Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, December 9, 2010

Tiada Lagi Komen Mengenai Kes

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Atas nasihat Peguam saya, tiada lagi komentar dan komen akan dibuat mengenai kes ini bagi mengelakkan adanya unsur menghalang keadilan atau menghina mahkamah. sub judice. Saya menghormati prosedur undang-undang dan akan cuba mematuhi sebaik mungkin.

- Harap maklum.

Nota: Saudara/i juga boleh baca Pandangan Peguam Negara dalam Berita Harian hari ini.

23 comments:

  1. Saya dah agak dato sepatutnya diam jer. nie layan orang buat apa. diaorang nie tak boleh pakai. diaorang pangkah lain. kita dacing mana pandangan orang mcm tu

    ReplyDelete
  2. Salam Dato' Sri. Moga Dato' Sri bertenang dalam menghadapi dugaan hidup orang politik.

    Posting ini untuk Dato' Sri sahaja dan minta tolong jangan paparkan to public. Niat di hati untuk menolong. Jika Dato' Sri ingin ikhtiar dengan izin Allah swt, dapatkanlah Mak Yah @ Mariah bt. Wasiman di Sungai Nibong. Dia bibik saya. Tanyalah orang-orang tua di Sungai Nibong. Siapa Embah Wasiman suatu ketika dulu.

    Alhamdulillah dengan izin Allah swt kes saya di mahkamah suatu masa dulu berpihak kepada saya. Saya umpama kambing hitam dan memang ada musuh yang ingin melihat saya sengsara.

    Sayang jika karier politik Dato' Sri 'direhatkan' atas perkara ini. Adat orang politik. Sudah tentu musuh-musuh politik Dato' Sri akan berusaha berhabis-habisan untuk menjatuhkan Dato' Sri hingga tersungkur. tak kiralah musuh di dalam mahupun di luar.

    Jika tergerak hati ingin berikhtiar, boleh hubungi saya dan saya tiada apa-apa agenda melainkan ingin membantu dan kita bolehlah mencuba. Yang lain kita serahkan kepada Allah swt.Everything P&C. Azami 012-3230120.


    Alhamdulillah dengan izin

    ReplyDelete
  3. Harap Dato' Khir akan tabah melalui saat yang getir ini. Sabar ya Datok' =)

    Anak Jowo Sawah Sempadan (M)


    yours
    SH

    ReplyDelete
  4. Salam Dato', good move...lebih baik diam daripada bersuara tentang kes ni. Biarlah apa depa nak kata disini..pedulikan diaorang..

    ReplyDelete
  5. Andai nanti dato seri didapati tidak bersalah dan dibebaskan..dato seri teruskan lah niat yg pernah dato seri katakan utk tggl di MEKAH bersama keluarga...sbb disana je tiada manusia yg kebanyakan ada di malaysia ini...semoga dato seri bahagia bersama keluarga...dunia dan akhirat.. AMIN....

    ReplyDelete
  6. saya melihat seperti ada unsur utk melenyapkan dato seri drpd dunia politik,biasa la dato,politik mmg xdpt diduga n kadang2 kejam, hanya orang yang tabah & benar2 berhati besar saja yg blh harungi semua ini.. sy berharap dato seri xberputus asa..

    ReplyDelete
  7. saya tak faham la. apasal dr bukak mulut, tulis dlm blog, cepat sangat media massa dan AG yg tak dapat selamatkan pulau batu putih , terus mintak dr tolong diam.
    mana keadilan nya? apa jadi pada kes anwar yg hingga bawak kes sampai ke australia dan bawak senator masuk parlimen dan nak bawak mahkamah, AG senyap? AG pun dah macam kene suap je.
    Camne plak dgn kes teoh beng hock?
    Adun sekinchan yg langgar budak UITM tu?

    kadang kadang pelik bin hairan dgn AG ni.

    ReplyDelete
  8. nak tau gak.. AG kita ni berani tegur pasal kes Dato' jer ker.. ?

    ReplyDelete
  9. Blog DS ada ramai followers. Mungkin ada orang yang rasa terancam. Bersabar DS.

    ReplyDelete
  10. Salam Tok.
    1. Tok bukan tak boleh jadi kaya,tapi kalau tok nak jadi kaya sebaik nya Tok jadi ahli perniagaan, kalau kena cara nya tak siapa pertikaikan.Sebagai ahli politik muda dan berpelajaran, sebaiknya Tok menongkah arus,tak mengikut2 seperti ahli politik United malay Organisation yg lain yg mengumpul kekayaan, kekal lah dlm bersederhana, seperti seorg ahli politik iran zaman shah iran dulu, yg masa mula2 jadi ahli parlimen berselipar dan masa pecen nya juga tetap berselipar, tetap tidak memiliki apa2. atau sekurang2 nya contohi lah MB kelantan, tetap di rumah asal. (tak salah kan kita meniru sesiapa pun asalkan perkara baik).

    2. Tabahlah, tekanan yg paling kuat Tok akan rasakan dari dalaman tok sendiri, Tok kena bersedia menerima kenyataan, mana2 kaum sahabat yg dulu siang malam menunggu di pintu rumah Tok untuk mencium tangan, kini pandang Tok pun tidak, bahkan mengata2 pulak, mulut2 yg tok suapkan dulu kini menggigit tangan tok. Ini lah lumrah dunia, Hikmah nya kini Tok lebih mengenali siapa sejati sahabat.

    ReplyDelete
  11. Ahli cawangan Jalan Dato' Seri, Simpang LimaFriday, December 10, 2010 at 10:34:00 AM GMT+8

    Allah itu maha mengetahui. berserah kepada Allah. Sesungguhnya kta semua hamba-Nya. Yang benar tetap benar walaupun diputarbelitkan. Ini semua permaianan politik. Jika kita di pihak yang benar tak perlu kita menggelabah. stay cool... buatlah tugasan n peranan kita sebagai YB ADUN Sungai Panjang. Malah 3 perkara yang perlu kita lakukan iaitu berdoa, berusaha dan bertawakal... Selebihnya Allah yang menentukannya. Insya-Allah

    ReplyDelete
  12. Itulah Dato' masa berkuasa ego sangat, lupa diri

    ReplyDelete
  13. maybe ini satu kifarah,,,,buat dato seisi keluarga,,,hadapi semua ini dng sabar dan mendirikan solat,,,,,

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.
    Saya menyokong tuan dengan doa saja.

    ReplyDelete
  15. Salam YB.Dr KT adalah umrah bagi makhluk manusia, ketawa,menangis,duka, sedih, marah,malu, dsbnya... memang itulah perjalanan hidup. cuma yg berbeza hanya nama semata-mata. kalau duka dipihak Yb. Dr maka terimalah... saya amat percaya duka biasa akan terobat jika kita mendpt obat yg terbaik atau Anugerah Allah (keajaiban). Jalannya ada jika kita lapangkan dada... dengar nasihat yg baik, amalkan perkara yg baik, lakukan yg terbaik. 3 minggu yg diperuntuk kepada YB rasanya cukup utk YB menyusun pergerakan YB kearah kematangan..

    ReplyDelete
  16. Do not underestimate the determination of a quiet man.
    Iain Duncan Smith

    So DSKT...The best is to keep it to yourself and watch the move.

    ReplyDelete
  17. sabar yer Tok.. Mengalah bukan bererti kalah..!

    ReplyDelete
  18. komen pun nak tunggu kelulusan gak ker? nk berape juta lagi nak bagi lulus komen, klu berani siarkan jelah komen-komen maut, nak AAAAAAAAAAA je.. blah lh..

    ReplyDelete
  19. salam dato seri,ini cabaran dalam politik,ade org x nak bagi dato seri lead umno sgor sebenarnya...teruskan berjuang dato seri..jaga2 dengan org2 dato seri yg talam dua muka...sape bg lebih dia tikam belakang.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...

    Macam mana agaknya ketika kita menghadapi kesakitan mati..? mungkin masa itu barulah teringat akan kesilapan diri kita. Tangisan membasahi pipi serta memohon ampun taubat kpd ALLAH s.w.t tp bagaimana mahu mohon ampun pd org yang terinaya. 'Ya ALLAH' sesungguh takutnya aku akan akibat kesilapan aku. Bagaimana hendak lepaskan diri? aku dalam kebingungan kini... Bagaimana aku boleh lupa yg malaikat sentiasa di sisiKu semasa aku buat kemungkaran? aduh... Ya ALLAH ampunilah dosaKu, Dosa yang sengaja dan tidak sengaja ampunilah Ya ALLAH. Ya ALLAH ampuni dosa kedua ibubapaKu, isteri/anak/ahli keluarga/jiran tetangga/sahabat2Ku/org yg berjasa padaKu serta para muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya ALLAH ampuni dosaKu, angkara nafsu aku tewas dengan helah dunia, Ya ALLAH ampuni dosaKU... amiinnn...

    ReplyDelete