Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, December 2, 2010

Kenaikan Tarif Air: Antara Realiti dan Agenda Politik

1. Ahad ini Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan demontrasi jalanan untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong untuk membantah kenaikan tarif air yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

2. Mengikut perjanjian penswastaan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Syabas yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2005, tarif air dijangka akan naik sebanyak 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021. Dijangkakan selepas 2021 tiada lagi kenaikan berikutan kos pembinaan dan penggantian infrastruktur seperti paip dan loji air tiada lagi.

3. Untuk rekod, sebelum perjanjian ditandatangani, kerajaan negeri pernah menyatakan kurang senang mengenai kenaikan seperti ini, namun perancang ekonomi menyatakan bahawa perjanjian yang membabitkan kenaikan seperti ini perlu bagi membolehkan Syabas mendapatkan dana sama ada melalui bon atau pinjaman bagi membiayai proses penggantian paip air lama sepanjang 6000 KM dan membabitkan kos sebanyak RM 2 bilion.

4. Namun beberapa syarat telah dikenakan kepada Syabas termasuk syarat yang mengkehendaki Syabas menggunakan paip buatan tempatan dan mengadakan tender terbuka untuk kerja-kerja penggantian paip. Pada 2007, saya telah menyatakan kepada umum bahawa Syabas melanggar syarat konsesi dengan membeli paip dari Indonesia dan memberi tender secara runding terus. Ini terbukti dalam laporan Audit Negara 2009.

5. Atas asas ini sahaja Syabas tidak layak meminta kenaikan tarif air sebanyak 37% yang sepatutnya berlaku pada 2009. Malahan, saya juga ragu-ragu Syabas telah berjaya mengatasi isu kehilangan air atau non-revenue water (NRW)seperti yang disyaratkan.

6. Kenaikan Tarif Air seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan negeri hanyalah satu mainan politik kerana sebarang kenaikan tarif air perlu dipersetujui oleh Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas.

7. Justeru walau apa tuntutan dan dakwaan Syabas, tidak mungkin akan berlaku kenaikan tarif sebelum ia diluluskan oleh Panel ini. Saya juga tidak fikir Kerajaan Persekutuan pun akan bersetuju dengan kenaikan tarif ini.

Kerajaan Negeri Menipu Rakyat

8. Justeru mengapa perlu berdemontrasi dan menghantar memorandum ke Istana Negara? Jelas ia hanyalah agenda politik Pakatan yang sekarang ini terdesak dengan konflik dalaman dan mahu mengalih fokus umum daripada masalah dalaman parti dan pimpinan mereka.

9. Namun persoalan yang sepatutnya rakyat tanya ialah benarkah Kerajaan Negeri ada kemampuan kewangan untuk mengambil alih semua syarikat dalam industri air ini? Dan persoalan lebih penting ialah apakah kerajaan negeri boleh memberi jaminan ia mampu melakukan proses penggantian paip lama, merawat air dan menyediakan perkhidmatan yang efisyen tanpa sebarang kenaikan tarif?

10. Persoalan ini perlu ditanya kerana saya mengesan telah beberapa kali kerajaan negeri memberi pendirian yang berbeza dalam isu air ini.

11. Misalnya kerajaan negeri mengajak rakyat keluar menghantar memorandum kepada Agong membantah kenaikan tarif air. Ia memberi gambaran seolah-olah tiada kenaikan tarif jika kerajaan negeri mengambil alih.

12. Namun dalam risalah "Kenapa Selangor Mahu Urus Air Sendiri" [Selangorkini, Edisi Ringkas, Bilangan 3] yang diterbitkan oleh Kerajaan negeri, ia menyatakan, "Kerajaan Negeri Selangor Menawarkan "model Holistik" yang tidak membebankan rakyat.
"Melalui model ini, kenaikan tarif air boleh dibuat tidak melebihi 12 peratus setiap tiga tahun."


13. Jika syarat dengan Syabas, kenaikan akan berlaku hanya sehingga 2021, namun melalui kerajaan negeri kenaikan 12% setiap tiga tahun ini seolah-olah tiada had tempoh dan boleh menjadi berpuluh kali ganda lebih tinggi dari perjanjian sedia ada.

14. Pada bulan Sepetember 2010, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri menentang kenaikan tarif tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 10-15%.

"If we restructure the management of water services, the price of water will be sustained and even if there is a hike, it would only be about 10%-15%," he said.
- The Sun
.

15. Dalam satu sidang akhbar selepas sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid sekali lagi menyatakan kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 15%.

"Jika harga (air) sekarang 57 sen, had kenaikan saya ialah 15 peratus, kata Khalid pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini."
- themalaysianinsider.com


16. Justeru adalah satu pembohongan untuk Khalid mendakwa dan menyeru rakyat keluar berdemontrasi dan menyokong usaha kerajaan negeri mengambil alih industri air jika tidak mahu tarif air dinaikkan. Khalid sendiri beberapa kali memberi kenyataan yang membawa maksud bahawa kenaikan tarif air satu kemestian.

Air Lebih Murah Di Bawah PAAB

17. Pada hemat saya, sekiranya Perbadanan Aset Air Berhad dibenarkan mengambil alih semua aset air kerajaan negeri dan Akta Industri Air 2006 dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 seperti yang dirancang semua isu kenaikan tarif air dalam perjanjian konsesi dengan Syabas tidak lagi relevan dan tidak akan dilaksanakan.

18. Ini kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan aset air akan dilakukan oleh PAAB dan boleh melalui proses subsidi kerajaan sekaligus ia akan mengurangkan kos keseluruhan industri air terawat ini.

19. Selain itu, melalui Akta ini, Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan lesen baru kepada pengendali air di seluruh negara. Ini bermakna syarat dan perjanjian baru akan dilaksanakan dan kemungkinan besar kenaikan tarif yang sangat minima di bawah 10% boleh dilakukan oleh pengendali air di Lembah Klang.

20. Justeru saya berharap janganlah kerajaan negeri memeperalatkan rakyat dan mengelirukan fakta seolah-olah mereka mampu mengekalkan tarif air sedia. Jangan kelirukan masyarakat dengan isu air sedangkan hakikat sebenar ialah mereka mahu menutup kepincangan parti mereka dan pentadbiran negeri Selangor hari ini.

33 comments:

  1. datuk seri, itu semua adalah mainan politik khalid ibrahim & the gang semata-mata. semuanya kerana mereka tidak mampu lagi nak bagi air percuma yang tersilap janji masa pru lepas. pd masa mereka berjanji dulu mereka tak sangka yg mereka akan memerintah slgr. sekali bila dah menang terkial-kial mereka nak tunai janji.

    Jalan terbaik untuk mereka hentikan program air percuma itu adalah dengan berperang dengan Syabas. Kemudian mereka akan laungkan kepada rakyat , "kita tidak mampu lagi untuk memberi air percuma kepada rakyat kerana Syabas tidak mahu menyerahkan balik pengurusan air kepada kerajaan negeri".

    maka lepaslah tengkok mereka. tak pasal2 syabas dan umno jadi kambing hitam.

    itu semua politik,politik dan politik ciptaan pkr bagi menghadapi pru akan datang

    ReplyDelete
  2. fakta dan hujah yang cukup lengkap DS..sy 100% mnyokong DS

    ReplyDelete
  3. mereka buat gimmick politik atas arahan Anwar kerana partinya haru biru dan kes liwatnya seadng dibicarakan nak masuk fasal Ky jelly kah..kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  4. ramai orang islam tidak gemar membaca dan menambah ilmu. itu sebab senang kena tipu denganPR.

    ReplyDelete
  5. Salam dato'

    Saya merupakan salah seorang pengundi BN di negeri Selangor.Baru-baru ni saya berniaga di UNISEL sempena konvokesyen di sana.

    Semasa pendaftaran,tiba-tiba dtg seorg hamba ALLAH dr PR bawa sekeping kertas pada saya untuk tandatangan petisyen bantah kenaikan air.

    Dalam senarai petisyen tu semua nama shortform dan number telefon je yg ada..kalau setakat mcm tu baik tak payah buat..sbb tak official pun..diorang pun boleh tanda sendiri...

    Then sy bgtau dia,kampung saya di Kelantan,dah lama air tak sampai rumah...kalau ada pun sikit sngat,kalau nak tadah air satu besen tu lebih stengah jam...padahal sy duduk di area KB...then sy bgtau dia lg,selama sy duduk di sana dengan nenek sy,(3-4 thun) sy just pakai air telaga utk mandi dan masak air...wakil PR tu senyap dan tak boleh kata apa...

    then sy tambah lg,Bersyukur la air kat sini masih ada...PR dah bg air free tu pun kitorang pakai pun tak sampai la kena bayar...kalau nak naik pun kitorang tak kisah...sbb kitorang kdg2 bayar rm10 trus..tak tolak2 pun sampai skang..dan kitorang kat kelantan tak pernah nak rasa air mcm ni..nak kata rumah tak besar,rumah mmg la besar,tepi jalan plak tu,dekat dgn town lak tu..

    then org tu trus senyap dan blah..

    ReplyDelete
  6. APA NAK BUAT DATO... MASA DATO JADI MB RAMAI YG TAK SUKA.. MEDIA /TV HARI2 CARI KELEMAHAN DATO DI SELANGOR...BANJIR LAH, TANAH RUNTUH LA, LONGKANG TERSEMBAT LA, KUIL LAH.. DATO KENA CARI RAKAN2 UMNO YG TIBAI DATO TU...PAK DOL SALAH SORANG, MENGHANTU DIA PUN SAMA..HARAPAN BN NAK DPT SGOR CERAH...JUBURI TU TAK ADA YG SOKONG CUMA ORG PENCEN AJA YG SOKONG.. YG KECEWA..AHLI UMNO YG KECEWA, DAN BYK SPESIS LEMBUT..

    ReplyDelete
  7. Salam Dato' Sri. Moga Dato' Sri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t hendaknya.

    1. Kita sedia maklum de facto leader parti pun memang pakar mengalih perhatian rakyat ke isu-isu yang lain jika ada isu yang panas sedang dihadapi dan jadi tak mustahillah perkara yang sama akan digunakan oleh Tan Sri MB kita.

    2. Yang mana satu rakyat Selangor nak dengar. Kata tak mahu naikkan tarif air. Kembalikan hak rakyat Selangor tetapi ada pulak keluar kenyataan tarif air akan naik juga. Diharapkan biarlah berkata dengan betul.

    3. Sekarang ini nak berdemonstrasi pula hantar memorandum kepada Tuanku Yang Dipertuan Agong. Dah macam huru hara pulaknya. Mungkin kerajaan negeri sekarang ini dah pening macam mana nak rolling duit bayar bil air rakyat. Bajet pun dah bajet defisit.

    4. Ini semua adalah agenda politik mereka demi menarik perhatian rakyat Selangor. Kepada Tan Sri MB.Janganlah suka buat kenyataan yang Flip Flop kerana dengan kenyataan Flip Floplah BN menerima padah suatu ketika dahulu. 'Straight to the pointlah'..

    5. Jangan kerana terlalu banyak berpolitik, rakyat Selangor juga yang bakal berdepan dengan masalah. Nak mandi pun susah nanti. Kalau kat kampung okla jugak ada telaga...

    ReplyDelete
  8. Mantapkan BN... Kembali kepada perjuangan asal..
    Berjuang untuk rakyat.. InsyaAllah.. BN akan memerintah semula.. .itu yang saya harapkan...
    Lakukan aktiviti untuk menarik minat golongan muda... beri mereka penerangan seperti dlm blog Dato'. Hantar flyers dari rumah ke rumah... Fakta semua boleh diambil dari blog Dato'... Ahad ini kemungkinan tiada sesiapa yang akan ikut menyokong kerajaan PR...

    ReplyDelete
  9. Orang kampung mana tau semua yang DS cakap tu !. Mereka tau kalau tak bayar bil, syabas potong. Nak sambung bayar RM 50 tapi meter tak tutup pun !.

    Untuk pengetahuan DS ramai orang UMNO kat kampung ikut sain memo bantah kenaikan air !. Kata mereka, parti lain...sokong air jangan naik lain !. Ho..ho..ho.

    ReplyDelete
  10. terangkan shj perkara sebenar. spin balik apa yg pr dh spin. guna strategi ofensif. serangan berpanjangan adalah strategi bertahan yg terbaik. biarkan pihak lwn tercungap2 x sempat nk menyerang. tp ingat dato', jika ditakdirkan bn berkuasa semula, gunakan amanah yg diberi rakyat utk kebaikan rakyat. jgn rakyat menghukum bn 2 kali...sekian

    ReplyDelete
  11. saya doakan semoga diberkati usaha Dr dalam berpolitik demi masa depan orang ramai di selangor khususnya.

    yang hak pasti terus tegak!

    ReplyDelete
  12. salam....

    kantung KDEB dah kering?pasal tanggung 20m3 air free...
    kerajaan negeri PR tanggung pulak dah...!!

    penangan tabung budi syabas!!bravo..

    ReplyDelete
  13. Buat Dr Khir Toyo, berbuih mulut sekalipun penerangan yang cuba Dato' seri bagi tetapi apa yang realitinya tetap akan menjadi realiti. Rakyat lihat itu, rakyat merasainya dan menghargai jasa kerajaan sekarang. pastinya soal pertahankan hak rakyat akan didokong walaupun seberat manapun tuduhan di gembar gemburkan oleh media,GAPS,dan UMNO terhadap kerajaan negeri Selangor sekarang.

    fibfib.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. saya amat yakin bahawa isu naik takrif air yg dimainkan oleh PR,kepalanya PKR adalah kerana dah tak boleh bayar bil air percuma pada rakyat selangor dan pihak Syabas pun dah nak bawa ke mahkamah sbb hutang x bayar. Jadi disebabkan dah pening kepala maka hasut rakyat boikot isu naik tarif air.Keduanya utk tutup kelemahan dalam pentadbiran krn kewangan negeri defisit. Sebelum ni dgn bongkaknya MB koparat ni dabik dada "saya org koparat tahu bagaimana nak memerintah dalam 100 hari memegang jawatan" tapi akhirnya terkulai layu,janji entah ke mana.Jadi rakyat selangor terutama yg datang dari luar selangor nak cari rezeki di selangor sedar2lah.Jangan kita dibodohkan oleh manusia yg pentingkan diri ini.

    ReplyDelete
  15. Aduhai.. Negara ku.. dulu kata penyelarasan.. tapi la ni tak tak boleh nak bohong dah.. 4 dalam satu lagi naik..Kata harga minyak ron97 diapungkan.. kalau diapungkan biarle komponi minyak yang tentukan, biar mereka berlawan harga.. baru kita dapat the best offer..kenapa msti kerajaan yang tentukan.. pelek . tak macam negara maju..You all katalah apa tentang kerajaan Selangor tu.. tapi I tak mahu tarif air naik macam petrol 95, gula, gas dan diesel..nanti tak lama lagi tol naik, elektrik naik, tengok le...oleh kerana tol dan elektrik belum lagi diselaraskan.. maka akan ada penyelarasnya nanti...

    ReplyDelete
  16. air air air... klu benar semua orang jujur membahtah kenaikan tarif air dan kenyataan DSKT diatas tidak akan ada kenaikan tarif air tanpa persetujuan 3 pihak terlibat.

    Kerajaan pusat & syabas bergerak kehadapan umumkan kenaikan TARIF AIR ditangguhkan atau dibatalkan terus. aman selamat semua orang.

    Kerajaan pusat pimpinan UMNO/BN jangan buat sesuatu yg rakyat benci contohnya 4 in one yg baru je berlaku baru2 ni. Rakyat PERTENGAHANdan BAWAHAN yg teruk kena kesannya. Lepasni ni semua cost meningkat.

    Rakyat BARU JE NAK MEDEKATKAN DIRI KAT BN/UMNO... dah buat HAL LAGI. sayalah salah serang daripadanya.

    P/s : Suka tengok orang melayu besatu padu & saling bantu membatu.

    ReplyDelete
  17. Salam Dato,
    Yang menjadi reality nya adalah minyak ron95 naik, gula naik, diesel naik dan gas naik. Yang akan menjadi. Yang menjadi agendanya pula.. talk lama lagi tol dan elektrik pula naika lagi.. sebelum ni pun dah naik.. tapi cuma penyelarasan...sedih orang kampong tak faham apa itu penyelarasan..Nanti barang-barang makanan dan perkhidmatan seprti tambang pun mesti diselaraskan dengan penyelarasan harga gula, gas. dan petrol... Perkataan yang kita pelajari hari ini ialah "Penyelarasan"....

    ReplyDelete
  18. A'skm wbt DS saya rasalh, org kita sebenarnya tak tau pusingan mcm mana org bt berniaga ,tuk beri prkdmatan pd rakyt,konsep bermaufakat dn berkongsi sdikt beban utk org lain yg kian bertmbh dn mewujudkn perkhmatan yg lbh baik d masa hdpn tnpa ada bebanan yg berterusan sprti kenaikn tarif air sprt DS bentangkn....yg mereka tau ada mnyk blh jual ada untng tanpa mgira kos carigli yg tnggi dn plaburan lain utk mcari untng demi simpanan d masa hdpn...Yg ptama mrk tahu semua benda dlm dunia blh dpt murah dn free sbb tersgt kaya dgn hasil jualan minyk dr syrt petronas...mrk tak kira..mrk tau malaysia sama stndrt dgn ngra2 kaya minyak dunia..maknanya d sini kurangnya pemahaman d kalangn org kita maka mdah la d prkotak katikkn.

    ReplyDelete
  19. Salam Semua...
    Allah dah kata dalam Islam, tiga benda utama, udara, cahaya matahari dan air tidak boleh diswastakan, dan tiada sesiapa yang boleh mengambil untong dari menafaat tiga benda tersebut. Cas dan tarif yang dikenakan pada rakyat sepatutnya adalah cas untok memproses air dan menyalorkan air kerumah-rumah dan yang lain-lain.. Tak sewajarnya CEO syabas ada menara sendiri di sebelah Giant di Shah Alam tu..Jangan lah membuat untong diatas kesengsaraan rakyat dan pemerian Allah. Malah jika dikenakan cas keatas air mestilah berpatutan dan air yang diberikan mestilah suci bersih dan tidak "kunig" berkarat sampai rosak baju putih kat washing machne. Perkhidmatan Air bukanlah satu business yang nak menjadikan seseorang tu kaya raya.. sebab itu ia mesti ditadbir oleh pemerintah..

    ReplyDelete
  20. Dato Sri DR. Khir,
    Nampak nya yang ada agenda politik hanya parti pembangkang.

    Parti UMNO dan BN tak de ke agenda politik nya.

    Memang Malaysia ni masih lagi mempunyai ciri-ciri dunia ketiga dan kempat, dimana rakyat dipasksa menerima, apa jua yang datang dari kerajaan itu benar, dan menjadi pembangkang itu adalah tidak patriotik. Malangnya cukai dan
    pegawai kerajaan dari semua rakyat tak kira fahaman politik. Adakah dengan mengundi parti pembangkang tu kurang patriotiknya. mana ada dalam perlembagaan.
    Sebab itu kita nampak kenyataan. "projek kerajaan Barisan National", "projek kerajaan Persekutuan", "Projek JKR". Ya le duit untok project tu datang dari parti BN.

    ReplyDelete
  21. tp dato dh kne dakwa rasuah cmne ni...? loser laaa...kutuk2 org x btul...dia sendiri x btul...hampeh..

    ReplyDelete
  22. Pd pndapat saya, Isu air tidak harus di politikkan... Ianya sumber alam/keperluan asas yg harus dikongsi manusia sejagat.. apa yg kita tak mau skrg adalah PENSWASTAAN yg memberi kepentingan kpd pihak2 tertentu.. Zaman Khir Toyo dulu mana ada org sanggup nk turun kejalanan bantah pasal kerajaan negeri.. skrg psal penyelewengan pun diorang sanggup turun kejalanan jugak nk hantar memorandum ke SPBYDA.. kami rakyat selangor sudah tertindas lamanya oleh pemerintahan terdahulu.. Tiba masa untuk menggunakan akal yg diberi Allah SWT utk menilai yg mana 'telus' dan yg mana 'korups'.. sekadar keluhan.. - ikhlas dr rakyat selangor yg bijak

    ReplyDelete
  23. Relax.... Biar Datuk Khir pikir pasal charge mahkamah arini dulu.

    ReplyDelete
  24. memang dah realiti tak perlulah di pertikaikan... jgn kata org lain emosi dan terpengaruh dgn pembangkang. tuhan bg cukup pancaindera utk melihat dan memahami sendiri apa yg terjadi. jgn sekat pemikiran kita hanya semata2 kerana bencikan pembangkang. kalau dh undi BN, apa terjadi pun kena setuju tak boleh bangkang ke? semuanya betul belaka. seolah2 BN itu 'maksum'. kalau tak takdelah tuhan cipta dosa dan pahala.. tak habis2 isu ketuanan melayu dan raja. dulu suruh raja duduk diam skrg dh hilang kepercayaan rakyat sibuk nak guna kuasa raja pula. kami rakyat ada mata dan akal utk melihat dan berfikir

    ReplyDelete
  25. semoga umno pupus agar rakyat aman... amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
  26. Salam..

    Dato' Seri,

    Walaupun sy bukanlah penyokong dato',tp sbg pemerhati dr golongan anak jati Selangor,sy tetap berpendapat pimpinan dan susun atur pentadbiran dato' seri sebelum ini adalah jauh lebih baik drpd pimpinan yang memerintah sekarang.Justeru itu lah, ramai pihak yang cuba menafikan akan kestabilan yg dato' bina sebelum ini,bkn sahaja pihak di sebelah sana tetapi termasuklah dr pihak penyokong datong sendiri.

    Yang salah dan benar akan terbukti,teruskan perjuangan.

    P/s-teringat nasib Dato' Harun Idris....

    wslm..

    ReplyDelete
  27. Kat Malaysia RON95 RM1.90 - Singapore SD$1.81 (RM4.36)Kat Malaysia lebih mahal or Singapore lagi mahal..???

    Kalu convert to RM memang la nampak harga kat Malaysia lagi murah... Tapi it's not apple to apple comparison.. Kena ambil kira pendapatan isi rumah, KDNK negara berkenaan dan juga inflation rate.. Also kadar income tax kat negara berkenaan...

    Gaji Fresh Grad kat Malaysia RM2,500 - Singapore SD$2,500.00 (RM6,010.89)... Fresh grad kat Malaysia yang lebih untung or kat Singapore...

    Kalu betul nak ikut harga pasaran dunia, mansuhkan duti import Toyota VIOS, Honda City, Altis, Nissan... ada bran.....????

    Dlm BH On-line hari ini Sabri kata harga gandum, minyak masak, etc tak naik.... Betul ke...?? Sama kes masa naikkan harga RON97, kata RON95 maintain... tup tup selang couple of days je RON95 naik harga.... Still dok kata bukan naik harga tapi pelarasan harga..... Ingat rakyat ni bodoh kot..???

    Pelik, bila bantah atau suarakan ketidakpuasan, dikaitkan dengan politik.... I highlighted this in capacity as a tax payer .... lol....

    ReplyDelete
  28. tarif air ke singapura dah bertahun2 x naik2 pun...utk kegunaan rakyat sendiri diswastakan...tentunyer sifat mementingkan keuntungan akan timbul..

    ReplyDelete
  29. intergriti pemilih syabas diragukan. syabas mungkin tiada masalah utk menaikkan harga air sekiranya BN masih memerintah selangor

    ReplyDelete
  30. Pemegang konsesi air Selangor iaitu Puncak Niaga sepatutnya mengamalkan pendekatan pengurangan kos. Barulah tarif air dapat dikurangkan. Ini tidak boros sakan. Cuba teliti annual report Puncak Niaga 2010. Upah gaji dan bonus (RM10.8juta),pelan caruman persaraan (RM1.7juta)nilai ganjaran bukan wang (RM155k),perjalanan percutian (RM664K),perbelanjaan lain berkaitan kakitangan (RM803K). Jumlahnya (RM14.1juta). Perniagaannya cuma jual air. Perolehan Puncak Niaga cuma RM1.9bilion setahun.
    Presiden & CEO Sime Darby cuma dpt RM1.5juta setahun. Perolehan Sime Darby RM32.8bilion.
    Inilah yang dikatakan mengkayakan kroni. Rakyat yang menjadi mangsa.
    Fikir2lah sendiri. Wassalam

    ReplyDelete
  31. MEMAHAMI ISU AIR, KENA CARI/BACA BERBAGAI FAKTA.
    SEKADAR MENYALAK TIDAK BOLEH SELESAI MASAALAH, APA JUGA PERNIAGAAN MESTI BERLAKU UNTUNG/RUGI, AIR YG DISALUR KERUMAH TA SEMUDAH CEDUK AIR DITELAGA.

    HARI INI RON.95 @ RM.1.90/ILTR
    AIR MINERAL RM.1.40/1.5LTR

    LOGIK: AIR DAPAT DITERIMA PERCUMA KIRANYA KITA SEDIA BAYAR SEGELAS TEA TARIK @ RM.3.00
    (BAYANGKAN LAIN-LAIN BAHAN YG GUNA AIR?)

    JAWAPAN: KALU PETROL RM.5.00/1LTR SAYA KENA BELI JUGA, ITU KEPERLUAN SAYA, JADI SAYA KENA USAHA MENDAPATKAN JUGA GANDAKAN USAHA SUNGGUH2, TAK BOLEH TADAH TANGAN SAJA - BERAS MAKANAN ASASI KITA PALING MURAH RM.1,80/KG (SUBSIDI HARI INI) DITAKDIR BENCANA BERLAKU BERAS TIADA LAGI/HARGA RM.4.00/KG ANDA TAK MAU MAKAN NASI?

    HARI INI SELANGOR SENSASIKAN ISU AIR DAN GAGAL SELESAIKAN DENGAN CERDIK, INILAH KERAJAAN BAYANGAN YG BERANGAN2 HENDAK KUASA, IBARAT KERA PAKAI CICIN JADI JAKUN TAK KARUAN.

    WASALAM.
    MASSUDI

    ReplyDelete
  32. Anonymous said...

    fikir punya fikir punya fikir..
    lagi karat upanya sbb fikir guna akal kena cucuk edung,
    fikir ngan mata ati yg akal merdeka..
    nampak yg benar insyallah, yg bathil jelas dah.. balik bg B end lagi bangang 2 kali.

    ReplyDelete