Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, January 24, 2011

Jangan Politikkan Isu Agama

1. Saya tidak bersetuju dengan kritikan Dato Seri Chua Soi Lek mengenai keengganan calon Pas, Puan Normala Sudirman untuk bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

2. Memang benar ada pendapat ulama yang membenarkan wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan dalam konteks bersalaman tangan. Namun secara asasnya Islam menolak persentuhan antara wanita dan lelaki bukan muhrim kecuali suami - isteri.

3. Justeru adalah merupakan hak Normala sebagai seorang muslim untuk menolak sebarang salam dari lelaki yang bukan saudara beliau.

4. Yang mengecewakan saya ialah apakah Presiden MCA sudah kehilangan isu untuk menarik sokongan masyarakat Cina sehingga terpaksa menggunakan isu-isu sensitif seperti ini? Dan apakah masyarakat Cina akan membuat keputusan hanya berasaskan pegangan agama Normala?

5. Adalah lebih baik pemimpin bukan Islam sama ada dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan tidak membuat sebarang komentar negatif terhadap isu-isu membabitkan nilai-nilai Islam yang mereka sendiri tidak mengetahui dengan mendalam.

6. Namun untuk "membelasah" Chua Soi Lek sahaja pun tidak wajar kerana Pas terlebih dahulu membenarkan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan menggunakan ayat suci al-Quran sewenang-wenangnya.

7. Malahan dalam banyak ceramah politik sebelum ini, ada pemimpin bukan Islam dalam Pakatan mempersoalkan keislaman dan keimanan pemimpin Islam dalam UMNO dan ia disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pas. Bukankah latahan Pas mengenai kenyataan Soi Lek ini menunjukkan sikap "double standard" dan talam dua muka parti tersebut?

8. Memang tunding-menunding ini tiada kesudahannya. Yang lebih penting ialah pemimpin politik jangan mencerca dan menggunakan neraca agama yang mereka tidak anuti untuk mengkritik penganut agama tersebut.

9. Saya fikir banyak lagi isu yang wajar dijadikan fokus dalam pilihan raya kecil ini berbanding isu-isu peribadi dan remeh temeh seperti ini.

57 comments:

  1. Dr. Khir,

    Suruh CSL bersunat dulu lepas tu baru nak komen pasal ISLAM...

    ReplyDelete
  2. Dr. Khir,

    CSL masuk bertabik, keluar bersalam...mana dia tahu bab hukum bersalam ni..

    ReplyDelete
  3. islam dah tuhan janji kan tak yah nak politik kan, islam itu agung. buat lah apa pun kelebihan islam tetap ada

    ReplyDelete
  4. Dr Khir,.. barangkali dalam banyak isu, mengapa isu ini yg dipembesarkan... isu yg terlalu lemah & daif yg dibangkitkan oleh CSL yg popular dengan isu moral beliau... mengapa kekadang org utama politik (presiden MCA berfikir gostan). Nak menagih apa sebenarnya, lebih baik wartakan apa yg kita tahu, dari mengulas diluar pengetahuan.. "mencucuk belon & tunggu meletup"...

    ReplyDelete
  5. Dr..
    terima kasih byk2 kerana berani myatakan kbanaran dalam hal ini. dr.terima kasih moga Allah melindungi dr. spt mana dr. mempertahankan agama nya dari dihina... tentang ayat al-quran dibaca oleh bukan islam saya rasa terlalau sempit ruang ini untuk berdebat mgenainya namun saya ttp yakin tiada kompromi dalam mempertahnkan agama ALLAH... thnks dr..

    p/s: ketua pembangkang baru ni truk sgt la dr. umno tkde org lain ke... ptut dr. ambik balik la... lemah dgar ucapan nyer kosong trus...

    ReplyDelete
  6. DR..
    Dulu kita ada Islam Hadhari.. Sekarang tak tau le.. Tugas menjelaskan isu asas berkenaan Islam ni;
    1) bersalam dengan bukan muhrim,
    2) memberi Salam ke atau cukup dengan "salam 1Malaysia",
    3)memakai tudung,
    4) pengasingan lelaki-perempuan dalam koc yang penuh sesak,
    5)laungan Azan,
    6)bukan Muslim masuk Masjid,
    7)Orang Islam bekerja ditempat arak,
    8) penjualan arak di Kedai Seven eleven, 9)Perakuan status "Halal" dipremis makanan ]
    10) dan lain-lain perkara asas dalam Islam
    bukan tugas parti pembangkang je!.. Semua Orang Islam akan dipertanggongjawapkan, tetapi kebertanggongjawapana tu ada juga gred-gred nya.
    a) Sultan
    b) Mufti
    c) Pemimpin Negara/Menteri
    d) Pemimpin Negeri/Dun/Wakil Rakyat
    e) Ketua Masyarakat
    f) Ketua keluarga

    di atas kuasa yang ada pada mereka.

    Kalau Ketua MCA, tu sepatutnya PM le betulkan, dan ia mesti dilakukan dan di"lihat" melakukan. Kalau orang lain buat boleh juga, tapi tidak adalah "qudwah hasanah" (ikutan baik) nya tu dilihat oleh rakyaat. Rakyaat akan kata.. alahai.. PM pun tak komen apa, macamana di tak perlekeh Islam.

    Begitu juga dengan caci seranah keatas individu yang ditulis kat blog ni (seperti sigagap, sipeliwat dan sebagainya )..orang yang membaca akan berkata Alaihai..moderatornya (Dr Khir sendiri atau proxy Dr ) pun setuju dengan perkataan kesat, caci serahan tu.. sebab tu di siarkan..

    Kalau kita memperkatakan sesuatu7 yanfg melibatkan kepentingan rakyaat atau maslahah umum, ulama berselisih faham dalam hal ni. Tapi bagi saya, ungakapan siGagap, atau sipeliwat atau si bacul, tidak ada kena mengena dengan maslahah umum dan ia tak patut diberitempat dalam blog ini, Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam Dr. Khir Toyo,

    Ini saya quote kata TPM:..
    Ditanya mengenai calon PAS yang mendakwa BN gagal memahamkan komponennya berhubung adab Islam berhubung wanita tidak dibenarkan bersalaman dengan lelaki, Muhyiddin berkata:

    "Tak payahlah kita komen macam-macam. Yang pentingnya, kita tumpu kepada perkara-perkara lain. Itu yang lebih utama".

    Apa macam komen Dr. Khir. Adakah TPM tak mau komen, tak tau nak komen, Islam tak suruh komen? atau takut komen makan tuan?..

    ReplyDelete
  8. Dr.Khir,

    Inilah pemimpin kita bila bab bendera parti kena bakar, risalah mengarut,cabut poster cepat je dia orang komen, bila benda penting macam ni kata "tak payah komen", silapnaya pada orang kita juga apabila kita tidak menerangkan kenapa & mengapa, apabila Islam itu dilihat ekstrem atau penganas kita menyalahkan mereka pula...

    ReplyDelete
  9. bagus juga komen dr toyo kali ni...harap harap sudah insaf...

    ReplyDelete
  10. menteri2 umno ni mana berani komen.....depa lebih takut hilang undi dari hilang redha Allah.....lagi pun kebanyakan menteri2 umno ni memang dok salam laki perempuan.....memang terkena sungguh kat batang hidung sendiri......wamakaru wamakarallah.....ya Allah......tunjukkanlah kami semua jalan yg lurus...

    ReplyDelete
  11. Islam tak boleh kompromi dalam soal hukum hakam. Dr nak kalih isu pada PAS semula seolah-olah menegakkan benang basah.

    ReplyDelete
  12. Doktor Khir, selesai kes mahkamah ni, samada benar atau salah, berundurlah dari bidang politik jikalau ianya lebih banyak menimbulkan fitnah dan kekeliruan. Bukan mudah untuk berjuang sebagai pemimpin yang di redhai Allah SWT dan disenangi rakyat.

    ReplyDelete
  13. Kenapa Utusan Malaysia senyap dalam isu ini? Kalau yang sebut itu dari DAP atau Pakatan Rakyat , nescaya jadi tajuk utama muka depan. Tapi kalau dah orang sendiri , senyap ya.
    Nampak sangat pilih bulu. Malu.

    ReplyDelete
  14. Sultan-Sultan Melayu yang dikatakan sebagai ketua yang menjaga kesucian Agama Islam (Konon) mestilah mengambil tindakan Tegas keatas mereka-mereka yang menghina Islam. Tapi malang........!

    Kenapa dan mengapa?

    ReplyDelete
  15. Salam YB Dr Khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Bila agama dipolitikkan maka inilah jadinya. Sedangkan sesama Islam pun bertelagah bab politik, inikan pula yang bukan Islam.

    Rasanya dah memang adat kita sedari dulu memang bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kita tak boleh nafikan itu semua.

    Jadinya bila terjadi isu sebegini tatkala kempen PRK Tenang sedang rancak, masing-masing akan berhujah demi apa... Demi politik sebenarnya...

    Wassalam...

    ReplyDelete
  16. Salam Azamie...

    Dulu orang Melayu banyak yang mengamalkan amalm kurafat dan yng bercanggah dengan Islam. Apabila kita belajar memahami Islam, kita mula celek dan faham diantara yang ini Islam , yang ini adat. Jadi kenyataan

    "Rasanya dah memang adat kita sedari dulu memang bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kita tak boleh nafikan itu semua."

    tidak harus lagi dipakai, setelah kita faham dan difahamkan tentang Islam.

    Berhujjah mengenai bersalaman diantara bukan muhrim.. BUKAN nya isu Politik.. ia adalah Isu kefahaman tentang Islam.
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Dr. Khir,

    Nampaknya senjata dah makan tuan...Bab ni sensitif blogger pro BN pun dah mainkan isu gambar calon PAS di tenang di majlis doa selamat..yang nampak lawak gambar tu macam tak real je.....

    ReplyDelete
  18. Salam semua..dan khasnya buat yb Dr..nmpaknya hayat UMNO memang semakin di penghujung..makin lama makin melalut2...sbb mngkin semuanya dah uzur..or dah terlampau kenyang...hinggakn soal yg remeh temeh hal brsalam ni pun jd pertikaian..mgkin juga Umno dah hilang arah dan pedoman...bila melihat..GELOMBANG PRU13 ni nanti,,saya melihat ianya lebih DAHSYAT dari PRU12...sbb dulu 2008 dlm PR kurang publisiti..tp skrg publisiti dah seimbang....!!sekian.tk.Wak Kapar

    ReplyDelete
  19. azamie said :Rasanya dah memang adat kita sedari dulu memang bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.......adat kita?????oooo.....silap tu .....bukan adat kita......tu adat orang yg jahil agama sahaja......

    ReplyDelete
  20. Salam Dr

    Mohon penjelasan dari Azamie berkaitan salam yang dinamakan sebagai adat dan dibolehkan antara lelaki dan perempuan ajnabi.

    Harap beliau tidak keliru dan pukul rata tentang hukum dan adat.

    Kalau benda dah haram , jauhkanlah
    kalau dah buat tu, tinggalkanlah

    ReplyDelete
  21. Penyakit dap dah menjangkit pada mca. CSL patutnya jangan biadap dan cuba masuk campur urusan agama islam. Cubalah CSL wakil dari DAP, sy percaya Nik aziz akan keluarkan fatwa baru. Politik sempit csl membuat orang melayu makin meluat pada kaum yg tak sedar diri.

    ReplyDelete
  22. Salam Dr

    Saya ingin menyuarakan rasa sebal dalam hati apabila UMNO masih membisau seribu bahasa tanpa sebarang tindakan apabila Dr Chua berterusan menghina Islam. Terbaru apabila beliau mempersoalkan apa signifikan Nilai Islam kepada kehidupan beliau.

    Pada pendapat saya, beliau telah semakin banyak membuat penghinaan kepada Islam, namun UMNO (sebagai parti orang Islam didalamnya meskipun campur sikit dengan bukan Islam) tidak membuat apa-apa tindakan mencegah.

    Bagaimana pula reaksi apabila pihak luar seperti Kartunis Denmark membuat penghinaan yang sama (melalui medium kartun). Kita sanggup berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Danmark. Namun bila terkena batang hidung kita, maka kita sesenyap tikus basah.

    Dr
    Terima kasih kerana telah bersuara, namun saya merayu dengan kedudukan Dr sebagai ahli parti UMNO, bersuara kepada pihak atasan supaya isu ini ditamatkan dengan segera.

    Thanks

    ReplyDelete
  23. Tu la padahnya bila Umno tak pernah tunjukka contoh Islam kepada rakan komponen mereka...

    Kalau dari dulu umno praktik Islam, CSL dan lain2 takkan jadi macam ni...

    Bagaimana nak tunjuk Islam sedangkan 'First Lady Of Malaysia' kita tak tutup aurat? siap berlaga pipi dengan pelakon bollywood... peluk mesra dengan lee chong wei...??

    Agaknya CSL akan diam jika cikgu Mala buat macam yg FLOM kita buat.... Eeiiii, minta simpang laa...

    Benar, BN kontang idea!

    ReplyDelete
  24. Sebagai rakyat pembayar cukai yang tak ada kepentingan mana mana pihak aku rasa dan lihat dengan jelas akan kepincangan UMNO atau BN memperjuangkan kedaulatan tanah air, ke MELAYUAN, atau pun agama yang dijunjung dan dianuti. RAkyat kat luar seperti aku ni cuma menyokong kerajaan tau parti yang berjuang atau nampak berjuang untuk kepentingan rakyat. Kami nampak, kami rasa dan kami nilai. Kalu lah sekali pun PR tak baik untuk memerintah sekurang2 nya PR adalah pilihan selain drp kerajaan BN yang terang2 nampak sudah tidak ada agenda perjuangan untuk negara, bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  25. Mana PERKASA ? Mana GAPS ? Mana UMNO ? Mana Utusan Malaysia? Mana orang yang akan buat demo kalau yang salah itu dari Pakatan Rakyat? Cukuplah dengan hipokrit-hipokrit ini.
    Rakyat dah tau sekarang siapa mereka sebenarnya.

    ReplyDelete
  26. Setuju! it is a very fair judgement. CSL inetention is mainly targeted to create the sentimen and gain support from Non Malay voter through this topic, he did not expect the Malay to responce to this topic. Some how I agree CSL technic is able to achive the purpose in certain extend,BUT i personnely do not encourage this method for the same reason explained by Dr Khir.

    ReplyDelete
  27. Saya nak komen Kulaan Niring,
    "Cubalah CSL wakil dari DAP, sy percaya Nik aziz
    akan keluarkan fatwa baru."..
    Ini adalah satu komen yang nakal dan tidak bersandarkan fakta.
    Realitinya CSL adalah ketua MCA dan komponen kedua besar BN. Orang yang terdekat dan faham tentang Islam lah patut dahulu menasihati CSL..yang tu Kulaan cadang le.. mungkin angahnya handak mencuba... dari kulaan jua..

    ReplyDelete
  28. Dr. Khir,

    Rasanya MCA, GERAKAN & MIC dalam BN seumpama BN mendukung biawak hidup...macam - macam dia orang minta tapi apa sumbangan ketiga - tiga parti ini dalam BN, mereka yang buat taik,UMNO juga yang nak kena cuci........

    ReplyDelete
  29. Dr Khir,

    Apa bezanya MCA dan DAP??? Satu dlm PR dan satu lagi dlm BN, TAPI cita-cita tetap sama. Memperjuang bangsa sendiri...Rasis! Tidur bantal lain-lain tapi mimpi tetap sama. Memang benar kata saudara BAHTIAR, apa gunanya mendukung biawak hidup! UMNO sudah lama ditipu oleh MCA, skrang biarkan giliran PAS pulak ditipu DAP.

    Dr, ada ke pemimpin MCA sokong Dr dlm kes yg Dr alami skrang ni?

    "Selangor ku Sayang"

    ReplyDelete
  30. terima kasih kerajaan yg pernah menaja saya belajar sehingga saya berjaya skrg ini.namun,tidak bermakna saya akan menyokong parti di dalam kerajaan. sedarilah saudara bahawa allah menyayangi saudara spt hamba2Nya yg lain. walaupun keputusan mahkamah menyebelahi saudara kelak, rakyat ada jawapannya tersendiri.

    jgn dicemari generasi & zuriat kami lagi. syukur kami tidak dianugerahi 'kecerdikan' menipu/memutarbelit/tidak amanah/munafiq spt sebahagian drpd ahli dlm parti yg saudara sanjungi itu. saya & anak2 muda lain yg profesional sama sekali tidak bersetuju & meluat dgn ketidaktelusan selama ini.

    kami dahagakan pemimpin yg boleh menegur kami sekiranya kami salah & bukannya bersekongkol melakukan kemungkaran..

    -suara warga muda-

    ReplyDelete
  31. Salam Dr.
    Saya ingin komen sikit dlam hal2 begini biasanya orang melayu yang mengaku islam lah yang membuka ruang kepada orang bukan islam untuk berkata tidak baik kepada islam. Orang BN lah yang tunjuk jalan kepada bukan islam jadi besar kepala.lebih-lebih peranan yang didalngi oleh media massa yang menyokong kerajaan sehingg membuatkan ornag benci kepada kerajaan. Sebenarnya rakyat tidajk benci kepada kerajaan tetapi disebabkan kerenah media massa memfitnah pembangkang dan mempolitikan isu-isu sensasi dan tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang.ini membuatkan rakyat benci kerajaan dan memberi simpati kepda pembangkang
    PERLU DIINGAT SOAL SALAM ADALAH HAK INDIVIDU, TERPULANG KEPADA DIA SAMAADA NK BERSALAM ATAU TIDAK. SIAPA PUN TAK DE HAK NAK PERSOAL

    ReplyDelete
  32. Kulaan Niring ni nampak nya kuarang betul pengetahuan dalam agama...ya lah dalam umno ni dengarnya ada ulama...rupanya ular dalam semak..

    CSL dah hina org islam...geng ular dalam semak ni diam seribu bahasa...ya lah mungkin salam dengan bukan muhrim ni dah jadi adat dan meletakkan melayu sebagi pegangan dan bukannnya islam sebangai tunjangnya....tu lah yg CSL dok perlekeh islam semua diam seribu bahasa....

    Baik Utusan, Perkosa dan geng ular dlm semak dalam ni diam seribu bahasa.....nak bagi kuasa kepada sultan...berdemo beribu2 orang...Islam kena hina...senyap dan pekakkan telinga....rakyat dok menilai lah semuai ni......Malulah Khir...

    Sekarang Khir bersuara...suara dah tak lakudah...sorry ya khir...reality

    ReplyDelete
  33. Salam.....nampaknya rakyat semakin cerdik dan sangat cenderung ke arah menuntut hak masing2...jd pilihan yg tepat...PRU13 adalah PR..!!Tq.Wak Kapar

    ReplyDelete
  34. Kepada saudara kluk klek, kenapa marah sgt ngan Kulaan Niring, UMNO pun anda marah jugak! Anda sudah tentu maklum CSL tu kapiq...jadi maki hamun la dia! Sapa la Kulaan Niring tu...dah tentu level agama dia bwh sikit Nik Aziz (sori KN)...Tapi Nik Aziz penah komen Eli boleh bogel sbb dia kapiq dan bogel dlm umah sendiri...Nik Aziz kata kapiq buleh translate Quran ikut kepala dia sendiri....
    Apa lagi Bro, sound la TGNA tu...
    CSL = kapiq
    TGNA = Isle
    Jadi better la tuan-tuan nasihat pak-pak janggut dlm pas tu...

    "Pasti PR tiada lagi selepas PRU13"

    ReplyDelete
  35. Utk -suara warga muda- Thursday, January 27, 2011 1:32:00 AM GMT+08:00

    Anda yakin ke Dr Khir lakukan kesalahan? Anda yakin ke Anwar tidak meliwat? Anda yakin ke Ahli UMNO to munafik? Ahli PAS macam mana pulak? Ahli PKR???

    Dik, hendak la berbaik sangka dgn sesama Islam, selagi tak terbukti di mahkamah dunia, Dr Khir tidak wajar dihina. Akhirat tak payah cerita la...
    Anda kata anda professional, kalau stakat professional dimulut bukan di otak, jahanam negara!
    Tan Sri MB, professional,,,betul...masa kat PNB la...dah jadi politican ni...PRO lagi ker???

    Suara Warga muda...fikir la secara professional!!!!

    ReplyDelete
  36. Dr.Khir,

    Kita mesti ingat walaupun MCA dari BN dan DAP dari PR, tetapi dalam banyak isu mereka bersatu suara. tetapi kita UMNO & PAS nama je satu bangsa & satu agama tetapi tidak sependapat dalam banyak perkara. Sebab kita suka dengki mendengki, cantas mencantas, busuk hati, tak suka orang lain lebih dari kita...

    ReplyDelete
  37. SdrAnonymous..
    Saya ingin memberi respond

    a)....Tapi Nik Aziz penah komen Eli boleh bogel sbb dia kapiq dan bogel dlm umah sendiri..

    >>Maksud boleh disini bukan Islam membolehkan nya.. Tapi dia nak bogel dalam rumah dia dan secara kebetulan ada orang mengintip. kalau tak de pengintip..No hal dan no case... sama seperti orang Islam berbogel ketika mandi di bilik mandi. Kalau tak de pemgintip.. itu adalah diantara dia dan Allah. Atau orang cina non-muslim boleh makan berton-ton ba'alif ba ba ya bi..tapi kalau dia makan dalam rumah dia dan tak ganggu orang Islam..No hal dan Noi case.

    b)..Nik Aziz kata kapiq buleh translate Quran ikut kepala dia sendiri....

    .. well agreed..again disini "boleh" disini bermaksud "they can do it as they wish" Mereka tidak ada hidayah.. habis mereka nak faham dan translate Quran ikut cara kita?..Kalau mereka translate Quran dan faham Quran macam kita .. mereka akan kata..." kami adalah orang sesat dan kami akan masuk neraka " !!! gitu ke..

    Sekali sekala.. kita cubalah memahami apa yang dimaksudkan..Sama seperti dulu kenyataan mengenai Allah dan Samseng. .. Logiknya kalaulah Allah tak lebih berkuasa dari para Samseng ni...Samseng ni lebih kuat dari Allah ya?..meaning Samseng lebih Samseng dari Allah ?.Dah tu siapa yang nak tangkap Samseng ni nanti? ...Sedangkan jika Allah ingin menyeksa sesuatu mahlok.. sesunggohnya seksaan Allah itu lah yang paling "kau"... Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tapi kalau dia menyeksa.. sesungohnya seksaan Allah tu lah yang paling pedih...

    ReplyDelete
  38. Salam..kataorg sudah terang lg nak bersuluh...inilah hakikatnya politik masakini..kecenderungan rakyat hampir keseluruhannya nakan perubahan dan pembaharuan...bukan ubah setakat pembalutnya aje..tp dgn isi2nya sekali...klu ubah pembalut je..isinya tetap sama...takde maknanya..perangainya mcm tu jugak..peraaabiihhh...duit rakyat je...akhirnya rakyat jugak yg susah keje tak abis2...24jam...demi utk sesuap nasi...inilah bila nilai ringgit kita makin lama makin turun..dan kadar inflasinya meningkat...bab yg ni para pemimpin negara tak nampak ke..atau buat2 tak nampak akan kesusahan rakyat...baik yg mkn gaji mahupun golongan peniaga...sama2 merasai akan tekanannya....amikla iktibar wahai pemimpin2...yg berjiwa RAKYAT la yg RAKYAT nak..!!...tk.Wak Dol

    ReplyDelete
  39. Dr. Khir,

    Bukan ke dulu CSL pernah menjadi menteri diKementerian Kesihatan...Tolong beritahu CSL "Pakai sarung la bagus supaya tak kena penyakit berjangkit" he...he....

    ReplyDelete
  40. Pada anon yg tak berani letak nama tu, sy belajar ngan N.Ajis. Dia nie jenis manusia yg memberi muka pada DAP, apa salahnya kalau sesekali bela pulak CSL, raja prono. Baik CSL mahupun mana2 cina DAP, baik yg telanjang sampailah boleh berjoget dalam kawasan masjid, begitu juga yg boleh terjemah ayat Allah mengikut sesuka hati mak bapa mereka... semuanya cuba memperlekeh umat islam. Pada sy tulisan DR merupakan teguran kepada CSL dan beliau sebagai ahli umno berani tegur secara bertulis. Tak pula Dr Khir keluar fatwa untuk halalkan tindakan biadap CSL. Sy rasa dlm tempoh pengantungan Dr Khir, eloklah beliau belajar dengan N.Ajis tentang ilmu keluar fatwa. Baru seimbang kelak bila bukan islam akan makin kurang ajar. Sy tak setaraf dengan N.Ajis kerana pada saya beliau hanyalah orang politik yg sempit otak dan tukang karut dari PAS. Walau sy bukan ahli mana2 parti tapi sy sangat benci pada orang politik yg mengambil kesempatan dengan menjual agamanya demi kuasa. Lebih baik sy tidak mengundi pas kerana sy tidak mahu terpalit dengan najis ciptaan mereka.

    ReplyDelete
  41. memang celaka lah MCA, sejak BN hilang 5 negeri....dr pornstar ni meraban sahaja...betuilah kata dr....dah tiada isu ke MCA, Gerakan nak memancing kaum cina ini...kalau dah tak reti baiklah bubar jek parti tu....musibat tahap cilaka sungguh..menyusahkan UMNO

    ReplyDelete
  42. Dr, Khir..
    Cuba Dr Khir bincang pula tentang
    F.L.O.M. nampak banyak kekeliruan disini..
    Ada berani ka...

    ReplyDelete
  43. Dr., Saya nak komen mengenai topik lain. Saya nak tahu mengapa kerajaan sewenang-wenangnya nak menukar karya seseorang (Interlok) hanya untuk "political mileage"? Sedihla, saya nak melihat kerajaan yang lebih firm, tegas, tak mudah takut dengan ugutan. Rasanya lebih ramai diantara yang akan menyukai kerajaan yang bersifat tegas, dan tak mudah diugut. Caca marba nanti sejarah negara.

    ReplyDelete
  44. DrKT,
    Mengharapkan pemimpin UMNO menegur kritikan Dato Seri Chuah Soi Lek adalah seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Mana mungkin, mereka menegur kritikan tersebut apabila mereka sendiri dengan senang lenang mengenepi dan mengabaikan hukum Allah. Itulah hakikatnya. Dalam hal ini, pada pandangan saya, situasi isu-isu yang Doktor bangkitkan mengenai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah berbeza. Janganlah kerana Doktor mahu dilihat sebagai seorang yang rasional dalam kritikan doktor terhadap CSL doktor beralaskan kepada isu-isu tersebut. Ia adalah isu yang berbeza doktor...

    ReplyDelete
  45. besa lah Dr....
    MCA buat tak pa...
    suruh perlahan kan azan pun...senang2 je dapat ampun dari Melayu Islam...

    cuba kalu DAP yang buat
    mau nye kene bedal siang malam pagi petang
    sampai tujuh keturunan disebut2

    hehehhe....jangan marahhhh

    ReplyDelete
  46. Dr Khir,

    Sebenarnya ramai perempuan2 di India, tidak kira agama mereka, tidak bersalaman dengan lelaki bukan saudara-mara. Itu hanya budaya Asia & Timur dan tidak menjadi suatu isu yg besar. Jadi saya juga tidak bersetuju dengan kritikan Dato Seri Chua.

    Tambahan pula, saya juga akur dengan kenyataan Dr Khir, yakni “[a]dalah lebih baik pemimpin bukan Islam sama ada dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan tidak membuat sebarang komentar negatif terhadap isu-isu membabitkan nilai-nilai Islam yang mereka sendiri tidak mengetahui dengan mendalam."

    Akan tetapi, saya juga (dan saya yakin Dr Khir akan akur) berpendapat bahawa adalah lebih baik pemimpin Islam sama ada dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan tidak membuat sebarang komentar negatif terhadap isu-isu membabitkan nilai-nilai agama lain2 yang mereka sendiri tidak mengetahui dengan mendalam.

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  47. Yang nyata makin ramai PEMIMPIN PKR dah tinggalkan anuwar...

    Org PAS je yg sokong. Heran betul la...org dalam nampak kepincangan yg teruk..

    org PAS terhegeh-hegeh lagi ditunggang ANUwar..

    sedarlah org PAS..kembali ke perjuangan asal anda..(cuba layari http://kickdefella.wordpress.com/), betapa pimpinan PAS dah terpesong..

    PR12 keatas PR adalah undi protes ahli umno ngan atas pagar..

    Ya Allah selamatkanlah negara malaysia ini !!..

    YopDkota

    ReplyDelete
  48. Sahabat sahabat bloggers,

    Politik orang melayu hanya berani mengata antara satu sama lain terutamanya soal agama islam,kita jarang berani memperkatakan bila soal agama islam dipertikaikan oleh orang bukan islam.
    Bertambah sedih lagi punca masaalah adalah datangnya dari orang bukan islam tetapi akhirnya ia menimbulkan perdebatan antara kita sesama islam,peliknya ia menjadi serangan peribadi antara kita sesama islam.
    Keadaan ini menambah parah lagi perpecahan antara sesama islam,yang saya lihat tidak akan ada titik pertemuan utk membincangkan perpaduan ummah.ini menyebabkan kita semakin lemah dan semakin berpecah,ia amat merugikan kita dan mudah utk kita dipermainkan.

    ReplyDelete
  49. Salam Dr,
    Sekarang ni pemimpin2 Melayu tak ada yang berkalibre seperti pemimpin2 sebelum Pak Belah. Semua nya bacul dan mungkin juga kurang berilmu.
    Bak kata orng daulu-daulu, mereka ni patut kita sunatkan sekali lagi.

    ReplyDelete
  50. Salam Dr. Khir.
    Komen Dr tentang kata mengata di antara orang Islam saya puji..khusnya perkataan "..,kita jarang berani memperkatakan bila soal agama islam dipertikaikan oleh orang bukan islam ..."

    Secara Ikhlasnya..dalam hal ini siapa yang perlu mengambil "lead" dalam menangani isu seperti ini. Mungkin kita menjawap.. semua orang Islam, tak kira parti PAS atau UMNO..khususnya Ulama dalam kerajaan dan luar kerajaan.

    Cuba kita lihat mekanisma dakwwah dan penyelesaian yang kita ada.. kenapa JAKIM, IKIM, dan menteri hal Ehwal Agama tidak menggerakkan tenaga mereka mengambil "lead" dalam menyelesaikan masalah dan issu ini. Well.. kita boleh kata kenapa PAS tak buat?..Saya lebih suka dengan soalan kenapa agensi kerajaan yang lebih berkuasa tidak ambil "lead".. Apa komen Dr. -- member kulaan Niring..

    ReplyDelete
  51. Eleh salam lelaki perempuan pun jadi isu. Itu sebab orang PAS tak ada SEX education.

    Bersalaman tak menjadikan perempuan itu hamil. Yang jelas Islam Arab terang2 mengatakan kaum yang menjadikan wanita pemimpin mereka dikutuk Tuhan.

    Jadi PAS ini dikutuk oleh Tuhan kerana menjadikan Normala pemimpin mereka sedangkan perempuan tidak boleh keluar tanpa muhrimnya.

    Suaminya dikira dayus kerana membiarkan bini dia berkawan dengan lelaki kafir Cina dan India.

    Nak ikut cuti sakit pun dah habis..kekeke

    ReplyDelete
  52. PAStaktenanglaig.. kalau setakat cakap komen kosong mcm ni budak tahun 5 pun boleh, belajar lah komen seperti orang yang boleh berfikir dan beragama ;)

    ReplyDelete
  53. Saudara Pas taktenang,

    Saudara jangan lah sama islam Arab dengan Islam M'sia, Islam Arab Mahzab apa? Islam m'sia mahzab apa? bangsa arab belum tentu islam.. balik belajar lagi...

    ReplyDelete
  54. ASSALLAMUALAIKUM DR...SBNR nya saya teramat suka dgn pemimpin yg berani berckp benda yg betul walau pun teramat pahit utk org lain menerima apalg kena pd kroni...kita manusia melayu Islam sampai skrg masih lg tk habis tuding menuding jari..jauh disudut hati teramat kecewa la sgt...org UMNO ke PAS ke semua nya baik2 belaka...tk lupa juga pd PKR..org MCA,MIC,DAP,GERAKAN,semua nya baik2 belaka...tak boleh ke kita berpolitik dgn cara yg lebih adil dan aman..jgn main kan isu sensitif..saya tgk pd kehidupan rakyat Malaysia masih aman dan damai lg...tp di dlm hati masing2 mungkin tersirat mcm2 perkara..tp semua nya mahu kan keamanan...keamanan bukan bererti kita berpuashati tentang apa yg telah kita kecapi skrg..berterima kasih dan bersyukur juga tak boleh di politik kan,pembaharuan politik jgn di kait dgn kekacauan...saya amat berharap DR berterusan berani kata apa yg benar..menyokong tak semesti nya penyokong..tak sokong bkan bererti tak setuju,setuju tk semesti nya suka...ini lah hakikat pemikiran mungkin segelintir dr org seperti saya..yg mahu kan pemimpin yg baik..Wassallam.

    ReplyDelete