Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak: Janji Manis, Janji Realistik dan Politik Kaum Cina

1. Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang sedang berlangsung sekarang mungkin antara pergelutan politik paling hebat dalam sejarah pilihan raya negeri tersebut. Buat pertama kali parti-parti pembangkang dijangka memberi cabaran sengit kepada Barisan Nasional.

2. Kesemua 71 kerusi yang terdapat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dipertandingkan. Ini bermakna tiada sebarang calon menang tanpa bertanding. PRN Sarawak ini juga menyaksikan pelbagai janji yang ditaburkan oleh dua buah gabungan seteru politik utama iaitu BN dan Pakatan.

Antara Janji Manis dan Janji Yang Realistik

3. Apakah janji-janji pilihan raya merupakan satu keutamaan dalam menentu undi atau terdapat faktor-faktor lain yang lebih besar pengaruhnya dalam menentukan kecenderungan pengundi hanya dapat dianalisa selepas keputusan pengundian diumumkan.

4. Jika janji pilihan raya yang menjadi pilihan pengundi di Sarawak kali ini, maka mereka harus memilih BN. BN mempunyai rekod melaksanakan janji-janji pilihan rayanya dengan cemerlang. Ia bukan sahaja mempunyai kemahuan tetapi juga kemampuan dan kebijaksanaan melaksanakan janji pilihan raya. Jarang-jarang sekali janji pilihan raya BN gagal ditunaikan kerana setiap janji yang dibuat setelah melalui proses penilaian mengenai kemampuan melaksanakannya.

5. Sebaliknya, janji Pakatan mungkin lebih baik, manis dan hebat di mata rakyat. Malangnya, janji-janji yang sering mereka buat tanpa melalui proses penilaian kemampuan dan keupayaan melaksanakannya. Ini kerana janji-janji pilihan raya mereka dibuat berdasarkan apa yang boleh mereka pengaruhi rakyat biarpun ia tidak dapat dilaksanakan. Tujuan mereka hanya satu, Menang pilihan raya. Dapat tunaikan atau tidak perkara lain.

6. Di Selangor sendiri banyak janji-janji pilihan raya lalu seperti penurunan cukai pintu, pemberian elaun kepada ibu tunggal, Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah, Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka dan banyak lagi tidak dapat ditunaikan sehingga sekarang.

7. Hanya satu janji yang mereka laksanakan pada masa ini ialah memberi air percuma sebanyak 20 meter padu. Itu pun dilaksanakan secara tidak menyeluruh dan lebih mengutamakan penduduk yang tinggal di rumah teres dan banglo. Sedangkan subsidi ini meragut banyak peruntukan kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan untuk projek pembangunan luar bandar dan membantu rakyat miskin.

Politik Kaum Cina

8. Menarik juga PRN Sarawak ialah jangkaan pengundi Cina akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Pakatan. Justeru BN dijangka tewas teruk di kawasan-kawasan bandar kerana majoriti pengundi Cina dikatakan lebih selesa dan gembira dengan dominasi DAP dalam Pakatan.

9. Pemerintahan negara ini adalah berdasarkan perkongsian kuasa pelbagai kaum, agama dan budaya. Adalah sukar untuk kerajaan Persekutuan dan Negeri memenuhi kehendak semua bangsa dan agama tanpa menjejaskan pihak lain.

10. Justeru jika kaum Cina berpandangan bahawa mereka harus mendapat apa sahaja yang mereka minta jika tidak mereka akan menyokong parti lawan, tentulah YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sarawak tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana kerajaan perlu menjaga kepentingan banyak kaum bukan memuaskan hati kaum Cina sahaja.

11. Banyak perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi memenuhi cita rasa kaum Cina kerana beliau merasakan permintaan-permintaan mereka rasional dan boleh dilaksanakan. Namun adalah tidak wajar jika Perdana Menteri terus diasak dengan bermacam-macam permintaan yang bukan-bukan oleh kaum Cina sehingga menimbulkan ketidaksenangan kumpulan rakyat yang lain.

12. Mungkin permintaan tersebut nampak rasional kepada kaum Cina namun Perdana Menteri juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia yang lain. Justeru adalah penting untuk kaum Cina di Sarawak memberi sokongan kepada BN agar polisi-polisi Dato Sri Najib yang membabitkan kepentingan mereka dapat diteruskan.

13. Jika sokongan kaum Cina kepada DAP terlalu kuat, maka parti-parti komponen BN yang lain, yang tidak berasaskan sokongan kaum Cina, mungkin akan mula mempersoalkan beberapa polisi dan keputusan kerajaan yang membabitkan keuntungan kaum Cina pada masa kini.

14. Jika pengundi Cina berpendapat dengan mengasak PM sehingga ke penjuru gelanggang sebagai jalan politik paling menguntungkan mereka, maka kita akan menyaksikan kekalahan BN di kesemua kawasan yang ditandingi DAP.

15. Dan jika ini berlaku, tentulah amat menarik sekali untuk kita melihat respon daripada pimpinan BN dari UMNO, MIC, PBB, PBS, PPP dan lain-lain.

25 comments:

  1. Salam Dr. Khir,
    Dr. Tak ke Sarawak untuk berkempen??

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    rasanya tidak salah bagi kerajaan manapun
    memenuhi permintaan atau yg sepatutnya
    kerajaan untuk memberi pertimbangan peruntukan
    dan perhatian bagi semua kawasan....

    akan tetapi jika kawasan bandar(istilah kelabu,atau paling hitam)bagi BN..tumpuan
    haruslah bagi kawasan putih sahaja menjadi
    keutamaan utk peningkatan pembangunan.....

    kerana kawasan dulunya putih bagi BN..apabila
    pembangunan rancah berlaku..lama-kelamaan akan
    menjadi hitam....

    adalah tidak adillah kawasan hitam mendapat
    impak pembangunan dari sektor swasta..kerajaan
    menumpu peruntukkan juga, sedang kawasan lain
    sentiasa mendapat peruntukkan tidak seimbang
    atau berkongsi peruntukkan pula...

    apa nak dikesalkan peruntukkan lebih diberi
    dikawasan bandar..pengundi disitu tetap mengundi
    pembangkang.....

    disini kita nampak...umpama diberi rumput,lembu semakin gemuk,najis juga kita dapat!!!

    ReplyDelete
  3. Boleh saya dapatkan pandangan Dr Khir atas tindakan 10 solusi dibuat kerajaan terhadap isu Bible? Lihat semacam pilihanraya di Sarawak kali ni jadi medan membuat tuntutan atas pelbagai perkara sensitif sehingga seakan-akan melampaui batas (hanya atas pemerhatian dhaif saya). Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Dr. Khir,

    Saya baru pulang dari SIBU atas tugasan sambil bantu jentera kempen PM & TPM.
    Setuju dengan pandangan Dr.
    Kita lihat saja lepas 16 April nanti.

    Azli -ex yayasan selangor.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr. Khir...

    Semoga sejahtera dalam limpahan rahmat dan berkat Ilahi.

    Saya mengharapkan ada perubahan yang besar dalam landskap politik di Sarawak.

    Realitinya walaupun dalam negara kita ada beberapa negeri yang sememangnya kaya dengan pelbagai hasil bumi dan industrinya namun kemiskinan bukanlah isu terpencil dalam negara kita.

    Sarawak termasuk negeri yang kaya dengan hasil buminya. Namun kemudahan asas seperti jalan raya dan elektrik masih lagi menjadi isu setiap kali pilihanraya.

    Malaysia memerlukan pemimpin yang kuat dan amanah.

    Malaysia juga memerlukan rakyat yang Ulul Albab.

    Pemimpin disokong oleh rakyat yang Ulul Albab akan sentiasa tahu diri bahawa dia sebenarnya bukan VVIP tetapi sebagai hamba rakyat yang semasa pilihanraya mengemis undi daripada rakyat.

    Selesai pilihanraya calon yang mengemis mula membusungkan dada. Bagi seringgit pada rakyat sembilan puluh sembilan ringgit masuk poket sendiri dan kroni.

    Ibarat pengemis yang sekarang berleluasa di merata bandar.

    Bila dikatakan ramainya pengemis sebagai petunjuk rakyat negara ini miskin maka pimpinan jawab mereka adalah rakyat warga asing.

    Bila ditanya kenapa ramai warga asing yang melata sehingga membuahkan pelbagai gejala sosial pimpinan jawab kerana kita perlukan mereka di pelbagai sektor bagi menjana pembangunan.

    Bila ditanya lagi maka akan ada pelbagai jawapan mirip cerita bangau oh bangau...

    Kita tidak mahu apabila ada pemimpin parti politik ditangkap polis dan dikasari sehingga menjadi isu nasional impak yang terhasil ialah penguatkuasa seperti polis terjejas kreadibilitinya sehingga akhirnya yang untung adalah penjenayah.

    Apa yang penting sekarang ialah kita mahukan pemimpin yang bertindak menguruskan dana awam mengikut keperluan rakyat majoriti.

    Kita tidak lagi perlukan pemimpin yang bijak menjawab bila diajukan pertanyaan. Jawapannya cantik tetapi masalah tak pernah selesai.

    Saya mengajak kita semua berubah sama ada kerajaan ataupun pembangkang.

    Jadilah pemimpin yang kuat dan amanah.

    Salam dan berkat untuk semua.

    (saya cadangkan artikel ini untuk bacaan semua)

    http://drmaza.com/home/?p=1391#more-1391

    ReplyDelete
  6. Salam Dr.Khir,

    Pada pendapat saya orang cina mengundi bukan kerana faktor parti atau calon tetapi apa yang parti atau calon tersebut boleh beri kepada mereka.

    ReplyDelete
  7. Dato' Seri,

    1. Saya bersetuju bahawa PRN Sarawak tahun ini adalah yang paling sengit sehinggakan pm dan tpm turun berkempen dan berkampung di Sarawak. Sehingga hari saya tidak pasti adakah bn akan dapat memerintah atau tidak, sama- samalah kita tunggu besok.

    2. Saya sungguh kecewa apabila terdapat sesetengah kaum (walaupun tidak semuanya )membuat tuntutan yang melampau melibatkan isu sensitif dan boleh menimbulkan kebencian dikalangan kaum lain. Lebih malang lagi permintaan ini disokong malah diapi -apikan lagi oleh orang bumiputera islam yang duduk di dalam parti berkenaan. Disamping itu, sikap golongan profesional/korporat bumiputera juga amat dikesali, mereka diibarat kacang lupakan kulit. kalau tidak menyokong kerajaan tidak mengapa, tetapi janganlah bersekongkol menjatuhkan agama bangsa dan negara kita.

    3. Saya faham PM perlu berlaku adil dan menjaga hati semua kaum di malaysia. Tetapi janganlah sehingga tunduk kepada semua tuntutan sehingga menimbulkan kemarahan dan kebencian dikalangan kaum lain. Ini amat merbahaya jika tidak dikawal peristiwa berdarah 13 mei akan berulang lagi.

    4. Rakyat jangan mudah terpengaryh dengan slogan "Change" atau perubahan tambahan pula dengan trend di asia barat secara tak langsung mungkin akan mempengaruhi rakyat kita.

    5. saya teringat saya pernah menyertai lawatan keinsafan ke Kambodia semasa Dato' menjadi MB dulu. pada masa itu saya tertanya tanya apa faedahnya kesana? Tetap hari ini baharu saya faham apa mesej yang hendak disampaikan melalui program tersebut iaitu kita mesti menghargai kestabilan dan keharmonian, jangan memilih pemimpin mengikut emosi berfikir masak2 jangan jadi seperti Cambodia. Tidak dinafikan BN ada buat kesilapan tetapi banyak membawa perubahan kepada rakyat dan belum pasti PR mampu melaksanakannya. Kalau Pengagihan kerusi pun bergaduh bagaimana nak mentadbir negeri dan negara? Kepada masyarakt cina Jangan tamak kerana orang tamak selalu rugi.

    ReplyDelete
  8. secara dasar nya tidk wajar melayan desakan tidak munasabah penggundi urban cina oleh 1 Malaysia.

    bagi pribumi yg akan menubuh kerajaan negeri (Insya Allah) selepas pemilu X dapat merumus dasar2 yg dpt mengurangkan tidak kesimbangan pembangunan antara kaum cina-pribumi yg terdapat ari ini.

    sy rasa ini tanda baik dan peluang keemasan kaum pribumi di bumi bertuah ini!

    One Ummah

    ReplyDelete
  9. Slm Dr. Khir,

    Kaum cina bijak mengunakan kertas undi, mereka memangkah kertas undi atas faktor 'Apa kau boleh beri kepada aku'

    ReplyDelete
  10. Salam Doc,

    slamat kembali,

    sarawak dh nampak kemenangannya, selangor masih x nampak lagi.

    maba tanjong

    ReplyDelete
  11. Assalam Dr,
    Nampaknya DAP berjaya mempengaruhi rakyat Cina untuk mengundi mereka. Ini menampakkan lagi betapa parti ini penuh dengan sifat rasis keterlaluan. Kemenangan mereka pada PRN Sarawak sebenarnya bukan kemenangan untuk rakyat atau perubahan untuk Sarawak. Ia sebenarnya hanya kemenangan untuk kaum Cina semata-mata kerana umpan DAP yang keterlaluan dalam memaksa kerajaan sekarang memenuhi tuntutan kaum ini.

    ReplyDelete
  12. Saya rasa sudah tiba masanya PM tumpukan hanya kpd kawasan yg sokong BN sahaja. Terima hakikat cina sudah lari dari BN.
    Keputusan PRU DUN Sarawak ternampak jelas.
    Tanpa Cina BN tak mungkin jatuh kalau Bumiputra Sabah Sarawak tetap sokong BN.
    Project pembangunan mesti very selective.

    ReplyDelete
  13. Taib Mahmud sekarang mesti bernilaikan semula impak projek ekonomi terhadap kaum bumiputerA yg telah menyokong BN.
    1. Projek economy mesti beri Faedah kaum bumi
    2. Jgn bagi Projek lagi kPd kaum china
    3. Projek violet Dan kaum china yg menyokongnya
    4. Program memiskinkan orang china mesti bermula

    ReplyDelete
  14. Dr.
    Keputusan pilihanraya ini perlu dilihat Dari perspektif yang lebih luas. Pengundi Cina mungkin salah satu faktor kekalahan calon SUPP kepada DAP di kawasan urban Dan sub-urban. Tetapi aktif utama saya rasakan adalah beberapa isu seperti :-
    1. Alkitab - pengundi Cina walaupun majoriti di Sarawak sebNyak 35% tetapi undi popular BN jatuh ke hanya 55% atau 45% pergi ke pembangkang. Saya rasa masih ramai pengundi Cina yang menyokong BN. Pada PRU 2008 telah terdapat gerakan di gereja seluruh negara yang menyuruh penganut Kristian memberi undi kepada pembangkang. Jadi institusi keagamaan yang sepatutnya berkecuali Dari politik juga terlibat sama. Isu Allah juga dimanipulasi oleh PAS tanpa meneliti isu sebenar iaitu mempertahankan Dan memartabatkan penggunaan kalimah Allah hanya untuk Islam. Sedangkan jenama Sony Akan mempertahankan penggunaan perkataan Sony sebagai TradeMark mereka tetapi pemimpin Islam sendiri seperti Khalid Samad menyokong. Bagaimana jika terdapat seorang penganut Kristian yang mengatakan bahawa God is not Exist and God is death. Esok keluar di muka depan akhbar Allah Tidak Wujud Dan Allah dah Mati. Bolehkah ini diterima oleh umat Islam. Ini Akan mewujudkan ketegangan.

    2. Dilihat SUPP lembab dalam menengahkan calon yang lebih muda kehadapan. George Chan sudah 6 penggal Dan berumur 75 tahun tetapi masih mahu bertanding. Walaupun beliau berjasa dalam membangunkan Sarawak juga tetapi mungkin telah ketandusan idea atau telah terputus hubungan dengan golongan muda.

    3. Ahli politik pembangkang bertindak agresif sehinggakan menggunakan politik benci (hates politics) tanpa batasan sehingga menyemarakkan kemarahan; rasa tertindas; rasuah kerajaan yang tak terkawal Dan semua isu-isu dilambakkan seperti penjual ubat ditepi jalan tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab. Politik begini adalah sangat merbahaya Dan jika tidak dikawal bakal memcetuskan rusuhan. Di lihat pula ahli politik hanya menceritakan isu pembangunan Dan tidak agresif mempertahankan atau menangkis tuduhan liar pembangkang. Sikap politik budiman ini hanya makan diri. Banyak isu boleh dimainkan secara agresif seperti kes liwat Dan video seks. Tunjukkan clip Dari Youtube Dan biar rakyat nilai sendiri. Belasah juga para ulamak yang mengatakan politik aibkan pemimpin adalah dilarang. Sedangkan skandal atau kemungkaran pemimpin hendak didedahkan Dan ditegah daripada memimpin. Kalau pemimpin BN yang kena Dan Cuba mempertahankan diri maka dikatakan Contemt of Court Dan disuruh diamkan diri. Tapi pembangkang gunakan isu tersebut sepenuhnya tan dikenakan tindakan Contemt of Court walaupun siap dengan rakaman video sebagai bukti.

    4. Politik budiman hanya untuk budiman (Gentlemen politics is for gentlemen only) jika pembangkang memutarbelitkan isu maka BN pun belasah mereka balik sehingga mereka tidak berdaya merangkak.

    5. Satu unit Khas hendaklah ditubuhkan untuk mencari kelemahan Dan kesalahan kepimpinan polisi negeri diperintah pembangkang. Belasah mereka kau-kau. Di Selangor misalnya, isu air; isu pasir Dan isu penyelewengan di Yayasan harus diketengahkan. Pemimpin Dan ahli politik BN hari ini dilihat sebagai Bacul/penakut.

    Dr, politik hari ini sudah berbeza di mana informasi melalui Internet seperti Facebook Dan Twitter dimanipulasi semaksima mungkin walaupun kesahihan isu/berita diragui atau bohong. Pengundi muda hari ini mengundi secara emosi tanpa menggunakan akal fikiran Dan mudah dimanipulasi. Pemimpin BN mesti lebih agresif Dan vokal dalam mempertahankan ataupun menengahkan sesuatu isu.

    Pengundi haruslah diyakinkan sepenuhnya untuk mengundi BN. masih ramai kaum Cina sayangkan BN Dan tetap undi BN. Tetapi calon tu biarlah orang yang berkebolehan; berkakilebar (kalibar) ; disenangi; Dan gigih berusaha serta jujur.

    Oleh Cina Anti pembangkang

    ReplyDelete
  15. Salam Dr. dan semua pembaca.

    Secara jelas kaum Cina sudah menunjukkan sikap dan perjuangan mereka bukan untuk kesejahteraan negara sebaliknya untuk kepuasan mereka sendiri. Mereka sudah senang dan kaya, tak harap subsidi pun. Semakin sombong dan bongkak. Sebelum ini mereka bermain wayang menerima Bangsa Melayu sebagai tuan rumah, OK latok, baik latok... tetapi kini jelas sikap sebenar mereka yang selesa sebagai ULTRAKIASU. Atas semangan kecinaan mereka yang semakin menebal telah menolak kepimpinan Melayu yang sebelum ini telah banyak berjasa kepada mereka.

    Mereka amat berharap satu hari nanti mereka akan memerintah Malaysia atas pertolongan orang Melayu yang tidak sedar diri. Melayu akan jadi dungu dan bodoh jika masih mengharap sokongan orang Cina. Melayu semakin rugi kerana mereka tidak bernah berhasrat untuk undur, malah semakin angkuh mengugut kerajaan, menuntut itu dan ini, walaupun diberi tetap tak puas hati. Layakkah mereka menjadi rakyat Malaysia? Saya ragu. Mungkin juga mereka sudah terbayang Malaysia akan jadi Singapura! Melayu akan jadi Pak Kadok.

    Walau apa pun tidak dapat dibafikan ia berpunca dari kesilapan pemimpin UMNO terdahulu yang alpa dan sering melakukan kesilapan yang sukar di maafkan. Mereka sahaja tahu apa yang mereka lakukan. DAP bersemangat perkauman pro kopmunis. Malangnya ramai Melayu yang tidak sedar permainan mereka.

    Kalau pemimpin UMNO berubah menjadi ketua yang amanah dan jujur, insyaAllah ramai orang Melayu akan kembali menyokong BN. Selangor pun akan dapat kembali. Jika tidak, gigit jarilah.

    Semoga kepimpinan Melayu sedar fenomena kaum Cina ini. Bersedialah.

    ReplyDelete
  16. melayu pasti hilang dari dunia

    ReplyDelete
  17. fenomena DAP ni pada pandangan saya bukan la sesuatu yang baru. setelah agenda mereka memecah belah kan melayu kepada beberapa parti untuk mengecilkan jumlah undi melayu di lihat sangat berjaya.

    dan tidak mustahil fenomena DAP ini akan menular dengan meluas di bahagian semenanjung terutamanya di negeri selangor. Ini dapat di lihat dengan jelas apa bila DAP berusaha sedaya upaya untuk menambahkan jumlah pemilih demi persediaan untuk pilihan raya akan datang.

    malang sekali untuk org melayu semakin berpecah belah dan menyalahkan antara satu sama lain, dan golongan2 muda pula semakin keliru dan tk keruan dengan politik hari ini. mereka yang amat mudah di pengaruhi menganggap mendaftar sebagai pemilih adalah perkara yang remeh. akibat nya masih ramai golongan muda melayu leka dan tidak menyahut untuk bersedia sebagai pemilih pada pilihan raya akana datang.

    pada pandangan saya selepas apa yang berlaku dia Sarawak ini kita golongan melayu haruslah sedar dan kembali bersatu. perlu di banyakkan lagi jumlah pengundi melayu demi menguatkan sokongan kita kepada kerajaan BN. malangnya masih ada juga ahli2 UMNO yang tidak mendaftar sebagai pengundi. sampai bila harus terlena...

    ReplyDelete
  18. Saudara Cina anti Pembangkang,

    Pandangan saudara ada kebenarannya. saya tidak nafikan bahawa masih ada kaum Cina yang menyokong BN, jika tidak lebih banyak kerusi BN akan kalah.

    BN sentiasa memerlukan sokongan semua kaum. Namun apa yang saya utarakan ialah majoriti kaum Cina sekarang tidak berasama BN walaupun bermacam pembaharuan mengikut kehendak kaum Cina dibuat oleh kerajaan.

    Saya fikir selain faktor yang saudara sebutkan tadi, faktor utama majoriti kaum Cina tidak menyokong BN ialah sebahagian besar mereka percaya dengan mengundi DAP akan lebih memberi keuntungan dan kelebihan kepada kaum Cina.

    ReplyDelete
  19. Saudara Sense,

    saya fikir tidak wajar untuk sesiapa mempertikaikan kewarganegaraan mana-mana kaum di malaysia hanya kerana merela menyokong parti politik tertentu. DAP sendiri ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia.

    Dalam politik ialah soal memenangi hati dan perasaan pengundi. Dalam hal ini, DAP berjaya mempengaruhi sebahagian besar kaum cina. Namun ramai juga kaum Cina yang percaya kepada perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaum masih menyokong BN.

    Apa yang saya harapkan ialah BN tidak melihat sokongan besar kaum bumiputera sebagai perkara yang "pasti" sehingga terus berusaha menarik sokongan kaum Cina yang menyebelahi DAP dan mengabaikan penyokong sedia ada.

    ReplyDelete
  20. Sdr Maba 106,

    Di selangor kita menghadapi masalah yang sama,iaitu pengundi china amat yakin dgn janji DAP dan nampaknya namereka masih dgn pendiriran mereka hingga kehari ini,saya lihat usaha memperbetulkan umno telah berjalan ,tetapi masalahnya ialah pengundi china,dan saya lihat tak banyak perubahan yang berlaku dalam BN,selagi Bn selangor tak berubah saya tak jangkakan akan ada perubahan pengundi menyokong BN.

    Mengenai pengundi muda pula saya lihat tidak banyak perubahan sokongan pada BN,keadaan ini berlaku kerana tidak ada polisi baru kerajaan yg memberi kesan menyelesaikan masaalah golongann muda,kelesuan persatuan persatuan belia,kurangnya kerajaan Bn mendekati persatuan persatuan NGO adalah antara golongan ini semakin menjauh dari kerajaan dan kususnya BN.

    ReplyDelete
  21. Bukan perkauman tetapi realiti ....
    Assalamualakum Dr

    1.Saya hanya ingin berkongsi pandangan berkenaan kes SPRM melibatkan saksi membunuh diri.
    Bagi kita beragama Islam tentulah sangat bersetuju rasuah perlu diperangi habis-habisan.Malah agama islam sendiri meletakkan golongan perasuah di neraka kelak.
    2. Bagi masyarakat cina yg bukan beragama Islam menganggap rasuah adalah perkara biasa yg tidak perlu dihapuskan.Malah saya amat terkejut apabila mereka merasakan kerja menghapuskan rasuah adalah kerja yg paling2 sia2 malah boleh menjatuhkan kerajaan BN.
    3.Umum mengetahui bahawa kebanyakn golongan cina adalah merupakan perniaga dan tentulah melibatkan import dan eksport.Golongan ini lah pencetus kpd masalah rasuah yg brleluasa dikalangan golongan kastam yg kebanyakan pekerjanya beragama Islam.
    4.Kita bersyukur SPRM berjaya melaksanakan tugasnya bukan shj menyelamatkan negara malah bg pekerja Kastam maanfaatnya besar diakhirat kelak.
    5.Kesimpulanya kes Beng Hock bukan masalah rasuahnya dan membunuh diri tetapi sikap kerajaan memerangi rasuah tidak disukai kaum cina.
    6.Berbeza dgn kes sarbani bangsa melayu kerana masyarakat melayu lebih melihat dari sudut rasuah perlu diperangi...jadi bagi mereka yg bergerak di bawah bendera PAKATAN berhati2 lah dengan sikap bangsa cina yg tidak ada konsep halal dan haram.
    7.Penyokong PAS perlu sedar politik Cina, ingatlah walaupun mahkamah menetapkan kes beng hock bunuh diri sekalipun dan bersetuju ianya bunuh diri tetapi yg dinilai adalah cuainya SPRM menjaga si mati.Cuainya bukan pokok persolan tetapi rasuah jangan diperangi .Perlu dingat bukan pegawai kastam yg kaya sangat tetapi penipu2 inilah yg paling kaya dan meragut hasil makhsul negara.
    8.Orang Melayu yg bekerja dgn kerajaan tidak dapat lari untuk menipu LHDN berbanding golongan perniaga penipuan yg terang2 bukan susah utk menulis rugi hanya sekadar pemadam dan pensil.
    Bolehke orang melayu yg bekerja dgn kerajaan buat begitu?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Dr.,
    Saya amat sekali tidak bersetuju dengan beberapa pengumuman dan pemberian oleh kerajaan kepada sekolah Cina. Lebih-lebih peruntukan yang diberikan amat besar sekali. Perpaduan perlulah di didik sejak kecil. Kalau diri sendiri dah terasing dan bercampur gaul dengan sebangsa, susah nak wujudkan perpaduan. Patutnya kerajaan tegaslah sikit. Ini hendak mengambil hati satu kaum, semua hendak diberi. Perkasakan sekolah kebangsaan. Harap Dr. dapat sampaikan kepada PM kita.

    ReplyDelete
  23. Dato'

    Undi kaum cina ini menarik sekali. Nak dikata pengundi cina tidak mendapat keuntungan dari kerajaan barisan nasional amat salah sama sekali. banyak yang telah dinikmati oleh kaum cina, yang mereka masih ingin perjuangkan ialah menghilangkan hak istimewa orang melayu. selagi itu tidak diberikan, mereka akan terus mengundi pembangkang.
    dan sekiranya diberikan juga, mereka akan terus menyokong pembangkang kerana matlamat akhirnya adalah penguasaan politik di tanah air.. ini fasa kedua.. yang harus dicapai dalam 50 tahun selepas fasa pertama ( 50 tahun lepas merdeka).. samada kita akur atau kita menentang. kalau menentang, negara kita akan menjadi begini la kucar kacir sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  24. Bisina Tarat: kami org dayak dlm SUPP sentiasa maju ke depan tiap masa sebab sebelum ambil sebarang tindakn selalu 'ukur baju di badan sendiri' isu yg berbangkit. so far mo mantai, majoriti dr kami amalkan 'you scratch my back & i scratch your back too.' Win, win situation bah

    ReplyDelete