Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, December 14, 2010

Usah Terlalu Ghairah Dengan Pendedahan WikiLeaks

1. WikiLeaks yang sebelum ini mencetuskan kekecohan di banyak negara akhirnya tiba juga di Malaysia sejak beberapa hari lalu. Nama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin muncul dan mendapat liputan meluas.

2. Sungguhpun WikiLeaks memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun kita semua harus memahami bahawa dokumen-dokumen dalam WikiLeaks hanyalah nota-nota diplomatik yang belum tentu benar dan sah.

3. Malahan dalam sesetengah keadaan saya melihat ianya tidak lebih daripada "gosip diplomatik" yang dibuat oleh negara-negara yang bersaing dengan Malaysia. Apa yang dicatat dalam nota diplomatik terbabit merupakan perbincangan dan gosip umum di Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

4. Hanya kerana ianya diucap semula oleh pemimpin negara Singapura kepada diplomat negara lain dan kemudiannya dijadikan laporan perisikan dan diplomatik oleh Amerika Syarikat tidak bermakna ianya satu kebenaran, apatah lagi satu fakta.

5. Nota-nota diplomatik yang didedahkan dalam beberapa isu membabitkan negara ini lebih merupakan catatan persepsi dan pandangan diplomat, duta dan pemimpin negara tertentu yang belum tentu sah dan benar. Apatah lagi kenyataan-kenyataan dari pemimpin Singapura tersebut langsung tidak disertakan bukti dan fakta.

6. Keghairahan beberapa pihak memperkatakan isu-isu dalam WikiLeaks membabitkan kepimpinan negara dan kes mahkamah di negara ini boleh memberi implikasi yang serius kepada masyarakat biasa.

7. Saya khuatir akan ada rakyat yang keliru dengan WikiLeaks ini dan menganggapnya ia satu kebenaran sehingga mempengaruhi mereka membuat keputusan dalam sesuatu isu.

8. Satu-satunya kebaikan WikiLeaks ialah ia membolehkan kita memahami bagaimana Amerika Syarikat dan sekutunya merangka polisi dan dasar luar mereka berdasarkan maklumat-maklumat daripada negara dan pemimpin tertentu.

34 comments:

  1. salam..

    Apa yang saya risaukan adalah cara perisikan luar mendapatkan maklumat mengenai negara kita.

    Boleh jadi sistem komunikasi kita sudah tidak selamat dan perlu di titik beratkan.

    Dato' seri semakin 'Independent Thinkers' ataupun kuasa ketiga,perkembangan yang terbaik untuk check and balances..

    ReplyDelete
  2. Salam Datok Khir,

    Saya berpendapat, Wikileaks seperti satu "point" dimana untuk menggemparkan dunia dan sekaligus mengalih perhatian dunia amnya, mungkin..

    yours
    SH

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dato' Seri

    apa pandangan Dato' tentang media malaysia? adakah 100% kenyataan yg dikeluar bersifat rakyat atau kepentingan semata-mata?

    Tolong beri ulasan untuk rakyat bkn parti dengan penuh tanggungjawab!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau apa yang dibocorkan oleh wikileaks itu hanya gosip diplomatik tetapi kenapakah Amerika Syarikat gempar. Apakah masuk akal sebuah kuasa besar lintang pukang hanya dengan gosip diplomatik. Ketua wikileaks terpaksa di tangkap di atas tuduhan yang tidak berkaitan dengan wikileaks yang saya nampak jelas untuk menutup mulut wikileaks. Apakah pendedahan wikileaks bahawa Anwar terlibat dengan homoseks hanya gosip.

    ReplyDelete
  5. Pendedahan WikiLeaks terhadap Anwar merupakan satu point untuk menjelaskan dengan mudah kepada orang kampung pendalaman supaya mereka sedar bahawa isu liwat Anwar telahpun "dipercayai" sehingga diperingkat antarabangsa ... ianya telah menjadi bualan para pemimpin dunia (dan ada yang telah mengakuinya memang benar berlaku!) ...

    Sementelah pula, ianya disebut sebagai berkaitan dengan Perisikan Singapura/Australia yang "Mempercayai Anwar Meliwat".

    Gunakanlah. Ghairahlah !

    P.S : Dulu depa suka sangat dengan menyebut Mongolia la , apa la tanpa bukti ... sekrang, masanya untuk mereka faham arti "BOLA TANGGUNG!" ...

    ReplyDelete
  6. anwar ibrahim dan azmin ali pasti tersenyum dgn tulisan dato seri kali ini.

    ReplyDelete
  7. sdr aloqstaq dan rakan2,
    1. Saya tidak kata wikileaks tidak mempunyai fakta langsung. Apa yang saya kata ialah kita harus menilai dan melihat fakta dalam perisikan bukannya menerima semuanya sebagai kebenaran.

    2, yang ghairah sangat berhati2 takut nanti keluar yang kena btg hidung BN pula macam mana?

    ReplyDelete
  8. saya juga tertanya2 adakah maklumat yang bocor ini benar2 bocor atau sekadar satu lagi agenda amerika syarikat untuk mentidakstabilkan hubungan negara2 di dunia ini

    ReplyDelete
  9. saya amat menyetuji pandangan Dato Seri. pemimpin umno ni lambat lepa nak bagi ulasan.

    ReplyDelete
  10. salam,
    saya bersependapat dengan dato' jangan ghairah dgn wilileaks. Kot jadi gini, lani depa galak siar tentang Anwar Ibrahim, dan seluruh negara gegak gempita seolah-olah nyatalah (mahkamah belum jatuh hukum lagi) AI terlibat liwat. Kita percaya maklumat wikileaks tepat dan benar.

    Kot esok dia kuar cerita Dato' Seri Najib, Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya, apakah kita nak nafikan pulak sedang cerita AI dianggap benar.

    La ni pun hok galak ambil cerita AI di wikileaks adalah pengampu2.

    DS Najib, slow ajer, tak ulas apa-apa, mungkin takut terbalik kot nanti. Mungkin dia dah tahu ada rahsianyer akan dibongkar di wikileaks satu hari nanti....

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Semua maklumat/komunikasi atas talian tidak langsung menjadi rahsia dalam dunia maya.

    Itu adalah hakikat tetapi tidak menggunakannya bererti 'tak jadi kerja' dan jauh ketinggalan.

    Setiap perkara ada kebaikan dan keburukannya.

    Setiap maklumat yang diterima mesti dipertimbangkan dengan sebijak-bijaknya.. menerima dengan membuta tuli bukan budaya orang bijaksana.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  12. walaupun saya secara dasarnya mempercayai bahawa anwar terlibat dengan aktiviti homoseksual tetapi saya tidak mengambil pendedahan ini sebagai satu fakta bagi menyokong andaian saya.saya berpendapat bahawa pendedahan ini merupakan pendapat peribadi pihak yang terlibat.walaubagaimanapun saya agak teruja dengan laporan terence fernandez bahawa sumber2 perisikan singapura mempunyai bukti visual aktiviti songsang anwar sewaktu di sebuah bilik hotel di singapura.bukti visual ini mungkin diperolehi akibat dari kekerapan anwar melakukan aktiviti songsang tersebut di singapura.saya berharap agar ada usaha2 bagi mendapatkan dan menghebahkan bukti visual tersebut kepada rakyat malaysia...

    ReplyDelete
  13. salam....

    wikileak bukanlah agent perisikan tetapi
    alat teknologi yg mendapat sumber dari
    dalam yg membocorkan rahsia dan disebarkan
    melalui website@internet....

    mereka-mereka yg bertanggungjawap adalah
    agent-agent inteligen yg mengunakan teknologi
    tinggi untuk memintas kabel perhubungan sesebuah
    negara...

    pihak dari dalam baginya adalah kuasa penimbal
    atau independan/bebas...

    inilah kuasa yg amat ditakuti oleh sesebuah negara atau pemimpin yg cuba menyembuuyikan
    fakta,kelakuan dan suara sumbang yg dilakukan.

    dari segi etika...siapakah yg tidak beretika
    sebenarnya....wikileak?orang dalam? atau pemimpin?

    ReplyDelete
  14. Saya bersetuju dgn apa Dato' perkatakan

    ReplyDelete
  15. salam

    pendedahan itu menunjukan singapura adalah negara kaki spy untuk negara amerika dan australia.

    singapura juga adalah pakar dalam bidang menghina negara lain.

    singapura bukanlah kawan yang baik.

    ReplyDelete
  16. Saya setuju dengan pandangan DS. Walaupun boleh di umpamakan sebagai bola tanggung dlm situasi Anuwar, tapi fakta yg didedahkan langsung tiada bukti. Cuma komen diplomat mereka yg kiasau baik siangapura mahupun US. Cuma kepada anuwar beliau perlu sendiri ingat, US serta singapura dalam baik mereka akan kenakan kawan mereka sendiri dan inilah cara mereka. Malang buat anuwar kerana kawan yg beliau pilih bukan sahaja belajar dengan beliau bahkan mempraktik cara anuwar dalam bab tikam belakang. haa..haaa

    ReplyDelete
  17. salam yg dihormati YB.

    Saya dulu amat menghormati kepimpinan dato YB. tetapi entah macam mana, apabila MB Khalid menerajui Selangor, entah macam mana saya mula suka dengan cara beliau berkuasa kerana saya amati beliau sangat transparency dalam serba serbi.

    saya rasalah demi ALLAH, Selangor yg kita cintai ini, lebih afdhal di bawah pakatan rakyat...

    tiadalah jua saya sangsi lagi.

    saya memohon kepada ALLAH SWT agar Selangor tetap di bawah PR selagi tiada menyeleweng.

    amin..amin ya rabbal a'lamin

    ReplyDelete
  18. bala tanggung depan mata ..belasah la anwar cukup2....tapi bersedia mental & fizikal kerana takut tak lama lagi sebelum pru13 keluar pula bertubi2 dari wikileaks cite sebelah BN..mau lagi banyak...masa tu la pr akan gunakan bola tanggung PRO-BN hari ini untuk bola tanggung mereka....jadi betul la peringatan ds khir itu

    bukan tak boleh percaya wikileaks tapi berhati2 dan kalau boleh awal2 kita kena bagitau rakyat semua kesan2 benda seperti ini....wikileaks ni pun bukan boleh percaya sangat pun.....tapi pasal dia dedahkan kes anwar..kita ok la tu...
    esok bila ada lak kes kapal selam ds najid keluar..apa kita nak buat..?..buat bodoh je...atau terus nafi...nafi..nafi tanpa berani menyatakan apakah sebenarnya kes yg berlaku kerana saya percaya kepimpinan masih tidak berani untuk berkata dan memberitahu rakyat jelata apakah sebenarnya yg berlaku dan mengapa sesuatu perkara itu mesti dilakukan....yg tahu cite sebenarn hanya diperingkat pemimpin atasan sahaja...sudah tiba masanya sapa2 jadi pemimpin kena berani mentadbir negara dgn perubahan yg baru oleh BN

    ini menunjukkan bukan semua rakyat kita boleh terima setiap apa yg dilakukan oleh pemimpin..baik dari pr atau dari bn....inilah politik...selalu dan terus berpolitik...sapa yg makin matang dalam berpolitik?....fikir

    ReplyDelete
  19. Saya sebenarnya Dato' dah meluat dengan politik Malaysia ni.Ahli-ahli politiknya kebanyakannya bersifat kebudak-budakan.Tidak lansung menampakkan kematangan walau pun ada sesetengahnya dari muda hingga ke bangka berpolitik tetapi tidak ada pendirian lansung walau pun yang dilihatnya itu terang-terangan menyalahi prinsip dan moral politik itu sendiri.Dalam persidangan parlimen,banyak isu-isu yang dikemukakan isu-isu lapuk yang rakyat dah tahu,dan soalan-soalan yang dikemukakan setaraf soalan UPSR,dan yang menjawabnya tidak menggambarkan ianya seorang ahli parlimen.Ahli politik sekarang harus banyak buat "home-work" kaji bahawa masyarakat sekarang ada yang lebih mengetahui dari Ahli parlimen itu sendiri,ini bukan zaman 50an dan 60an dimana masyarakat boleh dikelentong.Untuk masa akan datang seorang ahli politik hendaklah "CERDIK" dan bukan "PANDAI".

    ReplyDelete
  20. salam semua pengulas

    Laporan wikileaks tidak menjurus kepada kes liwat Anuar saja. Tentang pembunuhan wanita mongolia -Altantuya- tu juga ada disebut. Yang terlibat org nombor satu UMNO/BN. Nah... apa lagi yg saudara nak kecohkan. kalau betul laporan wikileaks tu.. maka 2X5 , 5X2 sajalah kedua mereka.
    Tapi sayang kerana media di negaraku yg tercinta ini sangat mengampu sikapnya, maka berita Anuar saja yang disensasikan. Berita Najib vs Altantuya senyap, macam kerbau masuk lumpur.. senyap berkubang! sedangkan lumpur yang dikubangkan itu penuh dengan najis kerbau sendiri. Itulah yang ada pada media pro UMNO/BN ni.
    Saya hormat Anuar.. bila berita wikileaks ni tersiar, dia terus buat roadshow (sebab tiada saluran untuk menepis melalui media arus perdana)dia terus saman Mahathir, Lee Kaun Yew dan Utusan Meloya. Najib pula membisu seribu bahasa, kerana yakin pencacai UMNO/BN tidak mudah menerima yang ketua mereka telibat dalam laporan wikileaks. Sebab bagi Najib pencacai UMNO/BN lebih mudah termakan dengan media arus perdana. Media arus perdana pula memainkan dengan rakus tentang kes Anuar sebagaimana laporan wikileaks.
    Memanglah melayu jenis UMNO/BN ni adalah adalah melayu mudah lupa.
    Saya tunggu berita kalau-kalau Najib memamg anak jantan.. buatlah macam Anuar buat, sekurang-kurangnya memberi ulasan.. rakyat kampung yg takda internet.. memmang percaya bulat-bulat tentang laporan wikileaks mensensaikan Anuar liwat. Najib dengn Altantuya tutup rapat. Org kampung tidak tahu berita Najib ni

    ReplyDelete
  21. salam DS.
    Saya sangat bersetuju dengan pendapat DS. Kita tidak boleh menerima perkara ini bulat.jadi perlu dibuat kajian.Singapura nak kata menteri kita bodoh peduli apa.kita pun tak pernah minta bantuan dia pun selama ini. Kalau dia pandai sangat macam mana dia boleh terlepas Masa Selamat yang lari ke Malaysia dan ditangkap oleh polis Malaysia. Mas Selamat hanya org biasa yang kurang kepandaiannya
    Sekian t/kasih

    ReplyDelete
  22. Salam Dato' Sri, moga Dato' Sri dan keluarga di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    "saya juga tertanya2 adakah maklumat yang bocor ini benar2 bocor atau sekadar satu lagi agenda amerika syarikat untuk mentidakstabilkan hubungan negara2 di dunia ini".

    1. Pendapat Dato' Sri perlu di beri perhatian kerana AS adalah kuasa besar dunia dan mungkin merasakan mereka terancam dengan negara kuasa besar yg lain khususnya China dan kita maklum yang presiden Obama sekarang blh dikatakan kurang kuat.

    2. Kita juga sedia maklum AS memang ramai pelobi yahudi yang blh menentukan siapa yg bakal berkuasa. Dan Yahudi ni memang bijak punya kaum. Perkara yang tak terlintas di fikiran pun bakal blh berlaku.

    3. Kita jgnlah ghairah dengan pendedahan terbaru ini kerana kita juga belum tahu apa akan berlaku di masa yg mendatang. Macam2 blh jadi. Mungkin ada pemimpin politik yang lain ada yg tengah kecut perut jika ada kabel yang bocor melibatkan mereka. Wallahualam.

    4. WikiLeaks.. Pencetus baru huru hara dunia barangkali. Pengasas sudah ditahan tetapi maklumat bocor belum tentu blh ditahan.Sama-samalah kita berdoa ke hadrat ilahi agar diberikan keamanan negara MALAYSIA yg tercinta.. Amin..

    ReplyDelete
  23. Salam semua,
    Kenapa seseorang itu mahu jadi ahli poiitik?
    Jawapan pilihan:
    i) Sebab nak jadi kaya
    ii)Sebab nak dipanggil Dato', YB, Yng
    Berseri dan boleh jadi Chaiman itu
    dan ini
    iii)Kalau banyak cakap sedikit, jadi glamour
    iV) Kalau pergi perjumpaan duduk kat meja VIP
    v). Semua diatas dan banyak lagi

    Kenapa seseorang itu mesti DIPILIH sebagai ahli politik ?
    Jawapan pilihan
    i) Dia mendahulukan Allah dan Rasul dari
    manusia
    ii) Dia mendahulukan kekayaan rakyat dari kekayaan untuk dirinya dan kroninya
    iii) Dia mendahulukan hak rakyat dari hak
    dirinya dan kroninya
    vi) Dia bercakap kerana menegakkan kebenaran
    v) semua diatas dan banyak cirir mulia yang lain

    Oleh itu buat undian berasaskan mahu jadi ahli politik atau harus dijadikan ahli politik. Oleh itu isu CERDIK dan PANDAI tidak menjadi isu utama.. kerana George Soros adalah seorang yang memiliki Ijazah Ph.D dalam bidang Fizik.

    *****Jangan jadi Bebal, kerana Bebalism itu lebih teruk dari segala kebodohan dan kejahilan*****

    ReplyDelete
  24. DSKT

    dalam banyak2 pemimpin yang ada, rasanya DSKT yang masih rasional dalam pembocoran maklumat wikileaks ini.

    sama seperti DSKT, saya sendiri masih meragui kebenaran dan fakta yang wujud dari wikileaks ini.

    ye. BN boleh melompat keriangan apabila nama Anwar terbabit. Dan PR juga sama melompat keriangan melihat komen Singapura ke atas pemimpin Malaysia. Tapi, adakah kebenarannya? adakah ini propaganda baru yang dicipta Amerika sama seperti propoganda lain yang pernah dicipta.

    kalau semua rakyat Malaysia bergantung semata pada wikileaks ini, how pity we are..

    tapi sekurang2nya, cukuplah saya tahu masih ada pemimpin yang tidak menerima maklumat wikileaks ini secara membabi buta.

    dysh

    ReplyDelete
  25. ..sememangnya org msia perlu brhati2 dgn taktik pihak luar utk mmporakperandakn negara..harap semuanya kena brsikap matang...umpan tidak pernah mngenal ikan..

    ReplyDelete
  26. Salam. Saya bersetuju dengan Dato' Seri. Wikileaks ini sekadar ingin melaga-lagakan hubungan dua hala sesuatu negara. Ia umpamanya batu api yang akhirnya menjadikan sesebuah negara bergaduh atau berperang. Kita tidak boleh terima wikileaks untuk mempercayai sepenuhnya. Dalam kes Anwar ini perkara ini menjadikan perbincangan wakil-wakil negara luar. Mereka ini mungkin tidak menyangka akan ada pemimpin dari sebuah negara islam terlibat dalam kes macam tu. Saya fikir itu adalah perbualan biasa. Tapi apa yang kita perlu lakukan ialah memperketatka n lagi sistem maklumat kita untuk keseklamatan negara jangan ada maklumat-maklumat yang bocor. - B_B

    ReplyDelete
  27. sdr Isu semasa,

    DS Najib telah beberapa kali bersumpah termasuk dihadapan saya bahawa beliau tidak terbabit dalam kes pembunuhan altantuya. sisatan juga tidak mengaitkan beliau dengan altantuya. Malahan tiada sebarang bukti jelas bahawa beliau mengenali altantuya. Jadi tiada maknanya sebarang tuduhan tersebut kecuali saudara membuktikannya.

    ReplyDelete
  28. Saudara Azamie, Dysh dan anon B_B,

    Sebab itu saya fikir kita perlu menapis dengan teliti segala maklumat yang datang agar tidak dikelirukan oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi

    ReplyDelete
  29. Pendapat datuk sama dengan pendapat Menteri Luar Singapura George Yeo yg mengatakan bahwa ia adalah suatu gosip diplomatik dalam sebuah jamuan "cocktail".

    Datuk,ramai penduduk dunia percaya bahwa terjadi nya pembocoran maklumat rahsia adalah sesuatu yg tidak pernah terfikir oleh agensi rahsia CIA ataupun NSA Amerika. Berbeza dengan pendapat datuk seorang ahli politik.

    Mengapakah Singapura menjadi PANGKALAN pemberian maklumat? Ini adalah kerana Singapura adalah negara yg "boleh" berbuat baik dengan semua negara. Tidak ada yg tidak benar nya datuk...macam mana konar mereng ke pemimpin Singapura tetap di-lihat sebagai tidak boleh di-percaya.

    Musuh bagi Amerika adalah..."KEBENARAN". Kejadian ini memang memalukan Amerika. Dan bagi yg terkena (PM Najib) dan mengenakan (Singapura), tentu sahaja menangkis dengan silat dan tai-chi. Biasalah datuk orang politiklah katakan. Kesenian nya "mahal" tu.

    ReplyDelete
  30. he he takut nampak komen DSKT kat atas pertahankan DSNR??? DSKT jangan lawan tokey nt cfrm kedalam kes rumah baglo dalam process.

    pada pandangan peribadi saya, pendedahan wikileaks oleh pemimpin s'pore terhadap malaysia adalah untuk melagakan kita orang melayu. yg untung sape???

    ReplyDelete
  31. kita akan mula tak percaya bila kena batang hidung sediri.

    ReplyDelete
  32. wikileaks baru test water jek di Malaysia...tgklah nanti bila baby doll yahudi bernama anwar ibrahim bagi arahan supaya 'rahsia' yang sememangnya tak rahsia dibongkarkan...

    kalau ikutkan kenapa pengasas wikileaks tak dibunuh oleh CIA akibat pendedahan yang dikatakan sulit ini?..bukannya susah pihak CIA nak buat benda yang orang lain tak boleh buat, sedangkan negara berdaulat pun dijajah oleh mereka..apalah sangat dengan wikileaks...

    tak logik sungguh bila media2 yang dikatakan pro yahudi dan kepentingan US menyiarkan laporan wikileaks secara meluas...mungkin atas restu orang kuat yahudi dunia nak mengalihkan perhatian umum kepada permasalahan yang lebih besar lagi...

    saya amat bersetuju dengan pendapat dato'...laporan wikileaks terhadap anwar bukan satu senjata yang boleh melumpuhkan PR..tapi bila pemimpin BN yang kena..itu baru BOOM, sebab melibatkan kerajaan....naya wehhhhh..tumbang BN PRU nanti

    ReplyDelete
  33. yang menariknya,kenapa tiada nota diplomatik berkaitan hubungan negara israel dengan negara2 lain di dunia?biasanya maklumat2 yang berkaitan US juga boleh melibatkan Israel..seolah2 ada agenda zionis/israel kepada dunia..

    ReplyDelete
  34. yb dato dr khir.proses lantikan SUK di buat oleh KSN .KSN akan mendapat pandangan Menteri besar sebelum keputusan di buat.ini adalah amalan turun temurun.tidak pernah berlaku di mana KSN melantik SUk tanpa berunding dengan Menteri besar.begitu juga dengan perlantikan KSU.KSN akan mendapat pandangan menteri berkenaan terlebih dahulu malah bakal ksu akan berjumpa menteri terlebih dahulu sebelum keputusan di buat.faktor acceptability telah menjadi faktor penentu dalam perlantikan ksu.itulah sebab seniority telah di buang dalam pemilihan ksu.begitu juga dengan perlantikan SUK.sepatutnya KSN akan melalui MB kerana SUK bekerja dengan MB.Tetapi dunia sudah akhir zaman manusia tak takut dengan ALLAH tapi takut sesama manusia.bila ada kuasa gunalah walaupun tak betul.allah tidak bertanya pangkat atau kuasa tapi dia tanya adil atau tidak.amanah atau tidak.itu saja.ingatlah perkara yang paling dekat dengan kita ialah KEMATIAN dan yang paling berat ialah AMANAH

    ReplyDelete