Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, March 10, 2011

Memastikan Kejayaan Skim Rumah Pertamaku

1. Pelancaran Skim Rumah Pertamaku oleh YAB Perdana Menteri semalam merupakan berita baik kepada golongan muda yang baru bekerja dan bekeluarga dan kepada mereka yang belum mampu membeli rumah kerana masalah membayar pendahuluan 10% daripada harga rumah.

2. Jika saudara/i masih ingat saya menulis mengenai cadangan saya kepada YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri pada bulan Jun 2009 [Klik sini untuk membaca artikel tersebut]. Sungguhpun idea pelaksanaan yang sedikit berlainan, namun saya bersyukur kerana kerajaan memberi perhatian serius kepada masalah pemilikan rumah di kalangan rakyat.

3. Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai semalam membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan bawah RM 3, 000.00 memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

4. Sungguhpun belum ada prosedur lengkap, saya difahamkan kerajaan akan menjamin 10% daripada pinjaman oleh peminjam yang layak. Ini bermakna jika rumah tersebut berharga RM 200 ribu, pembeli rumah akan memohon pinjaman sebanyak RM 200 ribu bukannya RM 180 ribu seperti keperluan sekarang dan sekiranya berlaku kegagalan melunaskan pinjaman, kerajaan perlu membayar sebanyak 10% daripada jumlah pinjaman kepada bank.

5. Saya percaya orang ramai berharap mereka yang menyertai skim ini tidak merosakkan niat baik kerajaan sehingga akhirnya memberi beban kewangan kepada kerajaan kerana perlu menjelaskan jaminan 10% yang dibuat oleh kerajaan.

6. Mengikut pengalaman saya di Selangor, mereka yang mempunyai pendapatan RM 3, 000 sebulan sukar untuk membeli rumah berharga lebih RM 120 ribu. Mereka bukan sahaja terpaksa membayar rumah tetapi juga membayar kereta dan pinjaman pelajaran. Dalam keadaan ini tidak banyak bank akan memberi pinjaman kepada mereka yang berpendapatan RM 3, 000 ke bawah untuk membeli rumah lebih RM 100 ribu.

7. Sebab itu saya pernah cadangkan agar mereka yang berpendapatan RM 2, 500 ke bawah di Lembah Klang dibenarkan membeli rumah kos rendah untuk tinggal.

8. Justeru agar lebih ramai generasi muda dapat menikmati peluang ini, saya berharap kerajaan dapat meluaskan skop kelayakan pembeli rumah dalam skim ini kepada pendapatan isi rumah di bawah RM 6, 000.00 terutamanya di bandar besar.. Harga rumah juga mungkin boleh dinaikkan sedikit sehingga RM 250, 000.00.

9. Dengan cara ini kerajaan akan meluaskan skop generasi muda yang dapat dibantu memiliki rumah pertama mereka.

27 comments:

  1. 1. setuju Doc, kos sara hidup di lemabah klang ni tinggi. kalau setakat RM 3k elok beli rumah bawah 100k saja. kalau tak alamatnya dapur tak berasap bayar hutang rumah dengan kereta sahaja.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr Khir,

    Saya telah melayari laman web SRP utk maklumat lanjut...saya dapati kemudahan pinjaman ini khas bagi mereka yg makan gaji sahaja...bagi saya suami isteri yg bekerja sendiri tidak layak memohon...hmmm..

    ReplyDelete
  3. Yup Doc, orang yg bergaji 3000 masih belum mampu untuk membeli rumah berharga 200 ribu,di khuatiri pihak pihak kapitalis akan mengambil peluang ini dgn membina rumah lingkungan 180 ribu hingga 220 ribu...akhirnya tiada lagi rumah kos rendah akan dibina, ditakuti juga ramai belia2 akan dibebani hutang(rumah,kereta,kredit kad),matlamat untuk membasmi miskin bandar munkin tidak berjaya.

    ReplyDelete
  4. skim ni bagus tapi rasa macam tak nak buat bersungguh saja. hanya terbuka kepada mereka yang berpendapatan 3 ribu ke bawah tpi harga rumah 100-200k. Berapa kerat yang bank boleh luluskan. Kerajaan jamin 10% saja lagi 90% ada bank berani ambik risiko ker? Dengan kadar faedah skrg orang yang gaji 3000 makan, tidur kat opis tanpa kos pengangkutan dan tanpa kos sewa rumah saja layak meminjam.

    - krokodile dandi

    ReplyDelete
  5. Terlebih dahulu terima kasih atas inisiatif kerajaan kerana berusaha untuk memperbaiki keadaan rakyat. Ini lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
    Akan tetapi, saya rasa kerajaan sedialah skim macam mana pun, kalau tak ada kawalan harga rumah memang akan payah jugak. Contohnya kerajaan sediakan skim ini, tapi dalam akhbar hari ni katakan yang harga aset naik 13 peratus. Lagi pun ade peningkatan harga sampingan, macam petrol, pendidikan, sara hidup.
    Macam susah je nak realisasikan bantuan dari kerajaan ni.

    ReplyDelete
  6. SAYA BETUL BETUL KECEWA BILA DATO HENTIKAN ENTRI MENGENAI SAMAN EKOR TANPA MEMBERI KOMEN SAMA SEKALI.

    NAMPAKNYA DATO MENGGUNAKAN ENTRI INI MELIHAT REAKSI RAKYAT SAHAJA TAPI TAK BERMINAT PUN UNTUK MEMBAWA KE PIHAK ATASAN.

    SEBAGAI PEMIMPIN BERWIBAWA, SEPATUTNYA DATO MEMAKLUMKAN KEPADA PEMBACA BAHAWA DATO AKAN SAMPAIKAN ISU INI AGAR DIBERI PERHATIAN SERIUS.

    SANGAT KECEWA

    ReplyDelete
  7. Salam 1malaysia Dr

    Mula2 saya hendak keutarakan kenapa dr punya format blog ini dah mcm budak2. Kalau sebagai golongan profesional guna la pendekatan lain, bukan hendak menunjukan tapi kena la bezakan blog seorang yang ada PHD dan blog org biasa.Maaf jika teguran ini menyakiti hati sapa2 dr.

    2. Dr rata-rata sekarang gaji penjawat awam pun dah ada yang lebih 3k. Macam mana nak memohon, Usia muda dan gaji dah besar.

    3. Rumah di Shah Alam pun mana ada dah bawah 250k. Mungkin kawasan lain saya tak pasti.
    4. Dalam parlimen juga dah dibahaskan tentang Hutang isi rumah. Golongan muda paling byk hutang. Adakah pihak bank akan meluluskan pinjaman ini kalau dah hutang lain bertimbun.

    4. Apa yang saya lihat pendekat kerajaan untuk menarik pengundi muda yang paling ramai sekarang makin berjaya tapi applikasi masa depan kita kena tgk juga.Jgn hanya today aje.

    -Joekiddo-

    ReplyDelete
  8. Saudara Dulu dan Selamanya,

    Saya tidak menghentikan entri saman ekor tersebut. saya hanya memasukkan entri baru. saya telah memberi pendapat dan ramai termasuk saudara yang emmberi pendapat. Kita hanya boleh berharap kerajaan mengambil perhatian pandangan kita semua. saya tiada kuasa untuk mengubahnya kecuali memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan negara mengenai masalah ini.

    ReplyDelete
  9. DSKT,

    REHDA turut naikkan harga rumah setelah skim ini diperkenalkan. Maknakata,ahli REHDA dijamin untung at the expense of 10% jaminan kerajaan.

    Ini buktikan kaum cina masih lagi 1 step ahead dalam menjaga kebajikan kaum mereka. Mereka tetap jaga penguasaan ekonomi mereka sambil mintak kita share penguasaan politik kita.

    Dan pemimpin melayu yang kaya akan terus buat tak nampak?

    ReplyDelete
  10. DR Khir..
    Sebelum ni saya ada baca komen "bucah kampong" tentang kerajaan meluluskan pengimportan pekerja Inda seramai 45,000. Ngos cpmplain dan sekarang MCA pula ko0mplen.. tak kan le kita nak import dai India je...kenapa MCA nak buat par6i baru ke..
    Dr. komen jangan tak komen..

    ReplyDelete
  11. tah la..aku tak pernah percaya la umno punye janji..

    ReplyDelete
  12. tak paham la mcm nak pohon pinjaman tu????

    ReplyDelete
  13. Salam Dr. Khir,

    Bagi saya ini gula - gula pilihanraya je untuk menarik sokongan pengundi muda...Gaji di bawah 3K boleh duduk rumah kotak je.. pembeli rumah tersebut akan dapat ke kroni dan suku sakat korang je.......

    ReplyDelete
  14. skim ini akan jadi hampeh jika agenda politik semata-mata dan bukannya keupayaan sebenar rakyat..

    tingkatkan pendapatan rakyat dengan cara mengawal jurang pendapatan rakyat.

    ReplyDelete
  15. No comment.. tapi tangan gatal nak comment. apa2 pon tepuk dada tanya selera. kalo selera tinggi tak mampu bayar, jangan la buat loan :D

    ReplyDelete
  16. Salam Dr.
    Cadangan kerajaan melaksanakan skim rumah pertama ku amat lah baik dan saya menyokongnya tetapi hendaklah dibuat dengan cara yang teratur dan sistematik, bukan sekadar mencadangkan saja,saya ingin menyuarakan beberapa cadangan seperti berikut:-
    1.Kawal harga rumah
    kerajaan perlu mengawal harga rumah,saya bimbang jika harga rumah tidak dikawal saya bimbang tiada lagi rumah yang berharga kurang RM200.000 kerana kebanyakan pemaju adalah syarikat swssta, apabila mereka tahu kerajaan boleh memberi loan hingga 200ribu jadi harga rumah diletak pada harga 250 ribu keatas. bagi kakitangan kerajaan masa sekarang ini 50 ribu pun susah nak cari/pinjam tambahan pulak harga barang keperluan naik dengan mendadak.
    2. Syarikat GLC atau kerajaan sendiri perlu membina rumah supaya dapat menstabil harga rumah dan bersing dengan pemaju swasta.
    3. Harga bahan binaan perlu dikawal oleh kerajaan supaya tidak dimonopoli oleh syarikat kapitalis, sebagai contoh harga ayam walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling tapi hakikatnya harga yang dijual melebihi daripada harga siling tersebut.
    sekadar itu yang dapat saya bincangkan bersama bagi menrealisasikan skim rumah pertama ku ini.

    ReplyDelete
  17. Salam...Sy setuju dengan tindakan kerajaan untuk mambantu golongan muda memiliki rumah, aset terutamanya hartanah sgt mahal di lembah klang dan kebanyakan golongan muda dan yg dah berusia sekalipun masih tidak mampu untuk memiliki rumah yg slesa.

    Tindakan kerajaan ini sekurang-kurangnya dpt menjadi 'option' bagi golongan berpendapatan rendah...

    tapi sy cadangkan agar rakyat tidak mengharapkan bantuan dari kerajaan semata-mata. kita sedia maklum dengan pendapatan rm3000 sebulan impian utk memiliki rumah brhrga rm200k-250k agak sukar untuk dicapai memandangkn terdapat beberapa komitmen lain yg harus dipenuhi...

    Kita sendiri harus membantu diri sendiri melalui pndidikan dsb agar peluang lebih terbuka utk golongan muda mndpat pekerjaan yg lebih baik dan seterusnya mampu utk menjana lbih dr rm3000 sebln...

    jgn salahkan kerajaan atau org lain jika diri sndiri hidup susah...pokok pangkalnya kita sndiri harus mengubah destini hidup kita...

    ReplyDelete
  18. Salam Dr. Khir,
    apa pasal ni,PM, DPM, Hishamuddin, Idris Jala, dan Peguam Negara TAK 1Malaysia tentang ijnil BM tu...Cuba Dr. komen..

    ReplyDelete
  19. kita bimbang banyak rumah akan dilelong terutamanya milik bumiputera. Pinjaman 100% akan menyebabkan jumlah loan yang diberi oleh bank juga tinggi kerana tempoh pinjaman adalah panjang.Rumah murah RM42K juga semakin banyak kena lelong. Kerajaan diharap dapat menyediakan mekanisme untuk menyelamatkan rumah bumiputera yang dilelong di bawah skim ini.

    ReplyDelete
  20. To: joceline@thestar.com.my
    Dear joceline,

    tq for article in focus yesterday.we are all for change as compared to now.however,
    it must be for the better.

    dsai is certainly the agent for change.that being said,he has since lost 10 elected
    rep,delivers nothing in selangor(showcase of how he would fare running malaysia)and
    likely will not win more than 8 seats in sarawak.

    what we need is for anwar to step aside and please..tan sri khalid must go.get
    the younger guys like yb azmin,tony pua and husam to lead this nation forward.khalid
    is real reason for glaring anwar's incompetence.great beaurecrat like saleh hashim
    was lost to this incompetent mb of pkr.khalid is a comic.he couldnt manage sand
    mining in selangor and dare want to run water for selangorians!

    with libya,earthquake,tsunami and nuclear radiation,anwar is left yelling reformasi
    alone! the reformist learnt an expensive lesson when mb pkr throw all their request
    for opportunity to contribute in selangor into the waste dust bin.

    anwar is a brave and kind leader.he has done his bit.however,to move forward,new
    young faces must lead.

    cheers.,
    ivan

    ReplyDelete
  21. Cerita terbaru tentang cerita seks Anwar ibrahim...dulu pasal liwat tetapi sekarang ni dengan perempuan..Dia ni semua nak balun ni amat menarik

    ReplyDelete
  22. Kenapa PM tidak bertegas kepada petualang negara yang memburuk negara seperti anwar ibrahim(kerana sakit hati dan dendam dia kerana dipecat dahulu).Pimpin Dap pun sama kalau pi keluar negara pun mereka memburukan negara,itu sebab mereka suka mempersoalkan tentang kesiapaseida ATM(tentera kita) kerana DAP ini adalah cabang komunis dan mereka ini patut dihapuskan.saya tak kisah kalau peminpin DAP ni mati sebab mereka ini membahaya atau lebih dikenali komunis moden.Kita patut bertindak awal sebelum terlambat kerana negara luar akan cuba campurtangan.

    ReplyDelete
  23. sahabat sahabat bloggers,

    Walauapapun skim dan sebaik manapun skim tersebut,ia akan mencapai matlamat dan rakyat dapat merasai nikmatnya jika pelaksanaan dasar tersebut dibuat dgn bersungguh-sungguh.Kita mengharapkan tranformasi yang dijanjikan terhadap cara dan pemikiran pegawai kerajaan juga berjaya dgn ini semua polisi yg diputuskan oleh menteri dapat dilaksana dan sampai kebawah tanpa mengira perbezaan politik dan soal birokrasi dapat diatasi.

    ReplyDelete
  24. Dato,
    Anwar jika dia faktor BN kalah, hapuskan saja full stop. Jangan bagi dia jijak kaki di Tanah Melayu. Taktik pakai fitnah adalah banyak akibat buruknya.

    Meru

    ReplyDelete
  25. mengapa kerajaan hanya akan menjamin 10% daripada pinjaman oleh peminjam yang layak.?

    ReplyDelete
  26. saya lebih setuju jgn naikkan had kelayakan rumah kpd RM400K, sebaliknya naikkan shj had gaji dan turunkan harga rumah. Bila naik harga rumah yg layak dlm skim SRP, maka makin byk rumah yang berharga RM400K dibina, sebaliknya bila rumah berhanrag RM400K tidak laku, maka pemaju akan merendahkan harga dan membina rumah yang lebih murah.

    ReplyDelete