Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, January 3, 2011

Campur Tangan Politik Dalam Pentadbiran Awam

1. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sejak seminggu lalu menunjukkan ada usaha jelas dari pemimpin politik negeri untuk mencampuri urusan perlantikan kakitangan kerajaan. Kerajaan Selangor secara terbuka dan biadap menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

2. Biarlah kita berlapang dada bahawa sememangnya dari semasa ke semasa ada campur tangan politik dalam perlantikan jawatan pegawai kerajaan tertentu terutamanya membabitkan jawatan penting dan kanan. Ada lobi, ada sokongan dan ada usaha melantik orang tertentu menjawat jawatan kanan tertentu dalam kerajaan. Namun yang jarang kita dengar ialah ada orang politik menolak perlantikan pegawai kanan kerajaan tertentu tanpa bekerja terlebih dahulu dengan pegawai terbabit.

3. Perlu juga dijelaskan perlantikan SUK Selangor adalah di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya setuju adalah amalan biasa juga untuk Menteri Besar Selangor mencadangkan nama tertentu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN)untuk dilantik ke jawatan-jawatan utama dalam kerajaan negeri.

4. Namun keputusan perlantikan adalah terletak di bawah kuasa KSN yang mengambil kira kebolehan, kelayakan, kekananan (seniority) dan juga prosedur perlantikan kakitangan awam sebelum melantik SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan lain-lain jawatan.

5. Adalah kelaziman juga untuk KSN memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor terlebih dahulu bagi mohon perkenan baginda selaku ketua negeri. Inilah yang dilakukan oleh KSN dan Tuanku Sultan telah memberi perkenan baginda.

6. Saya tidak pasti apakah KSN memaklumkan perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru kepada YAB Menteri Besar. Bagi saya YAB Menteri Besar perlu dimaklumkan mengenai perlantikan ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada media. Adalah sangat tidak manis dan wajar jika beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

7. Bagaimanapun tindakan YAB Menteri Besar menolak perlantikan Khusrin yang telah mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara terbuka adalah sangat tidak beradab. Walau apa pun masalah dan perselisihan dalam pentadbiran, Tan Sri Khalid tidak sewajarnya "menderhaka" dengan menolak perkenan Tuanku ke atas perlantikan SUK baru secara terbuka. Jika Menteri Besar berjumpa Tuanku terlebih dahulu secara senyap mungkin isu ini dapat diselasaikan dengan lebih baik.

8. Menteri Besar telah lama mengetahui bahawa SUK yang lama Dato Ramli Mahmud akan menamatkan tugasnya menjelang 31 Disember 2010. Malangnya tiada inisiatif dan usaha awal untuk mencalonkan nama tertentu kepada KSN dan Tuanku Sultan. Hanya setelah Tuanku memberi perkenan perlantikan Khusrin barulah kelam kabut mahu menolak perlantikan Khusrin dan mencalonkan nama lain. Adakah ia adil kepada Tuanku, KSN dan Dato Khusrin sendiri?

9. Tuanku telah memberi perkenan perlantikan Khusrin yang juga telah lama berkhidmat di bawah baginda sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Adakah masuk akal untuk kerajaan negeri meminta Tuanku menarik balik perkenan baginda ke atas perlantikan Khusrin? Apakah ego kerajaan negeri lebih besar dan perlu dipertahankan berbanding maruah dan kredebliti Istana?

10. Perkara yang lebih menarik untuk diperbahaskan ialah apakah polemik ini bermakna Pakatan bersedia mengakui bahawa mereka telah melakukan campur tangan politik dalam perlantikan pegawai perkhidmatan awam?

11. Adakah ini juga bermakna pegawai-pegawai kanan kerajaan di peringkat Persekutuan akan ditukar mengikut kecenderungan politik mereka jika mereka menguasai Kerajaan Persekutuan suatu masa nanti? Para pegawai kanan kerajaan harus melihat kemelut ini dengan teliti betapa janji-janji bahawa mereka tidak akan mencampuri urusan pentadbiran awam sebenarnya tidak boleh dipercayai.

12. Bagi saya, siapa pun yang dilantik sebagai SUK ia tidak sepatutnya menjadi sebarang masalah selagi pegawai tersebut menjalankan tugas secara profesional dan mengikut Peraturan AM Kakitangan Kerajaan (General Order). Misalnya SUK lama, Dato Ramli Mahmud, merupakan SUK semasa Barisan Nasional dahulu telah menjalankan tugas dengan baik kepada Khalid Ibrahim juga. Demikian juga Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang semuanya diwarisi dari zaman BN tetapi menjalankan tugas yang baik kepada Khalid juga.

13. Justeru nasihat saya kepada Khalid, terimalah perlantikan SUK baru ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Jika SUK yang baru tidak memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar, tidak mempamerkan prestasi yang memuaskan dan tidak menjalankan polisi kerajaan negeri, bolehlah Tan Sri Khalid memohon beliau diganti dengan pegawai yang lain. Janganlah menjatuhkan hukuman terhadap Khusrin sebelum sempat beliau menjalankan tugas.

Bahaya Sekiranya Perlantikan SUK Ditarik Balik

14. Sekiranya perlantikan Khusrin sebagai SUK ditarik balik, ia akan memberi satu petunjuk yang tidak sihat bahawa kedudukan pegawai kerajaan ditentukan secara langsung oleh orang politik.

15. Ini menjadikan pegawai kerajaan bekerja mengikut kehendak peribadi "tuan politik" sekaligus mewujudkan gejala "pena ajaib" dan "telefon hikmat" dalam membuat sesuatu keputusan kerajaan.

16. Pegawai kerajaan yang dilantik akan sentiasa berasa terancam kedudukannya jika tidak mengikut kata Menteri Besar biar pun bertentangan dengan peraturan.

17. Adalah sangat aneh, ketika Kerajaan BN di peringkat Persekutuan berusaha menghapuskan campur tangan politik bukan sahaja dari segi pelantikan pegawai kerajaan tetapi juga dalam pemberian tender dan kontrak; kerajaan negeri dari Pakatan melakukan sebaliknya.

18. Mungkin selepas ini para Yang Di Pertua pihak berkuasa tempatan di Selangor pula akan menjadi mangsa pertukaran mengikut selera politik.

60 comments:

  1. khalid ibrahim jadi rosak kerana terlebih terima pandangan peguam bodoh yg bernama faekah husin.

    siapa dia faekah ni yg pandai2 umum perlantikan datuk khusrin tidak muktamad lagi sedangkan Tuanku telah perkenan.

    Siapa dia faekah ?

    dia lebih besar dari Sultan ke ?

    dia exco ke ?

    dia ksn ke ?

    mengada2 lebih pd had.

    dia tafsir undang-undang tubuh kerajaan negeri ikut selera dia shj seperti tafsir undang2 tubuh badan dia.

    zul nordin telah telah mencatitkan di blog dia tentang pengasingan kuasa.

    minta faekah yg tidak cerdik baca di link bawah

    http://zul4kulim.blogspot.com/2011/01/suk-selangor-bertindak-tegaslah.html

    ReplyDelete
  2. membetulkan yg biasa,membiasakan yg betul..!

    kalau bagi kerajaan persekutuan pada mereka...habis lingkup semua..

    fikir la guna akal & jujurlah mendengar isi hati sebenar...berkatalah benar walaupun pahit...jika berbicara tentang kepentingan negara....!hamlau.!

    ReplyDelete
  3. bukti faekah seorang yg bodoh.

    sila lihat link di bawah

    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/nasib-selangor-mb-bebal-setpol-bingai.html

    ReplyDelete
  4. Kita kena ikut Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor lah. Terlebih dahulu macamana KSN bolih lantik Kusrin yg hanya pegawai Gred Jusa C dan tak fasih berbahasa Inggeris untuk menyandang jawatan Gred Jusa A yg sangat penting. Itu pun dah salah dari segi amalan dan prinsip perkhidamtan awam.

    Bekas Hakim Persekutuan, Tan Sri/Dato Kadir Sulaiman, yg kini adalah anggota 'Council of Regency' Trengganu yg pakar dlam bab perlembagaan Persekutan dan Negeri, berkata: " Khalid sebagai MB mempunyai hak dibawah Perlembagaan Persekutuan dan Negeri untuk memilih SUKnya sendiri'. Siapa Dato2/Tuan2 untuk memberi pendapat yg berlainan.

    Baca betul2 Art.5,52 dan 55 Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Art 5 mewujudkan jawatan Sultan. Art.52 mewujudkan jawatan SUK, PUN dan SFO. Art.55 menyebut: 'kecuali perkara2 yg Sultan bolih bertindak mengikut budibicaranya seperti lantikan MB, lantikan Tengku Muda dan hal2 bab Agama, Sultan hendaklah menerima dan hendaklah bertindak atas nasihat MB.

    Jadi siapa yg pergi nasihatkan Sultan untuk perkenan Kushrin tanpa merujuk kepada MB dahulu. Inilah orang yg biadap yg tidak mengikut adat resam yg terdapat dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Sepatutnya, KSN kemukakan nama SUK kepada MB dahulu yg akan menasihati Sultan samada memperkankan atau menolak calon SUK. Ini pun dari segi protokol shj. Mana ada dalam Art.52 untuk dpt perkenan Sultan? Kalau Sultan perkenan pun, ia mesti atas nasihat MB spt termaktub dlm Art.55.

    Klausa Art.55 yg menghendaki Sultan menerima dan bertindak diatas nasihat MB adalah semuanya kerja Umno yg meminda perlembagaan pd tahun 1993 semasa krisis Raja. Umno yg bertindak menghapuskan kuasa Raja2. Umno yg cakap Raja tak da hak untuk bertindak sesuka hati. Umno yg cakap, Raja perlu menerima dan bertindak atas nasihat MB. Siapa yg biadap sebenarnya.

    Yang komen diatas ni. Pi lah baca Undang2 tubuh Kerajaan Negeri Selangor dahulu. Tiada Undang2 tu tiadalah Sultan ke, MBke atau SUKke. Semua kena ikut Undang2 tu.

    ReplyDelete
  5. SALAM Dr,
    Kes Datuk Mohd Khusrin Munawi , ni panas sejak beliau menjadi Pengarah JAIS lagi..dan saya rasa kita kenalah berlaku adil kepada rakyat Selangor (Kehendak majority rakyat).
    Mengikut Titah tuanku Sultan dalam Laporan Malaysiakini.
    "baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.".. sedangkan ini negeri Tuanku.

    “Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

    Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

    Jika kenyataan di atas benar, adalah tidak adil kalau kita hanya bercakap membabi buta. Hormatilah pandangan kerajaan negeri yang memerintah yang mewakili majority mengikut PRU yang lepas.

    Nanti jika BN/UMNO menang PRU13, buatlah pula mengikut citrarasa BN/UMNO keraja pada masa tu BN/UMNO mewakili majority. Sudah menjadi adat yang memerintah akan mencari jalan supaya pentadbiran mereka seperti yang disenangi mereka. ISU seperti ini tidak timbul sebelum ini kerana kerajaan PUSAT dan negeri sehaluan, dan kerajaan negeri TAK pernah nak bantah Keputusan Kerajaan Persekiutuan kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri. Sekali sekala, kita harus melihat secara rational dan adil walaupun ianya pahit.

    Dato' Sri sendiri pun mungkin tidak akan boleh berfungsi dengan baik, jika orang kanan Dato' tidak sehaluan dengan Dato'. Sudah diketahui umum bahawa Datuk Mohd Khusrin Munawi, tidak sehaluan dengan MB Selangor sekarang, apalagi yang hendak dibincangkan. Masaalah Professional atau tidak sudah tidak lagi relavent, jika dari awal lagi mereka dah tak sehaluan.

    Sekali sekala, kita harus berfikiran terbuka. Apa kata kalau ia kena keatas batang hidung kita. Berlapang dadalah, kerana Dato tidak lagi berkuasa.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Saya rasa ramai yang comen ni tak reti tentang kenaikan pangkat dan pakai nak cakapn sedap hati je.
    a) Kalau saudara seorang guru berijazah ( Sains/ engineering) mula DG41.. kadang-kadang pencen pun tak dapat DG52, apatah lagi nak DG54.
    b) Kalau saudara seorang pensyarah dengan Ph.D, (Bukan M.B.B.S sahaja)nak dapat DU/DS54 kadang-kadang dah tua baru dapat. Ramai yang tak dapat Jusa C pun samapai pencen.

    c) Kalau saudara seorang Professor Jusa C, nak dapat Jusa B.. susah oiii.. nak dapat Jusa A lagi susah . kalau tak caya cuba lah mula dengan Jusa C dulu,, dapat tak samapai ke Jusa A.. dengan Abra kedabra je..

    d). Ni lak lompat dari Jusa C ke Jusa A.. oooi manyak luntung leee...mesti ada vely sepesial punya kualaiti looo. kalau pensyarah tu, mesti ada dapat Nobel Price punya...

    e). keAdilan tu bukan sahaja dilihat Adil tetapi, dfilakukan dengan Adil.

    Jadi kita berlapang dadalah jika seseorang itu berhujah dengan fakta dan rational yang baik.
    Saya??..54 je.. nak JUSA C.. belum mimpi lagi.. JUSA A .. ayooo mau tunggu bulan jatuh dari langit la..

    ReplyDelete
  7. bagus juga korang ada yg pro dan kon......ini akan memberi kita faham dan cuba faham....ada benda yg pemimpin cakap terus dan ada yg berlapik...almaklumlah pemimpin

    semasa pemerintahan ds khir dahulu mingkin ada yg beliau sendiri tidak sealiran dgn pemerintahan peringkat atasan tetapi beliau dgn cara beliau yg banyak tidak bercerita terbuka demi untuk tidak mengeruhkan keadaan & cara kepimpinan pakatan rakyat pula adalah bercakap secara terbuka walaupaun ia melibatkan pihak istana......dan saya pula tidaklah menyebelahi mana2 pihak,kedua2 ada cara tersendiri...yg penting kita berfikir mana kaedah yg lebih baik untuk negeri dan negara..itu saja

    ini pandangan saya sahaja...betul atau tidak ,ds khir yg lebih ariff....saya hanya menilai kepimpinan sejak dahulu lagi...baik bn atau pakatan..!

    cara pendekatan pihak pemerintah pakatan rakyat tampak lebih berani tetapi sacara keseluruhannya jika mengambil kira faktor yg lebih besar..AKHIRNYA ADALAH SEMUA PIHAK PERLU MENERIMA PERLANTIKAN INI.

    p/s kepada khalid sepatutnya kalau nak letak calon lain perlulah bertindak awal bukannya bila dah diwar2kan baru sebuk nak itu dan nak ini....nampak sangat kerja tunggu jadi isu baru nak kelamkabut...lepas tu seret rakyat sama menyemarakkan amarah....sudah2lah tu..lama2 rakyat mulai faham atau sekurang2nya mereka kena belajar memahami isu..mengapa itu dan mengapa kukan ini..dilakukan!

    ReplyDelete
  8. Anon 4.01.00:

    Kalau kau ahli Umno, aku tabik kau. Macam nilah ahli Umno patut melihat isu SUK ni. Komennya rational 'and based on pure management practices'.

    Isu ni adalah perbuatan biadap siSidik. Ada orang komen, diBlog Aspan Alias yg munking penjawat awam. Lemu, kambing dan babi pun terkejut apabila Sidik dilantik sebagai KSN.

    Apa salahnya pergi bincang dgn MB dahulu, Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri. Apa yg Sidik buat tidak adil kepada lain2 pegawai PTD Jusa B. Pi lantik orang Jusa C jawat jawatan Jusa A dan membelakangkan pegawai Jusa B. Berok, kambing dan babi pun terkejut dgn tindakan Sidik ni.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    "Campurtangan Politik dalam Perkhidmatan Awam". Tajuk Dato' Sri ni sangat baik.

    Perkhidmatan Awam TANPA campurtangan politik.
    Mula-mula karier Doktor:
    Nak jadi doktor, keputusan SPM mesti bagus. Nak dapat biasiswa, mesti semua A1. Dah dapat biasiswa, masuk matrik atau kelas persediaan.( matrik 1 tahun, atau kelas persediaan 2 tahun). pointer mesti 3.9 keatas.. malah sekarang mesti 4.0. ada ujian kesesuaian untuk jadi doktor. masuk universiti 5 tahun, lepas tu keluar buat housemen, kerja 8-5 ptg.. kemudian tagging atau on-call sampai malam atau pagi.. esok kerja lagi..Skim DU41 je. selepas 2 tahun housemen, baru ada peluang mungin DU44..nak sampai DU54..lama le. kena buat specialist 3 tahun lagi klinikal.Kalau dah specialist belum lagi DU54..tunggu dulu beberapa tahun baru lah DU54 kalau ada nasib. Nak jadi Jusa C. tengok nasib lagi. Ada rezeki dapat Jusa C, itupun dah tua bangka, atau mesti ada kepakaran istemewa. Penilaian prestasi tahunan mesti lebih 90.. sekurang-kurang nya tiga tahun berturut-turut. Itupun kalau dapat JUSA. Kalau Dapat JUSA C.. kena hempas pulas nak DApat JUSA B.. kemudian BARU JUSA A.jika ada rezki.

    Lompat JUSA C ke JUSA A??? mengikut JPA..sangat ketat syarat dan bak kata P. Ramlee.. hanya kadang-kadang dan jarang-jarang.. macam Dato KSN Selangor yang baru tu la. Rezki dia dan sangat cemerlang lah tu. Bukan nya dengki atau (sour grape)tetapi itulah hakikatnya skim perkhidmatan JPA ( yang di lalui kebanyakkan penjawat awan yang ikhlas ) jika tidak ada campur tangan politik.

    Ingin membuat penjelasan.. bukan dengki dengan rezeki seseorang.. tetapi ingin memberitahu orang awan yang tak reti skim kenaikan pangkat dalamn perkhidmatan Awam.

    Tanyalah guru-guru berijazah kita tu..Kebanyakkan nya pencen hanya DG48 - kalau ada rezki - .kalau tidak DG44 je.Dulu Nak lulus PTK pun susah untuk mohon naik pangkat.

    ReplyDelete
  10. Kenyataan Media MB Selangor:

    Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

    DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

    Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

    DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

    Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

    Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

    Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato' Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato' Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

    TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
    DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


    P/s: Saya tulis sebelum ini, Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan, maka buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor.

    Kenyataan media ini juga bisa memeningkan kepala Najib dan UMCO Selangor yang dilihat oleh banyak pihak seolah-olah mahu mengulangi kejayaan merampas Perak daripada Pakatan Rakyat di Selangor. Jika sidang DUN itu berjaya diadakan dan pindaan berjaya dibuat, apa lagi helah UMCO?

    Kenyataan ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British?

    Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!?

    ReplyDelete
  11. Kepada anonymous 3/1/2011 4:01:00
    Perkara itu tidak akan jadi masalaah jikalau MB Selangor mentadbir negeri menggunakan akal. Tidak Mahu bekerjasama tapi terus menghukum tanpa memberi peluang kepada SUK baru menjalankan tugas. Nampaknya MB Khalid ini dah awal-awal lagi dah komplen. Dia yang bodoh, ikut cakap cina DAP ni.

    Kak siti

    ReplyDelete
  12. ceh! sejak bila kerajaan selangor dan pr lain adil kpd pusat?

    ReplyDelete
  13. ruang bicara faisal
    fah bacake 2 komen dari org tanpa nama tu
    kenapa diam..dah takde ruang untuk berbicara
    sekarang nampak sapa bodoh u ke fekah.

    ReplyDelete
  14. Apa-apa pun KSN kena maklumkan dulu pada MB siapa yang bakal di lantik baru lah masaalah dapat di selesaikan.Apa yang DS katakan di NO 6 saya sangat bersetuju.

    ReplyDelete
  15. saya penyokong pkr..tapi bgi saya pkr semakin melalut..dan paling saya tak tahan..kenapa nak sanggah perintah sultan! sultan akan tetap akan ada di sana.kerajaan akan bertukar ganti.khalid tolong ingat sikit yg awak tu melayu.jgn diikutkan sangt nasihat dari kawan DAP awak tu.!mungkin pilihanraya akan datang saya dan kawan kawan penyokong kuat pkr melayu sebelum nie takkan mengundi pkr lagi!jgn nak politikkan semua benda.rakyat yg paling penting!dan sultan lambang negeri dan negara malaysia jgn di usik!bukan semua melayu macam awak khalid!kami bukan bodoh!

    ReplyDelete
  16. khalid bengong...faekah lawyer kampung.

    ReplyDelete
  17. Jawapan balas Setiausaha Sulit Sultan Selangor menjelaskan bahawa Khalid Ibrahim sudah putar belit kenyataan Tuanku.

    Bila Tuanku ada kuasa utk perkenan sesatu perlantikan maka Tuanku juga ada kuasa utk tolak perlantikan.

    Bermakna dalam kes ini, Tuanku telah guna budi bicara baginda & kuasa baginda utk terima perlantikan Khusrin sebagaimana diusulkan oleh KSN.
    +++
    Sultan ada kuasa eksekutif

    Oleh HELMI MOHD. FOAD
    pengarang@utusan.com.my

    SHAH ALAM 3 Jan. – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

    Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    ‘‘Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

    ‘‘Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

    ‘‘Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

    Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

    Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

    Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

    Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

    ‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

    ReplyDelete
  18. khalid panggil DUN tergempar pasal sultan suruh dia siap2 bungkus pari kot.....kah..kah...kah

    jangan rosakkan minda rakyat la do!

    pada aku la,mereka punya lakonan ni kalau ibarat tengok kat tv,aku tengok sekali imbas je la....tak de kualiti untuk mempengaruhi minda langsung!.....benggap! termasuk S/U politik dia..!memang benggap...mr bean lagi bagus...

    ReplyDelete
  19. Siapa perempuan sialan tu jangan kerana kuasa dan kekayaan semua bolih dan semua tak bolih jangan jadi enau didalam rimba kau perempuan tak layak berada dipentas politik kerana mulut kau tu lebeh teruk dari burit ayam kau perempuan tak kurang macam burung kakak tua dan tiong batu bolih bercakap tapi tak faham apa yg kau cakap kan hanya ajuk cakap org saja kau jadi keledai betina sikahlid yg macam budak baru belajar bercakap tak guna kau menyalak benda yg tak mampu kau pertahankan hanya kuasa kuasa yg diperturunkan dan mengikut undang undang tubuh negeri selangor saja lain dari kuasa itu bolih dibakul sampahkan atau dilobang jambankan saja.

    ReplyDelete
  20. Saya bukan orang politik dan bukan pakar undang-undang.Rakyat biasa sahaja.Saya minta kepada cerdik pandai teruskan hujah isu ini terutama apa yang ditulis olih 2 anon 3jan 3.27pm dan 4.01pm.Bloger-bloger yang telah beri komen sebelum ini jangan menghilangkan diri saya pasti anda berani kerana mendedahkan identiti anda.Anon yang dua tu tadi kalau nak ambil bahagian jangan macam orang jantan tiada telur.Sila dedahkan identiti anda.Saya jadi anon tak apa kerana saya ini peminat dalam isu ini dan tidak pandai seperti anda semua.Rakyat biasa ingin cari kebenaran untuk terjemahkan undi akan datang.

    ReplyDelete
  21. masalahnya Dato, ada orang lain yang lebih layak dari segi "kebolehan, kelayakan, kekananan", tetapi KSN memilih Khusrin...?? kenapa...?? adakah terdapat campur tangan politik parti di persekutuan???

    Mengenai paragraf 6, MB tidak dimaklumkan oleh KSN sebelum dihebahkan kepada media... dan Kerajaan selangor membuat pemilihan pengganti SUK sebelum Khusrin diumum oleh KSN... nampak sangat ada motif politik di sini dan kerajaan selangor menjadi mangsa... KSN bertindak "sangat tidak manis dan wajar" di sini...

    Mengenai paragraf 11... bukan kah selama ini menjadi pengetahuan umum mana mana kakitangan kerajaan yang pro pembangkang (terutama PAS) ditukarkan ke pendalaman dan hulu bana untuk bertugas... terutama guru guru.. malah pensyarah pun... ada kes pensyarah UiTM Shah Alam yang ditukar ke Sabah dan Sarawak semata mata mereka ini hadir selepas dijemput memberikan kuliah agama di markas PAS section 9... dan selama ini kerajaan persekutuan adalah diperintah oleh BN....

    Dato menulis... "Dato Ramli Mahmud, merupakan SUK semasa Barisan Nasional dahulu telah menjalankan tugas dengan baik kepada Khalid Ibrahim juga."

    Ini bukti bahawa pegawai kerajaan yang professional tidak akan mengalami masalah dengan kerajaan PR Selangor... kenapa selama ini Dato Ramli Mahmud boleh menjalankan tugas tanpa apa apa masalah dengan kerajaan PR Selangor...??? dato sendiri mengakuinya... Mengapa dengan Khusrin sahaja ada masalah... sebab Khusrin menjalankan tugas sebagai pengarah JAIS secara tidak professional....

    mengenai Paragraf 13... itulah sebenarnya campur tangan politik.... lebih baik tidak melantiknya sekarang daripada Khusrin diganti oleh pegawai lain kelak.... BTW.. Khusrin sudah pun didapati "tidak mempamerkan prestasi yang memuaskan dan tidak menjalankan polisi kerajaan negeri" semasa memegang jawatan Pengarah JAIS....

    ReplyDelete
  22. anon: Monday, January 3, 2011 3:27:00 PM GMT+08:00,

    Kerajaan negeri pun akui perlantikan Khusrin sah. apa hal pulak ko kata tak sah? baca kenyataan khalid hari ni. hahahah tak payah petik undang-undang kalau tak paham. Setakat ni belum jumpa sapa pun kata tak sah. Baca betul2.

    ReplyDelete
  23. Kuntakinte:

    Aku cakap tak sah berdasrkan rioh rendah Umno dan setiausaha sulit Sultan yang mencanagkan perlantikan Kusrin tu muktamad sebab telah mendapat perkenan Sultan. Adake dalam Art.52 cakap, perkenan Sultan diperlukan untuk mengesahkan perlantikan tu. Sultan pula ada cakap bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk memperkenan atau menolak perlantikan Kusrin. Baca betul2 berpandukan Art.52.

    Khalid cakap perlantikan olih SPA adalah sah berdasarkan Art.52. JPA kenalah bayar gaji Kusrin sebagai memangku Jusa A samada dia bertugas atau tidak. Tetapi sebelum Kusrin bolih menjalankan tugas sebagai SUK Kerajaan S'gor, perlantikan dia perlu diperkenankan dan diterima olih Kerajaan Negeri Selangor kerana mengilut Art.52, jawatan SUK tu adalah jawatan kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor. Jawatan tu berlainan dengan KPN Selangor, SPRM, Kastam dan lain2 Ketua Jabatan. Itu semua Federal post dan bukan State post. Untuk Federal post Kerajaan Negeri tiada kuasa langsong untuk menolak.

    ReplyDelete
  24. Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

    Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

    ReplyDelete
  25. Kuntakinte:

    Aku tak puas hati. Aku baca balik kenyataan Khalid. Mana ada Kerajaan Negeri akui perlantikan Kusrin sah. Ini petikannay: "DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)".

    Khalid cakap 'CALON2 YG DICADANGKAN' Sultan tak ada kuasa menerima atau menolak. Masa bila pulak perlantikan Kusrin diakui sah olih Kerajaan Negeri berpandukan pd kenyataan Khalid. Kau tak reti baca ke atau tak faham bahawa melayu? kau tunjuk aku mana kenyataan khalid yg mengakui perlantikan Kusrin sah.

    ReplyDelete
  26. Salam Dato Seri,

    Saya nak Dato' jawap dengan jujur & ikhlas.. Kalau Dato' duduk ditempat Tan Sri Khalid adakah Dato' akan menerima perlantikan Khusrin ini dengan hati yang terbuka?

    ReplyDelete
  27. kalau ikut fasal ini 52 : KSN boleh lantik mana2 pegawai yang difikirkan relevan olehnya ...... so apakah tafsiran "mana-mana pegawai yang relevan ini" .... kalau ikut tafsiran aku tak kisahlah sapa-sapa pun KSN boleh lantik tak kiralah JUSA C ke JUSA A ke atau Pegawai Belia Daerah pun boleh lah kot lantik kejawatan SUK ini kan... kan kan kan

    ReplyDelete
  28. anon yang sebut nama kuntakinte, sila baca:

    [Abdul Khalid berkata, bagi menjunjung titah Sultan Sharafuddin, beliau akan menulis surat kepada SPA dan akan dihantar hari ini atau esok bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

    Bagaimanapun, pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid mengakui bahawa pelantikan Mohammed Khusrin oleh SPA adalah sah di sisi undang-undang.

    ‘‘Sebelum penyelesaian muktamad dicapai dengan SPA, kerajaan negeri juga tidak mahu terlibat dengan sebarang majlis atau keraian dengan SUK.

    ‘‘Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan.

    ‘‘SUK juga tidak akan hadir dalam mesyuarat Exco atau pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai ex-officio tetapi boleh melakukan kerja-kerja SUK seperti menguruskan hal tanah dan sebagainya,” kata beliau.

    Ditanya sama ada beliau akan menghadiri upacara angkat sumpah Mohammed Khusrin di Istana Kayangan pada Khamis ini, Abdul Khalid berkata, beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan barisan Exco sebelum membuat keputusan.]

    p.s. - lain kali tulisla nama senang nak jawap... asyik anon saja.

    ReplyDelete
  29. Tkapayah hujah bijak2..
    modus operandi Pakatan Dajjal Khalid Gagap ini sememangynag untuk merosakkan segala institusi yang tidak memberikan keuntungan politik kotor mereka

    DAPig selaku penunggang utama kuda2 bodoh PKR PAS ini sedang gembira tersenyum dengn drama2 arahan2 mereka untuk melingkupkan segala institusi berkaitan Melayu dan Islam..

    so..Insya Allah, sokongan padu buat Dato Khusrin yang tegas lagi berwibawa..
    bukan mcm khalid gagap yang dayus lagi bodoh..
    curi pasir pun di halalkan..

    ReplyDelete
  30. Adoi laa..
    Anon Tuesday, January 4, 2011 9:36:00 AM GMT+08:00 sama jugak Anon Tuesday, January 4, 2011 9:59:00 AM GMT+08:00...

    Kah..Kah..Kah..Mu nie doh tertinggal bas ko.? Payoh baso..Wat malu jerkk..Eeeii, nok komen sgt, tengok la skit berito hari ni apo yg dibgtahu oleh SU Sulit DYMM Sultan...

    ReplyDelete
  31. Kuntakkinte:
    Yang kau quote: "Bagaimanapun, pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid mengakui bahawa pelantikan Mohammed Khusrin oleh SPA adalah sah di sisi undang-undang".Ini bukan press statement Khalid lah. Ini laporan wartawan shj. Itu sebab aku cakap tunjuk mana'press statement' dia yg mengatakan bagitu.

    Pencacai Semalasysi diatas telah pun menyiarkan 'media statement Khalid Ibrahim'. Hang pi baca.

    Kusrin, pegawai PTD Gred Jusa C telah dinaikkan pangkat olih SPA keGred B and seterusnya diberi jawatan memangku Gred Jusa A. Itu adalah dibawah bidang kuasa SPA. Siapa pun tak bolih pertikai. SPA pun bolih melantik Kusrin jadi SUK Perak atau S'gor atau NS atau Melaka atau Pahang atau PP. Itu dibawah bidangkuasa mereka. Tetapi sebelum dia bolih menjawat jawatan SUK itu, Kerajaan Negeri mesti bersetuju dan memperkenankan perlantikan itu. Ini disebabkan SUK bukan jawatan persekutuan tetapi jawatan Kerajaan Negeri. Kalau Kerajaan Negeri tak setuju, SPA kena cari orang lain yg kerajaan negeri bolih setuju. Sekarang S'gor tak setuju dan tak terima perlantikan Kushrin, itu sebab Khalid cakap Kerajaan Negeri akan bincang calon yg sesuai dgn SPA.

    Samada Kusrin jadi SUK atau tidak, dia tetap dapat gaji dan imbuhan2 Gred Jusa A.

    Kalau ikut amalan JPA lah, sebelum Kerajaan Negeri menyatakan dgn 'black and white' penerimaan Kushrin, Kushrin sepatutnya melaporkan diri kepada Ketua Pengarah JPA utk dapat arahan lanjut. KP JPA atau KSN tidak bolih menyuruhnya lapor kepada MB sebagai SUK sedangkan Kerajaan Negeri tak terima dia.

    Dalam kontek diatas, tidak dinafikan perlantikan Kushrin adalah sah. Yang bayar gaji 'federal officer' ialah Kerajaan Persekutuan. Tapi untuk menempatkan federal officer kejawatan State post spt SUK, ia perlu mendapat penerimaan dan perkenan Kerajaan Negeri.

    Yg hang sibuk sangat apa hal? Kusrin tetap dapat gaji gred Jusa A. Dari RM15k naik sekarang ke RM25K. Kalau duduk dlm Exco Negeri tambah lagi RM15k. Goyang kaki dapat peteh. MB ialah Khalid dan dia tak mahu Kushrin.

    Aku guna nama "PA".

    ReplyDelete
  32. sahabat sahabat bloggersn yg lainnya,
    Saya ingin jelaskan di sini,saya menerima empat orang setiausaha kerajaan negeri sepanjang lapan tahun menjadi menteri besar,mereka ialah Tan seri ambrin Buang,Tan seri Aziz Yusof,Dato setia Adzib dan Dato Ramli Mahmud.
    Saya tidak campor tangan dalam peerlantikan mereka,kerana saya tidak ada agenda pribadi dan boleh berkerja dgn mana mana pegawai yg dilantik oleh KSN.Baginsya yang penting ialah segala keputusan excio dapat dilaksanakan diperingkat bawah mengikut jangka masa yag ditetapakan.
    Alhamdulillah kesemua mereka ini masih diperlukan perkhidmatan mereka oleh kerajaan hingga hari ini.

    Saya lihat pandangan setia usaha politik Tan Seri Khalid adalah pandangan seorang yg tidak matang dan tidak tahu undang undang tubuh kerajaan negeri,malah tidak salah jika saya katakan beliau tidak ada pengalaman dan pengetahuan langsung dalam urus tadbir sebuah negeri.

    Apa faedah yg rakyat dapat dari semua senario ini,pentadbiran kerajaan terganggu,pegawai kerajaan rasa serbasalah utk jalankan tugas dan yang pasti semangat berkerja sepasukan pegawai kerajaan akan terjejas.Perkara ini boleh dielakkan jika Khalid Ibrahim terima dulu Khusrin sebagai Setiausaha kerajaan,jika ada masaalah maka Khalid boleh berjumpa KSN dan berbincang utk melantik setiausaha yang baru manakala Khusrin boleh di pindahkan ke pusat,Kaedah ini adalah yg terbaik tanpa mengaibkan mana mana pihak.
    mengapa kita harus ambil pendekatan yang merosakkan semua pihak?.

    ReplyDelete
  33. nak pinda undang2 tubuh negeri? cukup ke majoriti.hehe

    ReplyDelete
  34. Betul itu Dato'...........jangan layan pencacai dan pembodoh PR -PKR,DAP...mereka ini tak diri...saya menyesal bagi sokongan dulu kerana mereka penghancur umat dan agama ...kembali lah wahai orang islam melayu/Cina/ India perjuangan agama sebenarnya...bukan yang sekarang PR...

    ReplyDelete
  35. Salam Dato'

    Saya rasa Dato Sri miss beberapa poin, kalau Dato rasa Dato Ok.. Dato boleh respond. Guna saja nama saya sebagai "Tok fikir".

    1. Semua orang dah tahu, MB dan Exco kerajaan tidak sealiran dengan Dato Setiausha yang baru semasa beliau menjadi Pengarah JAIS lagi. Jadi apakah guna nya nak "cuba" dulu kemudian baru bincang nak tukar. Cuba Dato' Sri perincikan kos pebelanjaan yang terlibat apabila seorang JUSA A dipandahkan di atas arah KSN. Berpuloh ribu atau mungkin ratus ribu claim perpindahan nya. Lainlah kalau perpindahan diatas tindakan disciplin.

    2. Dato Sri bagi contoh semasa zaman Dato jadi MB dulu. Comeon Dato' Sri dari Umno/BN dan Kerajaan Persekutuan pula diperintah BN juga. Atau mungkin Dato kata pegawai tiggi kerajaan adalah "buta politik". Kita ni perpijak dibumi yang nyata Dato'. Dato ada berani "jamin" pengaruh politik tak campur pentadbiran penjawat awam.Kalau tidak tak le perlantikan seseorang tertanggoh kerana ada pelapor yang mengatakan van kepunyaan nya dilihat ditempat ceramah PAS... Cuba Dato' Sri commen insiden seperti ni.

    3 Saya suka pendapat seorang terdahulu sebelum ni yang bertanya..

    Harap Dato' Sri dapat jawap. Andaikan suatu masa nanti Dato' Sri jadi MB Selangor lagi, dibawah UMNO/BN. dan secara kebetulan Kerajan Persekutuan adalah dari PR. Kemudian Setiausha Dato dilantik oleh Pusat dari pegawai yang Dato Sri memang dah tak serasi sebelum ni. Ikhlas Dato Sri.. Dato Sri nak terima dan buat penyesuaian dahulu "trial and error" seperti yang Dato' Sri cadangkan di atas. Kalau Dato Sri kata "Ya". Bravo! Bravo! you are a genuine Leader.

    ReplyDelete
  36. kenapa lah jadi heboh dan kecoh begini tentang perlantikan suk selangor khalid gagap kalau dia rasa dia hebat sangat dan ahli2 pengikut setia dia pun sokong dia sangat usah lah cakap banyak the ball now at your foot you kick lah or you kill kerana pergaduhan dan sengketa ini tak akan berakhir kalau kalau gagap tunjuk handal dia nampak sangat hati dia busuk dan lantik lah orang dia suka gay ke lesbian letak je disitu tak ada siapa yang halang sebab selangor ada perintah khalid gagap yang dia rasa kedudukan dia atas pada raja lagi buat lah dan tunggu dan lihat dulu acara angkat sumpah suk yang baru itu di istana nanti kalau nak berpanjangan lagi takut nanti sudah gagap nanti bisu terus buat selama nya dan hilang mahligai yang indah itu sebaliknya ke distinasi terakhifr pergi nya allah taala melihat apa didlam hati gagap dan niat jahat nya tak ada rasa kesabaran sanggup memalukan seorang alim ulama saperti khusrin tu kebesaran allah taala cepat dia akan tunjuk siapa benar dan siapa khalid gagap amatilah....

    ReplyDelete
  37. Cakap kasar sedikit.... Betina FAEKAH tu Bodoh Binti Bangang... buat-buat macam pandai... Tu yang Si Gagap suka... dia tu kan penyedap si gagap..

    ReplyDelete
  38. Ini macamana ni Dr.Khir Toyo. Cakap Kerajaan Selangor tiada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Tapi Art.97 Undang2 tubuh Kerajaan Negeri Selangor jelas memperuntukkan kewujudan 'State Service Commission'

    Jadi jelaslah, Art.52 yg menyebut SUK hendaklah dilantik olih 'the appropriate Service Commission' bolih dikatakan merujuk kepada State Service Commission juga dan tidak kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

    ReplyDelete
  39. salam..

    Dato' seri tidak boleh lihat isu ini seperti Dato seri jadi MB dahulu.keadaan sekarang sudah berbeza.Dulu kerajaan persekutuan dan negeri satu kapal..sekarang sudah berbeza. fikirlah dengan rasional.

    Ibarat nak masuk rumah orang lain, mestilah tuan rumah yang memberi keizinan dahulu. bukannya main masuk ikut tingkap..ikut pintu depan laa dato seri.dah tuan rumah tak suka. takkan nak terhegeh-hegeh.

    Bn janganlah rampas hak orang lain. sedar diri. rakyat dah beri mandat kepada PR. biarlah mereka uruskan soal negeri bersama tuanku raja selangor. tidak perlu lah kerajaan persekutuan memandai-mandai..

    jika kerajaan persekutuan masuk campur nampak sangat sesuatu yang tidak kena.jangan nak twist ikut undang-undang ke, perlembagaan ke apa ke.. yang orang nampak, kerajaan persekutuan sedang membuli kerajaan negeri disebabkan tidak sekapal..

    ReplyDelete
  40. DS, inilah payahnya bila segala keputusan dinilai dari sudut politik. pihak yag merasa rugi atas perlantikan akan mecari dalih bagi menolak perlantikan tersebut. Sedangkan Khalid Ibrahim ada cara yg lebih baik untuk menyelesai masalah tersebut. Bersengketa dengan DYMM Tuanku akan merugikan politik PR sendiri. Saya percaya majoriti orang melayu akan menolak politik biadap yg menidakkan peranan sultan. Nasihat yg khalid terima dari Faekah dan tidak diperhalusi secara baik menunjukkan wajah sebenar PR yg mabuk kuasa serta lupa hari bila PR tumbang di Selangor kelak.

    ReplyDelete
  41. Yang Khalid tu apa masalah nya nak terima Dato Kushrin?Apa masalah nya? Cuba korang bagitau kalau ada jawapan..Kenapa sebelum ini, Dato Ramli Mahmud dan yang lain Khalid boleh terima? Ada masalah peribadi ke? Pada saya KSN melantik Dato Kushrin kerana beliau sudah lama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan tahu selok belok negeri ini..dan mungkin antara calon-calon yang lain, Dato Kushrin adalah calon yang paling sesuai..Adakah Khalid menghadapi tekanan dari Exco nya sendiri? Persoalan yang mengganggu fikiran kita..APA MASALAH TANS SRI KHALID DENGAN DATO KUSHRIN YANG BUKAN AHLI POLITIK PUN..

    ReplyDelete
  42. Dato seri, memang la sewaktu zaman ds dulu ds x membantah. KSN lantik orang yg dipersetujui semua pihak, SPA, MB dan sultan.

    dalam isu sekarang ni, KSN nak lantik orang yg bekerja utk MB, tanpa minta persutujuan MB sendiri dah lantik. jadi la isu.

    Di sini ds salahkan MB x terima dulu pelantikan. in the 1st place kenapa ds x pertikaikan dahulu cara pelantikan? nampak sgt ds bias.

    wassalam

    ReplyDelete
  43. Dato Seri,

    Dato' mengatakan menerima empat orang setiausaha kerajaan negeri sepanjang lapan tahun menjadi menteri besar.Dato' mungkin tidak menghadapi masalah kerana kerajaan pusat & kerajaan negeri dari parti yang sama..mungkin cara Tan Sri Khalid dalam menyelesaikan kemelut ini tak kena caranya.

    ReplyDelete
  44. Ramai betul pakar undang undang tubuh kerajaan negeri selangor. Masing masing dengan clause ikut acuan masing masing

    Yang jadi mangsa disini adalah rakyat negeri selangor. sekarang sudah ada dua kumpulan

    kesimpulan disini, apa dah jadi dengan muafakat.siapa yang untung dalam krisis ini

    Terlalu berpolitik sehinggakan kemajuan dan kemakmuran negeri terabai

    Biarkan pakar pakar undang undang tubuh kerajaan negeri selangor yang membuat keputusan

    tak perlu kita menjadi pakar undang undang yang tak bergaji memanaskan pentas politik negeri selangor yang sememangnya dah panas


    tunggu saja PRU13....biarkan rakyat selangor tentukan arah pentadbiran negeri akan datang dan pada masa yang sama, nilai semula kerajaan negeri sedia ada.

    ReplyDelete
  45. Salam Dato' Sri, Selamat Tahun Baru 2011. Moga Dato' Sri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    Memang panas isu pelantikan SUK Dato' Khusrin ni. Pada pandangan saya, YAB Tan Sri MB kita ni rasanya kurang cekap dan pengalaman dalam dunia politik masih kurang.

    Dato' Sri mungkin pure orang politik sudah masak dengan selok belok politik dan Tan Sri MB mungkin berharap pada DSAI dan orang-orang sekelilingnya yang juga kurang pengalaman politik mungkin? DSAI pun ada masalah dia juga.

    Kerajaan negeri sekarang sebenarnya sedang berdepan dengan sebuah kerajaan yang sudah berpengalaman berpuluh-puluh tahun dalam pentadbiran dan semua loop hole memang susah nak di cari. Bak kata pepatah melayu kita: "Aku lebih dulu makan garam dari kamu".

    Sedihnya kerana Tan Sri MB kita memediakan keputusan istana. Dan YB Seri Muda juga tak sepatutnya terlalu melatah umpama kucing nak mengawan. Beradab sopanlah sikit. Mana perginya kesopanan dan kesusilaan. Kita orang Melayu. Orang lain dia punya pasallah. DYTM Tuanku Sultan adalah payung kita.

    Pada saya semua ini adalah sesuatu yang amat menarik untuk diikuti kerana sudah tentu kerajaan negeri akan sedaya upaya menidakkan jawatan Dato' Khusrin tetapi pada masa yang sama kena akur dengan titah Baginda Tuanku.

    Macam mana nak pusing lagi ni. Tunggulah arahan dari de Facto Leader. Beliau lebih banyak pengalaman dalam bab pusing dan putar ni.. Kita ikuti kesudahannya dengan penuh minat. Bak kata Tan Sri MB, kita ikuti saja DRAMA ini.. Kita lihat siapa yang kena...

    ReplyDelete
  46. Alo klo BN nk jaga kroni je xkan le blambak2 pembangkang keje dlm kerajaan..pehal lak bila pembangkang naik xleh terima org BN? pilih kasih betul la

    ReplyDelete
  47. Salam

    Saya pun tak tahu lah apa masalahnya di selangor nie...

    Dato khusrin masa kat JAIS pun dah kena hentam..jadi SUK pun kena hentam..al-maklumlah pegawai kerajaan..saya yang menurut perintah..itulah nasib pegawai kerajaan..bila ikut law...kena hentam..tak ikut law...kata tak pro aktif..

    Isu dato khusrin nie sebenarnya lebih kepada masalah dendam atas apa yang berlaku di JAIS..pakatan nampaknya tidak berkenan dengan perlantikan Dato Khusrin konon kononnya nanti kalau jadi SUK dia akan buat hal..tak nak bagi sokongan pada pakatan..

    Tapi dengar kata..dengar katanya Dato Seri...SUK dah shortlisted 5 pegawai kanan...then hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...dan KSN pon mengadap tuanku minta perkenan..so tuanku perkenankan Dato Khusrin...So kalau betol lah cerita nie...kenapa MB tak mengadap tuanku awal awal padahal dah maklum bahawa Dato Ramli dah nak bersara...??

    Pada pandangan saya sebagai bekas pekerja Kerajaan Negeri Selangor dan Dato Khusrin juga saya kenal, semua pegawai Kerajaan negeri selangor tahu law..peraturan dan semua tindakan biasanya dilakukan berasaskan peraturan sebagai penjawat awam...dan ketika di JAIS pun Dato Khusrin melaksanakan arahan - arahan berdasarkan kepada peraturan serta arahan yang dikeluarkan..jadi sesiapa yang kata pegawai kerajaan yang tak ikut peraturan dah lama kena tindakan di selangor nie...

    Oleh yang demikian, sebagai pemimpin yang waras serta profesional..sepatutnya MB menerima lantikan ini secara terbuka...malah semua menerimanya secara terbuka...dan beri peluang untuk Dato Khusrin menjalankan tugasnya sebagai SUK yang baru..

    Adalah menjadi tidak adil kepada Dato khusrin kerana perlantikannya telah diperkenankan dan maruahnya sebagai pegawai kerajaan diperkotakkatikkan....

    Sudahlah hubungan MB dengan semua pegawai daerah dan Yang di-Pertua tidak baik...bertambah lagi dengan tak baik dengan SUK...saya ingat ada majlis yang kosong tanpa kehadiran DO dan YDP nanti...

    Semoga Dato Khusrin dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang....

    ReplyDelete
  48. Dato Sri.
    Jawap, jangan tak jawap tentang telahan Dato' Sri yang tiada masaalah dengan 4 orang setiausha sepanjang lapan tahun jadi MB tu. Kes nya mungkin seiras, tetapi tak sama la Dato Sri.

    Secondly.. Saya tak berapa setuju ( malah tak setuju langsong)jika ada pemberi pendapat mencela seseorang diatas sifat
    nya.. seperti "Gagap" atau pengunaan perkataan "Bodoh" kepada seseorang tertentu. Tuan/Puan Tanyalah, agama mana, tradisi mana, apatahlagi Islam.. mencaci mengenai sifat seseorang yang Allah beri, seperti si"pendek", si"gagap", hatta si "montel", si"bododh", si"peliwat" sangat lah di cela. Tak caya.. baca ayat:

    "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

    Kita mungkin tak suka seseorang tetapi jangan umpat sifatnya.

    Bagi Dato Sri dan moderator pula, adalah tanggong jawap Dato' Sri dan Moderator untuk menapis pencela-pencela yang mencela sifat seseorang ni.. kalau tidak Dato Sri bersubahat..

    ReplyDelete
  49. Sdr pencacai malayasia dan sahabat sahabat bloggers,

    Saya harap penjelasan oleh DYMM,berhubung kenyataan Khalid Ibrahim,yang jelas Mb ini telah bercakap bohong,bagi saya ini bukan kali pertama beliau melakukan perkara tersebut,beliau pernah berbohong dalam istana berhubung jumlah pendapatan kutipan pasir yang dianngarkan rm 150 juta tetapi pendapatan sebenar tidak sampai rm 8 juta,beliau juga pernah berbohong dalam dewan bila beliau mengumumkam pakej rangsangan ekonomim selangor sejumlah rm 10 bilion tetapi hingga hari ini tiada satupun yang dapat dilakukan malah perancangan pun tidak dilakukan.perkara ini berlaku pada tahun 2009.

    Bila kita berurusan dgn pihak istana kita perlu jujur dan jangan sekali kali menukar keputusan,saya mengenali DYMM selama 8 tahun ,DYMM merupakan seorang yg berpengalaman dalam pentadbiran dan mempunyai daya ingatan yg kuat,malah DYMM akan mengulangi keputusan yg dicapai dalam satu satu pertemuan berulang kali sehingga ianya dilaksanakan.
    Kredibiliti Khalid Ibrahim telah jatuh bila kenyataannya disanggah oleh pihak istana.Ini adalah satu pengajaran bila mana kita banyak bercakap kurang berkerja.

    ReplyDelete
  50. Sdr Bakhtiar dan rakan rakan bloggers,

    Khalid Ibrahim menggunakan pendekatan pembangkang,dia terlupa bahawa mereka adalah kerajaan di Selangor,sepatutnya ia menggunakan pendekatan yg lebih diplomatik,terima dulu utk beberapa bulan perlantikan Khusrin,jika beliau tak puas hati maka bolehlah disembahkan kepada DYMM Tuanku,sebab nya mesti kukuh,dan saya tak nampak ada masaalah utk menukar setiausaha pada ketika itu.sebab itulah bila DYMM Tuanku tanya Khalid Ibrahim kenapa tak mahu Khusrin,Khalid Ibrahim tak boleh jawab dan beri sebab yg munasabah.Terlajak perahu boleh lah ditarik balik tapi terlajak perbuatan,tanggonglah akibatnya.

    ReplyDelete
  51. Sdr Lokman dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Persoalan yg dihadapan kita ialah perlantikan telah dibuat dan perkenan DYMM TUanku telah diperolehi.Khalid Ibrahim patut tahu kedudukan beliau sebagai menteri besar adalah berkerja utk DYMM Tuanku memajukan negeri,bukannya mencari polemik politik.mengalah tak semesti kalah,ular yang menyusur akar tak kan hilang bisanya.

    ReplyDelete
  52. Sdr Faizal dan rakan rakan bloggers,

    Pegawai kerajaan telah dilatih tidak boleh memihak pada mana mana parti politik,dan mereka perlu menjalan tigas mengikut kerajan pada hari itu,bagi mereka tiada bezanya kerajaan bn mahupon pakatan rakyat,yg penting bagi mereka sesebuah kerajaan itu perlu bertanggongjawab utk memajukan negeri.

    ReplyDelete
  53. DSKT... sy amat bstuju adlh amat perlu Org Politik jgn campurtgn dlm urusan perlantikan & penjawatan kakitangan awam.. Biarlah kakitangan awam ditentukan hala tujunya oleh ketua mereka sendiri.. Banyak masalah kalo org politik masuk campurtgn...

    ReplyDelete
  54. dato' seri

    isunya sekarang siapa yg ada kuasa melantik KSN, maka tidak perlu saya ulas soal kecenderungan politik nie..nampak macam kartun..

    soalnya sekarang mudah, hal pentadbiran selangor sepatutnya hak kerajaan selangor bukannya kerajaan perseketuan..mudah kan..

    ReplyDelete
  55. Perlantikan SUK tak perlulah melibatkan pertikaian politik.buat malu PKR je.Dah tentu2 akan menimbulkan syak bahawa penjawat awam juga dipolitikkan.

    ReplyDelete
  56. Dr Mohamad Khir Toyo said...
    Sdr Faizal dan rakan rakan bloggers,

    Pegawai kerajaan telah dilatih tidak boleh memihak pada mana mana parti politik,dan mereka perlu menjalan tigas mengikut kerajan pada hari itu,bagi mereka tiada bezanya kerajaan bn mahupon pakatan rakyat,yg penting bagi mereka sesebuah kerajaan itu perlu bertanggongjawab utk memajukan negeri.

    Wednesday, January 5, 2011 2:14:00 PM GMT+08:00

    Look who is talking...yang peliknya, bila kerajaan BN yang campur tangan dalam pentadbiran kerajaan, separuh kerajaan atau pun swasta, tak apa. DSKT mungkin lupa atau buat-buat lupa atau buat2 tak nampak atau buat-buat tak tahu tentang campur tangan BN dalam badan-badan kerajaan seperti SPRM, RTM, dan lain2. Nak disebut lagi? TV3, Utusan Malaysia, Mahkamah dan entah apa-apa lagi....

    Kerajaan PR adalah sebuah kerajaan yang dipileh rakayat. Kerajaan tersebut seharusnya mempunyai pegawai yang kerajaan tersebut selesa untuk mereka berkerjasama...jika BN boleh dan biasa buat kenapa PR tak boleh buat??????? Gentlement la sikit....

    ReplyDelete
  57. DS...baik nye koner melalui soalan yg diutarakan. saya nak tanya DS katakan DS jadi MB selepas PRU13 nanti...adakah DS akan menerima SUK yg pernah dilantik oleh khalid? saya rasa DS akan memberhentikan SUK tersebut sebelum tamat kontrak.

    ReplyDelete
  58. Saudara Berita online,

    Suara memberi komen tanpa berfikir saya rasa? Bagaimana nak berkerja 1 pasukan kalau salah seorang anggota dari pasukan itu tidak boleh dipercayai...?

    ReplyDelete
  59. Agak terlewat saya memberi komen nih.

    Pada pandangan saya jawatan SUK negeri-negeri yang besar seperti Selangor, Pulau Pinang dsb. adalah JUSA A/B.

    Ini bermakna, mana-mana pegawai JUSA C yang dilantik sebagai SUK adalah diletakkan sebagai JUSA B, dan mana-mana pegawai JUSA B dilantik sebagai SUK diletakkan sebagai JUSA A. Satu kenaikan pangkat kepada mereka.

    Kebiasaannya Penasihat Undang-undang Negeri negeri besar adalah JUSA B dan begitu juga Pegawai Kewangan Negeri.

    Ketiga-ketiga mereka adalah ex-officio dalam EXCO negeri dan diperuntukkan kenderaan sama jenis dengan EXCO.

    Berhubung dengan State Service Commission plak Selangor dan beberapa negeri lain, kecuali Kedah, Kelantan dan Johor, tidak wujud Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Walau bagaimanapun, negeri-negeri ini mempunyai Perkhidmatan Negeri bagi pegawai peringkat bawah seperti pegawai sokongan dan bukannya peringkat pengurusan. Perlantikan adalah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Persekutuan dan penamatan kerja mereka pun dibuat oleh SPA atas cadangan Kerajaan Negeri.

    Untuk mengatakan Selangor mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri adalah suatu perkara yang kurang tepat.

    ReplyDelete