1. Saya ingin menucapkan terima kasih kepada 24,997 pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), YAB Perdana Menteri dan YB. P. Kamalanathan.
2. Keputusan ini jika diteliti secara mendalam boleh membawa beberapa tafsiran yang sangat serius sifatnya. Sebahagian besar Kaum Melayu dan India memberi sokongan kuat kepada BN. Manakala pengundi dari kaum Cina banyak beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
3. Ini merupakan satu fenomena yang perlu diberi perhatian oleh Barisan Nasional. Pengerusi BN, YAB Datuk Seri Najib perlu melihat semula beberapa polisi yang dilaksanakan yang bertujuan menyatukan semua kaum. Jika dilihat dari pola pengundian ini ternyata konsep 1 Malaysia dan pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) tidak diingini oleh kaum Cina di Selangor.
4. Sebahagian besar kaum Cina di Selangor lebih cenderung untuk mengukuhkan kuasa Democratic Action Party (DAP). Sebab itu kita lihat dalam pilihan raya kecil ini, BN dibelasah teruk di peti undi-peti undi yang bermajoriti pengundi Cina. Apakah ini boleh ditafsirkan sebagai satu pola pengundian bersifat cauvinis cina?
5. Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha untuk memuaskan hati semua kaum termasuk kaum Cina. Ini termasuk memperkenalkan MEB, konsep 1 Malaysia, bantuan yang lebih besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pemberian biasiswa kepada semua kaum dan pelbagai usaha liberalisasi perniagaan yang kononnya menjadi asas ketidakpuasan hati kaum Cina.
6. Ditambah lagi dengan pemulihan ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, sudah tentu Perdana Menteri mengharapkan ada sedikit penghargaan dalam bentuk sokongan kepada usahanya. Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar.
7. Pada hemat saya kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan bukan bersandarkan isu pembangunan mahu pun isu polisi tetapi lebih kepada isu kuasa orang Cina di Selangor yang lebih besar berbanding konsep perkongsian kuasa dalam BN. Ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini ialah DAP manakala Menteri Besar sekadar pembuat kenyataan bukannya keputusan. DAP juga dilihat menguasai kerajaan negeri dan potfolio penting.
8. Selain itu, sokongan besar kaum Cina kepada Pakatan adalah hasil kempen perkauman DAP secara senya-senyap. Terdapat laporan DAP memainkan isu-isu perkauman dalam kempen rumah ke rumah pengundi Cina. Mereka mendakwa hak dan kepentingan kaum Cina ditindas oleh UMNO dan ini menimbulkan kemarahan pengundi Cina di Hulu Selangor.
9. Justeru saya berharap YAB Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi-polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India yang memberi sokongan kepada BN. Jangan jadi seperti peribahasa "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan."
10. Walaupun ramai orang Melayu terasa dan berkecil hati dengan beberapa pembaharuan kerajaan namun mereka tetap memberi sokongan kepada BN kerana percaya ini untuk kebaikan negara keseluruhan. Demikian juga pengundi India yang biarpun masih ramai berada dalam kelompok miskin namun mereka kembali kepada BN kerana percaya proses pembaharuan yang dibawa.
11. BN harus mengenali keutamaan dan keperluan dalam menarik sokongan, "jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."
Terima Kasih Pengundi di Soeharto dan Sungai Tengi
12. Terima kasih juga kepada pengundi di Sungai Dusun (Felda Soeharto) dan Sungai Tengi yang sudi bersama BN sekali lagi. Kedua-dua kawasan ini mecatatkan peningkatan sokongan yang sangat ketara kepada BN berbanding pilihan raya lalu.
13. Sebagai bahagian angkat di kedua-dua peti undi ini, seluruh jentera UMNO Sungai Besar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin parti yang sudi turun membantu kempen ini termasuklah YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet yang lain.
14. Selain itu, usaha UMNO Terengganu juga sangat dihargai terutamanya melalui Datuk Ahmad Said, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Shabery Chik. Datuk Seri Idris sendiri turut berkampung di sini bagi membantu kempen. Tidak dilupakan YB Datuk Ahmad Maslan yang turut bekerja keras menyelesaikan pelbagai isu Felda dan menghubungkan jentera kempen dengan pihak pengurusan Felda dalam sesi-sesi dialog bersama anak muda di sana.
15. Peningkatan majoriti di kedua-dua peti undi ini membuktikan bahawa warga felda termasuk golongan muda bersedia menyokong BN jika mereka dimaklumkan secara jelas usaha-usaha BN selama ini. Saya dapati ramai pengundi muda yang terkeliru dengan dakyah dan tuduhan parti lawan sehingga sangat marah dengan kerajaan yang membantu mereka keluar dari paras kemiskinan sebelum ini.
16. Alhamdulillah setelah beberapa sesi dialog bersama golongan muda (yang terdiri daripada generasi kedua felda) diadakan mereka mula faham fakta sebenar dan usaha BN dalam membantu mereka.
17. Saya percaya konsep dialog secara kecil-kecilan dengan generasi muda ini dapat memberi penerangan yang lebih baik dan menyampaikan fakta yang jelas sekaligus menarik kembali sokongan mereka.
18. Insyallah saya akan terus membuat susulan beberapa perkara yang dibakitkan oleh generasi muda felda agar janji yang dibuat bukan sekadar janji pilihan raya.