Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, March 3, 2011

Kaji Semula AES dan Kompaun Lebihi Had Laju

1. Terima kasih kepada kerajaan yang melanjutkan tempoh pembayaran saman tertunggak. Bagi mereka yang berpandangan negatif akan mencemuh sebagai satu keputusan yang tidak konsisten yang bermasalah. Namun secara keseluruhan ia mencerminkan sikap kerajaan yang mendengar pandangan dan permintaan rakyat.

2. Walaupun begitu, saman ekor akan terus menjadi kontroversi kerana ramai yang tidak berpuas hati terhadap kaedah dan hukumannya. Kerajaan perlu mencari jalan meredakan dan mengurangkan kemarahan pemandu kenderaan terhadap saman ekor ini atau ia akan menjadi satu bebanan politik yang besar kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

3. Sebahagian besar saman ekor ialah membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju. Seolah-olah memandu melebihi had laju merupakan faktor utama kemalangan maut di negara ini. Hakikatnya 70% kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal yang jarang sekali kita dengar disaman kerana memandu laju.

4. Saya tidak mengatakan tidak salah untuk kita melanggar had laju yang ditetapkan. Peraturan tetap peraturan. Apa yang ramai orang harapkan ialah kerajaan mempunyai mekanisme saman yang lebih rasional dan mencerminkan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya bukannya mengutip pendapatan negara.

5. Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam Bernama baru-baru ini, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero. Dengan kata lain, punca utama kemalangan di negara kita ialah sikap pengguna yang cuai dan tidak bertanggung jawab.

6. Malangnya, yang paling banyak berhadapan dengan saman ekor ialah mereka yang memandu melebihi had laju. Ini berlaku kerana ia mudah dikesan dan disaman. Ini menimbulkan persepsi rakyat bahawa saman ekor yang dibuat bukan untuk mengurangkan kemalangan tetapi menambah kantung kerajaan.

7. Justeru itu, saya berharap kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan saman ekor ini jika niat sebenar ialah untuk mengurangkan kemalangan bukannya mencari keuntungan.

8. Kaedah kompaun saman melebihi had laju juga harus berstruktur bukannya secara pukul rata RM 300 tanpa mengambi kira jumlah kelajuan sebenar. Misalnya mereka yang terlebih sekadar 10-30 KM/J daripada had laju yang dibenarkan tidak sewajarnya menerima hukuman kompaun setaraf dengan mereka yang memandu 200 KM/J. Risiko dan impak kemalngan juga berbeza, mengapa kompaunnya sama?

9. Penguatkuasa perlu memahami bahawa pemandu ialah manusia bukannya robot atau mesin. Saya percaya majoriti pemandu termasuk sebahagian besar menteri, penggubal polisi dan penguatkuasa undang-undang juga pernah memandu melebihi had laju sama ada kerana mahu memotong atau pun tidak perasan had laju di kawasan tersebut. Namun ini bukan bermakna kita memandu secara cuai dan secara sewenang-wenangnya (reckless) sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau hilang kawalan ke atas kenderaan.

10. Justeru saya berharap kerajaan dapat menimbangkan semula keputusan memaksimumkan kompaun memandu melebihi had laju tanpa membezakan mereka yang melanggar kerana faktor kemanusiaan dengan pemandu yang memandu secara merbahaya.

11. Masalah saman had laju ini akan bertambah parah apabila Automated Enforcement System (A.E.S) diperkenalkan. AES baik jika ia bertujuan sebagai pencegahan dan pemantauan bagi membolehkan pemandu memandu dengan berhemah dan mengelak kemalangan.

12. Namun jika sekadar untuk menyaman mereka yang memandu melebihi had laju tanpa mengira masa, suasana dan keadaan ia hanya akan menyebabkan lebih ramai orang disaman dan menimbulkan konflik berterusan antara orang ramai dan kerajaan.

13. Saya difahamkan pemasangan dan penyelenggaraan AES ini dilakukan oleh syarikat swasta. Sebahagian bayaran kompaun akan disalurkan kepada syarikat ini sebagai bayaran penyelenggaraan sistem.

14. Kerjasama ini bukan sahaja sangat merbahaya kepada politik BN malah sangat tidak beretika. Adalah tidak wajar sama sekali kerajaan menswastakan perkhidmatan keselamatan kerajaan berasaskan kepada perkongsian keuntungan atas kesalahan yang dilakukan oleh orang ramai.

15. Jika ia benar, ini bermakna survival syarikat terbabit bergantung kepada jumlah kesalahan jalan raya yang berjaya mereka kesan. Sebagai kumpulan kapitalis yang berasaskan kepada keuntungan, apakah tidak akan terdapat pelbagai masalah dan penipuan nanti terutamanya apabila mereka cuba meningkatkan keuntungan mereka?

16. Jika kerajaan benar-benar memerlukan AES ini, maka kosnya harus ditanggung terus oleh kerajaan bukannya bergantung kepada jumlah saman dan sebagainya yang boleh dimanipulasi sehingga menindas pengguna jalan raya.

17. Jika cadangan kaedah AES berasaskan perkongsian keuntungan ini dilaksanakan, ianya pasti akan menjadi bebanan politik kepada Barisan Nasional kerana rakyat melihat sebahagian saman yang dibayar kepada mereka akan masuk ke kantung syarikat tertentu. Persepsi syarikat kroni pasti akan ditimbulkan dan menjadi isu politik pada masa akan datang. Cukuplah dengan masalah isu syarikat tol dalam bandar yang sampai sekarang menjadi beban politik kepada BN.

18. Saya berharap kerajaan tidak ambil mudah persepsi dan kemarahan rakyat terhadap saman ekor, kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar pinjaman asas dan kenaikan cukai perkhidmatan kerana ia membabitkan perut rakyat.

-------
Artikel berkaitan sebelum ini

63 comments:

  1. Salam Datuk,

    Satu cara supaya org atasan betul-betul memahami masalah memandu (had laju, jem, jalan berlopak) ialah mereka sendiri memandu ketempat yg dituju.

    'Raider Polis' hanya ua utk Agong, Sultan-Sultan, PM, TPM, KPN dan MB/KM. Kini terlalu banyak raider polis yg mengganggu org awam yg juga nak cepat pergi/balik kerja.

    Saya sokong supaya AES tu tidak di'outsource' kepada sysrikat swasta. Outsource tu jargon besar IT yg tidak semestinya semestinya menguntungkan outsourcee - baca kerajaan.

    Yg kena oursource oleh Banker yg kini Menteri.
    Merana sebab 'bumi' tak laku - pilih bulu merata-rata

    Nani Cheras.

    ReplyDelete
  2. Syabas BN...satu lagi projek barisan nasional untuk rakyat "Rakyat didahulukan" . Dahulu apa.? Dahulu kasi mampos.."

    ReplyDelete
  3. BKS berpendapat isu penganiayaan yg harus di perhalusi...bukan masaalah saman yg dikeluarkan..cth yg paling mudah=kawan/jiran meminjam kenderaan kita utk menghantar individu yg dalam kecemasan atau kemalangan ke hospital/klinik.

    ReplyDelete
  4. Dr Khir,

    Saya setuju 110% dgn cadangan ini.

    ReplyDelete
  5. Saya bukanlah penyokong Dr. Khir tapi saya setuju dengan pandangan beliau... saman ekor bukan sahaja membebankan malah menyalahi hak asasi manusia... setiap kesalahan mesti ada proses dan prosedur yang betul.. tak boleh main hentam sahaja

    ReplyDelete
  6. Pandangan Dato sri amat relevan sekali...jangan sampai saman ekor ini menjadi beban kepada BN..Penguatkuasaan tidak patut diswastaka.

    ReplyDelete
  7. datuk,

    1. buat pertama kali saya menyokong pendapat datuk

    2. inilah baru pemimpin berjiwa rakyat namanya - faham denyut nadi rakyat.

    moga Allah merahmati Datuk sekeluarga.

    Ekor Pari

    ReplyDelete
  8. Masaalah Jalan Raya;

    Cuba kita lihat di negara maju, LA, Chicago, New York, London dan Tokyo. Alhmamdulilah saya berpengalaman memandu disetengah dari bandaraya tersebut. Adakah kereta tak banyak disana?..Adakah jam?.. banyak saman?.. Mereka ada banyak kereta, mereka juga ada jam.. tapi tak macam "jam gila" disini kalau hujan atau ada kemalangan. Polis mereka juga menyaman, tapi tak saman ekor macam kat sini, mereka saman bila perlu disaman dan jika tidak ada alternatif lain.
    Ini cerita benar: Si R rakyat Malaysia yang belajar berhampiran dengan kota chicago, terpaksa memandu kereta pergi ketempat "praktikal" nya. Suatu petang, si R terkejut kerana, semasa ia berada di apartment nya, ia didatangi oleh dua orang pegawai polis trafik. Pegawai tersebut memberitahunya bahawa, kereta si R ada masaalah lampu brek dan signal sehingga ia hampir-hampir menyebabkan satu accident, semasa R pergi ketempat praktikal pada padi sebelumnya. Polis tersebut menasihati R supaya memperbaiki lampu tersebut dan lebih berhati-hati di lain masa. - TIADA SAMAN-- HANYA VERBAL ADVISE Sahaja.

    Kenapa kadang-kadang kita memandu laju??
    a) Pada umum nya memandu laju bukan lah satu tabiat rakyat malaysia.
    b) Kita memandu laju sebab, kita lambat dan ingin mengejar masa, kenapa lambat?.. ada macam-macam perkara: ada sebab kita lambat keluar, ada sebab kita dah "jam".. sebab itu terlewat, sebab ada "accident".. sebab itu kita terlewat. Sebab sewa rumah mahal.. sebab tu tinggal jauh dan terpaksa berulang alik yang mana kadang-kadang terlambat.. nanti kita kena "punch" sebelum 8.00 pagi..sebab.. pagi-pagi lori trailer, lori pasir, lori barang-barang pun turut penuhkan jalan.

    c) Sekiranya wujud perkhidmatan penggankutan awam yang "efficient".. saya tak mau nak memandu setiap hari.. bayar tol, jam, kena saman, minyak malal, maintenance kereta mahal..apatah lagi kadang-kadang kena langgar oleh motor mat Indonesia .. sendiri tanggung le..

    d) Kerajaan mesti bersunggoh dan kommited untuk menyelesaikan masaalah "jam" sekurang-kurang nya di lembah kelang.

    e) Jam menyebabkan .. rakyaat tenson, lambat dan kemudian laju sebab nak make up jam tadi, masa terbuang, tenaga(petrol) terbazir.. dan kemudian akhir tahun.. tau-tau ada sama ekor...lagi tension.. kalau macam ni kita cuba kerajaan baru le pula..

    ReplyDelete
  9. setuju dengan pendapat datuk...
    memandu 85km/j dlm kawasan had laju 70km/j tak adil di kenakan saman sehingga rm300.
    itu bukanlah di katakan memandu secara melulu..
    kalau dah sampai 120km memang patutlahhh.......
    harus di kaji sebenarnya.......tapi apa nk di kata
    kerajaan buat pekak badak jeeeeeeeeee......masyuk

    ReplyDelete
  10. Setuju pendapat Dr.. tp sayang berani setelah d golekkan (minta maaf). sepatutnya keberanian begini semasa berkuasa dan para mb yg lain pun seharusnya berani bercakap tanpa sentiasa angguk-angguk dan kecut perut untuk mencabar kata-kata pemimpin. ini amalan demokrasi sebenar.. bkn demokrasi utk kepentingan ketua mempertahankan jawatan dan menambah kekayaan. pesan ini utk para MB dari kedua belah pihak... kami rakyat bkn bodoh lg.. rakyat tahu semua tidak tanduk kerajaan dlm menyembunyikan kebenaran seperti kalau tak naikkan harga minyak kita bankrap, katak-katak sial yg melompat kerana duit menjelang hari pengundian, kes letupkan org cuma 2 polis d jadikan kambing dan yg beri perintah lepas dan berbagai lagi.. benda yg busuk tutup mcm mana pun akan tercium juga.. menteri yg busuk lama-lama akan jadi bangkai juga, sedari-sedarlah jangan beri anak cucu kita makan hasil haram dan hak milik rakyat.
    Salam...........

    ReplyDelete
  11. syabas dato kerana berani memberi pandangan yang benar dan ikhlas demi rakyat. Malangnya, hanya politikus yang sudah hilang kuasa saj yang berani bersuara, sedangkan politikus yang memegang kuasa hanya menikus.saya memang penyokong apa saja asalkan bukan UMNO kerana perkara2 beginilah. Dato beritahulah menteri2 UMNO dan utusan meloya, org melayu sekarang pangkah pas bukannya kerana janji syurga atau negara islam, tapi kerana menuntut keadilan dari terus menerus di tindas, rasuah tak terkawal, projek2 menguntungkan kroni, dsb. Jadi tak payahlah nak terus berkempen pasal pas islam sesat lah, kuda Dap lah, kami tak baca itu semua. Harap2 dato paham

    ReplyDelete
  12. salam Dato,betul tu saya setuju ttg cadangan Dato mengenai saman,x semua rakyat msia kaya raya,bl kena saman terus pi bayar saman.Bg yg berpendapatan rendah ni,mmg lar menyusahkan kami utk membayar yer...Bukankah kerajaan sepatut yer membantu rakyat,bkn yer membebankan rakyat kan?Harap kaji semula brp harus dikenakan utk kompaun saman ni...terima kasih Dato kerana memahami masalh rakyat msia..rs yer byk lagi isu yg patut diambil berat,spt kenaikan harga minyk,brg runcit dll Dato

    ReplyDelete
  13. saya sokong pendapat datuk.kadang kala kena saman tempat yg melebihi 60km,menuruni bukit tentulah lebih 90km.bukanlah laju sangat.patut ikut tempat le samada lebih 60km,90km,110km.

    ReplyDelete
  14. Rakyat membayar saman semestinya tidak ikhlas. Kerajaan pula mengaut keuntungan secara mengugut rakyat . Boleh disamakan dengan peragut dijalanraya. Rakyat akan menyimpan dendam .Hanya dengan satu undi satu pangkah akan menjatuhkan satu kerajaan zalim.ingat !

    ReplyDelete
  15. Salam Datuk,
    1Pandangan Datuk sangat relevan dan saya sanjung tinggi
    2Untuk apa PDRM membuat saman ekor? Adakah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya atau ada tujuan lain?
    3Adakah dengan saman yg berjuta jumlahnya itu, kemalangan jalan raya telah berkurangan?

    4Prof Ahmad Farhan perlu buat kajian berapa orang anggota/pegawai polis di negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, kena saman ekor, dan membayarnya? Rakyat Malaysia nak tahu jumlahnya.

    5Betulkah saman ekor bertujuan untuk kerajaan 1Malaysia mendapat wang sebagai hasil?

    6Saya menyeru supaya rakyat Malaysia yg rasa teraniaya dengan saman ekor dapat menterjemahkan protesnya melalui undi nanti. Saya, sudah pasti berbuat demikian kerana saya rasa saya telah dirompak oleh undang2 tidak berakal/tidak bertamudun di bawah terik cahaya matahari.

    7Saman ekor perlu diperbanyakkan lagi dengan apa cara sekalipun, supaya kerajaan dapat lebih lagi hasil. Hasil itu pula bolehlah digunakan untuk pembangunan negara. Polis Trafik pun akan mendapat nama yg baik, kerana amat-amat berjaya dalam tugasnya. Polis cawangan lain kurang/tidak berjaya dalam tugasnya.

    8Kepada POLIS CAWANGAN TRAFIK selamat menjalankan tugas, khidmat anda disanjung tinggi rakyat Malaysia, pelbagai kaum. Saya dahului dengan ucapan syabas dan tahniah.

    masmerah

    ReplyDelete
  16. Adakah org yg perpendapatan rendah patut di kecualikan dr mengikut undang-undang? Bagaimana yg berpendapatan sederhana boleh kah mereka memilih undang-undang yang nak di patuhi? Bermakna hanya org yg berada shj kene betul-betul ikut undang-undang sebab mereka berkemampuan bayar saman? Adil ke?

    Banyak merungut sebab kena bayar saman. Tapi kene saman tu satu NORMA ke? Ada di antara kita membudgetkan saman yg akan dibayar setiap bulan?Sebab susah nak pandu berkhemah? sebab susah sangat nak ikut peraturan jalan raya - merah berhenti, hijau jalan. susah ke? sebab susah nak plan waktu perjalanan? Sebab kalau tak sampai on time dunia akan musnah?
    sebab susah nak mengekang skill memandu yg terlalu hebat?

    Yg jelas kalau ada perangkap laju di suatu kawasan, tiba-tiba je boleh pulak pandu ikut halaju dan berkhemah. Betul-betul hipokrit. Jadi ada juga kesannya kepada tabiat pemandu kita.Patut di teruskan. Malah takyah ada polis pun, letak je khemah kat tepi jalan. Perlu diancam dulu baru nak patuh. disiplin tak dak?

    Bagaimana kalau kita mansuhkan saja peraturan lalu lintas? Apa yg terjadi di jalan raya adalah urusan rakyat. Kerajaan cuma perlu selenggarakan jalan raya. Mesti semua org gembira bukan. Ya lah tiada penguatkuasaan tiada saman. Park merata-merata tempat. Kalau ada yg tak puas hati kita settle ala cowboy. Hidup lagi senang.

    Setuju jika saman diselarikan dgn tahap kesalahan yg dilakukan. Lebih adil drpd asyik kembali kepada alasan tahap pendapatan. Setuju bahawa pihak swasta tidak boleh dilibatkan dalam soal penguatkuasaan. Idea yg mengundang padah kpd kerajaan. Siapa yg melontar idea tersebut patut dipecat.

    PS/
    Kepada penyokong tegar Parti Ajaran Sesat (PAS) dan si "anugerah tuhan" tu...baiklah bertaubat..kalau taknak sokong UMNO/BN tu tak penting...jgn terus bersubahat dgn golongan munafik dan khuwarij sudah. Dunia ni hanya satu khayalan aje - buat apa berdendam,berdemo, memfitnah, buruk sangka, berpecah belah. Dapat pahala ke? Tak takut Allah ke? Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

    ReplyDelete
  17. Saya amat bersetuju dengan Dr... Saman amat membebankan pendapatan hanya cukup makan dan belanja anak anak ke sekolah,tak bayar saman kena senarai hitam ni satu lagi perkara samdol lepas buat satu kesalahan dipaksa buat satu lagi kesalahan, lesen kantoi diorang ingat rakyat nak jalan kaki ke tempat kerja itu kerja bodoh, apa peduli tak dak lesen kereta dipandu juga inilah kesalahan yang dipaksa rakyat lakukan, road tax tadak mau simpan kereta ke sori la lagi kesalahan yang dipaksa.... apa ni???? lu pikir kita tak nak perbarui lesen dan road tax ke.... lu yang tak kasi abis tu kalau kantoi lagi.... apa nak buat sudah ada 3 kasalahan hanya bermula tak bayar saman ekor je berjangkit kepada LESEN KANTOI, ROAD TAX KANTOI... Saman lagi, senarai hitam lagi habis tu macam mana selesai cerita niiii???

    ReplyDelete
  18. Setiap orang yg membayar saman akan menyimpan dendam yg akan dilepaskan ketika PRU13 nanti..pemimpin tak faham2 lagi apa yg dimahukan rakyat...Masalah kemalangan bukan hanya faktor kelajuan...jalan berlobang..kawasan yg telah dikenal pasti kawasan kemalangan hanya diletakkan tanda 'bahaya kawasan kemalangan' tanpa dibuat kajian secara teknikal kenapa kawasan tersebut selalu berlaku kemalangan...rakyat melihat saman ini hanya sebagai cara menambah pendapatan kerajaan...ini adalah persepsi rakyat sekarang ini..dan persepsi ini walaupun dinafikan oleh kerajaan ianya akan menjadi api yang akan menyambar ketika PRU13 nanti....banyak isu2 lain yg di pandang sepi..cth: lambakan pendatang asing..ini nak tambah lagi 45 ribu orang dari India...restoran mamak tak membantu langsung...peluang pekerjaan ilek...mengabihkan subsidi yg sepatutnya rakyat nikmati utk menanggung 45 ribu pendatang asing lagi...perlukah...berbalik kes saman...rakyat tak akan marah kalau benar2 bersalah...ini main saman yg kita sendiri tak tau...pengajaran apa yg rakyat dapat kalau saman hanya diketahui selepas 1 tahun kemudian..kalau nak saman...terus saman aje...takut rasuah berleluasa?? itu polis kenas seleasaikan dengan anggota2nya...tanamkan sifat intergriti yg tinggi...bagi rasuah, tangkap terus..sorang dah kena..yg lain confirm tak berani offer kat polis..BATALKAN TERUS SAMAN EKOR...TIADA PENGAJARAN YG RAKYAT DAPAT HANYA MENYAKITKAN HATI AJE...

    ReplyDelete
  19. sokongggggggg.....
    dulupun dah diluahkan.....apakah kerajaan pemerintah faham dan dengar....

    jangan lah kerajaan ingat semua yg bayar saman suka mereka disaman...tolongggg lahhhh fahammmm...

    kerajaan sebenarnya nak duit rakyat.....confirm..!

    ReplyDelete
  20. Salam Dr.
    Syabas kerana Dr sudi juga membuahkan fikiran untuk dilihat dan difikirkan bersama(tak kira lah soal dah jatuh ke bangun). Soal saman ekor ini telah saya sentuh dalam forun Dr yang telah lalu tapi tidak salah sekiranya saya membincangkan semula dalam forum kali ini.
    1. walaupun kerajaan menafikan bahawa saman ekor ini bukan bertujuan untuk menambah hasil kerajaan tapi rakyat sudah faham itulah tujuan sebenarnya.begitu juga dengan kenaikan harga minyak adalah bertujuan bagi menambah hasil negara (walaupun dinafikan oleh kerajaan).
    2. memandu laju tidak boleh dikatakan penyebab kepada peningkatan kemalangan jalanraya, sebenarnya ianya di sumbangkan oleh beberapa faktor lain, seperti:- 1. keadaan jalanraya (berlopak dan sentiasa ditutup untuk diselengara) dari.2.Faktor kesihatan, usia dan keadaan pemandu tersebut. 3.Selengaraan dibuat pada waktu puncak.
    Cuba kita bayangkan kalau pada waktu biasa dari KL ke Melaka hanya mengambil masa 2 jam menggunakan lebuhraya tapi kalau jem mengambil masa lebih dari 4jam untuk sampai tentulah menyebabkan pengguna menjadi baran, dah lah terpaksa bayar tol.
    MIROS pulak hanya melihat keadaan ini pada musim perayaan dan jika ada kemalangan yang melibatkan kematian ramai, tapi seperti sedia maklum kemalangan maut berlaku pada setiap hari.
    Kita tidak boleh membandingkan undang-undang di negara kita dengan diluar negara kerana disana jika berlaku sesuatu disebabkan kegagalan penguatkuasaan maka menteri berkenaan akan letak jawatan kerana perasaan bertanggungjawab dan rasa bersalah, tapi di Malaysia lantak le tak ada sape yang peduli dan rasa apa-apa. Penguatkuasaan pulak dibuat bermusim, JPJ dgn caranya, Polis trafik dgn caranya memual dan memalukan.
    TQ

    ReplyDelete
  21. Salam Ybhg Dr...banyak pendapat di atas saya setuju 200%,,pandangan di sini adalah suara hati rakyat marhain,,,.. ketahuilah wahai pemimpin2 yg kita sayangi dan hormati,,, duduknya yb/tuan di atas semuanya kerana rakyat,...tp klu rakyat terus tension/menderita memikirkan 1001 masalah,...dan tak pernah happi dgn pemerintah yg terus terusan tau nak perintah aje,...tak ambik peduli tentang kesusahan pada rakyat,...maka rakyat tiada pilihan melainkan,....klu mcm kita pakai kereta asyik buat hal aje,,,..maka kita trpaksa ,...kasi tukaaaarr saja la....!!!..sbb sesuatu yg baru selalunya lebih fresh,,,berstamina,,,byk idea,,,lebih prihatin,, terbuka/tranparents,.byk features2 baru yg lebih up todate,...inilah kehendak pasaran/marketing yg paling berkesan,,...
    Terimakaseh, wak kapar.

    ReplyDelete
  22. Salam semua, mohon maaf banyak komen saudara sebelum ini tidak dapat saya ulas kerana kesibukan.

    1. Utk saudara jeff, saya tidak lepaskan komentar saudara.Namun saya berharap saudara dapat memberi butiran terperinci dakwaan saudara ke emel saya drkhir@yahoo.com.

    2. Kepada yang menggunakan pengenalan anonymous, harap dapat letak nickname saudara dibawah tulisan agar memudahkan saya mengulas.

    3. Berkaitan komen seorang sahabat di atas, saya fikir dah terang dan jelas saya katakan bahawa undang lalu lintas perlu dipatuhi, cuma kaedah pelaksanaan perlu dikaji agar tiada yang teraniaya. Sila baca pandangan-pandangan saya dan rakan-rakan seeblum ini mengenai pelbagai penganiayan dan kesulitan akibat saman ekor.

    Saya juga tidak mengatakan sesiapa yang melanggar peraturan tidak perlu diambil tindakan. Apa yang saya nyatakan ialah kompaun harus sepadan dan adil mengikut berat kesalahan yang dilakukan, bukannya pukul rata.

    Saya berharap saudara baca semula tulisan saya sebelum marah-marah.

    ReplyDelete
  23. Salam Datuk,

    Isu saman ekor. Kaedah yang sekarang digunapakai; 1. Pihak Polis akan mencari lokasi yg sesuai untuk bersembunyi kemudian merakamkan kelajuan kenderaan. 2. Perangkap laju kerap kali diadakan dijalan yang dihadkan pemanduannya 60km. 3. Saman akan dikeluarkan selepas dua atau tiga bulan. Apakah ini kaedah-kaedah untuk mendidik pemandu lebih berhemah atau ini hanya semata-mata untuk mencari kesalahan orang lain.

    Kemudian pihak berkuasa mengumumkan akan menyenarai hitamkan pemandu yang mempunyai kesalahan saman termasuk saman ekor. Apakan ini satu peraturan yang bersesuaian dengan undang-undang yang sedia ada.

    Kerajaan sewajarnya mengkaji semula pelaksanaan sistem yang ada sekarang, jangan bagi rakyat memberontak dan menterjemahkan melalui KERTAS UNDI nanti.

    ReplyDelete
  24. Salam Dr,

    Apa susah nak kawal selia gunakan peronda evo terus saman xpayah nak saman ekor. Banyak "port" boleh dijadikan lokasi. Jangan pula gunakan evo untuk saman lori hantu xde maknanya....

    ReplyDelete
  25. salam Dato....apa yg Dato ulas mmg saya sokong...saya mmg benci polis trafik sekarang ni....sebab apa sy benci,sy dah terbayar saman yg tak sepatutnya....org palsukn plate sama mcm keta sy....naya tak saya terus p byr??...yg kedua polis saman yg tak sepatutnya...contoh exzos besar katanya,dah mmg specs keta tu dari kilang exzos besar...bodo ke apa polis tu??pada saya,had laju dari 110 tu kena kaji semula...kereta zaman sekarang semua dah upgrade...bwk 130 pon tak rasa laju lagi...bukan zaman kereta 60an dulu....bawak 70 pon dah rasa laju....tak relevan langsung....industri automotif dah maju...kereta dah dasyat2....tapi undang2 jalan raya je belum dimajukan....

    ReplyDelete
  26. Terikasih Dr.
    Terbukti sebagai wakil rakyat Dr tidak menyebelahi pihak pentadbir walaupun mereka berada di sebelah pihak DR. Ini baru dinamakan Rakyat didahulukan. Bukannya pekong atasan ditutup-tutup.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih kawan satu bangsa - Jawa.

    Saya cadangkan agar YB Dr kaji selidik dulu sebelum mengeluarkan keyataan berkaitan dengan AES. Apa yang YB tulis salah 100%. Cuba dapatkan maklumat daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dulu. Kan YB Dr sama parti dengan Kerajaan yang memerintah. Kalau daripada YB Dr maklumat pon tak betul, macam mana rakyat biasa seperti saya ni (yang tinggal dan cari makan di Selangor) nak dapatkan maklumat yang betul.

    Dr Jawa jugak..

    ReplyDelete
  28. Saya harap polis akan guna kenderaan sama ada kereta atau motosikal untul mengejar mereka yang memandu laju. jangan lah saman ekor. saya anggap diri saya penjenayah tanpa pengetahun.Siapa nak jadi penjenayah? Kalau pandu 110 km ,anda kira lah berapa lori,bas dan kereta memotong anda.Something is not right.

    ReplyDelete
  29. Sy pun kecewa dng saman ekor nie walaupun beberapa kali suara ketidakpuasan hati rakyat di lontarkan kerajaan masih pekak tak mendengar,,,, sy akan bertindak pekak jugak semasa pilihanraya nanti walau apapun kerajaan janjikan,,,sy buat pekak seperti mereka buat pekak sekarang,,,

    ReplyDelete
  30. Salam Dr. Khir
    (Iki bucah Kampong Dr.
    Sedikit lari dari tajuk.. Harap Dr. boleh beri satu ulasan yang baik.

    Dengar-dengar kita nak import pekerja asing dari India dalam lengkongan 35-45 ribu lagi. Saya melihat pemimpin kita hari ini sama macam penjajah British 60+ tahun dahulu. Dimana persamaan nya??

    Apabila kita membawa pekerja asing (dari India, China, Bangladesh, Philipina, Mynmar, Nepal, dll).. pernahkah terfikir difikran kita apa akan terjadi dengan negara ini 60 tahun akan datang. Saya rasa pada masa tu Dr. Khir, Datuk Najib, menteri dalam negeri dah jadi arwah-arwah pun, atau kalau hidup pun dan tuwek lanjut..Maka rakyat malaysia pada masa itu nanti sangatlah berwarna-warni..dalam IC mereka nanti akan ada tertulis Bangsa:Melayu, India, China, Bangladesh, Philipina, Mynmar, Nepal. Dan akan wujud parti politik untuk orang-orang berketurnan; Melayu, India, China, Bangladesh, Philipina, Mynmar, Nepal. Mungkin pada masa itu nanti parti Barisan national akan di jenamakan semula dengan Parti Multi-National.??

    Kenapa saya berkata begitu?.. adakah ia satu coretan kosong..Sejarah telah mengajar kita bawa ke"banjiran" bangsa asing pada 60+ tahun yang silam, disebabkan keperluan ekonomi, di Industry lombong dan estate menjadikan kita seperti kita hari ini..1Malaysia..Kenapa kita tidak belajar dari sejarah dan adakah pemimipin kita bersikap.. who cares..at that time I am no longer around. Let those who are around at that time to solve it.. hehehe

    ReplyDelete
  31. SALAM DATO

    SAYA TERUJA DENGAN TULISAN DATO...SEDAR ATAU TIDAK TINDAKAN KERAJAAN TIDAK MEMANSUHKAN SAMAN EKOR MEMBERI KESAN YANG SANGAT NEGATIF PADA MASYARAKAT.

    KITA KENA INGAT PENGALAMAN PAHIT SEMASA ERA KEBODOHAN PAK LAH MENYEBABKAN PENYOKONG BN MEMBOIKOT PRU12 MENYEBABKAN KITA MERUDUM.

    SEKARANG MEREKA MEREKA SUDAH MULA KEMBALI PADA BN TAPI BN AGAK CUAI DENGAN ISU INI...INGATLAH BAHAWA APA APA SAJA YANG MELIBATKAN WANG YANG BANYAK, PASTI AKAN MEMBERI PADAH PADA PARTI KERANA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH AKAN BERASA TERAINAYA

    UNTUK MAKLUMAN DATO, NOMBOR PLAT BOLEH DIPALSUKAN, DAN ORANG YANG TERAINANYA PASTINYA AKAN MARAH DAN PARTI AKAN MENERIMA KESANNYA.....JANGANLAH KEBODOHAN PAK LAH DIULANG LAGI

    SAMPAIKAN RINTIHAN RAKYAT AGAR BN TERUS BERJAYA

    ReplyDelete
  32. TAHNIAH DATO

    SAYA RISAU ISU INI AKAN MENIKAM BN DALAM PRU13 NANTI

    SOAL DUIT JANGAN DIBUAT MAIN2

    BANYAK DAH YANG RAS TERANIAYA KERANA NOMBOR DIPALSUKAN

    BUKAN PEMBANGKANG SAJA YANG MARAH TAPI PENYOKONG UMNO PUN DAH TERBAKAR

    SAMPAIKAN KELUHAN INI PADA DS NAJIB,,RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

    INGAT RAKYAT DAN MULA BALIK PADA UMNO, JANGAN ISU INI JADI LAIBILITI PULA

    ReplyDelete
  33. SEBENARNYA HAMPIR SEMUA ANGGOTA KABINET MENYOKONG APA SAJA YG KERAJAAN LAKUKAN WALAUPUN MENYUSAHKAN RAKYAT. WALAUPUN DALAM HATI MEMBANTAH.. NAK BUAT MACAMANA ITULAH KEHIDUPAN DAN REZEKI MEREKA. BILA ADA KUASA KITA LUPA YG MANA PATUT YG MANA TAK PATUT? DAH MEMANG SIFAT MANUSIA. APABILA KUASA TAKDA, NAMPAK JA APA YG PERLU DAN TAK PERLU UTK RAKYAT. SEMOGA SEMUA BERUBAH DEMI AGAMA. KATALAH YG BENAR WALAUPUN PAHIT.

    ReplyDelete
  34. Takniah Dato'

    Jabatan Trafik ni banyak idea, Mereka dihantar ke Australia untuk meniru sistem ni yang sangat berkesan ,Pemandu Australia ni bila nampak je Van hitam (AES Van) dah mula menyumpah, semua pemandu macam tu di Canberra, kat sini bila dikuatkuasakan AES ni tak taulah sumpah seranah pemandu kita, kalau boleh kita kuat kuasa di Putra Jaya Dulu, Jangan Cari salah Kelajuan saja, kesalahan - kesalahan lain juga perlu dirakam dan disaman. Hontam Kup...ta cayo.. den

    ReplyDelete
  35. Saudara Dr Jawa Juga,

    Saya tidak pasti bahagian mana yang saya salah fakta. bagaimanapun saya mengalu-alukan sebarang pembetulan. Cuma jika saudara mengatakan saya salah fakta mengenai profit sharing antara syarikat dan kerajaan dalam pemasangan kamera ini, saudara boleh baca Handsard Parlimen Pada 15 Disember 2010 lalu. Sebahagiannya begini:

    Jawapan Datuk Abdul Rahim bin Bakri:

    Profit sharing guess... Saya hendak beritahu Yang
    Berhormat bahawa bagi simulasi pulangan hasil dengan formula ini ialah IRR untuk 6 juta saman,
    Beta Tegap – 18.7%, Commercial Circle – 18.6%, government share – 65.7%. Company share
    ialah 34.3%. Jadi ini – bagi 10 juta saman juga ada. Ia ada formula-formulanya di sini. Akan
    tetapi saya ingin mengatakan di sini bahawa, sebenarnya profit sharing ini adalah sebenarnya
    tidak melibatkan peruntukan kerajaan dan kerajaan sebenarnya mendapat bahagian daripada...

    ReplyDelete
  36. Pada pendapat saya lebih baik Pembangkang dan semua yang menjadi mangsa saman ekor mengadakan DEMO serentak diseluruh negara, tak perlu tunggu PRU 13.

    Jangan jadi NATO (Nathing Action Talk Only)

    ReplyDelete
  37. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana berjaya merasai denyutan nadi rakyat. Rasa macam diperli hidup-hidup apabila dengar ayat ini di media..tak kira laa media apa pun..

    Macam mana rakyat nak patuh kepada undang-undang sedangkan yang menguatkuasa undang-undang main hentam kromo sahaja.

    Saman ekor terang-terang menyalahi undang-undang. jangan ada pihak yang hendak menangkan pihak yang jelas menyalahi perkara 13 perlembagaan malaysia. ini hak rakyat..hak orang awam.

    Boleh kuat kuasa tetapi perlu lah berakal, jangan ikut kepentingan dan keupayaan diri sendiri..lihat orang lain jugak. kaji pelbagai faktor bukannya sekadar untuk bermegah-megah dengan ketegasan yang mcm sampah.

    Yang pasti AES pasti akan berjalan, tiada kompromi lagi. cuma yang hendak di pastikan adalah kadar pembayaran saman mestilah berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan..bukannya main pukul rata sahaja.

    jika kerajaan porak peranda BN boleh main pukul rata maka saya menyeru supaya pengundi-pengundi diluar sana mengikut konsep kerajaan porak peranda ini iaitu kita mengundi mengikut sistem pukul rata, iaitu memilih Pakatan rakyat sahaja. Buang Bn dari peta malaysia.

    ReplyDelete
  38. Saman adalah kaedah mendidik pemandu mematuhi undang-undang.
    Apabila saman dikeluarkan, polis memberi tawaran kompaun untuk mengelak dari dibawa ke mahkamah. Jika gagal membayar kompaun barulah bakal pesalah di bawa ke mahkamah.
    Tetapi undang-undang di negara ini berbeza daripada yang dilaksanakan di negara lain. Penguasa lebih mementingkan keuntungan melaksanakan proses menyenaraihitam menyebabkan timbul rasa tidak adil di situ.
    Hanya crook sahaja yang bertindak secara mengenepikan keadilan di mana penguasakan akan menyebelih dan menghirup darah kerana pisau berada di tangan mereka.

    ReplyDelete
  39. Salam Dr. Khir ,
    Saya menyokong isu yang disuarakan oleh Iki bucah Kampong Dr., pemimpin kita seolah terlepas pandang mengenai isu ini...sila sebutkan satu tempat atau daerah yang mereka ini tidak kelihatan...rasanya rungut diakhbar harian metro tiap - tiap hari ada rungutan mengenai masalah ini... apakah kita tidak belajar dari pengalaman.

    ReplyDelete
  40. Saman ekor penting supaya rakyat tidak melakukan kesalahan cadangan saya supaya surat saman dihantar kerumah perlu dilampirkan bukti gambar dan sebagainya, mungkin kalau ada teknologi baru, video dirakam , pembayar sama boleh datang balai polis tengok rakaman tersebut, @ cdgn lain wujud portal dan pemandu boleh lihat apa kesalahan melalui internet

    ReplyDelete
  41. Salam YB Dr Khir. Moga YB sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Siapa yang suka kena saman YB? Pulak tu saman ekor yang memang orang tak suka. Kita boleh tengok semua sahabat kita memang tak setuju dengan tindakan kerajaan sekarang ni.

    Speed trap punya saman pun ikut cara makan buffet. Makan sikit ke banyak ke tetap kena bayar maksimum. Ketengahkanlah keluhan rakyat ini atas kapasiti apa saja YB di dalam parti sekarang ni. Nampak sangat kerajaan nak cekik duit rakyat.

    Jangan salahkan rakyat jika rakyat pangkah parti lain kerana bengang punya pasal. Kan menempah petaka..Inilah dia Rakyat Didahulukan.. Saman kena, rakyat kena bayar dulu.. Tak bayar black listla jawabnya...

    ReplyDelete
  42. Salam 1malaysia DR

    Kembali lagi saya mencoratkan ruangan dr ini.

    1. Isu berkaitan saman ini dah lama dibincangkan baik di peringkat bawah hingga ke peringkat pengubal dasar tapi jawapan tetap sama.

    2. Mungkin juga satu kebaikan apa bila kerajaan buat mcm ini. Tapi apa yang boleh dilihat angka 17 juta to lebih kepada 20% aje, yang sudah dijangkankan oleh Pihak kerajaan. Dari segi dasarnya objective saman dah pun tercapai dan hanya perlu 20% kalau nak KPI menteri makin baik.

    3. Berkaitan AES pula lebih kepada JV gomen dgn syarikat (pemilik tentulah yang ada kenalan menteri) ini semua akan mendatangkan ISU yang baru kepada pihak BN. Mungkin BN tak kisah sgt pun sebab yang faham isu mcm ini bukan semua org. Tapi jgn pandang sebelah mata.

    4.Pilihanraya akan datang mungkin dijadikan bahan kampen bagi pihak pembangkang selain memberikan gula2 untuk guru2 RM 500. So fikirkan la.

    5. Dalam isu diatas ada baik dan buruknya. Tapi yang pasti Pasukan di belakang PM amat bagus dari segi cari duit. Bermula dgn Jual beg palstik setiap hari sabtu hingga saman dan akan datang pasti ada lagi.

    -Joekiddo-

    ReplyDelete
  43. salam buat Dr. Khir & blogger semua...

    Isu ini akan menjadi senjata kepada PR untuk PRU13 nanti.. Kita selalu diberi alasan bodoh bila timbul sesuatu isu.. Bila gula naik "Gula tidak baik untuk kesihatan", Bila minyak naik 'Minyak kita lebih murah dari negara jiran kita', Bila sayur - sayuran naik 'Kita disuruh menanam sayur sendiri', bila harga ayam naik 'Ayam tidak baik untuk kesihatan',
    kini saman ekor pula dengan alasan 'mendidik & mengdisplinkan pemandu kita', Jangan la buat kami seperti orang bodoh yang tak pernah ke sekolah.... apa gunanya kerajaan yang dipilih rakyat.. kalau tak boleh buat kerja LETAK JAWATAN habis cerita...

    Inderaloka said,

    ReplyDelete
  44. Salaam Dr Khir,
    Saman ekor memang akan menjadi isu besar jika di swastakan kerana ianya kelihatan seperti satu bentuk 'perniagaan'..
    Pada permerhatian saya, isu membawa laju di Lebuhraya umpamanya di Lebuhraya Utara Selatan. Pemanduan melebihi 110km/j biasanya akan berlaku di laluan 2 (dua) lorong. Lorong kiri biasanya akan digunakan oleh kenderaan berat spt lori kontena, lori balak, lori tangki dan sebagainya. Para pemandu kenderaan ringan akan merasa sangat tertekan bila pemandu kenderaan berat ini memandu pada kelajuan kurang 90km/j.. Para pemandu kenderaan ringan akan menjadi sangat tertekan..

    ReplyDelete
  45. SALAM DATO

    SAYA LIHAT ENTRI DATO CUKUP LAKU

    NAK TANYA SIKIT JA, APAKAH DATO HANYA NAK TENGOK KOMEN RAKYAT ATAU DATO BENAR BENAR NAK BELA RAKYAT

    KALAU DATO HANYA NAK TENGOK RESPON RAKYAT, BAIK TAK PAYAHLA SENTUH ISU MACAM NI

    TAPI KALAU DATO RASA BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMIPIN RAKYAT, SAYA RASA TOLONG SAMPAIKAN KELUH RESAH RAKYAT KEPADA PM..

    TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN DATO SEMOGA NIAT YANG SUCI AKAN BEROLEH KEBERKATAN

    ReplyDelete
  46. Salam Dr,
    Saya telah membaca semua komen rakan-rakan saya di atas. Semuanya tidak bersetuju dengan saman ekor.

    Saya setuju kalau dikatakan saman ekor untuk mendidik pemandu, tapi takat mana unsur pendidikan yg diterapkan di situ? Pemandu tidak tahu yg mereka telah disaman. Sedar-sedar kena saman.

    Saya setuju dikenakan saman. Tetapi, cara PELAKSANAAN saman itu dibuat yg menjadi pertikaian, banyak sangat unsur penindasan dapat kita rasakan.

    Saya setuju bahawa saman ekor dibuat bagi mengisi kantung kerajaan. Betapa tidak, beberapa saluran dibuat bagi mengetahui adanya saman, dan beberapa cara diadakan bagi menjelaskan saman. Maknanya bayar saman dah setaraf dengan bayar cukai LHDN, atau bayar bil2 bulanan. SAYA CADANGKAN SUPAYA SAMAN EKOR BOLEH DIBAYAR DENGAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT, BARU KLASS. Baru bererti rakyat didahulukan.

    Saya berseru kepada pengamal2 undang2 yang tahu selok-belok undang2 supaya tampil membantu rakyat Malaysia yang teraniaya ini. Jangan dok asyik membela anwar ibrahim sahaja. Tentu lebih berkesan jika pengamal undang2 di pihak pembangkang yg tampil memberi bantuan, untuk mencelikkan mata pihak kerajaan dalam isu ini.

    Saya rasa teraniaya dengan saman ekor. Maka, saya, isteri, dan anak2 pasti akan menggunakan hak kami dalam PRU nanti, tunggulah. Di belakang saya ada lagi pelajar2 saya yg kebanyakannya sudah ada lesen memandu( dan ada yg sudah ada saman ekor)untuk sama2 mencelikkan mata pihak berkuasa supaya bertindak dengan bijak dan adil kepada rakyat, ingat, Muarmar gadafi bukan contoh yg baik, sanggup membunuh rakyatnya sendiri untuk terus berkuasa dan mengaut wang negara.

    MAS

    ReplyDelete
  47. Salam Dr..
    Saya bingung cara negara kita mentadbir sistem pengankutan negara kita.
    1) Sama ada kerajaan suka atau tidak.. kita WAJIB melakukan satu INVESMENT once for all untuk memperbaiki sistem pengankutan awam dinegara kita.
    Kaedah pengswataan BUKAN lah kaedah yang terbaik. Apabila sesuatu perkara itu melibatkan keperluan rakyaat.. KERAJAAN TIDAK BOLEH berlepas tangan dengan MENGSWASTAKAN perkara tersebut.
    - Sebagai contoh: air TIDAK BOLEH
    DISWASTAKAN!!,sebab kita tak boleh mengambil
    keuntungan dari keperluan asasi orang ramai.
    p/s: SAYA nak tanya DR. Khir, kalau berani tanya berapa bulan bonus pekerja SYABAS dapat ( saya nak tengok Dr. Khir tulis kat Blog ni.., dan berapa bulan pula pegawai kerajaan dapat bonus.
    Dalam Islam 3 benda yang tidak boleh di
    HAKMILIKkan kepada sesuatu kumpulan adatu individu. ya itu: udara, air dan cahaya matahari.
    2) Sekarang kerajaan BN boleh hidup kerana rakyaat boleh dibeli dengan pemberian projek "100 ribu" untuk pembinaan masjid, atau "100 juta" untuk naik tarap jalan raya, atau "50 ribu" bantuan pembinaan padang footsal.
    3) Apabila negara bertambah maju..rakyat lebih berdikari dan tidak lagi bergantung kepada bantuan kerajaan, atau subsidi untuk belajar atau untuk memulakan sesuatu projek..kita akan lihat gula-gula 100 ribu, 100 juta, atau 50 ribu ni tidak akan lagi berguna, dan akan makan tuan.
    4)Pada waktu sekarang pun..saya rasa rakyaat sudah pandai.. masa pilihan raya kecil.. menangkan BN kerana inginkan bantuan.. malah sekarang wujud kenyataan popular..."Kalau kampong anda tak maju atau memerlukan sesuatu.. doakan lah ADUN anda supaya meninggal dunia"..pasti masa by-election nanti dapat apa yang dipinta. lepastu masa PRU cerita lain..
    5) Kalau kita nak tahu sama ada rakyaat itu benar-benar memihak pada BN.. cuba pada by-election nanti BN jangan bagi apa-apa bantuan.. boleh menang tak. Kalau masih boleh menang, itu bermnakna rakyaat berkeyakinan pada BN.
    6) Kebayaak rakyaat sekarang ni susah, walaupun pada zahirnya kelihatan nya berkereta dan memiliki rumah.. tapi pernahkan kita bertanya.. berapa ramai rakyaat yang hidupnya tidak berhutang?.. dan tanya berapa ramai rakyaat yang akan mampu hidup iika mereka diberhentikan kerja?.. Berapa ramai rakyaat yang ada simpanan untuk masa kecemasan?.(Dr. sebagai MB dulu pasti ada statics seperti ini.. so tolong beri tahu kita..).Orang-orang seperti ini lah yang takut akan ancaman, jika kerajaan kita bertukar negara akan huru hara,dan pekerjaan anda nanti akan tergugat. Kadang-kadang kita tahu apa yang kita ada pada masa ini adalah bukan nya sesuatu yang terbaik. Kita tidak tahu, sama ada kalau pentadbiran berubah mungkin kehidupan kita jauh lebih baik dari sekarang. Kita tidak berani mencuba kerana kita tidak pernah mengambil tahu bagaimana cara sebuah negara yang baik ditadbir..kerana kita sudah selesa dengan apa yang kita ada..

    ReplyDelete
  48. APAKAH SUMBANGAN DATO DALAM ISU INI, ADAKAH HANYA DENGAN BERSUARA DI BLOG SHJA?? KAMI INGIN MENGETAHUI DAN INGIN SANJUNGI PEMIMPIN YG BERANI DEMI RAKYAT YG DI ANIAYAI.. MOGA UMNO TETAP RELEVAN - LUV SELANGOR

    ReplyDelete
  49. Salam Dr. Khir & kawan -kawan semua,

    Isu ini melibatkan mejoriti rakyat M'sia, boleh dikatakan tiap - tiap rumah di negara kita ini mempunyai kereta, jangan la bila isu ini telah dijadikan manifesto pembangkang baru nak terhegeh - hegeh untuk mengkaji isu ini semula...... nasib baik udara & oksigen tidak diswastakan...

    ReplyDelete
  50. saya bersetuju dengan Anon 10:55 am. Kalau setiap bulan ada saja MP atau ADUN dari BN mati
    barulah Rakyat Di Dahulukan.

    ReplyDelete
  51. saya berpengalaman sebagai penguna lebuh raya.setiap hari di lebuh raya.1,polis peronda di link ke2.bawa bag pinggang. lepas saman kalau pemandu tak ada duit tukar, dia ada banyak dlm bag. 2,main nyorok kat celah pokok. 3,saman tempat turun bukit.di lebuhraya.4. saman tempat pemandu selalu terlupa,kat situ 90km je. entahlah.......KAK

    ReplyDelete
  52. SALAM

    SAYA MENUNGGU JAWAPAN DATO DENGAN PENUH HARAPAN

    TERIMA KSIH

    ReplyDelete
  53. aku tidak berhutang...
    tapi dek saman ekor aku dikatakan ada hutang saman tertunggak
    tanpa notis, tanpa saman....
    jumlahnya cecah ribu ringgit
    kalau tak bayar aku akan dihalang renew roadtax kereta...
    keluhuran undang undang entah kemana..
    Aduhai saman ekor!
    aku tidak berhutang tapi kini menangung hutang Aduhai saman ekor...

    Rakyat kerdil.

    ReplyDelete
  54. Saman adalah diantara Polis/JPJ dengan pemandu.. jika kesalahan trafik dilakukan pemandu adalah menjadi tanggungjawab Polis/JPJ untuk mengheret pemndu tersebut ke mahkamah jika gagal membayar kompaun..memperbaharui cukai jalan/insuran adalah diantara kereta dengan JPJ dan tidak ada kena mengena dengan kesalahan trafik..kenapa ugut rakyat dengan cara penyamun..hanya 86% yang bayar saman..? kenapa..? kerana amaun yang dikenakan tidak setimpal dengan pendapatan rakyat..lebih baik amaun sebanyak itu digunakan untuk keperluan keluarga...kebanyakannya mesti orang melayu..yang tak sedap tu menteri2, pegawai tinggi kerajaaan, orang kaya2 tidak peru fikir perkara2 mcam ini...hanya rakyat biasa saja yang kena...undang2 hanya untuk rakyat bawahan...tiada beza Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dll...

    ReplyDelete
  55. Saya bersetuju dengan pandangan DSKT tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  56. Saman ekor ni macam along juga.. kalau along tak bayar kena pukul, sama tak bayar saman tak boleh renew roadtax... sama tak ada beza...

    ReplyDelete
  57. Dubyank.Saman Ekor.Cara yg dipakai mungkin tak pernah diguna dimana-mana.Prinsipnya ambil jalan senang dan curi tulang.Jumlah saman yg dibuat bolih kononnya jd bokti yg polis bertungkus lumus mengandalikan disiplin lalulintas kpd Kerajaan.Ttp hasilnya disiplin jalanraya masih teruk juga dan minimbulkan rasa benci rakyat.Cara mengenakan saman sekarang nampak semacam ianya usaha terpijak kpd pembangkang meraih sokongan. Apa taknya,ketua2 pembangkang semacam tak ambil kisah je.Sangat penting polis belajar cara yg betul dari negara2 maju.Semantara system yg baik dipelajari, Kerajaan/menteri take control: 1.Arah polis rajin2 turun kepadang,tunjuk muka,serah saman kpd pesalah lk satu jam kemudian dimana-mana di arus perjalanan/tol terdekat.nilai kejayaan bukan jumlah saman ttp penurunan jumlah kemalangan yg ketara.2.jdkan syarat keupayaan mengesan/menangkap pesalah pertimbangan UTAMA kerjaya polis.Mereka yg punya rekod00000, pindahkan ka lain2 jabatan dimana keupayaan penguatkuasaan tak diperlukan.Berhati-hati d jalanraya.

    ReplyDelete
  58. Apa yang Dato Seri katakan memamng tepat sekali. Harap ramai lagi pemimpin berjiwa rakyat seperti Dato Seri. Pemimpin yang ada juga harus sedar yang mereka dipilih oleh rakyat untuk menjaga kepentingaan mereka dan bukan sebaliknya. Harap mereka sedar sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  59. mana "rakyat di dahulukan"? aku dan ramai yg lain cukup tertekan dengan saman ekor nie.dengan ekonomi yg xstabil kos hidup tinggi.adakah ini hadiah kerajaan utk kami yang menyokong penuh selama ini.. tolong lah dengar rintihan rakyat.. ramai yg tertekan lagi ramai yg bengang.. kalau 1,2 mgkin dek kerana'terpaksa' wlu kewangan xmncukupi utk tanggung kos kami terpksa byar..tp kalau dah lebih drpd tu..mana kami nak cari duit.. tempoh dah habis.. kalau bayar 1,2 sbb duit ada itu jer.. tp 3,4 xmampu bayar dalam masa terdekat..kami tetap di senarai hitam kan.. tolong lah ambik serius dan renungkan agar 'rakyat di dahulukan' biar kena pada tempatnya..

    ReplyDelete
  60. harap Dato Seri sudi mberi respon tanpa membisu sahaja atas segala pendapat sahabat2 yg lain utk sama2 menilai.. terima kasih Dato Seri..

    ReplyDelete
  61. Salam Dr. Khir,

    Komen - komen dari sahabat - sahabat blogger semua diatas akan dibawa untuk perhatian Menteri yang berkenaan ke? Kalau setakat disini je buang masa je la komen dari mereka semua...

    ReplyDelete