24. dengkilah tu...yg kerajaan persekutuan defisit lebih tak ada komen ke, khir toyo

    ReplyDelete