Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, January 12, 2011

Penyerahan Semula Darjah Kebesaran Selangor

1, Pada pertengahan Disember 2010 yang lalu saya telah menghantar sepucuk surat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuaku Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.

2. Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa. Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

3. Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

4. Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Dato Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr. Mohamad Khir bin Toyo sahaja.

91 comments:

  1. Saya respek dengan tindakan Dr Khir...

    Yg saya hairankan, bilalah Dato Seri yg sorang lagi tu nak 'memulangkan' gelarannya. Tak layak sungguh org gunakan DS** tapi perbuatan tak menghormati Sultan.

    ReplyDelete
  2. satu keputusan yang berani dr.. saya harap ramai lagi yang ikut jejak langkah dr untuk pulangkan kembali darjah kebesaran sekiranya mereka menghadapi pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Dr - This is a decent move. Guilty or not is yet to be determine by the court of law. However, you have done a very honourable act that merits my admiration.
    Unlike some YB's that we know, really have extremely thick face, continuing to stay in office even though charged in the court of law. Memang tak ada perasaan malu langsung. Macam itu kan kami nak jadikan pemimpin. Tak ada maruah.

    ReplyDelete
  4. Muhasabah lah DR.. Begitulah lumrah hidup bagaikan roda yg sentiasa berputar atas dan kebawah. kini sudah tiba pula giliran kita berada di bawah.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr. Khir,

    Saya tabik spring kpd Dr kerana begitu gentleman dgn menyerahkan semula gelaran Dato' Seri.. Susah utk melihat pemimpin yg berjiwa besar spt Dr yg sanggup berbuat demikian..
    Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang sepatutnya lebih dahulu bertindak begini termasuk melepaskan jawatan Ketua Pembangkang tetapi beliau berhati kecik yg begitu mementingkan gelaran dan kedudukan..
    Sekali lagi saya tabik Dr diatas sikap terpuji Dr ini... Assalamualaikum....

    ReplyDelete
  6. tabik buat Dr Khir. U da best!!!

    ReplyDelete
  7. Dr Khir,

    Suatu keputusan yang mulia dan berani, walaupun, saya yakin, begitu sedih dan sukar.

    Tahniah,

    LJ

    ReplyDelete
  8. Tahniah di atas keberanian Dr. Berbeza dgn Anwar Berahim yg ke hulu ke hilir dgn muka tak malu memakai gelaran kebesaran sedangkan diri sedang diadili di mahkamah dengan tuduhan yg hina.

    ReplyDelete
  9. Ada baik nya pulangkan terus,,,tak hilang bisa ular walaupun merayap dibawah pokok,,,,kami golongan rakyat bawahan sentiasa memerhati dan menilai mana kaca mana permata nya,,,,,

    ReplyDelete
  10. Khairulnizam, tidak wujud tuduhan yang hina. Orang yang menuduh itu hina. Contohnya, para nabi dituduh gila oleh orang mushrik. Adakah nabi menghadapi tuduhan hina?

    ReplyDelete
  11. Saya selaku anak jadi DUN Sg. Panjang amat berbanggs dengan Dr. Khir walaupun berbagai ancaman dan rintangan yang datang, Dr. Khir tetap tenang dan sanggup melindungi kebesaran sultan dari melindungi diri sendiri..syabas dr.

    ReplyDelete
  12. Salam DR,

    Saya tabik spring....satu tindakan yang begitu berani dan gentlemen.

    ReplyDelete
  13. orang yang bersalah memang patut memulangkan gelaran...

    ReplyDelete
  14. tabik kpd Dr.berbeza dgn yg lain walaupun masuk penjara kerana hukuman yg aib dan berstatus banduan tp masih terus mengunakan gelaran yg diberi tanpa malu.

    ReplyDelete
  15. tahniah Dr....masih seperti mana insan yg saya jumpa semasa saya bekerja di kawasan Dr dahulu(2001)...pernah solat jumaat sekali di masjid sg burung

    ReplyDelete
  16. pulangkan sementara??saya rasa pulangkan terus sahaja lagi elok....kadang2 gelaran2 ini boleh menjarakkan antara pemimpin dengan rakyat....dan yang lebih dahsyat lagi kemungkinan boleh melalaikan manusia dari menjadi hamba Allah yang taat.

    ReplyDelete
  17. syabas bro,

    ko mmg gentel...wak. jangan jadik mcm nuar jubo muka tak malu pakai dato seri, dah la menjubo , jual bangsa, jual melayu, jual nama Allah, ....dll.

    syabas broo....syabass....caya kat ko ...wak.... tu ari aku npk ko time lunch hour kat s.alam. tapi aku dlm keta. nnt next time kalu nampak ko lagi, aku tarik ajak makan. aku blanja bro...

    takkan duit aku tak laku...haha

    BoB

    ReplyDelete
  18. satu tindakan yang terpuji dan berani.
    jarang orang buat.

    ReplyDelete
  19. Suatu keputusan dan tindakan yang mungkin PERTAMA di Tanah Melayu.
    Wajar dicontoh jika benar menjunjung kedaulatan undang2,keluhuran perlembagaan dan taat setia kepada Raja.
    Tersentak dan terkedu dengan apa yang dilakukan seorang Dr Khir Toyo.

    Kenapa Dato Seri can I f**k u today tak mahu memulangkan darjah sama walaupun beliau dituduh melakukan perbuatan sangat keji di sisi Islam dan masyarakat timur???

    ReplyDelete
  20. DEMI MENJAGA NAMA BAIK ISTANA DARJAH KEBESARAN DIPULANGKAN SEMULA.SATU PERBUATAN YANG TERPUJI DILAKUKAN DR MOHD KHIR TOYO.WALAU PUN SUDAH TIADA GELARAN LAGI KEPUTUSAN YANG DIBUATNYA MEMBUATKAN DIA MASIH DIHORMATI.BARANG DIINGAT SELAGI KES BELUM DIBUKTIKAN DAN DISABITKAN OLEH MAHKAMAH DR MOHD KHIR TOYO MASIH DIANGGAP TIDAK BERSALAH.

    ReplyDelete
  21. salam dr khir toyo...

    tindakan dr khir dalam politik is a smart move...

    tapi saya sbg rakyat biasa yg tak paham politik nie....tindakan dr khir amat mengharukan...

    hari ini...selepas 7 tahun tun dr mahathir umum letak jawatn atas semasa PAU, saya sekali lagi bangga menjadi ahli UMNO...saya bangga untuk berkata dengan kuat penuh bangga...saya ahli UMNO...sebuah parti yang perjuangkan nasib orang melayu lebih dari diri sendiri..walaupun org ys saya banggakan itu seorang jer,...

    malulah jadi ahli PAS.... parti islam

    ReplyDelete
  22. ano....maksud khairul nizam...anwar masih mahu pakai gelaran yg diberi oleh sultan sedangkan beliau dan isteri sendiri mmahu menghapuskan ketuanan melayu dan sultan.....apa kes???

    kedua...tolong jgn hampiri menyamakan seorang insan yg dipilih manusia dengan seorang insan yang dipilih ALLAH menjadi NABI......jijik rasanya menusuk kalbu...pada kami org islam yg paham takper...tapi kalau anda bersuara di luar sana...saya pk kristian akan ckp anda bodo sbb takda satu kristian pun samakan mana2 insan dengan "jesus son of god"......

    ketiga....kalau anda masih berpk tindakan anda betul menyamakan kes anwar ibrahim dengan kes para nabi....simpan lah komen anda..kerana tersalah type sama dengan tersalah ckap....dosa yg tertanggung nnti jadi lebih berat.....lagipun jika anda rasa anda masih betul simpanlah hujah tue untuk dibahas depan ALLAH kelak....

    ReplyDelete
  23. Syabas Dr,
    Sikap seperti inilah yang seharusnya ada pada anak bangsa. Dgn tindakan Dr, mahkamah sendiri terhalang tidak boleh memanggil Dr dgn gelaran Datuk Seri ketika membicarakan Dr.

    Kerana itulah Tun M terPAKSA memecat DSAI kerana tidak mahu nama Kerajaan Malaysia terpalit dgn kes mahkamah beliau (sepatutnya beliau perlu lebih bertanggungjawab untuk tidak melibatkan Kerajaan Malaysia). Kalau tidak sudah pasti tersebut di dalam sejarah "Timbalan Perdana Menteri Malaysia didakwa liwat" dan bukannya "BEKAS Timbalan Perdana Menteri Malaysia didakwa liwat".

    Diharap Dr tabah menghadapi ujian Allah dan kami mendoakan kesejahteraan untuk Dr.

    ReplyDelete
  24. Salam Dr Khir.
    Saya terharu dan amat memuji dengan tindakan saudara.
    Saudara tidak membanding dengan sesiapa kerana saudara mempunyai prinsip.

    Saya sokong anda. ALJUB hang bila pulak? tak malukan? atau bila sampai kealam kubur suruh tok imam baca WAHAI DATO SERI ANWAR ALJUB >>>>>

    ReplyDelete
  25. bagus lah..bertaubat lah..ajak kawan2 lain perjuangkan islam..bkn melayu ye

    ReplyDelete
  26. sy tabik spring kt dr. biar mhkamah mngadili dlu kputusnnya..jgn cpt buat spekulasi.smoga kbnran memihak kpd dr. khir.....

    ReplyDelete
  27. semua komen positive sahaja!!!

    ReplyDelete
  28. hanya ALLAH saja tg tahu keikhlasannya,

    ReplyDelete
  29. Salam,
    Saya sejujurnya terkejut dengan tindakan Dr. Khir. Sesungguhnya pangkat dan darjat itu hanyalah duniawi semata-mata. Tiada bezanya di sisi Allah. Sekiranya kita ikhlas memahami dan mengamalkannya, Insya Allah selamat selalu.

    ReplyDelete
  30. Tentang pangkat & gelaran teringat kat Tun Gafar Baba , lepas pencen baru nak terima gelaran , susah nak jumpa orang politik zaman sekarang.

    ReplyDelete
  31. Hats off to you, Sir. You walk the talk. May Allah bless you and your family. Amin.

    JH

    ReplyDelete
  32. Tahniah kepada dr khir..ia adalah satu langkah yg amat berani n amat terpuji....
    Semoga Allah memberi jalan yg mudah buat Dr khir dan keluarga didalam menempuhi segala dugaan ni...

    ReplyDelete
  33. Penyerahan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo pada 2001 adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    sultan of selangor sharafuddin idris shahKeputusan berkenaan dibuat oleh Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung.

    Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mantan menteri besar Selangor berkenaan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama turut digantung.

    Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

    ReplyDelete
  34. salam, emm Sultan yg arah serah balik gelaran..baca mcm serah secara sukarela.. mcm2 org politik ni

    ReplyDelete
  35. Siti Norhanim,

    Nama anda dah elok (sejuk hati ada nama macam tu) tapi yang sedihnya ianya tak mengambarkan budi pekerti anda... Na'uzubilllah.

    ReplyDelete
  36. Ini cerita yg sebenarnya. korang kena tipu hidup2 dengan KT...


    Penyerahan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo pada 2001 adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya.

    sultan of selangor sharafuddin idris shahKeputusan berkenaan dibuat oleh Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung...

    http://www.malaysiakini.com/news/153288

    ReplyDelete
  37. Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi......APA CERITA NI?

    ReplyDelete
  38. "memulangkan sementara"? atau pon "kena suspended" ni? jauh bezanye! ;)

    ReplyDelete
  39. mcm kena tipu je ni, dr khir sukarela pulangkan ke atau sultan yang suruh pulangkan... SUK yang baru kata sultan yang suruh pulangkan... adussssss kena tipu lagi ngan wak tempe ni

    ReplyDelete
  40. ye la tindakan terpuji
    bagus la bro...
    better you serah dulu before terjadi apa apa
    nanti bila didapati bersalah...sultan tarik balik gelaran tu lagi malu...if dah serah awal awal...lain cerita.jangan jadi macam abg perkosa kita
    sediakan payung sebelum hujan.

    hummmm

    macam dah tau keputusannya nati

    ReplyDelete
  41. dato?????????????????????????????????? apa ni? kenapa dalam malaysiakini kusrin cakap lain.. dr. cakap lain........ kushrin seolah2 dihantar untuk mengaibkan terus dr.

    ReplyDelete
  42. Salam Dr Khir...
    mana satu betul ni... Dr Khir. serahkan gelaran tu ke atau Sultan yang tarik balik gelaran tu... saya baca news hari ni kata Sultan yg arah supaya gelaran di tarik balik dari Dr khir...

    ReplyDelete
  43. hahaha...terkantoi sudah! Bukan sukarela bagi tapi kena arah pulangkan semula oleh Sultan Selangor. Pandai yek nk cover konon2 dgn sukarela pulangkan pingat kebesaran. So amacam org2 yg puji tu..jilat balik la ludah korang tu. Orang mcm ni pun ada dlm dunia nih!!!

    ReplyDelete
  44. Ya Allah...kenapa org Melayu selalu kena tipu dgn pemimpin Melayu...SUK S'gor..Khusrin kata Al-Sultan Selangor yg arahkan Khir Toyo memulangkan semula darjah kebesaran tersebut...Sepatutnya YB malu kepada diri sendiri,rakyat dan yang terutamanya kepada Al-Sultan sendiri kerana menulis dlm blog ini,"memulangkan sementara"...

    ReplyDelete
  45. 'Your comment will be visible after approval'...apa nih Khir Toyo? Nak pujian2 je ke baru keluarkan post kami. Kalau negative tp tetap sesuatu yg benar apsal xnak dikeluarkan di sini. Apa2 hal semua penipuan dah terbukti dan dipaparkan oleh Media Umno sendiri.... lain kali jgn menipu! Tak selamanya org ramai boleh ditipu...kita bukan jahil mcm org2 dulu!

    ReplyDelete
  46. State sec: Khir’s title suspended, not returned
    By Syed Mu’az Syed Putra and Boo Su-LynJanuary 13, 2011

    Khir claimed to have returned the title for the duration of his fraud trial. — file picKUALA LUMPUR, Jan 13 — Dr Mohd Khir Toyo’s “Datuk Seri” title was suspended by the Selangor Sultan and not returned temporarily as suggested by the former mentri besar yesterday in an apparent attempt to salvage his political image.

    State Secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi today said the decision to suspend Khir’s title was made by the state's royal council this week.

    “His title is suspended. It is not [he] who has returned the title. That is a misleading statement by him.

    “His title has been suspended until his trial is over,” Khusrin told The Malaysian Insider.

    The state secretary said that if Khir is found guilty, he would be permanently stripped of the title.

    The title would, however, be returned to him if he was cleared of the charges, Khusrin added.

    Writing in his blog yesterday, Khir said that he was returning the Seri Paduka Mahkota Selangor medal to avoid dishonouring it during his ongoing graft trial.

    “The medal has been returned to avoid a state honorific title being tainted during the course of the trial,” he said.

    He claimed he had written to the palace in the middle of December asking to return the medal temporarily and that the Council of the Royal Court of Selangor agreed to his request.

    Khir was charged on December 6 under Section 165 of the Penal Code for knowingly accepting a bribe, in the form of two plots of land in Section 7, Shah Alam at a substantial discount from Shamsuddin Haryoni.

    He subsequently resigned as state opposition leader.

    ReplyDelete
  47. Buat Anon 6:08

    Tak usah lah hang nak was wasa akan apa tindakan yg di ambil sesorang itu. Apa pun tindakan nya hanya ALLAH yang tahu. Tak payah lah hang dok kata sandiwara. Untuk apa nak bersendiwara kalau ALLAH tahu akan niat nya. Kalau hang buat macam tu mungkin juga org kata hang bersindiwara kerana niat hang memang tak betul. Jadi jgn sama kan org lain dgn hang yg hanya ada "Limau Perut Tiga Serangkai, Buta Perut Tak dak akai"

    ReplyDelete
  48. Aiks ... hari ini keluar berita bahawa istana yang tarik balik title..... save air muka ke ??? keluar berita dulu kata nak serender title ..... ish ish ish .. syabas kerana tak tahu malu.

    ReplyDelete
  49. You lie through your teeth! The palace suspended your title, not you 'returned' it as you claimed him. Shame on you.

    BTW, all the positive comments on this post. Betul ke? ;-)

    ReplyDelete
  50. Salam...
    pulang sementara atau diarahkan oleh Tuanku Sultan?...cuba terangkn dgn jelas...hari ni mcm2 dh terbongkar...mana satu ni, DR?...sementara atau arahan Istana?...answer me pls...salam...

    ReplyDelete
  51. Apa kes...???!!! Thestar online:

    Published: Khamis Januari 13, 2011 MYT 2:07:00 PM
    Updated: Khamis Januari 13, 2011 MYT 2:22:24 PM
    Sultan Selangor Arah Gelaran 'Datuk Seri' Khir Toyo Digantung
    SHAH ALAM: Penyerahan semula Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad. Khir Toyo sebenarnya adalah titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri dan bukannya penyerahan sementara seperti yang didakwa.

    Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memaklumkan bahawa, keputusan berkenaan telah dibuat oleh baginda selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang telah memutuskan supaya darjah kebesaran itu digantung.

    "Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

    Menurutnya, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Selain Mohamad Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

    "Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," katanya.

    Semalam Mohd. Khir mendakwa beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

    Beliau berkata pemulangan gelaran berkenaan bagi menghormati darjah kebesaran itu serta mengelakkan ia terpalit dengan keaiban berikutan kes tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.

    "Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," katanya menerusi blognya www.drkhir.com.

    Beliau mendakwa menghantar surat kepada Sultan Selangor pada pertengahan Disember lalu menyatakan hasrat untuk memulangkan darjah kebesaran itu.

    Beliau berkata Dewan Diraja juga telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut dan meminta semua media serta penganjur program hendaklah menggugurkan gelaran 'Datuk Seri' dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja.

    Pada 6 Disember lalu, Mohamad Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat.

    Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

    ReplyDelete
  52. Khusrin: Sultan arah 'Dato Seri' Khir Toyo digantung

    Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

    Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

    “Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

    Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
    Selain Dr Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.

    Khir dianugerahkan gelaran 'Dato Seri' pada 2001 manakala Shamsuddin pula dianugerah gelaran 'Dato' pada 2002.

    “Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Khusrin.

    Semalam, Dr Khir dalam blognya menulis beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.

    Beliau berkata pemulangan semula pingat itu bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

    Pada 6 Disember lalu, Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

    Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.
    Khir Toyo serah balik gelaran Dato' Seri Bekas MB Khir hadapi perbicaraan 15 hari Jun ini 'Masalah SUK berpunca daripada Khir Toyo' Khir Toyo digantung dari semua jawatan parti Muhyiddin: BN akan putuskan pengganti Dr Khir Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbitSingkatan berita setiap hari
    Email: Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook MalaysiakiniIkuti berita Malaysiakini menerusi TwitterDiy Day Banner

    Advertise here ( RM10/day )

    ReplyDelete
  53. Datuk Seri,

    I heard your title suspended?

    Is this true?

    Kindly advice

    ReplyDelete
  54. Pandai ko kelentong ye. Sbnrnya Sultan yg nak ko serahkan, bukan ko sukarela bg.

    ReplyDelete
  55. Hahahaha ... Sultan yang suruh serah ... udah-udah laa wahai wak jawa, ingat Tuhan yang Esa samaa

    ReplyDelete
  56. salam dr..cerita sebenar..serah sukarela ker..atau dapat titah tarik balik?..cerita yg benar Dr..

    ReplyDelete
  57. Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

    macam mana pulak tu

    ReplyDelete
  58. terbaru baca dlm mkini.. bukan pulang sementara memang kena pulang eehhh apa daaa Sultan suruh pulangkan hahahahha lawak...

    ReplyDelete
  59. Dr Mohd Khir Toyo’s “Datuk Seri” title was suspended by the Selangor Sultan and not returned temporarily as suggested by the former mentri besar yesterday in an apparent attempt to salvage his political image.
    State Secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi today said the decision to suspend Khir’s title was made by the state's royal council this week.

    “His title is suspended. It is not [he] who has returned the title. That is a misleading statement by him.

    “His title has been suspended until his trial is over,” Khusrin told The Malaysian Insider.

    The state secretary said that if Khir is found guilty, he would be permanently stripped of the title.

    dari malaysia insider

    mana satu betul ni dr

    ReplyDelete
  60. Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Mohammed Khusrin Munawi.

    Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

    “Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

    Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    ReplyDelete
  61. http://www.malaysiakini.com/news/153288 sapa yng pusing fakta.., dipulangkan dengan rele ke or dipaksa pulangkan...hmmmmm

    ReplyDelete
  62. Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Mohammed Khusrin Munawi.

    Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Khusrin dalam satu kenyataan hari ini.

    “Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” tambahnya.

    Menurut beliau, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap mantan menteri besar Selangor itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  63. Dipulangkan atau kena gantung, mana betul nih????

    ReplyDelete
  64. Tahniah Dr. Khir. memang penipu berwibawa! Datuk Seri digantung tetepi berkata 'penyerahan semula' kepada Sultan.

    ReplyDelete
  65. Kenapa Datuk Mohammed Khusrin bagi kenyataan yang ada percanggahan?

    Kenapa posting artikel ini hanya sehari jaraknya dengan posting yang terkini?

    ReplyDelete
  66. kata serah darjah, padahal kena gantung. Si toyol ni muka tebal macam tembok , sungguh memalukan oh toyol. Bacalah Malaysiakini hari ini.

    ReplyDelete
  67. Salam YB Dr. Khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. Insya-Allah.

    Rasanya panggilan Yang Berhormat masih lagi ada bukan? Jawatan Ketua Bahagian sekarang dipangku oleh Timbalan Ketua Bahagian sementara menunggu kes YB Dr Khir selesai.

    YB Dr Khir, bukan saya nak membodek ke apa ke. Apa pun yang saya dapat kalau nak bodek-bodek YB ni kerana saya bukannya penduduk Sg Besar. Tetapi kaum kerabat ramailah kat sana.

    Tumbangnya kerajaan BN di Selangor YB meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Seorang pemimpin yang amat bertanggung jawab sebelum ada desakan dari mana-mana pihak. Bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tewas.. Tetapi itu adat bertandinglah. Kalau menang di'boo' nak buat apa.

    Tindakan terbaru YB memulangkan semula darjah kebesaran Selangor memang sesuatu yang... senang kata rasanya YB Dr Khir seorang sajalah yang pertama bertindak sedemikian demi memelihara nama baik istana.

    Rakyat sedang melihat dan tak dinafikan sembang kedai kopi akan hangat dengan topik ini. YB ada kes mahkamah, pulangkan semula buat sementara darjah kebesaran tetapi pemimpin yang seorang lagi tu tak mahu pula pulangkan. Kes masih on going..Cuma banyak tangguh-tangguh je.Rasanya kalau dah takde gelaran, tak power barangkali.

    Apa-apa pun bak kata YB, segala yang sedang berlaku ini adalah proses untuk mematangkan YB lagi dalam arena politik. YAB Menteri Pertahanan kita pun pernah berkata..." Dulu saya terjatuh akibat terpijak kulit pisang, kini saya bangkit semula".. Renung-renungkanlah..Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bila kita sudah senang ingatlah bila kita susah..Tabik YB Dr Khir Toyo!

    ReplyDelete
  68. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/13/nation/20110113145528&sec=nation

    ReplyDelete
  69. what a hypocrite!

    http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/13/nation/20110113145528&sec=nation

    ReplyDelete
  70. wow...all the great comments..and i am sure this comment (even though not negative) will not be approved.. because its not positive to 'mencantikkan' your blog! hahaha

    ReplyDelete
  71. KEMULIAN MANUSIA DENGAN TITLE HAMBA ALLAH BUKAN PANGKAT DAN DERAJAT APALAGI KALAU PANGKAT PUN NAK DIMANUPULASI HILANG DATOK TETAP MULIA KALAU TAAT KAT ALLAH TUHAN SEGALA RAJA,MOHON AMPUN KEPADANYA

    ReplyDelete
  72. sebeloum kena tarik gelaran ,baik hantar balik ttp rupenye mmg pun sultan nak tarik..takut malu si khir ni pon pulangkan balik.so rakyat pon dpt dikelirukan then org pon kata khir ni ok...heheheheh

    ReplyDelete
  73. PERTEGAHAN DISEMBER DAN 11JANUARY KAN ADA BEZANYA.

    ReplyDelete
  74. dahsyat betul manusia yek kalau dah benci memang batuk, bersin, even agaknya bekas tapak kaki kita pun di bencinya.... Segalanya.....dibenci...dihina...dicaci .....diketawakan......inilah agaknya kehidupan realiti sebenar.....

    ReplyDelete
  75. Salam Saudara DMKT,..diserah atau ditarik balik atas titah Tuanku...redha je lah..biarlah dia orang buat tafsiran masing-masing.
    Apa hal pulak dengan bekas banduan?..adakah darjah dan pingat yg dimiliki tidak terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang di penjara dan kes menceroboh 'store kunyit' yang masih dlm perbicaraan?
    RBO60

    ReplyDelete
  76. kenapa nak pertikai penyerahan gelaran DS.Tak kisahlah dia kembalikan sementara atau tarik balik.yang penting mereka ok.Nak tanya apa jadi kat Puak yang guna DS yang telah didapati salah dan ke penjara.tak kira siapalah.kenapa tak bising? jangan pandang sebelah mata sahaja nanti kufur nikmat.Saber....wak...saber...

    ReplyDelete
  77. Salam 1Malaysia YB,

    Saya snagat kagum dengan tindakan YB untuk memulangkan semula pingat dan anugerah kebesaran itu kepada pihak Istana, TETAPI kenapa pula Anwar Ibrahim sampai sekarang langsung tak berani untuk berbuat sepertimana yang YB telah buat?

    Nampak sangat Anwar Ibrahim gila kuasa dan gila pangkat !

    ReplyDelete
  78. Bersabar la Dr.

    saya anti umno
    dulu saya benci Dr. tapi sekarang hati saya tersentuh. tapi Dr. akan terselit dlm sebahagian doa saya jika Dr. lawan balik bongkar geng2 umno yg banyak buat onar salama ini, dalam segala hal

    selamat bangkit Dr!!

    ReplyDelete
  79. Salam,

    Yg pasti YB ku mmg gentleman. Bukan mcm yg sorg lagi tu. Xsedar diri. Gelaran dipangkal namanya diberikan oleh tuanku, tp tuanku juga dikutuknya.

    ReplyDelete
  80. syabas Dr..sy brbangga mnjadi anak jawa..smua anak jawa dslangor n msia pasti brbangga dgn Dr..kita pastikan UMNO akan terus mnjadi tunggak pemerintahan di selangor..n Malaysia.

    ReplyDelete
  81. heran bin ajaib.di serah salah tak di serah pun salah,kalau tak di serah kau orang jerit.bila dia serah kau orang pun jerit,kita perduli apa.ada kurang makan kita kalau dia serah ke atau di arah serah.maklum le orang tak ada kerja,kerja nak cari salah orang je.aku ingat kau orang semua tak cukup makan kot.rasanya kalau kau orang dapat jadi macam dia.kau orang lagi teruk.aku ingat kau orang muhasabah diri kau orang ni.yang komen baik atau tak baik ke...termasuk aku sekali.yang aku jadi penyibuk pun apa pasal.

    ReplyDelete
  82. Alo brader .. Ko ni x sudah-sudah nak memburukkan orang .. Macam la ko tu baik sgt ... Ingat malaysiakini tu sahih sgt ke cita dia .. Kalo macho letak la nama sendiri .. Bacul ke letak Anonymous .. Mcm dh tak de orang lain yg nk komen .. Lepas ko .. Ko .. Lepas ko .. Ko lagi .. Bawak mengucap brader .. Amin

    ReplyDelete
  83. semua yang komen disini kaki penjilat toyo dah salah layak la ditarik balik darjah nya nak sokong apa lagi puihhhh

    ReplyDelete