Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 10, 2011

Konflik Antara Agama: DAP Menangguk Di Air Yang Keruh

1. Kenyataan beberapa jurublog bahawa wujud konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh Kristian untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian merupakan satu yang berat dan serius.

2. Dakwaan tersebut boleh mencetuskan kebencian terbuka antara agama dan kaum. Sebagai orang Islam, saya tidak dapat menerima sebarang usaha menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Saya percaya 99% orang Islam lain juga tidak akan bersetuju.

3. Dalam pada itu, saya juga merasakan amat mustahil sekumpulan Paderi Kristian yang berwibawa di negara ini sanggup berbuat tindakan sedemikian dan mencemarkan keharmonian negara ini dan juga membelakangkan Perlembagaan Negara.

4. Kebanyakan rakan-rakan saya yang beragama Kristian juga tidak mengambil peduli apa agama rasmi negara ini kerana mereka beranggapan agama sebagai cara hidup peribadi. Mereka juga menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Apa yang mereka mahukan ialah kerajaan tidak cuba memaksa mereka menjalani gaya hidup muslim.

Mengapa CFM Mengadakan Sidang Akhbar Bersama DAP?

5. Namun apabila sesuatu itu membabitkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) maka tidak ada apa pun yang mustahil. Ini kerana DAP sentiasa mengaut keuntungan politik dengan mencetuskan konflik antara kaum atau antara agama seperti mana mereka lakukan pada 1969. Saya percaya dalam isu Hindraf yang hampir menyembabkan konflik agama Islam- Hindu (kaum Melayu - kaum India) menjelang pilihan raya 2008 juga mempunyai tangan-tangan DAP di belakangnya.

6. Jika diingat konflik Kristian - Islam ini juga cuba dicetuskan oleh sebuah parti politik pada tahun 2000 apabila mereka mendakwa seorang wakil rakyat BN beragama Kristian bertanggungjawab mengkristiankan ramai gadis Islam di selatan Kedah. Namun siasatan kemudiannya mendapati terbukti tidak benar.

7. Hari ini parti lain dari Pakatan yang sama cuba mencetuskan konflik Islam - Kristian dengan mengapi-apikan kononnya UMNO cuba mencetuskan kemarahan orang Islam terhadap penganut Kristian melalui Utusan Malaysia.

8. Sungguhpun saya percaya kemungkinan besar apa yang didakwa oleh jurublog-jurublog terbabit terbabit tidak benar namun tindakan Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia - CFM) mengadakan sidang akhbar bersama DAP sangat mencurigakan orang Melayu dan Islam.

9. Orang Melayu tertanya-tanya CFM boleh sahaja memanggil mereka yang terbabit dalam persidangan yang didakwa dan menafikannya. Saya percaya Utusan Malaysia bersedia menyiarkan di muka hadapan akhbar mereka juga.

10. Alangkah baik dan manisnya jika CFM mengadakan sidang akhbar bersendirian dan menafikan dakwaan jurublog-jurublog terbabit. Bukankah CFM sepatutnya kekal menjadi penaung kepada penganut Kristian tanpa kecenderungan politik kepartian?

Mengapa Utusan Dikambinghitamkan?

11. Saya juga tertanya-tanya mengapa Utusan Malaysia dijadikan bahan hentaman sedangkan akhbar tersebut hanya melaporkan sesuatu yang dianggap nilai berita. Utusan tentulah berani menyiarkan dakwaan yang serius ini kerana ia datang dari blog yang dikenali identiti pemiliknya. Utusan hanyalah penyampai berita. Malahan tindakan Utusan menyiarkan penafian YB Jeff Ooi menunjukkan mereka mengamalkan pemberitaan yang seimbang.

12. Jika dilihat terjemahan akhbar-akhbar bukan berbahasa Melayu, lebih banyak kenyataan menghasut, berbohong dan memfitnah terhadap pemimpin bukan dari kaum mereka dibuat. Malahan dalam sesetengah akhbar, terdapat hasutan membenci pemimpin Melayu, menuduh rasis dan sebagainya tersiar dengan sewenang-wenangnya tanpa disiarkan kenyataan balas pun.

13. Pemimpin politik dan Menteri yang mengkritik Utusan harus menyatakan apakah kerana Utusan Malaysia akhbar Melayu maka ia harus menjalani ukuran kewartawanan yang lain berbanding akhbar bukan berbahasa Melayu dan portal-portal berita anti-UMNO?

14. Apakah Utusan tidak boleh menyiarkan berita kontroversi tetapi akhbar lain boleh? Baca sahaja forum pembaca dan ruangan sms akhbar bukan milik orang Melayu yang kadang-kadang langsung tidak menghormati sensitiviti orang Melayu dan Islam tetapi tiada pula kecaman terbuka daripada mereka ini.

15. Seperti yang selalu dilaungkan oleh pejuang kebebasan media pro Pakatan, "jika mahu diambil tindakan, maka sumber berita harus diambil terlebih dahulu bukannya akhbar dan wartawan yang menjadi pelapornya."

16. Justeru saya terasa sangat aneh mengapa tiada gesaan keras untuk mengambil tindakan ke atas jurublog-jurublog terbabit tetapi mereka lebih menumpukan kepada Utusan malaysia yang hanya menyampaikan berita dan perlu mencari berita menarik untuk menjual akhbar mereka?

17. Nyata sekali ada pihak berkepentingan mahu mewujudkan kebencian penganut agama Kristian kepada UMNO, BN dan Kerajaan dengan menghentam Utusan Malaysia sambil mendakwa Utusan adalah alat UMNO.

18. Hakikatnya jika mereka jujur mahu meredakan konflik agama ini bukannya mahu berpolitik mengapa mereka tidak mendesak tindakan ke atas mereka yang membuat dakwaan ini? Atau apakah ada kebenaran dakwaan jurublog ini sehingga DAP terpaksa melencong isu dari mencari kebenaran kepada menyerang Utusan Malaysia?

19. Secara peribadi saya percaya adalah lebih baik jika Utusan tidak menjadikan kenyataan dua buah blog terbabit sebagai berita muka hadapan mereka. Namun Utusan seperti akhbar lain bersaing merebut ruang iklan melalui jumlah edaran dan jualan. Mereka terpaksa merebut pembaca, dan kenyataan seperti itu sangat tinggi nilai beritanya kepada pembacanya.

Konflik Agama Sangat Berbahaya

20. Cubaan mewujudkan konflik agama sangat berbahaya kepada negara kita yang pelbagai kaum dan agama ini. Ia bukan sahaja berbahaya kepada keselamatan rakyat, malah kepada ekonomi negara.

21. Ketika Perdana Menteri berusaha keras meningkatkan ekonomi negara ada kumpulan yang begitu berminat mencetuskan pertikaian dan konflik agar boleh meraih keuntungan politik.

22. Kita jangan lupa peristiwa perbalahan dan konflik antara kaum dan agama membabitkan kaum Serb, Croat dan Bosnia yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa dan memecah belahkan sebuah negara. Jangan kerana hendak seronok berpolitik sehari dua, akhirnya menderita berabad lamanya.

29 comments:

  1. Tuan,siapa yang tiupkan api perkauman? mengapa utusan tidak menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut,sebab benda ni isu sensitif, antara agama,patut mereka xboleh buat macam itu,walaupun ada nilai berita,tapi tindakan mereka salah. matlamat tak menghalalkan cara

    ReplyDelete
  2. Dr Khir,
    Salam sejahtera dan saya ingin memberikan sedikit pandangan berkenaan isu ini.

    Jika diamati trend/gaya politik hari di mana-mana PRU/PRK bolehlah dilihat bahawa calon/jentera BN akan terus menjual isu pembangunan baik dari segi infrastruktur mahupun ekonomi. Isu/bahan politik ini sudah basi dan didengari semenjak zaman merdeka lagi. Rakyat sudah merasakan bahawa memang tugas pemerintah membawa agenda pembangunan. Ketidakpuasan hati rakyat adalah terdapat begitu banyak pembaziran oleh kerajaan pada hari ini. Lupakan pasal Transformasi Pembangunan hari ini yang melibatkan projek berbillion ringgit. Kerajaan harus melihat lebih kepada isu kebajikan taraf hidup rakyat. Kos sara hidup perlu dikurangkan.

    Berbalik kepada isu Dr di atas, DAP dan Pakatan Rakyat memang PAKAR dalam mengambil kesempatan dalam isu-isu sensitif rakyat baik dari segi agama;kaum mahupun ekonomi. Konflik isu agama jelas ditunjukkan dalam keputusan pilihanraya negeri Sarawak. Statistik menunjukkan bahawa 50% penduduk Sarawak adalah beragama Kristian. Pola pengundian menunjukkan bahawa BN mendapat 55% manakala PR mendapat 45%. Pengundi Cina hanyalah sekitar 35% dan bukan semuanya mengundi pembangkang. Katakan 70% daripada pengundi Cina mengundi PR atau keseluruhannya lebihkurang 23%penduduk Cina memberikan undi popular kepada PR. Persoalannya siapakah 22% pengundi yang mengundi pembangkang? Penganut Kristian?

    Isu agama ini dimainkan ke tahap maksimum di Sarawak semasa PRK yang lalu. Jangan salahkan DAP sahaja dalam isu ini sebab mereka berkemungkinan beragama Kristian. Tetapi bagaiman pula PAS dan PKR di mana ramai yang digelar tokoh agama merestui penggunaan Kalimah 'Allah' dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

    Saya beragama Buddha dan berbangsa Tionghua tetapi saya adalah seorang yang Anti pengeksploitasi agama dan kaum untuk tujuan keuntungan politik. Isu agama dan kaum telah dimainkan semaksima mungkin oleh PR? Keharmonian negara dalam masyarakat majmuk perlulah diberikan keutamaan khas. Rakyat perlu menendang terus ahli politik yang kuat memainkan isu agama seperti Teresa Kok, Jeff OOi, Khalid Samad.
    Semua penganut agama dan kaum berhak menuntut yang terbaik untuk agama dan kaum mereka tetapi JANGANLAH sehingga ke tahap membanding atau merendahkan martabat serta menindas agama atau kaum yang lain.

    Jangan disebabkan setitik nila habis susu sebelanga rosak. KDN masih tidur ke?

    ReplyDelete
  3. "Namun apabila sesuatu itu membabitkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) maka tidak ada apa pun yang mustahil."

    Sebenarnya apa2 yang keluar dari mulut saudara lagi kurang mustahil.
    Saya cukup heran kenapa anda tidak menjadi pengarang di Utusan kerana kerja itu cukup sesuai untuk kamu. Setanding atau lagi terror dari Awang Selamat semasa mencaci, menghina dan menuduh tanpa bukti.

    ReplyDelete
  4. Khir Toyo, CFM dan DAP adakan sidang bersama kerana kedua-dua mereka dianiaya berkerjasama mahu menjadikan Malaysia negara Kristian. Ada salah ke kalau mereka adakan sidang akhbar bersama untuk menjelaskan apa yang benar? Adakah anda mempertikaikan kejujuran paderi paderi/bishop?

    Yang jadi masalah adalah editor Utusan yang tidak tahu membeza (ataupun sengaja gagal membezakan) di antara khabar angin dan spekulasi dengan fakta.

    Fakta adalah DAP tidak pernah membangkitkan perihal negara teologi biar Islam atau Kristian atau Yahudi, dan penganut-penganut agama Kristian di negara ini sejak dulu lagi amat prihatin tentang membangkitkan isu sensitif. UMNO dan MCA sahaja yang asyik menyatakan bahawa DAP mencetuskan konflik perkauman. Pergilah tengok arkif blog-blog pemimpin DAP - saya tidak pernah membaca atau lihat apa-apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang boleh disifatkan sebagai membangkitkan api perkauman. Sebaliknya, DAP amat konsisten dengan platfom multi-racialnya.

    Fakta adalah konflik ini rekaan Utusan dan UMNO.

    Jadi apa yang ketara di sini adalah Utusan mensensasionalisasikan khabar angin dan spekulasi. Kalau akhbar lain, misalnya Sin Chew atau Tamil Nisan membangkitkan spekulasi, katakan, bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan menasionalisasikan semua perniagaan di Malaysia, saya pasti reaksi pertama adalah menjemput editor surat-surat khabar tersebut ke Bukit Aman untuk soal siasat (ataupun mereka terus ditangkap, dan KDN memberi amaran menarik balik lesen)!

    Ini bukan kali pertama Utusan mencetus api perkauman. Dalam hal ini, Utusan bukanlah kambing hitam, tapi pelaku hasutan utama. Apa rakyat mahu, dan saya rasa 99% Muslimat di negara ini mahu, adalah untuk undang-undang ditegakkan secara saksama. Kalau kerajaan BN gagal menegakkan undang-undang secara saksama, saya rasa tiada sebab mengapa rakyat harus terus mengundi BN.

    ReplyDelete
  5. minta pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh dan ambil tindakan sewajarnya. Perkara ini haruslah dijadikan pengajaran agar tidak ada sesiapapun berani mempolitikkan isu sensitif. Soalnya apakah KDN ada keberanian untuk mengambil tindakan? Atau keberanian KDN hanyalah kepada jurublog kecil, tidak kepada pemimpin politik besar dalam pakatan.

    ReplyDelete
  6. Dr. Khir..
    Mengapa Utusan Dikambinghitamkan?

    Bukan!.. Bukan! Bukan..!

    Ia memang Kambing hitam !!! Bukan DI kambing
    hitamkan..

    Keran terlalu banyak berita "Tak Beramanh"
    tersiar.. walaupun ia mempunyai nilai berita.
    Hatta "Fitnah" "cerita rekaan" itu sendiri
    mempunyai nilai berita bagi orangt yang tidak
    menyelidiknya.

    Dr Kata seimbang ???... Apa kata saya caci
    kutuk dan fitnah si X habis-habis...kemudian
    apabila cerita dah jadi bubor.. saya buat pula penafian tentang X tanpa memi9nta maaf.. Dari segi logic nilai berita seimbang.. dari nilai etika.. mengarut!!!!

    Tugas akhbar adalah menyoiarkan yang benar.. walaupun tiada nilai berita !!!

    dari Pencacai Umum

    ReplyDelete
  7. Adakah nilai dan sensasi berita LEBIH PENTING dari keamanan dan kesejahteraan bersama???
    Media perdana mesti mendapatkan berita yang sahih dan bukan menceduk berita dari blogger yang tak perlukan permit penerbitan ....

    ReplyDelete
  8. DAP telah melihat betapa mainan perkaumannya berjaya menambah kerusi dan pasti akan berulang lagi, untuk tambahan seterusndya kali ini ia gunakan pula isu ugama untuk memberi harapan kepada penganut Kristian, mainan itu dikira sudah bertapak dan berjaya. Ini mencakupi 50% dan selebihnya akan ditambah dengan PKR dan PAS.

    DAP mampu meletakkan Melayu Pro Kristian sebagai PM jika berjaya ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  9. Komentar Datuk memang kurang matang dan seakan kartun Walt Disney.Datuk belajar semasa lawatan sambil belajar ke sana ke?

    Memang jelas Utusan cuba meniup sentimen orang Islam dengan harapan Datuk kembali jadi MB Selangor.

    Padahal mustahil Perlembagaan Msia diubah tanpa majoriti 2/3 di Parlimen.

    ReplyDelete
  10. Dr.. Saya dapati ini yang benar

    Bila didepan orang melayu..mereka kata PAS jadi tunggangan DAP.

    Bila didepan orang cina, mereka kat DAP iktiraf telunjuk PAS nak tubuhkan negara Islam.

    Apabila orang melayu tak baca akhbar cina atau akhbar Inggeris .. Utusan 1Malaysia je jadi kitab.. begini lah jadi nya.

    Saya rasa Dr sendiri tahu hal ni.. tapi saja tak mau ulas atau bincangkan..

    Pembaca akhbar JAWA

    ReplyDelete
  11. kepada Anonymous yang tuli komen nie
    Khir Toyo, CFM dan DAP adakan sidang bersama

    bodo ke hapa hang nie utusan tak bodoh yang bodoh tu hang la dan geng-geng beserta pelajar UM yang pi bakar utusan ...

    ReplyDelete
  12. ..kepada para kaum melayu di blog ini..anda hendaklah berfikiran terbuka, Utusan hanya mengambil berita walaupun dari blog, tidak menjadi kesalahan kerana mereka juga pasti ada logik untuk melaporkan berita sedemekian. Yang dimusykilkan, kenapa mubaligh2 Kristian ini bersama2 dgn DAP untuk berdiskusi. DAP dan 13 Mei adalah sinonim, tetapi jika anda Melayu masih lagi mempunyai hati dan akal yang tidak berfikir rasional dan lebih kepada emosi, maka bertepuk tanganlah DAP, MCA dan Gerakan dengan akal pendek orang-orang Melayu..

    ReplyDelete
  13. salam..

    1. terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pengendali blog ini kerana sudi memberikan peluang kepada para pembaca untuk memberikan comment.

    2. Kembali kepada isu yang dibincangkan, saya merupakan bekas penganut agama Kristian dan saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik saya hanya menyokong Islam yang saya anuti sekarang. saya tidak menyokong logo dan warna parti akan tetapi saya menyokong kebenaran.

    3. isu ini merupakan isu yang agak panas dan seharusnya kita selesaikan dengan cara yang hikmah dan jangan emosi kerana fahaman politik yang berbeza. saya berpendapat buatlah siasatan dahulu barulah bertindak. itulah yang sebaik-baiknya. supaya semua pihak mendapat keadilan yang sewajarnya. berilah pihak polis peluang utk membuat siasatan dan ahli politik, orang ramai dan sesiapa pun tidak usahlah bercakap isu ini selagi siasatan belum selesai.

    4. Sebagai umat Islam marilah kita tunjukkan akhlak yang sebenar. malu apabila umat Islam sesama sendiri bergaduh. agak pelik kenapa umat Islam tidak boleh bersatu padu atas nama aqidah Islam sedangkan umat Islam boleh dikatakan satu bangsa sahaja. kenapa bangsa2 lain yang berbeza akan tetapi boleh bersatu di dalam agama mereka contohnya dalam agama kristian.

    5. Macam mana kita mengajak orang bukan Islam memeluk Islam sekiranya tidak ada contoh di dalam diri umat Islam, siang malam kita promosi kehebatan Islam akan tetapi umat Islam sendiri yang rosakan agama Islam.

    6. Wahai saudara seagamaku hentikanlah pergaduhan ini, tidak ada faedah kepada umat Islam. Kita ada agenda yang lebih besar, umat Islam kena kuat, ekonomi umat Islam kena mantap, kita diasak oleh orang2 bukan Islam. Saya meminta maaf lah kalau saya menyibuk akan tetapi saya ikhlas untuk membuat teguran. semoga Allah SWT membantu kita untuk kembali bersatu di bawa al-Quran..

    wassalam.

    ReplyDelete
  14. Akhbar yang berprestij speti Utusan mencetak BERITA MUKA DEPAN bedasarkan blog??? Blog kawan kawan.... BLOG!!!

    Apa ni Dr.? Dr. tau kah apa maksudnya "akhbar"?

    Dari Akhbar berprestij skarang kita nak turunkan pangkat Utusan jadi majalah BOHONG dan suka buat FITNAH???

    ReplyDelete
  15. Hidup Utusan Malaysia dan Hidup Islam...Utusan hanya untuk memberi ingatan bukan sengaja untuk timbul keresahan dan pergaduhan. Bagi saya utusan tak ada niat begitu, sebagai umat islam dan Malaysia sebagai negara islam, sudah menjadi peranan utusan untuk memberi ingatan, kemudian serah kepada rakyat untuk mengkaji, menyelidik dan membuat keputusan. Apa kata jika ini betul-betul terjadi dan kita tahu kita senyap je, siapa yang akan menanggung dosa, bila islam di hina, dinyahkan, dipermainkan seperti berlaku Kosova Hazagorvina - Bosnia, semua lelaki muslim dibunuh dan perempuan dirogol, untuk mengaibkan islam....jadikan sejarah di negara ini dan negara lain sebagai tauladan...kita hanya ada negara ini sahaja, tidak ada negara lain dah, jika kita dihalau nak ke mana...sekarang juga sudah dihalau di tanah air sendiri ...di mana umat islam tak mampu lagi membeli rumah dan tanah di Pulau Pinang terutama di sekitar Geoegetown...ke mana lagi kita nak pergi...singapura dah lama tergadai, di mana kita merasa hairan macam mana negeri asal pendududnya ramai melayu, sekarang dah jadi minority...kenapa ? ke mana melayu dan kenapa dalam masa beberapa tahun sahaja cina sudah menjadi mojority, di mana kadar kelahiran tak begitu ramai...ini kemungkinan mereka import penduduk cina dan Hong Kong dan jadi rakyat singapura....jangan jadi kita memusuhi sesama kita jika ia sekadar untuk memberi ingatan...maaf, tidak ada niat untuk rasis, tetapi ingatlah kaum lain lebih lagi rasis daripada melayu, yang banyak mengalah kerana nak jaga perasaan kaum lain

    ReplyDelete
  16. Salam YB Dr Khir. Moga YB sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Cegahlah dengan apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak yang cuba bergerak secara halus dan senyap ke arah perkara-perkara yang tidak baik lebih-lebih lagi isu berkaitan agama.

    Takkan bergoyang pokok jika tidak ditiup angin. Janganlah ada pihak yang cuba untuk bermain api sesungguhnya orang Islam melayu tidak suka akan perbuatan yang sebegitu rupa. Jangan dijolok sarang tebuan.

    Cegahlah ia sebelum ianya menjadi barah dan akan lebih parah. Mungkin ini sememangnya agenda mereka jika tampuk pemerintahan di tangan mereka. Mana-mana yang sedang menjadi kuda tunggangan mereka atas nama PR, celik-celikkanlah pemikiran anda semua.

    Belum dapat kuasa, kaulah segalanya... Bila aku dah berkuasa, boleh jalanlah kau..

    Apa yang pihak Utusan Malaysia buat ada benarnya. Walaupun ia sekadar bersumberkan dari laman blog tetapi kita perlu ingat dari laman-laman blog jugalah BN kalah teruk PRU yang lepas.

    ReplyDelete
  17. sky high- utusan the sheep..

    ReplyDelete
  18. DAP sudah jumpa formula yg paling berkesan untuk memecah belahkan BN. Tahniah PAS dan melayu PR yg bersekongkol untuk memusnahkan negara Malaysia.

    ReplyDelete
  19. heran tgk org melayu yg menafikan apa yg blogger dan utusan dedahkan...masih lg tidur nyenyak dlm kelambu...

    tahukah kalian, sejarah tidak pernah menipu. dan sejarah pasti berulang jika kita terus leka dan terpedaya...

    TAHUKAH ANDA...PORTUGIS MENYERANG MELAKA DAN DAPAT MENGEMBANGKAN AGAMA KRISTIAN KE TANAH MELAYU...angkara siapakah? angkara melayu yg buruk hati, yg mensabotaj Istana dan membuka pintu kota Melaka...melayu yang 'desperate'...

    Jadi tidak samakah dgn apa yg berlaku skrg? melayu DAP, PKR dan PAS lah yg akan menjahanamkan Islam di bumi bertuah ini...

    dari Anti-Harga-Minyak-Naik

    ReplyDelete
  20. Yang salah adalah pihak yang suka politikkan semua isu atas kepentingan politik mereka.

    salam, Dr

    ulasan yang menarik.

    Isu utama berjaya di hilangkan dengan cara mempolitikkannya dan menunding jari ke atas orang lain.

    Kita kena pandang serius isu ini, bukan kita hendak bergaduh tetapi perkara seperti ini perlu di ambil kisah dan dihalang dari berlaku walaupun ianya dikatakan mustahil tetapi ianya tidak mustahil akan terjadi.

    Sediakan payung sebelum hujan...apa yang saya lihat..niat sudah ada cuma perlaksanaannya sukar dan ianya dijadikan isu untuk memburukkan islam dan kerajaan.

    ReplyDelete
  21. Sekarang telah terbukti..kita sudah tahu yang mana benar yang mana tipu muslihat Jews of The East dengan pendedahan Ahli DAP berbangsa Melayu.. Kepada Anonymous2 penakut sekelian..lihatlah betapa bodohnya kamu ditipu dan dipermainkan oleh DAP dan Jeff Ooi..Lihatlah langkah-langkah kehancuran yang kamu cuba bina..menyokong Jews of The East samalah seperti membiarkan anak-anak kamu menukar agama..Sekarang kamu gelak lah sepuas hati dengan kerosakan yang telah kamu lakukan, kamu ganyanglah Utusan, kamu pijaklah UMNO dan kamu kencinglah Melayu..kerana suatu hari nanti kamu akan menangis meratap di bawah tangga pondok usang kamu..meminta belas,akibat dari kebodohan kamu yang kamu cipta dahulu..

    ReplyDelete
  22. Dato seri,,,nama pun surat khabar,,,,kena laporkan yang benar,,,,bukan macam berfikiran telur separauh masak macam Dato seri,,,
    siasat dulu,,,,utusan sekarang dah jadi tabloid,,,kalu nak lariskan jualan,,,,,cari cerita sensasi macam sekutu dia metro,,,,cerita rogol tiap2 hari,,,,kat muka depan.....memang bodoh giler,,,,,

    ReplyDelete
  23. Tak heran kalau DAP menjadi pendalang pada gerakan krisitian, tengok cara mereka mendalangi nama Allah hingga ketua gereja Malaysia pun berperangai macam tokoh politik pembaNGKang.Kpd orang melayu dlm PKR dan PAS, aku nak tanya pernahhkah DAP merestui gerakan Islam? Apa sj yg menetang Islam diorang lah jadi kuda tunggangan Iblisnya, tengok apa jadi pd HINDRAF? Kalau betul Utusan membuat fitnah, Jeff Ooi dan Guan Eng saman lah, tunggu apa lagi? Sampai skrg taka da apa - apa pun..

    ReplyDelete
  24. Bkn pasal DAP dr Khir.. semua ni pasal rakyat malaysia dah bijak menilai, tahu membezakan antara yg telus atau mengikut telunjuk seseorang. ini yg kita tak nak.. media yg tak bebas, utk pengetahuan dr, ada bnyk rakyat Malaysia seperti saya boikot media malaysia yg berat sebelah seperti utusan ni. sekali lg.. bkn pasal DAP atau mana2 parti pembangkang tp rakyat Malaysia yg dah muak dgn pembohongan dan di perbodohkan. Slm.,..
    Bdk SWak...

    ReplyDelete
  25. Salam Dr dan semua komentar....

    Saya tertarik dlm perkara ke 2 Dr sebutkan iaitu "Saya percaya 99% orang Islam lain juga tidak akan bersetuju."

    1% org Islam mn yg tidak bersetuju? Sy rasa mungkin dr PR... yg bersekonkol dgn DAP.

    Mana2 parti PAS n KEADILAN dlm bernaung di bwh nama PR ingat2lah... mereka menjadikan anda sebagai kambing hitam.

    Sedih2 melihat melayu zaman sekarang berpecah kerana fahaman politik. Mengapa tidak bersatu atas nama MELAYU & ISLAM bukannya parti.

    ReplyDelete
  26. Utusan pembohong?Jadi media mana yang bercakap benar?Harakah?Siasah?Keadilan?Roket?Sin Chew?Aku membaca Utusan hari-hari..aku baca harakah..aku baca the star dan aku baca surat khabar keadilan..ko bgtau aku mana yang bohongnya?Ko tunjukkan aku yang mana artikel yang menunjukkan bohongnya utusan?Aku jamin sebenarnya ko tak pernah membaca akhbar Utusan pun..cuma mendengar cakap2 orang..dan percaya cakap2 orang munafik dan fasik..Harakah dan Keadilan lagi banyak bohong..bohong..bohong..dan bohong..macam Anwar Ibrahim..

    ReplyDelete
  27. Terima Kasih Dr. keran berikan peluang kepada semua orang untuk memberikan pendapatan individual.

    saya tak ada banyak nak cakap. tetapi, saya nak cuma nak tanya, kalau isu seperti ini dilaporkan oleh suratkhabar lain atau blogger lain seperti Namewee, dan isu yang dilaporkan oleh media-media ini sekiranya satu fitnah yang akan membusukkan kerajaan atau Islam, bolehkah saudara-saudari pikir apa akibat yang akan dihadapi oleh media-media ini?
    tentang jawapan ini, saya rasa saudara-saudiri boleh teka dengan tepat and tak payah saya terangkan.

    sekarang, tengok apa kesan / akibat yang dihadapi oleh Utusan? tak ada apa pun...minta maaf pun tidak diperlukan..
    saya bingung dan keliru..kenapa perbezaan ini banyak sangat.
    Dr. do you know why?

    ReplyDelete