Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, April 19, 2011

BLR, Inflasi dan Risiko Politik

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.

9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus.

10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca,

"Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus."

11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan.

12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran.

13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja.

Risiko Politik

15. Setiap kali kenaikan OPR dan BLR yang ketara dari tahun sebelumnya, Barisan Nasional akan berhadapan dengan keputusan pilihan raya yang tidak memberangsangkan. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun kenaikan BLR turut memberi kesan negatif kepada BN.

16. Keputusan pilihan raya 2008 dan 1999 berbanding 2004 dan 1995 kepada BN boleh dihubungkan dengan naik turun BLR. Pada 2008, BLR ialah sebanyak 6.75 berbanding pada 2004, 6%. BLR 6% kekal sehingga 2006 sebelum dinaikkan pada 2007 dan 2008. Akibatnya kita tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut kepada BN.

16. Pada 1999, BLR ialah pada 8% dan kita juga tahu nasib BN ketika itu. Memang benar ada faktor lain yang lebih besar. Namun himpitan terhadap majoriti rakyat yang mempunyai pinjaman ini menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan membakar kemarahan rakyat terhadap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 1995 BN mencapai kemenangan cemerlang, BLR ketika itu ialah 6.6 (berbanding 1994 sebanyak 8.25% dan 1993 sebanyak 9.5%).

17. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan taktik OPR dan BLR ini untuk mengawal inflasi. Inflasi tak terkawal, rakyat makin susah. Bukankah tujuan mengawal inflasi untuk membantu rakyat. Tapi jika ia lebih menyusahkan rakyat apa perlu dikawal dengan kaedah ini?

18. Dalam usaha mengatasi kadar inflasi yang tinggi jangan pula kita menjadi seperti tikus membaiki labu.

41 comments:

  1. saya ada satu pinjaman ASB dan satu Pinjaman Perumahan. Akibat kenaikan BLR tahun lalu, sekarang saya kena tambah RM 150 sebulan. tambahan bagi bayar hutang.

    Sudahlah tu Service Tax pun naik, harga makanan pun naik, harga petrol pun naik.

    AMLG

    ReplyDelete
  2. Salam DS,
    Soalan DS mengapa kaedah pengawalan inflasi melalui kenaikan OPR gagal.Kenaikan harga barang dan inflasi berlaku saban tahun.Bezanya cuma sama ada ianya tinggi atau rendah sahaja.

    Sebenarnya kita ditipu oleh ilmu ekonomi moden.Kenaikan harga barang ada kaitan dengan duit kertas yg kita gunakan.Apabila wang kertas dicetak dgn jumlah yg melebihi keperluan,hyperinflation akan berlaku.Jadi dari sini kita tahu inflasi sebenarnya berasal dari wang kertas.DS boleh search di youtube mengenai the coming US inflation dan Dollar collapse. Di youtube banyak dinyatakan mengenai keperluan untuk kembali kepada gold standard.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah DS, yup, isu BLR sudah berlegar dikalangan rakyat dan perdebatannya di fb
    http://www.facebook.com/notes/kami-benci-saiful-bukhari/wiwc-vs-dairy-syairy-ekonomi-blr-pembangunan/10150234285025871?notif_t=note_reply

    bagi yang berminat melabur emas...
    http://publicgolddealer.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Saya harap, BNM dan pakar ekonomi lain belajar daripada apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir suatu ketika dulu...jgn ikut teori sahaja yang penting praktikal..

    ReplyDelete
  5. Datuk,

    Posting Datuk kali ini benar-benar dari'suara hati' rakyat marhain.

    Teruskan dengan 'teriakan' hati rakyat untuk majoriti rakyat,

    Kedahlanie.

    ReplyDelete
  6. depa mana peduli. asyik dok umum peruntukan sekolah cina saja. yang ni mana sapa peduli.

    ReplyDelete
  7. Saya penyokong PR namun dalam bab ini saya sokong Datuk Seri. Selalu selalu lah perjuangkan isu yang dekat di hati kami.

    Jika semua pemimpin UMNO mementingkan kami yang terbanyak ini dan bukan tembolok sendiri..nescaya kami akan kembali memberi sokongan

    ReplyDelete
  8. lega la sikit ada wakil bersuara...harap diambil perhatian dan jgnlah tambah tekanan rakyat berkaitan ekonomi,makin sensara

    ReplyDelete
  9. Ingat tu, kita sokong BN bukan nak mintak supaya BN susahkan kita. Mahathir the best..

    ReplyDelete
  10. teringat saya ada terbaca di suatu blog tentang khabar angin yang mengatakan kerajaan mungkin akan menaikkan gaji pekerja-pekerja mereka... mungkin juga mesyuarat tentang polisi BNM ini ada kait-mengait dengan khabar angin ini? atas faktor ini saya berspekulasi bahawa kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji pekerja kerajaan, selepas itu BNM akan mengumumkan kenaikan OPR dan BLR untuk mengimbangi limpahan duit dalam negara disebabkan oleh faktor kenaikan gaji tersebut...

    ReplyDelete
  11. Mungkin sedikit terlambat untuk berubah,pelapis tengah tunggu peluang untuk sepak punggung di belakang DS!

    ReplyDelete
  12. isu macam gini la yang patut dibahaskan dikhayalak umum.. isu video la, beli senjata la, ,model ekonomi baru la apa tu semua terlalu kraton utk rakyat marhaen

    ReplyDelete
  13. Analisis amat menarik sekali DS, saya akan link kan entri ini ke dalam blog saya dan FB saya.

    ReplyDelete
  14. jikalau kita orang islam terus-terusan nak hidup dengan sistem ciptaan yahudi, sampai bila pun keadaan serupa. Umpama hadis,, umat islam akan mengikut telunjuk kafir... seperti memasuki lubang ular(cacing? atau yang seangkatan dengan nya) semakin dalam mereka masuk semakin sukar untuk keluar. Begitulah umat islam sekarang, terlalu mengikut sistem barat, dengan demokrasinya, sekarang tak boleh langgar sikit, hak asasi manusia lah,, rasis lah.. dan berbagai2 autanya di tekankan ke atas umat islam(baca melayu)

    ReplyDelete
  15. tuan,

    untuk elak BLR, ambil saja islamic loan. habis cerita.

    ReplyDelete
  16. POSTING YG BAIK. BETUL2 MEMAHAMI ORANG AWAM SPT KAMI..SEMOGA PEMIMPIN DI ATAS SANA DAN BIROKRAT2 BNM YG KAYA RAYA TU BOLEH FIKIR SEMUA INI..

    ReplyDelete
  17. Kalau rasa sangat susah nak menandatangi isu ini, cadangan saya hanya satu, buat pemerintah sekarang cuba dekatkan diri dgn org yang lebih berpengalaman dalam mentadbir negara terutama isu isu inflasi. Saya rasa Najib and the team pun tahu dgn sapa depa boleh minta pandangan dan nasihat. Jgn sombong dlm hal ini walaupun kita " tahu " untuk menyelesaikan nya. Lebih baik kerajaan yg ada sekarang mencari jalan untuk membasmi kenaikan faedah faedah ini sebelum PRU13.

    Kalau rasa tak mahu minta pandangan org lain saya rasa DSN wajib bangun malam untuk buat solah istikarah. Minta petunjuk dari Allah dlm isu ini. Inshallah, Allah tidak menzalimi umat Muhammad dlm memohon bantuan daripadaNYA, pasti DIA akan membantu demi niat pemerintah yang BETUL.

    ReplyDelete
  18. YB,
    Betulke kadar inflasi kita 2.2%? Tanya sesiapa saja yang nyata ringgit kita kita seamkin hari semakin mengecut - tak payahlah tengok barang yang mahal, roti canai, teh, kopi, milo, gula.......apa yang tak naik? Yang tak naik cuma gaji saja dan yang tak sedar tentang inflasi nampak cuma Pak Menteri dan kuncu-kuncu saja!

    ReplyDelete
  19. DS...isu BLR ni satu hal..isu harga barang juga satu hal tapi sampai bila kerajaan nak bagi subsidi..bagi subsidi tapi ada pula rakyat Malaysia yg sgt cerdik jadi pengekpot barang bersubsidi ke negara jiran pula..dalam bab ini nampak pula kerajaan macam bodoh pula dok tanggung subsidi kpd rakyat negara lain..

    ..berbalik ttng undi untuk PRU, kalau karajan beri subsidi yg banyak atau turun BLR 1% pun, undi sahabat kita kaum Cina akan tetap kepada DAP..MENGAPA ?????? dulu lain, sekarang lain.

    ..kalau kita masih mengenang dan hidup dizaman Tengku Ab. Rahman, jawapnya Melayu akan jadi Melayu Pulau Pinang kerana kini juga bukan zaman Tan Siew Sing tapi zaman Lim Kit Siang..hebatnya Lim Kit Siang hingga Nik Aziz pun boleh berpelukan dengannya dan dia mangarahkan Melatu PAS undi DAP..UMNO boleh beri RM 1 billion untuk sekolah Cina tapi undi mereka tetap kapada DAP..seperti mereka tidak akan membeli dikedai Melayu selagi kedai kaum mereka masih ada..

    ..sememangnya Melayu mudah lupa..Melayu tidak akan sedar kerana asyik bermain politik kampung..mungkin tidak akan sedar walau nak kena jual lelong mcm dalam cerita Tiga Abdul...

    Pak Pandir JR

    ReplyDelete
  20. Nampaknya Dato Seri duduk diluar politik pentadbiran melihat masalah rakyat dgn lebih mendalam, tepat dan memberi komen yang manfaat.

    Tahniah kpd Dato Seri kerana dpt menerangkan masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat di mana kerajaan susah atau tidak mahu memahami masalah rakyat.

    ReplyDelete
  21. kalau nak ambik islamic loan banking semua tinggi dari kovensional. apa punya kaedah depa pakai aku pun tak tau.

    ReplyDelete
  22. btl..setuju

    kenaikan opr dan blr ni akan naikkan kadar pinjaman dan kos sara hidup..nak menyimpan?..kalau dah kos pinjaman dan kos sara hidup naik macamana nak menyimpannya?..slp2 simpanan habis utk cover kehidupan..

    kerajaan bg sy harus cr jalan utk mengawal harga2 makanan keprluan yg kebanyakannya di keluarkan oleh peniaga cina..wujudkan ramai pengeluar/pengilang melayu dan juga pemasarnya/pasaraya melayu..dengan kaedah ini harga brg lebih mudah di kawal..mungkin kerajaan sendiri boleh berperanan utk tugas2 tersebut

    ReplyDelete
  23. Datuk Seri benda benda mcm inilah yg kerajaan terlepas pandang.Ia sepatutnya difikir oleh ahli politik yg hampir dgn rakyat bukanya pakar ekonomi.

    Kepada PM ikutilah cara mantan PM Tun Mahathir mentakbir negara,Cuba selesaikan masalah kos sara hidup kakitangan swasta.Jgn ikut kerajaan terdahulu ambil jalan pintas,naikkan giji kakitangan awan,bagi elaun sara hidup tapi inflasi melonjak.

    Kepada pakar ekonomi tolong fikir macamana nak selesaikan inflasi jangka panjang,nak stabilkan harga makanan,utiliti dan etc.

    Kepada Datu Sri Khir terus perjuangan membela rakyat kasta rendah di bumi malaysia yg setia pada BN.Datuk mesti bagitahu MP supaya bawa masalah rakyat ke parliment kalu nak rakyat kasta rendah ini memberi sokongan pada PRU 13

    ReplyDelete
  24. Interesting coming out from you.... i guess at time when you walk the ground you would understand more but too late for you.... you can never change anything.... not even if it states the great truth.... thanks for trying

    ReplyDelete
  25. tahniah DS...saya sangat setuju...

    ReplyDelete
  26. Tahniah DS kerana melihat dari kaca mata rakyat biasa.Memang betul,kalau harga barang makanan naik,oarng yang berpendapatan rendah akan lebih susah.Sekarang ni pun golongan menengah terasa sakit dengan kenaikan harga semua barang makanan.
    Pendapat saya,semua orang tahu oleh kerana harga minyak naik,kos pengangkutan naik.untuk kurangkan kos tersebut, kita kena kurangkan jarak perjalanan dari punca/sumber ke tempat menjual,dan untuk lebih mengurangkan lagi harga makanan,perlu ada banyak penawaran. Selangor dikelilingi oleh Pahang,N, sembilan dan Perak. kalau ketiga tiga negeri tersebut mengeluarkan barang makanan dalam kuantiti yang banyak,dan saya pasti ia tentulah hendak dijual,sudah tentu ia dijual ke selangor ( dan KL juga ).Untuk itu kita perlu adakan ladang yang berskala besar, di ketiga tiga negeri tersebut-supaya pengeluaran juga banyak juga. Kerajaan juga patut beri insentif kepada pengeluar makanan yang berminat. langkah Najib menggunakan Felda untuk penghasilan makanan adalah langkah bijak. Kita tengok orang cina, mereka menanam dalam jumlah ymng banyak,dan menjual ke bandar bandar ( tak caya tengok kat Bukit Tinggi,pahang dalam pjalanan ke kuantan atau ke KL-bergantung pada hala anda.Anda tengok kat bukit bukit kat atas tu,nun disana anda akan lihat ada sayur ditanam,pisang pun ada -tak caya pakai binokular.saya percaya ia mesti dijual ke KL,sebab tak lah jauh sangat.yang beli kat bandar tu termsuklah melayu yang melambak kat bandar.Orang meayu yang jadi majoriti di semenanjung pun beli kat orang cina,akhirnya kita pun bergantung kepada mereka.ini sungguh memalukan. sori kalau meleret,tapi itulah hakikatnya,satu bab tentang orang melayu.Berbalik ke isu harga barang,itulah pendapat saya, 1) kawasan luas untuk penghasilan makanan patut diwujudkan.2) kos pengangkutan patut dikurangkan dengan mendekatkan sumber penghasilan ke tempat jualan. Kita boleh guna prinsip ekonomi bidangan untuk mengurangkan kos. Saya percaya, kita bukan tak mampu,tapi kita terlepas pandang cara cara yang praktikal untuk menyelesaikan masalah kita.dan saya rasa para pembaca dan rakyat juga mempunyai banyak akal dan idea lain.Jadi dato seri patut guna idea idea rakyat seperti kami dan bawa ke pihak kerajaan untuk didengar dan di bincangkan. Apa apa pun sokongan rakyat tetap jatuh ke tangan pihak yang mengurangkan beban dan masalah mereka,bukan menyusahkan mereka lagi, tak kiralah yang menolong tu kerajaan tau pembangkang.

    ReplyDelete
  27. Salam DR.Khir ...
    Inflasi.Memang begitu lah ragamnya.Sering saja membawa delema.Ditelah mati bapak dibuang mati emak.(betul ke peribahasa ini)Serba salah kita dibuatnya.Kalau kita tanya pd diri masing2 siapa yg tak nak gaji tinggi ?kenaikan gaji ? Yg ada tu sampai menuntut,berpiket nak kan kenaikan dan pembelaan.Tidak terkecuali juga sipenjual nasi lemak tepi jalan,nak juga dinaikkan 20sen ... Yea lah kalau kita perhatikan lama benar dah Mak Cik ni berniaga nasi lemak.Mak Cik ini juga berkerja. Didatang pula dgn si apek jual cili dgn muka selamba kata banjir,cili mahal,naik lagi ... Hai inflasi !!!
    Tetapi kenapa nak ditambahkan lagi dgn OPR dan BLR .. ? Perlukah kita membuat perkiraan Lojik ? Logiknya BLR tinggi pulangannya tinggi dari nilai inflasi,tetapi siapa yg ada duit utk menyimpan jika sudah ditekan dgn inflasi,tiada lebihan untuk disimpan.Bagaimana mahu fikir surplus.Hutang juga semangkin tinggi. Org politik dtg mengkotori lagi,dimainkan gendang dgn penuh hasutan dengki,kononnya kerajaan lemah bendung inflasi, maka jgn diundi golongan ini lagi.. Mudahnya mendapatkan undi.Yg mengundi tu apa fokus kamu ...
    Apa2 pun pasti boleh diatasi ...

    sekian..

    ReplyDelete
  28. inflasi sepatutnya lebih tinggi dari sepatutnya,,tapi ianya dikawal kerajaan,,harga dipasaran tinggi tapi dikawal diperingkat lapuran supaya rendah,,,,

    ReplyDelete
  29. masalah inflasi di Malaysia disebabkan oleh
    1) pemotongan subsidi
    2) QE (Quantitative Easing) oleh Amerika Syarikat
    3) Kadar Faedah menghampiri 0% oleh Amerika Syarikat.

    Ketiga-tiga faktor ini tidak boleh dibendung dengan OPR/BLR. Satu kesilapan besar jika OPR/BLR dinaikkan. Jika OPR/BLR dinaikkan akan lagi meningkatnya inflasi.

    Ini kerana duit dari luar (duit panas) akan masuk ke Malaysia untuk mendapatkan kadar faedah yang tinggi di Malaysia berbanding di US. Pelabur luar ini akan mengambil untung atas angin di atas kesusahan rakyat yang terpaksa membayar lebih faedah.

    Selepas mereka untung mereka akan mengeluarkan semula duit tersebut dari Malaysia.

    Kemasukan duit panas ini akan menambahkan kecairan wang pada ekonomi Malaysia sekali gus meningkatkan inflasi.

    Inflasi yang terjadi bukan disebabkan permintaan tapi disebabkan kos yang meningkat. Sebenarnya kos tidak meningkat tetapi nilai duit semakin jatuh disebabkan faktor (2) dan (3). BNM menyedari perkara ini, sebab itu BNM menaikkan dua kali SRR untuk mengurangkan kecairan.

    Agak susah bagi saya menerangkan perkara ini kerana banyak konsep kewangan yang perlu diterangkan sebelum pembaca blog ini boleh betul-betul memahami apa yang saya cuba terangkan.

    Untuk bacaan lanjut, silalah baca buku Web of Debt dari Ellen Hodgson Brown.

    Dari situ anda mengetahui bagaimana yahudi menguasai dunia melalui sistem perbankan sekarang yang berasaskan interest dan fiat money dan fractional reserve banking.

    ReplyDelete
  30. bayaran pinjaman umah aku kena tambah lagi
    100 hinggit sbulan

    hampeh btui...
    ini ke ekonomi malaysia semakin baik

    ReplyDelete
  31. Dr. tolong ulang dan pnjangkan pada kepimpinan trtinggi UMNO/BN berkenaan

    - SAMAN
    - INFLASI kesan kenaikan harga barang

    mmg menekan kami brpendapatan rendah

    ReplyDelete
  32. kaedah ini dipanggil contractionary fical policy & contractionary monetary policy...bank negara akan menaikkan interest rate so that orang takkan meminjam wang untuk spending money..bank negara juga akan menghadkan pengeluaran wang tunai...hasilnya public takkan spending wang mereka pada market, permintaan pada pasaran juga menurun, oleh itu kadar inflasi akan menurun..kegiatan ekonomi akan menguncup dan slowdown...hasilnya harga barangan akan turun mengikut kadar inflasi..

    ReplyDelete
  33. Sebenarnya bankers especially their Risk Departments dah anticipated BLR akan naik dan membawa risiko kpd bank2 semenjak 2009 lagi.

    Benda ni dah di predicted masa semua negara di Eropah,USA dok asyik print duit nak spur ekonomi mereka yg gawat time tu ekoran dari masalah sub-prima kat USA. Trillions of money pumped into the system.

    Malaysia juga tak ketinggalan.

    Jadi bila ekonomi dah stabil maka BLR/OPR akan dinaikkan untuk mengekang "lebihan wang" yg sedang berlegar.

    Kerajaan yg hebat adalah kerajaan yg boleh imbangkan masalah kelebihan wang dipasaran dan tuntutan politik semasa.

    ReplyDelete
  34. Buat lawak la.. saudara ini..dah kaya sampai lupa orang golongan bawahan...
    Sekarang pun kita orang berbelanja pun untuk keperluan asas jer pun... kalau nak menabung juga alamat makan nasi dengan kuah sup sayur jer ler....
    ikan tongkol pun dah RM8 sekilo sekarang ini.. sauadara lainlah.. kalau ke pasar pun masa PRU atau PRN jer.
    Nasib baik anak2 lebih suka makan telur....Harga barang turun? Orang kampung bolehlah kelentong...Itu pun mak aku dah sound tolong tambah sikit utk belanjawan maka ayah kat kampung.Tahun ini gaji naik RM50 jer... company kata kos dah naik....cerita panjang tak guna....ko orang bukan faham sangat... dah jadi kaya.........katakan..
    wa cau dulu la....kena OT esok pagi.. cari duit lebih...untuk anak2....

    ReplyDelete
  35. Salam DS,
    Need to hear your comment on 1Malay1Bumi. DS always has interesting and fascinating pieces about broad subjects.

    Tq DS.

    ReplyDelete
  36. kenapa baru sekarang nk sedar ..... sedangkn kita rakyat dh lama MENDERITA !!!! JGN RAKUS MENGAUT HASIL NEGARA , INGAT HARTA TAK BAWA KEKUBUR ....

    ReplyDelete
  37. sebenar berbalik lh ke QURAN DN HADIS .... ckup lengkap , MUHASABAH DIRI , sy tak sokong sebelah mn2 ... kn lebih baik dn aman kita selesaikan sama2 klu MALAYSIA DH BANKRAP SIAPA YG SUSAH ANAK CUCU KITA YG SUSAH

    ReplyDelete
  38. Istilah inflasi yg paling nyata ialah 'Too Much Money Chasing Too Few Goods"..maka wang kertas banyak tapi barang sikit..orang akan menawarkan wang yg banyak untuk membeli barang2 maka towkay akan naik kan harga barang2 untuk untung yg banyak..OPR/BLR hanya guideline untuk menentukan wang masuk dan keluar di Bnak terkawal...misal kata wang terlalu banyak di Bank maka bank akan turunkan simpanan kadar(rate)..vice-versa...apakan perlu dilakukan ialah barang2 keluaran negara haruslah di berikan keutamaan..kerana kita yg menentukan harga pasaran..kalau barang import orang luar yg menentukan harga..harga barang makanan harus diutamakan kerana orang miskin juga yg susah...turunkan harga minyak akan lebih menyenangkan rakyat dan peniaga..kita pengeluar minyak kenapa takut kurangkan harga..

    ReplyDelete
  39. amik Syariah/ Islamic loan ade BFR pulok...same je ngan BLR=Sistem Yahudi

    ReplyDelete
  40. ni ke model ekonomi baru yg diagung2kn oleh kerajaan bn..

    1. harga barangan gula, mnyk msk, gandum, roti, bskut, susu dll naik.
    (alasan kerajaan: hrga brg2 kt luar m'sia lg mhl, kalo x naikkn nt brgan diseludup msuk singapore)
    (kenyataan nye: gaji rkyt negara lain yg jauh lbih tggi dr rkyt m'sia x plak dibuat sbgai prbndingan. nk mkn kt kedai pon dh rs smakin gerun skrg ni, kalo xde duit2 merah kt lam poket, jgn ar cbe2 mkn kt kedai. skrg ni nk mkn nasi 2 kali sehari pon dh rs tenat. asik2 dok pekena maggi jek pg ptg siang mlm. Pastu yg aq dok heran nye, agensi penguatkuasaan kita sprti kastam, PGA, marin, apmm dll dok wat ape. Rkyat byr gaji mhl2 tp diowg dok wat keje smbil lewa.)

    2. byran pinjaman rumah, asb dll brtambah.
    (alasan kerajaan: kadar opr/blr trpksa dinaikkn tuk mgwal inflasi dsbbkn ekonomi negara yg brtambah baik)

    kenyataan nye: ekonomi yg naik tu mksud nye ekonomi golongan2 krporat/ org2 kaya2 je yg smakin baik dn kukuh. sb nyer, ekonomi rakyat marhaen trus smakin merudum tp x plak dberi prhatian oleh kerajaan. rkyat x mdpat apa2 faedah pon dgn kenaikan ekonomi negara. tp rkyt merasa sedih n risau ble kerajaan ckp ekonmi negara trus naik, sb rkyat taw itu alasan kerajaan tuk naikkn kadar faedah blr/opr. trasa btul2 trtindas mnjadi rkyat mlysia di bwah pimpinan pak najib yg hnya taw mmntingkn golongan kaya/korporat shja.

    Kerajaan nmpk nyer lgsung x amik pduli tntu kos kehidupan rkyt mkin menghimpit rkyt2 marhen skrg nih. Duit gaji2 bulan dh mkin x cukup nk tmpung kos hidup.

    3. pemotongan subsidi.

    (alasan kerajaan : kerajaan x nk memanjakan rkyt dgn subsidi. )

    Kenyataan nyer: subsidi rakyat nk dipotong. Penyelewengan wang negara oleh golongan2 brkepentingan lam kerajaan trmsuk pak2 mnteri/ susk politik2 nye, kontraktor2 peliharaan menteri x plak disebut2. kalo nk dbndingkn duit subsidi tuk rakyat ngan duit2 yg kaut oleh golongan2 trsebut, berapa kerat sgt lah per sen subsidi tuh. Cth nye, tgk saje la brape byk duit yg trlibat cth nye lam isu pkfz, isu perwaja yg smpai skrg ni dok senyap je,isu kos binaan jln mrr2 yg x mncapai kualiti dll. Kerajaan ad sebut duit dr subsidi tu nk digunakan tuk mbina projek2 tuk rkyar. Cesss. Slh stu cara nk bg syrikat kontraktor pelihraan diowg jd mkin trus kaya. Duit subsini nk disalukn bkn tuk rkyt sbnr nyer, tp nk disalurkn ke poket2 golongan yg disebutkn tu la. Hancurrrr..
    Ape yg nyata nyer,ble subsidi dipotong, hrga brg2 akn lbih mngkat n tntu nya mkin mmbeban kn rkyat.

    4. byran saman speed trap nk dikuatkuasakn.

    (alasan kerajaan: nk ajar rkyt spaya lbih brtanggungjwb n brdisiplin.)

    (kenyataan nyer: x guna nk suh rkyat je brdisiplin, tp pak2 mnteri lgsung x mnunjukkn cth yg sme. Tgk saje la kalo pak2 mnteri lalu kt mne2 jln2 smbil bwk rombongan polis trafiknye, ad ke kt nmpk dye dok bratur tggu lmpu isyarat hijau cm driver2 len. Yg naq dok nmpk dye main rembat jek, x kira ms tu lmpu isyrt merah, jln jammed ke hape. Ni la nm nyer, ketam mngajar ank nye brjalan btul.

    5. isu tol.

    Ni yg aq pling heran, cmne kerajaan bleh sign agreement yg lbih byk merugikn rkyt. Peguam2 kerjaan yg bribu2 dok kt pjbt pguam negara tu dok wt aper. Skali tol nk naik, kerjaan pon ckp kalo tol x naik, kerajaan akn tggung krugian tuk byr kt syrkat konsesi atas krugian yg ditggung nye. Kerugian aper??? Tipa2 thun lam skhbr dok sbut pasal untung. Yg jelasnye, diowg rugi lam untung, tp rkyt m’sia rugi lam rugi. Ye la, kos sara hidup mkin tggi, pastu trpksa byr tol lebih pla tuh. Huhuhuhu

    Tu blum lg msuk isu2 len yg smua mbebankn rkyt. Isu knaikn myk petrol, isu bil air n elktrik, isu kenaikn cukai tksiran dll. Nmpk nyer polisi NKRA (Nak Kerjakan Rakyat Ajer) yg dilksanakn kerajaan yg diketuai oleh pak Najib btul2 mncapai mtlamat nyer. Adoyaiiiii, ape la nsib hidup sbgai bumiputera di tnhair kui ni. Trpksa idup merempat di bumi sdiri..

    ReplyDelete