Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, January 13, 2011

Pindaan Untuk Tuanku atau Menteri Besar?

1. Akibat tidak berpuas hati dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Menteri Besar telah memohon untuk mengadakan sidang Dewan Negeri tergempar bagi mengubah Perlembagaan Negeri. Jika berdasarkan kenyataan-kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim, ia akan membabitkan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

2. Namun saya jangkakan Menteri Besar akan juga melakukan pindaan dalam hal Perkara 97 berhubung dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri perlantikan SUK, Pegawai kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri

3. Berdasarkan kenyataan akhbar juga, Khalid menyatakan bahawa cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan Menteri Besar.

4. Malangnya sehingga hari ini draf pindaan yang akan dibuat belum diedarkan kepada ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Saya berharap draf ini diedarkan awal bagi membolehkan semua ahli dewan mengkaji dan meneliti kesan pindaan ini.

5. Namun jika cadangan tersebut mahu mengembalikan kuasa Sultan seperti dakwaan Khalid sudah tentu beliau tiada masalah untuk menerima Dato Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri Selangor. Ini kerana Khusrin telah mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor.

5. Justeru saya melihat penggunaan nama Tuanku dalam isu pindaan ini hanyalah kosmetik semata. Sebaliknya, pindaan ini hanya untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada Menteri Besar, manakala fungsi tuanku akan kekal seperti sekarang.

6. Berdasarkan kedudukan jumlah kerusi dalam Dewan Negeri Selangor sekarang, sebenarnya Pakatan tidak mempunyai majoriti 2/3 untuk melakukan sebarang pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

7. Fasal 5, Perkara XCVIII Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan jelas menyatakan sebarang pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri harus mendapat sokongan majoriti 2/3 daripada jumlah ahli Dewan bukan jumlah yang hadir seperti dakwaan Menteri Besar.

[(5) Sesuatu Rang Undang-undang bagi membuat sesuatu pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan ini tidak boleh diluluskan oleh dewan Negeri melainkan jika ia telah disokong pada bacaan kali kedua dan kali ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang dua pertiga jumlah ahli Dewan Negeri.]


8. Justeru proses merancang pindaan ini dan sidang tergempar yang bakal diadakan merupakan satu proses pembaziran sumber negeri sama ada dari segi kewangan mahu pun tenaga kerja. Lebih mengecewakan Dewan yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan dasar-dasar negeri telah menjadi alat percaturan politik kepartian.

9. Langkah kerajaan negeri mahu mengubah pindaan walaupun tiada majoriti 2/3 tidak lebih seperti kata bidalan melayu seperti kura-kura mahu memanjat pokok. Selepas sidang nanti kita akan dapati "pukat terlabuh, ikan tidak dapat".

10. Akhirnya segala riuh-rendah dan hiruk-pikuk pindaan perlembagaan negeri ini hanya membuang masa dan sumber seperti kata peribahasa Melayu "arang habis binasa, tukang hembus penat saja".

11. Sewajarnya kerajaan negeri menumpukan kepada hal-hal pentadbiran dan pembangunan negeri berbanding menghabiskan masa berbuat kerja yang sia-sia dan diketahui tidak akan berhasil.

22 comments:

  1. apa masalahnya saudara KT jika MB hendak memulangkan hak nya semula? siapakah yg mempunyai kuasa eksekutif di selangor? jadi siapakah MB jika beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan penting.

    lawaknya KT memeberi alasan pembaziran sedangkan sidang tergempar dijangka berlansung sehari shj. pembaziran apa?

    saya harap sedara KT menumpukan masa dan tenaga untuk mengembalikan kuasa sedara yg telah hilang. salah satunya sedara boleh menggunakan taktik gertak dan serang keatas najib. UMNO selangor akan menjadi lemah jika sedara jatuh kerana pengaruh sedara KT masih kuat diakar umbi. ramai org UMNO sedih bila KT didakwa sedangkan yg lain dilepaskan

    ReplyDelete
  2. salam dr,

    semuanya hanya mainan politik,

    kalau tak dapat 2/3... mereka akan kata ... tgk la adun BN xnak kembalikan kuasa sultan,

    mereka hanya mengumpul politikal advantage untuk digunakan semasa pilihanraya nanti.

    isu bakar buku... mereka x sokong
    isu adun kota muda... mereka minta adun minta maaf
    isu pasir... maklum
    isu air... maklum
    isu benih padi
    isu pukul adun
    dan banyak lagi....

    semua ini akan diguna masa kempen pru

    pastinya mereka xkan ckp pasal
    isu elizabeth
    isu cemar masjid
    isu dalaman pkr
    isu dalaman pas
    isu korup pegawai pejabat mb/exco
    dan byk lagi.....

    mereka hanya nak satu undi aje.... satu undi aje
    beri kami sekali lagi... satu penggal xkan cukup mengubah semua

    itu lah yg dia akan jaja

    salam
    ali t.k.

    ReplyDelete
  3. semalam saya amat terpegun dengan Dr kerana memulangkan gelaran dato seri kembali kepada sultan tetapi hari ini setiausha negeri pula mengumumkan bahawa sultan yang tarik balik. Vesi manakah yang betul?

    ReplyDelete
  4. apa cerita DOC. GIGI. Khhhuuuuuussssss semangat... kita ni hanya menumpang sahaja. dlm macam ni pun masih sempat lagi. cukuplah lah.

    ketua keluarga.

    ReplyDelete
  5. Salam YB Dr Khir, moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT hendaknya. Insya-Allah.

    Akibat kurang cekap pemimpin kerajaan negeri sekarang dan apabila sesuatu yang di luar dugaan mereka berlaku melibatkan jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri maka berkokoklah mereka.

    Tan Sri MB sudah terlepas cakap akan membuat sidang DUN tergempar dan demi mejaga maruahnya cukup ke tak cukup majoriti, kena buat jugalah. Takkan nak undur balik. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, terima sajalah padahnya.

    Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku. Jangan nanti persidangan tergempar DUN menjadi mesyuarat undi tak percaya pula pada Tan Sri MB. Politik. Macam-macam boleh jadi...

    ReplyDelete
  6. Dr Khir,

    Dah lama jadi MB masih tak faham ke Undang2 Tubuh Kerajaan N.Selangor.

    Yg buat keliru semua ni ialah Umno. Perkara 52 menunjukkan SUK jawatan kepunyaan Kerajaan S'gor dan, lantikan hendaklah dibuat olih 'Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan.' Per 97 menunjukkan S'gor ada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Dulu masa Dr bantai Khalid, Dr cakap S'gor mana ada Suruhanjaya Perkhidamtan Negeri. Jadi MB 8 th ini pun tak tahu ke. Macamana Sidik, KSN bolih cakap Suruhanjaya berkaitan tu SPA dan bukan Suruhanjaya Perk Negeri. Nampak sangat KSN ni baruah Umno nak kelirukan orang.

    Dr Khir, Selangor setuju masuk Persekutuan Tanan Melayu. Bukan semua dia nak surrender kePersekutuan. Nak bergabung, seluar dalam pun, Persekutan kena tentu ke? Pakai otak sikitlah. Yg S'gor surrender hanya berkaitan urusana pertahanan, keselamatan dlm negeri dan lain2 yg berkaitan dengan nya.

    Mana tahu Khlaid nak pinda perlembagaan? Dr cuba baca Per.144(4) Perlembagaan Persekutuan. Satu enakment yg mengandungi spt itu sudah cukup mengembalikan kuasa lantikan kpd Sultan setelah mendapat nasihat MB.

    ReplyDelete
  7. kita tengok macam mana UMNO memainkan isu ini, sanggupkah UMNO menidakkan 'sirih pulang ke ganggang'....kalau tak sokong gak pindaan ini bermakna sah dan sahihlah UMNO punya angkara dulu.

    ReplyDelete
  8. kadang2 yang komen macam lebih pandai, macam khald samad saja. Bercakap lebih isi tarak. Khalid Ibrahim pun sampai tergagap-gagap tak ketahuan, akhirnya Datuk SS yg pencen jadi kambing hitam. Dulu dalam Guthrie habis ranap harta org melayu dikerjakannya... sekarang Negeri pulak nak dijahanamkan

    ReplyDelete
  9. Hello Kulaan Niring,

    Bab pemimpin Umno merompak tak mahu cerita sama ke? Scorpene dan Sukhoi kanto RM1 billion, commission konon. Tapi duit commission pergi kat Najib/Rosmah.

    Patut kalau Khir Toyo kena. Najib pun mesti kena. Khir Toyo hanya Rm24 million. Najib RM1 billion dari Sukhoi dan Scorpene.

    ReplyDelete
  10. Suara Kulaan Niring,

    bagi la idea atau komen yang membina..bukan mencerca atau menghina orang...takut nanti orang yang menghina lebih hina dari orang yang dihina...

    ReplyDelete
  11. Bayar dulu hutang dengan BIMB sebanyak RM 60 juta baru layak jadi MB. Orang Selangor buta mata ka . Sampai nak muflis Bank Islam ditipu oleh Khalid dan Anwar .Bayar dulu hutang bank. Beli Gutrie guna wang Bank Islam .apakah rakyat seluruh Malaysia lupa atau tak tau.

    ReplyDelete
  12. aku ni cakap x pandai. ilmu pun x banyak. tapi aku tahan satu perkara. selagi pemimpin atasan mengamalkan korupsi. janganla harap malaysia akan maju. tubuhla berapa banyak sprm pun xde maknanya. yang dicari sprm hanyalah yang ambil rasuah 2 3 ratus. yang ambil 2 3 juta duit rakyat sapapun tak heran.kerana apa. kerana dia orang besar. sprm pun dengar cakap mereka.habis tu camne. berperang mulutla kita dialam maya. yang dapat berjuta juta x buka pun laptop.tengokla peminpin sekarang kayaraya. rakyat menderita. harga barang naik dari hari kehari. kata rakyat didahulukan. tapi poket rakyat makin nipis. sanggupkah peminpin sekarang ini membelanjakan wangnya hasil wang rakyat kepada rakyat. nak ambil wang rakyat lagi adala. harta mereka tidak pernah cukup walaupun tak ada lagi tempat nak simpan. ingatlah di dunia ini surga milik mereka. tapi ingat pembalasan allah. didunia lagi allah akan tunjukkan. oleh itu bertaubatlah wahai orang yang bernama pemimpin. apakah maknanya kekayaan dan kemewahan jika orang lain sekeliling kamu dalam kesusahan kamu biarkan. Ingatlah kemewahan yang kamu kecapi akan memakan diri kamu. makanan yang enak adalah racun kepada kesihatan. kemewahan yang berlebihan itu adalah racun dalam kehidupan. renung2kanlah

    ReplyDelete
  13. Kalau UMNO tak sokong, merekalah PENDERHAKA yang sebenar kepada SULTAN!

    ReplyDelete
  14. Wah hebat sangat org tu yg boleh tahu berapa banyak orang sapu duit rakyat,ada benarkah atau sekadar buat tuduhan tanpa bukti tanggunglah dosa menuduh atau memfitnah.Allah maha mengetahui siapa benar siapa salah.

    ReplyDelete
  15. Sape kata UMNO penderhaka kepada Sultan???. Khalid Ibrahimlah yang derhaka kerana menentang keputusan Sultan. Kalau buat kepala gila aku, mahu aku sekeh kepala Khalid Ibrahim tu!.Itulah namanya Kadok Naik Junjong!. Tak sedar dek untong!

    ReplyDelete
  16. Dr Khir,

    Pada hari itu, hangpa semua jangan buat kecoh. Tak perlu cakap apa-apa. Terus undi je. Ney.

    Ha...ha...

    ReplyDelete
  17. Keputusan mmg sudah di jangka kerana pihak BN awal-awal lagi mengatakan tidak akan bersetuju dan siap di nyatakan di dada akhbar, maksud walau bagaimana pun bagusnya pindaan undang-undang tersebut tidak akan di persetujui kerana ianya bukan penilaian individu seperti demokrasi yg sebenar tapi mengikut kehendak pemimpin semata-mata. soalan saya kepada dr, apakah ini yg di katakan demokrasi? kalau wakil rakyat BN menyokong pasti akan di ambil tindakan kerana menyebelahi pihak lain seperti yg terjadi sebelum ini dan kalau Dr kata ini demokrasi tolong nyatakan jenis demokrasi apakah ini? mengapa wakil rakyat BN tidak blh mengikut pendirian sendiri? saya bkn ahli mana-mana parti politik ttp pada penilaian saya politik di Malaysia tidak profesional kerana dari asas seperti penamaan calon pun ianya tidak transparent kepada rakyat, sebagai contoh, 1.calon cuma diumumkan di saat-saat akhir sebelum penamaan,yg mana rakyat seharusnya tahu seawal 6 bln sebaiknya untuk menilai setiap calon supaya lebih mengenali calon pilihan mereka.
    2.Pengistiharan harta secara umum kepada rakyat atau yg berkaitan
    3.pemeriksaan kesihatan, fizikal dan mental seharusnya keutamaan utk mengelakkan terlalu bnyk PRK dan menganggu proses khidmat kepada rakyat.
    dan mungkin bnyk lagi yg harus di fikirkan sekiranya benar-benar ingin memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan bkn mengkayakan diri sendiri dan kroni.. mmg sangat lah hebat semasa berkuasa ttp bila trjadi seperti yg Dr lalui sekarang mungkin menyedari hakikat sebenar sebagai rakyat kami yg sepatutnya di perkaya dan di makmurkan.. syabas kepada Kerajaan Selangor srkg kerana air free tu pun satu hadiah baik kepada rakyat. biar pun tak sebesar mana kepada sesetengah org ttp sgt bermakna sebagai satu langkah mula.
    semoga Dr dan keluarga sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  18. aikh? tunggu dr jawab ni.. tp nak tambah sikit lagi lah.. sebagai seorang rakyat saya ingin sekali mengundi siapa yg layak menjadi PM malaysia.. tp mungkin hanya mimpi kerana politik yg kita ada skrg tidak memungkinkannya.. sungguh sedih bila sistem yg ada skrg sebenarnya sangatlah buruk dan ketinggalan kepada saya.
    sistem presiden parti menjadi PM jika parti dapat majoriti seharusnya tdk lg relevan skrg. contohnya.. jika Najib kalah kat Pekan tp majoriti kemenangan kerusi pada BN dia msh jadi PM.. sedangkan rakyat telah menolak dia dari pekan..selagi lg itu hanya sebagai contoh.. atau dia menang di pekan dan jd PM seperti skrg tp bkn itu hanya hasil undian ahli parti BN? ataupun semasa pilihanraya blh di katakan suara rakyat pekan.. bagaimana dgn rakyat malaysia yg lain seperti saya.. apakah saya setuju najib jd PM contohnya.. apakah rakyat malaysia lain tak blh atau tak layak memilih PM kami seperti ahli parti BN dan rakyat pekan? sistem ini adalah sistem paksaan pada saya.. saya bkn org pandai seperti Dr tp kemusyikilan ini telah lama ingin saya tanyakan pada org besar saperti Dr.. ada jg jawaban dari rakan-rakan utk layak mengundi siapa jd PM kene masuk parti BN atau komponen la.. haha lawak juge tp jawab saya..'BN tu bagus ke?'.. mcm terlebih pula tp harap DR blh jawab dan sekali lg semoga DR sihat sejahtera dan di rahmati Allah SW..

    ReplyDelete
  19. Alahai Dr.. kenapa soalan saya tidak di publish? soalan simple berkaitan amalan politik malaysia je tu. nmpknya mmg sah lah kami rakyat yg di tindas di bumi sendiri dgn kononnya demokrasi tp sebenarnya tidak.. dan tak hairanlah akan bnyk lg org yg seperti saya akan mengatakan tidak kepada BN jg.. terima ksh dan semoga sihat walafiat di samping keluarga. salam

    ReplyDelete
  20. aloh skrg nie...ahli politik sama sahaja..bile mereka kalah mereka tuduh orang nie penipu, pendusta, pengikhianat tp kalau mereka menang? rumah bertambah besar,kereta bertambah besar, yang menanggung kesusahan rakyat jugak...minyak naik, barang makan naik...ape kate gaji YB2 nie disedekahkan kepada rakyat...boleh?

    ReplyDelete
  21. sedih2.. sy ni seorg plajar tp malu tgk prangai org2 tua ni terutamanya org mlayu. berpecah belah sesama sendiri.. org cina, org india sedang gelak pd kita. sy malu.. boleh katakan sy ni spt budak hingusan lagi utk bagi komen2 berkaitn politik ni tp sekurgnya sy matang utk memilih mana yg baik. saya takut dgn nasib bangsa sy. bg sy hny sultan sja lah yg mampu melindungi org2 mlayu. daulat tuanku!! sy sygkn negara sy, sy sygkn negeri sy, sy sygkn BANGSA sy.

    soalan sy :

    1. bolehkah org mlayu survive di bumi sndr tnpa peruntukan2 khas untuk bumiputera?

    2. bolehkah peruntukan2 khas utk bumiputera diselamatkan tnpa raja2 melayu?

    komen kecil sy : sdgkn ekonomi bukan org kita yg pegang, hny satu yg tinggal iaitu kuasa politik.

    - PELAJAR MELAYU

    ReplyDelete