Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, July 28, 2011

Bersih: Serigala Yang Berupa Kambing?

1. Tindakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)mengejek (boo) Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika majlis Diskusi "Apa Selepas 9 Julai?" anjuran akhbar Sinar Harian hanya membuktikan satu perkara iaitu, kumpulan ini hanya mahu menjadikan Bersih alat politik Pakatan.

2. Kumpulan ini tidak berminat sama ada pilihan raya sekarang bersih atau tidak. Mereka tidak berminat untuk mendengar penjelasan SPR terhadap dakwaan pengundi hantu, kononnya ada pengundi mengundi lebih sekali dan sebagainya. Mereka hadir di pejabat Sinar Harian atau demontrasi pada 9 Julai lalu hanya untuk survival politik mereka.

3. Maka apabila kumpulan ini turut menganggu majlis pelancaran program mengibar jalur gemilang sempena Bulan Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri di KL Sentral semalam ia memberi gambaran jelas kepada kita bahawa kumpulan ini tidak menghormati adab dan susila majlis tersebut dan mngesahkan dakwaan sebelum ini bahawa mereka hanya mahu mencetuskan anarki dan kebencian.

4. Dalam negara demokrasi, apa yang mereka perjuangkan adalah hak mereka. Mereka berhak memberi penerangan, memujuk, merayu dan menghasut orang ramai menyokong mereka. Namun menggangu majlis Perdana Menteri, menggangu hak orang lain untuk memberi penerangan dengan "boo" dan sebagainya menunjukkan mereka sendiri tidak berupaya mempertahankan idealisme perjuangan mereka.

5. Mereka menuntut media arus perdana yang lebih bebas dan terbuka. Mereka menuntut pemilik akhbar dan wartawan memberi ruang yang lebih besar kepada mereka. Mereka mahu memaksa perniagaan orang lain mengikut cakap mereka. Malangnya, mereka sendiri menunjukkan kegagalan untuk bersikap terbuka dan telus apabila pandangan yang diutarakan tidak menyebelahi mereka.

6. Jika mahu orang lain mendengar pandangan kita, kita juga hendaklah belajar mendengar pandangan orang lain. Lihat sahaja dalam kes Teoh Beng Hock sudah berapa banyak penyiasatan termasuk penubuhan Suruhanjaya Di Raja tetapi kumpulan yang sama masih tidak berpuas hati. Walaupun pada awalnya mereka bersetuju dengan barisan ahli panel suruhanjaya, namun akhirnya mereka menolak penemuan dan pandangan suruhanjaya apabila keputusan tidak memihak kepada mereka.

7. Bayangkan jika kumpulan yang tidak boleh bertolak ansur dan hanya mahu orang lain mengikut pandangan mereka sahaja ini memerintah. Janganlah tertipu dengan serigala yang berbulu kambing (wolf in sheep's clothing).

22 comments:

  1. kalau benda betul...org tak boo...

    (-___-)

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah saya tidak menghadiri perhimpunan Bersih pada 9 Julai dengan alasan peribadi iaitu tiada tuntutan supaya negeri2 Melayu Islam (Kedah, Kelantan dan Terengganu) mendapat kerusi Parlimen yang 'berkadaran' (kerusi Parlimen: nisbah penduduk) dengan kerusi Parlimen yang diberi kepada Sabah dan Sarawak. Dan dijamin kerusi2 ni tidak 'disedekahkan' seperti yang terjadi pada 8 kerusi parlimen di negeri Melayu Islam Johor.

    Dengan tidak menghadiri perhimpunan Bersih, saya mempunyai banyak tenaga untuk menghentam balas kafir2 dalam MCA yang menyaman kerajaan Melayu Islam Kelantan kerana mengharamkan judi. Penat je buat patung Buddha besar2. Sekerapkan patung2 tu utk biayai wang guaman MPKB baru tahu.

    ReplyDelete
  3. Tak apa kalau kita berhujah, pihak sana tak nak percaya dan terima. At least tindakan tu makin menampakkan tujuan sebenar pihak sana. Pada yang sedar, eloklah gunakan kewarasan untuk pertimbangkan baik dan buruk.

    ReplyDelete
  4. >puak khawarij n kapiaq laknatullah ni...guna kaedah apapun depa tak terima...
    >jenis bangsa/parti lidah biawak.....kalau depa menang semua kerusi...baru la depa senyap.
    >semua yg kerajaan pusat buat...salah!!!
    >semua yg depa buat...betui!!!

    TQ DSKT

    ReplyDelete
  5. dah memang betui nak kata mcmana lagi.. bukan nak menegakkan benang yang sememangnya dah x boleh nak tegak!!...

    ReplyDelete
  6. lawak juga bila dengan bangganya mengatakan kafir laknatullah, sedarlah kita di Malaysia rata-ratanya beragama dan panggilan kafir itu hanyalah utk org yg tak beragama, sudah-sudah lah mengutuk Agama dan bangsa lain, cubalah buka minda tu. Malaysia pun tak terbentuk tanpa bangsa lain dari sabah dan Sarawak ni, harus di ingat perkara no 5 perjanjian tersebut yg mengatakan "Malaysia but not Melayu Raya".
    permintaan Bersih 2.0 amatlah di alu-alukan rakyat yg sedar akan apa itu demokrasi sebenar yg seharusnya di amalkan untuk rakyat bkn utk kroni. utk yg masih tido silakan anda teruskan, perjuangan Bersih ttp Bersih dan yg takut dengan permintaan Bersih hanya yg takut pada ketelusan seperti mcmmana alasan-alasan yg tak munasabah dari SPR. jawaban mcm tu mmg layak di boo. skrg bkn lagi zaman rakyat angguk-angguk je tanpa berfikir sendiri dan intinya rakyat yg tau makna demokrasi dan tak pecaya dgn tuduhan bersih itu komunis dan sebagainya menyokong Bersih 2.0. propanganda bodoh sudah tak laku lg di zaman IT. kepada para ahli politik sedarlah rakyat kecil seperti kami memerhati anda sekalian. Assalammualaikum.

    ReplyDelete
  7. Mereka mengambil kesempatan dari kelemahan sistem demokrasi & hak asasi

    ReplyDelete
  8. Anak melayu sekarang ramai yang telah hilang kesopanan yang sepatutnta menjadi inditinti melayu... Inilah gejala buruk yang telah berjaya diserapkan kepada jenerasi melayu kini oleh pakkhatan...
    Sebelum ini Melayu dikenali dengan sopan-santun, budi-bahasa, hormat orang tua dan banyak lagi ciri-ciri baik orang Melayu....
    Malang sungguh sekiranya ciri-ciri kebanggan Melayu ini akan lenyap suatu masa nanti....

    ReplyDelete
  9. DrKT, you were my biggest sheep, turns out to be the darnest wolf.
    DrKT tidak dilihat bersih spt mana Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil dan bekas2 menteri lama yg berpegang kpd prinsip. You are just one of them, a corrupt malay muslim politician.

    ReplyDelete
  10. DKT, selagimana dipihak kerajaan masih dilihat lembik atau gagal menangani kekalutan yang ditimbulkan oleh puak manoriti maka dikhuatiri pihak yang lebih besar ( atas pagar ) akan membalas balik. Saya amat berharap agar kerajaan Najib dapat menanangi pekara ini dengan pantas serta berkesan dan tidak terlalu memikirkan kesan politik. Pada kami rakyat yg mendokong keamanan serta undang2 pasti akan terus menyokong kerajaan yang bertanggung jawab serta menjamin hak rakyat yang lebih majoriti. Puak manoriti, buatlah apa sahaja kebaikan kepada mereka, saya pasti tidak satu pun kelihatan baik pada penilaian mereka. Jika kerajaan Najib berani bertindak dengan penuh bijaksana saya percaya pada PRU 13 akan datang, undi popular serta majoriti akan menyebelahi pasukan Najib dan pihak pembangkang akan kecewa besar akibat salah percaturan.

    Langkah paling utama Kerajaan Najib perlu menukar para menteri yang hanya tahu memberi kenyataan berulang kali, yg gagal melakukan kerja serta dilihat hanya menjadi watak pelengkap kepada pasukan perdana menteri

    ReplyDelete
  11. Salam YB Dr Khir. Moga YB sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya dan diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalankan ibadah puasa.

    Kumpulan ini telah dipergunakan oleh seseorang yang terlalu kemarok untuk menjadi PM dan orang ini juga dikatakan mempunyai nafsu yang sangat luar biasa umpama nafsu kuda barangkali.
    Wallahu'alam.

    Akibatnya jadilah ia golongan yang tak tahu berbudi bahasa dan berkelakuan sembrono. Kalau tak suka pun beradablah sikit. Inilah golongan orang-orang yang diberi akal tetapi menggunakannya ke arah yang tak sepatutnya.

    3 negeri dah dapat pada PRU yang lepas masih tidak adil lagi kah? Selagi pemimpin agong tak dapat jadi PM, selagi itulah semuanya tak betul hatta DYMM YDPA pun bertitah mereka tak layan pun. Jadilah rakyat yang derhaka pada raja.

    Pada mereka yang terlalu taksub dengan BERSIH 2.0 ini, kalian semua sebenarnya sedang diperbodohkan dengan orang yang pernah mempertikaikan agama Islam. Ada otak tu pakailah. Jangan nanti sudah terkena baru nak terngadah. Jangan kita merempat di tanah air sendiri meminta-minta simpati kepada pemerintah yang suatu ketika dulu hanyalah pendatang...

    ReplyDelete
  12. Ahmad Sidqi,

    You see what you want to see and what you want want to see about me never has anything to do with the truth. Salam.

    ReplyDelete
  13. Sdr Taruk, walaupun sebahagian kenyataan saudara ada benarnya, namun alaf baru memerlukan pendekatan baru yang tentunya berbeza dengan pendekatan pentadbiran sebelumnya. DS Najib juga tidak bolejh sewenang-wenangnya merombak kabinet kerana ia memerlukan masa untuk melancarkan kembali jentera kabinetnya selepas rombakan.

    ReplyDelete
  14. Dr Khir,
    Agree with your comment. Similarly, what you see from BERSIH 2.0 not necessarily away from truth seeking by the people. All I want to say is respect someone's view especially the people. If the people say you are corrupted prove them you are not dont try to twist your words and condem them. The thermometer here is simple, if you have done so good, you still be leading Selangor state. Now you know the answer DSKT.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Apa yg dimaksudkan dengan bersih? kalau bershit barangkali lagi tepat. Pihak SPR bagi penerangan di Boo, takkan semua jawapan nak kene ikut org bershit baru say yes, kenapa, nakkan spr angguk cakap anggota berchit aka PR. Sudahlaaa, org PR ni percayalah, takkan berpuas hati dgn apa yg dibuat sehinggalah dia sendiri yg menang dan jadi pemerintah dan saat itu barulah di katakan SPR bersih. Org yg menggadaikan maruah Agama dan bangsa tu tahu ke apa yg di lakukan mereka. Setakat dengar dari tepi jalan, hummmmmm ..... memang inilah golongan yg dikatakan kononnya pandai sampai buat benda bodoh sebodohnya pun mengaku pandai lagi dan semua org lain tak betul. Satu perkara yang menarik perhatian saya bila pengerusi SPR memaklumkan SEHINGGA KE HARI INI BELUM ADA SATUPUN LAGI ADUAN ATAU PERTUDUHAN YANG MENGATAKAN PENGUNDI HANTU ITU BERJAYA DIBUKTIKAN OLEH ORG PR .. kalau mcm tu semua org bleh tuduh dgn tak perlu bukti ... but what can u xpec dari manusia yang sebegini , menipu, menfitnah adalah makanan harian mereka. Lebih rela dgr penipuan pemimpin mereka dari mendengar kebenaran orang lain dan akhirnya tergadailah Tanah Melayu dengan agenda Yahudi melalui manusia2 yang menggelarkan diri mereka ustaz, ulamak, pejuang agama dan kononnya bijak pandai yang katanya tak perlu bantuan kerajaan untuk maju tapi dapat biasiswa kerajaan masa belajar .
    BUKAN SEMUA ORANG SEMPURNA TAPI HINALAH MEREKA YANG MENUDING JARI MENGATAKAN ORANG LAIN BODAH TAPI YANG BERKATA ITU SENDRI LEBIH BEBAL DARI BODOH. - Khas kepada org2 BerShit2 kali ganda.

    ReplyDelete
  16. Anon [Wednesday, August 3, 2011 2:15:00 PM GMT+08:00

    Fakta dan angka menunjukkan pentadbiran saya telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Saya tidak boleh mengubah persepsi buruk orang terhadap saya, tapi saya boleh mempertahankan pentadbiran saya pada bila-bila masa. Tidak dinafikan ada kelemahan tapi saya tahu bahawa lebih banyak kejayaan daripada kelemahan dalam masa lapan tahun pentadbiran saya. Kecuali saudara mempunyai bukti yang sebaliknya. Fakta tetap fakta bukannya persepsi buruk sangka.

    ReplyDelete
  17. Saudara Azamie, kumpulan ini hanya hidup dengan meniup api kebencian dan prangsangka buruk terhadap orang lain. Tanpa prasangka buruk mereka tiada modal dan isu.

    ReplyDelete
  18. dr khir seorang pemimpin yang zuhud tidak akan mempunyai rumah yang harganya berjuta-juta dan amat malang sekali orang yang bernama khir toyo bukan dari golongan pemimpin yang zuhud. Anda acap kali menafikan kepincangan anda. Umat yang mengaku kesilapannya dan memperbetulkannya adalah hamba Allah yang baik maka sementara kesempatan yang Allah Taala berikan ini pergunakan untuk muhasabah diri dan perbaikilah kesilapan anda.

    ReplyDelete
  19. Pak Tua, jg salahkan pakatan, UMNO berkuasa selama 50 tahun lebih, apa yg terjadi hari ini adalah hasil sauhan Umno. yg baik dan juga yg tak baik. Jg salahkan org muda sahaja. siapa yg mempopularkan perkataan liwat di akhbar? siapa yg menghalalkan judi dan arak? Siapa yg menghena nabi. Siapa yg pergi jumpa pope, siapa yg pakai tutup kepala bila jumpa pope? Perlukah orang muda menghurmati orang yg rasuah, yg tak jujur? yg cakap tak serupa bikin? Yg seperti kaduk naik junjung?

    ReplyDelete
  20. Salam Dr Khir,
    Semoga sihat selalu & tabah menghadapai tuduhan di mahkamah & tohmahan dari musuh-musuh politik.Jika Dr Khir di pihak yg benar nescaya Allah SWT akan memberi pertolongan.

    Saya tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi setiap kali pilihanraya saya tetap mengundi membuat pilihan saya calon yang benar-benar jujur sahaja pada pandangan saya.

    Tentang BERSIH pula, bukan semua tuntutan bersih itu tidak berasas, ada yg berasas terutamanya manipulasi parti pemerintah dalam setiap pilihanraya untuk kekal berkuasa dalam setiap pilihanraya umum.

    Mana-mana kerajaan dalam dunia untuk kekal berkuasa memang ada pelbagai cara dilakukan samada secara halus atau kasar dilakukan cuma perlu pandai mengatur strategi, sama juga dgn dunia peperangan.

    UMNO adalah parti yang mendominasi iklim politik di Malaysia. UMNO telah melahirkan ramai ahli politik yg asalnya miskin menjadi kaya raya. Sebagai contoh salah seorang YB di kawasan saya 70an - 80an asalnya guru kemas hanya memiliki Vespa buruk, selepas menjadi ADUN maka beliau dalam sekelip mata telah menjadi kaya memiliki kerata mewah, rumah banglo, lesen lori (mengangkut barang), memliki tanah serta lain-lain lagi.

    Ketua cawangan di tempat saya pun serupa, asalnya miskin tetapi dalam sekelip mata mereka menjadi kaya & kekayaan mereka juga melimpah juga kepada saudara mara mereka. Ketua bahagian & ketua cawangan ini memiliki banyak buah kereta yg diletakan di bahu jalan kadang2 menyusahkan penduduk setempat.

    JKK kg saya pun hidup senang kerana mendapat lesen kontraktor kelas F, bayak mendapat projek2 kecil dari kerajaan.

    Pemandu salah seorang ahli politik juga telah menjadi kaya bila menjadi pemandu dan mampu menggaji pembantu rumah & seorang pemandu utk anak2 & isteri beliau.

    Saya tidak tahu kehidupan ahli politik yg lain seperti menteri besar, exco, menteri kabinet, TPM, PM, dll. Kalau di peringkat bahagian & cawangan begitu hebat sudah tentu di peringkat atasan lagi hebat!!

    Saya juga mempunyai kawan kontraktor yg rapat dgn ahli politik, hidup mereka juga senang. katanya mereka saling memerlukan.Ahli politik memerlukan dana utk terus bertapak dalam arena politik manakala kontraktor memerlukan ahli politik untuk memastikan mereka sentiasa mendapat projek.

    Malaysia sebenarnya boleh menjadi lebih kaya dan lebih maju jika semua pemimpin & ahli politik jujur memikul amanah yang diberikan oleh rakyat.

    Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengubah dasar agar dana politik dibiayai oleh kerajaan (Dana Khas Politik)untuk mengelakkan pergantungan ahli2 politik kepada kontraktor untuk dana politik mereka. Bila kerajaan menyediakan dana politik maka

    1. Akan terhapuslah rasuah yg melibatkan kontraktor & ahli politik.

    2. Kerajaan akan dapat menjimatkan banyak wang dalam projek2 kerajaan kerana harga sesuatu projek akan menjadi lebih rendah. Apa yg berlaku sekarang harga projek menjadi kadang2 hingga 3x ganda kerana kontraktor terpaksa mark-up harga bagi membiayai dana ahli politik.

    3. Projek kerajaan akan berjalan dengan lancar dan dibuat dengan sempurna mengikut spesifikasi - sekarang semua projek kerajaan banyak masalah disebabkan campurtangan politik.

    4. Malaysia akan lebih kaya & rakyat hidup dengan lebih senang kerana banyak wang kerajaan dapat dijimatkan.

    Akhir sekali saya ingin mencadangkan kepada ahli- politik, adun, exco, mb, menteri, tpm, pm dan lain2 yg telah kaya melalui projek kerajaan agar menggunakan kekayaan mereka bagi membina sekolah, masjid, balai raya, jalan raya, jalan2 kampung, membantu menghapuskan kemiskinan tanpa menggunakan wang kerajaan kerana selama ini mereka telah mendapat banyak faedah, kesenangan & kekayaan melalui projek2 kerajaan samada secara langsung atau tidak langsung.

    Sekian...
    Abd Rahman Wahab

    ReplyDelete
  21. Salam, saya berpendapat tiada demokarasi & hak asasi manusia yang hakiki kerana apapun yang kita buat masih tertakluk kepada hukum-hukum khususnya hukum Tuhan. Maknanya yang baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat selamanya.

    Hajimin H. Maslin

    ReplyDelete
  22. salam Dr Khir,

    persepsi yang mengatakan terhapusnya rasuah apabila PR memerintah amat lah tidak benar dan menyimpang.

    sudah bertahun PR memerintah negeri selangor tetapi amalan rasuah masih berleluasa dan berlaku maka amat tepat sekali bahawa rasuah itu bukan soal bangsa atau parti tetapi masalah dunia.

    Semoga BN memenangi pilihanraya kali ini..insyaallah.

    ReplyDelete