Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, March 24, 2011

Memahami Kewangan Yayasan Selangor

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar, tan Sri Khalid Ibrahim yang akhirnya sudi mendedahkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor setelah menjadi kontroversi hampir setahun.

2. Menurut kenyataan akhbar Khalid, Yayasan Selangor rugi sebanyak 10 juta pada 2005 dan RM 8 juta pada 2006. Bagaimanapun Yayasan mula mencatat keuntungan pada 2007 sebanyak RM 40 juta, RM 128 juta (2008) dan RM 25 juta (2009).

3. Apabila saya mengambil alih kepimpinan negeri sememangnya akaun Yayasan berada dalam keadaan kurang menyenangkan. Bagaimanapun beberapa perubahan drastik telah dibuat termasuk pengurusan Yayasan bagi memulihkan organisasi ini.

4. Sebab itu kita lihat mulai tahun 2007 Yayasan Selangor mula mencatatkan keuntungan yang besar sebanyak RM 40 juta. Demikian juga pada tahun 2008 ia terus mencatat keuntungan yang memberangsangkan sebanyak RM 128 juta. Sungguhpun tahun 2008merupakan tahun peralihan dari Barisan Nasional kepada Pakatan, namun pendapatannya dijana dari perancangan tahun-tahun sebelumnya dan ketika pengurusan Yayasan masih dibawah Haji Takril.

5. Dengan kata lain, di bawah pentadbiran saya yang kononnya "korup dan jijik" Yayasan telah dipulihkan, dan tanpa perlu menutup mana-mana pusat latihan Yayasan masih mencatat pendapatan yang sangat baik.

6. Justeru yang membimbangkan ramai ialah apabila kerajaan baru melantik pentadbiran baru telah mula terdengar beberapa tindakan yang negatif seperti menutup IKYS, sambutan ulang tahun Yayasan yang dikatakan agak melampau dan juga laporan audit terbaru yang menunjukkan banyak penyelewengan termasuk kos menyelenggara 9 buah bas dan 6 kereta Yayasan sebanyak RM 6 juta.

7. Jadi apabila aliran kewangan mula menunjukkan penurunan yang penurunan pada 2009 dan dilaporkan defisit pada 2010, ia menimbulkan banyak tanda tanya terhadap kaedah pengurusan Yayasan Selangor. Bayangkan jika perkara ini dibangkitkan oleh Adun-adun Barisan Nasional sebelum ini.

38 comments:

  1. Salam Dr. Khir,
    Saya sempat mengimbas komen doktor pada tajuk VEDIO yang lepas.

    Saya dapati Dr. mengambil sikap "Kalau you fitnah, you tuduh, saya pun boleh fitnah dan tuduh, Kalau you meng"aip"kan saya saya pun boleh mengaipkan saudara ", seolah-olah kita tidak ada undang-undang dan peraturan hidup.

    Cuba Dr. ulang balik ayat Dr.

    "Soal memburukkan pihak lawan ini sama sahaja kedua-dua belah pihak. Sebelah PKR sendiri pun banyak tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada BN termasuk saya. Jadi usah bercakap soal dosa hanya apabila kena batang hidung sendiri sahaja."

    Jadi adakah kita TAK boleh cakap pasal DOSA kalau ia kena batang hidung sendiri?..Dosa dan pahla tak mengenal siapa yang bercakap. Saya khuathir, mazhab dan kitab mana yang Dr. pakai yang mengatakan kita tak boleh cakap pasal dosa, apabila kena batang hidung sendiri. ( Maaf Dr. kerana ia seperti kasar ) tapi kenyataan Dr. tu tidak bersandarkan pada mana-mana Ilmu.

    Jadi, kalau kita tinggal sembahyang.. jangan kata tinggal sembahyang tu berdosa kerana kena batang hidung kita.

    Saya melihat Dr. lebih mengambil pendekatan, kalau I buat teruk, you tu lagi buat teruk. so what ???...

    Saya tidak menyokong mana-mana individu.. yang salah tetap salah, yang benar tetap benar, walaupun kebenaran itu dilihat sangat menyakitkan kita.
    Saya ingin memberitahu Dr. tentang cara Dr. mengulas sesuatu issu, dari perspektif orang lain, yang mungkin Dr. tak dapat melihat nya.

    Salam, dari pemerhati TUEK.
    ( Wes Tuek..lebih lama hidup dari Dr.)

    ReplyDelete
  2. salam sdr Tuek,

    1. Harap lain kalai saudara komen di artikel yang sama sebab saya tetap membacanya.

    2. saya tidak kata tidak salah mengaibkan orang. saya kata kena pakai neraca yang sama untuk semua orang. Bacalah komen saya bagi habis sampai ke bawah untuk paham maksud. jangan main potong sekerat. sya petik semula komen saya:

    Soal memburukkan pihak lawan ini sama sahaja kedua-dua belah pihak. Sebelah PKR sendiri pun banyak tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada BN termasuk saya. Jadi usah bercakap soal dosa hanya apabila kena batang hidung sendiri sahaja.

    Bagaimana perasaan Anwar dan keluarga? Bagaimana pula perasaan orang lain dan keluarga mereka yang dituduh oleh Anwar dan PKR?

    Saya tidak menyatakan mereka yang membuat tuduhan dan membuka aib orang sebagai tidak salah kerana orang lain juga buat. Tapi hakikatnya, apa yang kena kepada Anwar kena juga kepada orang lain termasuk saya atas tuduhan-tuduhan tidak masuk akal.

    Sebahagian saudara bersikap hipokrit dalam mempertahankan Anwar. Jika kena kepada Anwar ada yang meminta bukti sahih dan jelas secara mutlak. tapi kalau kena kepada pemimpin BN , pemimpin BN pula kena buktikan tidak bersalah.

    Jadi yang sibuk mendesak penuduh Anwar membuktikan secara sahih harus menggunakan kaedah yang sama ke atas pemimpin Pakatan yang menuduh pemimpin BN. Sebaliknya neraca berlainan digunakan. mengapa? kerana berlainan parti biarpun sama agama?

    ReplyDelete
  3. Rahim Thamby Chick dah mengaku... RTC tu orang Anwar ke??? ahli PKR ke????

    ReplyDelete
  4. sdr anak perelih ni salah tempat. saya dah jawab kat dalam artikel mengenai isu ini. Sungguhpun RTC orang UMNO, tapi Datuk Eskay adalah orang Datuk Seri Anwar.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum w.b.t. Dr.,

    Satu soalan umum. Saya melihat trend sekarang gemar menunjukkan kehebatan di lapangan politik, sehingga menafikan teguran yang ada benarnya dari pihak lawan. Mengapa tidak kita katakan 'terima kasih kerana menegur, saya akan teliti dan perbaiki mana-mana kekuranga saya'?
    Adakah lapangan politik tidak mengizinkan ucapan terima kasih kerana takut dilihat lemah berbanding pihak lawan?

    ReplyDelete
  6. kolek kecil... masalahnya pihak yang menuduh tu terutama puak2 PR adalah beralaskan fitnah tanpa asas-asas bukti dan lebih bersifat retorik dan x pernah ada keadilan dalam pertuduhan

    ReplyDelete
  7. DSKT . awat hang puji khalid , kan khalid banyak bantai u dan u pun orang terbaik dalam selangor . Dah keseorangan baru nak tahu langit tinggi ke rendah ?

    ReplyDelete
  8. Salam Dr. Khir
    Saya bersetuju dengan Kolek Kecil..Saya nampak kebanyakkan dari ahli politik sangat susah untuk mengatakan 'terima kasih kerana menegur' Hatta mengatakan 'terima kasih kerana pandangan yang baik'. Hanya dengan pengalaman menjadi wakil rakyaat sahaja, tidak semestinya menjadikan nya bijaksana.

    Ketahuilah bahawasanya.. diluar sana sudah ramai daripada generasi kita yang sangat cemerlang ilmunya dan ramai juga yang ikhlas dan sangat takut kepada Allah. Oleh kerana orang politik sentiasa dikelilingi oleh orang politik juga.. kadang-kadang mereka hanya berfikir macamana nak terus mengekalkan kekuasaan. Cuba YB tanya diri YB.. berapa % dari kehidupan YB, yang YB guna untuk bergaul dengan orang-orang yang tidak "seInterest" dengan YB. Jika 50% dari masa YB itu bersama mereka, YB akan belajar banyak tentang kebijaksanaan sebagai akil rakyaat.

    Hanya orang-orang yang tidak "seinterest" dalam politik dengan YB sahaja kadang-kadang dapat melihat apa yang kebanyakkan ahli politi tak nampak..

    Secara Ikhlas.. saya selalu mengikuti percakapan dan ucapan ahli-ahli politik, yang bebanyakkan nya sangat "besar diri" dan lupa yang mereka itu berkuasa dan jadi YB disebabkan rakyaat memilihnya, dan kadang-kadang rakyaat memilihnya disebakan 2 doz telor ayam, 5 kg beras, 3 kg minyak masak atau sebab salam sangkut RM50.

    Sekali lagi Dr. saya katakan saya mungkin salah, tapi saya bercerita berasaskan pengalaman yang dilalui di tempat (kampong ) saya.. ini bukan nya cerita rekaan..Jika ada kebenaran, akui lah dan jika tidak saya pohon maaf.

    WassalmSekali lagi Wak Tuek

    ReplyDelete
  9. Yb Khir, Apa tujuan yayasan selangor ditubuhkan?..nak berniaga atau membantu rakyat selangor maju terutama dlm pendidikan. Pada rakyat, untung rugi yayasan adalah dibawah tanggungjawab pengurusan. Yg penting nawaitu asal penubuhannya. Jgn asyik nak bergaduh untung rugi..
    Yb, betul ke IKYS ditutup? Sepanjang jln ke tg karang terpampang papan tanda arah IKYS!

    Yb...nak menyimpang sikit...Kenapa jalan dari Paya Jaras hingga Sabak Bernam, byk sgt yg teruk...zaman BN tak mcm ni..tahun ni 10x berulang-alik dari KL ke B. Datoh, kereta nasional baru umur 2 tahun dah bergegar satu badan...Lain la YB dan Tan Sri MB, pakai Merc..

    *selangor ku sayang*

    ReplyDelete
  10. Salam 1 malaysia DR

    1. Ingin juga saya mengulas tentang video DSA tapi dah lepas dari isu itu. Berbalik kepada isu yang terbaru ini. Dari zaman Dr dulu saya lihat memang banyak perubahan dari segi peningkatan ekonomi negeri atau pun ekonomi kaum kerabat dr. Tantang yayasan pula duit dapat akan dimasukan dalam tabung amanah, tak salah saya. Untuk menggunakan duit ini lebih mudah dari duit sedia ada.

    2. Dr sebenarnya telah buat batchmark tentang pemerintahan dr dgn sekarang. Tapi bak kata org tua2 la , kita tunjuk satu jari salah org 4 jari menunding kepada kita dr.

    3. saya tak sangkalkan pentadbiran dr(zaman umno di selangor) memang banyak perubahan yang dapat dilihat, dimana duit yayasan makin meningkat. Tapi kena tgk juga meningkat dari segi profit dan lihat juga mcm mana pula dari segi perbelanjaan.

    4. Dr mungkin menteri besar sekarang ini hanya boneka kepada org tertentu, dia pun bekas org umno juga . Tak ada beza dgn umno atau wakil rakyat lain. Kalau dah depan mata ada lauk makan la dulu.

    5. Dr agak2 kenapa org tidak undi dr pada pemilihanraya yang lepas? Fikir2 kan la dr


    sekian

    khalid

    ReplyDelete
  11. Salam YB yg disayangi,

    Saya berharap dgn kenyataan ini, bertambahlah bilangan orang sebangsa saya yang sedar apa yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang. Klu MB dl dikatakan ahli korporat @ ahli perniagaan, ini bermakna dia hampir muflis.

    Sungguh sayang, Negeri yang dulunya mewah dan sejahtera kini diambang kemuflisan. Harap orang melayu terus sedar.

    Moga YB sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera serta mendapat perlindungan ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Dato,

    Saya menjadi bertambah hairan mengapa, SPRM yg kononya "BN PUNYA" sukar mengambil tindakan ke atas pihak pembangkang walaupun pada pandangan umum jelas terbukti ada penyelewengan berlaku, contoh kes pasir,kes semesta, kes menunaikan haji nik ajis, yang terbaru kes YS dan banyak lagi tetapi tidak pada pemimpin/bekas pemimpin bn.

    Sama ada salah atau tidak biarlah mahkamah yang tentukan, mengapa pula ada pegawai sesuka hati untuk tutup kes, contoh kes TBH, pegwai SPRM memaklumkan kes EaN tidak dapat diteruskan kerana saksi tiada.

    Bukankah ini menggalakkan kes2 ugutan/kekejaman/pembunuhan ke atas saksi bagi menutup kes?

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Sdr Anonymous (Thursday, March 24, 2011 9:30:00 PM GMT+08:0)

    Saya tak puji Khalid, saya hanya nyatakan terima kasih sebab maklumkan kepada umum jumlah pendapatan Yayasan sejak zaman saya.

    SuperLarat,
    Kalau Yayasan belanja defisit pun tidak ada masalah jika ia bertujuan untuk membantu orang lain. Tapi kalau perbelanjaan yayasan defisit sebab buat perkara yang meragukan seperti perbelanjaan penyelenggaraan kereta, bayaran elaun dan gaji yang melampau tentulah ia perlu dipertikaikan.

    Penutupan IKYS di Sabak Bernam diumumkan oleh Yayasans endiri dan telah dibincangkan termasuk oleh Menteri Besar. Jika ada orang tidak menanggalkan papan tanda tersebut bukan isunya.

    ReplyDelete
  14. Sdr Khalid,

    1. Saya tidak bertanding sebagai Menteri Besar dalam pilihan raya lalu. Seya bertanding sebagai ADUn Sungai Panjang dan saya menang.

    2. Memang BN Selangor kalah. Ada faktor saya, ada faktor polisi negeri dan ada faktor polisi nasional. atas faktor saya, tiada manusia yang sempurna. Siapa pun jadi MB pasti akan ada golongan yang tidak suka.

    Namun diakui ramai bahawa faktor utama kekalahan BN di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan kehilangan banyak kerusi di negeri lain adalah atas faktor polisi-polisi di peringkat persekutuan yang membabitkan kenaikan petrol, tol dan kos sara hidup.

    sdr Wak Tuek,
    Saya menghargai pandangan orang lain, namun ia bukan bermakna saya bersetuju dengan pandangan tersebut.Kebanyakan pemimpin mendengar pandangan semua orang tetapi ia perlu membuat keputusan. Dan walau apa pun keputusannya ia tetap tidak mampu menyenangkan hati semua orang. hanya masa yang akan menentukan. Sama seperti isu pemberian penyapu kepada PBT, memang ramai yang marah dan tidak suka. Namun hasilnya positif kerana sejak tiga tahun lalu PBT tersebut telah bertukar dari PBT paling lemah kepada PBT paling cemerlang.

    Saya bergaul dengan ramai orang dari minum di kedai mamak hinggalah ke hotel. Dari dalam UMNO hingga pemimpin Pas, dari wartawan dan bloggers hingga NGO dan pertubuhan belia, ada yang sentiasa berbincang dengan saya. Jadi tidak benar jika dikatakan saya duduk dalam kelompok tertentu sahaja.

    Jangan kerana ada orang menyokong wakil rakyat tertentu yang memberi bantuan kepada orang miskin maka mereka dianggap hina. Bukankah semua orang membuat pilihan berdasarkan kehendak dan pemikiran mereka.

    Pada 1999 saya menag walaupun tidak memberi apa-apa kepada pengundi saya. Justeru apakah sekarang jika ada bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang memerlukan maka saudara mahu menganggap pengundi yang sama mengundi kerana bantuan yang diberikan? Janganlah anggap kita sahaja hebat dan pandai dalam membuat pemilihan siapa yang layak menjadi wakil rakyat. Semua rakyat dah pandai bukan saudara sahaja.

    ReplyDelete
  15. saudara Mylasia,

    Parti sebelah sana pandai putar belit, jika SPRM siasat mereka maka macam-macam tuduhan dibuat termasuk kononnya agenda untuk menjatuhkan mereka. Jika sebelah BN tidak kena dakwa maka dituduh pula SPRM melindungi orang tertentu dalam BN.

    Kadang-kadang kes lemah pun terpaksa ke Mahkamah jika anda ahli politik sebelah BN. Sebab neraca mereka lain, jika dituduh kepada kita maka tugas kita membersihkan nama, tapi jika dituduh kepada mereka, tugas kita membuktikannya.

    Mereka awal2 lagi membuat propaganda SPRM sebagai agen UMNO sebab itu mereka bermaharajalela skrg ini kerana SPRM terpaksa berhati-hati takut dianggap agen UMNO.

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Sungguh malang Selangor.Malang disebabkan mendapat seorang MB yg serupa Khalid.Yg lebih malang bila MB ini tidak habis2 nak menunjukkan kepandaian dgn cara menumpang.Kenapa begini sikapnya ? Apakah kerana disebabkan terlampau ego ?Ini lah sebabnya kita selalu diingatkan agar jangan berlagak dan nak tunjuk ego,seolah hanya kita saja yang pandai dan tahu.Inilah Manusianya yg mempunyai sikap yg tidak mendengar dan hanya bergaul dgn kelompok kelilingnya sahaja,seperti yg dimakdudkan oleh Anonymous.. Nampaknya tangan yg menunjuk,dengan jari tiga kepada diri sendiri jelas terkena kepada batang hidung TS Khalid sendiri.Memang rakyat Selangor tidak akan lupa dgn segala penafian dan dolak dalihnya.Dengan kenyataan pandai setelah menumpang kepandaian dgn kejayaan dari kepimpinan terdahulu tersangatlah jelas. Dgn sardinnya MB mengaku, Yayasan Selangor rugi sebanyak 10 juta pada 2005 dan RM8 juta pada 2006. Bagaimanapun Yayasan mula mencatat keuntungan pada 2007 sebanyak RM 40 juta, RM 128 juta (2008) dan RM 25 juta (2009).Dia boleh ingat yg kejayaan RM 128 juta dgn RM25 juta adalah kejayaannya,heheheheeeee .. Sengal sengal. Nak diingatkan juga disini,bahawa selama ini BN bukan membuat kenyataan semberono,hanya tahu menuduh kepada kerajaan Pktn Pmbkg yg menyatakan YS rugi dan lemah dibawah Pktn Pmbkg.Buktinya jelas sekarang ini Selangor semangkin bermasalah berMenteri Besarkan TS Khalid Ibrahim.Rasanya elok kalau diberikan penyapu kepadanya. Sekarang ini dengan belagaknya TS Khalid nak mengajar pula rakyat selangor macam mana nak baca akaun ... Dah lah dunggu,belagak pulak tu .

    ReplyDelete
  17. Salam Dr. Khir,
    Saya ingin membetulkan penyataan Dr. saya tak pernah kata saya seorang yang hebat... seperti dalam ayat Dr.

    "..Janganlah anggap kita sahaja hebat dan pandai dalam membuat pemilihan siapa yang layak menjadi wakil rakyat. Semua rakyat dah pandai bukan saudara sahaja. "

    Saya berpendapat, kenyataan Dr. di atas ada unsur-unsur prejudice terhadap saya..

    Berkenaan, pemberian penyapu.. Dr. benar dalam mengatakan bahawa PBT tersebut terus cemerlang.. Apa yang saya komen dahulu, adalah jauh lebih mulia jika kita dapat memotivasikan seseorang jika kita tidak melakukan perkara seperti memberi penyapu. Penyapu bukan nya "sial" tetapi bukan nya adat resam kita bagi memberi anugerah kepada seseorang (yang tak berprestasi pula tu) dengan memberi penyapu. Alhamdulilah PBT tersebut cemerlang selepas tu.. tetapi percayalah kecemerlangan tersebut bukan nya disebabkan "penyapu"..

    Dari segi perhubongan manusia (human relation). kita tidak boleh menyamakan "pegawai" dengan pekerja "IMG". Layanan tetap sama adil tetapi cara berkomunikasi dan "execution" berbeza..

    Saya akui Dr. Lebih berpengalaman dalam mentadbir negeri, tetapi saya rasa kita harus juga memberi sedikit pertimbangan kepada poendapat orang kebanyakkan sekiranya ia benar. Pendapat saya tidak sebaik Dr. tetapi alhamdulilah, saya rasa saya sudah berada dalam civil service lebih lama dari Dr. menjadi MB. Dr. saya sentiasa mengamalkan konsep " we must agree to disagree".
    Wassalam.. lagi Wak Tuek ( pronounced as Tuwek )

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan Dr,

    sebagai seorang Melayu Selangor, saya rasa sesangat terkilan kerana kewangan YS telah dirampok dengan rakus sejak ia berpindah ke tangan PR.

    Sedih bila kita kenangkan wang begitu banyak boleh dibuang dengan begitu saja, hanya kerana bukan dia yang tungkus lumus membangunkan perbendaharaan YS.

    Saya doakan tuan dan pasukan tuan akan kembali menerajui pentadbiran Selangor, demi maruah agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  19. Ini adalah pendapat umum, tidak tertakluk hanya kepada post ini. Semua andaian, tulisan dan reply DR semua bagus. Saya menyokong kepada kebenaran. Kalau betul apa kenyataan DR. maka saya berdoa kepada Allah cucurkan kebahagian dan jika sebaliknya, balasan Allah adalah amat berat. Tidak perlu diulas lagi, fikirkan lah.. Di dalam pemerintahan keluarga yang kecil pun kadang kala ada byk kesalahan kita. Inikan pula pemerintahan lain yang lebih besar dari itu.

    ReplyDelete
  20. hasil pemerhatian...
    Aciri-ciri orang politik yang bagus sekarangni...

    1. Mesti pandai berniaga (guna kaedah menang-menang... tapi sebenarnya sendiri yang kenyang..).

    2. Mesti pandai gunakan undang-undang (desak aja ramai-ramai kat jalan... berubah la keputusan)

    3. Mesti pandai guna pegawai penguatkuasa (rakyat mesti takut punya..)...

    4. Mesti pandai tuding orang lain kalau parti sendiri gagal (nak selamatkan diri... )

    5. Mesti pandai kondem orang lain kalau politik lawan berjaya. (Tiada yang baik pada parti lain...walaupun baik..)

    6. Mesti pandai guna duit rakyat macam duit sendiri.(rakyat bukan perasan dia ingat duit kerajaan atau duit parti... bukan duit pembayar cukai...)

    7. Mesti pandai gunakan kakitangan kerajaan orang besar-besar untuk kepentingan diri sendiri..

    8. Mesti pandai beri alasan... (walaupun ..Tak manasabah... di pandang rakyat)

    Tapi tak pandai...

    1. Mendamaikan orang atau parti bergaduh... walau melayu sama melayu... lagi jadi batu api ada.. lagi ramai teriniaya lagi bagus... sebab lagi sikit calon untuk pemilihan....

    2. Tak pandai membantu rakyat.... kalau ada masuk kocek atau ada keuntungan boleh bantu... tak kira laaa.. peringkat atas... atau pemimpin di kampung-kampung.... setakatni semua dah kenyang... belaka..

    mungkin inikah yang dimaksudkan tranformasi kepimpinan yang kita harapkan...

    saya masih melihat parti mana yang bagus... nak di pangkah pilihanraya akan datang...

    ReplyDelete
  21. Dato,

    Terima kasih kerana reply komen saya. Saya sebagai rakyat cuma rasa pelik. Anggota penguatkuasa kita seolah2 takut pada pihak belah sana.Kalau mereka takut keselamatan terjejas maka tindakan perlulah dilakukan untuk menjaga keselamatan mereka dan keluarga.(Mungkin penguatkuasa ini perlu tinggal didalam kuarters yg dikawal, mcm tentera dan polis)

    Saya masih lagi mengambil contoh kes TBH, pada hari kematian TBH jelas Yb ronnie liu cuba menyerang pegawai SPRM, semua media utma menayangkan aksi itu, tetapi malang tiada tindakan pun diambil.

    Percayalah dato selagi kita berlembut, memang kita akan selalu diperguna dan kesannya SPRM dan mungkin juga penguatkuasa lain semakin takut dengan pembangkang. Kerajaan kena bertegas dalam hal ini, bukan hanya mementing kan undi untuk kelihatan baik di mata rakyat.

    Jadikan tindakan2 tidak popular yang pernah diambil oleh bekas Pm kita Tun M, sebagai rujukan kerana pada akhirnya rakyat akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  22. salam......

    kalau rakyat negeri selangor ada kelapangan
    minda.....satu cara sahaja utk menelah....

    bandingkan pemerintahan BN dulu dengan pemerintahan PR sekarang....

    mana yg lebih menyedihkan dan menyesakkan....

    frm:jiwakita

    ReplyDelete
  23. Dr.
    Tan Sri Khalid hari ini kata audit Yayasan Selangor tak betul Dan satu audit luar Akan dilantik. Aik kalau inilah mentaliti bekas orang Besar PNB nampak sangat tahap intelek dia yang rendah. Sebelum laporan kewangan dibentang, pengarah Yayasan telah meneliti Dan menyemak laporan Dan kemudian menandatanganinya. Sekiranya dikhuatiri Ada kesilapan maka satu lagi audit semakan diarahkan. Kalau dah bentang maka sudah tentulah betul.
    TS Khalid dah kantoi. Damage done Dan sekarang baru nak audit Dan betulkan ke?
    Bagaimana dengan sambutan jamuan ulang Tahun Yayasan? Perbelanjaan telah habis dibayar sebelum acara diadakan. Makan pun belum duit dah habis bayar. Timbalan Pengurus Besar dibuang kerja. Setahu saya sekiranya pembayaran dalam jumlah yang besar Pengurus Besar yang perlu lulus Dan tandatangan Baucer Pembayaran. Kenapa hanya Timb. Pengurus Besar saja dipertanggungjawabkan? Secara kasar sudah jelas adanya unsur-unsur CBT (pecah amanah). Adakah laporan polis dibuat atau kes ini dianggap selesai dengan mengkambing hitamkan si Timb. Pengurus Besar sahaja?

    Kemanakah menghilangnya SELCAT? Kenapa membisu seribu bahasa? Baru Yayasan ditadbir dah begitu jadinya belum lagi Perbendeharaan.

    ReplyDelete
  24. Salam Dr,

    Sori pasal lari dari tajuk..Cuma ada dakwaan terhadap Dr di link yang saya sertakan ini. Harap boleh respon.

    http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=534911&extra=page%3D1

    ReplyDelete
  25. Secara peribadi, saya katakan bahawa TSKI lebih baik dari YB Khir dari sudut pentadbiran sebab saya memahami ilmu pentadbiran serta kuasa-kuasa dan had-had kuasa dalam pentadbiran.

    TSKI menilai pandangan semua dan membuat keputusan dan berani bertanggungjawab terhadap keputusan yang dia telah buat dan juga berani untuk melaksanakan. Orang jarang menilai asas-asas keutamaan nya (manfaat)dalam dia membuat keputusan dan kelemahan utama TSKI adalah membelakangkan keutamaan politik.

    Khir? Sewaktu di memegang jawatan Menteri Besar, dia di kelilingi oleh "punahsihat-punahsihat" yang mempunyai pelbagai kepentingan peribadi dan keputusan-keputusan Khir tidak dapat di laksanakan ke bawah kalau tidak mendapat persetujuan "punahsihat2" tersebut melainkan punahsihat2 tersebut di beri makan. Maknanya Khir bukan leader yang efektif.

    I was there before n still there now.

    ReplyDelete
  26. Cerita tentang kewangan , ini apa kes datok ...

    http://tukartiub.blogspot.com/2011/03/kenapa-tak-siasat-sampai-mati.html

    ReplyDelete
  27. kalau dr pandai sangat pasal kewangan ..
    Apa cerita nie datok? Komen skit..

    http://tukartiub.blogspot.com/2011/03/kenapa-tak-siasat-sampai-mati.html

    Makan duit rakyat ke?

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Sdr Anonymous yang paste link tukar tiub. Saya minta maaf jika cara jawab saya sedikit kasar. Jika saudara seorang Islam, sdr telah diberi peringatan oleh allah s.w.t melalui Rasulullah dan al-Quran yang paling utama iaitu Iqra'! BACA!.

    Pertama bacalah permintaan saya diatas blog yang meminta letak nama panggilan agar mudah saya respon.

    Kedua, telah beberapa kali saya membuat penjelasan mengapa saudara Malas membaca?

    http://www.drkhir.com/2009/04/selcat-alat-mencari-kebenaran-atau.html

    http://www.drkhir.com/2009/04/catatan-iii-adat-melayu-rumah-siap.html

    Saudara juga boleh membaca portal Malaysia Today untuk melihat sama ada SPRM menyiasat saya atau tidak. Janganlah suka buat fitnah seumpama tiada lagi penghakiman akhirat.

    Sila baca dokumen yang dibocorkan oleh RPK ini.

    http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/34962-part-6-the-macc-nfa-the-case-against-khir-toyo-3

    ReplyDelete
  29. alah blog pemabuk, sosialis dan anti agama tu nak dijadikan bahan hentam Doc pulak. hahaha Hisamuddin panas bontot sebab Khalid Berahim kena balasah dengan Doc lagi. Orang lain cakap tak ada kick bila Doc sentuh sikit saja isu Yayasan ni dah gelabah biawak pakar propaganda PKR ni. hahahahah

    Hisham Lalok

    ReplyDelete
  30. Sdr Mat Tanjung,

    Rekod dan Statistik menunjukkan sebaliknya. Saudara boleh menyatakan apa sahaja pandangan saudara.

    ReplyDelete
  31. Salam Dr

    Sedih lah apabila membaca komen dr dan jgn syok sendiri.....apa yang jelas dan penting disini...pentadbiran TSKI adalah lebih makmur jika dibandingkan dengan dr....pelbagai tuduhan rasuah dibuat keatas nya...sehingga termati TBH...semasa pemerintahan TSKI tetapi semua tuduhan itu gagal. Ramai kakitangan kerajaan negeri selangor kagum dengan pentadbiran TSKI dan sungguh berbeza semasa dibawah Dr dahulu....fikir2kanlah

    Tapi malang selepas tidak lagi menjadi MB...dr telah didakwa kes rasuah...kenapa tak terjadi semasa dalam pemerintahan dr dahulu...mungkin disebabkan dr bijak mengawal keadaan dan suasana semasa jadi mb....maklumlah kita ada kuasa masa itu dan pentadbiran yang dikawal oleh pencacai-pencacai dr sendiri.

    Rakyat dibawah dah jelek dengan pentadbiran Dr...jadi MB tak sampai 20 tahun macam TGNA boleh ada harta semewah itu...rakyat tak lagi bodoh dr...mungkin rakyat di kawasan dr masih lagi berfikiran makcik pakcik di felda yang begitu lemah dalam menentukan perkara baik dan buruk. Jgnlah dr membuat rujukan rekod dan statistik sebagai penentu pengukur kecekapan dr...semua itu angka yang tiada maknanya kepada rakyat selangor.

    saya masih ingat Dr cuba memperlekehkan Hassan Ali nak jadi MB selangor semasa memperkenal calon di padang Taman Greenwood p/raya yang lepas dekat rumah...siap panggil artis dan banyak mat rempit telah diguna pakai untuk mengiringi dr...bergelek-gelek malam tu. Tapi Allah telah terbalikkan kepada Dr. Dr pula yang menjadi Ketua Pembangkang pula dan Hassan ali jadi Exco.Itulah ketentuan Ilahi.

    Saya tak tahu sebaik mana dr dgn Noh omar...Sorang lagi pemimpim yg diganti kononnya sebagai pembela nasib rakyat dan sungguh berani...berani dan samseng tak kena pada gaya dan tempat. Rakyat jelek dgn pemimpin macam noh ni. Noh ni banyak nak bawak kes rasuah kerajaan selangor...tapi sehingga sekarangnya gagal dan rakyat sedang menilai semua ni. Cara dan gaya noh ni tak ubah macam Rahim tambi Chik dan banyak syok sendiri....

    Peringatan kepada Dr...umno semakin dijauhi oleh rakya terutama golongan profesional diatas sikapnya yg tak mahu berubah. Serangan video seks keatas DSAI telah membuatkan umno telah berada dibawah tapak kaki rakyat sekarang. Memang ini ada kaitan dengan UMNO sebab RTC tu orng umno...ini tak boleh dinafikan lagi. Ini semua perancangan UMNO..tak habis dgn seks...Ingatlah Dr ini adalah saat kejatuhan umno dan bn...sempat lagi kalau dr untuk bersama parti lain selain dari umno....tak semestinya masuk PR parti KITA pun dikira sesuai dgn Dr.
    Video sex DSAI yg terbaru telah menyatupadupadu lagi PR dan rakyat semakin menyokong PR.

    Nasihat yang kalau nak diterima oleh dr...tinggallah kawan dalam umno tu...harapkan ulamak umno semuanya ular dalam semak ...tidak membabtu pun penyembuhan rohani umno itu sendiri. Allah sangat suka sekirannya umatnya sentisa berhijrah kearah yg lebih baik dan saya percaya dr dari golongan pemimpin yang cerdik pandai dan mesti bijak dalam membuat keputusan kepada diri dan rakyatnya. Yg tentunya Dr lagi mengetahui betapa buruknya pergerakan dalam umno sekarang...berubahlah sebelum terlambat dan bersahabat dengan para sahabat yang hanya mementingkan kejalan Allah sahaja.

    Terima kasih ...krn sudi mendengar dan berfikir

    ReplyDelete
  32. Salam Dr.....terkejut saya semalam. Kenapa ha?

    Adakah dr masih nak bersama Umno dan berkawan dengan MCA dan Kamalanathan? Jauhilah mereka ini semua...

    Terkejut bila YB Dap Sekinchan Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR). Adakah kawan baik Dr. seperti MCA dan MIC pernah memohon sedemikian rupa.

    Zaman mahathir/Dr bantuan telah disekat-sekat dengn peruntukan yg kecil...tapi sungguh berbeza dengan DAP semenjak berkawan dengan PAS....tak kan Dr masih x boleh menilai perkara yang baik dan buruk...jgn jadi makcik pakcik felda sudah lah....fikir-fikir lah

    ReplyDelete
  33. Saudara Blueblack,

    1. bab dakwaan saya jawab di mahkamah.
    2. kalau saudara memilih untuk tidak suka UMNO atas dasar persepsi dan prasangka saya tidak boleh berbuat apa-apa.
    3. Lihat saudara marah bila ada orang UMNo menuduh anwar ibrahim macam-macam. anehnya saudara dan pemimpin saudara sendiri membuat pelbagai tuduhan kepada pemimpin UMNO. Mengata dulang paku serpih?

    4. saya tidak bersetuju dengan pendedahan video tersebut. Namun apa yang RTC buat kepada DSAI sekarang hampir sama dengan apa yang dibuat oleh DSAI kepada RTC lebih sedekad yang lalu.

    5. Setahu saya sejak dahulu SAR mendapat bantuan kerajaan negeri dan persekutuan. Kalau saranan itu sahaja ukuran kebaikan DAP, sudah tentulah kita juga perlu mengagung-agungkan US yang banyak memberi bantuan kepada negara Islam :). janganlah boikot apa-apa lagi produk yang berkait rapat israel seperti bank tertentu atau starbucks atau Mc donald kerana mereka juga bukan setakat mencadang supaya orang lain beri, tapi mereka beri wang sendiri. :)

    ReplyDelete
  34. sdr Mylasia,

    tampaknya apa yang dibuat oleh pihak sebelah sana semua betul dan kita kalau tak salah pun tapi sebab dah dikatakan bersalah oleh sebelah sana maka kenalah hadapi tindakan.

    ReplyDelete
  35. Dr.....

    Begitulah juga betapa taksubnya Dr dengan UMNO...benda dah jadi pun buruk dan busuk masih dianggap baik dan sedap baunya.

    Sayang seribu kali sayang....dengan kepandaian yang ada nampaknya tindak membantu Dr untuk membuat penilaian yg tepat...Nampak Dr mempunya banyak masa melayari internet...

    Tidak terlihat atau terbacakah Dr tengtang suratMat Zain bin Ibrahim,SAC II G/5776(Retired), bertaraikh 28/3/2011 kepada KPN yg jelas menyatakan tentang siasatan berkaitan RTC yg telah dimanipulasi oleh orang2 atasan...tentu DSAI lg tahu berkaitan dgn kes RTC sebab masa tu dia TPM. Akibat kes itu juga hanya anak cina yg membela anak melayu sehingga anak cina ditahan penjara polis...rakyat semua jelek dengan apa yg telah terjadi...cuba Dr renung kepala mata RTC....boleh percaya ke muka macam ni. Mintak maaflah kerana serba sedikit telah menghina kepada rakan baik Dr.Jgn taksub sangat dengan sahabat karib Dr ni ...pilihlah rakan yg baik menjadi sahabat kita untuk kita selamat di dunia dan akhirat.

    Itulah hakikat yg Dr perlu terima yg DAP telah berubah apabila berkawan dgn PAS....MIC dan MCA jauh sekali untuk membantu SAR....apa yg rakyat tahu MCA pernah memperbodohkan bos UMNO dalam isu PKFZ curi duit rakyat.....Dr tak merasa sgt malu ke dalam kes ni....kalau saya malulah nak kata saya org UMNO....tak perlu ambil contoh sampai ke amerika lah Dr. minat betul Dr dgn amerika...maklumlah ada desneylandkan. DAP semakin hari semakin boleh menerima Islam jika berbanding MCA dan MIC. Sebab apa...sebab berkawan dgn UMNOlah.

    Sorry Dr...saya bukan penyokong tegar PR...tapi cuma pengundi yang ada diatas pagar sedang buat analisis untuk mencari pemberat kebanaran yang paling tulus untuk dipangkah pada p/raya nanti...yang paling pasti saya bukan pakcik dan makcik felda yg umno agung2kan

    ReplyDelete
  36. Biasa laa.. orang yang fanatik dengan parti ni .. ada di kedua-dua pihak....
    ....letak batang pisang ... pun di pangkahnya...

    tetapi sekarang .. dah ramai yang orang gunakan otaknya.... dengan penuh pertimbangan dan penilaian sebelum ... membuat keputusan undi akan di beri kepada siapa....

    Isu parti mana yang berjasa... sudah tidak di fikir lagi... tetapi parti mana boleh memberi tawaran yang menarik...

    orang akan pindah kerja ke organisasi lain sebab melihat apa yang organisasi baru boleh beri kepada kita...
    kita tak fikir lagi jasa organisasi pertama kita berkerja..... apa guna tunggu jika .. seksa..

    sekarang zaman orang tak percaya dengan pemimpin lagi... cuba kita bayangkan... dan fikir-fikirkan... sewaktu pemilihan parti berebut-rebut jawatan... macam ada apa-apa aja..???

    kalau dapat menang jawatan tersebut... terlompat-lompat kesukaan... kenapa suka sangat... ....

    kalau di kampung ... biasanya juak-juak politik ni.. biasanya lebih kaya... dari orang lain... walaupun harta asal sama dengan orang lain di kampung tersebut... tup tup... naik kereta mes..
    tup besarkan rumah... ini yang jadi fitnah kepada parti ni... sampai orang kata kalau nak kaya jadilah juak-juak BN ... insyAllah senanglah hidup anda... banyak kemudahan dapat...

    ReplyDelete
  37. terima kasih blue black. tulisan anda juga memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya

    ReplyDelete
  38. to saudara blueblack,

    Beginilah orang bila dilahirkan sebagai seorang pembangkang..semua salah orang kena bangkang,salah sendiri terus butakan mata..PR dan BN kedua-duanya mmg ada baik buruknya..kita harus mengakui kelemahan masing2,jangan asyik cari kesalahan orang,saya nak tanya,brapa banyak janji PR sebelum PRU12 sudah tertunai?apa peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat kewangan selangor,sedangkan yayasan selangor menunjukkan defisit?mcmana anda boleh katakan DAP sudah berubah sedangkan sekarang penentangan mereka terhadap Islam lebih hebat berbanding dulu,saya ambil beberapa contoh,seperti hukum Hudud..DAP sama sekali menentang pengunaan hukum hudud,sehinggakan PAS sanggup mengetepikan perlaksanaan hukum Hudud demi kerjasama dengan DAP...seterusnya ISU injil bahasa melayu,kenapa mereka masih memainkan isu ini di PR sarawak?sedangakn semua pihak ketika ini mengelak isu ini di perbesarkan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat khususnya orang islam dan kristian..muhasabah diri,saya menulis bukan kerana diupah atau mempunyai apa2 kepentinagn,tetapi saya menulis kerana risaukan agama dan bangsa saya akan tergadai di negara sendiri.wassalam

    ReplyDelete