Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, June 10, 2011

Menuju Jalan Keadilan

1. Saya pohon maaf kerana tidak mengemaskini blog ini agak lama kerana menumpukan kepada kes di Mahkamah.

2. Saya faham banyak yang melontarkan pertanyaan dan juga cemuhan kepada saya apabila membaca dakwaan-dakwaan yang terbentang di Mahkamah sebelum ini. Saya tidak boleh menjawab soalan-soalan tersebut kerana ia merupakan bahan perbicaraan di mahkamah.

3. Saya hanya memohon saudara/saudari bukan sahaja mendengar keterangan saksi pendakwa dan membaca tajuk-tajuk besar akhbar tetapi juga meneliti jawapan-jawapan saksi apabila disoal balas oleh peguam saya.

4. Saya serahkan kepada saudara/saudari untuk membuat penilaian sendiri atas kenyataan saksi, laporan akhbar dan cara saksi menjawab soalan peguam saya.

44 comments:

  1. Doc,

    Good luck... U should read RBFonline new entry...

    ReplyDelete
  2. terasa hiba dan sebak bila melihat DS di tv,seorang pemimpin yg bekerja utk rakyat berhadapan dgn manusia2 yg tak pernah brsyukur dan yg gila kuasa dunia...smoga DS terus tabah menghadapi segala dugaan,insyaallah kebenaran pasti akan menjelma walaupun tidak didunia,...sy mendoakan DS akan terus berkhidmat utk rakyat dan terus bersemangat menghadapi ujian dan dugaan dunia...

    ReplyDelete
  3. Saya doakan DS tabah dan sabar mengharungi segala ujian yang melanda...Insyaallah, keadilan dan kebenaran pasti menjelma jua....TERUSKAN PERJUANGAN DS....

    P/S : Ustaz Abu Bakar kirim salam dgn DS.

    ReplyDelete
  4. harap perbicaraan berjalan lancar tanpa sebarang penanggguhan yg akan melewatkan urusan perbicaraan....

    ReplyDelete
  5. Doc....mcm mana nak dapatkan detail full skrip perbicaraan?....media agak berat sebelah!

    ReplyDelete
  6. Saya doakan semoga DS bersabar dengan ujian yang dilalui.Teruskan perjuangan untuk agama,bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  7. Insyaallah, saya akan cuba mengikuti perjalanan kes ini di mahkamah secara langsung. Dan saya percaya kebenaran pasti akan tiba. Semoga Dr Khir tabah dan berdoa kepada Allah.

    ReplyDelete
  8. Dr.Khir,

    Kalau nak menuju jalan keadilan, kena masuk parti KEADILAN Rakyat.

    ReplyDelete
  9. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. harap dt sri dan keluarga brsabar dan tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  10. Ketabahan dan redha itu lebih penting dari bersalah atau tidak.

    ReplyDelete
  11. lain kali kalau ada nak buat landscaping, calling2 la ye Dato' Seri...

    ReplyDelete
  12. Salam Dr Khir,

    Sedih bila dikenangkan..Ketentuan Allah ,majoriti MB Selangor sejak dahulu lagi karier politik mereka berakhir dengan kedukaan (ada yg dipenjara!)

    Saya simpati dengan musibah yg menimpa Dr, dan saya percaya sebelum terjun ke dunia politik dr tentu telah mengakaji dan faham akan pelbagai ranjau dalam dunia politik. Musuh yg paling bahaya dlm dunia politik adalah dari kalangan parti kita sendiri bukan pembangkang!

    Kalau dulu Dr memilih utk meniti hidup dalam bidang kedoktoran, kalau Dr ada rumah besar manapun rakyat tidak akan pertikaikan tetapi bila dr telah menjadi MB semua gerak geri diperhatikan oleh rakyat termasuk musuh dalam parti sendiri.(musuh dalam selimut)

    Kelaziman politik di malaysia bila seseorang pemimpin utama Parti Pemerintah didakwa di mahkamah memberikan petunjuk yang amat jelas bahawa pemimpin tersebut tidak diperlukan lagi (liability) kepada parti. Saya juga simpati dengan Dr kerana ramai lagi pemimpin politik kita yg jauh hidup lebih mewah tetapi mereka masih selamat setakat ini.

    SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa, semua hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara (AG), maka AG lah yg akan menentukan samada utk mendakwa seseorang atau tidak. Keputusan utk mendakwa oleh AG sepatutnya tidak perlu merujuk kpd Pemimpin Tertinggi terlebih dahulu, tetapi sebaliknya berlaku.

    Seperti beberapa siasatan SPRM terhadap seorang pemimpin utama Malaysia Timur yg sangat kaya (tycoon) tetapi AG memutuskan utk tidak mendakwa kerana pemimpin ini mempunyai nilai yg tinggi, kalau didakwa kan menyebabkan pelbagai kesan yg besar kepada parti, negeri dan negara! Maka dengan itu pemimpin tersebut tersenyum puas!

    Saya percaya kalau Dr benar2 jujur dalam pemilikan rumah mewah ini nescaya Allah akan memberi kemenangan kpd Dr. Cuma saya takut kadang2 kita rasa apa yg kita buat betul tetapi sebaliknya tidak. Banyak salah laku berlaku dalam arus politik Malaysia kerana pemimpin politik yg hidup dalam dunia politik merasakan apa yg mereka buat tidak salah (Satu kebiasaan yg diperturunkan dari generasi politik terdahulu).

    Rakyat pula hidup dalam dunia yg berbeza dan mereka nampak jelas salah-laku tetapi demi parti yg tercinta mereka memejam mata sahaja, katanya "biarlah mereka kaya...mereka org melayu juga".

    Media utama Malaysia terutamanya Utusan Malaysia (dimiliki umno) & TV3 amat gemar untuk mensasikan sesuatu berita utk meraih pembaca/penonton yg tinggi dan ini telah berlaku kpd beberapa pemimpin2 pembangkang dan terkini Dr Khir sendiri. Walaupun Dr belum didapati bersalah, mereka seolah2 telah menjatuhkan hukum! Keaiban/kesengsaraan seseorang telah digunakan untuk mengaut keuntungan!!

    Akhir sekali saya berharap Dr Khir bersabar, kalau Dr khir di pihak yg benar nescaya Allah SWT akan mempermudahkan kehidupan Dr.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  13. mohon link

    http://www.mykmu.net/?p=11089

    ReplyDelete
  14. kelakar...hahaha..yg mempertikaikan pemilikan rumah dlm kes ini datang dari pembangkang...mcm mana pulak dari parti sendiri?
    TV3 melaporkan apa yang berlaku didalm perjalanan mahkamah..kalau tak laporkan nanti pembangkang cakap berat sebelah..tp bila laporkan pulak ckp musuh dlm selimut..samalah kes2 SPRM, kalau melibatkan pembangkang..nah riuh satu malaysia..konspirasilah..kena beli dan mcm2, tapi bila dlm kes DR.Khir pulak..buat xtahu pulak...

    ReplyDelete
  15. Dr Khir,

    Sedarlah, memang benar SPRM sememangnya pileh-memileh untuk mendakwa sesorang seperti yang ditulis oleh penyokong doktor ini. Namum pada masa dahulu, Dr bermati-matian menyangkalnya. Sekarang Dr menjadi orang terpileh..apa kan daya

    [Anonymous said...

    Kelaziman politik di malaysia bila seseorang pemimpin utama Parti Pemerintah didakwa di mahkamah memberikan petunjuk yang amat jelas bahawa pemimpin tersebut tidak diperlukan lagi (liability) kepada parti. Saya juga simpati dengan Dr kerana ramai lagi pemimpin politik kita yg jauh hidup lebih mewah tetapi mereka masih selamat setakat ini.]


    [SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa, semua hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara (AG), maka AG lah yg akan menentukan samada utk mendakwa seseorang atau tidak. Keputusan utk mendakwa oleh AG sepatutnya tidak perlu merujuk kpd Pemimpin Tertinggi terlebih dahulu, tetapi sebaliknya berlaku.]

    ReplyDelete
  16. Sabarlah insyaallah ada hikmah malah yg penting Allah masih sayangkan Datuk.

    ReplyDelete
  17. proses perbicaraan yg dr kena jalani tu hanya sebahagian kecil sahaja dari begitu banyak dugaan dari Allah swt. kesenangan, kekayaan, kuasa, kemiskinan, papakedana, semuanya adalah dugaan dari Allah swt. ada org sakit berpuluh tahun menderita, juga dugaan Allah. ada yg dari lahir sampai meninggal dunia tak pernah senang, juga dugaan Allah. kita dh bersetuju dgn Allah dahulu untuk lahir kedunia dgn dugaan, jalanilah dugaan tersebut dgn tabah...

    ReplyDelete
  18. sebagai orang islam..pasti DS percaya dengan pembalasan..baik balasannya pahala..dosa,haram akan menerima balasan juga.
    saya pernah berada dipejabat MB..terdengar perbualan setiusaha DS dalam bahasa jawa.. sa'iki selangor ye'e dewe...bermakna sekarang selangor kita yang punya...harap DS tidak menyalahguna kuasa semasa berada dipuncak pemerintahan.

    ReplyDelete
  19. saudara khir,
    yang lepas belum lagi berlalu, masa depan kamu juga belum tentu!

    ReplyDelete
  20. Salam Doc,

    Di dunia ni susah kita nak tentukan siapa salah siapa benar sebab dunia ni penuh dgn tipu muslihat, tiada siapa yg sangup bercakap benar hanya kerana takut kpd hukuman dan akibat yg akan diterima di dunia. Persoalan agama tak penting ketika ini kerana persoalan dunia mengatasi segala2nya. Jadi keadilan yg dicari bukanlah keadilan yg sebenar kerana keadilan yg tidak berlandaskan persoalan agama adalah keadilan yg dipalsukan.

    Waimah apa yg kita lakukan ketika di dunia ini tak dapat lari dari pengetahuan Allah SWT dan sepatutnya sebagai org islam hal ini yg patut kita geruni kerana perlakuan kita di dunia ini akan dibawa mengadap kemuka pengadilan hakim yg Maha Agung dan Maha Mengetahui, disaksikan oleh setiap angota tubuh badan kita, maka disinilah baru kita akan temui keadilan yg sebenarnya.

    Ini pandangan saya doc, harap maaf kalau tidak disukai, sebagai saudara seislam tugas saya hanya menyampai dan mengingatkan. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  21. bagi saya.. Ini semua ujian untuk orang yang beriman. sebagai penghapus dosa, peningkatan darjat disisi Allah. apa pun.. sabar lah., dato' sri lebih tahu akan semua ini.. kalau tak, takkan boleh jadi Dato' Sri.. (tmnazri)

    ReplyDelete
  22. salam..

    bagi saya yang berada di atas itu lagi "Maha mengetahui"...jadi tak perlu la guna ayat2 bunga",tak perlu explain2,wait and see kata orang putih,didunia ini pun allah akan beri sedikit petunjuk,di akhirat sudah pasti.Kata pepatah melayu lama~" Harimau mati meningalkan belang,Manusia mati meningalkan nama(nama yg baik atau buruk?)...kata2 saya adalah orag yg liberal(in middle),saya bukan orang partisan,mahupun contra(PR)atau pro(BN)...p/s~anak jati sekinchan

    ReplyDelete
  23. Apa yg berlaku semua ini adalah coobaanNya..
    Kita hanyalah pelakon dipentas dunia dan akan dilayar skrin di mahyar dihadapan keadilan ALLAH SWT dgn saksi yang patuh... sebabtulah orang alim cakap perbicaraan sesaorang itu di mahsyar kelak memakan masa ada yg beribu tahun...
    Bersedialah kita semua...

    ReplyDelete
  24. saya sangat setuju dgn comment usin diatas

    ReplyDelete
  25. Salam DR,

    Saya semasa diAsasi Sains UM dulu 80an ada kenal tuan. Masa tu tuan exko Asas. Saya junior setahun tinggal di 1st RC.
    Apahal denga komen ni:
    "saya pernah berada dipejabat MB..terdengar perbualan setiusaha DS dalam bahasa jawa.. sa'iki selangor ye'e dewe..." Apa maksudnya...ataupun tuan sudah kena kencing dgn SU DS kot..Jumpa lagi di akhirat nanti utk episod seterunya..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  26. KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGANLAH BERRUMAH DITEPI PANTAI...opS KALAU TAKUT TANAH RUNTUH JGNLAH bERBANGLO DILERENG BUKIT...

    ReplyDelete
  27. org kata dan mugkin dr khir juga pernah kata kat seseorang suatu masa dulu, kalau takder angin masa kan pokok bergoyang..

    di dunia ni kita hanya boleh menegak kan kan apa yg kita kata benar utk meyakin kan org lain...tapi tuhan tak boleh ditipu..

    sebab itu masa kita diatas jangan suka menuding jari pada org lain...


    god bless u...

    ReplyDelete
  28. Saya rasa, Dr khir akan di korbankan Umno sebagai strategi PRU13. Dok lah sat kat Sungai Buloh. Makan free, tak payah bayar sewa.

    ReplyDelete
  29. media berat sebelah. berat belah mana? ini bukan ada pemimpin PKR. Ini orang UMNO. berat sebelaj jugak? jangan salahkan media jika ia tidak menyebelahi. mungkin media bercakap benar !

    ReplyDelete
  30. semoga Allah bersama dr khir...

    harap drkhir tabah menempuh dugaan ini..
    berani kerana benar InssyAllah Allah bersama org yg teraniaya

    syed

    ReplyDelete
  31. salam Dr.

    ini semua ujian, kebenaran tidak akan boleh ditutup selamanya. insaf dan ambil pengajaran darinya.

    tidak perlu wujudkan elemen simpati, jadi profesional.

    ReplyDelete
  32. Disebabkan you are ahli UMNO, media perdana kurang memberikan liputan on your case. Bayangkan kalau you ni MB dari PKR? But anyway, banyak nye duit you jadi doktor gigi? Renovation aje cost berjuta bayar cash lagi....
    Hope you and all the pemimpin UMNO learn your lesson. Jangan tipu rakyat. Jangan tindas rakyat. Selalunya tuhan makbul kan doa orang yang ditindas, and the worst thing you tak tau ape yang rakyat doa kan for you...

    ReplyDelete
  33. Bila dah kena, kata ketentuan illahi lah, ujian Allah lah dan sebagainya.Masa buat tak pikir.....Hmm....typical....

    ReplyDelete
  34. Next pru13 aku nak apply jadik MB selangor boleh tak.. Aku nak gak buat banglo 6juta.. Setahun gaji 1.2 juta and cukup 5 tahun leh dapat 6 juta..

    ReplyDelete
  35. Baguslah tu Dr, u ni pemimpin yg dicontohi dan diteladani. Do not give up doc, masih ada jln pulang!!

    ReplyDelete
  36. Teraniaya? tang mana, siapa buat, ish, ish,ish tak patut! tapi tak dakwa lagi tak patut. Semua pemimpin UMNO jadi OKB walau pun baru sepenggal jadi YB, apa lagi jadi YAB MB. Semua main juta-juta. Hebat banget. Realiti

    ReplyDelete
  37. saya anak kelahiran selangor,bersengkang mata kerja siang malam mencari sesuap nasi ,utk meneruskan hidup di tanahair yg semakin mencabar- tetapi kamu sebagai pemimpin - hidup senang lenang mengumpul wang berjuta dgn sekelip mata.

    DR.khir dapat rasakan , apa perasaan rakyat selangor yg hidup dalam cukup-cukup makan 24 jam bekerja, sedih,geram,benci,hiba dan dendam apabila membaca akhbar pemimpin yg mereka pilih semasa pihan raya lalu mengumpul wang berjuta sekelip mata.

    ReplyDelete
  38. ishh ishh ishh nape dato sri tak kaji dulu sblm ambil banglo tu....tu la dah kat ataskan.....apa pun moga dato sri sehat skluarga n tabah.... esuk2 jika di atas jgn lupa diri, asik kawan ngan org kaya yg kaya jea....ok all the best...harap sehat tubuh badan...ari ni ari dato sri kita yg lain2 lum tentu lagi....

    ReplyDelete
  39. sesungguhnya telah di katakan dalam Al_quran rasuah tu haram dan keji... kami rakyat malaysia dan selangor khususnya malu dengan anda..

    ReplyDelete
  40. Salam Dato Sri moga dirahmati ALLAH sekeluarga n sehat tubuh badan, sayang seorng lagi org melayu yg ada wibawa di jatuhkan moga ahli2 UMNO ubah2 sikap n pikir2kan lah org2 melayu yg selama ini kuat menyokong UMNO.

    Moga selepas ini Dato Sri bangkit dgn semangat untuk bantu seberapa ramai anak2 melayu bukan peniaga yg harapkan tender dan s/harga atau projek anugerah tetapi melayu2 yg berniaga brg2 harian, kdai tayar, moto h/ware n lain dimana masih dimonopoli oleh 1 bgsa sahaja.

    Melayu tidak lupa Dato Sri melayu ingat semua itu cuma peluang n jalan2 di tutup di nafikan, skrg nak arap undi bagsa tu, ntah la.

    Arap2 Dato Sri bebas dari segala tuduhan.

    ReplyDelete
  41. Syukurlah kalau dr sedang Menuju Jalan Keadilan... Tapi nak ke orang KEADILAN terima wak?? hehe

    ReplyDelete
  42. Dato' Seri,

    InsyAllah, walaupun kebenaran tidak terbukti di dunia, kebenaran pasti terbukti di akhirat. InsyAllah, saya doakan kebenaran akan terbukti untuk Dato' Seri, aminnn.

    ReplyDelete