Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, January 22, 2011

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya

1. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Pertembungan ini sangat menarik kerana ia menyaksikan pertandingan antara dua parti yang berideologikan Islam dan Melayu iaitu UMNO dan Pas.

2. BN dan Pakatan mencalonkan anak tempatan dan dari generasi muda sebagai pertaruhan terbaik mereka. BN menamakan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim, 39, manakala Pas meletakkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

3. Jika dilihat daripada komposisi kaum dan beberapa isu semasa seperti kenaikan harga barangan dan petrol serta kemungkinan kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang boleh menjejaskan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional.

4. Namun sokongan terhadap Pas sendiri telah bayak terjejas berikutan arah tuju pergerakan parti itu sendiri telah jauh meninggalkan kemahuan dan kehendak Melayu luar bandar seperti di DUN Tenang. Pas dilihat kehilangan sokongan penyokong tradisi mereka di Felda dan juga kampung-kampung yang masih dalam ideologi dan pemahaman Pas pimpinan allahyarham Datuk Mohd Asri Muda.

5. Biar pun begitu, UMNO dan Pas masih mempunyai penyokong tegar masing-masing yang akan tetap pengundi parti tersebut biar apa pun yang terjadi. Saya mengjangkakan UMNO akan mendapat undi Melayu yang lebih banyak berbanding pilihan raya 2008. Ini kerana pengundi Melayu di luar bandar kurang terasa isu inflasi yang menjadi perbincangan dominan di bandar.

6. Yang menjadi perhatian juga ialah arah kecenderungan masyarakat Cina dalam pilihan raya DUN Tenang ini. Seingat saya hanya pilihan raya kecil Bagan Pinang menyaksikan undi kaum Cina menyokong Barisan Nasional meningkat dengan mendadak berbanding pilihan raya 2008. Lain-lain pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia memperlihatkan arah sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan. Ramai penganalisis politik melihat situasi sokongan kaum Cina di Bagan Pinang adalah atas faktor hubungan baik dan rekod perkhidmatan cemerlang Tan Sri Isa Samad di sana.

7. Beberapa rakan penganalisis politik melihat tidak akan banyak perubahan dalam pola pengundian kaum Cina dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Ini kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat MCA.

8. Saya percaya kaum Cina di DUN Tenang akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional terutama sekali sebagai menjaga maruah dan kedudukan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Chua Soi Lek boleh dianggap antara Menteri yang cemerlang sewaktu menjaga Kementerian Kesihatan dan juga semasa menjadi ahli Parlimen Labis. Justeru itu, sokongan kaum Cina terhadap beliau akan diterjemahkan kepada memberi undi kepada BN dalam pilihan raya kecil ini.

9. Secara pandangan kasar, BN mempunyai peluang cerah memenangi semula kerusi ini. Ini turut diakui oleh "supremo" DAP, Lim Kit Siang pada minggu lalu.

10. Namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Keghairahan ingin menang besar dan kempen yang keterlaluan menyerang individu tertentu boleh menjadi seperti "boomerang" yang boleh menjejaskan peluang BN untuk menang.

11. Melihat kepada sambutan masyarakat Cina terhadap kempen Pakatan beberapa hari lalu juga harus mengingatkan Barisan Nasional agar tidak leka dan terlalu yakin. Dalam pilihan raya kecil juga ada kecenderungan rakyat memberi undi protes. Justeru beberapa hari pertama berkempen ini, mendapat maklumat dan pandangan pengundi harus menjadi perkara utama jentera parti agar ia dapat diselesaikan segera.

12. Berkempen dengan berhemah dan tenang, insyallah BN akan menang di tenang.

15 comments:

  1. Menang BN....tiada apa2 yg luak pada PR,sama je dulu kerusi BN kata mereka memujuk hati pengikut tegarrrrrrrr..!

    Kalah BN....satu kemenangan moral yg akan memberi semangat "GILA AYAM"kepada puak2 pakatan ini...mesti mereka bertambah yakin perjuangan mereka direstui ALLAH (bila kalah mereka kata ujian ALLAH)auta boleh tahan melayu ni...tak kira parti rupanya!adalak tu yg percaya bulat2...kah..kah..kah..kah

    aku tak kira baik BN atau PR...dua2 kalau akar umbi tak bersuara....hanyuuttttttt!kalau bersuara kena cop pulak!pilihlah mana jalan kita!apa niat kita!bila berpolitik!....kalau nak tengok paras rupa semata2 baru nak tergoda kat parti pilihan,alamat lingkup la negara

    jika ingin memberi impak semangat & keyakinan kepada penyokong BN diluar sini adalah dengan jentera BN disana berusaha sehingga calon pakatan hilang wang pertaruhan....!itu baru "PETANDA GEMPAK"!...lagi semangat aku sokong!...bila nak pru13 ni..doktor!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada Chua Soi Lek kerana berkempen untuk PAS kepada orang Melayu... kritikan calon PAs tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim adalah satu penghinaan kepada hukum hakam Islam... dan beliau juga membuktikan bahawa PAs bukan kuda tungangan DAP seperti didakwa UMNO dengan mengatakan DAP jadi kuda tungangan PAS......

    ReplyDelete
  3. Apa yang penting Cina dan Umno dah peleceh Islam..guna isu salam bukan muhrim dan umno yg kononnya islam diam je....same je dengan anak toyo ni tak tahu halal dan haram....susahlah hidup didunia...ada menteri yg jaga agama islam pun tak boleh nak pakai.....Betullah kata Tok Guru Nik Aziz.....Umno ni sekular....mat romen pun dia boleh sanjung.....apa lah dunia ni dah terbalik

    ReplyDelete
  4. YB,
    Betulke penduduk kampung tak rasa bahang inflasi? YB yang boleh memiliki banglo yang bernilai berjuta ringgittu tentulah tak rasa kesan B(arang) N(naik). Tapi bila harga roti canai, teh tarik, susu, gas semua naik YB pedih jugak rasa BN ni!

    ReplyDelete
  5. dr...saya ingat dah insaf dah......rupanya dak lagi......kat tenang sana....ramai puak2 barisan nasional dok perlekeh islam(salam antara laki perempuan)....dr takda pun nak pertahan islam....ingat dr...nyawa kita ni Allah taala bila2 masa sahaja boleh ambil......ye!...Allah taala memang maha pengasih...penyayang...pengampun.....tetapi ingat azab Allah taala juga maha pedih.....ubahlah sebelum terlambat.....

    ReplyDelete
  6. Siapa kata barang tak naik?

    saya balik kampong tengok, orang kampong ramai beli ikan kembong, ikan keli, ikan belanak, ikan selayang, ikan bagok, ikan curut dan segala jenis ikan kecil yang lain. Dulu ketam bunga dapat RM13 sekilo, sekarang sudah RM20..orang kampong belilah ketam-ketam kecil yang berharga RM12 sekilo tu.. Siapa kata orang kampong tak rasa bahang inflasi ?.. saya pergi pasar Ahad.. orang beli minyak dalam plastik pakai timbang.. saya pun tak tahu itu minyak campuran apa dan jenama apa ?. Tanya mak.. kelapa dibelakang rumah.. tiba-tiba je ada orang kutip.. dan bawak balik (curi la tu ).. maklumlah kelapa dah mahal la ni...dibandar sekarang ni .. karipap yang sama sais seperti dulu, dah 5 dua ringgit.. dulu 3 seringgit. teh O ais di R&R ke Seremban tu dah RM 1.30.. dulu RM 1 atau Rm1.20 banyak lagi dah naik harga...marikita senaraikan

    ReplyDelete
  7. Salam semua...memang dua2 cerah untuk menang...jika terus sama2 berusaha untuk berkhidmat dgn ikhlas utk rakyat...sebenarnya byk isu yg boleh membuatkan...BN kalah...cumanya diorg ni pandai turning over...jd pas kena byk berhati2 dgn taktik mereka ni...tp apa pun sy yakin pas mampu buat kejutan...tq

    ReplyDelete
  8. YB,
    Saya ni adalah seorang government servent dan tidak berparty. Saya mengundi sbagai seorang rakyat yang demokratik, dimana hanya yang terbaik yang akan saya undi.
    Pemerhatian saya terhadap sikap dan attitude UMNO terhadap isu ugama yang mana bloggers lain boleh kommen dan kritik pandangan saya ni:
    1) isu Azan yang baru-baru ni: Masaalah yang melibatkan siar Islam bukan tidak wujud di negeri yang diperintah oleh PR.. tetapi kita mesti melihat UMNO/BN telah memerintah Persekutuan lebih dari 50 tahun dan UMNO/BN menguasai TV3/RTM/dan Radio, dan surat khabar arus perdana, sepatutnya menjuarai dalam menyelesaikan issu ni. Bukan setakat , kalau melibatkan parti PR.. guna TV dan Surat akhbar untuk bantai PR, tapi apabila kena parti MCA..kita senyap macam tikus jatuh keberas.. Bagi orang yang berfikir " UlilAlbab" ini double standard namaq nya.
    2) Issu Chegu Mala (calun PAS diTenanag). Tak mahu bersalaman dengan orang lelaki dan kemudian akhir-akhir ni dia pakai sarung tangan untuk bersalam dengan yang bukan muhrim: Pehak MCA mengkritik habis-habisan tentang perlakuan ni .. dan UMNO/BN pula buat "DEK" je..Bukan ke ini satu penghinaan terhadap syariaat Islam ?.. atau memang sengaja UMNO/BN diamkan kerana takut kena batang hidung sendiri?.... Ulas jangan tak Ulas..

    ReplyDelete
  9. Kadang2 aku rasa geli hati pun ada bila tengok berita di TV kita, baru - baru pasal bakar bendera BN... betul ke yang bakar orang PR...?
    mentanglah media dikawal oleh BN benda macam tu pun nak masuk TV..

    ReplyDelete
  10. Dr. Khir,

    Mana ada barang naik?, siapa kata barang naik? sebut betul - betul SELARAS & SERAGAM je....atau dalam bahasa lembutnya... DIKURANGKAN SUBSIDI.

    ReplyDelete
  11. Salam YB Dr Khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Bila ada PRK yg melibatkan PAS dan BN (UMNO), memang isu agama khasnya Islam takkan lepas punya. Sedihnya macam inilah bila Islam dipolitikkan. Pening jadinya.

    Dulu, PAS tak mahu letak calon wanita. Tetapi sekarang boleh pulak. Zaman dah berubah.. Semua boleh. Ikut kesesuaian keadaan dan zaman. Hujah boleh dipusing demi Tenang.

    Apa-apa pun kita berfikirlah dengan positif. Jadikanlah PRK di Tenang ini PRK yang bersih walaupun sudah ada perkara-perkara tidak elok berlaku. Sudah memang lumrah PRK.

    Cumanya satu soalan untuk YB Dr Khir. Seandainya PRU 13 diadakan serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak, adakah YB Dr Khir akan menjadi calon untuk BN? Merujuk kepada kes mahkamah yang akan berjalan, adakah ianya akan memberi kesan kepada YB.

    Sekadar bertanya.. Sekian. Terima Kasih. Wassalam..

    ReplyDelete
  12. Salam azamie, kemungkinan besar saya tidak akan bertanding selagi kes perbicaraan saya tidak selesai. Lebih baik saya selesaikan dulu tuduhan2 tersebut agar tidak menjadi buah mulut orang.

    ReplyDelete
  13. salam Dr....

    sudah menjadi kemestian setiap parti yg bertanding akan meletakkan calon yg mempunyai rekod atau keperibadian yg bersih...tetapi akhirnya calon itu sendiri terjerat dan terbawa2 dgn fahaman parti yg dangkal terutama bila mempolitikkan isu agama...

    seorang pemimpin tidak seharusnya mengingati "apa yang telah dia lakukan tetapi harus berfikir apa yang dia belum selesaikan"kerana rakyat yg suka berpakat lebih gemar mengingati apa juga janji "yg belum diselesaikan"....

    ReplyDelete
  14. kepada yg kecoh ngn salam baca ni

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/01/haiyya-shake-hands-oso-cannot.html

    ReplyDelete
  15. Salam Dr.Khir,

    Adalah lebih baik Dr. tidak bertanding terus sekali pun Dr. didapati tidak bersalah oleh Mahkamah nanti, kes Dr. ini akan menjadi senjata kepada parti pembangkang dan seteru didalam UMNO sendiri, ini pendapat saya saja...

    ReplyDelete