Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, May 23, 2011

Inflasi: Kerajaan Buat Rakyat Pening Lalat

1. Seperti yang dijangkakan Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan ini sekaligus menaikan kadar pinjaman asas. Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat yang membeli rumah dengan cara pinjaman.

2. Beberapa hari kemudian Gabenor Bank Negara menyatakan kenaikan inflasi adalah akibat kenaikan harga kos pembuatan terutamanya kenaikan harga minyak. Jadi ramai rakyat biasa di bawah jadi pening lalat mengapa Bank Negara perlu naikkan OPR dan BLR jika inflasi berlaku bukan disebabkan lebihan permintaan dan lebihan wang dalam pasaran. Rakyat biasa yang bukan pakar ekonomi tertanya-tanya bagaimana kenaikan OPR dan BLR boleh membantu mengurangkan kos pembuatan terutamanya kos bahan api atau kos tenaga sekaligus mengurangkan inflasi.

3. KDNK Malaysia suku tahun pertama yang diumumkan hanya berkembang pada kadar4.6 peratus. Ini di bawah sasaran tahun ini pada sekitar 5.5 - 6 peratus. Maknanya inflasi bukan disebabkan pertumbuhan ekonomi yang terlalu cepat. Malangnya, Bank Negara masih menggunakan cara lama untuk mengawal inflasi. Mungkin ada sebab Bank Negara naikkan kadar faedah, tapi majoriti rakyat tidak faham. Yang saya khuatir tindakan Bank Negara berterusan menaikkan kadar faedah bukan sahaja akan gagal mengawal inflasi malah mungkin akan menyebabkan kemelesetan pertumbuhan ekonomi.

4. Kalau baca akhbar The Star beberapa minggu lalu banyak kritikan terhadap tindakan Bank Negara ini dan hampir kesemuanya bersetuju tindakan Bank Negara menaikkan OPR dan BLR adalah tindakan tidak masuk akal. Mungkin semua yang menentang salah kerana kami tidak pandai ekonomi macam Gabenor Bank Negara. Kalau ada penjelasan logik cubalah berikan kepada rakyat, janganlah buat bodoh sahaja.

5. Rentetan masalah inflasi ini juga, beberapa Menteri mengakui inflasi di Malaysia agak serius. Mereka juga mengakui inflasi sekarang ini disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Yang anehnya mereka juga menyatakan kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol RON 95 bagi mengurangi subsidi kerajaan.

6. Jadi kita yang dibawah ini bertambah keliru. Kerajaan kata inflasi berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan kata mahu kawal inflasi. Tapi dalam mahu kawal inflasi kerajaan mahu kurangkan subsidi petrol. Kalau ikut logiknya, pengurangan subsidi petrol ini akan tingkatkan harga petrol dan barangan sekaligus tingkatkan inflasi.

7. Baru-baru ini juga Makmal Rasionalisasi Subsidi umumkan pengurangan subsidi gula. Harga gula pun naik. Kalau sudah harga gula naik, susah juga nak halang pengusaha jangan naikkan harga minuman mereka. Kerajaan kata pengusaha jangan cari untung lebih dengan naikkan harga minuman.

8. Kita pun setujulah dengan pandangan kerajaan kalau kenaikan tersebut kecil. Namun jika telah dua kali harga gula naik (sebanyak 40 sen secara keseluruhannya) kerajaan masih tidak benarkan pengusaha naikan harga minuman susah juga. Kalau pengusaha kedai minuman mungkin boleh lagi, tapi kalau pengusaha Industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar susahlah mereka. Kenaikan sedikit sahaja sudah boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kenaikan kos gula mereka.

9. Pengusaha pun rakyat juga. Mereka pun pening juga. Kerajaan tidak benarkan mereka naikkan harga tapi kerajaan sendiri tak mahu rugi, sebab itu kurangkan subsidi. Jadi pengusaha jangan buat untung, kerajaan pula yang hendak buat untung?

10. Dulu saya cadangkan supaya ditutup sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana yang dibuat bukannya rasional sangat kepada rakyat. Makmal ini harus melihat isu subsidi secara keseluruhan bukannya secara berasingan.

11. Misalnya kita kata petrol dan gula kita murah berbanding negara jiran. Tapi di negara jiran kita pula harga beras, ikan dan sayur-sayuran jauh lebih murah dari negara ini. Kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kenalah juga hapuskan dasar mengawal harga untuk barangan lain yang boleh didapati murah dari negara jiran.

12. Tidak bolehlah satu keadaan kita hendak kurangkan subsidi hingga menyebabkan barangan jadi mahal, tapi ada barangan kita boleh dapat dengan murah dari luar, kerajaan pula kawal. Memang benar kerajaan perlu lindungi industri tempatan. Rakyat boleh faham jika hak mereka juga dilindungi melalui skim subsidi sedia ada. Yang rakyat tidak faham ialah kerajaan tidak mahu beri subsidi untuk barang mahal tapi kawal barang murah sehingga jadi mahal.

13. Sepatutnya makmal rasionalisasi subsidi buat polisi mengurangkan subsidi yang rasional kepada rakyat. Tapi yang terjadi hari ini ialah makmal ini buat pengurangan subsidi ikut rasional mereka sahaja.

14. Namun yang paling tidak rasional ialah apabila kerajaan cakap nak turunkan inflasi tapi tindakan kerajaan hanya meningkatkan inflasi sahaja. Ini yang benar-benar buat rakyat pening lalat.

92 comments:

  1. NAMPAKNYA KERAJAAN MASIH MENUTUP SEBELAH MATA..

    ReplyDelete
  2. Dia jadi lebih fenin bila kerajaan sorok pula apa yg kerajaan plan nak buat dengan dana penjimatan drpd hasil pengurangan subsidi ini.

    Kalau jimat 10 bilion, kerajaan mahu buat menara tertinggi lagi satu kot. Eh bukan...itu projek pnb.

    Buat makmal lagi satulah...

    ReplyDelete
  3. Satu artikel yang menarik Datuk Seri..Tanda-tanda kejatuhan kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang semakin jelas..rakyat bukan buta untuk memerhati keadaan semasa..rakyat perlu dibantu dan bukan terus disusahkan..yang susah semakin susah..

    ReplyDelete
  4. Dato seri..tolong sampaikan mesej anda kepada Dato Najib....saya pun dah tak mampu nak tanggung beban hutang loan bank sebab kenaikan BLR ni..jgn sampai jadi thn 2008 sudah la yer....klu minyak naik julai ni, confirm bukan rakyat yg kerajaan dahulukan, so saya terpikir kenapa perlunya saya mengundi BN klu anda tidak mengutamakan kami...

    ReplyDelete
  5. Tapat sekali apa yg DRKT kata tu..tapi yg peliknya kenapa tiada pemimpin yg nak ambil serius perkara ni? Rakyat sudah semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikan harga barang keperluan, perkhidmatan dll. Lepas ni GST lagi..kesannya rakyat kebanyakan yang semakin terhimpit dan sengsara. So apa gunanya kami memilih pemimpin sebegini kalau keluhan rakyat langsung tidak mahu didengari!! Harap keadaan akan bertambah baik.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Phening Lalat mmg cam tu.

    ReplyDelete
  7. "Kerajaan" mudah lupa..... (ni yg PR suka....)

    ReplyDelete
  8. menteri pon dah pening lalat...buat statement slalu tukar2....

    ReplyDelete
  9. Hantar saya memorandum ini kepada makmal rasionalisasi untuk dikajiselidik bukannya dihebahkan kepada rakyat yang tidak faham untuk dibuat analisa, sekiranya dimanipulasi oleh musuh mereka akan mendapat modal berniaga politik tanpa perlu memerah otak, nila kata nak tunjuk pandai tapi tak kena gaya...

    ReplyDelete
  10. terima kasih. artikel yang membawa suara hati rakyat.

    ReplyDelete
  11. pandangan yang sungguh bernas,tapi DS Najib tahu ke !

    ReplyDelete
  12. ya saya bersetuju dengan pandangan saudara khir toyo, rasanya gabenor bank negara kena jelas dengan terperinci kerana rakyat sekarang sudah bijak menilai.

    ReplyDelete
  13. Sy amat setuju cadangan DS untuk tutup Makmal Rasionalisasi Subsidi. Malah Menteri Makmal itu sendiri perlu ditamatkan perkhidmatannya yang merosakkan struktur ekonomi Malaysia ni. Dia lebih sesuai buat jala tangkap ikan saja...

    ReplyDelete
  14. Rakyat Papa Kerdana...

    Gaji RM 5 ribu sebulan pun terkial kial nak survive..inikan pula golongan majoriti pekerja Kerajaan @ swasta yang range salary hanya dalam RM 1200 sehingga rm 3 ribu nak hidup !

    Bayang kan bagaimana dengan pakcik, makcik yang tidak bekerja untuk menyara hidup.

    Rakyat Malaysia Papa Kerdana !

    TQ..

    ReplyDelete
  15. malaysia sudah takda pemimpin yg cekap. sepatutnya kekayaan negara diagihkan dgn adil.salah satunya cara pengagihan melalui subsidi. kemana hilangnya semua duit rakyat selama ni ya? perlu diingatkan bahawa salah satu golongan yang dijamin masuk syurga ialah pemerintah yang adil.

    ReplyDelete
  16. mansuhkan saja makmal rasionalisasi subsidi, bukan nak bantu rakyat,tapi nak tolong kuburkan Barisan Nasional ja PRU13 ni.

    ReplyDelete
  17. saya semakin tidak yakin dengan kerajaan sekarang... plz do something laa

    ReplyDelete
  18. Apakah pakar-pakar ekonomi disekeliling PM itu sokong yang membawa rebah. Siapa mereka ini yang SEBENARBYA.........

    ReplyDelete
  19. Dr,
    kerajaan jangan hanya melihat pengurangan tanggungan subsidi. Sebaliknya kerajaan perlulah lihat kepada kawalan pembaziran juga seperti Dari segi kos-kos projek; perbelanjaan agensi Dan kakitangan kerajaan. Khidmat pegawai kerajaan yang sudah bersara juga hendak tidak dilanjutkan secara kontrak terlalu lama.
    Kita lihat banyak berlaku pembaziran Dari segi kesesuaian perlaksanaan Mega untuk menjayakan Tranformasi Ekonomi. Projek-projek seperti ini amat diperlukan tetapi Dari segi majoritinya perlulah Dari pelaburan swasta. Apa rakyat bawahan peduli dengan Mega projek sedangkan kehidupan harian mereka begitu daif.

    Sebab itu parti pembangkang PR boleh bertapak lebih kukuh sebab mereka berani memberikan harapan pada Rakyat walaupun kita semua ketahui adalah pembohongan semata-mata. Tetapi rakyat tidak kisah kerana harapan bohong adalah lebih menyenangkan hati daripada mendengar rintihan tanggungan subsidi kerajaan.

    Memang banyak subsidi disalahgunakan tetapi biarlah ditangani secara berhemah. Contohnya, pembatalan subsidi kepada Haulier adalah tepat kerana banyak yang jual minyak diesel diluar. Begitu juga subsidi bit nelayan hendaklah ditukar kepada sistem yang lebih effician. Kalau tidak berlakulah perbuatan menjual minyak diesel di perairan negara tetapi tangkapan ikan dibawa ke darat tidaklah sebesar mana.

    Rakyat keliru

    ReplyDelete
  20. kerana terlalu mementingkan kecemerlangan diatas teori rakyat dijadikan tikus putih

    ReplyDelete
  21. Salam,

    KERJAAN DAH LAMA BUAT MACAM NI, TAMPA DISEDARI MENTERI-MENTERI BERKENAAN TERBAWA-BAWA DENGAN RENTAK PENIAGA CINA. HARGA BARANG KALAU NAIK TINGGI MACAM MANA PUN ORANG CINA TAK KESAH SEBAB EKONOMI MEREKA KUKUH. YANG MENJADI MASAALAHNYA IALAH EKONOMI ORANG MELAYU MARHIN TERSANGAT LEMAH.

    KERAJAAN NAK JAGA HATI CINA TERPAKSA GADAI MELAYU. BROVO DR... ADALAGI KA?? TOLONG KELUARKAN JANGAN SIMPAN. MENTERI-MENTERI SEMUA DAH ADA DALAM ZONE SELESA. TUNGGU PR13 NANTI. KITA TENGOK DEPA NAK SELESA TERAMANA.

    ReplyDelete
  22. kerajaan mungkin nak tertunggeng 360 dalam PRU 13 kali ini kot... Degil tak sudah2... no lesson learn a.k.a stupid.

    ReplyDelete
  23. Rakyat dipaksa menerima keperitan tetapi Orang Atasan Kerajaan hidup senang-lenang. Nasib generasi muda masa kini semakin terhimpit dengan bebanan hutang yang terpaksa mereka bayar. Baru nak mula hidup tapi dah banyak hutang. Sebab itulah ramai generasi muda yang muflis..:(

    ReplyDelete
  24. saya harap doktor dapat terus mendesak agar mereka2 yg berkuasa mencari kaedah terbaik untuk rakyat...!

    apa yg saya fikir....

    apakah yg sebenarnya berlaku dan cuba dilakukan oleh mereka2 yg diberi kuasa ?

    ReplyDelete
  25. Tutup saja Idris Jala dan Zetti. Dua-dua buat pening kepala.

    ReplyDelete
  26. Dr Khir, samada kerajaan lupa atau saja buat lupa. Dalam keadaan sekarang rakyat hendak di suruh rasional sedangkan kesempitan hidup bukan saja dikampung bahkan di bandar yg semakin banyak orang miskin.

    Makin pening dibuatnya bila makmal rasionalisasi subsidi memberi cadangan kerana kayu ukur mereka tak pernah sampai kebawah

    ReplyDelete
  27. Salam Dr Khir,
    Ada beberapa perkara yang kritikal di sini iaitu Inflasi dan KDNK Negara.

    Untuk mencapai KDNK pada tahap yang telah diunjurkan adalah sebagai satu asas untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi mana-mana negara sekalipun.

    KDNK ini merupakan suatu angka yang boleh diperkirakan melalui perkembangan industri, perniagaan, perumahan, FDI dan sebagainya sebagai contoh.
    Selaras dengan itu inflasi juga mengekori rapat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi tersebut.

    Dalam konteks yang telah dikemukakan oleh Dr, ialah perimbangan diantara menaikkan kadar asas pinjaman, inflasi, subsidi dan KDNK.
    Ditambah lagi dengan keadaan global pada masa ini yang tidak seimbang sebagai contoh, Krisis di Timur Tengah dan ketidaktentuan ekonomi Amerika dan Eropah.
    Sehubungan itu, Makmal Rasionalisasi Subsidi ini harus mengambil berbagai pertimbangan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Sekiranya dibuat berdasar kepada "political interest" sememangnya tidak wajar untuk menarik semula subsidi yang telah diberikan.
    sekiranya pertimbangan dari sudut "Bisness Interest" adalah perlu untuk menguranginya.

    Tetapi sesuatu yang agak ganjil apabila Bank Negara menaikkan kadar OPR & BLR pada masa ini untuk mengekang inflasi yang semakin meningkat.

    Apabila kedua kadar ini dinaikkan, pastinya sulit untuk mendapat pinjaman bagi pembiayaan perniagaan dan sebagainya dan sekaligus akan menyumbang kepada penguncupan KDNK.

    Diharap ada tangan-tangan tertentu yang dapat menilai keadaan dan mengawalnya.

    ReplyDelete
  28. SALAM DATO.. KERAJAAN SEBENARNYA TAK PANDAI URUS EKONOMI. LA NI TIAP2 MALAM KELUAR MUKA MENTERI KPDNKK DALAM BERITA TV. MELUAT TENGOK MUKA DIA YANG BERCAKAP TENTANG PENGURANGAN SUBSIDI. KAMI RAKYAT MISKIN TAK PAHAM APA YANG DIA KATA. PERNAH KE DIA TURUN KT BAWAH DENGAR SENDIRI MASALAH RAKYAT DENGAN HARGA BARANG YANG MAHAL SEKARANG NI??

    ReplyDelete
  29. Siapakah yang akan menerima keuntungan dari jumlah kenaikan bayaran balik pinjaman perumahan saya? Yang pasti saya amat tertekan dengan kenaikan ini.

    ReplyDelete
  30. Diharap PM kita cepat sedar masalah ini. PRU tak lama lagi. Kalau perkara ini berterusan, saya bimbang PM akan bertukar ke pihak lain. Sungguh bahaya. Strategi mesti betul.

    Semak balik siapa yang menganggotai Makmal Rasionalisasi Sabsidi, malah pegawai Bank Negara. Bimbang mereka itu ada muslihat tertentu. Mungkin mereka di pihak pembangkang!! Mungkin juga, siapa tahu, musuh ada di dalam selimut pun!!!

    ReplyDelete
  31. nampak kerajaan masih belum sedar.salah satu pilihanraya 2008 undi protes terjadi disebabkan rakyat sudah tidak tahan dgn peningkatan kos sara hidup yg makin tinggi tetapi pendapatan rakyat tidak naik2.macam mana nak bertahan.sudah2 la nak canang isu pembangunan setiap kali pilihanraya.sekarang ni rakyat hendak hidup dlm keadaan tidak tertekan mcm zaman tun m

    ReplyDelete
  32. klu baca paper hari ni, statement dr peter chin bgtau kptsan kenaikan tarif elektrik akan diketahui esok selepas kabinet meeting..nak naik lgke tarif?hari tu gula, RON97 dah naik..klu naik maknanya BN akan bungkus PRu13..

    ReplyDelete
  33. sebagai single mom yg hanya menjana sumber pendapatan as home base cake maker, kenaikkan gula hatta 10sen pun dah cukup buat saya terbeban!

    ReplyDelete
  34. Datuk, jangan tunggu-tunggu lagi. Datuk sendiri jumpa YAB dan bentangkan kepada beliau masalah y ang serius ini. Mohon YAB PM kita ambil immediate action. Kalau masalah dan keadaan rumit ini tak di selesaikan segera, saya yakin sangat "Bye-bye BN pada PRU 13.

    ReplyDelete
  35. Dr,
    kerajaan patut menubuhkan satu unit 'Price Stabilizer Unit' untuk menstabilkan harga barang pengguna di pasaran. Barangan yang lebih murah di luar negara perlulah di out source supaya harga Akan terkawal. Misalnya harga ayam atau beras. Memanglah industri tempatan perlu dilindungi tetapi jika kos menghasilkan dalam negeri adalah terlalu tinggi maka adalah lebih bijak ianya diimpot.

    Hentikan projek Mega Dan sebaliknya galakkan IKS. Kemudahan pinjaman Dan pengecualian cukai atau subsidi perlu diberikan jika harga bahan mentah adalah mahal. Projek mega secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga bahan khususnya mengancam industri pembinaan Dan perumahan.

    Anugerahkan tanah kerajaan secara percuma kepada pemaju perumahan tetapi harga rumah dikawal. Mereka hanya boleh dapat keuntungan projek management fee. Kemudahan infra dibuat oleh JKR; JPS; Syabas dll lagi. Kos pembinaan dapat dikurangkan dengan drastik.

    Biar pandai tapi jangan memandai.

    Lepas ni Dr pasti dilabelkan menentang kerajaan tetapi sebenarnya hakikat adalah Dr hanya menyuarakan keluhan rakyat. Ramai pemimpin BN diluar yang memahami senario ini tetapi mendiamkan diri. Nak Play Safe tapi kemudian BN hancur. Adat kita sayangkan anak tangan-tangankan Dan sayangkan isteri tegur-tegurkan. Kerajaan hancur bila terlalu ramai pembodek.

    Syabas Dr. Berani Berubah

    ReplyDelete
  36. Kenapa cina xkesah, sebab diaorg wat bisnes sndri, kurang sgt bergantung kpd kerajaan...Cuba la ubah mentaliti sket, cuba la wat bisnes, jgn harapkan kije kerajaan je...Ni kang skolah tak tinggi nak gaji besor2. Pastu merungut gaji kecik...Kije gov ni melatih kita jd malas utk berusaha...(bkn nk mengata, tp reliti). So, sedarlah bangsa-bangsaku, bangkit majukan diri, cuba la dulu..Belum cuba belum tau.. Jgn salahkan kerjaan je, diri sndri yg takde usaha. Kalo yg dah kije gov tu wat2 la part time jual burger ke kan ptg2....HALAL tu.....NAnti dah kaya, brenti kije gov, bg pluang kat org lak isi jwtn tu, baru la adil...Pikir la sket, ramai lg yg susah wahai pekerja gov

    ReplyDelete
  37. Sudah la harga rumah naik tak masuk akal..la nie BLR pulak naik..makin bertambahlah ansuran bulanan..semua benda nak naik sekarang..aduhh..tertekanyaaa....tolnglah buat sesuatu yang blh membela nasib rakyat..

    ReplyDelete
  38. Terima Kasih atas informasi ini.Betul juga kata YB.Paling ditakuti ada dalam JK Makmal yang memberikan nasihat yang salah macam masa YAB Pak Lah dulu......kesannya BN telah tumbang di beberapa negeri

    ReplyDelete
  39. Bagi menangani masalah tersebut, kerajaan hendaklah meningkatkan hasil pendapatan negara. Antara langkah yang boleh dipertimbangkan adalah menaikkan cukai yg bukan keperluan utama seperti roko,arak, hiburan dan lain - lain yang sewaktu dengannya.

    Mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang serta opr dan blr jelas akan membebankan rakyatdan meningkatkan kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus memberi bola tanggung kpd PR. Apabila rakyat tertekan, mereka akan termakan pujukan anuwar n the gang dan akhirnya tumbanglah BN setrusnya melingkuplah negara. Memang benar kebanyakan org bumiputera sudah keluar dari kepompong kemiskinan dan kini tinggal didalam golongan pertengahan. Tetapi apabila kuasa beli golongan pertengahan semakin berkurangan mereka akan kembali semula kepada golongan miskin.

    Selain drpd itu, kerajaan hendaklah mengatasi masalah kebocoran pendapatan seperti isu kastam baru2 ini. Jika masalah ini dapat diatasi pendapatan negara akan meningkat berkali ganda dan menggunakanpendapatan tersebut untuk membiyai subsidi.saya kasihan melihat blogger2 pro bn yang berhempas pulas menaikkan sokongan rakyat kpd kerajaan tetapi kerjaan sendiri yang menjatuhkan imej dan sokongan kpd rakyat.

    Inilah bahana kalau PM datang dari keluraga bangsawan tidak seperti TunM yg dtg dari kumpulan pertengahan dan sederhana, oleh itu beliau lebih dekat dan memahami masalah rakyat. Selain daripada itu Pegawai2 tinggi kerajaan, penasihat2 ekonomi dan golongan2 eksekutif bumiputera yang berjaya hasil drpd polisi dan bantuan kerajaan sudah lupa diri dan fikir org melayu yg lain mereka tidak seperti org cina yg sentiasa memikirkan membantu bangsa mereka.

    ReplyDelete
  40. stuju minyak dinaikan tetapi mintak junamkan harga
    ayam, ikan, susu,rumah...

    ReplyDelete
  41. 3 bulan dulu harga Susu Pekat manis F&N nk buat teh tarik kat rumah..RM2.90 hari ni dah RM3.20 kicap manis HABHAL nk buat mee goreng kat rumah, dulu RM3.60 sekarang dah RM4.00... memang parah lah harga barang naik menggila sekarang..Parah! Parah! mmg betul lah undi BN = BARANG NAIK

    ReplyDelete
  42. Bosanlah dgn kerajaan Barang Naik ni... pi amek menteri yang kononnya pakar ekonomi tp langsung tak tau kesusahan rakyat. Kerajaan nak kaya, jimat tu jimat ni tarik subsidi sana sini tp rakyat dibiarkan terpinga2.
    Lepas tu tuduh pembangkang guna taktik halus nak jatuhkan kerajaan pdhal kerajaan yang lupa diri. Undi rakyat nak tapi hati rakyat tak tau jaga.

    ReplyDelete
  43. buka AP import byk sikit....baru ada saingan dgn pembekal....ini dia yg control semua apa crita....!
    kita pembeli lah yg merana...!

    ReplyDelete
  44. NAMPAK MACAM SENGAJA GOLONGAN TERTENTU NAK JAHANAMKAN KERAJAAN DENGAN MENAIKKAN HARGA BARANG-BARANG SESUKA HATI. TANYA TENGOK SIAPA YANG KUASAI HARGA SEKARANG. PERNIAGAAN SIAPA YANG KUASAI. KALAU RAKYAT DAH MUAK DAN TAK SOKONG KERAJAAN SIAPA YANG UNTUNG. AKHIRNYA MEREKA GASAK SEMUA, EKONOMI DAN POLITIK. DAH 50 THN LEBIH MERDEKA KERAJAAN TIDAK UBAHSUAI STRATEGI ZAMAN PENJAJAH. APA KERAJAAN BUAT DAH BETUL TAPI BUMIPUTRA TAK SEDAR DIRI, BARU NAIK KELAS MENENGAH SIKIT DAH LUPA DIRI, ASYIK MENGUTUK SESAMA SENDIRI. SEPATUTNYA BERUNDING UNTUK MEWUJUDKAN PEMBORONG-PEMBORONG BUMI YANG BERKUALITI DAN PELBAGAI. CONTOHNYA, PULAU PAYAR MILIK KEDAH TAPI SIAPA YANG KAUT UNTUNG? PENGUSAHA PELANCONG AMBIL RM220 SEORANG, KERAJAAN DAPAT RM 5 UNTUK CUKAI. FERI LADA TAK BOLEH JALAN DIBAWAH LADA TAPI MAJU DI BAWAH SYARIKAT FERI LAIN.BEGITULAH SENARIO APA YANG BERLAKU. GAMBARAN BESARNYA NANTI MUNGKIN BERLAKU KE ATAS NEGARA. JADINYA KALAU DAH NAMPAK PUNCA BARAH DAN PENYAKIT KENALAH BERUBAT. PAKAR EKONOMI BINCANGLAH ELOK-ELOK. SUBSIDI BAGILAH KPD ORG2 MISKIN YANG PERLUKAN, BUKAN GRED 41 DAN ORANG ASING PUN DAPAT SUBSIDI. KERAHKANLAH PEGAWAI2 DIJABATAN TERTENTU UNTUK TURUN BAWAH BAGI KUPON SUBSIDI KPD MEREKA MENGIKUT PENDAPATAN ISIRUMAH MEREKA. KAN DAH BANCI HARI TU? BARULAH KERAJAAN DAPAT BERI BANTUAN YANG TEPAT DAN BUAT PROGRAM UNTUK PERBANYAKKAN USAHAWAN BORONG MUSLIM. BOLEH JADIKAN MASJID SEBAGAI KOPERASI DAN PUSAT KEGIATAN EKONOMI. BARULAH DAPAT IMARAH MASJID SAMA. PENDEKNYA, JIKA SAMA-SAMA DUDOK BERBINCANG, SUSAH PUN KAN JADI SENANG, RISAU PUN JADI GIRANG. WALLAHU A'LAM.

    ReplyDelete
  45. Pada dasar & hakikatnya ada kebenarannya nukilan DS pada kali ini..Sebenarnya banyak perkara disebut,dikaji & dilontarkan kpd pemerintah tapi ianya sekadar igauan je pada mereka..DS pun tahu bagaimana cara depa bekerja & buat keputusan kan?..Cerita inflasi,kenaikan petrol,gula dll ni memang cerita berulang.2 dan ianya memang dijadikan global weapon/propaganda sementara/bermusim..ni namanya propaganda secara paksa..pendapat saya agak mudah dlm hal ini.."walaupun perkara.2 di atas terpaksa terjadi tapi jika sekiranya keadilan terhadap rakyat diutamakan insyallah depa akan berdiri tapi rakyat la ni merungut,merintih..contoh yg mudah..kalulah dapat dilaksanakan cadangan ini saya yakin depa akan kukuh..contoh ada 3000 kontraktor A bumiputera & 5000 non bumi..kerajaan panggil berperingkat nego harga projek dlm lingkungan rm10juta (pastikan GP=30%) 100 kontraktor utk rm1b budget,tahun kedua ulang..ulang..ulang pada yg balance..jadi semua dapat..ini tidak rm1b diberi pada 1 sykt saja..serupa jugak praktiskan kontraktor class lain..rm1b cuma 1 company yg kaya,100 co miskin..ni bukan sistem komunis tapi cara ini adalah cara Rasulullah..saya rasa stop je lah kerja.2 rasuah ni sbb akan merosakkan keluarga,keturunan & lebih penting muka kita ni pasti dihadapkan ke pengadilan Allah SWT..PASTI..Tak payah kita sebut depa org pkr,dap,pas,umno dll..ni semua cakap emosi..Kita rakyat Malaysia patut dan harus mendapat sedikit dari sisa kek ekonomi..ni tidak depa pulun kot suka..kami sedar dah lama depa ketawa..kami puaslah tender class e & f sampaikan ada melayu yg tinggalkan kawan,gaduh dgn kawan pasal tender..50 kontraktor masuk tender,1 org je yg dapat..(org ni telah disetkan dapat)..apa ni semua??? DS pun tau benda ni kan?..Jadi bila kita terkena,kita akan cakap ikut tajuk yg akan mendapat simpati rakyat..bukan cara mcm tu..kalau mau ubah kenallah tackle dari benihnya bukan dari pucuknya..contoh kerajaan selangor yg baru ni..memang takda banyak yg depa dpat buat utk penggal ni..masa bn dulu pun rakyat selangor tak dpt apa.2,bila kerajaan baru pun sama tapi cuma rakyat fikir apa depa dpt walaupun skit...AIR murah..kat sg buluh tak payah bayar,kat sekinchan org kampung suka hati..benda.2 mcm ni yg touch..anak lahir kat slagor masuk u dpt RM1k..bayangkan lah org kampung mesti depa senyum..memang sapa.2 pun takkan dpt puaskan hati semua org tapi jgnlah pulak buat rakyat benci pulak..10 thn kami berjuang utk mendapatkan kontrak kerajaan dlm class A..dah banyak duka kami lalui & faham benar cara depa..bukan kami minta tolong utk kami seorang tapi depa kenalah rangka secara adil lah pakej ekonomi tu..bukan ikut suka depa..kami tidak menuduh sama sekali cuma rasa terkilan sangat sebagai anak kelahiran di bumi bertuah Malaysia ini tiada peluang langsung..maka terpaksalah kami berjuang di sektor swasta yg kadang.2 tak menjamin pembayaran..apa boleh buat?..dan kami ditipu..ini sebagai contoh dari pihak kami..ramai sebenarnya bernasib seperti ini..Jadi tak payahlah kita besar.2 kan isu inflasi,minyak naik,ayam naik,gula naik dll..bila masa sampai nanti depa akan turunkan..percayalah.

    ReplyDelete
  46. BN merancang gila jatuhkan anwar,tuhan juga merancang.pemimpin2 BN macam dah tak tentu akal mentadbir negara skrg ni.....biarkan pemimpin2 mendongak,mendongak dan mendongak.biarkan rakyat tunduk,tunduk,tuntuk sampai tahap tak mampu angkat muka....sampai masa dan ketika tuhan akan melaksanakan hukumannya.

    ReplyDelete
  47. mintak semua peminpin sedar ..dulu slogan nak rasai denyutan nadi rakyat ...bagaimana nak rase kalo makin hari tekanan demi tekanan dtg ..ramai la..lepas nie rakyat akan pilih jalan singkat utk menghadapi tekanan ini..yg buat bisnes akan pinjam Along,kakitangan kerajaan mula pecah amanah atau rasuah ,rakyat yg x pandai curi besi akan mula curi tiang menara tnb utk menyara kehidupan ...saya berharap agar pemimpin sekrg sedar bencana ekonomi nie akan merosakan negara kiter kalo pemimpin tak sedar lagi maka tsunami politik 2008 akan berulang,ingat tsunami 2008 hanya hilangkan 2/3 parlimen dan jgn sampai tsunami akan dtg membuat pemimpin yg ada berada di kerusi kerajaan berada di kerusi pembankang ..

    ReplyDelete
  48. Saya berharap harga minyak RON95 jangan dinaikkan. Kalau dinaikkan juga, insyaAllah BN akan tumbang. Jangan salahkan rakyat. Minyak punca segala kenaikan harga barang.

    ReplyDelete
  49. Masak la BN kalau naik harg minyak. Only those understand F. Hayek, Lord Keynes, Paul Krugman and etc would understand the underlying reason and justifications on reduction of subsidy.

    ReplyDelete
  50. Saudara Lee,

    nak angkut ayam, ikan & susu tu pakai apa? kereta lembu ke?

    ReplyDelete
  51. Agaknya masih ada lagi sisa-sisa sang punahsihat yang cuba mensabotaj kerajaan,mungkin. Hanya disebabkan sang punahsihat ini, rakyat akan memberikan persepsi yang salah kepada kerajaan,khususnya UMNO. Sunguh malang,disaat melayu kembali bertaut dalam UMNO, perkara sebegini terus menrus dibiarkan. PRU13 semakin dalam perjalanan, tentu mereka2 ini sedang rancak mengatur onar. Semoga Allah sentiasa memelihara negara Malaysia ini.

    ReplyDelete
  52. Bila RON95, diesel & gas naik barang akan naik. kos untuk logistik akan naik.

    ReplyDelete
  53. DS, tolong maklumkan kepada YB PM rintihan rakyat ni... Inikah KPI pemerintahan DS Najib, berangan membina Negara berpendapatan tinggi... tapi dengan mintak duit dari rakyat. Negara berpendapatan tinggi untuk siapa.... DS Najib maklumkan, sehingga kini hasilnya dah nampak, tapi pendapatan rakyat makin menurun sebab barang dan tax naik....

    Tutup segera Makmal Rasionalisasi Subsidi yang membawa rebah tu sebelum BN kalah PRU 13... Nak buat makmal ni pun dah berapa banyak duit rakyat dikorbankan.

    ReplyDelete
  54. Bukannya rakyat tak mahu undi BN, tetapi menyampah dengan semua pendakatan yg tak menguntungkan rakyat. Rakyat sememang sedar PR bknlah altenatif yg baik, tetapi itu adalah pilihan terbaik sebagai tanda protes terhadap kerajaan BN.

    Jadi siapa yang rugi? sememangnya rakyat. Ini semua adalah kerana kerakusan kerajaan & pemimpin2 BN menjalankan dasar/pendekatan demi kepentingan tertentu/peribadi tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

    Jadi jgn salahkan PR jika BN tumbang, pendekatan kerajaan & pemimpin2 BN itu sendiri lah yg harus dipersalahkan. Apa yang pasti, rakyatlah yg rugi & menjadi mangsa, tak kiralah BN atau PR yg memerintah selepas ini.

    ReplyDelete
  55. PANDANGAN YANG BAGUS .. DATO' SERI MOHON LINK BLOG SAYA DI BLOG DATO' SERI. TQ

    ReplyDelete
  56. siap nak pegi wembley nengok bola duit sendiri atau duit rakyat kalau duit sendiri dari mana sumber rasuah. eh apa aku merepek ni .najib asyik keluar negara , oh lupa dia pm .tapi tiap2 bulan keluar negara pakai duit sendirik ye .......

    ReplyDelete
  57. Sebenarnya dah tiada apa nak di perjuangkan oleh BN untuk orang melayu..... dah tiada keistimewaan orang melayu.... jauh sangat kalau nak di perjuangkan kerana semuanya telah di samaratakan... sepatutnya kouta orang melayu dan subsudi orang melayu masih di kekalkan.... atas nama keistemewaaan orang melayu.... sekarang BN dah mengkhianati amanah yang diberi selama ini... maka ... tiada sebab untuk saya pertahankan BN lagi...

    ReplyDelete
  58. negara ini kaya sebenarnya, cuma kerajaan kita ini tidak pandai mengunakan kekayaan dengan bijak, kalau merujuk kepada Audit report , tahulah mengapa kekayan kita tidak mampu lawan inflasi dunia !

    ReplyDelete
  59. saudara saiful, silakan, tiada halangan. sama2 kita memberi pendapat kepada kerajaan untuk kebaikan kita semua.

    saudara anon (Wednesday, May 25, 2011 9:52:00 AM GMT+08:00), adalah tugas PM untuk keluar negara mencari pelaburan, membina hubungan antarabangsa untuk kemakmuran negara. Kalau asyik duduk dalam negeri sahaja nanti dikatakan PM tak buat kerja pulak.

    ReplyDelete
  60. Salam DMKT dan ahli2 lain...
    Nampak gaya ada yang 'goyang' sebab terkesan dengan penulisan DKMT...

    ReplyDelete
  61. Dr Khir,

    Betul ke rakyat akan pening bila inflasi naik?? Satu kenyataan yg kurang tepat sebab masih ramai rakyat Malaysia yg mendapat manafaat dari kenaikan inflasi.
    Kerajaan cuba mengawal inflasi, cuba kurangkan subsidi...mcm mana pulak tokey-tokey kaya yg sesuka hati menaikkan harga barang dan perkhidmatan? Amat setuju dgn "Anon Tuesday, May 24, 2011 11:15:00 AM GMT+08:00", kerajaan patut tubuh satu " 'Price Stabilizer Unit' " yg mempunyai kuasa eksekutif dlm menstabilkan harga barang & perkhidmatan.
    Gula naik 20sen sekilo, teh tarik naik 10sen secawan...kenapa rakyat tak serang Restoran mamak yg naikkan harga teh tu!! Tetap pekena teh tarik setiap pagi. Kenapa perlu salahkan kerajaan sahaja, Anda patut salahkan diri sendiri sebab menyokong mamak tu!!
    Dr, perihal pinjaman perumahan, bila BLR naik, adakah "monthly payment" akan Naik? Agak mengelirukan? Sebenarnya tiada kesan ketara keatas pinjaman sedia ada sebab BLR naik maka jumlah prinsipal+faedah akan naik, bila BLR turun, prisipal+faedah akan turun...Jadi kesannya hampir tiada. Alternatif terbaik ambil la "Islamic loan"...nampak mahal tapi untung jangka panjang.
    Yg bising petrol naik siapa?? Mesti yg pakai Merc, BMW...maklum la RON97, yg pakai proton mcm saya tak bising sgt sbb kalu naik 20sen.Contoh, 20sen x 50 liter =RM10.00. Isi minyak 4 kali seminggu baru RM40.00. Bersamaan Dunhill 4 kotak utk selama 4 hari!!!
    Sebenarnya yg bising cuma rakyat yg suka membuat bising, terutama parti pembangkang dan penyokongnya dan mereka yg tak tau hujung pangkal cerita sebenar.
    Yg kaya-raya ambil kesempatan suruh yg miskin buat bising…yg untung tetap yg kaya!! Tapi siapa kah MEREKAyg kaya raya ini?? Sendiri mau ingat la…
    Pihak kerajaan kena beri penerangan yg secukupnya dan bagi pembangkang, jgn asyik suka "provoke" rakyat! Cerita la hal yg sebenarnya.

    Lebih senang membangkang dari memerintah...Saya rasa DR telah mengalami kedua-dua nya..

    Nota kaki: Penyokong PR, boleh gerenti ke inflasi akan turun kalu dapat ke Putrajaya???

    ReplyDelete
  62. DSK, kerajaan kena faham,sudah ramai rakyat yang lebih rasional daripada pengendali makmal rasionalisasi subsidi tu. Rakyat faham apa muslihat kerajaan, sejauhmana kekayaan negara dan bagaimana pula agihan kekayaan tersebut - sekilas ikan di air, kita yahu jantan betinanya. Kerajaan telah berjaya di dalam memberi pendidikan kepada rakyat, majoriti rakyat faham politik dan muslihat berpolitik. Jadi, kerajaan kini perlu telus, setelus yg mungkin....

    ReplyDelete
  63. Dr,
    jangan rakyat salahkan peniaga Cina sahaja. Apa cerita bila pengeluar gula terbesar negara dibeli oleh Felda daripada Raja Gula Robert Kuok. Harga gula naik 40sen. Padahal pemilik sekarang agensi kerajaan.

    Harga rumah tinggi nak salahkan peniaga Cina jugak. Tengok harga pasir kat Selangor, satu Lori 10 tayar RM650 sedangkan monopoli pasir adalah Kumpulan Semesta iaitu anak syarikat kerajaan negeri. Lihat juga syarat-syarat pembangunan sekarang, pemaju bukan setakat kena bayar premium tanah yang tinggi tetapi juga perlu membina surau; tadika secara percuma untuk diserahkan kepada PBT. Kos pemaju naik sebab kerajaan tidak mahumengeluarkan duit membuat kemudahan awam sedangkan tanah dah diberikan percuma oleh pemaju.
    Pemaju juga disyaratkan membuat TNB Sub-station, tangki Dan Pam air Syabas; sewerage pond untuk IWK malah dipaksa pula membuat bayaran sumbangan perkhidmatan. Semua yang dibina menjadi hakmilik mereka Dan pemaju diminta selenggara secara percuma untuk
    setahun. Hanya kat Malaysia saja yang buat sistem ini. Keuntungan yang banyak dibuat oleh syarikat infra tersebut. Sepatutnya merekalah yang membina kemudahan tersebut sebab pemaju dah berikan tanah. Pemaju hanya diminta bayar yuran sambungan (tapping fees). Kos membina rumah jadi tinggi. Salah orang Cina juga tetapi sedangkan banyak pemaju Bumiputra serta GLC juga jual harga yang sama kalau tak lebih mahal.
    Jangan jadikan semuanya isu politik Dan perkauman. Sebab ini hanyalah untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan baik BN mahupun PR. Lihat saja isu BLR ini, pengusaha bank yang banyak untung sebab dah disediakan margin keuntungan kerana kadar faedah FD 3.2% tetapi BLR 6.6%. bersih dah Ada keuntungan 3.4% ini belum dicampur peratusan tambahan campur BLR (1.5% + BLR).
    Berniaga kat Malaysia ini memang untung sebab kerajaan dah tentukan nilai/peratusan keuntungannya. Biarkan bank bersaing memberikan kadar yang lebih rendah Dan kerajaN hanya memastikan kadar maxima BLR. Nescaya, ini Akan memberi keuntungan kepada rakyat.

    Lihat saja di Selangor, fungsi OSC (One Stop Centre) di PBT yang begitu cekap Dan kemas di zaman Dr. Sekarang prosedurnya dah diubah kepada kaedah yang lama yang sudah tentu memakan masa Dan wang. Ini juga jelas menunjukkan kegagalan polisi kerajaan. Apa kerajaan PR buat hanyalah hendak menunjukkan bahawa mereka Ada membuat perubahan tetapi realitinya bukan begitu. Fungsi Dan objektif OSC yang begitu rapi Dan efficien dikenalkan oleh zaman pemerintahan DR ditukar semula kepada yang lama.

    Kemelut kesusahan hari ini lebih menjurus kepada kelemahan pengubalan polisi kerajaan. Baik kerajaan BN mahupun kerajaan PR. Dua-dua sibuk buat political mileage sedangkan yang merana adalah rakyat biasa. Paling bagus salahkan golongan peniaga sedangkan kerajaan pun lebih teruk Dari peniaga itu sendiri.

    Rilek sajalah Dr Dan sekarang dapatlah melihat rintihan rakyat yang merana dengan lebih jelas. Mungkin itulah Hikmah yang Maha Kuasa selepas kekalahan Dr di Selangor. Menjadikan Dr, pemimpin yang celik. Syabas.

    ReplyDelete
  64. kalau dah kata kerajaan tak sangup tanggung subsidi jangan jadi kerajaan la bagi peluang orang lain pula jadi kerajaan . Macam kita la kalau nak jadi bapa kena la sangup tangung anak bini bukan lepas tangan nak suruh anak bini tangung diri sendiri

    ReplyDelete
  65. Siasat dan dakwa pengkhinat negara yang diberi 1.amanah untuk jaga sempadan,

    2.jaga lori tahan lori,

    3.jaga barang masuk bayar cukai,

    4.jaga balak jangan tebang tapi tebang.

    5.yang rampas 10 tapi diclare 8 je= 2 masuk poket.

    6.yang malas kerja tapi suka susahkan orang

    7.yang bagi permit & lesen pada yang tak layak

    Dah Berbillion RM habis camtu je....

    ReplyDelete
  66. inilah masanya kerajaan perkenalkan gaji minima
    dan memaksa majikan menaikkan gaji para stafnya
    sebanyak 30% dari gaji asas utk tahun hadapan...

    sebagai komitmen syarikat membantu bersama kerajaan dan sbg hidmat masyarakat utk
    meringankan beban pekerja..

    ReplyDelete
  67. Salam YB Dato' Seri, saya sangat menyokong kata-kata Dato' Seri berkaitan isu subsidi ini. Kerajaan hari ini adalah terbeban dengan overhead hasil dari pembentukan Kerajaan itu sendiri.

    1. Sumber kewangan disalurkan untuk membiayai kos operasi kerajaan.
    2. Dengan pendapatan yang tidak seberapa oleh Kerajaan, Kerajaan dilihat terlalu boros dengan menubuhkan banyak Agensi dan melantik Perunding dan semuanya melibatkan duit.
    3. Di Jepun, hanya ada 11 Kementerian yang menguruskan negara berbanding Malaysia yang mempunyai 26 Kementerian. dan terdapat beberapa Agensi di bawah Kementerian di Malaysia yang bertindih kuasa kerja mereka.
    4. Kita terlalu melebihkan dunia politik berbanding dunia perniagaan dan dunia luar.Sebab itulah pelabur tidak begitu berminat dengan pola pentadbiran di negara ini.
    5. Oleh itu, Dato' Seri sebagai antara pemikir muda yang berkemampuan untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya perlu memikir strategi yang lebih berkesan supaya rakyat lebih berminat untuk bekerja keras bukannya berminat untuk memainkan isu-isu sensitif dan berpolitik 24 jam.
    6. Kes-kes sebegini perlu dibendung kerana sekiranya separuh masa rakyat dinegara ini dihabiskan untuk bersembang, dfitnah memfitnah.. berapa masa sahaja yang diperuntukkan untuk bekerja, berusaha keras...demi meningkatkan kerjayanya.
    Sekian

    ReplyDelete
  68. mohon copy penyataan dato memandangankan tak ramai masyarakat yg akan masuk blog dato supaya rakyat sedar apa yg sedang berlaku di arena ekonomi negara memahami pendirian ahli umno yg tak berjawatan seperti dato dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, kemana perginya pak menteri tanpa komen , ermm mungkin komen mereka tak tersiar kot kat surat kabar sekadar dalam mesyuarat kabinet

    ReplyDelete
  69. Horay.
    Minyak tak naik buat sementara. tapi bil eletrik akan naik. hari isnin ni dia punya detail.

    ReplyDelete
  70. Salam Saudara Superlarat,

    Bukan soal mengisi minyak ke tangki minyak kereta yang saya risau bila minyak naik. tetapi kos untuk logistik akan bertambah bermakna harga barang akan naik...kebanyakan barang yang dibuat atau diimport ke negara kita banyak mengunakan transport, bila minyak naik barangan harian yang kita beli pun akan naik...itu yang lebih parah sebenarnya.

    ReplyDelete
  71. Dato' Seri,sebagai orang kampung yang tidak hidup sesenang orang bandar macam mereka yang pegang jawatan tinggi dalam membuat dasar mengenai ekonomi dan kewangan saya sangat setuju dengan pandangan DS itu.

    MRS itu patut dibubarkan segera jika BN nak menang . Mereka tu semu dah lupa dengan rakyat jelata dan orang kampung , sedangkan yang pilih kerajaan tu kebanyakannya orang kampung. Mereka tu saya rasa mengundi pun tak pernah. Sesetengahnya cakap Melayu pun tak berapa tahu (?)Cuma nasib mereka baik kerajaan sekarang ni dengar cakap mereka dan ketepikan perasaan dan masalah orang kampung. Saya bimbang BN akan tumbang lagi pada PRU kali ini. DS pernah jadi pemimpin dan asal dari kampung DS tentu tahu denyut nadi orang kampung dan rakyat jelata. Harap pandangan DS diambil kira.

    ReplyDelete
  72. Hebat Dr.. salah satu pengakuan secara tak langsung yg kerajaan mmg mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak terhadap rakyat kecil secara tak langsung, kami rakyat kecil ttp jadi mangsa kerana perbelajaan boros kerajaan seperti membayar apco utk jadi penasihat, hehe dr tak nak komen ke pasal tu?
    Salam

    ReplyDelete
  73. HARI NI MENTERI KEW 2 DAH UMUMKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK.... SAH PAK-PAK MENTERI DAH TAK PANDAI TAKBIR KEW NEGARA... CARA MUDAH, NAIKKAN HARGA BARANG DAN TARIF KEMUDAHAN INFRA. ORG KAMPONG TAK SEKOLAH TINGGI PUN PANDAI BUAT BEGINI...

    CEPATKAN PR13, TAK SABAR NAK UNDI UTK BN TUMBANG.. SANGAT KECEWA WALAUPUN DAH 50 THN JD PENGUNDI SETIA BN....

    ReplyDelete
  74. Harap Dr dapat meyertai kabinet BN dan menerajui UMNO untuk membantu pemulihan dalam UMNO yang semakin lemah daya pemikiran serta kekurangan strategi ekonomi.

    ReplyDelete
  75. nampaknye... kene buat overlapping lagi la.... karen pun dah naik.... bila boleh dapat gaji bersih nie...

    ReplyDelete
  76. Menteri jaga Makmal terbawa-bawa dengan konsep perniagaan sehingga terlupa soal kebajikan..

    saya akui langkah yg diambil bagus kerana langkah yg kehadapan dan berhati-hati tetapi kekurangan dalam soal kebajikan rakyat.

    jika kerajaan ambil lebihan dari rakyat tidak mengapa asalkan hasilnya dipamerkan dan memberi keuntungan kepada semua pihak, jangan jadi seperti kenaikan minyak semasa zaman pak lah dahulu. kenaikan dikatakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan malaysia tetapi hasilnya tiada apa yang boleh dibanggakan.

    sekarang kita dengar menteri-menteri war-warkan untuk menampung kos pembangunan luar bandar, kita lihat adakah ianya cakap serupa bikin atau tidak.

    ReplyDelete
  77. DrK, Kalau dah Menteri Kewangan ke 2 sendiri pun ada masalah semasa tadbir Bank Negara dulu, kenapa masih diberi kepercayaan kepada beliau bagi menguruskan ekonomi negara. Buang sajalah... lagi satu, kalau setakat nak naik harga atau nak kurang subsidi saya rasa tak perlulah tubuh makmal, sebab setahu saya makmal hanyalah tempat orang buat uji kaji. Takut org macam idris jala baru nak buat uji kaji ekonomi, tapi terlupa kepentingan rakyat yang beri undi.

    ReplyDelete
  78. anonymous Wednesday, May 25, 2011 11:13:00 PM "kalau dah kata kerajaan tak sangup tanggung subsidi jangan jadi kerajaan la bagi peluang orang lain pula jadi kerajaan . Macam kita la kalau nak jadi bapa kena la sangup tangung anak bini bukan lepas tangan nak suruh anak bini tangung diri sendiri "

    setuju sangat-sangat komen saudara. inilah juga pandangan saya. kalau dah tak mampu berkhidmat untuk rakyat silakan tarik diri dan beri org lain/parti lain meneraju malaysia ini. bukan bn saja yg mampu memerintah negara ini, malah parti lain mungkin lebih baik lagi. kalau tak cuba macamana kita nak tahu prestasi parti lain. kalau org tak berani mencuba mana mungkin kita ada kereta atau kapalterbang sekarang ini. atas sebab keberanian individu tertentulah besi beroda dan besi bersayap boleh bergerak dan terbang di udara. tentu semua org zaman dulu menganggap individu2 ini gila kerana berani mencuba benda yg tak masuk akal. itu hal pencipta kenderaan moden. kita pula hanya perlu berani mencuba dalam memangkah undi dalam pru13 nanti. takkan asyik nak undi benda yg sama jer lebih 50 tahun. takkan takde rasa ingin tahu walaupun hanya utk 5 tahun merasa pemerintahan parti lain. berfikirlah di luar kotak. inilah ciri-ciri bangsa maju.

    ReplyDelete
  79. RAMAI RAKYAT KITA TENGAH PENDAM PERASAAN.. TAK TAHAN DENGAN EKONOMI SENDIRI.. JGN SAMPAI RAKYAT HILANG PERTIMBANGAN.. SEMOGA KERAJAAN AMBIK IKTIBAR...

    ReplyDelete
  80. DSKT,

    Saya bersetuju dgn artikel DS ini...mmg benar rakyat jadi pening lalat dgn kenaikan melampau petrol,gula n eletrik....

    Saya berpandangan tindakan 'kumpulan strategik mengaut untung dr rakyat' yg bertopengkan dgn nama Makmal Rasionalisasi Subsidi ini sekadar merangka dan membentuk kaedah2 pelaksanaan 'Mengawal dan Menjaga' kepentingan politikus2 Umno-BN dalam bisnes petrol, gula n eletrik...

    Terima kasih...bersama jatuhlah kerajaan yg membelakangkan kebajikan rakyat!

    Mukara.

    ReplyDelete
  81. Saya dah teliti video Datuk T. Saya lihat ada manusia sedang xxxx tetapi bukan Anwar. Kelihatan macam Anwar tetapi pasti bukan dia! Saya kenal Anwar sejak zaman ABIM dan saya yakin Saudara Anwar yang telah mula berjuang untuk Allah dan Islam semenjak daripada masa kita semua sedang enak diulit mimpi tidak akan seperi ini! Mustahil! ALLAH akan tunjukkan balasan kepada mereka yang menganiaya Anwar ... jika tidak di dunia maka di akhirat nanti. Itu janji Allah kepada mereka yang mungkar! Bagi Datuk T ... tidak takut anda bertiga kepada laknat Allah?

    ReplyDelete
  82. Pada saya mudah saja, setiap kita dipertanggungjawapkan Allah. Siapapun kita. Apa lagilah sebagai orng Islam, kt punya keyakinan setiap yg dikerjakan pasti diganjari; pahala/dosa, syurga/neraka. Peringatan kpd saya juga!

    ReplyDelete
  83. Pemimpin besar negara seperti Perdana Menteri..cuba fikirkan begini..kecilkan diri dan bayangkan bagaimana kita memimpin sebuah keluarga..Kita menjaga kepentingan keluarga kita..jadi kerajaan harus melihat bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dari luar contohnya banyakan export barangan..banyakan pelaburan dari luar.anjurkan kemasukan pelancong secara miximum...latih pekerja tempatan...kerajaan sewajar nya memberi subsidi pada harga minyak untuk mengurangkan beban rakyat..kalau kerajaan berbelanja berbilion ringgit untuk subsidipun...kalau kerajaan bijak..masukan balik pendapatan kerajaan melalui cukai cukai...boleh ke..?

    ReplyDelete
  84. Salam DRKT, pernyataan Dr adalah sama dengan pernyataan PR...DRKT masuk PKR la lepas ni

    ReplyDelete
  85. kenapa entry datuk seri ni tak dipetik dlm mainstream media mcm tv3suku, utuseks malaysia dan berita hairan? benda mcm ni penting disampaikan kepada those who walks in corridor of power.

    ReplyDelete
  86. sy setuju... masuk jerla pr...

    ReplyDelete
  87. rasanye semua MP tau keadaan in tapi tak berani berbunyi.. kalau tak sokong apa yang kabinet putuskan maknanye menentang parti dan akan disingkirkan dari kerajaan.. dato sharil samad ada pengalaman..
    maka terpaksa la MP MP ni menelan semua kesilapan beberapa org menteri.. dan hasilnya nanti bakal menumbangkan kerajaan BN.. cepat lah sedar wahai MP dan menteri menteri

    ReplyDelete
  88. Yang susah rakyat kebanyakkan. harga Minyak naik,beras naik,gula naik,BLR naik..cuba check susu bayi..dah naik melambung..sape nak bawa isu ni..sape nak kisah..cuba check harga ikan dan ayam sekrang? ada orang besar besar kisah..? asyik berpesta..pesta flora,citrawarna,hari belia,hari pengguna,hari mcmcm mcm hari..semua bakar mercun,bakar duit rakyat..
    PM,TPM,Menteri besar apa nak kisah..bukan kena bayar minyak,bukan kena belanja..semua percuma..duit gaji pun pernah..tu yang boleh beli banglo juta juta..kereta mewah..
    Rakyat memandang,rakyat mendengar..rakyat membaca,rakyat menonton..

    ReplyDelete
  89. Salam Dr Khir:sekarang ni kalau setakat gaji RM5000 nak hidup pun susah.Jangan asyik suruh rakyat berjimat.dah habis jimat dah.Makan gaji untuk bayar hutang je.menabung jauh sekali bukan tak mau tapi kalau dah licin semuanya macam mana?orang zon selesa cakap senang la.Tak pikirkah pemimpin kita.Nanti kalau ahli UMNO pangkah pembangkang macam mana? Jangan jadi ketam.Cakap siapapun boleh.Rakyat sangat terhimpit sekarang.Sedarlah sebelum terlambat atau terlingkup dalam PRU13 nanti

    ReplyDelete