Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 5, 2011

Jangan Bebankan Rakyat Dengan Kos Kesihatan

1. Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care perlu diberi perhatian serius dan mendalam sebelum dilontarkan kepada rakyat. Kesihatan seperti pendidikan merupakan sesuatu yang dekat dengan hati rakyat.

2. Apa yang saya faham dari laporan akhbar, skim ini akan membabitkan tambahan potongan cukai pendapatan untuk dimasukkan ke dalam skim penjagaan kesihatan ini. Rakyat bayar 10%, kerajaan bayar 90% kos kesihatan setiap individu. Malangnya, kita tidak pula dijelaskan berapa kos 10% itu.

3. Bukan semua rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan, justeru jika 10% kos kesihatan ini perlu ditanggung pembayar cukai apakah bermakna mereka yang tidak membayar cukai pendapatan tidak akan membayar 10% ini. Jika mereka tidak membayar, ini bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan akan menanggung bagi pihak mereka juga. Jadi kos yang ditanggung oleh pembayar cukai akan makin tinggi lagi.

4. Seterusnya, mengapa perlu ada tambahan cukai pendapatan untuk dana 1Care jika kita telah pun membayar cukai pendapatan. Apakah kerajaan tidak boleh menguruskan wang cukai pendapatan sedia ada untuk diperuntukkan kepada penjagaan kesihatan?

5. Dari segi politik, menambah satu lagi bebanan cukai kepada kerajaan seperti mencipta tali gantung menjelang pilihan raya akan datang. Saya percaya tulisan ini juga tidak akan digemari oleh penguasa-penguasa di atas sana. Namun kepentingan rakyat dan parti lebih penting dari kepentingan Menteri dan pembuat polisi karut marut ini.

6. Sungguhpun di atas kertas nampak baik, rakyat bayar 10%, kerajaan bayar 90% bagi kos kesihatan namun pelaksanaannya tampak akan menjadi haru biru dan tidak masuk akal.

7. Selain itu, melalui skim ini rakyat diminta memilih klinik panel keluarga yang kosnya akan ditanggung oleh kerajaan melalui dana 1Care. Klinik panel keluarga ini merupakan klinik swasta yang tentunya akan mengena caj yang lebih tinggi daripada klinik kerajaan sedia ada.

8. Bayangkan mendapat rawatan di klinik swasta tetapi dibayar oleh kerajaan. Adakah sesiapa di luar sana percaya ia akan mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan kerajaan berbanding hari ini?

9. Jika sijil sakit (MC) dari klinik swasta pun sudah jarang dipercayai majikan kerana mudah dimanipulasi bayangkanlah jumlah tuntutan yang akan dibuat nanti.Saya khuatir skim ini bukan akan mengurangkan tetapi akan menyebabkan bebanan perbelanjaan kesihatan kerajaan akan meningkat lebih tinggi dari sedia ada.

10. Saya berharap ia tidak dilancarkan secara tergesa-gesa hanya kerana kepercayaan karut ia akan mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan kerajaan. Ambil iktibar dari kejadian Skim Subsidi Beras (SUBUR) yang dilancarkan untuk mengurangkan bebanan subsidi kerajaan akhirnya ditangguhkan kerana jumlah subsidi melalui skim ini meningkat berkali ganda dari skim asal.

Skim Warga Emas dan Penyakit Kronik

11. Banyak lagi pembaharuan dalam perkhidmatan kesihatan yang boleh dibuat berbanding mencadangkan penambahan kos kesihatan untuk rakyat. Saya berharap sebelum dimajukan lagi cadangan-cadangan yang hanya menambahkan beban rakyat, elok benar kerajaan berusaha mengurangkan beban rakyat terutamanya kumpulan warga emas dan pesakit kronik.

12. Rata-rata warga emas yang berumur 70 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti sakit buah pinggang, kencing manis dan jantung. Mereka ini terpaksa menanggung kos yang tinggi dan kadang kala terpaksa menahan sakit dari mendapat rawatan yang baik kerana kekurangan wang.

13. Kesemua penyakit ini memerlukan penjagaan sepanjang hayat dan kos yang tinggi, justeru kerajaan patut memikirkan skim khas untuk golongan ini sebagai membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka membangunkan negara selama ini. Sekiranya skim kesihatan warga emas ini berjaya bolehlah ia dilebarkan kepada golongan lain secara berperingkat.

14. Selain itu, Kementerian Kesihatan perlu memikirkan untuk menambah pusat dialisis memandangkan ramai rakyat Malaysia menghidap sakit buah pinggang. Saya juga berharap hospital-hopsital kerajaan yang mempunyai khidmat dialisis dapat menawarkan perkhidmatan di sebelah malam. Ini akan membolehkan mereka yang sakit buah pinggang mendapat khidmat dialisis pada waktu malam dan bekerja seperti orang normal di waktu
siang.

15. Dengan kata lain, Kementerian Kesihatan perlulah memikirkan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk rakyat tanpa membebankan rakyat. Jangan nanti Perdana Menteri begitu bersungguh mahu melaksanakan program mendahulukan rakyat, tetapi para menteri mencadangkan program menyusahkan rakyat.

36 comments:

  1. Kalaulah sume org umeno berfikiran ala2 dato' pun dah cukup utk saya nak terjatuh cinta ngan umno. Hanya org yg rasional sahaja yg dpt berfikiran sedemikian rupa. Ertinya juga org yg rasional pemikiranya adalah org yg berpaksikan agama. Bila beragama tolak rasuah, tolak bidah & toalk segala kemungkaran & kebejatan org2 yg tidak berpegang kpd agama. Saya yakin sedikit demi sedikit allah sirami dato' dgn Nur kasihsygNya, taufik serta hidayah. Insyallah.

    Anyhow syabbas dato'. Cayalah

    Sekali2 pendapat dato' ni cute juga kan...mcm hero tamil Madhavan.

    Aku memang pencinta Malaysia
    Tapi aku bukan org umno...

    ReplyDelete
  2. YB Khir,
    Biasanya saya tidak bersetuju dengan YB dalam banyak isu tetapi dalam isu ini YB mengemukakan pandangan yang patut dipertimbangkan oleh kerajaan. Izinkan saya berkongsi pengalaman saya terhadap hospital swasta ini. Perkara pertama yang ditanya apabila kita cuba mendapatkan rawatan di hospital jenis ini ialah " You bayar sendiri ke pakai kad kesihatan?" Bayar sendiri pun kena sembelih dan kalau gunakan kad kesihatan, ampunlah disembelih hidu-hidup!

    ReplyDelete
  3. Dr Khir,

    Memang hebat hujah2 anda yang begitu tepat dan mendorongkan pemikiran. Saya bersetuju seratus peratus dengan pandangan dan kupasan anda yang sungguh bijak. Sudah tentu hikmah yang anda memperolehi sebagai seorang doktor pergigian dan ahli politik peringkat tertiggi telah memberi suatu pemahaman dan perspektif ke dalam subjek in yang tidak semua orang boleh fatom dan menghayati.

    Akan tetapi, malangnya dan sayang sekali anda hanya mengembali suiman selepas didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah dan disingkirkan dari UMNO/BN dan jawatan2 kerajaan yang lain.

    Walaupun begitu, Dr Khir, tidak terlambat. Tolong ambil tindakan selanjut untuk membongkarkan (untuk kebaikan rakyat) segala kedunguan dalam kerajaan bila saja ada kesempatan. Anggapkan tidakan2 sedemikian suatu langkah taubat kerana bersubahat dengan syaitan pada masa lalu.

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  4. Saya setuju berkenaan dengan skim khas untuk warga tua. Memandangkan warga emas perlu diberi fokus.

    Apakah matlamat sebenar 10% bayaran yang hendak dibayar itu? Lebih baik digalakkan sahaja rakyat melabur di swasta berbanding terlibat dengan kerajaan. Risau makin terbeban rakyat angkara birokrasi...

    Sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  5. kalau nak kata tak setuju dgn ds ni...bodoh la saya rasa sebagai rakyat marhaen....kenapa bila kita berada dibawah dan tidak berkuasa kita berani bersuara dan selalunya suara kita rakyat rasianal dan suka atau suara kita nampak bagus sangat..!kenapa ds!

    yg saya pelik kenapa bila rakyat angkat dan bila dah berkuasa..suaranya tenggelam seolah2 diam..atau pemimpin hanya bersuara dalam kelambu....!entahlah>!

    apapun saya sokong la statement ini...tapi dulu pun ds khir ada mencadangkan kepada kerajaan agar menghapuskan saman ekor.>!tak de pun hapius sampai sekarang,persolannya mereka dengar tak!kalau mereka tak dengar ,ia ibarat kita cakap dgn kita je la kat sini..!

    saman ekor macamna..!ramai rakyat tunggu ini,saya bulan lepas dah terpaksa bayar 11 saman!ada harapan ke kerajaan mansuhkan!...kesian rakyat !

    berkaitan kad kesihatan ni,yg eloknya rakyat yg muda2 ni sedarlah,duit yg ada ambil insuran kesihatan,kalau masuk hospital swasta bil sampai 40,000 setahun pun baru bayar rm400....tak payah la sampai kerajaan nak buat benda2 ni...lebih baik kerajaan tumpukan kepada warga emas dan membantu mereka seperti apa yg ds cadangkan...saya setuju lebih2 lagi statement

    "Namun kepentingan rakyat dan parti lebih penting dari kepentingan Menteri dan pembuat polisi karut marut ini".
    NI BARULAH PEMIMPIN YG BERSUARA UNTUK RAKYAT..!
    JGN RISAU,KALAU MACAM NI LA DS BERSUARA,RAKYAT AKAN SOKONG DS...PEMIMPIN SEBAGAIMANA YG RAKYAT MAHU?.....PEMIMPIN YG DULU BUAT SALAH TAPI SEKARANG SEDAR KESILAPAN DAHULU DAN BERIKRAR UNTUK MENUBUS KEMBALI KESILAPAN DULU DGN BERJUANG UNTUK RAKYAT!....SENANG JE PILIH PEMIMPIN NI...TAK PERLU CARI YG BERJUBAH DAN BERKETAYAP BARU NAK DINILAI SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN.!!!!!JGN PENINGKAN KEPALA RAKYAT!SALAM

    ReplyDelete
  6. bagus pandangan DS, selama DS ada jawatan pun mereka x ambil pandangan DS, apatah lagi skrg yg DS kena tendang, syukur la klu DS dah bertaubat,tp seperti biasa la DS, sucikan harta DS dulu :-)

    ReplyDelete
  7. Sesuatu yg positif komen DS sejak2 akhir2 ini. Yang berlaku banyak menjadikan manusia semakin matang, rasional dan belajar menghargai apa yang ada disekeliling dan bukan yang menurut. Tahniah dan teruskan usaha.

    ReplyDelete
  8. saya menyokong skim penjagaan kesihatan nasional 1care nie..

    yg kena cukai tu pastinya org yang layak dan mampu..bawak2 lerr bersedekah dato' seri.. tolong orang yg musibah..buat apa rumah besar-besar jika orang lain merempat.

    cuma berharap tiada pihak yg mnengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang melampaui batas..

    sistem nie baik tetapi perlu dipastikan dipraktik dengan cara yang berhemah dan adil.

    ReplyDelete
  9. Salam DS, ini kali pertama saya bersetuju dengan DS,Saya rasa BN sedang menggali kubur mereka sedalam-dalamnya.Kalau idea karut marut seperti ini berterusan BN akan hilang selama-lamanya.Rakyat semakin menderita dengan kenaikan harga barang,gaji kecil dan belanja perubatan yang tak masuk akal.Harap DS akan perjuangkan isu ini tanpa rasa takut.

    ReplyDelete
  10. PEMBAYAR CUKAI PUN RAKYAT JUGA...DUIT BOLEH DATANG BEGOLEK? kERJE BEB...KALAU KERJE ASYIK DUIT PEGI KAT ORANG LAIN APA CITA....KAK SITI N.HALIZA BOLEHLA... KITE NIE POTONGAN CUKAI BERJADUAL...PENING DAHHH...TAMBAH TU LAGILAHHH... KO FAIZAL BERAHIM ADIK KHALID MB SELANGOR ...KAU DAH BAYAR CUKAI KE???

    ReplyDelete
  11. Dato' Seri,

    Tahniah kerana sejak akhir -akhir ini Dato' Seri semakin memahami suara hati rakyat.. tapi sayang perubahan Dato' ini berlaku setelah Dato' dikorbankan oleh parti yang Dato' wakili sekarang.

    ReplyDelete
  12. Salam DSKT.
    Untuk pengetahuan DS saya ada mengambil perhatian dan turut membahaskan dalam beberapa perkara yang dibangkitkan oleh DS,Saya sangat bersetuju dengan apa yg diperkatakan oleh DS,Rakyat bayar 10%, kerajaan bayar 90% kos kesihatan setiap individu itu terlalu subjektif kerna tidak mencerminkan nilai sebenar, kalau 10% drpd RM100 kira ok juga tp jika 10% drpd RM1000 sudah kira besar pada org yg susah

    1.Tidak mendapat rawatan sewajarnya.
    Sekiranya kerajaan melaksanakan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care ini akan mendatangkan beban kepada rakyat malah ditakuti mungkin sebahagian tidak mendapat rawatan sepatutnya, sedangkan pada masa ini di hospital kerajaan menetapkan sebahagian ubat diberi percuma dan sebahgian lagi perlu dibayar. Ubat yang perlu dibayar merupakan ubat-ubatan yang mahal.Kebanyakan pesakit yang datang ke hospital kerajaan adalah pesakit yang miskin (pesakit yg kaya akan pergi ke hospital swasta) dan biasanya tidak membawa wang yang banyak atau kad kredit, apabila dimaklumkan perlu membayar pada jumlah harga yang tinggi, mereka membatalkan dulu untuk membeli ubat tersebut dan berjanji akan datang semula untuk mengambil ubat tersebut(tapi sebenarnya mereka tidak datang lagi untuk beli)mereka akan pergi jumpa bomoh sebagai jalan pintas. Jadi pesakit tersebut menderita dan seterusnya meninggal dunia kerana mendapat rawatan yang sewajarnya.

    2.Masalah klinik panel.

    i. Saya kakitangan kerajaan ada mendapatkan rawatan di klinik panel, kadang klinik2 panel ini ada meminta supaya diisi 2 borang tuntutan, satu borang nama pesakit dan satu lagi penama yang dibawah tanggungan saya(hakikatnya hanya satu borang yang diisi pada sekali rawatan).Jika Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care dilaksanakan besar kemungkinan perkara2 sebegini akan menjadi lebih teruk lagi.

    ii. Pada masa ini kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pakar perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan dan hospital universiti untuk memberikan perkhidmatan kepakaran masing2 di hospital swasta. Pakar2 ini akan memberi dorongan kepada pesakit di hospital kerajaan untuk mendapat rawatan di hospital swasta dengan alasan senarai yang menunggu(waiting list) di hospital kerajaan terlalu panjang tapi jika di hospital swasta, masuk hari ini esok dah boleh buat pembedahan.
    Tetapi sebenarnya jika pembedahan itu dilakukan di hospital kerajaan doktor tersebut tidak mendapat apa-apa bayaran sedangkan di hospital swasta beliau mendapat sebahagian bayaran yang dikenakan keatas pesakit oleh hospital tersebut.
    Mungkin banyak lagi permainan kotor yang kita tidak nampak dan terlintas dalam fikiran kita pada masa ini.Sedangkan peruntukan kesihatan yang telah diluluskan dalam semua bajet agak besar,tapi rakyat masih perlu bayar.DIMANAKAH SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

    ReplyDelete
  13. Sdr Malim Deraman dan sahabat sahabat bloggers lainnya,

    Tanpa jawatan tidak menyekat kita dari terus berfikir utk kebaikkan rakyat,saya bersikap kritikal bukan sahaja sekarang tetapi masa dalam kerajaan juga begitu,saya selalu juga bercanggah pandangan dgn perdana menteri ketika saya menjawat jawatan.

    sayua tak pernah merasa takut utk mengeluarkan pandangan saya walaupun kadang kadang bercanggah dgn yang lain,kerana kerajaan tidak pernah menghalanmg rakyatnya bersuara.berhubunmg dgn mensucikan harta saya itu,biarlah mahkamah tentukan,dunia politik hari ini penuh dgn fitnah samada terancang,dirancang atau perancangan piohak pihak tertentu.

    ReplyDelete
  14. Sdr Bakhtiar dan sahabat sahabat bloggers lain,

    Saya masih belum terkorban lagi,segalanya adalah perancangan allah,saya sedang lalui satu ujian yg sangat mematangkan saya.kita sepatutnya jangan terlalu memandang serong pada seseorang terutamanya pemimpin tanpa memahami sesuatu perkara sedalamnya.jika koita orang yg berilmu kita akan nilai sesuatu perkara itu dgn fikiran bukan dgn emosi yg akhirnya akan merugikan negara sendiri.

    ReplyDelete
  15. Dr Khir,

    Anda berkata: "Tanpa jawatan tidak menyekat kita dari terus berfikir utk kebaikkan rakyat ..." Bagus & syabas. Teruskanlah perjuangan untuk "kebaikan rakyat". Tetapi maklumlah sebelum itu bahawa anda tidak selalu bertindak sedemikian.

    Itu sahaja, YB

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  16. Bila Suhaimi dongak langit meludah tinggi, ludahnya jatuh dan dia nganga dan telan kembali ludahnya? Jijik sungguh amalan sedemikian. Tapi itulah yang dilakukan oleh Suhaimi SriMuda Jadi Besar Kepala....

    Bagi menyelamatkan dirinya kini tertulis di blognya : {Baginda bertitah pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Muhd Khusrin Munawi adalah mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan juga Perlembagaan Persekutuan.

    Tegas baginda, isu perlantikan SUK tidak patut diperbesar-besarkan, dipolitikan atau disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

    Sehubungan itu, baginda menggesa semua pihak supaya memberikan kerjasama kepada Khusrin.}

    [sila rujuk http://srimuda.blogspot.com/2011/01/sultan-kesal-titah-baginda-dimanipulasi.html]
    [Posted by Shuhaimi Shafiei at Thursday, January 06, 2011]

    Terdahulu pada blog yang sama [blog dia jugak] Suhaimi SriMuda Jadi Besar Kepala menulis dengan angkuhnya:-

    {Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.}

    [sila rujuk http://srimuda.blogspot.com/2010/12/pandangan-saya-berasaskan-undang-undang.html]
    [Posted by Shuhaimi Shafiei at Thursday, December 30, 2010]

    Kisah ini sepertimana komentator acara sukan mengulas:

    "Itu dia Suhaimi SriMuda Jadi Besar Kepala meludah... tinggi... tinggi ke langit... ow.. Maslih lagi ludah itu di langit tinggi.... ow! Ludah itu jatuh mengikut graviti.... jatuh dengan laju sekali.... ow!... Suhaimi SriMuda Jadi Besar Kepala menganga... luas-luas nganganya.... owww!!!!.... Ludah itupun laju masuk terus ...Gol!!!!!!! Ke dalam mulutnya kembali..... Derhaka!!!! Ow!!!... Suhaimi SriMuda Jadi Besar Kepala...."

    As I See.... Suhaimi Is Cheating! Selangor InChange --> Servant Is Coming........ Sharing Is Caring....

    ReplyDelete
  17. http://selangorinchange.blogspot.com/2011/01/bila-suhaimi-dongak-langit-meludah.html

    ReplyDelete
  18. Salam Dato Sri...

    Alhamdulilah DS belum terlambat untuk menegur puak puak BN nih yang mempunyai pemikiran bagaimana nak masukkan duit/harta negara/rakyat kedalam poket mereka. Kita boleh lihat dan perhatikan puak menteri ni, mereka duduk dan buat program kemudian ?.>+= komisyen????sebagai contoh apa dah jadi program methadon dalam kesihatan yang digunakan untuk mengubati mereka yang ketagihan dadah...berjuta ringgit dibelanjakan setiap tahun tapi kesannya..ciput jah...belum lagi cerita tentang program PLKN..siapa dia sebenarnya disebalik tabir yang membuat untung atas angin...fikir fikirkan lah

    ReplyDelete
  19. Saya kakitangan kerajaan...agak berjawatan tetapi tak dapat kemudahan klinik panel, so terpaksa pergi klinik kerajaan...que bersama-sama orang ramai...tiada ada apa kemudahan diberikan wp sebagai penjawat awam. Inilah nasib penjawat awam di Malaysia...tiada apa kemudahan yang diberikan untuk rawatan di hospital atau klinik panel...tidak seperti kakitangan swasta atau syrikat, badan berkanun sept LHDN yang begitu banyak keistimewaan dimiliki....wbp saya masih bersyukur kpd Allah, segala rahmat dan rezeki yang diberikan..

    ReplyDelete
  20. saya ni tak pandai sangat lain2 hal ..tapi yg saya tau...

    "bukan nak mengata...tapi kalau nak tengok melayu jadi macam melayu singapura..undilah pakatan rakyat..!"

    ReplyDelete
  21. saya dahulu penyokong BN tp kalau kerajaan skrg asyik nk kenekan cukai pendapatan lagi pada pembayar2 cukai spt sy ni....rasa2nya election nnti sy nak pangkah pembangkang la pulak.....wassalam.

    ReplyDelete
  22. Idris Jala dan talent corp ni asyik dgn makmal, dia orang ni adalah dari kayangan dan melayu yg ada dalam talent ni adalah melayu liberal, tak ada agenda utk rakyat pun. Wahai Najib, berhentikanlah meka2 ni, tolonglah, ada yg dah tahu perangai meka2 ni. Kalu tersebar luas, org akan meluat dgn Najib.

    ReplyDelete
  23. Saya setuju dengan kemusykilan DS Khir. Kerajaan perlu memberi jawapan yg meyakinkan rakyat kepada soalan-soalan yg dibangkitkan jika masih mahu melaksanakan skim berkenaan. Memang wajar golongan warga emas (60 tahun ke atas) diberi perhatian khas kerana kebanyakan mereka tidak berpendapatan tetap atau lansung tiada pendapatan kecuali apa jua simpanan yg masih ada.

    ReplyDelete
  24. Saya setuju dengan tulisan DS Khir, saya mohon kebenaran untuk saya copy dan simpan di blog saya untuk rujukkan saya dimasa akan datang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  25. Sahabat sahabat bloggers,

    Pak menteri kesihatan telah mengumumkan dalam surat khabar hari ini,program ini akan diteruskan,tetapi beliau juga mengatakan kaedah sumbangan rakyat bagi skim ini masih belum diputuskan,bukankah ini salah satu tindakan terburu buru,saya yakin peristiwa SUBUR(subsidi beras utk rakyat atau beras percuma utk rakyat} pasit akan berulang.

    bagi saya perkara yg lebih penting adalah kerajaan menggunakan sumber kewangan yang ada utk mengawal kenaikkan barangan asas,gula naik dgn begitu tinggi,susu pekat akan menyusul,begitui juga dgn minyak masak dan keperluan lain,ini semua akan membebankan rakyat.bila rakyat rasa hidup tertekan rasa tidak puas hati akan memuncak dan akhirnya rakyat tidak peduli lagi dgn usaha pembangunan dan pembaharuan yg sedang dicuba oleh pucuk pimpinan,saya teringat pesanan almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abduul Aziz Shah ketika saya mengadap kali pertama dahulu,pesan Duli Tuanku,jaga perut rakyat bila rakyat kenyang mereka akan sokong kerajaaqn tapi bila perut rakyat kosong mwereka akan menentang kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the wise king have said a wise word... salute to the almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abduul Aziz Shah. lots of issue will arise when goverment try to implement new law before a thorough study... i can already see a few issue arise even i'm only a rakyat biasa. why give only rice and take away the meat from the people... is there no professional personal to help the goverment to make more money and give back to the people who deserves it???. if you want to join in politics, think for the people 1st and not just sit there with the fat pay check when u have been elected. there has been a lot of problem everywhere... why create more chaos instead of clearing it???

      Delete
  26. Dato Seri,

    Inilah masalah terbesar dalam BN.. Kenapa tidak dibuat survey dulu sebelum sesuatu perkara atau cadangan hendak dilaksanakan... Bila rakyat merungut barulah hendak ditungguh atau dibatal.. bukan ke nanti akan disebut oleh rakyat tengok tu kerajaan FLIP - FLOP,.......

    ReplyDelete
  27. WMU350...

    Tolong berfikir dgn waras sebelum terus mengeluarkan kenyataan. Tuan dah selidik atau bertanya ke rakyat melayu singapura tu??? Rasanya orang melayu yang malas nak berusaha je yg rasa tertindas. Tak payah kat Singapura, kat Malaysia nie pun kalau orang melayu malas, akan tertindas...

    ReplyDelete
  28. Salam.setuju dgn DS khir.sepatutnya kerajaan buat penambahbaikan perkhidmatan di hospital2 kerajaan.bekukan pembukaan klinik2 baru.bukannya tambah bangunan2 dan peralatan dalam keadaan doktor2 semakin kurang dgn membuka klinik2.dgn sendirinya mslh bil d klinik2 swasta mahal.mmg x ada pilihan org ramai lari dr hospital kerajaan dsebabkan perkhidmatan krg baik kpd org ramai.para menteri dan pembuat dasar dlm kerajaan suka ambil jalan mudah pada masa yang sama membuka ruang supaya orang ramai membenci kerajaan.tindakan seperti sabotaj dalam pentadbiran kerajaan

    ReplyDelete
  29. Salam. Ada betul juga dengan tulisan ini. Ianya tergantung pada kadar 10% yang perlu dibayar. Klinik swasta sememang mahal lebih-lebih lagi bila perubatan dijadikan satu perniagaan. Sebagai contoh, sebuah hospital swasta akan menghabiskan semua duit premium insuran atas alasan kos rawatan apabila kos melebihi premium yang ditanggung maka pesakit akan dihantar pulang. Sembuhnya belum tentu lagi. Dalam tulisan ini kebenarannya ialah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan. Untuk mendapat keuntungan kerajaan akan dicaj mahal-mahal. Ya, saya setuju dalam banyak kes kerajaan kadang-kadang membuat keputusan secara tergesa-gesa atas dasar kepentingan politik peribadi seperti subjek alam dan manusia menggantikan subjek sejarah, geog dan sains masa-masa lalu. Saya percaya banyak lagi. Kepada YB Dato' Seri saya mencadangkan supaya membantu ADUN BN yang kini kehilangan panglima dalam sidang DUN Selangor dan sentiasa memberikan kenyataan balas kepada sebarang isu yang dibangkitkan oleh pembangkang khasnya dalam Selangor.

    ReplyDelete
  30. Saya waras lagi dan saya tahu apa yg saya cakap....

    untuk saya saya tidak bergantung kepada siapa2 pemimpin pun...sama da pm bukan melayu pun saya..insyaallah boleh rasional...tapi apa yg saya kata adalah majoriti melayu akan bermasalah dan akhirnya yg tak malas pun akan susah contohnya ds khir...bila majoriti melayu susah dan malas...semua orang akan susah...tu la pasal saya berani kata negara akan lagi bermasalah....

    apa pun pemimpin dalam bn hari ini perlu lebih bertimbang rasa untuk rakyat dari memikirkan berapa banyak nak kaut selagi jadi pemimpin pemerintah...!tolong baca yg tersirat dari tersurat bila saya menulis..!

    ReplyDelete
  31. saya baru baca blog Tun Mahathir...dan saya pun nak kata yg saya ni bukanlah keterlaluan sangat menhyebelahi Tun tapi apa yg dia kata ada benda yg tersirat....bab melayu malaysia atau melayu kat singapura....jgnlah ada melayu singapura yg berkecil hati..cuma melayu malaysia perlu mempertahankan kuasa yg ada ditangan....kerana jika pakatan rakyat yg berkuasa..sah2 kepimpinan melayu akan berkurangan kuasanya...dan akhirnya makin meranalah melayu yg malas2 dan yg cakap banyak tapi tin kosong......!melayu ni memang kena dibelasah mindanya tapi bukan parti yg ditukart....!

    DIBAWAH INI ADALAH TULISAN TUN DIA PUN ADA TULIS PASAL MELAYU.....SEKALI LAGI MELAYU SINGAPIRA JGN AMBIL HATI...JIKA TERASA HATI SAYA MINTA MAAF,BUKAN NIAT TAPI ADA KALA HAL RUMAH SENDIRI KENA BERI PERUMPAMAAN BARU BOLEH NAMPAK..!PUN ADA YG TAK NAMPAK!ATAU BUAT2 TAK FAHAM..!

    1. Saya tertarik dengan komen-komen terhadap isu Kampung Baru dalam blog saya.

    2. Di antara yang menarik ialah cadangan supaya Kerajaan bangunkan Kampung Melayu moden dengan rumah-rumah kayu Melayu serta dilengkapkan dengan parit dan pokok-pokok.

    3. Ia boleh dijadikan satu produk pelancongan untuk menunjuk budaya dan cara hidup orang Melayu dahulu kala.

    4. Hanya saya tidak begitu senang jika orang Melayu dan kampung mereka menjadi produk pelancongan. Kita telah hentikan membawa pelancong melihat cara hidup Orang Asli kerana kita hormati mereka sebagai manusia dan bukan pameran muzium.

    5. Namun demikian cadangan ini patut ditimbang. Apa pun janganlah kita pamerkan kedaifan orang Melayu dengan rumah robek mereka yang terdapat sekarang di tengah-tengah ibu kota moden kita.

    6. Saya tidak setuju sama sekali cadangan Kerajaan memberi subsidi sebanyak 99.9 peratus. Mentaliti subsidi keterlaluan akan menjadikan orang Melayu amat lemah.

    7. Di Singapura kampung-kampung Melayu sudah pun dimusnahkan dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa supaya mereka hidup tidak lagi dikelilingi oleh kaum dan suku-sakat mereka. Dasar Singapura ialah untuk mengintegrasi semua kaum. Hakikat yang nyata ialah segala bukti usul-asal Singapura sebagai tanah milik Melayu hilang sama sekali.

    8. Hari ini Kerajaan Malaysia dianggotai oleh majoriti orang Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu. Janganlah kita yakin tidak akan wujud Kerajaan di mana suara wakil Melayu tenggelam hapus. Tanda-tanda ini boleh berlaku sudah pun ternampak.

    9. Jika pada masa itu pembaharuan Kampung Baru Kuala Lumpur dirancang, mungkin apa yang terjadi pada kampung Melayu di Singapura akan terjadi kepada Kampung Baru Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  32. Salam...Saya sungguh hairan dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan ds najib sekarang.Slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan rupa-rupanya dimaksudkan rakyat patut susah dulu,perut pemimpin bn dibesarkan.Buktinya banyak undang-undang digasetkan semata-semata untuk mencekik duit rakyat masuk kekantung pihak swasta dan kerajaan.
    Contohnya peruntukan RMT kepada pelajar2 miskin telah dikurangkan dengan banyaknya.Ada sekolah dari 100 org...sekarang 20 org saja yang dapat...ada yang seorang saja yang dapat...bengong mu.Dok reti la pemikiran pemimpin umno@sona.....Sepatutnya bidang pendidikan dan kesihatan tidak boleh dipolitikkan.
    Kalau begini corak pimpinan ds najib...InsyaAllah makin cepatlah Umno /Bn akan berkubur.Dan kalau berkubur...jangan haraplah nak bangkit.......Sekarang ni pun dok rok chetong.

    ReplyDelete
  33. saya rasa lebih baik anda ambil apa2 pendirian untuk diri sendiri.Dimana pendirian itu lebih kapada menyokong rakyat.dan tunjukkan ketegasan anda..Jgn babitkan diri dgn UMNO.Jika 1 isu anda hentam Pakatan rakyat,10 isu diorang bls blk.Saya pasti anda sukar untuk melawan semula kerana kedudukan anda semakin lemah.itu cuma cadangan saya untuk membantu anda.terpulang.

    ReplyDelete
  34. Tahniah DS..Teruskan bekerja untuk rakyat..InsyaAllah setiap makhluk tu tak terlepas dari buat kesilapan.Dosa kita Allah boleh ampunkan kecuali syirik.Saya doakan DS terus berjuang untuk rakyat dalam bidang kepakaran DS.Jazakallahu khairan jaza'.

    ReplyDelete