Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, November 30, 2010

Menggadai Agama dan Bangsa Demi Politik?

1. Perlukah usaha meraih kuasa dilakukan dalam apa cara sekali pun walaupun terpaksa menggadaikan agama Islam dan bangsa Melayu? Jika ini direlakan, apakah lagi yang tinggal kepada kita dan anak-anak kita pada masa akan datang?

2. Pertanyaan ini saya lontarkan berikutan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor semalam yang menyatakan kekesalan baginda terhadap sikap sebahagian orang Melayu yang hari ini sudah malu mengaku Melayu dan kalau boleh mahu menghapuskan identiti Melayu itu sendiri.


3. Menurut Baginda Sultan Selangor seperti dilaporkan oleh Berita Harian, "...ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu."

4. Cabaran-cabaran terhadap kedudukan orang Melayu bukanlah timbul dari hati nuraini tetapi lebih kepada usaha menarik undi bukan Melayu. Ini dilema yang dihadapi apabila merebut kuasa menjadi agenda segala-galanya dalam percaturan politik.

5. Justeru itu tidak hairan dalam perhimpunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa hari lalu, Presidennya mencadangkan dihapuskan Ketuanan Melayu. Jika dihapuskan ketuanan Melayu ini bermakna ingin menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu kerana itulah maksud ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu tiada kena mengena dengan kuasa politik negara kerana orang Melayu bila-bila masa boleh kehilangan kuasa politik. Namun ketuanan Melayu ialah kedudukan institusi raja-raja Melayu yang menjaga kepentingan agama Islam, orang Melayu dan peribumi lain, bahasa Melayu dan tanah Melayu.

6. Malangnya kerana keghairahan untuk menarik sokongan bukan Melayu, isu-isu ini terus diputarbelitkan dan dijadikan batu loncatan politik semata-mata.

7. Dalam beberapa hari ini juga kita mendengar di Kongres Parti Keadilan Rakyat bagaimana seorang bukan Islam sewenang-wenangnya menafsir ayat al-Quran sehingga terkeluar dari maksud asalnya.

8. Ini bukan kali pertama ahli politik bukan Islam menggunakan petikan-petikan ayat al-Quran untuk kepentigan politik tertentu sehingga boleh mencemarkan ukhuwah orang Islam di negara ini. Sebelum ini dalam kempen pilihan raya Bukit Gantang juga berlaku isu yang sama apabila pemimpin DAP sewenang-wenangnya memetik ayat al-Quran dalam ceramah politik mereka menghentam orang Islam lain.

9. Bagi saya tidak salah jika bukan Islam mahu membaca atau mendalami maksud al-Quran, namun amat tidak wajar apabila bukan Islam menggunakan teks-teks al-Quran untuk berkempen bagi menimbulkan kebencian orang Islam dalam parti tertentu kepada orang Islam yang berlainan parti politik.

10. Malangnya mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebangsaan PelajarIslam Malaysia (PKPIM) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang berada dalam perhimpunan PKR itu tidak menyatakan sebarang teguran mahu pun menyanggah keadaan ini.

11. Saya nasihatkan kepada pemimpin bukan Islam dalam PKR marilah memeluk agama Islam terlebih dahulu sebelum menggunakan ayat al-quran untuk menghukum orang Islam lain. Amatlah tidak masuk akal dan kurang ajar bagi mereka yang tidak percaya kepada agama Islam tetapi sewenang-wenangnya mengguna dan mentafsir al-Quran kepada umum.

12. Jika untuk mendapat kuasa sudah banyak yang sanggup mereka gadaikan, bayangkan jika mahu mengekalkan kuasa nanti. Jika belum berkuasa tidak banyak dapat dilakukan namun jika berkuasa bayangkan berapa banyak yang dapat mereka lakukan untuk menjahanamkan agama Islam dan bangsa Melayu demi mengekalkan kuasa yang mereka pegang.

13. Kita boleh berbeza pendapat dalam politik tapi janganlah biarkan agama Islam dan bangsa Melayu dijadikan bahan politik tidak bertempat.

14. Sebahagian orang bukan islam sendiri mungkin seronok melihat keterbukaan PKR dan mungkin merasakan inilah peluang mereka mendapat lebih daripada apa yang ada sekarang.

15. Namun cubalah tanya hati nurani anda, apakah mereka yang sanggup mengkhianati agama dan bangsa sendiri tidak akan mengkhianati anda apabila anda tidak lagi diperlukan?

42 comments:

  1. Salam Dato' Saya nak tanya balik setelah 50 tahun merdeka apakah UMNO mengaku dapat memertabatkan Agama Islam? Hanya retorik melayu..melayu...melayu...Agama Islam diperlekeh oleh kerajaan UMNO yang berlagak juah nak memertabatkan Agama Islam. Pada masa ini tuntutan dan hukum agama diketawa dan diperlekehkan oleh orang melayu sendiri yg kononya mengaku Islam. Pusat maksiat yang tumbuh sejak berpuluh-puluh tahun dahulu tidak pernah berkurang. Arak, Zina dan Judi sudah berakar di dalam sebuah negara yang kononya sebuah negara Islam. Orang melayu dibenarkan terus menjadi Pengarah-Pengarah Syarikat yang terlibat dengan judi dan arak. Sekarang tibalah masanya kita kena kuburkan Ketuanan Melayu setelah ianya gagal untuk menyuburkan tuntutan hidup berlandaskan Agama Islam. Sudah tiba masanya Ketuanan Islam diberi pengiktirafan di dalam negara yang diiktiraf sebagai negara Islam. Raja-Raja Melayu dan kaum-kaum kerabat mereka seharusnya menjadi tauladan kepada semua rakyat melayu dengan mendokong cara hidup Islam yang sebenar dengan melaksanakan segala hukum2 yang termaktub di dalam Al-Quran. Akhlak mereka seharusnya mengikut apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan dibawa oleh Nabi Muhamad S.A.W. Hanya dengan cara ini sajalah Raja-Raja Melayu akan disanjung dan pertahankan oleh semua rakyat.

    ReplyDelete
  2. siapa yg mendatangkan kekeliruan & kesan buruk antara kaum?...bukankah azizah!..dia sendiri tidak jelas apa itu "ketuanan melayu"..!dia sengaja membangkitkan kemarahan orang melayu dan mencari keuntungan dari bukan melayu..!...cina 70% dan 30 saja melayu pegang ekonomi...apa sebenarnya..kalu bukan sekandar politing murahan..!menyesatkan umat..!

    masalahnya mereka ini berani kerana rakyat yg baik-baik ni kebanyakannya mals nak bersuara..!diam dan mereka akan bersuara melalui peti undi kelak....

    dan yg menyusahkan adalah suara2 segelintiran pemimpin politik pkr kebanyakannya memulakan situasi yg membuat rakyat jadi panas....!

    pemimpin politik seharusnya memberi perhatian kepada perkidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat,bukan melorongkan rakyat untuk bergaduh.!

    ReplyDelete
  3. Sama je Pakatan & BN,

    BN berselindung dibalik nama ketuanan melayu untuk kuasa & kedudukan...apa erti ketuanan melayu kalau yang miskin ornag melayu? yang duduk di bandar - bandar besar siapa? melayu ke? apa guna ketuanan melayu tapi yang merempat melayu?

    ReplyDelete
  4. saudara phen, berbanding lima puluh tahun lalu banyak yang telah dilaksanakan oleh UMNO dan barisan nasional dalam mempertingkatkan syiar islam. Soalnya sama ada saudara mahu emngakui atau tidak, mahu mengkaji atau tidak. siapakah yang mewujud institusi-institusi Islam di negara ini jika bukan UMNO? Siapakah yang mempertingkat syiar islam di negara ini melalui penubuhan pelbagai agensi, polisi dan prasarana ibadat jika bukan UMNO dan BN?

    ReplyDelete
  5. Dato, Jika dihapuskan ketuanan Melayu ini bermakna ingin menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu kerana itulah maksud ketuanan Melayu, soalan saya senang sahaja..Siapa yg memainkan peranan semasa krisis perlembangaan utk menghapuskan kekebalan institusi raja2 melayu pada dekad 90-an?

    ReplyDelete
  6. puak pakatan mana nak mengaku apa yang dilakukan oleh UMNO, sebab terlalu taksub dengan Pas yang telah mengislamkan lim guan eng diangkat sebagai khalifah sedangkan negeri PP tak pula berkurang kadar maksiatnya

    ReplyDelete
  7. Salam Dato' Sri. Moga Dato' Sri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t hendaknya.

    1. Sedih dan marah bila orang kafir mempergunakan petikan Al-Qur'an nul Karim demi kepentingan politik parti mereka. Siapa yang mengajar dan membenarkan mereka berbuat begitu? Rasanya orang islam itu sendirilah. Betul ke tak betul ke apa yang disampaikan tak jadi masalah pada mereka asalkan politik punya pasal.

    2. Masjid dah masuk, surau pun dah masuk. Petikan Al-Qur'an pun dah baca. Tak hairan kelak nanti akan bagi ceramah politik dengan buku tafsir Al-Qur'an di tangan. Tak mustahil. Geng islam dalam pakatan bagi. Janji politik punya hal.

    3. Kita sedia maklum PKR akan memainkan isu Ketuanan Melayu demi meraih sokongan dan sudah tentu ada juga bangsa melayu yang menyokongnya. Kenapa? Kecewa? Teraniaya? Terkena? Tentu ada sejarahnya.Perlulah pihak yang berkenaan memperbetulkan kesilapan.

    4. Walau apa pun yang terjadi, kita kenalah berjiwa patriotik kepada bangsa kita melayu. Raja dan Sultan adalah lambang warisan bangsa kita melayu sekian lamanya. Merekalah payung kita dan sekiranya kita rakyat jelata mempertikaikan akan kuasa-kuasa mereka, kelak kita juga yang bakal merana.

    5.Kepada orang-orang melayu, berhati-hatilah dengan keterbukaan kerana keterbukaanlah yang membawa padah pada PRU yang lepas. Melayu berpecah, yang lain bersatu.. Bila mereka bersatu dimanakah kita ketika itu.. Wallahu'alam.. Sesal dulu pendapatan sesal akhirnya tiada guna. Jangan jadi desperado sanggup buat apa saja demi kuasa..

    ReplyDelete
  8. YB Dato' tak perlulah nak berbangga dengan penubuhan pelbagai agensi, polisi, prasarana ibadat jika gejala sosial dan keruntuhan akhlak semakin menjadi2. Sebab ini bermakna semua yang dilaksanakan itu gagal untuk mencapai objektif untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar.Yang perlu ditekankan ialah alhlak dan pegangan agama rakyat bukannya institusi. Dato' sendiri pun tahu betapa seriusnya masalah gejala sosial sekarang. Laksanakan ajaran dan hukum Islam yang sebenarnya di Malaysia. Bukan sekadar retorik negara Islam. Selamatkan akhlak orang melayu perlu lebih diutamakan dari nak mempertahankan slogan.

    ReplyDelete
  9. Dato,

    Apa yang dato' katakan itu betul...tetapi apa guna institusi - institusi, prasarana ibadat yang didirikan boleh menjadi kayu ukur perlaksanaanya sudah berjaya? ibarat sebuah buku kulitnya cantik tapi isinya hampeh........

    ReplyDelete
  10. walaikumussalam sdr/i. Salah seorang penulis komen di atas menulis bahawa apa guna ketuanan melayu jika melyau miskin dan merempat. memang tidak dapat dinafikan terdapat melayu yang amsih miskin. Tapi lihat pula sepanjang 50 tahun kemerdekaan ini melayu makin miskin atau makin senang? Makin ramai melayu berjaya atau makin ramai yang gagal. jika dulu boleh dikira jari Melayu duduk dalam kawasan perumahan sekarang sudah banyak hasil dasar yang dilaksanakan oleh BN.

    Lihat sejarah dan banding dengan keadaan hari ini lihatlah apakah melayu makin mundur atau makin ke depan? jawapannya melayu makin ke depan. memang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang krn ramai yang ada agenda. tapi buatlah perbandingan dengan hati nurani yang baik bukannya penuh prasangka.

    ReplyDelete
  11. Brabus said,

    Selama ini orang melayu ditakut - takutkan mengunakan isu ketuanan melayu ini.... Umpama anak kecil ditakutkan & dimomokan sejak kecil lagi, bila dewasa anak itu menjadi penakut... Dulu boleh la tak ada T.V, internet, maklumat tak sampai...Sesekali fikir ada betulnya juga kata - kata Wan Azizah tempoh hari....

    ReplyDelete
  12. Kadang - kadang terfikir juga formula ketuanan melayu ini macam teori bomoh & hantu, digunakan pihak tertentu untuk menakut - nakutkan orang melayu. Orang melayu disogokkan yang BN sahaja ada penawar untuk penyakit ini... tapi tak cuba penawar dibomoh lain mana nak tau.........

    ReplyDelete
  13. Apa guna ketuanan melayu kalau.

    Yang paling kaya diMalaysia siapa?
    Yang banyak makan gaji siapa?
    Yang banyak masuk BERSAMAMU diTV3 siapa?

    ReplyDelete
  14. salam,

    artikel yang menarik dato' seri.

    Melayu mudah lupa

    lupa diri bila senang

    lupa tuhan walaupun susah

    lupa kesalahan sendiri bila nampak keburukan orang.

    apa-apa pun berharap kritikan yang membina macam sekarang diamalkan tanpa sekatan.

    syabas kerajaan, masih ada ruang-ruang kelemahan yang perlu dibaiki.

    ok..jom solat..

    ReplyDelete
  15. Kepada saudara phen, lihatlah kepada sudut yg lebih mendalam jgn di ikutkan
    hati yg hendak membangkang sahaja. Jika dilihat 40-50 tahun dahulu sy rase dari segi islam, umat malaysia lebih baik dr dulu. Kerajaan telah menyediakan prasarana yg lengkap dr segi institusi, masjid, jabatan, kempen dan peraturan2 yg berdasarkan islam. Terpulang kepada insan manusia untuk memilih haluan masing2. sebab itu jika kita lihat telah ramai yg mempunyai kesedaran tentang islam jika dibanding masyarakat terdahulu. Di dlm masyarakat majmuk kita tidak boleh mengamalkan polisi kuku besi dgn mengharamkan terus aktiviti seperti judi dan arak. Ape yg dilakukan oleh kerajaan adelah menghadkan aktiviti tersebut dan dlm mase yg sama tidak membenarkan umat islam melibatkan diri.
    Jika ade antara umat islam terlibat maka itu pilihan mereka dan kerajaan hanye boleh mengambil tindakan undang2. Xkan lah kerana pilihan yg dibuat oleh si pelaku, kerajaan hendak disalahkan..

    Jika itu konsep saudara phen, maka mari kite lihat ape yg berlaku di kelantan negeri yg kononnyer diperintah islam. Cuba perhatikan statistik dan berita jenayah atau sumbang mahram. Negeri ini mencatatkan kadar yg sgt tinggi. Ape komen saudara phen? Terlampau islam? Ape sumbangan pas terhadap akhlak umat islam di sana sampaikan begitu jadinya..

    Siapa yg retorik siapa yg cakap serupe bikin?

    Lamka

    ReplyDelete
  16. salam...
    kpd bangsa melayu yg menyokong sangat dihapuskan ketuanan melayu tu.. pegi jer jenguk2 sikit contoh yg kita nampak.. tak jauh pun.. hanya diseberang tambak jer.. yg gah dgn cerita sejarah hang nadim nya.. apakah terjadi pd bangsa asalnya sekarang setelah ketuanan melayu nya terhapus.. siapakah pula tuannya sekarang..

    ReplyDelete
  17. Brabus,Phen,

    1) Cuba kamu jengok melayu di Thailand terutamanya di sebelah selatan seperti di Hatyai dan Narathiwat. Tengok²lah mereka sekali sakala..kemudian tanya

    - Kenapa mereka miskin?
    - Kenapa mereka sekolah pondok saja?
    - Kenapa ramai jadi Imam masjid dan petani saja?
    - Kemanakah perginya pegawai² kerajaan mereka yang beragama Islam?
    - Kenapa melayu thailand dilayan seperti kelas ketiga?
    - Kenapa kerajaan Thailand yang tidak mempejuangkan hak bumiputera, tidak memberi peluang orang² Melayu Islam ini untuk berkongsi agihan ekonomi negara?

    2) Kemudian kamu lihat pula di Singapura

    - Kenapa orang melayu sini boleh ada tatoo dibadan?
    - Kenapa orang melayu disini duduk di flat² murah?
    - Kenapa orang² melayu disini diberikan pekerjaan secara kontrak?
    - Kenapa orang² melayu banyak tinggal di daerah Geylang? Bukan ke Geylang ini tempat sarang pelacuran?
    - Kenapa orang² melayu disana banyak free thinker?
    - Kenapa Islam tidak boleh Azan dengan pembesar suara seperti di Malaysia? :(
    - Kenapa banyak anggota kabinet PAP majoritinya satu bangsa saja sahaja? Mcm mana orang Melayu nak bersuara?
    - Kenapa ramai melayu jadi clerk, office boy, dan setakat asst manager jer? Mana pergi yang berpangkat tinggi atau lebih yang boleh memberi decision making? Kenapa tak ramai yer? :(
    - Kenapa melayu tidak dibenarkan mengendali jet pejuang tentera udara Singapura? Kenapa tak bagi mengendalikan kereta prisai?
    - Kenapa national service melayu diberikan Prebet Lapok jer?

    Itu lah nasib agama Islam dan bangsa kita dinegara jiran..kesian kan..memang kesian..aku pun kesian..tapi aku bersyukur kerana aku lahir di Malaysia..Hidup Matiku di Malaysia..Aku sayang Malaysia beb..aku sayang agama bangsa aku walaupun sesetengah daripada mereka ini sombong, bongkak, dan perangai mcm setan..tapi aku sayang agama dan bangsa aku..

    Aku tak tahulah kamu (penyokong pembangkang) sayang atau tidak akan Islam dan Bangsa Melayu kamu sendiri..

    Kalau kamu sayangkan Islam dan bangsa kamu..kamu tolonglah diri kamu sendiri baru lah kamu secara tidak langsung menolong Islam dan bangsa kamu..jadi janganlah kamu hendak kata kerana UMNO melayu miskin..itu salah.

    Kamu diberikan otak dan anggota badan yang cukup sifatnya serta tidak ada cacat cela (alhamdulillah)..maka gunakanlah segala yang ada dikemampuan kamu untuk menuju maju ke puncak kejayaan..

    Aku penah jumpa melayu yang dahulu miskin nak minum teh o panas pun takde duit, tapi berkat usaha org melayu itu dan nekad serta hati yang cekal dia berjaya..tidak ada UMNO pun yang bantu SECARA DIRECT, tidak ada PAS atau PKR, atau DAP yang tolong dia..semua hasil titik peluhnya sendiri..tetapi kenapa orang melayu itu tetap menyokong UMNO? Kerana dia tahu UMNO ada banyak membantu secara tidak langsung..iaitu

    - Kerana UMNO, kita boleh lihat ramai anak² melayu berjaya dimenara gading dan mendapat pekerjaan yang selesa

    - Kerana UMNO, kebanyakkan orang² melayu mampu beli rumah

    - Kerana UMNO, sudah ramai orang melayu mempunyai wang lalu boleh ber-urusniaga

    - Kerana UMNO, ramai orang melayu berani menceburi bidang² kritikal seperti ekonomi, sains, dan teknologi

    - Kerana UMNO, sesetengah orang² melayu dapat belajar ke luar negeri

    - Kerana UMNO, kita semua hidup aman dan damai..

    Cubalah ko bayang kalau DAP memerintah dulu..ko rasa kita semua kat mana sekarang?

    Atau

    Cubalah ko bayangkan jika PAS memerintah..ko tak rasa ke kita jadi mcm Afghanistan? Miskin, kotor, barbaraic, kejam, bawak senjata, jadi pegebom berani mati

    Atau

    Cubalah ko bayangkan Anwar jadi PM..ko tak rasa ke banyak projek² Malaysia semua orang² dia atau kroni dia saja yang kaut semua?

    Atau

    Cuba ko tengok UMNO perintah mcm mana..kita boleh lihat sekarang..
    -ada melayu kaya
    -ada melayu sederhana
    -ada melayu kampung tapi boleh mampu hantar anak kesekolah
    -ada melayu berniaga
    -ada melayu yang beriman
    -ada khusus² memperbaiki skill²..
    - dan banyak lagi laaaa…cuma ko kena rajin jer..ko rajin..ko usaha..ko dapat..takde sapa boleh mempertikaikan

    ReplyDelete
  18. Salam Dato' Seri,

    Saya tidak ingin memberi komen tentang artikel ini tetapi terasa ingin lahirkan kekecewaan kepada komen-komen yang saya fikir buta dan pekak akan hakikat bahawa Islam memang telah dimartabatkan di Malaysia.

    Adakah sangat sukar untuk kalian menilai bagaimana keadaan kita yang telah sangat berbeza baik dari segi gaya hidup, sikap atau pakaian ketika baru memperolehi kemerdekaan dan senario masa kini dalam kontek Islam?

    Tidak usah menyingkap sejarah tahap tinggi sebaliknya mari kita bandingkan senario dulu(baru merdeka) dan kini.

    Renungkan kejayaan penerapan nilai-nilai Islam sehingga ramai diantara kita begitu kepingin menjadi lebih Islam sehingga kita berbantah dan menyalahkan sesama sendiri dan tidak dapat menerima hakikat bahawa kepincangan pasti ada apabila populasi bertambah dan teknologi menjadi semakin hebat..

    Disini saya catatkan beberapa pengalaman untuk perbandingan supaya kita bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih pada kerajaan yang telah bersungguh-sungguh membuat perubahan, pembetulan dan penerapan untuk memartabatkan Islam.

    1. Saya bersekolah di Sekolah Iskandar (bukan jenis kebangsaan) tetapi operator kantin ialah orang Cina, bermaksud saya tidak bernasib baik seperti budak-budak sekarang yang tidak menghadapi masalah ini atas keprihatinan kerajaan kerana walaupun saya kurang berselera menjamah makanan yang disediakan, saya terpaksa juga untuk makan dan minum makanan di sekolah sepanjang kehidupan sekolah rendah kerana tiada pilihan.

    2. Dalam perjalanan ke sekolah, terdapat bar-bar untuk minum minuman keras gaya Inggeris dengan pintu ala koboi dan yang singgah ke situ adalah golongan atasan tanpa sikit pun merasa bersalah dan botol-botol arak berjenama menjadi perhiasan di rumah-rumah tanpa segan silu.

    3. Dadah paling bahaya oleh sebab keterbukaan jualannya iaitu rokok telah mendapat tempat dalam akhbar dan TV dengan penuh bergaya tanpa didedahkan akibat darinya.. tidak seperti kini dimana kerajaan mengambil langkah serius menanganinya seperti kini dengan gambar-gambar meloyakan, had terhadap iklan serta kempen-kempen hebat.

    4. Ketika saya masih dalam persekolahan awal, mengadakan parti ala mat saleh adalah budaya masa itu dikalangan pelajar dan parti-parti yang dianjurkan oleh kawan-kawan dengan bangganya itu telah dipandang hebat dan elok, bukan seperti kini dimana keadaan tersebut sering mendapat kritikan dan dianggap tidak elok.

    5. Memakai tudung adalah sesuatu yang sangat asing dulu bagi selebriti seperti pengacara tv atau pelakon/ penyanyi seperti yang berlaku kini. (rujuk senario masyarakat dalam filem P.Ramlee sebagai contoh keadaan selepas dijajah)

    7. Kita sekarang telah mempunyai pilihan untuk menguruskan wang tanpa bersubahat dengan riba dengan adanya perbankan islam, takaful, jawatankuasa syariah untuk saham dan unit amanah dimana ini tidak ada pada masa dulu.

    8. Kita telah dihalakan oleh kepimpinan kini kepada ilmu insan yang menekankan kepada nilai murni secara rohani melalui konsep 1Malaysia yang menggariskan 8 nilai aspirasi yang juga digariskan dalam Al-Quran sebagai kunci kepada kegemilangan yang telah hilang dari kita akibat penjajahan.

    Ya Allah, lindungilah kami agar Malaysia terus aman dan makmur.

    ReplyDelete
  19. salam.....

    kembali kepada sejarah...!!!ramai buta
    sejarah..bila buta sejarah...minda tertutup
    untuk menerima kebenaran...

    ReplyDelete
  20. salam
    memang tidak dinafikan ramai melayu ketika ini yang semakin lupa diri.....fikiran tertutup oleh satu fahaman politik sahaja.apa yg benar menjadi salah disebabakan ketaksuban terhadap satu-satu parti politik.pertimbangan rasional tidak lagi digunakan dlm memikirkan sesuatu isu.

    sy sendiri pernah berhadapan dengan situasi dimana seorang guru agama yang tidak mahu mengajar bacaan AL-Quran kerana bapa pelajar tersebut berlainan parti dengannya.Adakah ini akhlak islam yg diterapkan oleh PAS? masyallah,seharusnya soal politik jgn dicampur adukkan dengan agama.

    perasaan sedi tatkala melihat org melayu semakin berpecah pada hari ini.sedangkan kaum lain semakin bersatu.sedarlah wahai kaum melayu.
    bukan parti yg menyebabkan kalian susah atau senang,tetapi usaha yang dilakukan oleh anda dalam hidup ini.tiada jalan mudah untuk hidup senang dan aman didunia ini.

    sy merupakan penduduk di selangor.dibawah DUN datuk.memang tidak dapat dinafikan sejak pemerintahan kerajaan PKR,negeri semakin tenat. tiada perubahan dari segi perkhidnatan mahupun fasiliti yang berlaku di kawasan sy.pemimpin kerajaan pkr akan turun padang hanya apabila ada majlis2 rasmi dan ceramah sahaja.pemilihan untuk AJK pkr sabak bernam juga haru biru.sehingga ada insiden kerusi terbang.sedangkan mereka satu parti.

    Apa ini contoh kerajaan negeri yg baik?

    ReplyDelete
  21. Apa yang Doktor tulis adalah benar.Yang salah penulis nya. Kalau Tok Guru Nik Aziz yang tulis,Melayu semua sokong tak kira BN atau pun pembangkang.
    Sebab Dr yang tulis, yang bangkang tetap bangkang.
    Sama seperti ahli PKR yang telah mentafsirkan ayat Al-Quran.Bedza nya tafsiran nya salah dan orang yang mentafsirnya pun salah orang- bukan umat Islam.
    Apa boleh buat? Yang bangkang tak pun cakap apa2. Hairan ya?

    ReplyDelete
  22. Saudara yang mejawab komen Pren & Brabus

    Bro,

    Jangan bandingkan Malaysia dengan Thailand, agama rasmi dithailand apa? bahasa kebangsaannya apa, Penduduk mejoritinya siapa? .. mengenai Singapura siapa yang bagi Singapura kepada LKY, baca sejarah baru boleh buat perbandingan.

    ReplyDelete
  23. Buat suadara yang mempertikai Pren & Brabus,

    Kerana UMNO, kebanyakkan orang² melayu mampu beli rumah - Ya kebanyakannya rumah kotak (Flat)

    - Kerana UMNO, sudah ramai orang melayu mempunyai wang lalu boleh ber-urusniaga
    - Ya yang dapat Kroni & yang ada kabel dengan Umngok je..
    Ko kata Anwar kayakan kroni, abis orang BN tak rembat ke
    Cuba ko tengok UMNO perintah mcm mana..kita boleh lihat sekarang..
    -ada melayu kaya (Kroni JE..)

    ReplyDelete
  24. Anon, Thursday, December 2, 2010 12:19:00 PM GMT+08:00 ..

    "Jgn bandingkan dgn S'pore & Thailand"...
    JADI anda mahukan sejarah baru terbentuk apabila hancurnya ketuanan melayu, maka melayu Malaysia akan merempat di tanah air sendiri! SEJARAH KENA BELAJAR TAPI MASA DEPAN KENA FIKIRKAN JUGAK..

    Selangor ku Sayang

    ReplyDelete
  25. Salam untuk semua,

    Bagi aku la...Ketuanan melayu ni hanya tinggal slogan je...slogan talian hayat untuk puak tertentu je...cuba kita kebandar2 besar kebanyakan nama menara & bangunan nama siapa? Yang tinggal dipinggir bandar sapa? yang dapat tanah diSentul siapa? yang dapat tanah di TUDM lama siapa?Bila ada sesuatu projek besar dari kerajaan yang mendapat tender memang la orang melayu tapi yang menjadi subcon untuk projek tu siapa?

    ReplyDelete
  26. Dato Seri

    Kenapa yg nak menghapuskan "ketuanan melayu", adalah orang MELAYU. Anwar, Azizah, Azmin, semuanya berbin dan berbintikan melayu. Dulu pun sekolah dibantu oleh BN (diterajui oleh UMNO), hingga ke menara gading sampai menjadi TPM. Tapi bila tak dapat jadi PM, semua buat "U-TURN".
    Komponen PR (dah ada ker??) yg bukan bertunjangkan melayu jarang memperkatakan ketuanan melayu (play safe la tu). Maka berduyun-duyun la melayu PR menjadi AYAM SABUNG mempertikaikan bangsa mereka sendiri. Tapi tahukah anda bahawa "AYAM SABUNG SUDAH TENTU AKAN MATI SATU HARI NANTI SAMADA DLM PERTARUNGAN ATAU MATI DI GULAI OLEH TUANNYA SENDIRI"

    Kpd yg mengaitkan agama dlm isu ini...
    ISLAMNYA SESEORANG ITU BUKAN DITENTU OLEH PARTI, SEMUANYA TERLETAK DIHATI EMPUNYA BADAN.

    Selangor ku Sayang

    ReplyDelete
  27. Super Larat,

    Dalam sistem demokrasi yang menoriti kena terima keputusan majoriti...Apakah orang melayu sedikit bilangannya daripada bangsa lain dinegara kita ini?

    ReplyDelete
  28. Saudara Superlarat,

    Ini jawapan untuk pertanyaan saudara diatas.

    Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.

    Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.

    ReplyDelete
  29. Bukan senang nak senang... peluang kerajaan dah sediakan.. kenalah usaha... pendidikan terbuka luas kepada kita... tak minat akedemik kemahiran ada... semua itu peluang untuk memajukan diri tapi mesti tekun.tekad..bersungguh-sungguh. Jangan bila orang lain kaya kita kata hasil kroni... ramai orang Melayu kaya kena usaha keras mereka.. Itu tak adil dan megambarkan hati kita.. bagaimana kalau orang kata saudara miskin kerana saudara malas.. Dan saya secara peribadi bersyukur kepada Allah hidup di Malaysia dan kerajaan menyediakan peluang tersebut yang membolehkan saya menikmati kehidupan yang lebih sempurna berbanding dahulu..

    ReplyDelete
  30. sy QUOTE dr kenyataan diatas: Bila ada sesuatu projek besar dari kerajaan yang mendapat tender memang la orang melayu tapi yang menjadi subcon untuk projek tu siapa?

    jd itu slh siapa? salah org Melayu tulah.. krajaan dah bg tender tp bg subcon kt org knapa.. jd nk salahkn kerajaan pun mcm x logic je, sbb tu dah jd salah individu tersebut.

    klu lah diibaratkan dgn KETUANAN MELAYU sepatutnya org melayu hidup kaya di Malaysia, plg sikit makan gaji sbb semua jd Bos, x masuk bersamamu TV3 dsbnya, cuba lihat knapa kaum lain yg bkn Melayu boleh berjaya dlm hidup mereka tanpa bantuan yg secukupnya dr kerajaan pun..
    ini mmbuktikan, faktor alasan dgn KETUANAN MELAYU org melayu patut berjaya dr kaum lain adalah tidak tepat. walhal sepatutnya kita berusaha keras ke arah itu bkn menadah tgn berdoa tanpa usaha..

    dan jgn nafikan bantuan kerajaan kpd kita dibwh kelebihan dan hak istimewa org melayu.. begitu byk sekali bantuan dan kemudahan yg disediakan kerajaan. yg perlu buat cuma amik sj pluang tersebut..

    sekian.

    ReplyDelete
  31. salam dato' moga kes berjalan dgn adil, tentang bangsa, Rasulullah tidak pernah meletakkan Islam pada sesuatu bangsa tertentu termasuk bangsa arab yang pertama menerima Islam. hanya perlembagaan yang digubal penajajh saja meletak Islam pada Melayu. Apa erti Islam sekiranya melayu ramai murtad? ramai yang hidup tidak berlandaskan syiar sebenar, berapa ramai anak melayu yang rosak, dan macam2 jenayah bangsa Melayu yan kuasai. tiada dalil yang mengatakan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Dalil perlembagaan yang jelas bertentangan dgn ajaran beginda nabi. Melayu mulia kerana Islam, melayu hina kalau pada dirinya tercabut nilai iman. Dato bangga menjadi melayu atau bangga menjadi Islam? Adakah syafaat baginda nabi di akhirat kelak akan memilih Melayu atau Islam? Kalau Rasulullah memilih bangsa lebih baik Arab dari melayu kerana Arab pertama sekali menerima Islam bukan. moga dato' diberi hidayah dan dirahmati ALlah.amin salam maal Hijrah :)

    ReplyDelete
  32. Salam Dato' Sri,
    Kebelakangan ni terlalu banyak org bercerita tentang ketuanan melayu. Tapi saya hairan. Yg duk sibuk bercakap pasal ketuanan melayu di dada akhbar bukan pemimpin2 UMNO. Yg sibuk hanyalah NGO spt budak2 PERKASA dan utusan malaysia. Kenapa jadi macam ni Dato' Sri. Mana pergi kenyataan pemimpin UMNO kita. Sebabnya UMNO dah tak boleh nampak as parti perkauman melayu. UMNO mesti support saranan PM iaitu 1Malaysia. So siapa yg sebenarnya pejuang ketuanan melayu. UMNO ke atau budak2 dlam NGO2 tu yg rata2 org yg UMNO sendiri dah reject diorg tu. Bila UMNO reject diorg, diorg la yg lantang cakap pasal ketuanan melayu. Apa ni UMNO, pengecut ke? Kenapa baling batu sembunyi tangan. Kalau nak jadi juara ketuanan melayu, declare dengan terang2. Jangan guna NGO2. Ibrahim Ali bukan org UMNO. Kenapa beri ruang pada dia. Masuklah UMNO.Lps tu nak jadikan Ahli Bersekutu BN pulak. Lalu masa pilihanraya nak jadikan calon BN. Apa, ingat org UMNO tak marahke. Beruk2 yg lompat parti ni tiba2 diberi macam2. Habis kita org UMNO ni, dapat ape? Lps tu cakaplah pasal ketuanan melayu. Sebabnya, 1 Malaysia. UMNO dah tak boleh cakap pasal kepentingan melayu lagi. Kena adil dengan semua bangsa. So tak de la beza dgn perjuangan PKR dan PAS. Jangan ingat org melayu bodoh la Dato'Sri. Saya mengaku, polisi UMNO telah memberi peluang kpd anak2 melayu menjadi professional dan berpendidikan tinggi. Tetapi mereka berjaya bukan kerana UMNO. Tetapi kerana kesungguhan mereka menuntut ilmu, mereka berjaya. Bila pulak UMNO bagi arahan pada professor2 di universiti dalam atau luar negara supaya luluskan anak melayu. Jadi UMNO jgn mengaku penyebab kejayaan anak melayu. Ini seolah2 menafikan kemampuan anak2 melayu. Ya, UMNO sentiasa menanam sifat inferior dlm jiwa org melayu. So, UMNO tolong just shut up dan jgn menafikan kemampuan org melayu. Org melayu berjiwa besar. Boleh berjaya atas usaha sendiri.

    ReplyDelete
  33. Malu rasanya nak mendabik dada tentang ketuanan Melayu kerana pada masa yang sama jadi kuli kepada bangsa-bangsa lain.Muda-mudi melayu menjadi hamba kepada dadah, samseng jalanraya.Pemimpin melayu cakap berdegar-degar ..dalam masa yang sama menggunakan peluang sebagai pemimpin untuk mengumpul dan membolot harta dengan menggunakan kuasa polotik Ketua BaHAGIAN,Ketua Pemuda dsb.Buktinya kalau tidak ada peluang membolot harta...takkan mereka sanggup merasuah untuk memenagi jawatan2 tersebut....betul tak.

    ReplyDelete
  34. Salam Dato'

    Kita perlu melihat kepada pembangunan masyarakat di negara Malaysia. Kita bertuah kerana sistem kerajaan menggunakan pendekatan "top down". Jika kita melihat pada zaman kolonial sebelum 50an dahulu melayu amat daif, disebabkan kerajaan perihatin tentang masalah rakyat kita di suap dengan pelbagai program ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat melayu khususnya menjelang kemerdekaan. Pelbagai program pembentukan komuniti termasuklah FELDA, RISDA, dan pelbagai agensi kerajaan bagi membantu kepada pembangunan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

    Kita harus bersyukur kerana pendekatan yang direncana amat berkesan didalam meningkatkan ekonomi masyarakat di Malaysia. Jika dibandingkan dengan negara negeria, mereka masih tercari-cari keadah yang berkesan dalam membangunkan masyarakat mereka kerana kerajaan disana menggunakan keadah pendekatan "bottom up".

    Diharap masa akan datang kerajaan dapat dikekalkan, dan nasihat dari saya kepada pemimpin2, anda harus JUJUR, AMANAH, BERDIDIKASI, BERJIWA RAKYAT, DAN PERIHATIN.

    >>>>>>>>>>>>> W'SALAM.

    ReplyDelete
  35. assalamulaikum dato, teruskan apa yg dato rasa perlu.. smua dh besar pajang tahu halal haram dn jangan nk salahkan kerajaan,semua krajaan dh sediakn,tkan akhlak/jati diri dn lain2 kerajaan nk bentuk?? adoi, u all cakap smua bernas2 tapi bak Kata nabil LU PIKIR SENDIRI!!!!.. u rajin kuat semangat u akan berjaya smua sudah ada tepuk dada tanya diri????

    ReplyDelete
  36. Salam dato' seri,terpanggil untuk membetulkan ayat dato'seri di komen di atas.UMNO dan Barisan Nasional tidak membina projek-projek menggunakan wang mereka.Mereka menggunakan WANG RAKYAT Dato'Seri.Ayah mak saya bekerja siang malam membayar cukai yang digunakan untuk buat jambatan,sekolah dan lain lain.Bayangkan jika setiap insan di malaysia ini mengharamkan duit cukai yang dibayar yang telah diselewengkan?Kami tidak bodoh dato' seri untuk menilai harga projek-projek tertentu.INTERNET ini luas.Kami bandingkan mana elok mana buruk pun lebih buruk pada Barisan Nasional kerana selama 50tahun pemerintahan,semakin hari semakin teruk!Di mana isu memperjuangkan agama?Media Massa tayangkan cerita orang bertudung,TETAPI dato' seri,pakai tudung bonggol,pakai pulak legging?Inikah cara pemakaian islam yang hendak kita tonjolkan kepada orang yang bukan islam?Bila dah keluar di kaca televisyen,mulalah fesyen itu jadi ikutan.Rosak fesyen islam bila orang pakai tudung tapi pakai legging.HANCUR Dato' Seri.Ingin saya nyatakan bahawa soal anwar ibrahim jadi perdana menteri tidak penting.Yang PENTING adalah KERAJAAN SEKARANG hendaklah ditukarkan.Kalau Dato' Seri nak kata tak ada lagi pemimpin yang bagus macam pemimpin UMNO,baik dato seri simpan ayat tu elok-elok.Pembangkang tak pernah pun perintah negara.Takkan kedekut kot nak bagi depa chance?Kan MALAYSIA ini DEMOKRASI.

    Pemimpin itu adalah contoh kepada rakyat dato'seri

    adakah pemimpin itu contoh yang baik sekiranya dia gagal mendidik anaknya?Anak nya memeluk anak dara orang sesuka hati?Tonggang arak?HILANG RESPEK kami dato'seri.(yang ini saya tidak katakan kepada dato' seri).

    INTERNET itu luas dato' seri.Insya-ALLAH kami tidak akan tertipu lagi.

    Seandainya Dato' Seri benar-benar yakin dengan UMNO.Bawalah UMNO kembali ke pangkal jalan.Buang pemimpin yang tidak relevan.Hidupkan kembali semangat-semangat yang lama.

    ALLAHUAKBAR!
    Kuasa Rakyat,Kuasa Keramat

    ReplyDelete
  37. KABARE WAK KIR?

    KOMEN PD WAK BANYAK BERFAEDAH UTK SEMUA GUNAKAN OTAK YG ALLAH BAGI SUPAYA MENGAMBIL YG BAIK DAN PINGGIRKAN YG MUNKAR. TAK TAU SYUKUR SEBAB BANGSA MELAYU JADI HURUHARA, BELAJAR TINGGI OTAK KOSONG JADI PENYANGAK, BAGI KAYA MAKIN SOMBONG, LAGI MISKIN RAMAI YG KUFUR,
    MALAS BERDIKARI LEBIH CAKAP TA SERUPA BIKIN.

    PALING TERUK (AGAMA) DIPOLITIKAN ADA ULAMAK. ADA AHLI FIKIR. ADA USTAZ. ADA MURSIDUL TELINGA PEKAK, MATA BUTA, LIDAH BISU UNTUK MENYANGAH SEWENANG2 KAPIR MAINKAN ALQURAAN (DUDUK SATU KANDANG PAS/PKR/DAP)RAKYAAT PERIHATIN HARAP MEREKA INI JATI KERAK NERAKA NANTI.

    RAKYAAT BIASA YG GUNA OTAK BOLEH PILIH BENAR DAN SALAH. AHLI POLITIK PIKUL AMANAH ALLAH DEMI KESEJEHTRAAN UMAH, INGAT DIAKHIRAT AKAN DIADILI SEMULA, WALAU DIDUNIA INI KENA HADAPI BERMACAM TOMAHAN DAN CACIAN DEMI MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DAN HALANGAN SILIH BERGANTI.

    MAHKAMAH YG WAK KIR HADAPI TU PROSES BIASA, JANGAN GUNA PUTAR ALAM, KEBENARAN AKAN MENJADI NYATA MENERANGI KEHIDUPAN YB WAK KIR DIKEMUDIAN HARI, INSAALAH - WASALAM. SELAMAT BERJUANG...

    ReplyDelete
  38. Saya tak sangkal UMNO/BN banyak berjasa kepada orang Islam. Saya percaya mana mana pihak yang berkuasa di Malaysia akan terpaksa berjasa kepada Islam jika ia ingin terus disokong oleh rakyat malaysia yang 60% nya terdiri dari orang Islam.

    Maka dengan itu, rasanye satu strategy yang salah jika UMNO/BN terus mendabik dada mengaku jaguh membangunkan institusi Islam itu ini and secara tak langsung menafikan kebolehan PAS (contohnye) untuk menaikkan agama Islam. UMNO & PAS terpaksa bejasa pada Islam kerana survival masing masing.

    Masalah berdepan dengan sokongan UMNO/BN sekarang bukan nye sebab orang melayu sudah lupa jasa UMBO/BN. Kami tau mana mana parti yang perlukan sokong orang Islam kena tunjuk jasa pada Agama. Nak tak nak, ini terpaksa UMNO lakukan. Jadi tak payahlah megah megah dengan Jasa jasa yang lepas, yang boleh Dato Seri sebut sekarang cuma kerana orang lain tak diberi peluang & kebetulan harta kekayaan (duit rakyat) negara ada pada UMNO/BN.

    Cuma saya terfikir sekarang ialah berapa banyak peluang kita untuk kuatkan lagi Islam jikalau UMNO/BN tidak corrupt.

    Itulah masalah UMNO sekarang. Kamu Corrupt. Jasa jasa pada Islam yang Dato Seri megah megah itu mungkin boleh tercapai dalam masa yang lebih singkat jika parti politik UMNO tidak pentingkan poket sendiri.

    Saya juga rasa apa ape project yang melibatkan wang rakyat, elok lah kalau UMNO tak megah seolah olah duit itu datang dari poket orang UMNO sendiri. Jangan rendahkan intelek kami. Kami bosan la dengan project gajah putih yang takde orang lain boleh claim selain UMNO yang bikin.

    ReplyDelete
  39. Salam semua,

    Jika sudah berTuhankan Demokrasi inilah jadinya! Sepatutnya,apa saje sistem yang membelengu ke atas umat Islam,bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam ini sepatut teguh memegang prinsip Islam.

    Asas agama ialah bersatu-padu dan jangan berpecah-belah. Itu perintah Allah! 3 permintaan doa Nabi kepada Allah,2 diterima dan 1 ditolak. Yang ditolak adalah permintaan Nabi agar umatnya bersatu-padu dan tidak berpecah. Oleh sebab segala perintahNya dan segala laranganNya telah diFirmankanNya di dalam AlQuran beserta dengan contoh-contoh sejarah nabi-nabiNya maka sepatut umat Islam dapat memahami dan berpegang teguh kepada amalan agamanya.

    Mari kita kembali kepada sejarah, bagaimana bangsa Melayu yang dijajah berjaya memerdekakan bangsanya sahingga dapat mentakbir negaranya sendiri hasil daripada permuafakatan lebih kurang 26 NGOs Melayu bergabung,bersatu hati di dalam satu kesatuan yang mereka sendiri menamakannya UMNO.

    Apa jadi setelah itu? Orang-orang agama jugak yang berada di dalam UMNO menjadi duri dalam daging,berpecah daripada UMNO(kesatuan arus perdana)dan menubuhkan kesatuan Pas yang diberi nama Parti Islam seMalaysia.Perbuatan orang-orang agama inilah jugak menjadi punca perpecahan sahingga sekarang.

    Amalan agama Islam tidak membenarkan umatnya berpecah tetapi amalan Demokrasi;yang memberi ruang penubuhan parti tandingan,yang diamalkan oleh orang-orang yang mengaku memperjuangkan Islam membuatkan umat Islam berpecah-belah.Bukankah itu namanya memperTuhan amalan Demokrasi yang sama sekali tidak dibenarkan oleh syariat Islam?

    Sejarah telah membuktikan tidak pernah berlaku penyatuan antara pihak Saidina Ali dengan pihak tandingannya. Tidak pernah berlaku penyatuan puak Sunnah dan Syiah.Dan tidak akan berlaku penyatuan antara UMNO dan PAS selagi umat Islam tidak dimasuki oleh hidayahNya untuk dapat memahami puncanya dan kembali ke dalam kesatuan umat Islam, dimana mereka mula-mula berada di dalamnya.

    Kesimpulannya,berada atau menyokong kesatuan UMNO bermakna berpegang teguh kepada perintah Allah untuk tidak berpecah-belah walhal berada dan menyokong parti PAS dan parti tandingan yang lain bermakna membelakangi perintah Allah dan menyanjungi syariat Demokrasi.

    Sekian.

    ReplyDelete
  40. Umno sekaramg umpama orang yang tidak tahu berenang yang telah dicampakkan kedalam kolam renang jadi apa sahaja tempat yang boleh berpaut akan dibuat tempat berpaut....Soalan saya 1 je... Parti mana yang meminda perlembagaan dulu supaya raja - raja melayu tidak kebal? TOLONG JAWAB dato'

    ReplyDelete
  41. Salam semua,

    Anonymous said...
    Umno sekaramg umpama orang yang tidak tahu berenang yang telah dicampakkan kedalam kolam renang jadi apa sahaja tempat yang boleh berpaut akan dibuat tempat berpaut....Soalan saya 1 je... Parti mana yang meminda perlembagaan dulu supaya raja - raja melayu tidak kebal? TOLONG JAWAB dato'

    Friday, December 10, 2010 2:57:00 PM GMT+08:00

    Tidak ada istilah kebal dalam syariat agama! Tidak ada satu manusia yang terlepas jika melakukan jenayah bunuh.Manusia tidak boleh mengambil nyawa manusia tanpa hak.

    Oleh itu,UMNO telah meletakkan hukum Allah itu lebih tinggi daripada Raja-Raja. UMNO berjaya bukan saje menjaga nyawa rakyat tetapi ianya jugak berjaya menjaga agama Islam.

    Apakah yang telah dijaga oleh PAS yang dikatakan memperjuangkan agama apabila Karpal Singh mengatakan,'Langkah mayat dia dulu jika nak tegahkan negara Islam?'

    Apakah yang dijaga oleh PAS jika masalah asas agama mengenai perpaduan umat Islam diketepikan?

    Orang agama jugak yang menjadi punca perpecahan di dalam UMNO. Mereka menggunakan syariat Demokrasi sebagai alasan untuk mereka menubuhkan parti PAS untuk berpecah.

    Baca dibawah ini mengenai apa yang telah Allah firmankan:

    Surah Asy-Syuuraa ayat 13 dan 14,

    "Dia telah mengaturkan agama bagimu,sebagaimana telah diwasiatkanNya kepada Nuh,dan yang Kami wahyukan kepadamu,dan yang Kami wasiatkan kepada Ibrahim,Musa dan Isa iaitu: Hendaklah kamu dirikan agama dan janganlah kamu berpecah-belah dalam agama.................."

    Allah memberi sebab kenapa manusia berpecah.

    "Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena berdengki-dengkian sesama mereka................."

    Wassalam.

    ReplyDelete
  42. berkata-kata jangan dengan emosi kerana hati akn menjadi buta.orang melayu xberjaya jgn salahkn ketuanan melayu tp salahkan diri sendiri sebab malas.banyak gejala sosial jgn salahkan owg lain tp tnye dri sndri.agama islam subjek dari sekolah rendah 6 tahun kita belajar,sekolah menengah 5 tahun kita belajar sbjek agama islam, sampai ke ipta adalah sbjek utama sekurang kurang nya kita tahu pasal agama islam.kenapa byk gejala sosial??? sbb diri sendiri xamalkan pew yg telah kita belajar.bukan salah owg len atau kerajaan tp salah diri sendiri sbb kita yg xamalkan.

    dari kecik kita telah disuap dengan pelbagai kemudahan rancanagan makanan tambahan,pinjaman buku teks,tuisyen free disekolah,biasiswa kecil pelajar,insuran takaful pelajar.di ipta disediakan ptptn utk sambung pelajaran.uitm dapat kupon makanan free.kita boleh pilih bidang sains atau kemahiran.utk sambung luar negara kita dapat bantuan.....

    kemudahan kesihatan kita dapat ubat ubatan dihospital dengan kos rendah.dari kita kecil hingga kita tua.


    ekonomi dasar ekonomi baru,felda,risda,felcra ank2 melayu dapat kebaikan dari dasar tersebut.
    bantuan baja,subsidi harga makanan dan minyak yg kerajaan tanggung berbilion ringgit.kenapa harga minyak tinggi??? jika nk dikira harga kos bg bagi meneroka myk,pelantar,proses myk dan gaji pekerja pelantar yg mnggali myk yg 3 bulan sekali jumpa ank bini.harga minyak sekarang adalah berpatutan jika nak dibandindangkan penat lelah pekerja gali minyak dipelantar yang gaji xseberapa.kita tahu g pam minyak mengeluh harga minyak tinggi.jika nak bukak perniagaan kita dah disedikan pinjaman utk peniaga kecil.harga bil air tinggi xsbrape jika nk d bndingkan dengan penat lelah kontraktor yg brpnt lelah kerja siang malam utk pastikan kita dapat air bersih.

    kenapa owg melayu xkaya??? kenapa serawak xmaju sbb keluasan sarawk lbey kurg satu semenanjung.agak2 brapa kita abez utk majukn sarawak.tnya dr sndri salah kerajaan atau salah dri sndri yg malas.kita tkot nk amik risiko,kita x rebut pluang yg ada.buka hati,buka minda.xsmua owg btol trmsok kerajaan.

    klo ade bukti berlaku rasuah repot sprm.tgor dgn berkhemah dan bukan dengan kata-kata hina.xguna kita nk brgdoh psl politik malu kt anak2.pasal politik ank branak,adik bradik,saudara,jiran2 smpai bergdoh dan bermasam muka.xubah mcm budak kcil xdpt mainan mmrajok n mnangis.islam mgajar kita bersatu padu.kita ptot jd cntoh pd anak2,jgn trlalu fanatik pd politik.bila kita fanatik kita akn buta hati.kalo nk brkokok g la jd ahli parlimen tp brkokok utk sampaikan masalah rakyat dan bukan hanya brpolitik.ayah saya 20 tahun dalam pas dan sekarang masok umno.pas dlu len dan sekarang lain.itu la yg ayah selalu katakan.dlu selalu perjuangkan rakyat tp skrg hanya brpolitik.fikir la sndri........

    ReplyDelete