Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, February 24, 2011

PM, Pas dan Pluralisme Agama

1. Ramai cendekiawan Islam tempatan yang menghargai kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak minggu lalu mengenai fenomena pluralisme agama yang merbahaya kepada akidah umat Islam. Jika sebelum ini isu pluralisme agama ini tidak mendapat perhatian umum kerana ia hanya menjadi topik perbincangan di kalangan cendekiawan, ahli akademik dan tokoh agama, dengan kenyataan lantang Perdana Menteri ini ia memberi nafas baru kepada perbincangan permasalahan ummah ini.

2. Isu pluralisme ini bukan baru, namun ia kembali "panas" sejak setahun dua lalu apabila timbul beberapa isu yang membabitkan pertikaian pendapatan antara agama Islam dan agama lain membabitkan soal pentadbiran, perundangan dan polisi. Yang menggusarkan ada pemimpin politik beragama Islam dari Pakatan Rakyat, Pas dan segelintir dari UMNO dilihat sanggup berkompromi sehingga ke tahap membawa idelogi pluralis ini. Kemuncaknya ialah ucapan seorang bekas tokoh pemimpin nombor wahid Angkatan Belia Islam Malaysia yang secara terang-terangan membawa ideologi kesamarataan agama ini dalam ucapan beliau di London tahun lalu.

3. Bagi memahami isu pluralisme ini secara sepintas lalu, saya cadangkan saudara/i membaca kertas kerja oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dan juga ringkasan yang ditulis oleh Mohd. Ayop Abd Razid mengenai pandangan tokoh cendekiawan Islam yang bimbang mengenai fahaman pluralisme.

4. Berbalik kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai bahawa pluralisme, saya mendapat maklum balas bahawa ramai yang menghargai ingatan Perdana Menteri. Bagi saya pula kenyataan tersebut mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan Perdana Menteri mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan.

5. Selebihnya, keberanian Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menyatakan sesuatu yang hak walaupun boleh menjejaskan populariti beliau di kalangan kelompok liberal elit politik dan perniagaan adalah sesuatu yang perlu dipandang tinggi.

6. Anehnya, saya merasa amat hairan mengapa tokoh-tokoh di dalam Pas membisu seribu bahasa dalam isu ini. Yang jelas tampak bersuara ialah ketua Dewan Ulama Pas, Dato Harun Taib yang membuat kenyataan mengecam konsep pluralisme agama ini. Tapi kita semua tahu Dato Harun Taib sungguhpun Ketua Dewan Ulama bukanlah pihak paling "berkuasa" dalam menentukan pandangan agama oleh Pas.

7. Mengapa sikap Pas berubah begitu drastik dalam isu-isu agama termasuk isu kalimah Allah sangat misteri sifatnya dan mungkin boleh dianggap sebagai fenomena politik yang paranormal sifatnya.

20 comments:

  1. Salam Dr..bg pendapat saya,,,Pas bukan berubah tp masyarakat yang cetek pemahaman tentang ke Addin nya Islam itu...inilah yang selalu meng kecamukan pemikiran masyarakat,,, sy ingin bertanya,,,kenapa pihak Pemerintah/BN tidak berusaha untuk memahamkan rakyat tentang kesyumulan/Addin nya Islam itu,,,saya berpendapat kalau ini dapat kita tangani dengan se ikhlas yang mungkin,,, pastinya kita umat Islam akan lebih bersatu padu dalam ukhwah Islamiah yang mantap,,, jadi,,,jd buangkan lah tabiat buruk suka memperlekeh2kan ke syumulan Islam itu,,,sbb siapa lagi yang kita harapkn untuk menegaksn syiar/syariat Islam kalau bukan kita ,,,jd tepuk dada tanya Iman,,,jangan tanya selera(nafsu)...sama2 la kita fikirkan.
    ikhlas wak kapar.

    ReplyDelete
  2. disebabkan ini isu agama, seba itulah ketua Dewan Ulama Pas, Dato Harun Taib yang membuat kenyataan mewakili PAS... takkan lah semua pemimpin nak keluarkan kenyataan...

    Dalam isu kalimah Allah itu... kita kena lihat apa hukumnya dalam Islam... cuma kesesuaian penggunaan dalam masyarakat Malaysia saja yg jadi isu...

    ReplyDelete
  3. Salam semua bloggers,
    Dr. Khir membincangkan bab "PM, Pas dan Pluralisme Agama ".. dengan mauduk seorang individu PM, satu parti (ramai individu} PAS, dan issu yang dibincangkan "Pluralisme Agama".

    Dalam hal ini tidak adil jika kita lihat pada skop ucapan PM diatas sahaja, dan kaitkan ia dengan satu parti PAS. Kenapa kita tak kaitkan parti UMNO/BN dan PAS.. baru padan..

    Seperkara lagi..ramai diantara bloggers ni yang tak berapa faham tentang konsep dan istilah "Pluralisme Agama"..jadi membuka perbincangan seperti ini secara terbuka akan mengundang banyak masaalah dari kebaikan kerana, akan ramai dari respondant menulis diatas emosi kepartian dan kebencian terhadap sesetangah individu daripada kefahaman yang benar dan ikhlas. Saya rasa Dr. khir sebagai pemilik blog ini janganlah menjadi penyebar kepada fahaman yang boleh menyesatkan orang-orang yang kurang faham tentang "Pluralisme Agama" ini. Wassalam

    ReplyDelete
  4. mungkin saya patut tukar tajuk kepada "PM. Presiden Pas dan Pluralisme Agama" atau "PM, Mursyidul AM dan Pluralisme agama". :)

    ReplyDelete
  5. Salam semua,,,saya melihat,,ramai pihak suka menyalahkan PAS jika gagal menegakkan Islam di muka bumi Msia ini,,,tp kita terlupa bahwa tanggungjawab itu terletak di bahu kita semua tidak kira PAS/Umno,,...dan bila Pas bercakap tentang Islam yang ramai menentangnya orang Melayu itu sendiri...jadi Kenapa Ya..??..apakah yang tidak kena dengan sistem penddidikan yang di ajarkan pada kita selama ini...Jadi...apa pandangan Yang bebahagia Dr sendiri dalam hal ini.!.dari Wak kapar.

    ReplyDelete
  6. akm Dr..
    Pluralisme yang saya faham adalah sama... tetapi kalau kita tukar istilah contohnya politik wang dengan rasuah mungkin ianya berbeza...
    atau pon kita tukar rumah banglo kepada rumah teres...

    ReplyDelete
  7. Salam Dr. Khir,

    Apakah pemimpin Pas perlu mengikuti cara pemimpin BN, semua hendak memberi komen bila timbul sesuatu isu?

    ReplyDelete
  8. Dr. Khir,

    Kenapa Dr. Khir beriya benar hendak mendengar komen - komen dari pemimpin PAS? Manusia belajar dari pengalaman Dr, buat apa mereka hendak mengikut rentak PM kita, itu tandanya mereka tahu komen dari mereka akan menjadi peluru untuk mereka... manusia belajar dari pengalaman.....

    ReplyDelete
  9. salam 1malaysia dr

    1. Dapat dilihat PM perihatin dengan isu ini kerana takut rakyat mula membuat tafsiran salah dan menyebabkan banyak aplikasi yang lain.

    2. Tindakan PM inu mungkin akan salah ditafsirkan dengan ada menyatakan niat politik.
    3. Untuk parti pas bukan semua ahli pas itu tahu tentang ini. Mcm Juga ahli umno juga . Cuba tanya visi and misi umno atau pun bukan tahu pun yang tahu hanya ikut org aje.

    4. Saya rasa isu ini lebih kepada fahaman dan juga ikutan dan amat merbahaya jika tidak dikawal.

    ReplyDelete
  10. Politik tetap politik...










    --------------------------------------------------------------------------------------------
    Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!

    http://Blog1Malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Najib adalah awam yg bertanggungjawab dan kebanyakan PAS adalah awam yg kena goreng ustaz politik mereka..

    ReplyDelete
  12. semakin hari semakin menyampah dengan Umno..kenapa yaa Dato' seri..

    ReplyDelete
  13. Bercakap tentang fenomena pluralisme agama yang merbahaya kepada akidah umat Islam? tanya diri sendiri dulu.. sebagai seorang pemimpin di Malaysia contoh terbaik isteri Datuk Najib sendiri tak pakai tudung, seharusnya kebimbangan itu bermula dari dlm diri sendiri kerana hanya diri sendiri yg lg mengetahui intipati dan niat di sebalik, jika ianya jujur Subhannallah sangat elok tp tanpa bertanya bagi saya berkata ianya cuma mainan politik semata..sandiwara. sebagai rakyat kecil saya dan bkn ahli mana-mana parti politik.. saya mengkagumi pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz dan bila Dr Khir kata PAS membisu dlm isu kalimah Allah nampaknya Dr salah dan terlepas pandang. sebagai info di sarawak kami sudah mengetahui penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian sedari saya kecil dan tidak menjadi isu di sini.. bagi saya menjadikan ia isu cuma utk berpura-pura hero utk kepentingan politik semata. baca lagi Dr Khir jgn tulis utk membodek je

    ReplyDelete
  14. Dr. Khir,

    Sudah sudah la tu....buat2 tak tahu pula...itu komen PM kita untuk memerangkap pemimpin PAS selepas tektik berpadu - padu tak menjadi...Kah...kah....

    ReplyDelete
  15. Salam Dr...sebenarnya apa kita nak hairankan dengan orang kita,,, yg jelas haramnya pun tak berani nak dikuat kuasakan,,,,inikan pula isu2 baru semacam ni,,yang klu kita nak fikirkan,,,buat menyesakan pemikiran aje...saya rasa PM ketengahkan isu ini saja dengan niat tak lain dan tak bukan sekadar untuk mengalihkan isu aje....saya nak tanya,,Kenapa tetiba PM begitu serius dengan soal ini/pluralisme sedangkn byk isu2 penting yg lain seakan2 beliau tak hirau kan aje...???

    ReplyDelete
  16. Salam YB Dr Khir, moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Kalau perkataan Islam digunakan oleh NGO bolehlah tapi bila perkataan Islam dalam parti politik, memang kena pusing politiklah. Selagi boleh putar, putarlah 360 darjah.

    Apa nak dihairankan sekiranya 'pemimpin ulung' itu berucap bab kesamarataan dalam agama yang dah memang dia nak mewujudkan kesamarataan andai berkuasa kelak. Jadi semua sama rata la.

    Parti yang satu lagi akan berfatwalah demi kepentingan politik apa pun boleh jadi. Janji dapat kuasa. Ideologi boleh ubah-ubah ikut peredaran zaman. Dulu kawan bg tau langkah mayat aku dulu, mungkin akan datang kena mintak "tumpang lalu abang baie" ...

    ReplyDelete
  17. Dr Khir, teguran yg dibuat oleh PM serta Ust Harun Taib amat wajar diberi perhatian. Memang pekara ini bukan isu baru dan ianya hangat dibincangkan dikalangan cendikiawan agama yg tahu akibat buruk dari isu ini. Tanggung jawab membenteras pekara ini bukan sahaja pada tanggung jawab orang agama, bahkan pemerintah negeri/negara haruslah memberi keutamaan.

    Memandangkan pekara ini ditegur oleh pimpinan negara sudah tentu ianya memberi impak yg besar juga dan diharap setiap umat islam yang tahu haruslah bersama-sama mencegah dan menentang pluralisme yg cuba dibawa oleh segelintir manusia berkepentingan.

    ReplyDelete
  18. Kepada semua umat islam, ayuh sama-sama kita tentang fahaman pluralisme agama ini. Hentikan dulu siapa umno, siapa pas, siapa pkr. Yang penting mencegah lebih baik dari kita mengubati. Bayangkan apa yg berlaku di Indonesia, jika berlaku di negara kita.

    ReplyDelete
  19. Salam Dr..

    Apapun pandangan dan isu yang diketengahkan perlu merujuk kepada perundangan Islam yang sudah lengkap seperti Alquran, Hadis dan Qiyas yang akan merungkai segenap permasalahan pluralisme yang semakin bercelaru dek kerana kecetekan ilmu dalam Agama. Semoga rujukan dan penulisan oleh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady boleh dijadikan rujukan untuk panduan seperti yang disarankan oleh Ybhg Dr.

    Salam dari saya di
    http://bajetwang.blogspot.com/
    Semoga ekonomi Selangor bertambah maju seperti yang pernah dicapai sebelum ini semasa Ybhg Dr. menjadi MB. Syabas dan tahniah.

    ReplyDelete