Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, February 7, 2011

Kedudukan Pegawai Kerajaan Negeri Bergantung Kepada Tuan Politik?

1. Kerajaan Negeri Selangor akan berhadapan masalah pentadbiran yang serius jika ia masih meneruskan sikap berdolak-dalik dalam menerima perlantikan Dato' Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

2. Saya juga pernah membangkitkan bahawa sejak tiga tahun lalu kedudukan ekonomi dan pengurusan kewangan negeri dalam keadaan yang tidak baik. Jika ditambah lagi dengan kegagalan menguruskan pentadbiran dengan cekap terutamanya membabitkan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri maka boleh merencatkan lagi pembangunan.

3. Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan individu terpenting dalam sistem pentadbiran awam negeri. Kegagalan mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar menyebabkan Dato Mohd Khusrin tidak boleh menghadiri mesyuarat EXCO dan juga melaksanakan segala keputusan-keputusan EXCO.

4. Ini bermakna secara prosedur, segala mesyuarat dan keputusan EXCO menjadi sia-sia dan membuang masa kerana ia tidak dapat diturunkan kepada pegawai kerajaan. Menteri Besar dan EXCO mungkin akan memberi arahan secara langsung kepada para pegawai kerajaan yang diperlukan. Namun arahan kepada pegawai kerajaan negeri tanpa melalui SUK merupakan satu pelanggaran tatacara "good governance" yang dilaung-laungkan oleh Pakatan sebelum ini.

5. Segala bantahan dan gerak kerja kerajaan negeri dalam membantah perlantikan Khusrin telah dilaksanakan termasuklah mengadakan sidang Dewan tergempar bulan lalu. Sudah seantero dunia telah tahu bahawa kerajaan negeri tidak bersetuju dengan perlantikan Khusrin. Keuntungan politik pun telah diraih semaksima mungkin oleh Pakatan. Justeru eloklah Kerajaan Negeri melihat ke hadapan dan menyegerakan majlis mengangkat sumpah menyimpan rahsia SUK Selangor ini.

6. DYMM Tuanku juga telah memberi perkenan baginda ke atas perlantikan Khusrin. Malah menerima Khusrin mengangkat sumpah di hadapan baginda. Baginda juga telah memberi restu kepada Kerajaan Negeri mengadakan sidang khas Dewan Negeri Selangor.

7. Justeru moleklah kerajaan negeri terutamanya YAB Menteri Besar menyegerakan majlis angkat sumpah SUK ini agar pentadbiran negeri dan kepercayaan kakitangan awam dapat terus diperkukuhkan.

8. Tindakan kerajaan negeri berdiam diri hanya akan mengeruhkan lagi hubungan antara kakitangan kerajaan dan pemimpin politik negeri. Kakitangan kerajaan melihat tindakan kerajaan negeri ini sebagai satu bentuk campur tangan politik secara langsung dalam pentadbiran awam. Ini menimbulkan ketakutan dan kepercayaan bahawa kedudukan mereka di negeri bergantung kepada sejauh mana mereka tunduk kepada kuasa politik, bukannya sejauh mana mereka melaksanakan tugas dengan cemerlang.

9. Dulu saya dikritik kerana memberi anugerah penyapu kepada PBT yang gagal mencapai sasaran perkhidmatan yang ditetapkan. Apabila Majlis Daerah Hulu Selangor menerima anugerah penyapu tersebut riuh rendah kononnya saya menjatuhkan maruah pentadbiran awam negeri.

10. Hakikatnya cadangan anugerah penyapu tersebut datang dari pegawai kanan kerajaan dan mendapat persetujuan para pegawai kanan kerajaan negeri. Malahan, selepas menerima anugerah penyapu tersebut, Majlis Daerah Hulu Selangor menerima anugerah PBT cemerlang tiga tahun berturut-turut berdasarkan ukuran prestasi yang sama.

11. Ketika anugerah tersebut adalah bertujuan memberi kesedaran luar biasa kepada kakitangan awam untuk berkhidmat lebih efisyen dan kerja keras, keengganan Menteri Besar menerima perlantikan Khusrin telah menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi terencat dan moral kakitangan awam berada di tahap yang sangat rendah.

12. ramai yang bertanya, jika seorang pegawai kanan di peringkat negeri boleh diperlakukan seperti budak-budak, apakah erti kedudukan pegawai lain yang lebih rendah pangkat dan kekananan (seniority)?

13. Jika restu dan perkenan Tuanku terhadap perlantikan ini pun dipandang sebelah mata oleh rejim politik baru Selangor, apakah nasib kakitangan kerajaan lain sekiranya tidak mengikut arahan "moghul" baru ini? Mereka mungkin tidak memberi "penyapu" jika tidak bekerja dengan baik, tetapi mereka akan buat apa sahaja untuk menolak kakitangan kerajaan hanya kerana mereka tidak suka atau mempunyai prasangka tidak baik terhadap individu tersebut.

14. Kegagalan mengadakan Majlis Angkat Sumpah menyimpan rahsia SUK Selangor yang baru ini menunjukkan Pakatan tidak serius dalam memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar, cekap dan efisyen. Sebaliknya mereka hanya mementingkan kroni mereka dilantik ke jawatan-jawatan kerajaan dan akan berbuat apa sahaja untuk menggagalkan kenaikan pangkat pegawai yang mereka tidak suka.

15. Apakah ini bukan satu bentuk penghinaan kepada perkhidmatan awam negeri apabila Menteri Besar secara terbuka menolak perlantikan pegawai kanan pentadbiran awam tanpa sebarang sebab yang membabitkan keupayaan dan kemampuan bekerja pegawai tersebut?

16. Sungguhpun mereka menjanjikan ketelusan, pertanggungjawaban awam dan pentadbiran kerajaan yang baik; kesimpulan di sebalik krisis perlantikan SUK Selangor ini menunjukkan kedudukan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor pada zaman Pakatan memerintah ini tidak lebih kepada "hamba politik". Jika mereka tidak berani melanggar peraturan dan prosedur untuk memenuhi tuntutan "moghul politik" baru ini, mereka harus bersedia menjadi seperti Khusrin.

17. Bagi Tan Sri Khalid sendiri jika masih berdegil nyatalah beliau melanggar perkenan DYMM Tuanku dan juga membelakangi undang-undang tubuh negeri Selangor. Nampak jelas beliau meletakkan dirinya lebih tinggi dari undang-undang tubuh negeri Selangor. Inilah yang dikatakan bagai ulat naik daun.

28 comments:

  1. salam...


    apa maksud tersirat moghul khalid tidak
    lakukan angkat sumpah SUK utk menyimpan rahsia
    seperti lazim diadakan?

    umpama di gantung tanpa tali nampak gayanya?

    kerahsian sesuatu..jika terbongkar..adakah
    Khalid akan spin konon SUKlah puncanya?

    jadi penjawat SUK akan hanya nyawa-nyawa ikan atau ..di hujung tanduk?

    apapun semua terserah pada kebijaksanaan si khalid!!

    ReplyDelete
  2. parti politik ni terutamanya yg belum berkuasa selalunya akan buat apa saja yg bertentangan dgn seterunya...!

    saya cuma berharap rakyat malaysia yg sudah boleh mengundi,pilihlah parti yg lebih banyak betulnya dari tak betulnya(jgn nak harap jumpa 100% betul)

    saya kata begitu kerana nak cari yg 100% betul jamin tak de punya.......ada je spin 190% ada yg sampai 360% pun ada...kalau nak cari silap...
    sah-sah ada je point..nye!

    orang kita ni kelakarnya suka cari salah silap orang untuk mendapat laba kat dia,sepatutnya tonjolkan kehebatan dan kebijaksanaan dalam mengurus amanah yg diberi..!dan lagi best...rakyat ada yg main ikut22 je..!tiupp kiri..kirriii,tiup kanan...kanannnnnnn!

    kesimpulannya ...belajarlah dari pengalaman !pkr memang tak bol;eh pakai..!karrggggg puuiiitthhh!

    ReplyDelete
  3. salam dr,
    1. dari pemerhatian saya, selangor ini satu negeri yang kaya dari segi sumebr ekonomi dan juga penduduknya pun ramai.

    2. Tapi hairan kenapa isu penjawat awam pun dipersoalkan. Apa yang saya lihat SPA atau Badan kerajaan dah menulis surat dan meminta nama untuk dicalonkan tapi masih juga ada isu, selepas pelantikan ini.
    3. Nak juga saya persoalkan kenapa la hanya PTD saje yang boleh menjawat jawatan itu? adakan penjawat awam yang lain tak boleh?
    4 Kerana dah termakan budi mungkin org yang memberi budi perlu balas balik?
    5. Jaga la ekonomi dan juga rakyat lain bukan hanya jaga kepentingan peribadi

    ReplyDelete
  4. Bukankah apa yg ditulis diatas adalah yg dilakukan selama ini di negeri negeri diperintah BN selama 53 tahun lebih...???

    Anugerah penyapu tersebut adalah dimainkan oleh pihak pihak tertentu dalam UMNO sendiri melalui Utusan.. sebba tu gambar tu boleh disiar di muka depan Utusan... sama juga macam mana Dato Abu Hassan dijatuhkan.. kerja org dalaman juga...

    ReplyDelete
  5. Bila nak deraf budget dbnya dibuat oleh Pegawai Kerajaan dahulu..semua atas pengawasan Setiausha Kerajaan , baru dibawa keECXO dan dibentangkan di Dewan Negeri. Kalau tak ada Pegawai Negeri Kjaan Sgor munkin akan guna back door melalui consultant yag akan meminta bayaran berjuta2 tetapi isi kandungan nya kosong...itu lah dia kalau tak tahu mentadbir negeri.Kesian Selangor akan mundur lah negeri in dibawah Pakatan Haprak ini..

    ReplyDelete
  6. Salam YB Dr khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Tertanya-tanya juga di Kelantan rasanya tak kecoh sebegini rupa. Mungkinkah ada tangan-tangan dan suara-suara ghaib yang mendesak YAB MB berbuat demikian.

    Sidang tergempar DUN pun umpama membuang masa dan membazir kerana keputusan memang telah di duga.Lambat laun YAB MB terpaksa akur juga dengan pelantikan Dato' Khusrin. Berapa lama lagi nak 'merry go round'.

    Dato' Khusrin seorang professional. Apa yang nak ditakutkan sangat. Bagaimana kakitangan kerajaan negeri nak buat kerja jika isu Dato' Khusrin pun tak selesai lagi.

    Sesungguhnya bermacam istilah dalam politik ni. Hamba politik, Moghul politik dan yang paling sensasi Fatwa Politik.Janganlah isu SUK ini Dato' Khusrin dijadikan bola politik atau kambing politik.. Apa-apalah..

    Rasanya pentadbiran kerajaan negeri terlalu banyak politiking. Bak kata dalam salah satu filem seniman agong kita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..: " Eh.. Berapa lama lagi daaa....."

    ReplyDelete
  7. Salam Dr..
    Anugerah Penyapu ni.. semua orang yang berfikiran waras tak setuju dan mengatakan satu Penghinaan.

    Kalau lah ia betul akan menyuntik motivasi..Cuba Dr. Cadangkan kat Sekolah menengah dalam kawasan Dr. kat Sungai Besar tu, untuk memberi penyapu kepada guru-guru dan pelajar yang tidak berprestasi... Kalau kat Sungai Besat tu.. penyapu lidi kelapa lagi bagus..Guarenti.. dalam masa dua atau tiga tahun pencapaian akademik pelajar-pelajar di Sungai Besar akan menjadi terbaik dalamm negara.
    Lepas tu Dr. boleh "patent" kan kaedah Dr. dan
    minta Dr. Fadhilah Kamsah dan motivator yang lain menggunakan kaedah tu... tak le mambazir duit nak anugerahkan penjawat awam.

    Sekali sekala, Dr. harus juga mendengar dan menerima komen orang kebanyakan walau pun bertentangan dengan fikiran Dr... Kadang-kadang mengalah kerana kebenaran tu adalah satu kebijaksanaan. Apatah lagi jika pendapat Dr. tu tidak ada nas Agama atau preceedance yang sahih.

    Jika Dr. kata, Dr tidak mendapat bangkangan dari Exco Dr. dan pegawai kanan kerajaan semasa memutuskan penganugerahan tersebut...DR! you have had a wrong team in your government, you should have had summoned their honesty at that time when they have agreed with you.. Sebab itu lah hari ini DR. menjadi seperti apa Dr. hari ini. Seperti komen yang terdahulu menyatakan...
    "Anugerah penyapu tersebut adalah dimainkan oleh pihak pihak tertentu dalam UMNO sendiri melalui Utusan.. sebba tu gambar tu boleh disiar di muka depan Utusan... sama juga macam mana Dato Abu Hassan dijatuhkan.. kerja org dalaman juga... "..

    Saya simpati kerana Dr. masih tidak dapat melihat masaalh penyapu ini dan masih menganggapnya sebagai satu perkara yang betul. Sekiranya Arwah ayah Dr. masih ada.."Adakah Dr. rasa ia akan menyetujui dengan perbuatan seperti itu..". Saya kenal arwah ayah Dr. adalah seorang yang mulia.

    Siar komen ni.. jangan tak siar.. kalau dapat feedback lagi bagus.

    Pepatah melayu ada menyatakan.." kalau ular menyusur akar tidak akan hilang bisa "..kenapa Dr. tak bertanya pada orang-orang tua yang ikhlas dan jika ia betul satu kesilapan.. Beristikfarlah kita..

    ReplyDelete
  8. mungkinkah jadi mcm perak....

    ReplyDelete
  9. SIAR JGN TAK SIAR...BUKAN SEMUA YG DIAM MARAH PASAL PENYAPU......MEMANG DIAKUI,ISU PENYAPU RAMAI YG MARAH,TAPI JGNLAH ASYIK ISU PENYAPU YG DIBESAR22KAN.....FIKIR DAN KAJI KENAPA DAPAT PENYAPU......KERJA LAIN KALI BUAT BETUL2 JGN ULAR BANYAK..!BILA ULAR BANYAK..RAKYAT MARAH,PASAL KERJA LEMBAB..!BILA RAKYHAT MARAH,YG KENA KERAJAAN PEMERINTAH ATAU YG LEBIH TEPAT BN/UMNO...!

    DIA DAH KATA DIA SETUJU BILAMANA IA TELAH DIBINCANAGN DAN DIPERSETUJUI AWAL OLEH PIHAK2 YG BERMESYUARAT SECARA KOLEKTIF!....TAK DE HAL LAH..!KALAU SAYA PUN SAYA BAGI JE...KORANG JE YG BERIAYA2 NAK JADIKAN ISU....PIIIIRAHHHH!

    ReplyDelete
  10. Memang dah jadi cita-cita BN nak ambik Selangor dengan berbagai cara dan tipu helah....rasanya kalau ikut pilihan raya BN akan lingkup...kedepan akan banyak lagi sandiwara yang akan dimainkan...tak caya ayuh mari kita sama-sama saksikan....dah faham sangat taktik kotor puak BN nih.....

    ReplyDelete
  11. Salam Dr.
    Betul ke. setenggah orang kata, Doktor bukan di"kambing Hitamkan". Tetapi di "kambing Golekkan".

    ReplyDelete
  12. Salam semua, tertarik dengan Anon Tuesday 8,2:25:00 PM. Kita jadikanlah ini forum maya yang sihat mengutarakan pandangan kita sesama insan seagama khasnya dan sesama rakyat Malaysia amnya.

    Cerita penyapu ni memang sering dimainkan. Maaf bukan nak bodek YB Dr Khir cumanya biasalah orang kita ni.. Kita kenalah berfikiran positif dari pelbagai aspek. Negatif kena fikir juga tetapi bila fikir negatif banyak sangat apa benda pun tak jadi.

    Kita flashback balik ketika Tun M memecat DSAI dulu, memang kecoh sana sini sampai sekarang pun bahangnya masih terasa kepada yang terlalu fanatik tetapi terfikirkah kita kenapa dan mengapa Tun M buat begitu? Yang dipecat bukan calang-calang punya orang.

    Mungkin pada masa itu kita banyak berfikir yang negatif sahaja dan tak nampak pun apa yang positifnya tetapi masa menentukan segalanya dan sekarang sedikit demi sedikit kita seakan nampak kenapa Tun M melakukannya. Pada yang nampaklah.

    Menjadi ahli politik ini memang banyak berdepan dengan dugaan dan cabaran. Lebih-lebih lagi bila jadi Menteri atau MB. Kawan baik pun boleh jadi musuh. Biasalah... Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..Kepada Anon 2:25:PM minta maaf kalau saya ada kata-kata yang menyinggung. Ini forum sihat.. Wassalam...

    ReplyDelete
  13. salam DRK/all,
    walaupun kita orang Melayu digambarkan dengan budi bahasa yg baik tetapi sekali sekala perlu ditonjolkan ketegasan..saya pun tak berapa tahu pasal penyapu-penyapu ni..tapi perlu kita renungkan setiap yg terjadi itu pasti ada hikmahnya. Ingat! setiap yg baik itu dari Tuhan manakala yg buruk/tak elok adalah berpunca dari kita sendiri...apa, susah sangat ke nak paham.
    TQ

    ReplyDelete
  14. Mcm hebat la dr Khir.. tolong la jawab pasal demokrasi cara bn boleh? demokrasi yg mb bawahan angguk2 apa saja ketua dia cakap, kalau tak ikut jadi kambing hitam la maknanya.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Yg klakarnya selepas Sidang DUN xberjaya. Khalid leh ckp lak yg kusrin ni profesional. Kelakar sangat. hehehe

    ReplyDelete
  16. Bro WMU350,

    Rileks la... yang lu macam angin je kenapa.. itu semua luahan rasa dia orang..inikan negara demokrasi.

    ReplyDelete
  17. Salam,
    MB Selangor mengambil langkah yang betul untuk berhati-hati menghadapi manusia yang bernama Dato Mohd Khusrin ini. Beliau telah mengalaminya sebelum ini. Langkah berhati-hati yang diambil ini sudah pasti akan salak oleh anjing-anjing BN atau di ngembek oleh kambing-kambing UMNO. Biasalah tu MB perlu bekerja dengan orang yang dirasakan boleh bekerja dengannya, dan sudah diberitahu Dato Mohd Khusrin bukanlah orangnya. Mengapa anjing-anjing dan kambing-kambing BN tak faham-faham masih berkeras mahukan Dato Khusrin sebagai SUK? Mesti ada udang disebalik batu kan? Saya pasti, kalau kerajaan BN mendapat SUK yang tidak dipersetujui oleh pihak BN, malam-malam tu jugak dah kena tukar dah. Jika benar keadaan sekarang ini begitu meruncing yang boleh mengakibatkan pentadbiran negeri Selangor, dan jika benar anjing-anjing dan kambing-kambing ini begitu prihatin tentang keadaan ini, setuju aje supaya MB dibenarkan memileh pegawai yang boleh bekerja dengannya, habis cerita...betul tak?

    ReplyDelete
  18. Penyapu.Alat utk menyapu.Kebnykan digunakan utk menyapu sampah.Atau kotoran.Nmpknya tiada apa yg perlu kita sangsi dgn penyapu ini.Kegunaannya amat diperlukan.Ianya kebersihan.Islam yg suci menitik beratkan kebersihan.Ini sunah dan ibadah. Masalahnya kenapa kita samakan/percaya ianya sial, atau suweh ?Cuba kita lihat ? Simboliknya MDHS telah dpt dibersihkan dgn penyapu.Hingga Cemerlang anugerah PBT 3th berturut2.Jadi kenapa kita menyemakkan dibenak.? Sekarang lebih baik kita bertanjungjwb dlm soal memilih pemimpin/kerajaan ? Cari mana yg terbaik ,dptkah dia memahami aspirasi Rakyat?perhatikan apa yg berlaku dgn pimpinan kerajaan baru Pktn Pmbkg.Dulu yg sudah dikata tak elok, telah tiada kuasa,maka itu rakyat telah membuat keputusan dgn memilih yg elok,jadi sekarang benarkan ianya benar2 elok ?Ini lah sepatutnya politik kita,inilah isunya dan perjuangannya... Nmpknya MB Sgor,tidak hebat,tewas dlm menanggani isu2 remeh/kecil.Pentadbirannya lemah lesu. Kurang Ajar terang terangan.Tiada prosedur.TUAN POLITIK.

    ReplyDelete
  19. "ahmadsofian said...
    Salam,
    MB Selangor mengambil langkah yang betul untuk berhati-hati menghadapi manusia yang bernama Dato Mohd Khusrin ini. Beliau telah mengalaminya sebelum ini. Langkah berhati-hati yang diambil ini sudah pasti akan salak oleh anjing-anjing BN atau di ngembek oleh kambing-kambing UMNO...."

    Ini lah bahasa terindah penyokong pakatan rakyat...sama seperti Penasihat anugerah Tuhan mereka tu (pernah berkata "Anjing" kpd KPN). Nama anda indah, bahasa ????, itu la realiti metal penyokong dan pemimpin PR..

    *tiada lagi PR selepas PRU13*

    ReplyDelete
  20. salam,
    ada mata lihat ,ada telinga dengar,ada hati merasakan,,,dlm kes pelantikan SUK sedari awal lagi kita lihat semua ada agenda tersendiri,,,kerajaan persekutuan dengan agenda nya,,kerajaan negeri dengan agendanya,,,,semua ada udang disebalik mee,,,,yg kita kita pulak nie cuba menjadi hulubalang bagi pihak pihak ini,,,bukan iklas sangat pun dalam memberi pandangan,,,,yang menjadi mangsa nya rakyat,,,tertipu tertipu atas perbuatan hulubalang hulubalang(kita sendirilah)yg petah berkarya,,,,adakala sy senyum adakala sy malu,,,dengan bangsa saya sendiri,,,,sudah hilang iklas dan kejujuran dek kerana rakus,sombong dan dengki,,,,

    ReplyDelete
  21. salam abg kat atas yg kata negara ni demokrasi.. haha.. perhatikan betul-betul demokrasi apa kalau bawahan tidak blh punyai pendirian sendiri? mb yg angguk2 ni buat apa? demokrasi cara apa bila tak ikut kata ketua di gantung dan di ambil tindakan walaupun sebenarnya tindakan dia betul dlm demokrasi sebenar utk punya pendirian dan menyokong walaupun pembangkang yg punya usul.. contoh terbaik baru2 ni bila sidang mengembalikan kuasa sultan, awal2 lagi pihak bn kata tidak akan menyokong walaupun blm mendengar apa hujah dan fakta.. dan hasilnya mmg mb bn takut utk berdiri atas kaki sendiri.. ikut je kata bos wlu pun bos tak betul.. angguk2.. teruskan la demokrasi 'ya tuan' ini... kalau ini demokrasi tlg bagitau demokrasi apa? tlg dr khir jawab juga ini demokrasi apa. saya bkn ahli mana2 parti tp mengikuti perkembangan politik setelah geram dgn segala tindak tanduk kerajaan yg suka melepaskan org2 besar biar pun bersalah.. dan akhirnya ada la yg di kambing hitam kan.. geram dgn segala keputusan kerajaan yg tak mementingkan kan rakyat bila buat keputusan , seperti harga minyak.. utk dapat lebih dan maintain untung rakyat di bebankan..dengan alasan negara akan bankrap jika tak di naikkan.. cukup la ingat yg rakyat bodoh... rakyat adalah ketua sebenar..yg memilih semasa mengundi..ingat semua rakyat terpedaya ke dgn taktik beli pemimpin seblm hari undi..taktik mb tranform jd katak.. taktik gula2 kan rakyat dgn projek dan sebagainya.. itu bodoh..itu lapuk.. pemimpin seharusnya memikirkan kebajikan dan kemajuan rakyat bkn jadi tukang ampu dan angguk tunggu duit masuk utk kayakan diri sendiri.. paling lawak bila kes moral terakam di hotel..mengaku dan tiba2 pula blh jadi pemimpin parti komponen bn..haha.. ingat rakyat bodoh dan bahlol ke??? pemimpin harus menunjukkan tauladan.. dari sekolah rendah pun di ajar.. tp bila di tahap kepimpinan parti pun jd bahan guraun masyarakat.. di mana lataknya kredibiliti pemimpin politik di malaysia? sekali lagi terkait di sini..adakah ini demokrasi? mengapa ahli tertinggi saja yg mengundi utk presiden mereka? sama seperti memilih PM kita. klu PM kalah kat undi kat kawasan dia pun ttp akan jadi Pm kalau parti menang.. demokrasi kah ini bila terang-terangan di tolak rakyat tp masih jd PM.. semua rakyat Malaysia sepatutnya berhak memilih PM kita.. bukan ahli parti semata-mata...
    sebagai rakyat malaysia saya sedih melihat masa depan rakyat kecil seperti saya sendiri jd bahan lakonan para mb.. bnyk mb ni (terutama yg jd katak) tak blh di percayai kerana tak punya pendirian. buta mata kerana kepentingan diri sendiri..seperti di Penang..katak yg terang-terangan ingin di berikan gelaran datuk dgn menghantar surat kepada KM.. tak tahu malu.. sekali lagi pada saya sorang kecil..sorang yg tak berpelajaran ni.. ingin sekali politik kita di perbaharui.. seperti calon di utarakan seawal 6 bln utk rakyat menilai peribadi dan mengetahui sedalam-dalamnya tentang mereka..berapa bnyak harta meraka slm jd mb..utk mengelakkan jd mb beberapa tahun sudah buat istana berjuta2 biar pun selayaknya blm smpi kesana.. periksa kesihatan fizikal dan minda. supaya bila menang je tak terus kahwin 2 atau pun terus meninggal tanpa sempat menunaikan janji pada rakyat.. haha.. sapa yg akan rugi...rakyat jg bila pilihanraya kecil di adakan..duit rakyat tu.. jgn cakap lah bila hak kerajaan di gunakan semasa pilihanraya..seperti heboh di tenang baru2 ni Pm guna chopper TUDM..
    terlalu bnyk kemusyikilan ini.. nak di tulis pun terlalu lama ni..maklumla saya menaip pun seperti ketuk ayam..tak laju.. kat sekolah takde belajar menaip free..wlu pun malaysia ni kaya..hmpir semua kene bayar.. dan makin lama makin naik.. panas rakyat kecil seperti saya pun makin naik jg kat kerajaan ni.. terakhir.. tahniah kepada rakyat mesir.. itu bukti rakyat berkuasa.. bukan ketua yg gila harta.. di ingatkan kepada pemimipin d malaysia (bn & Pr le tu).. itu isyarat tu.. belajar2 la bertobat..sudah2 la menipu rakyat k... salam..

    ReplyDelete
  22. salam Dr
    pada saya
    sesiapa yang tidak boleh menerima penyapu itu
    adalah dari golongan yang suka mengular

    untuk pengetahuan Dr
    saya dah lama praktikkan Hadiah Penyapu kepada staf2 saya, 5 tahun lebih awal dari Dr
    and the result
    0 datang lewat, 0 MC xtentu pasal, 0 ponteng kerja

    orang Melayu memang menyedihkan
    lulus SPM, tapi bila bercakap mengaku PHD
    sedihnye...

    ~ZAS~

    ReplyDelete
  23. Dr khir, sy rasa majlis angkat sumpah tak mahu diadakan adalah disebabkan kerajaan Pakatan ingin menyembunyikan hasil rompakan yg telah mereka lakukan. Mereka perlu masa untuk tutup lubang isu pasir, kayu bakau dll. Lagi lama lagi banyak untung tu.. Heran jugak nagn org melayu yg kononnya lebih islam bila dalam pakatan, sial penyapu pun mereka percaya. Elok juga kalu mereka sembah tuhan penyapu pulak.

    ReplyDelete
  24. Salam semua,

    Ini lah namanya demokrasi terpimpin, bak kata P.Ramlee dalam cerita 3 abdul, 'TERPIMPIN KEPALA HOTAK KAU'..

    ReplyDelete
  25. Salam semua,

    Kita dengar je la apa kata kedua - dua belah pihak kemudian kita nilailah sendiri, orang politik ni banyak auta...

    ReplyDelete
  26. Dr Khir,

    Jangan dipolitikkan jawatan Pegawai Kerajaan Negeri, jangan dipolitikkan masjid, dan jangan dipolitikkan bermacam-macam lagi....itulah kata-kata pemimpin BN. Dan yang terbaru sekali, jangan dipolitikkan isu pelajar-pelajar Mesir yang dibawa pulang kerana pergolakkan di negara tersebut. Namun jika anda semua ingin tahu, BN dengan secepat mungkin mempolitikkan pelajar-pelajar yang dibawa pulang dari Mesir. Semua pelajar-pelajar ini dibawa kesebuah dewan sebaik sahaja sampai ke tanah air dan diberi ceramah berjam-jam dengan ceramah berbaur politik serta diberi sedikit buah tangan yang terang-terang mempunyai lambang parti politik tertentu...jangan dipolitikkan apa tu?

    ReplyDelete
  27. salam semua,

    saudara seperti UBN yg lain selalu guna perkataan "rejim politik" dlm blog2 & ceramah2... BN itu bukan rejim atau rejim itu BN? bak kata che det, DAH LAMA daaahhhhh.....

    better BN jadik pembangkang je kt selangor tu,teruskan saje profession ini selama-lamanya,amin...

    -dr fazrul-

    ReplyDelete
  28. Salam Dr, Bagi saya BN ke. PR ke..sama je..tapi kita kita Islam, berilmu, beramal, ikhlas Insyallah selamat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete