Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, August 9, 2011

Antara Mendengar Penjelasan Dengan Taksub Membuta Tuli

1. Rentetan isu kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara menunjukkan betapa ramai yang membuat keputusan berpihak dengan begitu cepat tanpa mendengar penjelasan pihak-pihak terbabit terlebih dahulu.

2. Seorang pemimpin Melayu sebuah parti yang memperjuangkan Islam di Selangor dengan pantas dan cepat menyelar JAIS sebagai mengadakan satu serbuan yang tidak wajar kerana menurut beliau tidak ada orang Melayu pun dalam majlis tersebut. Hal ini disanggah oleh EXCO Selangor Dato Hasan Ali dan juga oleh beberapa pihak sendiri yang melihat kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut.

3. Apa yang dapat kita lihat apabila berlakunya insiden ini, beberapa pemimpin dari beberapa parti politik terutamanya Pas dan PKR secara semberono menyalahkan sebuah institusi kerajaan di bawah mereka. Tanpa penyelidikan dan siasatan yang jelas, keputusan telah dibuat bahawa Jais bersalah. Demikian juga ada pemimpin di dalam UMNO yang turut bertindak pantas mengecam Jais biar pun beliau sendiri tidak mendapat maklumat jelas lagi.

4. Saya tidak menyatakan tindakan Jais itu betul atau salah. Jika Jais menyerbu ketika majlis sedang berlangsung, maka saya fikir ia sangat tidak wajar kerana mengganggu majlis. Jais boleh menunggu sehingga tamat majlis kerana ia bukan isu membabitkan nyawa individu mahu pun keselamatan awam. Namun jika Jais melakukan pemeriksaan selepas majlis tamat kerana mendapat maklumat yang sahih, maka saya fikir ia merupakan satu hak Jais sebagai badan pentadbiran agama Islam untuk menjalankan tugas-tugasnya yang diberi kuasa oleh Perlembagaan Negeri dan Negara yang antara lain melarang pendakwahan agama lain ke atas orang Islam.

5. Bukankah elok jika kita semua melihat laporan Jais terlebih dahulu dan kemudiannya mendengar pula penjelasan pihak gereja sebelum membuat keputusan? Adalah tidak adil melarang Jais mempertahankan diri mereka tetapi membenarkan pihak lain menghentam Jais.

6. Namun yang lebih menarik daripada peristiwa ini ialah betapa taksub kepada parti membolehkan ramai orang bertukar pendirian yang sangat bertentangan dengan keadaan sebelum ini. Sebelum ini isu kristianisasi ke atas orang Islam sering sahaja ditimbulkan oleh Pas dan juga sebahagian wakil rakyat PKR beragama Islam dan mereka menyalahkan kerajan kerana tidak mengambil tindakan tegas. Hari ini apa sahaja yang dibuat oleh pihak Kristian benar semata-mata kepada mereka.

7. Sekarang, kerana mereka melihat undi dan sokongan kumpulan mubaligh Kristian di Malaysia penting dalam usaha mereka merampas kedudukan dan kuasa di peringkat Persekutuan, maka mereka bukan sahaja sanggup melupakan perjuangan sebelum ini tetapi juga menyokong sepenuhnya pengecaman ke atas Jais tanpa mendengar sebarang penjelasan badan itu terlebih dahulu.

8. Saya percaya majoriti orang Islam menolak sebarang tindakan eksterim dan tidak bertamaddun mana-mana penguasa agama. Namun sikap apologetik sebahagian pemimpin dan aktivis politik Islam terhadap agama lain sehingga rela menerima setiap kejian ke atas saudara Islam sendiri sangat menghairankan.

9. Berilah peluang Jais mempertahankan tindakan mereka dan adili mereka dengan jujur dan ikhlas bukannya kerana sentimen politik dan undi dalam pilihan raya.

19 comments:

  1. saya sokong tindakan jais. skg ni kristianisasi d kalangan org islam menjadi2, ternyata ramai anak muda melayu beragama islam sudah tidak terjaga akidah mereka. ini terbukti dgn berkembgnya pemikiran tidak percaya tuhan. sy sndiri mendapat bible berbahasa melayu d hadapan umah sy d usj 5,ini tentu shj ada motif. dan x nafikan ramai d kalangan melayu dah murtad secara halus. kpd pemimpin beragama islam, bukalah minda, buat sesuatu sblm ianya parah. sy sokong tindakan JAIS.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Proses "christianization" ini sebenarnya sudah berlaku berdekad-dekad, tetapi tidak banyak terdedah kepada awam kerana kawalan media dan kawalan-kawalan lain yang mengelakkan dari tersebarnya isu sensitif. Sebagai contoh; pendidikan kanak-kanak cacat, oku, epilepsy, buta, pertubohan kristian telah lama terkehadapan dari orang Islam dalam membela nasib mereka ini. Apa yang terjadi baru-baru ini adalah barah yang sudah parah yang bermula lama dahulu.Pendekatan dakwah dan amalan kebajikan kita harus berubah. Pegawai kebajikan masyarakat atau pihak yang bertanggong jawap bukan lagi menunggu orang susah datang dan isi borang baru nak tolong. Tunggu keluar di TV dalam ruangan Bersamamu baru semua nak tunjuk muka kat TV. Datuk Sharizat ada bercakap, bahawa kanak-kanak yatim tidak boleh dibiarkan meminta sedekah kerana mereka perlu membena masa depan mereka. Tatapi.. di surau di R&R, di petrol station, di depan bank, dan di restoran-restoran bersepah anak miskin dan yantim yang meminta sedekah. Saya bertanya kemanakah pegawai atau pihak yang bertanggong jawap selama ini. Yang kita nampak, masa bulan puasa semua ahli politik dan pihak yang berkepentingan menjemput ibu tunggal dan anak yatim makan sampai mereka tak larat nak makan.. orang miskin tak dijemput dan di ambil kira. Apabila lepas raya, tiada siapa yang kesah. tunggulah nanti masa nak pilihan raya baru, kalau nasib baik dapat beras 5 kg atau telor 1 dozen atau susu 6 tin. Sedangkan pihak gereja , mereka "consistent".. dan kita kembalilah kepada amalan Khalifah Omar dahulu dimana beliau keluar bersendirin melihat masaalah rakyaat dan melakukan "reachout".. bukan hanya memberi "arahan"....Wassalam

    ReplyDelete
  3. pekara ini lama dah berlaku...tapi kini ia terlalu menjolok mata org Islam....sebab ada parti politik yg mengunakan nama islam bersekongkol dgn mereka....!Dah tu penjelaskan bab ugama islam sungguh cetek...apatah kini dgn ramai nya warga indonesia berkerja di Mlaysia.Kita tidak mahu macam mana Islam yg ada di Indonesia kini....!Islam boleh nikah dgn kristian...masjid boleh jadi gereja,kuil dan benda yg tak pernah berlaku di Mlaysia ini...!Ada cubaan tuk membudayakan rakyat Mlaysia macam Indonesi...!yg dah rosak terok.

    ReplyDelete
  4. Saya punya pandangan yang pelbagai.

    1) Berkenaan isu pemimpin memberi teguran itu ini, tindakan itu ini, saya kurang setuju apabila pemimpin2 bertindak atas kapasiti parti. Mengapa mereka yang berautoriti dalam kepemimpinan kerajaan khusus kurang menyatakan pendirian. Seolah-olah parti tu lebih berkuasa dari kerajaan. Benarlah yang parti itu membentuk kerajaan tapi parti tu bukan membentuk undang-undang.

    2) Isu pihak kristian memberi bantuan kebajikan kepada yang Islam. Hal ini saya perhatikan sangat luas akar permasalahannya. Bukan bermaksud hendak menuding jari dan menyalahkan sesiapa, tapi ianya berlaku pada diri saya sendiri. Saya lihat imej institusi yang bernanung atas nama Islam agak kurang baik di mata umum. Di waktu sekolah dahulu (sekolah saya dinaungi Jais), kira-kira 12 tahun dulu, Jais sanagt sinonim dengan pengurusan yang lambat. Soal zakat pula, selalu orang awam digembar gemburkan dengan jumlah pungutan zakat yang melampau-lampau banyaknya hingga berbaki. Tapi mengapa masih ada orang yang merempat di tepi jalan? Soal prosedurkah atau pengurusan yang bermasalah? Pengalaman saya sendiri ingin membuat permohonan zakat, saya diberi penjelasan dengan acuh tak acuh oleh pihak pengurusan zakat. Di awal-awal perbualan di telefon lagi saya dah dimaklumkan yang peruntukan zakat dah habis. Nak memohon kena tunggu tahun hadapan. Jadi mana perginya jumlah yang konon berkoyan-koyan dulu? Kerana manusia ini tak sempurna, mungkin ada kekurangan yang kita terlepas pandang dan perlu penambahbaikan. Akan tetapi kerana terlepas pandang inilah pihak kristian mengambil kesempatan untuk mencucuk jarum, mengguna kaedah bantuan kebajikan untuk mengikat hati dan menarik minat Muslim yang kesusahan.

    3) Pendidikan. Asas adalah pendidikan agama di peringkat kekeluargaan. Pendidikan hendaklah bermula di peringkat kekeluargaan, yang mana ibu ayah wajib membimbing anak dengan didikan aqidah yang mantap selain menunjukkan contoh amal perilaku yang baik. Dalam hal ni, soal menyediakan kemudahan tempat berlindung dan makan pakai yang cukup juga adalah pendidikan tak langsung boleh diberi oleh ibu ayah. Bermakna, ibu ayah wajib berusaha menyara keluarga sebaik mungkin di samping mendidik dalaman anak masing-masing. Dalam isu ini, mungkin ada yang kurang bernasib baik untuk mendapat kerja yang elok.

    Itu apa yang bermain dalam fikiran saya sejak isu ini ditimbulkan. Saya marahkan pihak kristian yang bertindak cuba menarik saudara seagama saya. Tapi saya juga kecewa kerana pemimpin Islam bergaduh sesama sendiri dalam hal ini, dan langsung tidak sepakat hinggakan terlupa untuk melihat permasalahn sebenar yang menjadi punca, orang kristian berani bertindak sewenang-wenangnya. Perkelahian pemimpin Islam adalah salah satu dari kelemahan umat Islam. Perlu diingat juga, KEBERANIAN ORANG BUKAN ISLAM BERTINDAK ADALAH KERANA KELEMAHAN KITA, BUKANNYA KERANA KEKUATAN MEREKA. Kerana yang sahih, agama mereka itu tidak diterima langsung oleh Allah.

    ReplyDelete
  5. Yang lagi pelik zaman sekarang ni, bila 'sorang' berstatus ulama bagi pendapat, semua ikut. Fikir dulu. Dengar pendapat muktamar dan juga majoriti ulama. Banyakkan pembacaan, baru buat keputusan. Sekarang ni kitab orang melayu surat khabar. Bukannya Quran. Adoi....

    ReplyDelete
  6. Salam YB Dr Khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Inilah dia cara pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAKATAN RAKYAT! Isunya di sini ialah JAIS memeriksa dan bukannya menyerbu gereja tersebut mengikut prosedur2 yang ditetapkan. Kenapa perlu MB membuat kenyataan seolah-olah JAIS telah melakukan perkara yang salah.

    MB tertekan akibat didesak oleh rakan-rakan pakatan terutamanya DAP yang memang kita sedia maklum merekalah yang berkuasa di Selangor dan MB yang ada sekarang sekadar boneka pada mereka.

    Kenapa YB Khalid Samad juga melalak dalam isu ini. Sesama pemimpin PAS negeri pun nak bertelagah. Eloklah tu. Nama saja Pakatan Rakyat tetapi memang tiada kesepakatan pun sesama mereka lebih-lebih lagi isu yang melibatkan umat Islam.

    Bermacam-macam kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin PAS demi kepentingan politik mereka dan demi menjaga punggung masing-masing. Tabik pada Datuk Dr Hasan Ali kerana teguh pendirian. Berprinsip walaupun dalam parti yang prinsip sering bertukar ikut sedap hati.

    Memang benarlah apa yang disarankan oleh Tun Dr M suatu ketika dulu agar perkataan Islam janganlah digunakan dalam parti politik kerana kita boleh lihat sekarang apa yang berlaku.

    Saya cadangkan agar PAS ditukarkan kepada:

    1. Parti Agama SeMalaysia
    2. Parti Ahli Syurga
    3. Parti Ambeega Sreenevasan

    Pilihlah mana suka janji jangan ada perkataan Islam tu. Kita berharap agar isu berat yang melibatkan umat Islam ini ditangani dengan penuh bijaksana umpama menarik rambut di dalam tepung bukannya menarik kapas di celah duri.. Mudah-mudahan para penyokong tegar PR yang beragama Islam boleh buka mata mereka besar-besar. Amin..

    ReplyDelete
  7. saya cadangkan PAS ditukarkan kepada Parti Anak Syaitan.

    ReplyDelete
  8. Salam dari pak pandir..

    Budaya pentadbiran kerajaan kita adalah;
    "Saya yang menurut Perintah"... sekiranya tidak ada perintah, atau Pemerintah tak pandai nak perintah, ini lah jadinya.

    Budaya "Saya yang menurut Perintah" ni akan memulangkan segala kesalahan dan kepincangan pada orang lain, kerana ia "saya hanya menjalankan Perintah". Kita tidak di ajar untuk "to own the action".

    Dan sebalik nya, sekiranya berjaya, ia adalah kejayaan "Pemimpin yang mengarah" sedangkan kadang-kadang Pemimipin sedikit habok pun tak tahu menahu tentang hal atau urusan itu..

    Sepatutnya kita mengamalkan budaya "Yang benar" supaya setiap tindakan kita, kita bertanggongjawap dan kita"own the action"...

    Oleh itu tukarlah budaya menulis surat dari "Saya yang menurut Perintah" ke "Saya yang Benar" .. Pak Pandir berfalsafah..

    ReplyDelete
  9. Saya "respect" Dr. Walaupun ada "masalah" sendiri tetapi masih mahu "menyumbang idea" kepada masyarakat.

    "Tahniah"

    ReplyDelete
  10. PALING AKU KECEWA BILA MB SELANGOR MELATAH GILA.... BANGSAT PUNYA MB, tiada sikap kepimpinan.

    ReplyDelete
  11. salam DR..

    Mana pegi duit pungutan zakat yg dibayar? pungut berpuluh dan beratus juta tak cukup2 ke.. pelik!! dulu bukan main bising suruh bayar zakat.. ramai org tak bayar.. tapi mana pegi duit tu sekejap je dah abis!!! pegawai2 tido ke.. tak reti2 nak turun padang cari rakyat yg sepatutnya mendapat bantuan.. jgn tgu kat pejabat je.. cari inisiatif lain.. bukannya mereka tak tau yg pihak gereja byk mengambil kesempatan pasal benda2 camni.. tapi buat tak tau je.. hapuskan atau kurangkan kerenah birokrasi.. rajin skit buat keje.. jangan duk pejabat je jadi pemalas..

    Memang orang islam yg pegi minta bantuan kat gereja tu salah.. tapi mereka terpaksa.. bantuan dari pusat zakat ke jabatan kebajikan ke xcukup atau tak dapat.. nak tgu proses tu la proses ni.. dah keluar cerita baru menteri kita duk terhegeh2.. pegawai pusat zakat ke ape lg ke membisu seribu bahasa.. ade hikmah jugak JAIS buat serbuan hari tu..

    ReplyDelete
  12. Salam Dr KT,

    Selamat menjalankan ibadah puasa.

    Rasulullah selain memerangi orang2 kafir yang menentang Islam (baginda tidak memerangi orang2 kafir yg baiah dengan orang2 Islam), baginda juga memerangi orang-orang munafik (beragama islam tetapi munafik).

    Orang2 munafik ini adalah lebih berbahaya kerana mereka adalah musuh dalam selimut berbanding dengan orang-orang kafir yang menentang Islam.

    Orang2 munafik adalah mereka yg beriman separuh2. Menerima sebahagian hukum Allah dan menentang sebahagian hukum Allah yang lain.

    Mereka menjual agama kerana dunia.

    Fikir2kanlah, dimana kita? Wallahualam.

    ReplyDelete
  13. Assalammua’laikum wrt… Dr KT yang dihormati,

    “Kita” merujuk kepada diri penulis, berbahagia Dr KT dan pembaca mesej ini.

    1. Disertakan amaran Allah swt terhadap bangsa Yahudi yang boleh diterima pakai terhadap bangsa-bangsa lain yang mempunyai sikap perkauman (racist). Menunjukkan betapa relevennya Al-Quran sampai hari kiamat Maha Suci Allah swt.

    2. “Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau Syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 94)

    3. “Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.” (Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 95)

    4. “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.” (Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 96)

    5. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan manusia yang menentang, melawan, berperang dengan Allah swt. Amin. Kalau rasa diri sudah cukup hebat; carilah bumi lain untuk berpijak dan udara lain untuk bernafas. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.

    ReplyDelete
  14. Kang orang kata bodoh nak marah, ni bukan masalah kristianisasi.

    Hahhaha... biarlah korang semua duduk bermusuh dengan kristian, tanpa tahu hal sebenar.

    ReplyDelete
  15. pADA PENDAPAT SAYA INI ADALAH ALTERNATIF2 STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLIH PIHAK PR SELANGOR UNTUK MENGEKALKAN PEMERINTAHAN PR DIPRU13 DAN DIANTARAKANNYA ADALAH SAPERTI BERIKUT:- A) PENYELEWENGAN DALAM ISU2 PROJEK DALAM KES BENG HOCK BUNOH DIRI,KES PROJEK PASIR BERLELUASA DAN LAIN2. B)KERAJAAN NEGERI BERMASAALAH C)SKENDAL YB ELIZABETH WONG- ??? D)PENASIHAT EKONOMI 99.99 %TULIN BUAT SEX HARAM. E)YB MASUK MASJID BERI CERAMAH DAN BUAT SENAMAN AROBIK(MACAM TIDAK ADA TEMPAT YANG LEBIH SESUAI).INI ADALAH CONTOH KEPINCANGAN DALAM PENTADBIRAN DALAM KERAJAAN PR DAN DIDAPATI TIDAK EFFISEN,LEMAH ,KORUP,TIDAK BERINTERGRITI,MENIPU,KAKI SEX DAN MEMPERSENDAKAN AGAMA ISLAM.KALAU KITA LIHAT STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLIH PR ADALAH UNTUK MENGALIHKAN TUMPUAN SABENAR SAPERTI MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BAIK TETAPI MEMFOKUSKAN ISU MENYEMARAKAN ISU PERKAUMAN DAN AGAMA.ORANG 2 MELAYU AMAT SENSITIF KEPADA ISU AGAMA,BANGSA,MAK BAPAK,KETURUNAN DAN BOLIH MENCETUSKAN HURU-HARA.SEBAGAI CONTOH PERHIMPUNAN BERSIH DAN TERANG2 MELANGGAR TITAH YTM AGONG.ORANG2 MELAYU KENA BERSATU DAN SOKONGLAH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN PASTIKAN KEMENANGAN KEPADA BN SELANGOT DIPRU 13.KERJA KUAT............PASTI MENANG.SELAMAT BERPUASA.

    ReplyDelete
  16. Kepada yang berkenaan,
    Dah berpuluh kali dah PAS bawa isu murtad ke parlimen, dewan undangan negari dan apa-apa saja...dan dah berapa kali dah, UMNO @ BN menghalang semua itu. Tup-tup kali ini mereka nak jadi juara pulak....

    ReplyDelete
  17. Salam....
    Bukan Islam masuk Islam bukan kerana RM tetapi mndapat hidayah (itulah kebesaran agama Allah iaitu Islam, malangnya umat Islam keluar agama Islam kerana nak RM, nak bebas bermaksiat, mabuk2 dll. Bila BERSIH bjaya mbawa org Islam bsama mereka berdemontrasi jalanan, lg senang la BERSIH mncapai mtlamat secara halus. Sodih betul den......

    ReplyDelete
  18. Salam YB Dr Khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Pungutan zakat, sedekah, derma dan sebagainya adalah kewajipan umat islam. Tabungannya adalah amanah orang ramai. Pengutip dan tugas mengagih disamping menggunakannya adalah tugas yang amat berat...

    Ingat2 lah kepada mereka yang telah diamanahkan. Ini perkara asas. tak perlu belajar tinggi2. Hukumnnye jelas. Jangan dok sibuk dan seronok pungut dan mengira hasil pungutan sahaja.. fahamlah betul2 tanggung-jawab yang berat ni.

    Badan2 islam yang ditubuhkan berkaitan pungutan ni... perlu ingat asas kenapa pertubuhan tersebut ditubuhkan. Perkembangan dan pengawalan islam perlu di utamakan. Bukan sibuk nak buat macam-macam... khasnya berkaitan duit2 pungutan ini. Kalau betul perjalanannya, tentunya sukar pendakwah agama lain membeli saudara2 islam kita yang dalam kedaifan harta dan kewangan...
    Renungkan bersama...

    ReplyDelete
  19. Sy tak nk komen sgt psal JAIS serbu gereja tp yg sy nk komen adlh org yg mgatakn pihak kristian cuba ambl ksmptn dgn menolong org mskin/merempat yg bragama islam.Knapa korng takut sgt klu kristian nk tlng org islam? Bkan ke tlong mnolong tu amalan mulia? kan bgus tu.Brsyukur la coz kristian tlong suadara seagama kamu.Tu mbuktikn kristian tak pilih org bila hulurkn bntuan.Cuba brfkiran positif sikit,berbuat baik tdk smstinya ada "udang d sebalik batu".Utk pngthuan sdra2 muslim,itu mmg prinsiph kristian iaitu mbantu smua org..tak kira bngsa dan agama.Sbab kristian sgt menitik beratkn cintaksh ssma umat mnusia dlm ajaran agamanya.

    *Jgn berprasangka buruk..

    ReplyDelete