Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 19, 2011

Menyerang Si Buta Yang Tidak Bertongkat

1. Buat masa ini saya tidak akan menjawab kenyataan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengenai pemberian projek - projek kepada Shamsudin Hayroni kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kes saya yang akan dibicarakan pada bulan Jun nanti.

2. Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes Mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya.

3. Sebenarnya jika kerajaan negeri ikhlas untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa oleh Faekah, mereka sewajarnya memberi senarai tersebut kepada badan tersebut.

4. Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri. Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor.

5. Serangan Pejabat Menteri Besar Selangor ke atas saya kali ini tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta. Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan.

57 comments:

  1. faekah memang bodoh.

    saya dah cuba jawab di blog saya

    tapi lebih afdal kalau ds dpt jawab sendiri

    pedulikan sahaja arahan peguam negara. kalau mereka boleh serang kita , tak kan kita tak boleh nak bela diri kita.

    kalau peguam negara nak adil, maka dia mesti adil kpd semua. jangan pula apabila pihak musuh bersuara peguam negara berdiam diri.

    faekah bodoh dan bebal

    ReplyDelete
  2. Faekah Bebal Tunjuk Bodoh Lagi

    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/01/faekah-bebal-tunjuk-bodoh-lagi.html

    ReplyDelete
  3. faekah seorang lesbian ?

    http://www.anwaraidc.com/?p=2703

    ReplyDelete
  4. Salam Dr.

    Mgapa begitu dhsyaat skali Dr memanipulasi wang rakyat... Tk ksian ke atau Dr tk takut ke balasan Allah. Sngguh dhsyat prbutan ( jka bnar sprti yg dddhkan)yg tlah Dr lakukan...

    Sprm pn satu hal...tkkan hal sbgini tk siasat. Uruasn jualbeli tanah tu rsanya tk ada slahnya..Yg slah cara pmberian tanah ni.. tkkan stu org bole dpt sbegini pnya byak prjek..

    Bwak2 ler brtaubat...

    ReplyDelete
  5. MB Bebal Setpol Bingai

    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/nasib-selangor-mb-bebal-setpol-bingai.html

    ReplyDelete
  6. Setpol MB Selangor Seorang Penipu

    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/setpol-mb-selangor-seorang-penipu.html

    ReplyDelete
  7. wahhh marah nampak, sabar mas khir

    ReplyDelete
  8. barua punya faekah....lawan orang kena ikat tangan dan kaki....dia ni saje je buat provokasi

    jangan mengaku kalah doktor...biar kita menjadi pemaaf tetapi kepada insan2 yg benar2 kita yakin mereka berkata ikhlas dalam berjuang....

    kalau setakat faekah ni.....jgn bagi muka...!lawan tetap lawan!...pakatan penipu!perosak negara!lebih teruk dari apa yg ada dalam bn!

    hidup mati hidup balik pun aku takan bagi undi pada mereka..!

    mereka menguji kesabaran doktor tu...

    kepala ayam betul punya faekah..!

    ReplyDelete
  9. Buat macam mana... dah maklumat tu baru timbul... saya rasa ianya akan disalurkan kepada pihak SPRM dan AG nanti...

    ReplyDelete
  10. faisal, yang engko marah sangat ni nape? faekah tu cantik jugak kan, kan kan?

    ReplyDelete
  11. Salam YB Dr Khir, moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    SETPOL Tan Sri MB ini sekadar mencari populariti. Mencipta isu-isu bagi mengalihkan perhatian orang ramai atas isu pelantikan Dato' Khusrin barangkali.

    Nampak sangat terlalu mengambil kesempatan untuk mengenakan orang yang sememangnya takkan bersuara. Biarlah pihak yang berkenaan menjalankan tugas-tugas mereka. Belum apa-apa lagi dah nak tunjuk itu ini.

    Persetankan semua itu YB.Biarkanlah dia. Nk glamour tu.. Almaklumlah...kerajaan kacau bilau, SETPOL pun melilaulah merapu... Faekah gonjol.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Salam Dr. Khir & sahabat - sahabat semua,

    Buat apa kita nak marah - marah & mencerca satu sama lain dalam ruang ini...Lain la kalau korang ada kepentingan peribadi... Bagi aku mudah je...kita dengar dari kedua - dua belah pihak & kita kaji, fikir mana yang lojik dan betul.......ini kita memaki & mencerca orang ada kita dapat?

    ReplyDelete
  13. Petuanya mudah sahaja masa berkuasa jangan cuba buat sesuatu yang memberi peluang orang boleh tikam kita kemudian hari. Jujur telus iklas insyaalah bersihlah

    ReplyDelete
  14. Kalau tak de tongkat penyapu pun boleh guna bro...

    yang penting jangan tumbang.

    ReplyDelete
  15. Syabas dr. Allah akan sentiasa bersama org yg benar.biarkanlah mereka dengan perlakuan yang akhirnya rakyat akan menilai mereka.

    ReplyDelete
  16. Dr Khir,

    Nak tanya sikit. Kenapa Dr arahkan dokumen penting kerajaan di buang setelah BN kalah pada 2008? Adakah ini dokumen penting yang sulit tapi bahaya?

    ReplyDelete
  17. Jika si buta hilang tongkat, adakah rakan celik datang bergagah?

    Menupuk air dalam dulang, air tumpah dulang tak kemik.

    ReplyDelete
  18. toyo...sesungguh nya ini adalah balasan tuhan sekiranya tuan melakukan dosa menrompak harta rakyat semasa tuan berkuasa dulu...sekiranya tuan jujur dulu anggaplah ini sebagai ujian...

    ReplyDelete
  19. Eh apasal plk AG yg bersuara? Yg patut bersuara adalah peguam bela Dr, Atau adakah AG telah menjadi peguam bela Dr.?

    Tapi apa pun Tuan doktor jangan bimbang,
    Pendakwa org kita,
    Hakim org kita,
    Peguam bela pun org kita.

    Tak kan Mendiang Eric Chia boleh, doktor tak boleh.

    Buat sementara ni baik doktor diam, ikutlah nasihat AG. Diam bukan berarti doktor lemah tapi untuk kumpul tenaga untuk perlawanan seterusnya.

    Sebagai tambahan minumlah tongkat ali dan urut lah dgn minyak lintah....

    ReplyDelete
  20. Selama ini Pakatan Rakyat diserang bukan sahaja buta, tak bertongkat, diikat tangan, digari tangan, malah lbh dasyat lagi, tiada siapa pun peduli, ini baru kena serang ckit dah nak marah.
    Siapa yang bacul sebenarnya.
    Media hari2 hentam Pakatan Rakyat tanpa diberi peluang untuk buat penjelasan.Ini apa bukan bachul ke namanya
    Yang saya boleh buat penilaian skrg, rakyat Selangor dah tahu siapa MB Selangor Bee End sbnrnya.
    Ada yg bawak lari anak sultan, junjong duit dan tak terkecuali yang sorg ni yang tengah ditelanjangkan oleh Pakatan Rakyat.

    Berjuanglah seorang diri kerana rakan2 anda pun sudah mula melarikan diri.

    YWA (You'll Walk Alone)

    PR

    ReplyDelete
  21. dah buta ke ?
    kesian masa celik tak ingat dunia
    dulu ada la ramai yang bagi tongkat..
    sekarang dah takde..resam dunia bro...
    guna penyapu ganti tongkat bole kan...
    RBF bole tolong sedekah kan...
    lepas comment ni

    ReplyDelete
  22. Salam YB Dr Khir
    Tak payah layan orang PKR ni, buang masa, banyak lagi benda yang penting yang lebih berguna.
    Gunakan masa YB dengan lebih Berfaedah.

    Kak Siti

    ReplyDelete
  23. kadang2 Dr, kita berundur bukan kerna takut atau telah kalah tetapi kita berundur supaya kita boleh bernyawa utk satu hari lagi supaya kita dapat menyusun barisan baru utk serangan yg lebih terancang.

    Dr Khir perlu waspada.

    -tenno-

    ReplyDelete
  24. wmu350 said "hidup mati hidup balik pun aku takan bagi undi pada mereka..! "
    ....ya Allah..tunjukilah mereka semua ini jalan yang lurus....insaflah sebelum terlambat.....nyawa anda anytime Allah taala boleh ambil

    ReplyDelete
  25. biasalah politik di malaysia ni,tak matang lagii tak sama politik di uk dan us,kepada rakyat yg tak pernah kenegara maju dan kalau ada peluang migratelah kalu buleh,,teruknya negara kita,,,sebsb itu ramai rakyat kita d oversea tak mau pulang..

    ReplyDelete
  26. aNON 8:41pm, JANGAN LUPA BERDOA JUGAK UNTUK DIRI SENDIRI. Tak kisahlah undi anda nak beri pada siapa. Kelak anda jugak yg akan dapat untung atau ruginya. Marahkan nyamuk kelambu dibakar, ambik lah kau labu. peduli apa gua.

    ReplyDelete
  27. hujah PR tak lebih emosi saja. mcm nyamuk dan tak beri kudis pun... hee..hee

    ReplyDelete
  28. Salam..
    Kita mungkin marah maksimum dengan seseorang.. tapi kalau kutok tak menentu pasal..kata Ustaz kalau nak bertaubat.. mesti minta maaf dari orang tu terlebih dahulu. Kalau kita tak jumpa dengan orang tu.. nanti diakhirat kena potong amalan baik kita dan kalau takcukup kota tanggong oula dosa dia.

    Saya baca banyak perkara yang tak masuk akal yang saya baca disini.. dan rasa macam nak kata perkataan-perkataan buruk.. tapi ingat Dosa tu tak mengenal saudara Dato ke..Wong lanang ke.. Wong wedok ke.. Embah ke.. Sesunggohnya bila seorang tu mengeluarkan kata-kata nesta.. dia adalah menggali kubornya sendiri dan mendedahkan ke"B***han nya sendiri..

    ReplyDelete
  29. salam

    yb tidak perlu jawap kerna memang tak terjawap. apa yang dilemparkan berkaitan antara satu sama lain.Syabas saya ucapkan kepada negeri selangor. teruskan agenda menghapuskan salahguna kuasa dan kepentingan diri seperti itu.

    ReplyDelete
  30. Dr Khir,

    Saya tidak tahu mengapa Kerajaan Negeri Selangor perlu menghebahkan hal berkaitan dengan projek2 yang pernah diberikan kepada syarikat-syarikat yg dimiliki oleh Shamsudin Hayroni kepada media atau umum. Pada pandangan saya jika Kerajaan Negeri benar2 mahu membantu siasatan, serahkan dokumen yg berkaitan kepada SPRM. Jika dihebahkan,sudah tentu ia akan sedikit sebanyak akan menggangu siasatan dan pendakwaan kes ini. Mungkin juga ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan kes yg sedang dihadapi oleh Dr Khir sekarang ini.

    Kebanyakan kontraktor mempunyai pegangan lebih daripada satu syarikat bertujuan untuk bersaing dengan kontraktor2 lain untuk mendapatkan kontrak sebut harga atau pun tender.

    Mungkin pihak jabatan yang mengeluarkan kontrak kerja pun tidak menyedari bahawa kontrak yg diaward kepada syarikat2 yg berlainan untuk menjalankan kerja-kerja yang berlainan sebenarnya dipunyai oleh orang yg sama.

    Ini sudah tentu menimbulkan curiga pihak2 lain terutamanya di kalangan kontraktor2 yg tidak berjaya untuk mendapatkan kerja2 tersebut. Isu ini berlaku bukan sahaja dalam proses sebutharga/tender terbuka sahaja, malahan boleh berlaku juga dalam proses tender terhad dan direct nego.

    Kepada semua yg memberi komen, berlaku adillah kepada Dr Khir. Janganlah kita dengan mudah untuk menghukum orang yg belum dibuktikan bersalah di mahkamah. Cuba kita letakkan diri kita, adik beradik atau seseorang yg mempunyai talian kekeluarga dengan kita berada di tempat Dr. Khir sekarang ini, apakah perasaan kita bila dituduh dan dicemuh sedemikian rupa? Jika ini boleh berlaku kpd Dr. Khir, adalah kita fikir bahawa ia tidak akan berlaku kepada diri kita? Sesungguh Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

    Jadi saya syorkan supaya anda yang memberi komen berbentuk tuduhan tersebut memohon maaf kepada Dr Khir..selagi tuan2 sempat berbuat demikian.

    Saya juga memohon maaf kepada semua jika menyinggung perasaan tuan2 semua dengan komen saya ini. Niat saya hanyalah supaya kita insaf dgn apa yg berlaku kepada orang lain dan bukannya bercakap mengikut emosi yg didorong oleh syaitan.

    ReplyDelete
  31. salam.. dr.

    saya rasa itu tanda allah sayang dengan dr sebab memberi dugaan yang besar. dah macam anwar pulak dr skg nie

    ReplyDelete
  32. selagi pas bersekongkol dgn dap dan selagi pkr berpartikan campuran melayu,india,cina dan lain2 dalam 1 parti.....selagi itulah aku yakin ALLAH tahu apa yg aku perjuangkan.....apa ko nak kata pasal insaf......!jgnlah nak buat2 macam ko yg betul..aku yg tak insaf....ko tahu atau tak apa yg aku perjuangkan...!

    kalau aku huraikan panjang lebar kat sini nanti ko kata aku mengalahkan empunya blog pulak....dan malas nak baca pulak.....nak cakap pasal insaf....apa barang kalau negara nak dijahanamkan dgn persekongkolan mereka,mana mungkin aku boleh beri undi....undi aku bukan berpaksi individu aatau berpaksi harta dunia....!

    mungkin aku akan beri undi pada pas...jika pas bukan pas yg hari ini!.....pas yg bertanding lebih separuh dari 222 kerusi,pas yg lebih berwibawa dan duduk berhujah dan berbincang dgn umno,pas yg tidak sentiasa menghukum tetapi mendidik....dan bla..bla..bla...jika ini berlaku ,aku akan sokong...!

    tapi kalau pas ,adalah pas yg beriya2 ingin menegakkan islam ala-ala pas dgn bertandingpun 66 kerusi dan menang 23,pkr lagi banyak letak kerusi sampai 96 dan menang pun 23,dan lagi lawak dap bertanding hanya 47 tapi menang sampai 29...lebih banyak dari kedua2 parti ala2 perjuang melayu....boleh ke aku bagi undi....memang pun mati hidup semula pun aku tak bagi pada mereka atas dasar benda2 ni....

    kalau ko pandang kes doktor ni,memanglah tanduk naik kepala sebab semua orang tengok rm....juta..juta..dan juta ..dan juta......ni lah beza aku dgn orang bermata duitan bila memilih parti.....kalau sebut pasal islam semua ni keliru saja.....kalau betul2 nak islam dimertabatkan 22 parti melayu ni bawa berbincang bukan diajak berbincang tapi cerita isu lama..dasn tipu rakyat lagi....banyak kalau aku nak tulis kat sini...2 hari 2 malam pun tak habis.....pasal aku ni tak la pandai sangat tapi sentiasa mengikuti perkembangan ini dari dulu,kini dan selamanya..!faham!

    ReplyDelete
  33. Sahabat sahabat bloggers,

    saya harap jika kerajaan hari ini mengatakan mereka telus,bertanggungjawab malah kerajaan yg adil,saya harap mereka dapat dedahkan senarai nama ahli jawatankuasa yang telah bertanggungjawab terhadap urusan pemberian kontrak samaada secara runding terus,tender terbuka dan tender terhad,supaya rakyat jelas apa yg sebenarnhya berlaku,kerana jawatankuasa inilah yg tahu cerita sebenarnya mengapa kerja tertentu diberikan kepada syarikat tertentu.Mengapa mereka tidak berbuat demikian sedangkan mereka ada semua maklumat tersebut?.sebab itulah saya katakan mereka ini tidak pernah jujur dgn tindakan mereka.

    ReplyDelete
  34. ceh...apa la dr khir nak sibuk2 terangkan pada diorang.....saya tak nafikan mengikut pandangan islam ada salah dr kerana ada conflict of interest whereby dr sedar mamt tu dah bg tanah dengan harga murah...kemudian bila dia minta atau apply tender dr ada plak dalam board tender,ajk atau decision maker....kita insan kamil....katakan esok saya jual tanah saya di kl harga singgit pada datuk bandar kl...pastu saya minta tender yg di dbkl...walaupun datuk bandar adik dan sistem tender adil...tapi mulut2 org ttp bercakap...dalam islam adalah lebih baik elakkan perkara yg mendatangkan fitnah dan buruk sangka....

    menda ni simple je dr..takyah la kita commentor nak pening kepala...kalau yg buat ni najis...confirm tak salah..ALLAH taala maaf sokmo...syurga saja.....walhasil bgtahu saya ada ke pmimpin yg benar2 bersih...najis pun g haji tajaan tue..yg taja tue dapat balak berpuluh tahun...pooooddaaaaahhhh...nak citer pasal pkr takyah laa...penat je tangan saya type...

    apa2 pun..kita jumpa je la di dpan hakim besar nanti...tgk sapa salah....dr salah atau tak...ada kecenderuungan x....yg komen menuduh salah atau tak......apa2 pun...janji ALLAH adalh benar...seksa ALLAH amat pedih

    ReplyDelete
  35. Sdr aunizamaz,

    apapun yg sdr katakan,bn telah bawa pembangunan kepada negeri ini,sehingga diiktiraf oleh kerajaan pr sebagai sebuah negeri maju spt mana dalam doa setiap kali dalm kutbah jumaat kita.ketika saya istiharkan selangor maju setelah mendapat keputusan dari kajian yg dibuat oleh IMD Switzerland mereka lah yang mengatakan saya hilang akal mengatakan selangor dah maju sedangkan masalah longkang pun belum selesai,tetapi bila mereka menjadi kerajaan tanpa rasa segan silu terus menggunakan perkataan selangor maju dalam setiap ucapan menteri besarnya.

    Saya bukan mengatakan saya ni baik tetapi bagi saya sebagai menteri besar kita tidak boleh bercakap bohong terutamanya di depan DYMM sultan terutama dalam upacara rasmi kerajaan,mb Khalid ibrahim berbohong ketika sembah ucap taat setia sempena sambutan ulang tahun kelahiran DYMM Tuanku,mengatakan kutipan pasir selangor sejumlah rn 150 juta dan menuduh bn rasuah tetapi sampai hari kutipan tersebut tidak sampaipun rm 15 juta malah lebih rendah dari kutipan masa bn menjadi kerajaan,baru baru ini beliau membuat ucapan depan DYMM Tuanku juga beliau menyebut kerajaan patek yang bermaksud kerajaan khalid ibrahim sedang dalam undang undang tubuh keraan selangor tidak ada istilah kerajaan patek sepatutnya ia disebut kerajaan tuanku.

    Dalam dewan yang sendiri terlibat Khalid Ibrahim telah beberapa kali berbohong,pakej rangsangan ekonomi selangor yang berjumlah rm 50 bilion sampai hari ini tidak ada satupun yang cuba dilaksanakan,saya ambil contoh pembangunan sungai kelang,beliau ada menyebut telah lantik tiga syarikat dalam dan luar negara,sampai hari pun tidak ada sebarang kerja yag dsilakukan,dalam dewan yang lalu dgn mudah beliau mengatakan projek itu akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan,banyak lagi temberang khalid ibrahim dalam dewan yang boleh saya dedahkan tetapi bukan sikap saya berbuat demikian.bagi saya tidak akan membawa sebarang kebaikan,biarlah dia dgn caranya yang akhirnya akan memakan dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  36. Salam Dr.

    Biarkan saja dia org terjun dengan labu-labunya, kerana itu saja yang mereka mahir. Hentam, fitnah, putar-belit dll. Kesian rakyat yang terus percaya tanpa usul periksa.Bukan mudah apabila mendapat kuasa dan bukan mudah juga untuk mentadbir kerajaan. Sepatutnya mereka tumpukan kepada pembangunan negeri daripada terus 'berpolitik' yg tidak menguntungkan rakyat. Ingatlah jika mati seorang pemimpin dalam keadaan dia menipu rakyat atau orang yg dipimpinnya, insyaallah dia tidak akan mencium bau syurga.... nauzubillah.

    azli ex-yayasan selangor.

    ReplyDelete
  37. ni lah masalahnya jika negara diperintah oleh kumpulan yg berbeda pemikiran....habis jadi kaldai umat...aku,ko,dan lain2 gaduh tak tahu hujung pangkal..silap bulan jika tidak rasional ..kita yg berseteru..

    masalahnya kaedah semasa pemerintahan bn dan semasa pemerintahan pkr cara meluluskan tender berbeza....pkr ingat cara dia sama macam apa yg cara bn buat....

    ....semasa pemerintahan BN bab2 tender ni dilulus & ditentukan oleh harganya oleh:

    A) jawatankuasa yg mana MB dan EXCO tidak terlibat sebagai ahlinya,

    manakala kerajaan PR pula :

    A)MB & exco terlibat secara langsung dalam melulus dan menentu harga tender,

    jadi mereka mengganggap kaedah yg sama mereka guna dgn BN,SEDANGKAN REALITINYA BERBEZA,MEREKA TIDAK TAHU ATAU BUAT2 BODOH DAN MENGELUARKAN ISU INI SEMASA DOKTOR KHIR TIDAK DIBENARKAN MENJAWAP SERTA MERTA.....

    DAN jgnlah pula memandang sinis dan kata kat sini MB mesti berkuasa dalam mempengaruhi keputusan,itu kita semua sedia maklum,budak kecik pun boleh faham!!,tetapi bila melakukan urusan mengikut lunas2 undang yg ada kita tidak boleh terus menerus menghukum seseorang,lebih2 lagi jika ia ada kaitan dgn politik & kepentingan negara kita...

    saya tidak boleh terima jika tindakan memburukkan seseorang sehingga....ingat sehingga orang membenci umno...TANPA MENDENGAR PENJELASAN DARI KEDUA2 BELAH PIHAK......itu baru adill!!!!

    ReplyDelete
  38. .......yang penting khalid walaupun gagap tak pulak kayakan dirinya, tak bawak lari anak sultan, tak .... adik ipar, tak.......

    ReplyDelete
  39. hurm.

    agak mengejutkan pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha sulit MB berkenaan penglibatan Shamsudin semasa DSKT menjadi Menteri Besar.

    saya akan cuba bersikap neutral dalam hal ini. kerana saya sendiri mmg neutral, memilih kerajaan yang realistik dan benar2 berusaha untuk rakyat serta mempunyai fakta2 dalam setiap cadangan pembangunan bagi sebuah kerajaan.

    isu yang berlaku pada DSKT ini, semua orang buat. sama ada pemberian tender tersebut secara direct nego atau tidak, pada saya itu bukan masalah besar. kerana yang penting adalah hasil produk akhirnya. kerja siap dan berkualiti.

    seorang MB atau pemberi tender, tentunya mengharapkan orang yang mampu buat kerja untuk melaksanakan tugas yang diberikan. sama seperti orang lain. gilalah kalau kita bagi kerja pada orang yang kita tak kenal dan track record yang kita pun kurang yakin.

    jadi saya mengajak kamu orang semua berfikir secara rasional. bagaimana tender itu diperolehi, bukan urusan kita. tapi yang jadi urusan kita, bila projek tersebut sudah siap. kualitinya. jangkamasa siapnya. berbaloikah dengan kosnya. itulah yang harus menjadi urusan kita.

    kepada DSKT, saya harap bermuhasabah diri. sekali sekala Allah nak jentik kita, supaya kita sentiasa bersyukur padaNya. Tabahlah.

    sebab tu mak saya pesan dulu, jangan masuk politik. kerana politik, kawan pun boleh jadi lawan. berusaha sajalah dengan ilmu yang ada. Malaysia ni sudah ditadbir dengan baik. kita boleh cari makan n beribadat dengan selesa. jgn lah menghuru harakan lagi keadaan.

    dish

    ReplyDelete
  40. Aku telah membuat pilihan yg tepat pd PRU 12 dgn mengundi Pakatan Rakyat. Dr. Khir bertongkat penyapu je laa hahaha

    ReplyDelete
  41. klau khalid gagap telus beramanah, kenapa isu pasir masih belum selesai.?

    kenapa tak siasat adik dia, hajiman ibrahim yng bertindak sebagi proksi dan kroni.??

    kenapa isu roni beer nak jual arak tidak dibangkitkan dan tidak ditentang.

    itu juga satu isu yang tidak amanah dan berbohong kepada umat islam.

    Bos PKR pun bapak kroni, bapak meliwat, pun nak dijadikan pemimpin.

    tolonglah tutup kilang arak tu. jgn lah cakap tak serupa bikin .

    take beer!

    ReplyDelete
  42. Suadara WMU350,


    Saudara berkata ...mungkin aku akan beri undi pada pas...jika pas bukan pas yg hari ini!.....pas yg bertanding lebih separuh dari 222 kerusi, berfikir secara logik la... Tak mungkin UMNO pun boleh buat benda ni...

    ReplyDelete
  43. Jaman ini...jaman edan...renung dan fikirkan lah...

    ReplyDelete
  44. saudara baktiar....

    pas bertanding 66 dan menang 23kerusi parlimen
    umno bertanding 116 dan memang 78 kerusi parlimen

    semuanya melebihi majoriti mudah(222/2=111,112 majoriti mudah)

    semua ini sebenarnya tidaklah perlu didedahkan disini,teteapi setelah kita lihat perubahan dunia siber hari ini,ia tidak releven lagi untuk tidak diberitahu,ia samalah seperti kes diperak

    dap menang lebih dari pas,pkr mereka ingat selama ini siapa yg majoriti boleh jadi mb tapi sebenarnya sultan yg berkuasa..!inilah sebenarnya yg tidak patut dibesar2kan tetapi sekarang semua orang tahu termasuk yg belum baligh pun tahu dah.>!

    walaupun parti melayu ini tidak 100% akan menang tetapi diatas kertas sekurang2nya ia memberi sebab untuk saya mempertahankan apa yg ada...!apa yg perlu diperbaiki adalah kepimpinan sedia ada,bukan parti yg diubah..!

    walaubagaimana jika yg telah lama mengikuti blog ini,saya akui saya seorang yg berani cakap,saya tidak peduli sapa dia!cuma saya yakin apoa yg saya cuba sampaikan...kebanyakan yg tidak faham..antara hak peribadi atau mempertahankan hak negara!

    pas memang saya akui dari segi kepimpinan pelapis goloangan 40an...saya nampak ada ramai yg tampak berpenampilan tetapi kita jgn terpedaya hanya kerana keperibadian yg tampak meyakinkan....

    pada saya yg penting lihat berapa kerusi parti kita nak sokong ini bertanding!negara kita masih berpaksikan demokrasi untuk jadi pemerintah!jadi jika ini masih diguna pakai,kita harus lihat apa yg saya fikir!sapa yg tak nak islam bro..!jgn jadikan perkataan islam ini sebagai pembunuh masa depan islam sebenar dimalaysia!

    saya telah melalui zaman kehebatan insan bernama anwar.....saya salah seorang yg terpukau dgn kepimpinan anwar ketika 1998.saya akui saya amat faham masalah politik dimalaysia,

    simpati saya terhadap anwar sehinggalah saya namakan anak saya anwar pada 1999...tetapi disini yg lebih penting adalah adakah saya memberi undi kepada parti yg bersama anwar?..mesti orang ingat saya pengikut setia anwar.......walhal saya tidak mudah membodohkan diri saya bila ia ada hubung kait dgn kepentingan bangsa/agama dan negara

    walaupun saya tampak menyanjungi anwar,ingin saya tegaskan saya tidak memilih parti untuk menerajui negara saya hanya dgn melihat yg dihadapan mata...!kita sepatutnya melihat jauh sedikit dihadapan,kalau sekata cemburu nengok rumah pemimpin berjuta2 ni,sebenarnya kita lebih bersifat cemburu,tak betul tu..!

    biar doktor ini menghadapi kes beliau.....yg kita ni mesti bersama berfikir jika nak beri undi pada pas...bertanding hanya 66,adakah ia sudah cukup diyakini untuk kita serah jiwa raga kepada pas....?....cuba fikir-fikirkan!

    ReplyDelete
  45. Menyokong PR bermakna menyokong penghapusan orang melayu secara sistemetik....sedarlah orang melayu...engkau akan merempat dinegara sendiri....peminta sedekah, bangsa lain akan menjajah kamu....dia buat baik pada masa untuk gula-gula, selepas itu seorang-seorang akan dipijak-pijak menjadi barua mereka...sedarlah orang melayu,kehilangan hak milik melayu di Singapura, akan datang di Pulau Pinang. Baru-baru ini saya pergi ke Pulau Pinang, perkampungan melayu sudah habis, timbul Taman-taman perumahan yang cantik, megah, ekskutif dan moden...dengan harga di luar kemampuan orang melayu, sebagai bukti di sana terdapat 3 buah sekolah iaitu SK, SJK Cina SJK Tamil...Bagi SK bangunannya banyak (tapi tidaklah baharu, bangunan lama), tetapi pelajar hanya 100 orang lebih, saya difahamkan sekolah ini pernah menampung hampir 2000 orang 20 tahun yang lalu, kmd saya pergi SJK Cina, bangunan baru, canggih, besar dan cantik. Tetapi pentadbir menyatakan bilik kelas tak cukup dan pelajar dalam satu kelas melimpah sehingga 50 orang kerana pelajarnya berjumlah hampir 3000 orang semua, bagi SJK Tamil...sekolah tidak besar, tetapi pelajar lebih kurang 200 org, jumlahnya tidak lah mempunyai perubahan yang banyak...apabila saya tanya sekolah SJK Cina kenapa begitu ramai pelajar, katanya kerana kewujudan percambahan taman perumahan di sekitar, begitu juga di SK...kenapa pelajar kurang, kerana kampungnya telah diambil menjadi Taman Perumahan yang canggih yang menyebabkan mereka tak mampu membelinya rumah di situ, jadi terpaksalah mereka berpindah ke merata tempat, berselirak di PP atau di luar PP...renungilah wahai bangsaku...kesihanlah kepada genarasi akan datang...terima kasih, harap ada yang memberi respon kembali

    ReplyDelete
  46. Cik bahtiar, walaupun UMNO tak bertanding 222 kerusi tetapi umno yg menjadi tunjang dan majoriti MP tetap menentukan dasar kerajaan dgn kerjasama komponen BN. Tak macam pas, ada kerusi tapi tak ada suara. hancus.. propa saja lebih

    ReplyDelete
  47. KALAU MENANG SELAMAT LAH...KALAU KALAH DALAM PERBICARAAN .....MASUK PENJARA.
    DAPAT MAKAN FREE....
    ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN ADIL.

    ReplyDelete
  48. YB,Yg benar tetap benar.Percayalah ramai daripada Rakyat Selangor atau berani saya katakan rakyat Malaysia keseluruhannya menyesal mengundi Pktn Pmbkg.Rata2 dapat rasakan bahawa Selangor Cemerlang dibawah BN.Ramai juga yg tidak setuju dan bersangkaburuk terhadap YB sebelum ini,telah mengakui yg YB lah pemimpin yg berani kerana benar,bertangungjawab dan ikhlas dlm perjuangan. Pada pandangan saya,ini adalah ujian yg paling berhikmah dan merupakan satu Rahmat ALLAH S.W.T yg tiada nilainya.Ini lah jalan menuju kejayaan kearah kecemerlangan. Salam YB DR Khir.

    ReplyDelete
  49. pd pendapat saya;
    Diam bukan bererti 'salah'
    Diam bukan bererti 'kalah'
    Diam bukan bererti 'marah'

    Diam juga harus bertempat dan tidak semestinya kita harus 'berperang mulut' dalam suatu-suatu perkara.

    ReplyDelete
  50. Aku rasa ruang bicara faisal lagi bodoh campur bangan....ini anak u ke Khir...kenapalah bodoh sangat statementnya...

    ReplyDelete
  51. Bro Kulaan Niring,

    walaupun UMNO tak bertanding 222 kerusi tetapi umno yg menjadi tunjang dan majoriti MP tetap menentukan dasar kerajaan dgn kerjasama komponen BN. cuba suadara sebutkan dasar apa yang ditentukan oleh UMNO?

    ReplyDelete
  52. Saudara WMU350,

    Saya akui dalam sistem demokrasi yang Mejoriti menguasai menoriti, tetapi UMNO sudah berada dalam keadaan tepu sekarang, selagi calon yang bermasalah & skandal masih berada didalam UMNO,UMNO tidak akan mendapat kepercayaan rakyat. UMNO perlu menyingkirkan calon recycle & yang nak menoupouse ini sebelum PRU13...

    ReplyDelete
  53. Jgn terlalu yakin dgn kepimpinan PR diselangor ketika ini..kalau kita tidak pernah berurusan mengenai tender dengan kerajaan negeri x payah nk sembang/tuduh Dr Khir ni rasuah ke apa ke..Korang kena ingat Ts Khalid tu bekas CEO dan hebat dlm bisnes....otak membelit dia lagi ligat.

    Saya setuju dgn MAKMUR...bagaimana KSSB mengurus dan melacurkan pasir... dan x ramai yang tahu bagaimana Rizab Tadahan bersebelahan UIA di gombak yg dahulu diGazetkan oleh kerajaan BN hampir digadaikan kepada Pemaju Komunis...dan x ramai yg tahu Khalid memberi arahan kebenaran kpd Jabatan Perancang Bandar Negeri untuk meluluskan Projek Perumahan kpd sykt terpilih di Johan Setia klang yg dahulunya Kaw Revolusi Hijau utk pertanian yg akhirnya pnddk sndiri tertipu kerana kaw tersebut tanah gambut yg mudah terbakar dan tidak kukuh....

    Apakah kerajaan ini yg kita perlukan...
    paku dulang paku serepih....
    PR=Pemimpin Rasuah...

    ReplyDelete
  54. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

    surah al-maidah:ayat 8

    ReplyDelete
  55. dunia hanya khayalan dan persinggahan sementara, buat baik di balas syurga buat perkara tak baik di balas neraka. Itu Janji Allah S.W.T. Adakah "Saudara" rasa saudara di pihak yang benar? Adakah "saudara" rasa setiap perlakuan dan tindakan saudara sewaktu menjadi pak menteri adalah betul dan tepat mengikut ajaran Agama?? Kalau bertepatan dengan kehendak agama Allah, maka Alhamdulillah I'Allah syurga balasannya tetapi jika "Saudara" menyelewang dan melakukan tipu daya dan tidak amanah maka tidak syak lagi dimana Allah S.W.T akan menempatkan saudara. Selagi ada hayat di kandung badan, sempatlah bertaubat nasuha meminta keampunan, ingatlah harta berjuta dan pangkat kebesaran tidak bermakna di depan Allah S.W.T. Hanya amalan mulia dan hati yang suci bersih mendapat keredaanNYa..

    ReplyDelete
  56. Umno memang suka penyokong yang bodoh-bodoh ! tak sekolah lagi baik, tak boleh fikir lagi baik, miskin lagi baik, suka terima pemberian lagi baik, duk lepak kedai kopi lagi baik, yang malas-malas tu lagi baik..macam-macam lagi!

    ReplyDelete