1. Membakar, menyimbah air kecing atau membuang kepala binatang keatas rumah ibadat bukan tindakan yang rasional dan wajar. Mengambil tindakan yang emosional bercorak keganasan tidak akan menyelesaikan masalah.
2. Saya berharap kita semua dapat mengehadkan diri kita sekadar berbincang, berbahas dan menyatakan pendapat secara tertib dan beradab bukannya mengambil tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
3. Masalah dengan negara kita ialah ada orang seronok melihat kita semua terus berbalah dan bergaduh. Belum pun selesai isu Allah, ada pula yang mendakwa larangan-larangan lain membabitkan kepentingan Islam di negara ini harus dikaji semula.
4. Apakah erti seruan dan kenyataan ini jika bukan ingin menyimbah minyak ke dalam api? Sepatutnya sebagai pemimpin politik kita semua perlu berbincang dengan baik mencari jalan penyelesaian bukannya sibuk menjadi batu api sehingga menimbulkan kemarahan sebahagian rakyat.
5. Saya tidak menuduh sesiapa terbabit dengan pembakaran gereja tempoh hari. Demikian juga kita tidak boleh menuduh kumpulan agama tertentu membuang kepala babi hutan ke masjid dan surau. Jika siapa pun yang mebakar gereja atau mencemar masjid ia tidak harus dianggap mewakili kaum atau agama si pelaku.
6. Saya tahu ramai yang marah dengan isu ini. Jika tidak masakan wakil rakyat PKR, YB Zulkifli Nordin sendiri membuat laporan polis ke atas seorang ahli Parlimen Pas kerana didakwanya menghina umat Islam.
7. Namun janganlah kemarahan sebahagian kita diterjemahkan dalam bentuk kerja-kerja gila merosakkan rumah ibadat.
8. Ada juga yang menunding jari menyalahkan kerajaan kerana tidak bertindak tegas. Mereka marah kerana kerajaan membenarkan tunjuk perasaan di dalam kawasan masjid. Anehnya kumpulan yang sama sebelum ini mendesak dibenarkan tunjuk perasaan atas jalan raya atas pelbagai isu yang remeh temeh.
9. Jika kerajaan melarang umat Islam menyatakan kehendak mereka secara terbuka di dalam kawasan masjid tempoh hari, ia mungkin lebih banyak masalah kerana api di dalam sekam sukar diduga kekuatannya. Jika berlaku kekecohan yang lebih besar jika tidak dibenarkan tunjuk perasaan tempoh hari tentulah kumpulan yang sama akan menyalahkan kerajaan. Mereka akan berkata pula jika dibenarkan tunjuk perasaan tentulah tiada keganasan kerana pendapat dan pandangan telah disuarakan.
10. Hari ini ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menggunakan kuasanya untuk mengenakan tindakan ISA bagi meredakan isu ini. Tapi ada antara mereka juga menentang ISA sebelum ini.
11. Mudah sungguh menyalahkan kerajaan Persekutuan. Jika buat pun salah tidak buat pun salah. Yang untung hanyalah mereka yang menyimbah minyak ke dalam api dan bertepuk tangan melihat orang lain bergaduh.
12. Jika diteruskan sikap saling tidak bertolak ansur dan mahu mengambil tindakan di luar batas undang-undang maka saya khuatir kita akan menjurus ke arah kekacauan dan pergaduhan antara agama seperti mana di negara Balkan lima belas tahun lalu.
12. Tiada gunanya saling bertindak balas secara kekerasan akhirnya yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.