Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, January 13, 2011

Menjawab Khusrin

1. Saya menerima penggantungan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS)oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan hati yang terbuka kerana sememangnya saya telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit baginda dan DYMM Tuanku Sultan sendiri pada 7 dan 10 Disember 2010. Ia bertujuan untuk mendapat perkenan memulangkan sementara darjah kebesaran tersebut sehingga kes saya selesai.

2. Saya terima anugerah daripada DYMM Tuanku justeru sewajarnya saya mohon perkenan baginda untuk mengembalikan sementara, yang sudah tentu sama maknanya dengan digantung. Saya tidak berhak menggantung pingat anugerah Tuanku sebab itu saya mohon perkenan mengembalikan sementara. Saya juga tidak boleh memulangkan terus pingat tersebut kerana ia menunjukkan sikap kurang ajar dan biadap seorang rakyat kepada DYMM Tuanku dan institusi Istana.

3. Saya tidak berada di dalam mesyuarat Dewan Diraja pada 11 Disember 2010, justeru saya tidak tahu sama keputusan menggantung pingat saya melibatkan surat tersebut atau tidak. Saya hanya dimaklumkan bahawa DYMM Tuanku dan Dewan Diraja telah menggantung pingat saya. Justeru saya beranggapan tindakan tersebut berkaitan dengan surat saya kepada Istana bulan lalu.

4. Namun kenyataan Dato Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com,

"Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya", menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan yang negatif.


5. Saya tidak pasti sama ada ia kenyataan penuh Dato Khusrin atau ditulis semula oleh media massa. Jika ia kenyataan SUK yang baru ini, maka beliau sewajarnya mendapat penjelasan daripada Setiausaha Sulit Tuanku terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan menafikan kenyataan saya dan seolah-olah saya ini seorang penipu dan pembohong.

6. Inilah yang dikata orang, pokok jika rebah kura-kura pun boleh memanjat. Apa pun saya terima ini semua sebagai lumrah kehidupan.

7. Bagaimanapun sama ada penggantungan ini bersandarkan surat saya atau tidak, ia tidak lagi penting. Apa yang penting ialah menghormati keputusan DYMM Tuanku Sultan Selangor yang menggantung S.P.M.S dan saya pohon pihak media tidak lagi menggunakan gelaran Dato' Seri dipangkal nama saya.

63 comments:

  1. salam dr. perumpamaan itu begitu mnyengat sekali... saya berharap dr. bersabar. bagi saya dr tetap seorg pemimpin muda yang berpotensi.. tapi percayalah mmg ada org yg ingin lihat dr. dinyahkan terus dr politik ini agar mudah golongan ini menaiki tahta. lebih bahaya lagi mereka ini dalam parti dr. sendiri..saya berharap supaya dr. membalas semua ini dalam sidang DUN akan datang dengan bersetuju dengan pindaan yg di bawa MB sekarang.

    tapi malangnye skiranya itu blaku adakah dr. sanggup hilang semua nya atau mmpu taggung tindakan yg lebih teruk dr itu mcm anwar ibrahim. saya rasa dr. sabar je la...

    ReplyDelete
  2. Kesian Dr, hidup ni mcm roda ada pasang surutnya.. mungkin ini ujian Allah dan mungkin ini kifarah Allah.. apa pun bersabar dan reda.. mungkin ada amanah lalu yg kita abaikan selama memegang tampuk pemerintahan, apa pun renungilah kesilapan masa lalu, dan bersyukurlah kerana Allah bg peluang untuk kita kemabli ke jalan yg lurus, kerana ujian dan kifarah Allah tu tandanya Allah amsih sayang pd tuan.

    ReplyDelete
  3. Sebab tu saya suka Dato Sri. Tak suka perapkan sesuatu isu terus aje menjawab bila ada kesempatan. Syabas!

    ReplyDelete
  4. mungkin maklumat yang Dato' Khusrin dapat tu tak disertakan dengan kronologi dari bulan disember. Mungkin juga Dato' Khusrin tak diberitahu oleh pegawai2 yang terlibat bahawasanya Dr telah menulis surat kepada Sultan pada pertengahan Disember.

    sampai skarang saya rasa pelik. kalau betullah ada kesalahan sewaktu pembelian hartanah tersebut, sepatutnya yang kena dulu adalah VALUER. dia yang buat penilaian, sepatutnya dia yang kena dulu. VALUER di govern oleh dia punya professional act, code of conduct segala bagai yang dia perlu patuh. sepatutnya tiga2 sekali kena, tapi dua orang saja kena. pelik.

    kalau nak kena, tiga2 patut kena dan kalau bersih tiga2 patut bersih...sebab tiga2 pihak terlibat..

    ReplyDelete
  5. teringat pepatah melayu..hidup seperti roda...ada kala di atas dan ada kala dibawah....apabila kita di atas, jgn lupa pandang org bawah..dan apabila di bawah,banyak2 lah bersabar.....

    ReplyDelete
  6. salam dr,pada pendapat saya terpulang kepada niat seseorang itu untuk melakukan apa sahaja perkara di dunia ini.jika dr memang berniat ikhlas hanya ALLAH sahaja yang layak mengadilinya dan begitu juga sebaliknya.mengenai politik semasa di selangor ini dan malaysia khususnya saya berpendapat jika sekali pun parti PKR ini memegang tampuk pemerintahan negara,adakah ada jaminan yang mengatakan bahawa pemimpin mereka tidak akan melakukan kronisme,nepotisme atau apa sahaja bentuk penyelewengan seperti yang telah dilakukan oleh pemimpin umno sebelum ini? jawapan nya sudah pasti tiada jaminan.cuma apa yang menyedihkan saya perebutan kuasa dan pengunaan cara kotor dalam menjalankan misi politik parti masing2 menampakkan semua pemimpin akan mengambil kesempatan di atas peluang yang ada dan bagi kami rakyat jelata,apa yang kami mampu lakukan ialah sekadar melihat samada berapa pantaskah seorang pemimpin itu mengumpul harta kekayaan di atas kuasa yang dimiliki.

    ReplyDelete
  7. subahanallah.berbanyakan bersabar,solat taubat,zikir, baca al quran.ini semua ujian dari ALLAH dan natijah dari apa kita (manusia) telah lakukan selama hidup di bumi ALLAH ini.

    ReplyDelete
  8. 6.' Inilah yang dikata orang, pokok jika rebah kura-kura pun boleh memanjat. Apa pun saya terima ini semua sebagai lumrah kehidupan.'- sudah rebah ka bro?...

    ReplyDelete
  9. I am not a fan of yours, in fact i support DAP. But I don't think its right for the various quarters to "kick someone when he is down".

    So GOD bless, and all the best .

    ReplyDelete
  10. saya rasa penjelasan mcm ni sgt bagus utk elakkan fitnah malaysiakini...

    syabas DS !

    ReplyDelete
  11. nasib la Dato Sri, eehh Dr. What goes around, comes around.

    ReplyDelete
  12. Isu tuan ini boleh dispin ikut mana jua arah yang dimahukan iaitu mengikut kecenderongan politik masing-masing.

    Lazimnya, tidak mungkin sesuatu pingat kebesaran ditarik balik cuma kerana seseorang itu dituduh melakukan itu dan ini.

    Kalau setelah diputuskan bersalah, logiklah ianya ditarik. Makanya dalam kes tuan, sudah tentu penarikan pingat dibuat susulan permintaan dari pihak tuan sendiri. Noktah.

    Chinglot

    ReplyDelete
  13. Salam,
    siapa yang benar ?
    A. SUK Dato Kushrin
    B. (Dato' Sri) Dr. Khir Toyo
    C. Malaysiakini.com
    D. Pegawai Istana sultan

    mesti ada yang putar belit ni? mesti ada yang kata MB khalid Ibrahim punya angkara /. hehehe

    ReplyDelete
  14. "Bagaimanapun sama ada penggantungan ini bersandarkan surat saya atau tidak, ia tidak lagi penting."

    Salam Dr...
    Saya rasa statement di atas boleh di persoalkan lagi..
    1. Penggantungan bersandarkan surat.
    2. Penggantungan tidak bersandarkan surat.
    Confuse ni dr.... sebab dr kata ini tak lagi penting.... lain macam jer ni...

    ReplyDelete
  15. Khir Toyo,
    Terserah kepada yang Maha Isa untuk menentukan perjalanan mu. Kau hanya mampu bertaubat dan muasabah diri dan tuhan akan menentukan semuanya.
    Say seorang pengundi di Selangor saya menolak kepimpinan saudar pada pilihanraya lepas, kerana saya fikir parti yang saudara terajui di negeri ini, jauh terpesong daripada asas perpenubuhannya di Istana Sultan Abu Bakar pada 1946. Cara hidup saudara dan juga penyokong parti sokongan saudara juga terlampau daripada kemampuan pendapatan. Nama saudara kini mulai tercemar, dihina, dimalukan aadalah balasan daripada yang Maha Isa. Tidak lewat lagi untuk saudara bartaubat dan memohon maaf kepada kami. Masa di atas saudara lupa di bawah bila di bawah baru teringat dah jatuh ke bawah. Pohon maaf jika tersinggung perasaan saudara. Ini adalah ikhlas dari saya.


    SBJ

    ReplyDelete
  16. Dr Khir, i am not your fan either. Remember the old saying ' What goes up, must come down' that is the Newton's theory. Like or not we must accept it! What else in politic do we expect..at least you are aware who is Dato Khusrin now.

    ReplyDelete
  17. Dr..
    Bersabar aje lah Dr..apa ada pada pangkat dan harta...ingat wahai anak adam..hanya 3 perkara sahaja apabila matinya anak adam akan dibawa bersama iaitu...anak yang solleh yang sentiasa mendoakan ibu/bapa...sedekah jariah dan ilmu yang bermananafaat/berguna ...amin

    ReplyDelete
  18. Salam Dr Mohamad Khir......dont worry, one day you will bounce back...

    ReplyDelete
  19. Saya meluahkan rasa simpati saya kepada Dr. Saya tahu Dr. sedang di serang dalam dan luar, harap banyak bersabar. jika Dr. di pihak yang benar, Insyaallah Allah akan memberikan kekuatan dan kemenangan kepada Dr. tetapi kalau sebaliknya, anggaplah ianya suatu ujian takdir ini sebagai dari Allah kepada hambanya yang terpilih.

    Kalau ada kesempatan, jika belum saya cadangkan supaya Dr. minta maaf kepada penerima "batang penyapu" kerana mungkin juga ujian ini bertitik tolak dari peristiwa tersebut.

    ReplyDelete
  20. Menginsafi diri itu lebih penting.
    Sebagai muslim sejati, ingatlah, jika kita dibuang manusia perkara biasa,
    jangan sampai kita tidak di terima Allah.
    Dunia hanya jambatan, Dr telah melalui separuh dari jambatan itu.
    Jambatan pasti sahaja berlubang sana dan sini,
    lubang yang terperosok kaki Dr tu adalah satu petunjuk.
    Allah maha mengetahui dan maha pengampun.
    Pengampunan manusia tidak bawa ke mana kecuali pengampunan mereka yang kita aniayai.
    Hari DEPAN lebih penting dari sekarang,
    Anugerah ke akhirat lebih penting dari anugerah dunia.

    ReplyDelete
  21. Sdra Putrarahman, penerima batang penyapu merupakan kawan baik saya. Sampai sekarang beliau amat menyanjung tinggi Dr Khir. Beliau pernah ungkapkan pekara tersebut kepada saya semasa saya bertandang kerumah beliau di Seksyen 9 Shah Alam. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih atas hadiah tersebut kerana selepas kes tersebut MDHS telah menepati KPI dari segi punggutan hasil selama tiga tahun berturut-turut. Tak tahulah pulak kalau tuan lebih percaya sial penyapu dari kuasa tuhan. Harap jangan tersinggung

    ReplyDelete
  22. Saudara Khir,

    Sbg saudara sesama Islam, sy mengingatkan diri sy, saudara, dan umat Islam yg lain supaya memandang apa yg berlaku kpd saudara sbg peringatan dr Allah s.w.t.
    Tiada satu masa pun kita dpt menahan dari ditarik segala pemberian nikmat yg dipinjam dariNya. Kalau dulu saudara hidup mewah, bersenang-senang, bermaharajalela dengan menganiya dan menindas yg lemah, menikmati segala keindahan dgn menyalahgunakan kuasa yg ada, dan paling penting, saudara makan dan minum dari sumber yg tidak berkat.
    Nah! Skrg tiba masanya Allah s.w.t. tunjukkan betapa saudara tiada apa-apa kecuali semuanya pinjaman sementara drNya. Bertaubat dan berdoalah semoga dijauhkan dari saudara diletakkan bersama serendah-rendah darjat di dunia dan dimalukan di akhirat kelak.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  23. itu semua tak penting laa saudara Khir.

    darjat, pingat kebesaran dan apa-apa gelaran tu cuma kat dunia je.

    yg penting tunaikan amanah masa diberi peluang untuk berkhidmat.

    apa-apapun harap bersabar dengan dugaan Allah.

    ReplyDelete
  24. Theres NO ONE IS RIGHT & NO ONE IS WRONG
    Saya bukan penyokong DR dan saya juga tidak menyokong pihak yang menghentam Dr.
    Yang bersimpati,kebanyakannya penyokong DR.Yang menghentam kebanyakan seteru DR.Ini adat.
    Dalam mengharungi hidup berkelompok,inilah akan berlaku.
    Bila diatas,orang yang diluar kelompok juga berpura pura SUKA dengan kita walaupun di dalam hati TIDAK SUKA.(PHD atau CEMBURU).
    Kalau di lihat di zaman DR menjadi MB (GULA) banyak lah semut2 di keliling DR.
    Saya pernah juga ingin berurusan dengan DR tapi di tapis sebegitu rapi oleh PAGAR (Org2 DR).
    Kalau kita arif dengan PAGAR MAKAN PADI,sudah tentunya peribahasa ini cukup baik untuk di aplikasi di mana mana saja dalam hidup kita.
    Manusia ini berbagai bagai.
    Hari ini DR menyerahkan segalanya.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membantu.Berdoa dan berdoa.
    Insyaallah.
    Jatuh bangun dalam hidup ini adalah adat dunia.
    Banyak bersabar kepada yang jatuh dan berhati hati semasa kita di atas.

    ReplyDelete
  25. Sebab itu TS Khalid Ibrahim tak nak si Khusrin ni jadi SUK... sebab tu Dr. Asri bekas mufti Perlis pun tak berapa suka si Khusrin ni... Semamangnya Khusrin sentiasa berada dalam kerugian....

    ReplyDelete
  26. Kawos..Orep podo-podo dadi wong

    ReplyDelete
  27. Dr. apa sangat cubaan ini dibandingkan dengan cubaan para rasul dan ambia'

    "Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'' [Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (3:173).

    ReplyDelete
  28. Sahabat sahabat bloggers.

    Bagi saya yang penting adalah kebenaran,sebenarnya tidak menjadi masaalah bagi saya,gelaran ini digantung,atau sebaliknya.oleh kerana saya terlibat dalam membuat dasar tersebut sebagai salah seorang ahli dewan diraja.saya mesti memegang prinsip tersebut.Malaysiakini memang mempunyai agenda mereka sendiri,mereka sukakan conflict dgn itu mereka boleh mendapat perhatian lebih dari pembaca,agenda mereka ialah utk mengaut faedah dari mana mana isu yg boleh menguntung mereka,saya tidak salahkan mereka kerana inilah dunia cyber tanpa batas yg perlu kita terima kenyataanya.Dalam isu ini,saya nyatakan apa yg sebenarnya telah berlaku,dan saya lakukan kerana mempunyai niat yang jelas utk menjaga kehormatan pingat anugerah sultan.Bagi saya kita mesti mempertahankan institusi raja raja kerana institusi ini bertanggongjawab keatas kesucian dan kedudukan agama islam dan orang melayu spt termaktub dalam perlembagaan negara dan juga negeri.

    ReplyDelete
  29. Lawak pun ada,sedih pun ada...apa2 pun thn ni klu PRU lagi rasanya kena bagi PR lagi control,

    ReplyDelete
  30. pokok kalau rebah, kura-kura pun boleh memanjat. ini bukan sebarang kura-kura ni. dari C panjat naik A... :) ..

    ReplyDelete
  31. Salam Dr Khir,
    Saya cadangkan Dr masuk PR dan lawan balik seteru2 Dr yang mahu melihat Dr jatuh tersungkur. Seperti DSAI beliau jatug dari tempat yang lebih tinggi dari Dr Khir, tetapi beliau tangkas bangun dan melawan. Inilah yang dikatakan pejuang sebenar. Dan bersama2 PR membantu rakyat dan memperjuangkan hak rakyat rang semasa Dr Khir berkuasa dahulu telah lupa untuk memperjuangkanya.
    Jika Dr Khir seorang sahaja memperjuangkanya, iatidak akan memberi kesan samalah seperti anjing menyalak bukit. Inikan pulasemasa Dr Khir telah menjadi bola tendangan.
    Jika Dr Khir bersama rakyat & PR kami rakyat bawahan akan menyokong Dr Khir.

    PR

    ReplyDelete
  32. salam..

    banyakkan bersabar...semua ini ada hikmah yg tersembunyi..


    **follower yg ke 800

    ReplyDelete
  33. Tuhan itu Maha kaya. Dia yg memberikan kesenangan n kesusahan. kita sebagai manusia perlu bersyukur dan berserah padaNya. Jika itu yg ditentukan redha, InsyaAllah segala yg baik akan pulang kpd kita. Janganlah mudah menuding jari ke org lain. Satu jari kepada org lagi empat kepada kita. Sama-samalah kita insafi.

    kepada Y.B. Dr. Khir,
    Harap dapat menghadapi segala ujian ini dengan tabah. Manusia xpernah puas. Paling sedih jika benar sahabat YB juga yg cuba menjatuhkan YB, ini mengesahkan peribahasa " MUSUH DALAM SELIMUT ". Harap YB terus tabah n terus berkhidmat dgn cemerlang di DUN Sungai Panjang kerana tiada yg lain layak menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN disini.

    Sekian, pendapatku.

    ReplyDelete
  34. Kadang2 hati terasa sedih bila melihat rakan2 blogers yang masih mengeluarkan kata2 kesat dan tidak bersopan. Inikah yg kita nk wariskan kepada anak bangsa kita. Yg paling sedih bila yg berkata2 adalah org dari bangsaku sendiri. Rasanya kita diberikan akal untuk berfikir mana yg baik dan buruk untuk diperkatakan.

    " BUDI BAHASA BUDAYA KITA ". Amalkanlah

    ReplyDelete
  35. Dr.,

    Saya tak kenal dr. secara peribadi, dr pula tak kenal saya langsung sebab saya cuma orang biasa.
    Tapi saya banyak juga mengikuti cerita cerita dr.

    Teruskan kehidupan, All the best.

    ReplyDelete
  36. Saya suka membaca kenyataan Dr. dalam isu ni. Tak guna menuding jari kepada mana2 pihak. Kalau saya jadi Dr. pun saya percaya yang gelaran itu digantung sebab saya sendiri yang memintanya. Kadang2 ayat yang berbeza akan memberikan makna yang sangat berbeza.

    Pada saya ini isu kecil. Yang penting niat Dr. semasa menulis surat itu betul maka betullah hasilnya. Saya tidak peduli tentang kenyataan Dato Khusrin kerana saya rasa yang Dr. sendiri telah melakukan apa yang Dr. rasakan betul.

    Musuh2 politik akan sentiasa menggunakan isu ini untuk kepentingan mereka, spin sana, konar sini dsbnya. Saya rasa lebih baik saya berprasangka baik kepada Dr. All the best Doc.

    akuantipr.

    ReplyDelete
  37. heheheh bukankah khusrin pilihan istana yang menganugerahkan en khir toyo anugerah datuk? apa salahnya istana dan khusrin disini? percaturan kotor politik tk pernah habis. baru menang hentam lawan dah kena hentam balik. mcm boomerang effect plak.

    ReplyDelete
  38. Segala musibah itu datangnya dari Allah, seharusnya kita perhalusi perbuatan kita sebelum ini dan anggap lah ia sebagai penghapus dosa-dosa lang telah kita lakukan.....Aminnn

    ReplyDelete
  39. Bismillah, Salam Dr
    Inna lillahi wainna ilahirojiun

    Sesungguhnya segala sesuatu itu adalah hak allah, dan kepadanyalah ia kembali bila mana allah berkehendakan nya semula termasuk pangkat dan gelaran.

    Dr..Saya Seorang alhi PAS, Didalam PAS kami diajar agar sentiasa muhasabah diri baik dalam keadaan susah atau senang, kami juga tidak diajar menambah kesedihan apabila orang lain sedang ditimpa musibah.
    Moga allah memberi ketenangan kepada dr kerana cubaan adalah kifarah keatas dosa2 kita yang lalu dan tanda2 allah masih menyayangi kita seperti kisah saidina ali yang sedih menyangka allah telah melupainya kerana dia tidak ditimpa sebarang kesusahan pada hari itu. Muhasabahlah diri DR kerana ketika inilah kita mudah mengenal siapa kawan dan siapa lawan.

    ReplyDelete
  40. memang panas lah kalau nama pun bekas menteri besar...lebih2 lagi negeri Selangor Darul ehsan

    walaupun saya tak tua lagi tapi saya dah masak dah sapa2 yg duduk kerusi ni memang panas sampai ke bila2 pun..baik sapa pun yg perintah....jadi yg sebenarnya saya harapkan ramai manusia2 yg berfikiran rasional apa jenis pemimpin yg kita mahu!....mana nak cari yg 100% bersih atau yg langsung tak pernah buat silap.
    mana nak cari pemimpin yg berani bersuara lagi....dan mana nak cari pemimpin yg boleh buka blog dan terus terima serang,perang,uji kat sini!
    kalau calang2 pemimpin mau terus tutup blog & fb

    saya secara peribadi kesian tengok doktor ni....dah jatuh...jatuh lagi...sekarang lagi jatuh sedalam dalam nye....entah tahan atau tidak....kalau boleh ingat doktor ni nak di toucher sampai dia give-up.....

    rakyat dah satu hal nak jaga...ada yg pas..ada yg umno..pkrnye lagi..india cina dan macam2 nak jaga....belum lagi yg keliling....kontraktor yg dulu cium tangan projek berjuta2...nah sekarang dah tak berkuasa....takanlah yg hentam kat sini semua yg marhaen macam aku je.....berapa ramai yg beragenda peribadi.....sendiri mau faham....

    saya harap masih ramai rakyat yg tiada agenda kepentingan peribadi yg tetap menyokong doktor dalam menghadapi dugaan demi dugaan.....biarlah mereka2 yg beragenda kepentingan peribadi melakukan provokasi demi provokasi.....dan mungkin ada juga yg benar2 tak suka cara kepimpinan doktor dulu...tetapi saya harap doktor ambil ini sebagai ujian tuhan untuk doktor merasai susah payah,perit rasa marhaen yg benar2 berjuang selama ini tanpa apa2 nikmat melainkan nikmat keamanan dan kesejahteraan negara.....mungkin semasa berkuasa doktor tidak merasai ini semua.....dan mungkin dulu doktor kurang bersuara secara terbuka seperti kami....DAN HARI INI DOKTOR BERSUARA DAN BERSAMA KAMI ATAU SEBAGAI WAKIL SUARA KAMI...7 MUNGKIN INILAH YG TIDAK DIGEMARI OLEH SESETENGAH PIHAK BAIK KIRI,KANAN DEPAN BELAKANG ATAU SEGALA SUDUT SEDANG MENGUJI DOKTOR......PADA SAYA ANWAR IBRAHIM PERNAH TEWAS DALAM UJIAN SEPERTI INI....

    KITA LIHAT BAGAIMANA DOKTOR MENGHADAPI SEMUA INI....JADIKANLAH KEJADIAN 1998 DAHULU SEBAGAI PENGAJARAN UNTUK KEPIMPINAN YG ADA MELAKUKAN TINDAKAN YG SEPATUTNYA....JGN BAWA RAKYAT BERPECAH BELAH LAGI DEK PERASAAN TIDAK PUAS HATI......

    SAYA HARAP DOKTOR BERTINDAK DGN SEBIJAK2NYA DAN BERTINDAK DGN MEMIKIRKAN MASA DEPAN UMAT MELAYU YG TERBAIK KETIKA DOKTOR BERADA DALAM SITUASI JATUH AMAT DALAM DIBENAM KELAUT CINA SELATAN...

    POLITIK ADALAH SATU PERMAINAN..MENANG ATAU KALAH...SALAM

    ReplyDelete
  41. salam

    xkisah laa Dr Khir..serah atau disuruh. Ada isu lain yang lebih utama. apa pandangan Dr Khir berkaitan Peguam yang merupakan ahli MCA telah menentang seruan Azan di Lembah Pantai.

    Kejatuhan Dr Khir ini pun sebab utama adalah datangnya dari tekanan profesional pihak MCA jugak.Benci sangat mereka terhadap Dr Khir. Apa salah Dr ya..

    ReplyDelete
  42. Memang beginilah hidup, penuh cabaran dan dugaan. Semuanya mengikut apa yang Allah sudah tentukan. Hanya kita, sebagi manusia biasa, tidak mengetahui apakah yang telah ditentukan itu...
    Bagaimanapun, hidup mesti diteruskan!!!

    ReplyDelete
  43. kalaulah dr. didapati tidak bersalah...
    maka kebenaran dapat ditegakkan.

    kalaulah dr. didapati bersalah...
    harap berambus dari bumi selangor.

    ReplyDelete
  44. dr.. bersabarlah menempuh dugaan ini hidup ini adalah diibaratkan suka duka itu ada mainan hidup saperti mana hujan dan panas mainan hari percaya lah orang2 yang pernah sokong dr masa dulu dan kini telah beralih arah tu mereka akan kena juga disatu hari nanti bersabarlah tuhan ada melihat apa yang kita lakukan

    ReplyDelete
  45. "BODOH pandai" kau patut pakai BOdoh Bebal ... pasal sokong dap nak sibuk kat sini... kalau ye daihad dap tak payah cakap bebal!

    ReplyDelete
  46. Kelakar selepas baca comment anda semua...........kalau tak terasa salah kenapa ada niat nak pulang balik or kalau tak salah kenapa istana selangor atau sultan nak ambil balik????
    Kalau banyak bersabar,adakah bermakna ia tidak salah????
    Saudara,fikirlah sebelum buat sesuatu.Kalau betul,tipu duit rakyat mesti ada tindakan yg akan dikenakan.
    Jadi,rakyat selangor akan tunggu dan lihat.
    SEPANDAI PANDAI ANDA MELOMPAT,AKHIRNYA JATUH JUGA.............

    ReplyDelete
  47. Salam Dr.

    Just carry on, or in favorite word NIKE (Just do it). Insyaallah.

    Azli ex-yayasan selangor.

    ReplyDelete
  48. SAlam tu saudara(Dato Seri)dahulunya...saya amat berbangga dgn saudara kerana sanggup memulangkan baut sementara darjah kebesaran keran sikap dan rasa tanggungjawab sebagai pemimpim masyarakat.Apa pun saya berharapa agar YB tabah dalam menghadapi dugaan yg pada saya cuma sementara sahaja ini.Kerana kita org melayu dan beragama islam tetap berpegang pada prinsip berani kerana benar dan semoga kebenaran itu akan menjelma nanti.
    Pada pemimpim pembangkang usah cakap sana sini tak serupa bikin....Harap berani juga memulangkan darjah kebesaran kalau dah ada kes kat mahkamah...(Anwar Ibrahim...) dan yg lain2...Hidup UMNO.

    ReplyDelete
  49. to zlan..HIDUP UMNO...don't be so naive my pren..motto hidup yg cukup-cukup salah kecuali jikalau ada kepentingan diri.

    Jika betul kita sayangkan negara kita sangat2 jadi lah parti Duduk Diatas Pagar..siapa yg bekerja untuk rakyat itulah yg mendapat undi.

    Sekarang nie terbalik ..kita plak nak meraih simpati dari mereka supaya mereka menolong menyelesaikan masalah kawasan/perumahan/bandar/ekonomi..bla..bla bla

    ReplyDelete
  50. Sdr Dr, Kapak rasa semua itu tak penting, sbb kerja kuat bukan dtg dari Panggilan Dato Seri, kuli batak pun kerja kuat. Yg penting sekarang kita kuatkan barisan penggempur dan tawan balik Selangor dari Parti Pemerintah Durjana dan Parti putar belit yg menghancurkan Bangsa Melayu dan Kuasa Raja.

    Mari, kita buat "target date "Gelombang 6" akan menghuru-harakan pentadbiran Pakatan dan telanjangkan segala kehancuran yg dibuat di Selangor agar rakyat, terutamanya org Melayu sedar diri bahawa mereka selama ini hanay diberi gula-gula plastik.

    Gelombang 6 akan memastiikan sehingga 11/6/2011 Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tumbang menyembah bumi.....

    ReplyDelete
  51. Dr,

    Kapak Tajam kata org Melayu S'gor selama 3 tahun nie diberi gula2 getah tetapi dia tak fikir pulak yg org melayu nie pula kata gula2 getah lebih baik daripada selama nie asyik makan gula2 kapas(besar jer lebih tapi ringan)

    Lain kategori(kumpulan) lain pula cara mereka berfikir..

    Tolong ler majoriti working class people sudah nampak macam2 dan boleh berfikir dengan sendirinya.

    mcm kes topik ini Dr...suka x suka saya rasa majoriti akan kata u nak cover line dan masih lagi tak mau kalah(nak jaga hidung).

    Owner Kereta vs Pemimjam kereta...logik la mana mau percaya..

    kesimpulannya apa yg kamu rasa mengenai kerajaan S'gor skrg nie tak semestinya rakyat s'gor juga berfikiran sama seperti kamu.

    Macam kes Kedah..kamu rasa kamu yakin ke boleh dapat balik ..kesilapan besar berlaku semasa kes banjir..Umno kata macam2 tetapi hanya orang Kedah yang mengalami banjir jer tahu begitu perihatinnya dan efficennya Kerajaan Kdh compare to BN .

    Jgn la hanya sibuk untuk mengambil alih kerajaan..kan lebih baik tumpu kepada membantu menyelasaikan masalah rakyat secara lebih khusus.. Dr pun boleh dapat pahala yg banyak.Insya Allah

    ReplyDelete
  52. Salam DR

    Begitulah hakikatnya, yang pasti tidak ada yang kekal didunia ini. Setiap yang berlaku ada sebab musabab dan juga hikmahnya. Anggaplah ianya sebagai satu ujian tuhan. Saya mendoakan agar Dr membuat perubahan dalam arah tuju politik Dr supaya lebih menjurus kearah keislaman, lebih menjurus kearah akhirat dan bukan kearah duniawi yang penuh korup, fitnah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  53. Perihatin...ingat pokok getah ke nak tumbangkan PR, tunggulah PRU 13 baru gentelman!

    ReplyDelete
  54. Inilah politik. Dalam kita berduka maka dijemputnya kita masuk pakatan mereka. Kononnya mereka akan jadi pakatan yang lebih baik. Walhal semua itu retorik belaka. Dan retorik PR itu telahpun di rasai oleh bukan calang-calang insan/politikawan -- Zaid Ibrahim.

    kah kah kah

    ReplyDelete
  55. Dr Khir

    Sekurang-kurangnya Dr Khir bertindak gentleman, mungkin ada masalah komunikasi antara Dr Khir dengan Dato Kushrin, itu bukanlah isu nya. Semua orang akan mengalami pasang surutnya. Ini menjadikan kita lebih kental, dan menjadi seorang survivor sejati. Kebanyakan pemimpin ulung mengalami pasang surut,mengalah bererti kalah..namun perjuangan mesti dikekalkan..saya yakin Dr Khir dalam golongan ini.

    ReplyDelete
  56. sahabat sahabat bloggers,

    Apapun eloklah kita tutup perbincangan pasal pingat dan anugerah ni,kerana ia tidak akan membawa perubahan besar pada negara dan juga negeri.Saya juga ingin menjunjung kasih kebawah DYMM Sultan dan ahli dewan Diraja kerana tidak menerima penyerahan pingat saya tetapi mengambil keputusan utk menggantung nya dan ini bermakna jika saya tidak bersalah di mahkamah pingat itu akan dikembalikan kepada saya.Apapun sebagai anak melayu kita perlu tahu berterima kasih pada orang yang berbuat baik pada kita malah ia menjadi tuntutan agama kita utk sentiasa bersyukur dalam semua keadaan samaada susah mahupun senang.

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum

    Izinkan saya berkongsi 2 perkara di blog ini.

    1) tiada manusia yg sempurna. saya juga tidak sempurna..sesiapa saja tidak sempurna. adakah sesuatu yang jelek jika kita telah terlanjur melakukan kesalahan lantaran diri yg tidak sempurna ini? sy rasa tidak. Justeru itu, sama2 kita bertaubat dan berdoa di atas dosa2 yg telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

    2) tuhan menguji hambanya yang disayangi. Mungkin diberi sakit, mungkin diberi malu, mugkin diberi kemiskinan..ingat2lah sahabat2 ku..hanya Firaun sahaja yg tidak pernah sakit! Justeru itu gembiralah kerna kita tidak tergolong sejenis dgn Firaun.

    ReplyDelete
  58. pelik.proton jual mv augusta for 1 euro tak de ape2 siasatan dan tindakan dari AG.nak tahu jugak camne pas tu herley beli pulak lebih dari 100juta.

    ReplyDelete
  59. Dr..sebagai rakyat saya bersyukur bila seorang bekas pemimpin besar seperti Dr mula sedar akan kuasa rakyat, tp apakah pemimpin BN yg masih berkuasa sudah sedar seperti anda?
    kalau kita pernah berbuat jahat dulu tak mustahil terima balasan yg setimpal..
    saya berharap apa yg terjadi kepada Dr jadi tauladan kepada semua pemimpin d malaysia. utamakan rakyat bkn diri sendiri dan kroni.
    semoga sihat sejahtera..

    ReplyDelete
  60. ..saudara KapakTajam..pandai tuan berhujah ya berkaitan dengan ..."yg menghancurkan Bangsa Melayu dan Kuasa Raja"...orang kalau berakal lebih ni memang lain macam..

    ReplyDelete
  61. tunggu dan lihat pru 13 ,pkr jatuh tersungkur...

    ReplyDelete