Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, May 7, 2011

Kontroversi Pengurusan Sampah Selangor

1. Minggu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengumumkan pengasingan tugas pengurusan sampah di Selangor membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Alam Flora. Menurut Khalid, PBT akan menguruskan perlantikan kontraktor-kontraktor pembersihan awam manakala Alam Flora hanya akan menguruskan kutipan sampah.

2. Pengasingan ini bukan perkara baru kerana ia telah dilaksanakan sebelum ini. Bagaimanapun kita dapati wujud masalah yang serius dalam pembersihan sampah ini kerana pihak pembersih dan pemungut sampah saling tuduh menuduh siapa yang bertanggungjawab mengenai sesuatu sampah.

3. Misalnya, kontraktor Alam Flora yang mengangkut sampah tidak akan mengambil sampah-sampah yang dilonggok di tepi jalan atau yang terjatuh di dalam longkang. Mereka mendakwa ini kerja kontraktor pembersihan yang dilantik oleh PBT. Kontraktor pembersihan pula mendakwa mereka telah mengumpul sampah seperti sepatutnya tetapi ia tidak diambil oleh kontraktor pengangkut sampah. Ini menyebabkan sampah kembali berterabur. Malah ada yang mendakwa kontraktor pengangkut sampah sengaja membuang sebahagian sampah ke dalam longkang dan parit apabila lori telah penuh. Akhirnya, Alam Flora dan PBT saling menuduh pihak mana yang menyebabkan sesuatu kawasan tersebut tidak dibersihkan atau sangat kotor.

4. Disebabkan masalah-masalah sedemikian maka kita memberi tanggungjawab membersih dan mengangkut sampah kepada Alam Flora sepenuhnya. Dengan cara ini Alam Flora bertanggung jawab terhadap kebersihan kawasan tersebut sama ada sampah tidak diangkut mahu pun tidak dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik.

5. Saya khuatir perubahan kepada kaedah lama ini akan mengulangi isu ini dan akan menyebabkan kualiti kebersihan persekitaran kita akan menjadi lebih teruk berbanding pada masa kini.

6. Ramai juga yang bertanya kepada saya apakah perubahan ini kerana mahu memperbaiki kualiti kerja pembersihan atau satu lagi keputusan tergesa-gesa bagi menyelesaikan beberapa isu pemberian kontrak pembersihan di beberapa PBT.


7. Pada bulan Februari lalu juga seorang EXCO kerajaan Negeri mengkritik tindakan MPSJ mengadakan tender terbuka bagi kerja-kerja Alam Flora. Menurut Exco tersebut sistem tender terbuka yang dijalankan oleh MPSJ belum diluluskan oleh kerajaan negeri. Malahan beliau telah berjaya meminta kerajaan negeri menangguhkan sistem tender terbuka MPSJ.

8. Saya merasa sangat aneh kerana ramai yang ingat kerajaan negeri telah melaksanakan sistem tender terbuka sejak mereka mengambil alih kuasa. Rupanya belum dilaksanakan. Lebih aneh mereka pula membantah sistem tender terbuka ini.

9. Apabila dilihat rentetan kejadian-kejadian yang melingkungi isu pemberian kontrak pembersihan bagai kawasan MPSJ ini dengan pengumuman Menteri Besar minggu lalu, saya tertanya apakah ia benar-benar bertujuan mengatasi isu kebersihan kawasan atau untuk meneyelesaikan isu perebutan kontrak di kalangan kroni mereka?

10. Ini kerana tindakan mahu membezakan kontraktor mengangkut sampah dengan membersih kawasan hanyalah untuk menambah bilangan mereka yang mendapat kontrak. Jika dahulu satu kawasan satu kontraktor, sekarang satu kawasan dua kontraktor, satu bersih dan satu lagi angkut sampah.

11. Bagaimanapun saya berharap perubahan yang bakal di buat oleh Menteri Besar berjaya menyelesaikan isu kebersihan tempatan. Buatlah apa sahaja pun asalkan jangan nanti masalah kebersihan semakin teruk semacam mana jalan-jalan PBT yang kian berlubang dan berlopak tanpa pembaikan.

21 comments:

  1. masa dr. jd menteri besar dulu pun jalan lg banyak berlubang dan lambat sgt diturap

    ReplyDelete
  2. Dr. Khir, jika sebelum pengambil alihan pembersihan sampah dibuat oleh Alam Flora dan keadaannya pun tak berapa bagus, maka kita harap selepas pbt ambil alih keadaannya akan lebih baik, sebaik cara pimpinan YAB Tan Seri Khalid membolot hasil negeri dan penutupan GLC negeri.

    Pada orang Selangor yang telah memilih kerajaan sekarang, tahniah kerana anda semua mengiktiraf bukan saja perasuah bahkan pencuri harta rakyat berkuasa. Penyokong hanya suka cerita kekalahan BN, pemimpin parti PR sibuk menyusun harta kekayaan serta mampu beli Ferrari 450.

    ReplyDelete
  3. Kesimpulannya, semakin banyaklah kontrak-kontrak ini akan dapat kepada kontraktor pakatan. Tu je lah isu nya...

    ReplyDelete
  4. Tu le.Ingatkan otak2 di DAP dan PKR bagus sgt.kononya meritokrasi le. pasal kutip sampah pun tak de idea atau rancangan yg baru.Recycle balik yg BN guna dulu.Dia org tak de pikir cam ne nak kurangkan sampah atau cara pelupusan sampah yg lebih efisien.kalu dah ada sistem yg lebih bagus kuranglah masalah.On kan balik rancangan incinerator kat Broga tu. Or pakai mcm sistem Jepun, sampah kat dlm rumah terus masuk alat seperti mesin basuh dah keluar kompos saje sebagai bahan buangan. Agaknya geng2 PKR(parti pengkianat rakyat) dan DAP ni tak pernah pergi lawat expo green anjuran KeTTHa.Tengok teknology baru.Mula-mula wajibkan kepada kedai2 dan restoran2 utk kurangkan bahan buangan.

    ReplyDelete
  5. Memamg tepat sekali catatan Dato Seri. Saya perhatikan keadaan jalan jalan dalam negeri selangor bertambah teruk tidak di selanggara.Tapi ada baik nya juga supaya raayat menjadi lebih menyampah kat PKR ni. Tak sabar rasa nya nak tunggu PRU 13.Nak kasi ajar pada parti kelentong raayat ni.

    ReplyDelete
  6. Salam Doc,

    Bergurau sikit..

    Saya rasa ada simboliknya tu bila kerja sedia ada dipecahkan pada bersih dan angkut.

    Yang 'bersih' tu PKR dan DAP. Apa saja peluang yang ada, dia orang le akan sapu bersih.

    Yang 'angkut' sampah (dan bawa biawaknya) pula adalah PAS...

    Tengoklah nanti, apa saja 'dosa' PKR dan DAP terhadap umat Islam/Melayu, PASlah yang akan tanggung.

    Tapi apa nak kata, itu pilihan mereka. Lebih rela dicucuk hidung dan dipijak kepala oleh PKR dan DAP daripada duduk semeja dengan UMNO.

    Biarkan ia terjun dengan bendera-benderanya!

    ReplyDelete
  7. Tahniah rakyat selangor.... padan muka korang.......BOOOOOOOOOOO......

    ReplyDelete
  8. yb, mungkin ini lg satu projek di mana syarikat bumiputra yg dpt projek, tp kontraktor dap yg buat duit. mcm kes teoh bang hock tu..

    ReplyDelete
  9. salam 1 malaysia Dr

    Isu ini lebih kepada pihak yang tidak puas hati dengan pentadbiran Alam Flora.

    1. Isu ini lebih kepada dimana kontraktor mengambil kerja pembersihan contoh longkang dan kerja mengangkat sampah masih dibuat oleh Alam Flora.

    2. Tapi pada zaman Dr juga ada juga Isu dimana Dr ingin menganbil alih tugas Alam Flora. Tak salah saya. Perniagaan yang banyak untung pun berkaitan dengan perkhidmatans ampah adalah tinggi. Betulkan saya jika saya silap.

    3. Pakatan pembangkang mungkin lebih berminat dengan duit yang nampak lebih besar dan bukan dari industri sampah.

    4. Pentadbiran Dr dulu melihat perniagaan Alam Flora kalau diambil alih lagi untung Besar.

    Sekian Terima Kasih
    Khalid
    Pemuda Kuala Kangsar

    ReplyDelete
  10. kepada anon 11:53 kat atas, tuh. Apalah jenis pemikiran sdra nih. Kenapa nak dibandingkan zaman Dr Khir. Bukankah sepanjang masa PR berceramah mengatakan mereka akan buat lebih baik dari kerajaan BN jika mereka diberi peluang. Dan sekarang rakyat dah beri peluang, kenapa makin teruk dan tunjuk salah pihak lain jika tak mampu. Nampak sangat PR hanya pandai bercakap tapi tak boleh pakai dan tak boleh dipercayai.

    Sebagai contoh kalau dulu dikatakan BN rasuah, kenapa sekarang kes rasuah bukan semakin menurun bahkan meningkat dan baru2 ini didalam RCI terbukti rasuah menjadi makanan ruji pakatan rakyat terutamanya parti rasis DAP. Janganlah bandingkan kelemahan orang lain seperti zaman BN banyak rasuah, maka tak salah jika zaman PR pun ada rasuah sedangkan semasa menipu rakyat tak pulak bandingkan macam tuh. apa punya sengal penyokong Pakatan Rasuah ni.

    ReplyDelete
  11. doc,
    you write with simplicity.mahathir pun sama.

    ReplyDelete
  12. sdr Khalid, sesiapa yang menguruskan tidak penting asalkan ia berkemampuan dan berkupayaan. Jika kerajaan negeri mahu menggantikan alam flora pun tiada masalah jika kerajaan negeri berkemampuan.

    Yang dibincangkan di sini ialah perubahan sistem yang mungkin menimbul lebih banyak masalah.

    Saudara Johan5150,
    tulisan Dr. M lebih hebat dari saya. persamaan gaya penulisan mungkin kerana kami dari bidang yang sama yang mementingkan fakta dan bahasa yang ringkas dalam merawat pesakit.

    ReplyDelete
  13. Dr,
    Lepas ni urusan najis khinzir pun dia nak. hehehe

    Mai baca pendapat Bingai @ Bangang kat
    Sini UUM-Penindasan ilmu atau rompakan yang sah di sisi undang-undang

    ReplyDelete
  14. Dr,
    Tak kisah kisah sapa pun nak uruskan sampah dan pembersihan ni, PBT ke, Alam flora ke, janji kawasan bersih. Rakyat bukan peduli pun sapa nak uruskan benda-benda tu. YB MB pun satu hal, benda mcm tu pun nak buat "announcement". Sedih betol!!!

    Yg paling utama sub-kon yg dipilih mesti melaksanakan tugas sebaik mungkin. Dari zaman BN sampai skrang, perangai staff kontraktor yg dilantik tetap sama...pagi kutip sampah, tgh hari cari port yg baik selongkar sampah, cari benda yg boleh dijual, akhirnya kotor la port sementara mereka tu dgn sisa-sisa sampah. Rasanya PBT boleh buat spot-check kat tepi sg gombak yg ade mini "sorting" sampah.

    Kontraktor pembersihan pulak, stakat tahu potong rumput, sapu jalan, tapi sisa-sisa sampah, daun dibiarkan atau dimasukkan dlm plastik sampah hingga sampai 2-3 hari. sakit mata memandang, org kg kutip sampah tu,,BAKAR..abis cerita...
    YG pasti kerajaan negeri skrang memang tak pandai mentadbir...dari hal sampah sampai le hal-hal kewangan! Malang sungguh Rakyat Selangor, nak harap terbaik, ini juga kesudahannya.....

    Harap-harap jgn lah jadi "sampah masyarakat"

    *SELANGOR ku Sayang*

    ReplyDelete
  15. Dear Dr.,

    Bagi pandangan sebagai seorang rakyat yang menduduki tanah Selangor, sejak dari tahun-tahun sebelum ini usaha pengurusan sampah amat mengecewakan. Banyak faktor kelemahan yang menyumbang, antaranya:
    - Pengurusan sesuatu badan/syarikat (masalah umum kepada semua perkhidmatan awam)
    - Budaya kerja (kurangnya kefahaman, keutamaan, dedikasi kerja, prinsip kerja dan kesungguhan)
    - Budaya rakyat (Selangor adalah tempat tumpuan dari pelbagai jenis kaum dan lapisan masyarakat)
    - Keutamaan kerja-kerja pengurusan sampah

    Namun begitu, pengurusan sampah kita menapak maju dengan teknologi dan teknikal:
    - Bertambahan kaedah pelupusan
    - Bertambah baik dari segi teknikal pengangkutan
    - Mengasingan tempat pembuangan dan bertambah tempat pelupusan

    Antara perkara perlu diperbaiki:
    - Pengurusan badan/syarikat pelupusan sampah
    - Pengurusan bukan sekadar mengurus perniagaan, pengurusan sampah memerlukan filosofi tersendiri yang harus di fahami dari pengurusan sampai ke operasi. Mereka yang terlibat mesti mempunyai fahaman ini (dedikasi, kesungguhan dan prinsip)
    - Perancangan jangka masa pendek dan panjang mesti dirangka untuk di jadikan matlamat kerja
    - Perancangan jangkamasa pendek: sampah diuruskan untuk kesejahteraan rakyat
    - Perancangan jangkamasa panjang: merangka pendekatan dan kaedah agar budaya pekerja dan rakyat terhadap pengurusan sampah sehingga ketahap individu
    - Dari segi pengurusan syarikat yang terlibat dalam pengurusan ini, badan kerajaan mesti berupaya merangka matlamat, pendekatan, operasi dan pemantauan prestasi. Andai ini di laksanakan akan tiada permasalahan dalam berapa banyak syarikat dilantik untuk terlibat dalam pengurusan sampah
    - Andai seratus syarikat dilantik, pastikan bidang yang diberikan adalah atas kekuatan mereka dalam bidang tersebut. Badan kerajaan yg mengendalikan syarikat-syarikat ini mesti memastikan matlamat, pendekatan, kaedah dan penilaian menjadi asas perkhidmatan pada syarikat-syarikat ini
    - Penilaian berkala adalah penting untuk mengukur sejauh mana kerja telah dijalankan. Andai ada pertembungan atau masalah antara bidang kerja dikalangan syarikat, kembali kepada matlamat dan analisis pertembungan/matlamat tersebut utk merangka penyelesaian

    Perancangan Masa Dan Kewangan
    Satu yang saya ingin nyatakan - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    Sekian

    ReplyDelete
  16. Setahu saya sampah masyarakat kat Selangor semuanya dah kena buang pada PRU12 yang lalu

    ReplyDelete
  17. puk umno la sebenarnya sampah masyarakat yg perlu di bersihkan ,agar tiada rasuah,penyalhgunaan kuasa dan brmacam lagi salah laku yg yg pihak media kena rahsiakan agar rakyat tak tau dan rakyat menyokong umno yg lebih busuk dari sampah.

    ReplyDelete
  18. geng2 kroni pkr nak bolot sampah boleh buat duit.dah elok2 alamflora buat kerja cantik lagi mau ambik..kasi out pkr.kita tunggu pru13..

    ReplyDelete
  19. Ooo patutlah kat Kota Damansara ni jadual pungutan sampahnya tak menentu!! Dah penuh dan membusuk pun tak ambil lagi!!

    ReplyDelete
  20. Bagi aku pula,, bagus juga bagi peluang baru kepada kontraktor pembersihan awam..kerana yg baru selalunya mempunyai cara2, sistem, idea yg segar..kalau dok bagi yg lama macam tu aje la..tak da pendekatan baru bagi kerja membersih kawasan yg lebih efisyen dan ada integriti....sampai bila nak mcam tu..di jerman, sepanyol dan beberapa negara di jajahan europe..kerja pembersihan awam dorang memang efisyen dan aku salute cara dorang, dari segi disiplin, peralatan dan operasi yg teratur dan aku bagi bintang 5 dari 5 maknanya penuh...

    ReplyDelete