Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, June 27, 2011

Bersih 2.0 Mahu Mencipta Anarki dan Ketidakstabilan Politik?

1. Dalam negara demokrasi saya berpendapat adalah hak rakyat untuk menyampaikan bantahan, pandangan, kritikan, memorandum waima apa bentuk pandangan sekalipun termasuklah hak untuk berkumpul dan menyatakan pandangan seperti perhimpunan awam.

2. Namun dalam pada mahu menyuarakan pandangan, bantahan, sokongan mahu pun kritikan ia tidak harus menjadi satu usaha memaksa pihak lain menerima dan akur dengan pandangan tersebut melalui cara menunjukkan kekuatan sokongan.

3. Dalam konteks inilah saya melihat cubaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu menganjurkan perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 sebagai satu kegiatan mahu mencetuskan anarki dan huru-hara.

4. Bersih dilaporkan mahu mengumpul sekurang-kurangnya 30 ribu orang di atas jalan raya berarak menuju ke Istana Negara pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyampaikan memorandum menuntut perubahan terhadap perjalanan Pilihan raya negara ini.

5. Apakah tujuan mengumpulkan 30 ribu orang ini? Kalau sekadar mahu menyampaikan memorandum cukuplah 20-30 orang mewakili pelbagai NGO yang mereka dakwa bersama mereka. Apakah angka yang besar ini cubaan mahu menekan dan mengugut kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat?

6. Jika 30 ribu dianggap besar untuk menekan rakyat, bagaimana pula jika puluhan ribu pula dikeluarkan oleh NGO atau parti politik lain untuk menekan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat? Apakah mereka akan tunduk kepada desakan sedemikian juga?

Huru-Hara Untuk Publisiti Antarabangsa

7. Pada hemat saya, mereka yang mahu mengumpul puluhan ribu manusia untuk mengadakan bantahan atau menghantar memorandum ini sebenarnya mahu mencetuskan anarki dan huru-hara bagi mendapat keuntungan publisiti politik di peringkat antarabangsa. Secara politiknya mengumpulkan 30 ribu orang tanpa mencetuskan insiden yang menarik tidak akan mengundang apa-apa berita besar di seluruh dunia.

8. Jika sekadar mahu menunjuk kekuatan tentulah mereka boleh memohon perhimpunan di dalam stadium terutamanya Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan hampir 80 ribu orang. Mengapa perlu di atas jalan?

9. Saya percaya Bersih mahu mengulangi skrip Himpunan Bersih November 2007. Mereka mahu polis menyuraikan mereka, mereka mahukan kekecohan. Mereka percaya dengan mewujudkan keadaan sedemikian maka mereka mampu menarik lebih ramai sokongan generasi muda kepada Pakatan Rakyat.

10. Bersih secara sendirian tidak akan berupaya mengumpul 30 ribu orang untuk hadir bersama mereka. Kumpulan Bersih hanya terdiri daripada elit profesional yang jauh dari kehendak dan dokongan majoriti rakyat. Justeru saya percaya Bersih hanyalah alat politik Pakatan. Mereka yang berada di dalam Bersih hampir sama dengan mereka yang mendokong Pakatan. Maka Bersih tidak lebih agenda politik Pakatan.

11. Sebahagian mereka percaya jika mereka mengulangi demontrasi seperti itu menjelang pilihan raya umum ke-13, peluang Pakatan akan lebih cerah untuk mempertahankan kerusi sedia. Mereka percaya salah satu sebab kejayaan mereka dalam pilihan raya lalu ialah himpunan Bersih 2007 yang kononnya meningkatkan momentum sokongan kepada Pakatan. Soalnya apakah benar rakyat Malaysia hari ini lebih tertarik kepada mereka yang mencetuskan anarki dan huru-hara?

Jalan Politik Selamat

12. Ramai juga yang menyarankan agar Perdana Menteri dan Polis membiarkan sahaja kumpulan ini berarak di jalanan. Biar sahaja huru-hara di Kuala Lumpur jika itu yang Bersih mahukan. Polis jangan masuk campur agar nanti tidak dikambing-hitamkan oleh kumpulan ini. Ini merupakan jalan politik yang selamat.

13. Namun saya percaya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggung jawab, sebagai pemimpin yang bertanggung jawab dan sebagai pasukan keselatamatan yang diamanahkan menjaga keamanan, Perdana Menteri dan pasukan Polis tidak boleh lepas tangan dan buat tidak tahu hanya untuk menjaga imej yang baik.

14. Kerajaan terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan majoriti jutaan penduduk, peniaga dan pelancong di Kuala Lumpur. Daripada lebih sejuta penduduk Kuala Lumpur termasuk peniaga dan pelancong, Bersih hanya mungkin mendapat sokongan sekitar 20-30 ribu orang yang itu pun dibawa dari seluruh negara.

15. Kepentingan siapa yang perlu dijaga oleh kerajaan - penduduk setempat atau pencetus anarki luar yang akan merosakkan keharmonian Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti?

Gelombang Kedua Mengundang Campur Tangan Asing?

16. Saya juga tertanya-tanya apakah kumpulan ini bertujuan mewujudkan kekacauan bagi membolehkan mereka meminta kuasa luar campur tangan dalam menentukan kepimpinan negara?

17. Modus operandi yang hampir sama yang telah menjadi pencetus kepada demontrasi jalanan dan membawa campur tangan asing seperti di Yemen, Libya dan Mesir - iaitu bercakap kononnya kerajaan sedia ada tidak demokratik.

18. Biar pun demokrasi di negara ini jauh berbeza daripada negara-negara yang disebut tadi, namun kaedah perang saraf yang sama menimbulkan tanda tanya sama ada kumpulan luar yang sama yang mencaturkan negara-negara Arab sejak beberapa bulan lalu kini mengalihkan tumpuan kepada Malaysia.

19. Jika kita lihat pada 1998, gerakan kuasa luar juga telah cuba mencaturkan geo-politik baru Malaysia bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

20. Ketika itu Malaysia terselamat daripada percaturan ini biar pun Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, terang-terang datang ke Malaysia dan menyokong gerakan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Al Gore ketika itu datang ke Malaysia dan menghina kerajaan Malaysia yang menjadi hos makan malamnya dengan ungkapan:

"Democracy confers a stamp of legitimacy that reforms must have in order to be effective. And so, among nations suffering economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform in many languages - people's power, doi moi, reformasi. We hear them today, right here, right now, among the brave people of Malaysia."


21. Pada tahun tersebut juga, Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Setiuasaha Amerika Syarikat, Madeline Albright dan beberapa pemimpin sekutu Amerika Syarikat di rantau ini.

22. Justeru jika modus operandi Bersih hari ini dihubung kait dengan gerakan anti kerajaan di Timur Tengah dan juga gerakan yang hampir sama sedekad lalu oleh kumpulan reformasi, ternampak ada usaha-usaha untuk sekali lagi mengundang campur tangan asing.

23. Tidak mustahil kumpulan ini sedang merencana kekacauan, bahkan kematian jika perlu, bagi menarik simpati antarabangsa sekaligus membolehkan kuasa luar menekan pimpinan negara. Apakah campur tangan asing yang berlaku di Mesir, Syria, Yemen dan Libya akan merebak ke Malaysia?

24. Sebahagian kita mungkin menganggap mustahil akan berlaku. Namun setahun lalu tiada siapa menyangka Mesir, Libya, Yemen dan Syria akan mengalami pergolakan sedemikian. Jika negara-negara ini boleh diresapi tangan-tangan luar, apatah lagi bagi negara kecil seperti Malaysia yang dilimpahi pengeluaran minyak. Sudah tentu ada sahaja tangan-tangan luar yang bersedia menerima undangan pihak tertentu yang kononnya berjuang atas nama demokrasi.

47 comments:

  1. Susah Dr nak fahamkan golongan pakatan ni. Kalau cakap BERSIH tak patut dilaksana, dikatanya obses BN, balaci UMNO. Sedangkan ada yang berhujah secara waras di luar bidang politik mengapa BERSIH tak patut dilaksana. Orang-orang ini dah terlalu ingin nak berkuasa. Orang muda pula mudah percaya dengan momokan perubahan. Aduhai....

    ReplyDelete
  2. Ramai mereka yang menyokong BERSIH hanya menjadi pak turut tanpa memahami apa tuntutan BERSIH sebenarnya. Mereka juga membuat provokasi kepada mereka yang tidak menyebelahi mereka sebagai penyokong UMNO/BN. Penyokong BERSIH juga melontarkan kata-kata kesat dan kotor kepada mereka yang tidak menyertai mereka sebagai provokasi jahat.

    ReplyDelete
  3. Please comment on PERKASA's rally too. It is supported by the government and as BERSIH'S rally, it tries to amass the support of as many as possible. What do u think Khir Toyo???

    ReplyDelete
  4. saudara anon,

    Tidak betul kerajaan menyokong Perkasa. setahu saya kerajaan tidak memberi permit kepada mana-mana pihak untuk berhimpun pada 9 julai ini.

    ReplyDelete
  5. Bersih perhimpunan aman yg ingin menunjukkan suara rakyat seperti mana demokrasi sebenarnya tetapi di ekspolaitasi oleh mereka yg berkepentingan dan dan takut dgn tuntutan bersih. aku rakyat biasa.. bkn ahli mana2 parti. tuntutan bersih amatlah patut. tak usahlah di anggap sebagai fahaman komunis kerana ingin menyelamatkan kedudukan. amalkan lah demnokrasi sebenarnya dimana rakyat yg berkuasa menentukan bkn rasuah dan kuasa yg di salahguna.
    Salam

    ReplyDelete
  6. bersih will be an illegal march because of the police act. i agree.

    but i dont care. i will be there. i am not afraid of u bastards umnoputras.

    u fcuked around with my life i can tahan. u r trying to fcuk around with my children's future, i will fight u till the end. the fcuking end.

    bring it on, u bastards. yes, umnoputras, u.

    4RAKYAT

    ReplyDelete
  7. peserta demo ini menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT, KTM Komuter dan teksi dan mereka juga perlukan makanan dan minuman... bayangkan sejumlah 30 ribu pasaran bagi penjaja dan pengerai makanan dan minuman dan yang datang dari luar KL/Selangor pun ada yang menginap di hotel hotel kecil dan ada yang akan membawa buah tangan balik nanti... SOGO kan ada Sales, metrojaya dan Parkson pun ada sales...

    Kenapa LTDL boleh tutup jalan tapi ini tak boleh tutup jalan????

    Kalau UMNO anti demo haram, bagaimana pula demo yang dibuat oleh UMNO dan NGO pro UMNO di Selangor dan Penang dan di negeri negeri PR lain sehingga ada demo kepala lembu??? bila UMNO dan pro UMNO buat boleh pulak ye?????

    ReplyDelete
  8. salam doc,
    err u write well.mcm tun mahathir.heres the facts...u r charged.haironi is a known con guy.
    u r finished.he turncoat to save his arse.you go
    jail soon.

    ReplyDelete
  9. skrip kali ni sama saja dengan tahun 2007. polis ambil tindakan & jurugambar ambil untuk menunjukkan betapa zalimnya tindakan pihak polis. sedangkan saya sebagai rakyat biasa adalah lebih teraniaya & dizalimi dengan perhimpunan seperti ini. pihak yang menganjurkan dapat keuntungan dari perkara seperti ini. rakyat seperti saya hanya dapat kesan buruknya sahaja.

    ReplyDelete
  10. Laksamana said...
    Ramai mereka yang menyokong BERSIH hanya menjadi pak turut tanpa memahami apa tuntutan BERSIH sebenarnya........bla bla bla bla

    Pada saya mereka yang tak menyokong BERSIH adalah mereka yang tak BERSIH. BERSIH tidak perlu berhimpun jika tuntutan yang begitu berasas di ambil kira.

    Sampai bila kita harus menyokong kerajaan yang dengan senang-senang memperbodohkan rakyat. Persoalan subsidi, campur tangan mahkamah, perbelanjaan yang berlebih-lebih, dan macam-macam lagi.

    Bayangkan, dalam kes Dato Trio, mahkamah membuat keputusan melindungi pencen-pencen orang yang bersalah dengan hanya menjatuhkan denda kepada seorang datuk sebanyak RM1500 (kurang daripada RM3,000). Manakala Datuk yang tak berpencen didenda RM 3000.

    Mereka yang berkepentingan sahaja yang akan berterus-terusan menyokong kerajaan yang korup, zalim dan tidak berugama. Sampai mati saya tidak sokong tidak tanduk kerajaan sekarang ini.

    ReplyDelete
  11. Ini adalah detik2 perpecahan org melayu. Bila kaum majoriti bergaduh mmg hbslah neraga. Yang tepuk tangan siapa? Ini melayu sama melayu pun nak bergaduh ke demi fahaman politik. Melayu PAS, Melayu PKR n Melayu UMNO... Kalau lah melayu2 ni bergabung jd PR kan bagus...

    Nak buat perhimpunan buat apa? Kalau sekadar nak htr memorundum buat apa sampai 30 ribu org yg mcm Dr Khir sebutkan.

    Gunakan saluran yang betul utk menunjukkan protes. Jgn gunakan jalanraya sebagai medan untuk mencari keuntungan individu tertentu. Tiada hasilnya. Siapa yang untung? Adakah org menyertai perhimpunan itu akan diberi RM1 juta setiap org? Entah2 kena tangkap dgn polis ada la sbb menyertai perhimpunan haram.

    Saya sebagai rakyat Malaysia bencikan keganasan ataupun demontrasi begitu. Cara org yang tidak bertamadun dan berfikiran sempit.

    Tangkap mana2 individu yang terbabit yg menyertai perhimpunan tersebut di bwh ISA. Sebab dah terang2 mengancam keselamatan negara.

    banjar,
    Sg Besar

    ReplyDelete
  12. Dr. Khir,

    Demo di Mesir, Syria, Yemen dan Libya mereka meminta presiden mereka berundur. tapi BERSIH memgenai pilihanraya...Memang la kerajan tidak menyokong PERKASA, tetapi PERKASA menjadi alat kepada UMNO... Presiden PERKASA pun aku tengok tak berapa nak cerdik..

    ReplyDelete
  13. saya setuju pendapat anon june 28..kami xkisah siapa yang memerintah MALAYSIA ni.yg penting pemimpin itu perlu melaksanakan amanah yg diberikan kpd dia.kami sebagai rakyat melantik pemimpin utk menyenangkankn rakyat bukan menyenangkan Dr dan wakil rakyat termasuk menteri UMNO/BN.kita sebagai org ISLAM Dr.macam mana ISLAM ajar kita,mcm tu la kita kena ikut.jangan kata diri ISLAM tapi dlm hati pegangan ISLAM tu xada.fikir2 la Dr yg bijak.bersyukur apa yg ALLAh dh beri kpd Dr.jangan rampas hak orang lain.ALLAh MAHA ADIL DAN MENGETAHUI SEGALANYA.

    ReplyDelete
  14. Dr Khir,

    "Anonymous said...

    Nak buat perhimpunan buat apa? Kalau sekadar nak htr memorundum buat apa sampai 30 ribu org yg mcm Dr Khir sebutkan.

    Gunakan saluran yang betul utk menunjukkan protes. Jgn gunakan jalanraya sebagai medan untuk mencari keuntungan individu tertentu."

    Saluran yang betul???????? Kalau saluran yang betul tu ada...Kalau saluran tu boleh guna,tak perlu lah hantar memorandum tu dengan menunjukkan sokongan yang ada...Memorandum tu dihantar dengan sokongan..sokongan rakyat. Kalau hantar mengikut saluran biasa, akibat dalam tong sampahlah memorandum tu...faham tak?

    ReplyDelete
  15. saudara banjat...perserta perhimpunan adalah mereka yg tidak minta habuan wang ringgit...tidak macam peserta perhimpunan UMNO yg diberi habuan wang untuk berhimpun...dan kalau memorendum2 terdahulu tidak diendahkan kerajaan, maka memang perlu 30,000 org untuk menghantar supaya kerajaan akan bagi perhatian..
    dan ini adalah perhimpunan aman...cuma UMNO dan Perkasa yg mahu menganggu perhimpunan ini...lu fikirlah sendiri siapa sebenarnya yg lebih bertamadun...

    ReplyDelete
  16. Rizal Merican punya Patriot tu mcm mana pulak? Ada permit Polis ke? Siapa kata dia mewakili silent majority? Yg ni Polis tak kata apa pulak? TV3 nak kata apa? Peniaga2 kecil tak nak ke masuk tv suruh Patriot jgn demo? Baju merah Patriot Polis tak rampas ke? Hari tu beratus mat2 rempit buat kecoh dpn bangunan PKR polis tgk je ke? Patriot buat 'rapat umum' tu bkn perhimpunan tanpa permit ke?

    Sila jawab wak..

    ReplyDelete
  17. Belum terlambat untuk pihak berkuasa bertindak ...tak paah banyak songel ler KDN(PDRM) ..tangkap jer kuncu kuncu sikafir harbi nie. Jika KDN(PDRM) ikhlas dah lama dah tangkap mereka semua yang bermuka muka nie . memang dah jelas dah ...apa nak tunggu pertumpahan darah??? Usah gadaikan maruah dan kudrat anggota anggota Polis @ tentera untuk menanganinya ...cegah sebelum parah lagi mudah dari terus disergah sergah . Tak kira lah dia tu Bersih . PKR , Perkasa , Pemuda Umno/Mic dan lain lain NGO ...sumbat jer yang lancang mulut dan menghasut serta menuntut keringat serta darah penguatkuasa serta majoriti rakyat Malaysia ..terutama kesuciaan agama Islam //kalau tak pun kita pancung jer awal awal !!!!

    ReplyDelete
  18. saudara yg menyokong bersih ni ada x baca statement dari SPR dan berfikir secara rasional? kenapa perlu nk berdemo? Ambiga tu peguam kan? mulut mmg biasa berbelit..kenapa xdiminta supaya diadakan debat terbuka antara SPR dan dia di stadium..xpayah berdemo..perhimpunan aman..perbincangan secara intelektual.nk demokrasi..kuasa rakyat konon..banyak rakyat x menyokong perhimpunan cam ni..confirm jadi liar..

    "
    bersih will be an illegal march because of the police act. i agree.

    but i dont care. i will be there. i am not afraid of u bastards umnoputras.

    u fcuked around with my life i can tahan. u r trying to fcuk around with my children's future, i will fight u till the end. the fcuking end.

    bring it on, u bastards. yes, umnoputras, u.

    4RAKYAT
    "
    Ini ke contoh rakyat malaysia?

    Jangan ikut rasa hati...ikut akal la..tuhan dah bagi akal tu..ni xbersikap rasional..asyik nk dengar sebelah pihak..dgr dua2 belah..baik pihak kerajaan dan pembangkang..pakatan rakyat jgn ingat dgn nama rakyat tu mewakili semua..ramai lagi yg dok melihat kerenah kamu yg memalukan malaysia..ramai lagi yg macam sy yg x taksub utk menyokong..yg mengambil jalan utk meneliti secara keseluruhan..Apa itu demokrasi..pengasingan kuasa antara exsekutif, legistatif dan kehakiman? SPR xboleh ubah perlembagaan..yg nk pegi demo bodoh nk buat apa..harus melalui parlimen..jadi gunakn jalan yg betul..malu la org luar tgk malaysia mcm ni..byk rakyat bodoh piang..malu aku dgn kaum aku yg byk guna hati dari guna akal

    ReplyDelete
  19. arrayah.info - Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

    ReplyDelete
  20. sahabat sahabat bloggers,

    Bagi saya jika kita mengambil keputusan mengharamkan perhimpunan haram,siapa sahaja yg terlibat dalam penganjuran perlu diambil tindakan tegas,tanpa memilih parti atau apa jua pertubuhan.

    sepatutnya kita mengadakan pendekatan berdialog secara terbuka dgn pihak SPR,samada cadangan cadangan yg hendak dilaksanakan itu mampu atau tidak utk dilaksanakan oleh mereka.hasil perbincangan itu bolehlah dibawa ke parlemen oleh wakil rakyat samada oleh pembangkang ataupun penyokong kerajaan.saya bimbang kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  21. Bersih Tetap Bersih..







    Undi BN Undi HARAM - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih Tak boleh...
    Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk BN yang Nak MampuS !!

    >>>http://facebook-1malaysia.blogspot.com/<<<
    >>>http://blog1malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete
  22. Dr MKT,

    Yes Doc, I agree with you, siapa sahaja yang terlibat dalam perhimpunan haram tindakan tegas perlu diambil. But this is not PERHIMPUNAN HARAM, this is just a walk for democracy. What and who makes it HARAM? The BN government of course!!! Dialog with SPR? Isn't that BERSIH had been requesting for? OK if SPR is not in the position to carry out all 8 demands by BERSIH, I dare the BN government or SPR to give way to only 1 request, i.e menggunakan dakwat kekal untuk setiap pengundi. Would SPR dare to give way for that? One out of eight request is not to much to agree with right?

    ReplyDelete
  23. Cara berhimpun/demo di jalanan mmg tidak menunjukkan org bertamudun... klau dh berkumpul ramai2 mcm tu tentu ada yg nk bergaduh n puas hati masing2 nk tunjuk kuat. lbh2 lg bdk2 remaja n awl2 dewasa tp org dewasa pun sama jgk... bdk2 tahap mcm ni mmg suka la... termasuk aku... tapi aku org yg bertamadun x suka demo kat jalanan... lbh baik di meja rundingan. itu baru profesional n bertamadun....

    Saya hrp pihak kerajaan mengambil tindakan yg tegas antara yg tegas pd ind yg terlibat yg ingin membuat huru-hara.

    Kita tgk saja apa akan jadi 9 Julai nnt...

    ReplyDelete
  24. HIDUP BERSIH HIDUP AMBIGA HIDUP ANUAR IBRAHIM...TUIHHHHHH...SEMUA 2 PEROSAK BANGSA DAN AGAMA....JANGAN JADI HAMBA YANG BODOH MENGIKUT SEMUA TELUNJUK MEREKA NI..MANA MEREKA WAKTU PERHIMPUNAN NI AKU NAK TENGOK...XADIL KONON SPR 5 NEGERI PUN XADIL LAGI KA.PAS DAH BERKURUN PEGANG KELANTAN 2 PUN XADIL..ADIL PLAK ANUAR TERLIBAT VIDEO SEKS JADI PRESIDEN PKR..

    ReplyDelete
  25. Sebenarnya apa yang nak dibersihkan?, Bersihkan niat dan jiwa dahulu. Bersih pada pandangan saya bukan kerana tuntutan kerajaan sekarang tak bersih. Bersih lebih mirip kepada dendam kesumat. Dendam apa? dendam tak dapat habuan! Faction menyokong Bersih kerana mereka fikir mereka tidak dapat yang sepatutnya. Manakala persepsi faction ini terhadap orang yang tak sokong Bersih ialah orang-orang yg sudah kenyang "makan" duit rakyat. Tidak dinafikan dalam dunia ini ada orang baik dan ada orang jahat. Kadang=kadang perbezaan antara keduanya pun sangat nipis sehingga yang baik pun seperti jahat dan yang jahat susah nak diteka apa niat mereka. Soalnya dalam mencari balasan dendam kesumat ini, kadangkala ada orang lupa mereka juga telah menekmati rezeki yang dilimpah dalam negara. Namun begitu ada yg jadi marah kerana mereka dapat kurang dan orang lain dapat lebih. Isunya dalam soal dapat lebih kurang ini jika dikaji lebih menjurus kepada tabiat manusia, dan manusaia Melayu yang rata-rata bukan orang kaya memang mudah rakus, almaklum tak pernah merasa limpahan hidup mewah dari kecilnya. Terjadilah "culture shock" yang memberi kesan negatif terhadap tidak tandul mereka. Lupa diri. lupa tanggung jawab. membelakangkankan tuhan, menipu, serta melakukan setiap sesuatu dengan sikap hipokrit ketara. Saksilah sendiri Bangsa sendiri yang dilanda kejutan ini. ORANG MELAYU dan tak kiralah samada mereka UMNO, PKR atau PAS. Jadi yang nak dibersihkan ini orang Melayu kah? dan pandai betul orang Melayu menjadikan bangsa lain sebagai tukang atur, sementara MELAYU menggali kubur mereka sendiri. Orang Melayu perlu muhasabah. Yang benar kita tetap junjung dan yang batil tetap kita lawan. Caranya? lebih matang dan bijak. Kalau dibersihkan orang MELAYU jadi negara ini tinggal siapa? Bertepok tanganlah kaum lain kerana mereka sudah lama tahu betapa dangkalnya otak Melayu dan betapa rapuhnya pegangan prinsip hidup dan betapa nipisnya iman gara-gara beragama kerana nak tunjuk-tunjuk. Hidup saya sekeluarga berjaya kerana prinsip kerajaan yang membantu dalam proses pembelajaran anak-anak Melayu miskin seperti saya sehingga selesai pering pengajian tertinggi. SElepas itu saya sekeluarga bekerja keras menimba kekayaan negara tanpa sebarang cable atau mana-mana pihak. Saya yakin kejayaan saya sekeluarga atas kehenddak Allah jua. Namun Ah... dah pasti orang PKR kata kami kroni UMNO dan pelik pula orang UMNO pula kata ( kerana sikap profesional kami) kami bukan penyokong UMNO. Nampak tak kedengkelan pemikiran bangsa sendiri! Saya sayangkan negara ini. Masih ada yang sayang. Tak mungkin peluang perniagaan kami menjadi begiti baik jika berada di China atau India. Wahai orang Melayu kurangkanlah emosi. Orang Melayu baik dan Orang MElayu jahat ada dalam semua parti!

    ReplyDelete
  26. Dr, akhirnya YDPA sendiri memberi ruang kepada rakyat. inilah pemimpin kami yg sebenar, bukan pemimpin yg tahunya mengatakan perhimpunan rakyat yg ingin demokrasi sebenar sebagai perhimpunan haram saja, tanpa pernah berfikir hak-hak rakyat yg telah dinodai selama ini. contohi lah YDPA para wakil yg rakyat di beri mandat, dlm titah baginda tak ada pun menyentuh perhimpunan ini sebagai haram ttp kalian... blm pun perhimpunan berjalan dah siap dgn tuduhan dan penghinaan. rata-rata berhujah dengan sinis dan banyak di antaranya berdasarkan bangsa dan agama. cukuplah dgn sifat racist yg hanya membawa keburukan itu, politik racist cuma politik murahan. tunjukkan kredilibiti kepimpinan rakyat skrg bijak menilai dan cukuplah menghina Agama org lain dan menganggap bangsa lain sebagai kafir. (minta maaf, mungkin bkn d sini ttp saya bnyk trbaca komen yg menyebut Ambiga kafir Latnatullah) subhanallah..sebagai Islam kita sepatutnya sedar yg menglaknati seseorang itu bkn kerja kita dan pada saya tak bnyk kafir di Negara kita Malaysia ini. kafir hanyalah panggilan kepada yg tak berugama bkn pada org kristian atau pun Buddha.
    saudara sekalian org-org yg pandai bijak dan tunjukkanlah kepandaian itu bkn setakat menghina dan mencaci kerana itu tindakan org yg bodoh. sebagai rakyat saya menyokong bersih 2.0 kerana tuntutan 8 perkara itu adalah patut dan saya tahu ianya tdk berkaitan dgn komunis dan propaganda lain yg memburukkannya. Salam

    ReplyDelete
  27. YB, ini hanya pendapat saya dan kebanyakkan penduduk-penduduk kampung saya. BERSIH bukan masaalahnya, tetapi perbalahan antara pucuk pimpinan dalaman UMNO.

    Perbalahan inilah yang memberi kepada promosi BERSIH. Tindakan-tindakan yang sungguh mengelirukan dan kadang-kadang bercanggah oleh pucuk pimpinan seakan-akan menarik perhatian rakyat kepada BERSIH. Sebelum ini, seluruh kampung saya tidak tahu tentang demonstrasi BERSIH.

    Apa pendapat YB?

    ReplyDelete
  28. Ambiga org yg membela murtad
    B-berhimpunanlah
    E-engkau
    R-ramai2
    S-sehingga
    I-Islam
    H-hancur

    adakah org ini yg kita lantik sebagai ketua BERSIH? klau dia tidak bela murtad pasti aku sokong BERSIH...

    ReplyDelete
  29. jika adil takde la orang nak unjuk rasa...
    tengok laa.. penggunaan TV..UMNO/BN sewenang2 guna utk hentam PR, tapi jawab balik tak boleh..jawab dgn internet...berape kerat je ada internet... inilah ketidakadilan yg dah sejak merdeka lagi..mana rakyat boleh tahan?

    Ajak debat..tak berani, cuba tengok negara maju spt USA, OBAMA dgn pihak lawan..selamba je...

    ReplyDelete
  30. BERSIH 2.0 ini bagi orang yang waras dan terbuka fikirannya tahu apa yang diperjuangkannya. Agak aneh bagi orang seperti Dr. yang kelihatan intelek (?) dan rasional masih tidak faham kehendak BERSIH 2.0.
    Apa yang pelik adalah tindakan UMNO dan jentera kerajaan (yang sepatutnya berkecuali dan rasional) yang berterusan menindas BERSIH dan mereka yang bersimpati dengannya. Apakah tindakan ini kerana takut (takut BN kalah pilihanraya) atau kerana kurang membaca atau kesetiaan membabi buta kepada DS Najib?Mujur YDPA tidak ikut melatah. Menjunjung kasih Tuanku!

    SPR hari ini sudah jadi cawangan UMNO. Itu semua orang tahu. Cuma untuk menyatakan kebenaran sudah tentulah amat pahit. Nasihatkanlah UMNO supaya tidak bertindak bagai mahu menopang langit. Dr. sudah tentu pernah mengalaminya. Dunia sudah berubah, Dr.!

    ReplyDelete
  31. Jam 6 petang tadi pertama kali saya tersangkut dalam jam yang amat teruk selama 3 jam di kawasan Tol Sg Besi. Mana tidaknya ada road block sebelum simpang ke Cheras Kuantan. Sampai saja saya dekat tempat polis buat sekatan, mereka baharu sahaja habis buat sekatan dan sedang melepak dan releks-releks di bawah bangsal sementara mereka di tepi jalan sebelah kiri. Kami semua pemandu really bengang dengan pihak polis yang dah macam kaldai apa lagi dengan kerajaan pandir yang ada. Kami semua bukannya peserta perhimpunan yang akan di adakan di keesokkan harinya. kami adalah pekerja yang baru balik kerja menuju ke rumah masing-masing yang majoritinya terletak di Rawang, KL, Ampang, Cheras dan Hulu Kelang. Apa semua ni? Kata kebajikan dan keslesaan rakyat didahulukan? Tapi rakyat yang dahulu mendapat kesusahan! Konon ini angkara Bersih? No,no DS. Ini adalah provokasi daripada kerajaan yang ada agar kami marah kepada Bersih! Rentetan tindakan seperti itu,membuatkan kami semakin simpati terhadap Bersih dan semakin marah dengan kerajaan pandir yang ada sekarang. Rakyat sekarang semakin ramai yang lebih cerdik dan lebih pandai berfikir daripada PM atau DS, dan ini perlu diingatkan. Adakah DS pun dah pun nak jadi Si Luncai terjun dengan labu-labunya juga ke? Satu komen saya DS dah reject, kalau betul anak jantan yang ini diharap DS tidak reject ok?

    ReplyDelete
  32. Kalau berkumpul ramai-ramai dikatakan tidak bermoral atau bertamadun.... yang berkumpul ramai-ramai tengok konsert... pastu terkinja-kinja.... itu kira bertamadun sangat la..... Memang betul ada yang sopan santun bila tengok konsert..... sama gak bila berkumpul ramai-ramai tak kira kat Stadium ke.... jalan ke.. ada juga kutu yang lalok or sesat.....

    ReplyDelete
  33. Jika 30 ribu dianggap besar untuk menekan rakyat, bagaimana pula jika puluhan ribu pula dikeluarkan oleh NGO atau parti politik lain untuk menekan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat? Apakah mereka akan tunduk kepada desakan sedemikian juga?

    saya rasa NGO LAIN TAK MAMPU.. WAIMA UMNO SEKALIPUN.. KENA ANGKUT BUS MUNGKIN BARU SANGGUP.. KALAU NAK KUAR DUIT SENDIRI UMNO SEKARANG TAK MCM UMNO DULU

    ReplyDelete
  34. anuar dh terdesak...buat helah guna bersih,jgn hrp nk lps kes balun pungkok saiful mggu dpn siap kau ,,,haha,,pas pun mcm bangang ikut pungkok ambiga tu ...serban hadi awg bleh lilit shj.

    ReplyDelete
  35. Kalau BERSIH tidak didalangi mana2 parti politik, kenapa ramai pemimpin pembangkang bersama2 berarak? Biarkan Ambiga je yg menyalak..... Pasal PERKASA, En Khairy kita pun kena jugak gas pemedih mata & sembur air. Dia pun luka jugak. Duduk jugak lokap sampai 8 jam...sama je....Ambiga dah blh jumpa Agong secara 4 mata. Serah je la tuntutan tu sewaktu perjumpaan berkenaan. Kenapa mesti berarak bila peluang secara baik dah ada....

    Saluran yg betul adalah melalui pilihanraya. PRU dah dekat. Kalau rasa kerajaan skg KOTOR, senang je. Jangan undi BN masa pilihanraya nanti. Pilih pembangkang. Kan senang. Bertamadun. Jgn kata BN memanupulasikan keputusan pilihanraya kerana kalau itu benar, maka Pulau Pinang, Kedah, PErak & Selangor tidak akan jatuh ke tangan pembangkang. Lbh baik kerajaan kekalkan 4 negeri ini di bawah pemerintahan BN lbh2 lagi Pulau Pinang & Selangor yg ekonominya begitu mantap....

    Dan jangan bising bila kena gas pemedih api & sembur air.....kata nak tuntut perubahan, so tahan lah sikit dgn dugaan. Zaman dulu org bermandikan darah utk kemerdekaan, tapi skg bila dah merdeka baru kena gas pemedih mata & sembur air dah nak bising. Macam mana nak berjuang kalau benda kecik macam ni pun dah nak bising. Kuatkan lah semangat tu...perjuangan tanpa dugaan tak best la....

    bagaimana kerugian yg ditanggung oleh peniaga2 dan juga negara? Adakah mereka fikir semua tu? Yg lbh penting, bagaimana pulak dgn maruah negara yg telah tercalar di mata dunia??? Berapakah harga maruah negara kita?

    ReplyDelete
  36. Dr,
    Some people are plain stupid. Reasoning with no reason. Apakah kemenangan RR di lima negeri menunjukkan KEBERSIHAN, KEADILAN & KEMAJUAN didalam proses pilihanraya dinegara ini?

    Jika itu lah rasional yang diberikan sebagai membuktikan kononnya SPRM bersih,adil dan tidak condong untuk membantu kerajaan sekarang dalam banyak hal semsa pilihanraya,ia adalah amat malang sekali.

    Tindak-tanduk SPRM sepanjang zaman tidak langsung menunjukkan ia lebih matang, maju apatah lagi benar-benar mendukong demokrasi yang sepatutnya SPRM sendiri menjaganya.

    Saya pasti, pada pilihanraya yang lalu,jika SPRM benar-benar memainkan peranan sebagai satu suruhanjaya yang benar-benar menjaga demokrasi, satu suruhanjaya yang tidak memihak mana-mana parti politik, BN sudah tidak menjadi kerajaan lagi.

    Buktinya sangat nyata, PR boleh menang dengan lebih bergaya jika SPRM tidak memainkan peranan sumbangnya pada pilihanraya tersebut. Jika BN begitu megah dengan kemenangan dan begitu percaya dengan kekuatan mereka, saya mencabar mereka memberi laluan kepada satu daripada lapan yang dipinta iaitu mengguna dakwat kekal pada pilihanraya. Tapi nampaknya BN seperti tidak yakin akan kemenangan mereka, walaupun memberi laluan kepada satu permintaan itu sahaja.

    DARIPADA SEORANG RAKYAT YANG KEPINGIN MERASAI SATU PILIHAN RAYA YANG BERSIH,ADIL DAN BERKEMAJUAN...SEPERTI MANA NEGARA-NEGARA MAJU YANG LAIN.

    ReplyDelete
  37. salam semua ,
    dunia akhir zaman, Bila ulama dan umarak jauh dr Allah maka ummah akan hancus...
    bersiaplah kita bertemu Allah dgn hati yg salimah..

    ReplyDelete
  38. Salam Dr,
    pada pendapat Dr ,kenapa DYMM Agong keluar kenyataan pertangungjawapan/amanah PM dan terus terima mengadap Bersih.

    ReplyDelete
  39. pada MEREKA(Putrajaya)....Bersih itu adalah suatu mimpi ngeri.....takut hilang kuasa...ALLAH yang Maha Berkuasa....
    apa yang nak ditakutkan pada permintaan Bersih....
    Bukan semata-mata datangnya dari Parti Politik pembangkang...tapi ramai lagi NGO, dari pihak Barisan pun ada, persendirian yang berada diatas pagar....yang tidak mahu dikenali.....aku,
    apa yang mereka(BERSIH) inginkan.....senjata?LYNAS...Gebeng?kautim 3juta?...
    rasanya kita semua telah dibekalkan dengan suatu piagam yang paling ulung dan terbaik....PIAGAM MADINAH....tak salah kalau kita ikut....semasa zaman pemerintahan Rasullullah...Islam dan Bukan Islam sama-sama menbangunkan Madinah dan Mekah....ushalah kat sini.... http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah#Kandungan_Piagam_Madinah fahamkan maksudnya dan praktikkan lah....
    ADIL dan SAKSAMA...
    bertindaklah dengan adil.....
    dilah dari pepatah jebat "pemimpin adil pemimpin disembah, pemimpin yang zalim akan dijahnamkan"

    ReplyDelete
  40. Salam YB Dr... Saya amat bersetuju dengan tulisan Dr berkaitan demo BERSIH yang cenderung seperti di Timur Tengah... boleh merosakkan kestabilan negara.

    Kalau saya tak silap titah Yang Dipertuan Agong tempohari amat bernas dan neutral... Perhimpunan sesuai, adakan rundingan... dan yang berkuasa (kerajaan) perlulah adil dan bersih...

    Pada hematnya semua pemimpin sekarang khasnya BN (yang berkuasa) kena muhasabah diri... betulkan kesalahan yang telah dan sedang berlaku..Jangan menidakkan perkara yang benar walaupun ianya amat pahit. Pak Menteri adalah pemimpin... elaun kerajaan bayar untuk memudahkan rakyat... bukan jadi korperat yang senantiasa nampak untung (RM). Dan akhirnya terbukti sekarang, rakyat kena menanggung bebannya; petrol naik, bil elektrik naik, barang2 naik dan segala-galanya naik mendadak.. menaikkan kos sara hidup.

    Pada hemat saya jika pemimpin, khasnya YB PM sendiri masih terpukau dengan perancangan korperat menteri makmal dan kuncu-kuncunya tu... isyaallah perhimpunan yang lebih besar bakal berlaku. Bukannya yang joint tu penyokong BERSIH atau pihak pembangkang.. tapi rakyat dah nampak tembelang golongan yang mencari kekayaan ini... hati yang marah dan kecewa akan merosakkan negara tanpa disedari seperti di negara Timur Tengah tu.....

    ReplyDelete
  41. Saya betul-betul begang... teruk ke orang melayu kita... Persatuan sukan pun nak kaitkan dalam politik. Silat tu sukan... bukan politik. Ni problem kita, apajua persatuan dan aktiviti pun dikaitkan dengan politik.

    Kalau dulu, masa ayah saya, sekolah tu sekolah, sukan tu sukan, bukan politik. Kalau tak tahu bezakannya, mampus bangsa kita.

    ReplyDelete
  42. ahmadsofian... your stupid explanation too...

    kita ada saluran di parlimen. kenapa tidak dicadangkan di parlimen je klau nak guna dakwat kekal... apa guna YB2 pakatan pembangkang (PR) buat dlm parlimen? kenapa dia menyampaikan hasrat utk rakyat?

    kenapa mesti berarak... klau ada org seperti ahmadsofian ni dlm malaysia mmg hancur... dah tua tp fikiran cetek....

    ReplyDelete
  43. Abd Razak said " Kalau berkumpul ramai-ramai dikatakan tidak bermoral atau bertamadun.... yang berkumpul ramai-ramai tengok konsert... pastu terkinja-kinja.... itu kira bertamadun sangat la..... Memang betul ada yang sopan santun bila tengok konsert..... sama gak bila berkumpul ramai-ramai tak kira kat Stadium ke.... jalan ke.. ada juga kutu yang lalok or sesat....."

    ni lg satu fikiran kebudak budakan... dia bg contoh org tgk konsert, pegi stadium... kenapa dia xbg contoh org yg berpusu2 ke masjid? cuba jwb? maksud saudara adakah begitu? org berpusu2 jg...

    bersih ni bukan tgk konsert, bukan pegi stadium... bersih ni lbh kpd tuntutan... kita ada parlimen... YB2 pembangkang blh berhujah kat situ... apa guna korang lantik dia jd YB?

    ReplyDelete
  44. Saudara Anon. 18, 2011 8:55:00 PM GMT+08:00,

    Kenapa tak dibawa ke Parlimen tanya saudara.. Tapi parlimen majoritinya BN atau PR? BN pun bangang juga bersih membuat lapan tuntutan, terangkan kepada rakyat mengapa dan kenapa 8 tuntutan tersebut tidak boleh dibuat atau dijalankan, jangan la cerita pasal benda lain.. ini pergi merepek benda lain buat apa... ?

    ReplyDelete
  45. Kepada Anon yang komen statement saya.... sekurang-kurangya saya guna nama sebenar dan tak main la nama samaran atau takut letak nama...!!!....

    Macam mana nak dibandingkan dengan pergi masjid..... Apple and apple comparison ke...???? Berapa kerat yang berpusu-pusu ke Masjid selain dari hari Jumaat.... Berapa ramai bilangan jemaah yang solah Subuh berjemaah..... adakah boleh dikategorikan sebagai berpusu-pusu, bersesak-sesak dsb....

    Tapi kalau tengok konsert, bola, Jom Heboh memang berpusu-pusu dan bersesak-sesak... coz memang saya ada pengalaman... he he he he.... (tak nak la hipokrik...)

    ReplyDelete
  46. BUKAN BERSIH YANG TAK BERSIH..PIHAK YANG TAKUT DENGAN ISU YANG DIBAWA OLEH BERSIH ITU YANG X BERSIH. BUAT KERJA KENALAH BERSIH..SUPAYA TIDAK DIGANGGU DAN RASA TERGANGGU OLEH BERSIH.
    BERSIHKAN JIWAMU..BERSIHKAN HATIMU..BERSIHKAN DIRIMU..BERSIHKAN RUMAHMU (yang berjuta juta tu)

    ReplyDelete